tugasan individu induksi finale

Upload: sufi-melan

Post on 20-Jul-2015

608 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Encik Rahim telah dilantik sebagai seorang Ketua Pengarah di sebuah Jabatan Kerajaan. a) Bagaimanakah dapat ditentukan bahawa beliau mempunyai sifat kepimpinan yang unggul?

1.0

PENGENALAN

Dalam setiap negara, organisasi, syarikat, pasukan sukan mahupun keluarga mesti ada yang dilantik menjadi pemimpin. Malah apabila ada dua orang atau lebih mesti ada seorang dipilih atau bertindak sebagai pemimpin. Jawatan pemimpin amat penting yang bertanggungjawab mengawal, mengurus, mentadbir, merancang, membuat keputusan dan menjadi contoh kepada orang dipimpin. En Rahim telah dilantik menjadi seorang Ketua Pengarah di sebuah Jabatan Kerajaan. Sifat yang perlu ada pada En Rahim adalah seperti mengambil berat, tidak sekadar berjanji, Sanggup menerima kritikan, mengelak dari sikap mementingkan kroni, dan sentiasa melihat dan menilai diri sendiri.

2.0

MENGASIHI DAN MENGAMBIL BERAT

Pemimpin yang baik ialah mengasihi dan mengambil berat soal kebajikan orang yang dipimpin, menyediakan keadaan selamat, selesa dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi. Oleh itu, setiap pemimpin perlu mempunyai visi dan misi untuk kepentingan semua pihak. Semua perancangan dilakukan dengan teliti, bijak, fleksibel, berasas dan memahami keperluan semasa bagi membantu kejayaan apa yang dilakukan.

3.0

TIDAK SEKADAR BERETORIK DAN BERJANJI

Pemimpin perlu menjauhkan diri daripada melakukan amalan menabur fitnah dan janji dusta. Perbuatan itu wajib dijauhi kerana ia bersifat kezaliman lidah yang melenyapkan kebenaran dan menyembunyikan unsur-unsur kebenaran. Sesiapa yang berjanji sedangkan mengetahui tidak mampu melaksanakan apa yang dijanjikan itu adalah seburuk-buruk sifat pemimpin. Mereka melakukan sifat orang munafik yang berpura-pura baik sedangkan dalam hatinya tersimpan niat jahat. Pemimpin yang baik tidak sekadar melaungkan slogan retorik. Dia memahami kebenaran dan kesan terhadap setiap apa yang diucapkan. Firman Allah bermaksud: Wahai Daud! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu khalifah di bumi maka jalankanlah hukum (undangundang) antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang wahyukan kepadamu), dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. (Surah Shad, ayat 26).

4.0

SANGGUP MENERIMA KRITIKAN

Satu sifat mulia yang perlu dimiliki setiap pemimpin ialah sanggup menerima kritikan daripada orang bawahan. Kritikan merupakan satu cara untuk memperbaiki keburukan yang dilakukan oleh pemimpin. Sebenarnya, pemimpin juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Kedudukan pemimpin amat penting sebagai tunjang kekuatan kepada organisasi atau negara. Tanpa pemimpin yang berhemah, berwibawa dan berwawasan akan mengakibatkan organisasi tidak mampu berkembang dan tidak mendatangkan kebiakan kepada ahli-ahlinya. Insan yang bergelar pemimpin tidak seharusnya menjadikan matlamat diri sendiri sebagai agenda perjuangan.

Sebenarnya, jawatan yang disandang adalah satu bebanan amanah berat yang perlu dilaksanakan. Pemimpin layak meletakkan dirinya sebagai hamba kepada orang yang dipimpin. Sebab itu pemimpin perlu memberi sepenuh tumpuan dan tenaga untuk berkhidmat.

5.0

MENGELAK DARI SIKAP MEMENTINGKAN KRONI

Pemimpin yang baik juga perlu mengelak diri daripada mengamalkan sikap mementingkan kroni. Sepatutnya semua orang bawahan mesti dilayan sama rata. Tidak ada golongan yang mendapat keistimewaan atau diberi keutamaan untuk mendapat sesuatu yang bukan haknya. Dalam hal ini, pemimpin tawaduk tidak runsing hilang sokongan disebabkan tidak memberi layanan istimewa kepada penyokong setia. Pemimpin mengamalkan kroni biasanya tidak mempunyai kekuatan sendiri. Jadi terpaksalah memberi keistimewaan kepada kroninya agar dia terus mendapat sokongan.

Justeru, sikap pemimpin yang berwibawa tidak takut hilang populariti disebabkan menjalankan amanah dengan tegas termasuk kepada penyokongnya. Sebaliknya, dia lebih takut kepada pembalasan Allah berkaitan kecacatan kepimpinannya. Allah memberi peringatan agar setiap hamba-Nya melaksanakan setiap amanah dengan sempurna dan tidak sekali-kali menukar beli kebenaran disebabkan sedikit ganjaran dunia yang ingin diperoleh. Firman Allah bermaksud: Katakanlah, wahai Tuhan yang memberikan kerajaan. Engkau memberi kerajaan (kekuasaan) kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau gugurkan (jatuhkan) kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau muliakan dan Engkau hinakan

orang yang dikehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.(Surah Al-Imran : ayat 26).

b)

Jelaskan ciri-ciri seorang Ketua Jabatan yang mempunyai kepimpinan yang

berkesan.

1.0

PENGENALAN

Mengikut Gregory (2002) dalam petikan ialah seorang Ketua Jabatan dapat mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Contohnya pengetua dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Oleh itu pengetua perlulah mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah. Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna diaberjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Menurut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya Asas Pentadbiran Pendidikan, beliau menegaskan bahawa secara umumnya terdapat dua jenis kuasa yang boleh dipegangoleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya didalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya.

Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kebolehan yang tersendiri. Seperti: 1. Kognitif Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran danmasalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri. Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu oranglain dating kepadanya minta bertindak.

Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelumbertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbanganilmu dan pengalaman.

2. Sosial Kebolehan berkomunikasi dengan berkesan Kesediaan memberi dan menerima pendapat Sikap positif dan terbuka Daya penggerak dan semangat juang yang tinggi

3. Moral Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran dan ketahanan diri Mempunyai disiplin yang unggul Iman yang teguh, terutamanya orang yang beragama islam

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak. Perlu memiliki sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai: Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati. Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar

tentangbagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku makabarulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul. Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkahlaku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisayang adil dan tidak emosional

Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu. Yang membezakan kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi. Umpamanya, di dalaxn tugas-tugas inerancang atau membaca laporan, mereka tidak melibatkan interaksi peribadi. Kepimpinan pula terdiri daripada interaksi-interaksi kelakuan dengan rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja bawahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang pemimpin yang berkesan.

2.0

DEFINISI KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian gal organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan din di hadapan knitpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai go1 organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dan irama lagu yang betul, melalui usaha-usaha bersatu ahli-ahli muzik di dalam orkestranya itu.

Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekenja-pekerja bawahan yang

dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalni kesanggupan mereka untuk menenima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan.

Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengab danipada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boich mengarab aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk mernbeni arahan tentang apa yang penlu dilakukan, pemimpin boich juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat

mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

3.0

KEPIMPINAN YANG BERKESAN

Ketiga-tiga komponen kepimpinan (sifat-sifat, gaya dan kelakuan serta kepimpinan mengikut situasi) memberi implikasi yang penting di dalam pengambilan dan latihan ke arah mewujudkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Umpamanya, pemimpin-pemimpin berkesan yang diketahui biasanya mempunyai sifat-sifat kebijaksanaan dan keyakinan diri. Maka calon-calon bolehlah diuji untuk mencari sifat-sifat tersebut serta sifat-sifat lain yang dikaitkan dengan prestasi kerja. Apa yang diketahui tentang gaya-gaya kepimpinan juga menunjukkan bahawa latihan-latihan boleh diadakan dengan jayanya untuk menjadikan pemimpin lebih bertimbang rasa dan beroriensekali, gaya pemimpin mestilali bersesuaian dengan tugas yang terlibat serta

bersesuaian juga dengan staf bawahannya. Pernah dinyatakan oleh Fiedler bahawa biasanya lebih mudah untuk menyusun semula sesuatu tugas (kerja) daripada melatih semula pemimpin atau mengambil pemimpin baru.

4.0

CIRI-CIRI KEPIMPINAN BERKESAN

1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, herinisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan

menyelia. Maka, bagi bakal-bakal pemimpin dan juga pemimpin kini, Latihan latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri adalah berfaedah. 2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan.3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Bakal-bakal pemimpin harus

mengikuti andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin menyelesaikan masalah, dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan. 4. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah dihadapi. 5. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi? McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamatmatlamat organisasi.6. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan bahawa bagi tugas-

tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya bergantung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin

biasanya menguatkuasakan suatu set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja. 7. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.

5.0

PENUTUP

Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorangyang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan. Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannyadalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa bersembunyi dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .

c) Huraikan cara-cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih dalam tindakantindakan di kalangan ketua organisasi.

1.0

DEFINISI PILIH KASIH

Istilah simpulan bahasa pilih kasih bermaksud member layanan yang lebih kepada orang yang disukai. Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007), pilih kasih bermaksud mengasihi sesuatu pihak atau berat sebelah dalam membuat keputusan.

Pilih kasih adalah dua perkataan yang bergabung membawa satu makna iaitu: dalam makna seseorang bersifat bias atau berat sebelah pihak. Sifat pilih kasih adalah antara sifat semulajadi manusia dan berlaku tanpa kita sedari. Ia berlaku hampir disetiap dimensi kehidupan kita. Pilih kasih juga menjangkau ke setiap perkara, sama ada terhadap harta, terhadap orang lain, terhadap ilmu, terhadap jawatan dan sebagainya. Hal ini berlaku berpunca daripada tindakan melakukan pilihan. Kadang-kadang tindakan membuat pilihan bukan sahaja berlaku atas dasar suka-suka sahaja, tetapi juga berlaku atas sebab ianya suatu kemestian.

2.0

CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN PERBUATAN PILIH KASIH

Perbuatan pilih kasih dalam tinakan-tinakan dikalangan pemimpin merupakan amalan yang tidak sihat dan boleh menjatuhkan kredibiliti seorang ketua. Justeru, bagi mengelakkan perbuatan tesebut, jabatan hendaklah menggunakan kaedah penilaian prestasi, faedah, ganjaran dan tindakan

disiplin. Dengan ini semua kelakuan pekerja adalah dibawah kawalan dan berlandaskan peraturan syarikat dan organisasi.

2.1

Penilaian Prestasi

Penilaian prestasi ialah penilaian yang dibuat secara sistematik terhadap kemampuan pekerja untuk mencapai standard kerja yang telah ditetapkan. Lazimnya pada awal tahun, pekerja akan diminta untuk membuat sasaran kerja tahunan dengan sendiri atau diberitahu tentang apa yang perlu mereka capai pada tahun tersebut oleh penyelia masing-masing. Pada pertengahan atau akhir tahun penilaian akan dilakukan untuk melihat sama ada mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tujuan penilaian prestasi adalah untuk memberi maklum balas tentang tahap pencapaian kepada pekerja, membentuk data yang sah bagi tujuan pemberian gaji dan kenaikan pangkat, memberi dorongan kepada pekerja untuk berusaha, memberi pengiktirafan kepada pekerja, mengukuhkan hubungan pengurus dengan pekerja, menegaskan gelagat yang dikehendaki dan yang perlu dielakkan.

Penilaian prestasi pekerja yang dibuat secara adil dan sistematik akan memberi banyak faedah kepada organisasi. Ini membolehkan ketua organisasi:i. ii. iii. iv. v.

Membuat keputusan berkenaan kenaikan gaji dan pangkat kepada pekerja. Mengenal pasti keperluan latihan berdasarkan kelemahan. Mengendalikan kes-kes disiplin pekerja dengan adil. Menggalakkan pekerja untuk meningkatkan prestasi atau memperbaiki kesilapan. Mengadakan saluran komunikasi yang formal antara pekerja dengan pengurus.

Melalui penilaian prestasi, ketua dapat melakukan penilaian terhadap pekerja secara berterusan dimana ketua tidak perlu tunggu hingga ke akhir tahun, jika penilaian dibuat pada akhir tahun hanya prestasi akhir dilihat. Selain itu, penilaian dibuat dengan adil dan dengan ini dianggap adil oleh pekerja berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

2.2

Faedah Dan Ganjaran

Faedah dan ganjaran adalah cara lain untuk mengelakkan tindakan pilih kasih di kalangan ketua dalam sesuatu organisasi. Ganjaran dan faedah adalah semua bentuk pulangan kewangan dan bukan kewangan yang diterima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada kontrak pekerjaan mereka. Ganjaran juga merujuk kepada gaji atau upah asas yang diberikan berdasarkan prestasi atau kekananan seseorang manakala faedah ialah ganjaran tambahan selain daripada upah atau gaji. Ganjaran yang diberikan ini adalah berdasarkan ekuitidalaman dan luaran. Setiap ganjaran yang diberikan mestilah adil dan diterima sebagai satu sistem adil oleh pekerja. Sekiranya pekerja menganggap ganjaran yang diberikan adalah tidak adil, ia akan bertukar ke organisasi lain. Ekuiti dalaman merujuk kepada kesetaraan ganjaran kepada semua ahli dalam organisasi yang sama. Hal ini bermakna semua pekerja dalam sesebuah organisasi menerima gaji yang adil berasaskan kriteria tertentu seperti kemahiran, pengalaman dan kelayakan akademik.

Misalnya, pekerja bagi jawatan yang sama dengan kelayakan yang sama harus diberi ganjaran yang sama. Ekuiti luaran pula merujuk kepada kesetaraan dengan pekerja di organisasi lain dalam industri yang sama. Hal ini bermakna pekerja-pekerja bagi jawatan yang sama dengan

kelayakan yang sama tetapi dalam organisasi yang berlainan harus menerima ganjaran yang sama atau lebih kurang sama. Dalam kontek sini, jika perbezaan ganjaran adalah besar, pekerja akan beralih ke organisasi yang menawarkan ganjaran yang lebih tinggi. Bentuk tugas bermakna tugas yang rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi akan diberikan ganjaran yang lebih tinggi berbanding dengan kerja-kerja rutin. Ganjaran juga akan ditentukan oleh nilai sesuatu pekerjaan kepada organisasi. Sekiranya sesuatu pekerjaan itu dianggap penting oleh sesebuah organisasi, ganjaran bagi pekerjaan tersebut adalah tinggi.

2.3

Tindakan Disiplin

Tindakan disiplin akan dikenakan kepada kakitangan yang melanggar peraturan syarikat. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah kedatangan lewat yang kerap, ponteng kerja,mencuri harta syarikat, minum arak di tempat kerja, memfitnah orang lain dan tidak menyiapkan tugas yang diberikan. Tindakan disiplin ialah hukuman yang diberikan kepada pekerja yang melanggar peraturan organisasi. Disiplin boleh diberikan oleh berbentuk positif atau negatif bergantung kepada kaedaan. Disiplin positif ialah cara pembetulan melalui nasihat, kaunseling dan memberi peluang kepada pekerja untuk menghentikan perbuatannya selepas dinasihati. Disiplin negatif atau progresif diberikan kepada pekerja yang gagalmengubah gelagat mereka ke arah yang lebih positif atau menjadi semakin teruk. Jadi, tindakan yang akan dikenakan kepada salah laku pekerja adalah berdasarkan peraturan yang elah ditetapkan bagi mengelakkan pilih kasih. .

3.0

PENUTUP

Melalui kaedah-kaedah di atas, dapat dirumuskan peranan dan kepentingannya ialah ia akan mengukuhkan hubungan pengurus dengan pekerja, mengatasi masalah pekerja tanpa timbulnya isu pilih kasih, menegaskan gelagat yang dikehendaki dan yang perlu dielakkan semasa berkerja dalam organisasi dan ketua juga dapat menetapkan jangkaan prestasi baru terhadap pekerja untuk meningkatkan prestasi mereka