tugasan falsafah & etika guru - azmi

9
PENGHARGAAN ن ي وم الد ي ى ل ا سان ح إ م ب ه ع ب ت ن م ه و ب ح ص ى ا’له و عل و ن لي س ر م لء وا ا ي ب4 ن7 الأ4 رف< ش7 ى ا عل لأم س ل وا لأة ص ل و ا ن مي ل عا ل ا له رب مد ل ح لا. Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT di atas segala nikmat kurnianNya yang tidak terhitung banyaknya . Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat yang rela berjuang dan berkorban demi menegakkan Islam tercinta. Kita doakanlah moga moga kita tergolong dalam golongan orang yang cintakan kebenaran . Seterusnya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pensyarah matapelajaran Falsafah dan Etika Guru iaitu Encik P. Shanmugasundram diatas segala bimbingan dan panduan yang telah diberikan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Semoga usaha para pensyarah dalam mendidik bakal-bakal guru ini mendapat ganjaran yang baik. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan buat rakan-rakan seperjuangan PDPTDV-GIATMARA ambilan Julai 2014 di IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Estek, Nilai, Negeri Sembilan. Terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Kenangan bersama kalian tetap utuh di ingatan ini. Tidak dilupakan juga buat keluarga yang dikasihi dan tercinta. Terima kasih kerana sentiasa memahami kesibukan yang saya hadapi. Dan akhir sekali tidak dilupakan juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah membantu saya didalam melaksanakan tugasan ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan di atas segala bantuan dan pertolongan yang diberikan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Sekian terima kasih. 1

Upload: azmiaina

Post on 16-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN .Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT di atas segala nikmat kurnianNya yang tidak terhitung banyaknya .Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat yang rela berjuang dan berkorban demi menegakkan Islam tercinta. Kita doakanlah mogamoga kita tergolong dalam golongan orang yang cintakan kebenaran .Seterusnya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pensyarah matapelajaran Falsafah dan Etika Guru iaitu Encik P. Shanmugasundram diatas segala bimbingan dan panduan yang telah diberikan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Semoga usaha para pensyarah dalam mendidik bakal-bakal guru ini mendapat ganjaran yang baik.Ucapan penghargaan dan terima kasih juga sayatujukan buat rakan-rakan seperjuangan PDPTDV-GIATMARA ambilan Julai 2014 di IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Estek, Nilai, Negeri Sembilan. Terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan dorongan yang diberikan. Kenangan bersama kalian tetap utuh di ingatan ini. Tidak dilupakan juga buatkeluargayang dikasihi dan tercinta. Terima kasih kerana sentiasa memahami kesibukan yang saya hadapi. Dan akhir sekali tidak dilupakan juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah membantu saya didalam melaksanakan tugasan ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan di atas segala bantuan dan pertolongan yang diberikan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Sekian terima kasih.

1.0PENGENALAN

Dunia pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, kualiti, integriti, akauntabiliti dan etika pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia. Malah, aspek melahirkan modal insan yang berkualiti itu menjadi agenda teras dalam RMK 9 dan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal itu menunjukkan betapa seriusnya negara dalam merencanakan barisan pelapis kepemimpinan dan warga kerja yang mampu menjana pembangunan negara ke arah pencapaian Wawasan 2020.

Tidak dinafikan bahawa kaum guru merupakan sebuah agen sosialisasi yang sangat penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Namun begitu, tanpa etika dan integriti yang kukuh dari guru, sesebuah sekolah itu tidak dapat merealisasikan FPK tersebut. Guru juga sebenarnya secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK. Sehubungan dengan itu, insan yang bergelar guru adalah melengkapi segala-galanya baik sebagai pendidik, pengasuh, pembimbing, penasihat, pencetus idea dan fikiran, penderma wang ringgit serta penyumbang tenaga dan masa. Guru juga merupakan ibu bapa kepada murid di sekolah, pemimpin dan penggerak kelompok komuniti setempat, agama, bangsa dan negara. Guru ibarat sepohon kelapa yang tinggi menjulang dengan buah yang penuh di tandan, berguna dari pucuk hinggan ke pangkal

Di dalam agama islam turut mengangkat darjat guru pada kedudukan yang tinggi dan istimewa selepas ibu dan bapa malah mengajar penganutnya supaya memuliakan guru sebagaimana dalam hadis Rasulullah yang bermaksud:

(Tinta seorang ilmuwan (yang menjadi guru) adalah lebih berharga berbanding darah para syuhada)

Selanjutnya Imam Al-Ghazali menukilkan dari perkataan ulama yangmenyatakan:Pendidik merupakan pelita segala zaman, orang yang hidup semasa dengannya akan memperoleh pancaran cahaya keilmiahannya. Andai kata duniatidak ada pendidik, nescaya manusia bertingkah laku seumpama haiwan, disebabkanadanya ilmu, maka ianya berupaya menghindari manusia dari sifat kehaiwanankepada sifat insaniah dan ilahiah.2.0KONSEP ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI DALAM PROFESION KEGURUAN

Konsep akauntabiliti dan integriti amat penting untuk diterapkan di dalam diri setiap penjawat awam melalui dua kaedah iaitu usaha yang berterusan oleh penjawat awam itu sendiri seperti penghayatan nilai-nilai murni. Manakala kaedah kedua melalui penguatkuasaan daripada kerajaan seperti penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Pelan Integriti Nasional (PIN), kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti serta Piagam Pelanggan dan Kod Etika Kerja yang dapat membantu kearah meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam diri penjawat awam terutamanya bagi pihak guru yang terlibat dengan isu etika keguruan yang sering dilaporkan di dada akhbar dan media massa yang lain. Setiap isu yang timbul berkaitan guru atau pendidik yang melanggar etika keguruan mampu merosakkan imej profesion perguruan dan menyebabkan masyarakat memandang rendah pada kerjaya sebagai guru.

Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifiasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruannya.

Integriti pula merujuk kepada kesempurnaan, keikhlasan, kejujuran dan kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi (Institut Integriti Malaysia, 2004). Integriti guru pula merujuk kepada perlaksanaan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Guru harus mengamalkan kod etika profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistematik.

Integriti berkait erat dengan etika. Integriti berlandaskan etika dalam tindakan sehari-hari. Maksud Etika pula adalah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). Manakala (Kamus Oxford, 1994) mentakrifkan etika sebagai prinsip moral atau set prinsip moral, tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam pula, etika merujuk kepada tingkah laku yang betul dan benar berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. 3.0ASPEK DALAM MENINGKATKAN INTEGRITI PROFESION KEGURUAN

1. Integriti Guru Terhadap PelajarSeorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang berintegriti haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang dihormati oleh pelajarnya. Oleh yang demikian perlulah guru menjaga integriti dan profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. Guru yang baik kepada pelajarnya adalah guru yang mempunyai nilai integriti yang tinggi dalam profesionnya.

2. Integriti Guru Terhadap DiriSeorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Selain daripada itu guru yang berintegriti hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

3. Integriti Guru Terhadap SekolahSekolah ialah tempat seseorang guru melaksanakan tugasnya dan mencari rezeki. Oleh yang demikian, guru yang berintegriti bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai integriti, etika dan akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini selain tugas mengajar, guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah. Sebagai seorang guru yang berintegriti akan melaksanakan tanggungjawab dan kewajipannya dalam aktiviti di sekolah dengan baik tanpa penyelewengan dan tidak melakukannya sambil lewa.

4. Integriti Guru Terhadap IbubapaGuru perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa pelajar dengan menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru yang berintegriti perlu sentiasa berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan keluarga pelajar. Di samping itu, untuk memelihara profesion keguruan, seseorang guru itu mestilah sentiasa menganggap maklumat yang diberi oleh ibubapa pelajar berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dan tidak membocorkan rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta, guru akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan ibu bapa pelajar bagi membantu dan meningkatkan pencapaian pelajar dalam pendidikan. Akhir sekali, guru yang berintegriti sepatutnya mencuba sedaya upaya untuk mengelak daripada dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam membuat sebarang keputusan yang betul.

5. Integriti Guru Terhadap Masyarakat dan NegaraPendidik atau guru yang memiliki nilai integriti profesion keguruan yang tinggi perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Sebagai seorang guru yang berintegriti seharusnya menjalankan tugas dengan baik untuk menyebarkan cita-cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk nilai dan sikap murni dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan menghormati masyarakat berbilang bangsa, perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu, guru perlu menghormati masyarakat tempat kita berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat dalam komuniti setempat. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni bagi memelihara integriti profesionnya. Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru derngan ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat.

6. Integriti Guru Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion KeguruanSebagai seorang yang berintegriti dan bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibubapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat dan profesion seorang guru. Guru juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan integritinya sebagai seorang guru, contohnya berniaga di waktu persekolahan. Di samping itu kita juga berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru. Sebagai guru yang berintegriti perlulah menjadi ahli dalam menyokong sebuah perubahan yang baik dalam meningkatkan kualiti profesion keguruan yang ditetapkan oleh kerajaan. Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. Ini sebagai kewajipan guru yang berintegriti melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam profesion keguruannya.

5.0KESIMPULANDengan dapat memahami prinsip etika, akauntabiliti dan dan integriti profesioan keguruan, guru dapat memahami tanggungjawab sebenar yang digalas. Penghayatan etika, akauntabiliti dan integriti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik yang berintegriti tinggi. Peningkatan dalam integriti profesion keguruan dalam setiap diri pendidik tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu akan lebih berintegriti dan beretika terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, etika, integriti dan akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru disemua peringkat hingga ke akar umbi. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tidak berintegriti , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang dicita-citakan oleh negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan

Secara kesimpulannya, guru yang berintegriti merupakan permata yang bernilai kepada bangsa, masyarakat dan negara. Oleh itu, guru harus memelihara integritinya dalam memikul tanggungjawab serta peranan yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Hakikatnya seseorang guru yang berintegriti sewajarnya mesti sedar akan peranan mereka dan harapan negara dalam membina generasi insan yang berwibawa, berintelek tinggi, berakhlak mulia serta bersahsiah towering personality. Menurut Dr. Aidh Abdullah Al Qarni :ciri guru yang cemerlang ialah ikhlas mengajar ilmunya, memiliki tekad yang kuat untuk memberi manfaat yang terbaik untuk anak muridnya dan berusaha kuat menghantarkan mereka pada ketinggian darjat orang yang berilmu.

RUJUKANBaumhart, R. (1968). Ethics in Business. Boston: Holt, Rinehart & Winston. BostonInstitut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. Malaysia KitaInstitut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam,Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam),Institut Latihan Pengurusan Petronas, Bangi, Selangor. 13 Mac 1990, Laporan Seminar Etika Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. 13 April 1987, Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian,Hotel Hilton, Kuala Lumpur. 20-2 1 Oktober 1992, Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional,Peppers, C. & Briskin, A. (2000). Berrett-Koehler Publishers (August 30, 2000) Mohd. Janib Johari (2001). Etika Profesional. Johor Baru: Penerbit UTM Press. Mackie, J (1977). Ethics: Inventing Right and Wrong., Viking Press,Velasquez, M. & Andre. C., Shanks. T, & Meyer.M. (1987). Issues in Ethics IIE Vol.1 (1).

1