tugasan individu skr 3023 (edited).pdf

3
7/22/2019 Tugasan Individu SKR 3023 (EDITED).pdf http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-individu-skr-3023-editedpdf 1/3 SKR 3023 PENGENALAN KIMIA ANALISIS TAJUK: LAPORAN AMALI PENTITRATAN ASID-BES NAMA: NO. MATRIK: NAMA AHLI KUMPULAN: 1. 2. 3. 4. TARIKH: TEMPAT: PENSYARAH: DR. SALWATI BT YAAKUB / CIK TEH KAI LI / 30

Upload: nomy-zahran-zainal

Post on 10-Feb-2018

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Individu SKR 3023 (EDITED).pdf

7/22/2019 Tugasan Individu SKR 3023 (EDITED).pdf

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-individu-skr-3023-editedpdf 1/3

SKR 3023

PENGENALAN KIMIA ANALISIS

TAJUK:

LAPORAN AMALI PENTITRATAN ASID-BES

NAMA:

NO. MATRIK:

NAMA AHLI KUMPULAN:

1.

2.

3.

4.

TARIKH:

TEMPAT:

PENSYARAH:

DR. SALWATI BT YAAKUB / CIK TEH KAI LI

/ 30

Page 2: Tugasan Individu SKR 3023 (EDITED).pdf

7/22/2019 Tugasan Individu SKR 3023 (EDITED).pdf

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-individu-skr-3023-editedpdf 2/3

Eksperimen

Pentitratan Asid-Bes

Tujuan:

Menentukan kepekatan larutan natrium hidroksida, NaOH, melalui kaedah pentitratan.

Pengenalan:

Apakah itu larutan piawai, kaedah pencairan dan titratan asid dan bes? (boleh merujuk kepada modul atau nota)

Bahan:1.0 M larutan asid hidroklorik, HCl, air suling, X M larutan natrium hidroksida, NaOH, dan penunjuk fenolttalein.

Radas:

Kelalang volumetrik 250 cm3, bikar 250 cm3, penitis, corong turas, silinder penyukat 250 cm3, pipet 25 cm3, kaki

retort dengan pengapit, buret, jubin putih, kelalang kon.

A) Penyediaan larutan dengan kepekatan tertentu dengan menggunakan kaedah pencairan

Tujuan: Menyediakan larutan larutan asid hidroklorik, HCl, 0.5 M, melalui kaedah pencairan larutan piawai asidhidroklorik, HCl, 1.0 M.

1. Tentukan isi padu larutan piawai asid hidroklorik, HCl, 1.0 M yang perlu digunakan untuk menghasilkan

larutan dengan kepekatan 0.5 M.2. Sukat isi padu larutan asid hidroklorik, HCl, 1.0 M yang diperlukan dengan menggunakan pipet dan

masukkan ke dalam kelalang volumetrik 250 cm3.

3. Tambahkan air suling sehingga mencapai aras senggatan 250 cm3 kelalang volumetrik. Gunakan penitis dantambahkan air suling sehingga senggatan 250 cm3.

4. Tutupkan kelalang volumetrik dengan penutup dan telangkupkan beberapa kali sehingga larutan bercampur

dengan sekata.

Tugasan 1:

Kirakan isi padu larutan piawai asid hidroklorik, HCl, 1.0 M yang perlu digunakan untuk menghasilkan larutan

dengan kepekatan 0.5 M.

Tugasan 2:

Lukiskan gambar rajah berlabel untuk pencairan asid hidroklorik, HCl.

B) Pentitratan natrium hidroksida, NaOH, ( X M) dan asid hidroklorik, HCl ,(0.50 M)

Tujuan: Menentukan kepekatan larutan natrium hidroksida, NaOH, melalui kaedah pentitratan.1. Pipet dibilas dengan sedikit air suling dan diikuti oleh sedikit larutan natrium hidroksida, NaOH.

2. Dengan menggunakan pipet 25.0 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH, dipindahkan ke dalam kelalang ko

3. Beberapa titik penunjuk fenolftalein dititiskan ke dalam larutan natrium hidroksida, NaOH, dalam kelalangkon itu.

4. Goncang kelalang kon supaya campuran bercampur dengan sekata.5. Buret dibilas dengan sedikit asid hidroklorik, HCl, 0.5 M dan kemudian diisi dengan asid yang sama.6. Buret diapit secara tegak pada kaki retort.

7. Letakkan kelalang kon yang mengandungi larutan natrium hidroksida, NaOH, di atas jubin putih pada tapak

kaki retort.8. Rekodkan isi padu awal larutan asid hidroklorik, HCl, di dalam buret.

9. Asid hidroklorik, HCl, ditambah secara perlahan-lahan ke dalam kelalang kon sementara kelalang kon

digoncang sepanjang aktiviti itu.

10. Asid hidroklorik, HCl, ditambah sehingga larutan dalam kelalang kon berubah dari warna merah jambu gelkepada warna merah jambu muda (takat akhir/ takat neutral).

11. Rekodkan isi padu akhir (isi padu kasar) asid hidroklorik, HCl, dalam buret.

Page 3: Tugasan Individu SKR 3023 (EDITED).pdf

7/22/2019 Tugasan Individu SKR 3023 (EDITED).pdf

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-individu-skr-3023-editedpdf 3/3

12. Ulang langkah 2-11 sekurang-kurangnya tiga kali untuk mendapatkan isi padu asid hidroklorik, HCl, yanglebih tepat pada takat akhir (takat neutral).

Tugasan 3:

Tulis persamaan kimia yang seimbang antara natrium hidroksida, NaOH dan asid hidroklorik, HCl.

Tugasan 4:

Kirakan kepekatan larutan natrium hidroksida, NaOH, yang digunakan melalui kaedah pentitratan dalam eksperimeini. (TIPS: Gunakan M 1V 1 /M 2V 2 = a/b)

Tugasan 5:Lukiskan gambar rajah berlabel untuk pentitratan dalam eksperimen ini.

HASIL AMALI/ KEPUTUSAN:

Rekodkan keputusan eksperimen dalam jadual berikut:

Bacaan

kasar 

I II

Bacaan akhir HCl/ cm3

Bacaan awal HCl/ cm3

Isipadu HCl yang digunakan/ cm3

Purata HCl yang digunakan: _________ cm3

(Tunjukkan kiraan untuk dapatkan purata HCl)

PERBINCANGAN:

1. Mengapakah larutan natrium hidroksida tidak digalakkan diisi ke dalam buret?

2. Mengapakah pipet dan buret perlu dibilas dengan air suling diikuti oleh sedikit larutan kimia yang akandigunakan?

3. Cadangkan penunjuk yang boleh digunakan untuk eksperimen ini selain daripada penunjuk metil jingga dan

fenolftalein.

LATIHAN:

1. Sebanyak 1000 mL larutan asid hidroklorik, HCl, 1.0 M disediakan sebagai larutan piawai di dalmakmal. Larutan asid hidroklorik HCl tidak boleh disediakan dalam makmal dengan hanya melarutk

 pepejal ke dalam air. Namun, asid oksalik, H2C2O4 boleh digunakan dalam penyediaan larutan piaw

dalam aktiviti makmal. Berapa banyak asid oksalik, H2C2O4 (dalam gram) perlu dilarutkan dalam air un1000 mL larutan piawai asid oksalik, H2C2O4 1.0 M?

(TIPS: Rujuk Nota Minggu Analisis Volumetrik: 4.2 Pengiraan Kepekatan Larutan Piawai )

2. Sekiranya asid hidroklorik, HCl, 1.0 M diganti dengan asid sulfurik, H2SO4, 1.0 M untuk meneutralkanmL larutan natrium hidroksida, NaOH, 1.0 M, berapakah isi padu asid sulfurik, H2SO4 1.0 M ya

diperlukan? Natrium hidroksida bertindak balas dengan asid sulfurik untuk menghasilkan natrium su

 Na2SO4 dan air, H2O.(TIPS: Seimbangkan persamaan antara  H 2SO4 dan NaOH, kemudian gunakan M 1V 1 /M 2V 2 = a/b sepe

 yang telah dibincangkan semasa amali )

KESIMPULAN:

(Jawab ikut TUJUAN, apakah kepekatan NaOH daripada eksperimen anda?)

RUJUKAN: Sekurang-kurangnya 2 rujukan (daripada buku rujukan atau sumber internet)