40118864 program induksi guru permulaan.doc

Download 40118864 Program Induksi Guru Permulaan.doc

Post on 24-Oct-2015

30 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Modul PIGP

TRANSCRIPT

  • Modul Program Induksi Guru Permulaan

    1

    MODUL PROGRAM INDUKSI GURU PERMULAAN

    DISEDIAKAN OLEH

    BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • Modul Program Induksi Guru Permulaan

    2

    KANDUNGAN

    Halaman

    1. PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan 1 1.2 Definisi Program Induksi Guru Permulaan 2 1.3 Rasional 2 1.4 Objektif Program Induksi 5 1.5 Fasa Program Induksi Guru Permulaan 5

    2. GURU PERMULAAN 2.1 Definisi Guru Permulaan 11 2.2 Dasar Guru Permulaan 11

    3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 3.1 Peranan Jabatan Pelajaran Negeri 12 3.2 Peranan Pejabat Pelajaran Daerah/ Bahagian 12 3.3 Peranan Pentadbir Sekolah 13 3.4 Mentor

    3.4.1 Tugas 14 3.4.2 Tanggungjawab 15

    3.5 Guru Permulaan 3.5.1 Tugas 16 3.5.2 Tanggungjawab 16

    4. PELAKSANAAN PROGRAM INDUKSI GURU PERMULAAN

    4.1 Orientasi 18 4.1.1 Objektif 18 4.1.2 Tempoh Orientasi 19 4.1.3 Kaedah Pelaksanaan Orientasi 19 4.1.4 Kandungan Orientasi 20

    4.2 Pementoran 23

    4.2.1 Definisi Pementoran 24 4.2.2 Objektif 23 4.2.3 Jenis-Jenis Pementoran 25 4.2.4 Proses Pementoran 26 4.2.5 Kemahiran Mentor 26 4.2.6 Rasional Keperluan Mentor 29 4.2.7 Pemilihan Mentor 23

    4.2.7.1 Syarat-syarat asas pemilihan mentor 30 4.2.7.2 Syarat-syarat tambahan pemilihan mentor 30

    4.2.8 Tempoh Pementoran 30 4.2.9 Kaedah Pelaksanaan Pementoran 30

  • Modul Program Induksi Guru Permulaan

    3

    4.2.10 Kandungan Pementoran 31 4.2.11 Cadangan Pelan Pembelajaran Proses Perhubungan Pementoran 35

    4.3 Program Pengurusan Pembangunan 41 4.3.1 Objektif 41 4.3.2 Tempoh Program Pengurusan Pembangunan 41 4.3.3 Kaedah Pelaksanaan Program Pengurusan Pembangunan 41 4.3.4 Kandungan Program Pengurusan Pembangunan 43 4.3.5 Kaedah Pentasiran Program Pengurusan Pembangunan 44

    4.4 Pentaksiran 45

    4.4.1 Objektif 45 4.4.2 Tempoh Pentaksiran 45 4.4.3 Kaedah Pentaksiran 46 4.4.4 Pelaporan 48

    4.5 Pemantauan 49

    4.5.1 Objektif 49 4.5.2 Kaedah Pemantauan 50 4.5.3 Pelaporan 50

    5. PENUTUP 51 6. RUJUKAN 52

    7. LAMPIRAN A Format Laporan Program Orientasi Guru Permulaan 53 B Format Panduan Asas Menyediakan Kertas Cadangan dan 54 Laporan Kajian Tindakan (Peringkat Sekolah Untuk Disimpan dalam Fail Panitia) C Format Borang Pelaporan Pementoran Untuk Portfolio 58 Guru Permulaan D Format Laporan Pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 59

  • Modul Program Induksi Guru Permulaan

    4

    1. PENGENALAN 1.1 Pendahuluan

    Secara global, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan

    yang dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga

    banyak diperkatakan dalam keperluan Pendidikan Abad ke-21 yang menghadapi

    pelbagai perubahan dan keperluan. Seiring dengan keperluan Pendidikan Abad ke-21

    peranan utama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) adalah untuk:

    i. mengambil guru yang berkualiti;

    ii. memastikan penyediaan program induksi yang berkualiti dan pementoran

    guru permulaan; dan

    iii. menjamin semua guru mendapat peluang pembangunan profesionalisme

    berterusan (Continous Professional Development) yang berasaskan kepada

    refleksi kendiri, penilaian kendiri dan pendekatan pementoran rakan sebaya.

    Oleh yang demikian, BPG sebagai peneraju utama dalam pendidikan guru

    bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang

    berkualiti. Sehubungan itu, BPG perlu membangunkan satu program induksi guru

    permulaan yang berstruktur dan komprehensif dalam merealisasikan agenda baru

    pendidikan yang berkaitan dengan melahirkan guru yang berkualiti dan relevan dengan

    keperluan pendidikan kini dan akan datang.

    Program Induksi Guru Permulaan merupakan salah satu daripada lima belas

    (15) inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru

    yang telah diadakan di BPG pada 8 Mac 2010 hingga 2 April 2010. YAB Timbalan

    Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap cadangan

    semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April 2010.

    Program induksi guru permulaan ini akan memberikan kesan yang positif

    terhadap sekolah, guru dan murid. Melalui program induksi yang berkesan, budaya

    kerja cemerlang dapat diterapkan kepada guru permulaan agar dapat melaksanakan

  • Modul Program Induksi Guru Permulaan

    5

    tugas dan tanggungjawab secara lebih sistematik. Guru akan dibimbing oleh guru

    berpengalaman serta pihak pentadbir sekolah untuk melaksanakan pengajaran dengan

    lebih berkesan dan profesional. Satu model yang komprehensif dicadangkan dan akan

    diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat ke arah memartabatkan profesion

    keguruan, khasnya guru permulaan di negara ini.

    1.2 Definisi Program Induksi Guru Permulaan

    Satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah

    untuk menyokong pembangunan profesionalisme guru permulaan bagi meningkatkan

    tahap kompetensinya dalam kerjaya guru.

    1.3 Rasional

    Walaupun sistem latihan perguruan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di

    dunia, masih tidak terdapat satu program yang formal untuk membimbing guru

    permulaan yang baru ditempatkan di sekolah. Ironinya, banyak hasil kajian

    menunjukkan tahun pertama merupakan tahun yang paling mencabar untuk guru

    permulaan (Humphrey et al., 2007; Norasmah et al., 2007; Russell, 2006).

    Masalah utama yang dihadapi oleh guru permulaan yang baru ditempatkan

    di sekolah adalah untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar.

    Di samping itu, guru permulaan perlu dibimbing untuk melaksanakan tanggungjawab

    memenuhi keperluan kumpulan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar

    belakang (Bartell, 2005).

    Kursus praperkhidmatan yang dilalui oleh guru permulaan hanya merupakan

    asas untuk guru memahami konsep dalam pengajaran dan tidak dapat menyediakan

    mereka untuk menghadapi realiti sebenar dalam bilik darjah. Di samping itu, seseorang

    guru harus terus meningkatkan pengetahuan masing-masing selaras dengan

    perkembangan dunia pendidikan semasa. Guru permulaan perlu dibimbing untuk

  • Modul Program Induksi Guru Permulaan

    6

    mengaplikasi semua pengetahuan yang diperoleh ini secara berkesan kerana kualiti

    pengajaran guru merupakan faktor penyumbang utama kepada pembelajaran murid

    (Laura et al., 2006).

    Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai

    pemangkin utama kecemerlangan murid diberi pendedahan tentang pelbagai

    pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program induksi.

    Dengan cara ini, profesionalisme guru permulaan itu dapat ditingkatkan bermula

    daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat pertama kali.

    Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya

    memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah,

    seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah (David et al., 2003).

    Hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang melalui program induksi sepanjang

    tahun pertama mereka ditempatkan di sekolah, didapati menunjukkan kualiti pengajaran

    yang lebih tinggi dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid

    (Humphrey et al., 2007). Program induksi menggunakan pendekatan pementoran

    untuk membimbing guru-guru baru telahpun diterapkan dalam profesion perguruan di

    negara-negara maju untuk meningkatkan kualiti guru permulaan. Amalan ini

    seharusnya dilaksanakan untuk meningkatkan profesion perguruan di negara ini.

    Tambahan pula, pendidikan yang bersifat dinamik dan global memerlukan guru yang

    bersedia meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan.

    Program induksi menggunakan pendekatan pementoran didapati mampu

    memberi kesan yang positif terhadap guru permulaan yang kurang berpengalaman.

    Guru permulaan yang telah didedahkan dengan program ini didapati dapat

    meningkatkan kualiti pembelajaran murid hasil peningkatan kemahiran dan kualiti

    pengajaran guru itu sendiri (Duke et al., 2006). Di samping itu, program induksi juga

    dapat meningkatkan hubungan kolaboratif antara guru permulaan dengan semua pihak

    di sekolah.

  • Modul Program Induksi Guru Permulaan

    7

    Kebanyakan guru permulaan mengalami kejutan transisi apabila ditempatkan di

    sekolah kerana mendapati latihan perguruan adalah berbeza sama sekali dengan

    situasi yang mereka lalui semasa mengikuti latihan perguruan dan latihan amali

    (Norasmah et al., 2007). Guru permulaan seringkali menghadapi masalah kerana

    suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P), persekitaran sekolah serta latar

    belakang murid adalah unik dan kompleks dan tidak sama dengan pengalaman yang

    mereka lalui semasa mengikuti kursus perguruan.