tugasan individu 1 (majlis ilmu 1)

14
PENGHARGAAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat serta para tabiin. Pertama-pertamanya saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada saya tanpa henti. Tanpa keredhaanNya tidak mampu saya menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong saya dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah saya, EN. MOHAMAD ZAID BIN MUSTAFA kerana dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar saya. Beliau juga sering mengingatkan saya serta semua 1

Upload: ct-asiyah

Post on 27-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

falsafah

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat serta para tabiin.

Pertama-pertamanya saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada saya tanpa henti. Tanpa keredhaanNya tidak mampu saya menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun.Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong saya dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah saya, EN. MOHAMAD ZAID BIN MUSTAFA kerana dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar saya. Beliau juga sering mengingatkan saya serta semua pelajar-pelajarnya sekiranya alpa dan menegur saya dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah yang tidak ternilai harganya.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada teman-teman yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bantuan yang saya dambakan khususnya dalam menyiapkan tugasan ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang anda salurkan amat saya hargai.Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini secara sulit ataupun tidak. Kesudiaan anda amat saya hargai.

Nama Program : Manual Program

Nama Penceramah : Ustaz Baharuddin Bin Yaman

Tempat : Masjid Uthm

Tarikh : 27 28 Mac 2014

Masa : 9.30 Malam 8.00 Pagi.

Tajuk : Zikir Dan Qiyamullai.

1.0 PENGENALAN

Program yang diadakan ini merupakan salah satu program yang wajib diikuti oleh setiap pelajar yang mengambil kursus Pengajian Islam bagi memenuhi syarat pengambilan kursus Pengajian Islam bagi pelajar semester 2 sesi 2013/2014. Program yang diadakan ini memberi banyak manfaat kepada pelajar dari segi rohani dan fizikal. Program ini sentiasa dilaksanakan pada setiap semester bagi pelajar yang mengikuti kursus tersebut.

Antara acara yang dijalankan ketika program tersebut berlangsung adalah ceramah berkaitan dengan pengenalan solat-solat sunat, pengenalan kepada surah-surah yang jarang diamalkan serta ceramah berkaitan hikmah melakukan solat.

Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insane. Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina untuk menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan sifat mazmumah. Rohani pula dapat dibina dengan memperbanyakkan ibadah ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.

Oleh itu, qiyamullail merupakan salah satu cara untuk membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jati diri setiap mukmin. Usaha ini tentunya memerlukan azam, ketabahan, kekuatan dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.

Qiamullail membawa maksud bangun pada waktu malam ( mennghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah. Pada awalnya, qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. Namun, setelah disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap umat Islam. Namun, ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

2.0 KUPASAN DAN SOKONGAN

Qiyamullail diambil dari bahasa Arab, gabungan dua patah perkataan iaitu qiyam dan al-lail yang membawa makna bangun dan malam untuk tujuan beribadat sama ada bersolat, berzikir atau berdoa. Amalan Qiyamullail ini adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam berdasarkan banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadits-hadits. Ia merupakan amalan Nabi-nabi, rasul-rasul dan golongan salaf.

Sebagai contohnya, firman Allah dalam surah Al-Muzammil ayat 1-5 yang bermaksud: Wahai orang yang memakai pakaian! Bangunlah berjaga malam (bersolat) selain sedikit waktu saja, seperduanya atau kurangkan lagi daripada itu, dan bacalah Al-Quran dengan terang dan perlahan-lahan. Kami akan memberimu perkataan yang berat.

Solat merupakan satu bentuk ibadah ritual yang diwajibkan oleh Allah. Waktunya telah ditetapkan oleh Allah agar manusia selalu mengingati Allah S.W.T. Manakala, ibadah pula bermaksud penghambaan kepada Allah sebagai tuhan dan manusia sebagai hamba dimana mereka selalu mengabdikan diri kepada perintah Allah. Mengisi kehidupan ini dengan melaksanakan hukum dan aturan-aturan Allah dan menjalani kehidupan yang sesuai dengan perintahNya. Ibadah tidak terbatas pada satu bentuk yang khas dalam setiap perbuatan dan setiap bentuk pekerjaan dalam kehidupan manusia untuk penghambaan diri kepada Allah.

Allah memerintahkan hambaNya supaya menunaikan solat agar manusia selalu mengingati Allah, zat-Nya, sifat-sifat-Nya. Kenikmatan dan kebesaran-Nya, ancaman dan seksa-Nya serta hukum-hukum dan aturan yang telah ditetapkan. Dengan itu, manusia akan sentiasa mengingati kedudukannya sebagai hamba yang wajib melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Dalam menunaikan solat, unsur bacaan perlu dititikberatkan dimana bacaan mestilah dibaca dengan teliti kerana ia meninjau makna-makna tertentu dan ianya mestilah difahami dan dihayati sepenuhnya. Bacaan dalam solat merupakan satu perbicaraan manusia dengan Tuhan dan mempunyai konsekunsi yang harus dilakukan dalam kehidupan manusia. Jika kita hanya membaca tanpa mengerti maksud setiap bacaan itu, solat akan menjadi tidak khusyuk dan jauh dari mendapat hikmah dalam solat.

Selain itu, unsur yang kedua ialah unsur waktu dimana waktu untuk menunaikan solat telah ditetapkan iaitu solat dengan lima waktu yang mana ia dapat mengajar kita erti kesabaran dalam menjalani kehidupan seharian.

Seterusnya, unsur yang ketiga ialah unsur mengadap kiblat. Ini merupakan sistem pengajaran kepada manusia dalam menciptakan kesamaan kepada seluruh umat islam. Kesamaan dan kesatuan umat islam yang bersifat internasional merupakan kekuatan baik dari segi kualiti dan kuantiti. Kekuatan ini akan memberikan hasil yang positif berhubung dengan bantuan tenaga, kewangan, dan ilmu pengetahuan yang tinggi.

Dalam program ceramah yang diadakan juga turut berkongsi tipstips untuk khusyuk dalam solat. Antaranya, menjaga makanan, minuman dan pemakaian, membersihkan diri dan bersugi, mengambil wudhuk yang sempurna, memakai pakaian yang bersih dan kemas, jangan solat dalam keadaan lapar, jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil, pilih tempat solat yang menenangkan, gunakan sejadah yang tidak mempunyai terlalu banyak gambar, memastikan supaya tiada gangguan dan yang terakhir ialah solat di awal waktu.

Ketika menunaikan solat pula, antara tips-tips untuk khusyuk dalam solat ialah meneliti dan memahami setiap bacaan solat, merendahkan diri, mengagungkan Allah SWT, menghindarkan diri dari memikirkan hal-hal keduniaan, memberi tumpuan yang penuh terhadap solat, mengurangkan pergerakan anggota badan, sentiasa melihat tempat sujud dan yang terakhir menunaikan solat dengan thumaninah.

HIKMAH QIYAMULLAILMeningkatkan keimanan individuMeninggikan darjat disisi AllahDapat beribadah dengan lebih khusyukMendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenangMelatih diri menjadi insan bertakwaMelatih diri menperbanyakkan amalan sunatMendidik jiwa melawan nafsu dan syaitanMenyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadahMelatih diri mengharap keredhaan AllahMemberi ketenangan jiwa (emosi)Memberi kesihatan (fizikal)Menajamkan akal fikiranMeneguhkan kekuatan rohaniMenambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.Melatih diri bersikapkhauf(takut) danroja(berharap) kepada Allah .Dan lain lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

KELEBIHAN QIAMULLAILDimakbulkan doanya dan masin perkataan.Tenang hati dan fikirannyaDimurahkan rezekiDihormati masyarakatDilindungi Allah daripada khianat manusia.Jika dia pemimpin ,dia akan diseganiDan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

3.0 PENUTUP

Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.

Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu ?...

Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummahdan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.

Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita, dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita. Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan,kemungkaran ,kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datangyang mana kita turut mendapat bahagian dalamsahamyang besar nilainya ini ?Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi.

LAMPIRAN DAN RUJUKAN

Solat sunat merupakan satu cara untuk mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kita kepada Allah. Di mana, Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa seseorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya apabila dia berada dalam sujud.Disamping itu, Solat sunat menjadi penampung kepada amalan-amalan fardhu kita yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.Akhir sekali antara keperluan Solat Sunat ini ialah, Solat Sunat inilah yang akan menjadi tempat kita mengadu keadaan diri kita kepada Allah. Kita mampu mengadu apa sahaja kepada Allah SWT. samada berkenaan dengan kehidupan kita, keluarga kita, kewangan kita, kita dizalimi dan sebagainya dan Allah Maha Mendengar segala rintihan kita itu.

Solat sunat merupakan satu cara untuk mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kita kepada Allah. Di mana, Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa seseorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya apabila dia berada dalam sujud.Disamping itu, Solat sunatppppppp menjadi penapenutupmpung kepada amalan-amalan fardhu kita yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.Akhir sekali antara keperluan Solat Sunat ini ialah, Solat Sunat inilah yang akan menjadi tempat kita mengadu keadaan diri kita kepada Allah. Kita mampu mengadu apa sahaja kepada Allah SWT. samada berkenaan dengan kehidupan kita, keluarga kita, kewangan kita, kita dizalimi dan sebagainya dan Allah Maha Mendengar segala rintihan kita itu.

10