asgment kh ikan hiasan en azmi
DESCRIPTION
khTRANSCRIPT
PENGENALAN
Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan
kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan
ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan
penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah
Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir
yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi
‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.
Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan
tabiat makan , jantina dan gaya berenang.
Disamping kita melihat kepentingan
dari sudut ekonomi, kepentingan dari
sudut peningkatan ilmu pengetahuan
juga akan berkembang. Apabila
penternak memerlukan kaedah
penjagaan yang sistematik dan berbeza
mengikut jenis ikan akan melahirkan
rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina
pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan
dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada
pemelihara ikan hiasan.
AKARIUM IKAN HIASAN
JENIS – JENIS IKAN HIASAN
Pasir Sungai
Kayu Buruk
Terdapat pelbagai jenis ikan hiasan tropika yang boleh dipelihara. Ikan hiasan tersebut boleh
hidup di dalam akuarium.
Ikan Arowana
Ikan ini juga dikenali sebagai ikan kelisa. Warnanya keemasan
dan keperakan. Ikan ini berasal dari Amerika Selatan. Ikan ini
memakan ikan – ikan kecil. Ia membiak secara bertelur. Ia juga
mampu mencecah saiz makzimum 100 cm panjang.
Ikan Guppy
Ikan ini berasal dari Trininad. Ikan ini berwarna kemerahan,
keemasan dan putih keperakan. Ia memakan semua jenis
makanan ikan. Ikan ini memmbiak secara bertelur. Ia hanya
mampu mencapai saiz 3 cm panjang.
Ikan Pelaga
Ikan ini berasal dariThailand. Ia juga berwarna kemerahan dan
biru kehitaman. Ikan ini mkan semua jenis makanan ikan. Ia
mampu mencapai saiz maksimum 6cm panjang.
Ikan Koi
Ikan Koi berasal dari Jepun. Ikan ini berwarna putih bertompok
merah dan hitam. Ikan ini mkan semua jenis makanan ikan. Ia
mampu mencapai saiz maksimum 25cm panjang.
Angelfish
Ikan ini berasal dari Amerika Selatan. Ia berwarna putih
keperakan, kebiruan dan berbelang hitam. Ikan ini makan
makanan rumusan, tumbuhan akuatik dan hidupan air yang kecil.
Ia mampu mencapai saiz maksimum 15cm panjang.
Ikan Tiger Bard
Ikan ini berasal dari India. Ia terdiri daripada pelbagai warna.
Memakan makanan rumusan. Ikan ini boleh mencapai saiz
maksimum 16cm panjang.
Ikan Emas
Ikan ini berasal dari China. Berwarna keemasan, keputihan dan
kemerahan. Ia makan semua jenis makanan ikan. Ia mampu
mencapai saiz maksimum 12 cm panjang.
Ikan Kaloi
Ikan ini berasal dari Sumatera Kemboja. Mempunyai warna putih
berbelang hitam dan kuning.
Makan makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air yang
kecil. Ia mampu mencapai saiz maksimum 15 cm panjang.
JENIS – JENIS MAKANAN IKAN
Makanan hidup
Terdiri dari plankton iaitu organisma halus yg terdapat di dalam air, cacing, ulat roti,
jejentik, nyamuk, anak ikan, cengkerik, dan lipas.
Makanan kering
- Cacing yang telah diawet
- Roti
Makanan basah
- Kerang
- Hati lembu
- Sayuran seperti salad atau
bayam
Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet, emping,stick yang telah sedia diproses oleh
kilang membuat makanan. Ianya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau
pembekal makanan haiwan.
PENYAKIT IKAN
Penyakit Bintik putih (White Spot)
Penyakit bintik putih atau White Spot merupakan salah satu jenis penyakit yang sering
menyerang ikan dan tergolong sulit diberantas. Penyebab penyakit ini adalah sejenis protozoa
yang diberi nama Ichtyopthirius multifilis sehingga sering pula disebut penyakit Ich. Protozoa
tersebut bersarang dan menyerang lapisan lendir di kulit, sirip, dan insang ikan. Binatang
yang sangat kecil tersebut hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop. Namun, karena
jumlahnya yang sangat besar dan bergerombol maka akan tampak terlihat bintik-bintik putih
yang dalam bahasa inggris disebut White Spot.
Tanda – tanda :
Adanya bintik-bintik putih pada tubuh
Frekuensi pernafasan ikan meningkat
Warna badan pucat
Sering mengambil udara di permukaan air
Malas berenang
Sering menggosok-gosokkan tubuh pada benda-benda keras seperti lantai dan dinding
akuarium.
Lendir tubuh semakin banyak
Sering mengapung di permukaaan air
Cara mengubatinya:
Ikan perlu dipindahkan ke bekas yang terpisah dari ikan-ikan lain ( dikuarantin)
Teteskan Blitz Ich (cairan ubat warna biru) sebanyak 1 titis untuk setiap liter
Campurkan Gold 100 sebanyak 5-10 gram untuk setiap 500 liter air.
Penyakit Bakteria
Bakteria Achlya dan Saprolegnia adalah penyebab penyakit ini yang yang menyerang hampir
seluruh jenis ikan. Bakteria tersebut berbentuk benang-benang halus yang berwarna putih
kecoklatan. Tumbuh pada lingkungan yang kotor dan mempunyai kandungan bahan organik
tinggi. Bakteria ini sering tumbuh disekitar luka pada tubuh ikan.
Serangan awal bakteria ini tidak terlalu membahayakan namun apabila dibiarkan maka akan
tumbuh semakin banyak yang dapat menyebabkan ikan kukurangan nutrisi.
Tanda – tanda:
Tubuh ikan kurus
Tumbuh benang-benang halus disekitar luka yang terdapat pada tubuh ikan.
Cara mengubatinya:
Menjaga kebersihan akuarium
Gantikan air
Menjaga kualiti air
Rendam Ikan dalam larutan PKdalam 2 liter air selama 10 menit
Diulang selama 3 hari berturut-turut
Cacing Jangkar
Disebut cacing jangkar karena pada bagian kepalanya terdapat alat yang menyerupai jangkar.
Dengan jangkar ini binatang tersebut dapat melekatkan dirinya di tubuh ikan. Cacing jangkar
(Lernea sp.) melekat dengan kuat dan menghisap cairan tubuh ikan sehingga bahagian tubuh
yang tertusuk akan mengalami luka dan pembengkakan. Luka pada tubuh dapat menyebabkan
terinfeksi penyakit lain.
Tanda – tanda :
Tubuh ikan menjadi kurus
Luka atau pembengkakan bahagian
tubuh
Cacing jangkar dewasa yang
melekat di tubuh ikan akan
kelihatan jelas bahagian ekornya.
Cara mengubatinya:
Rendam ikan dalam larutan tetrasiklin 250 miligram/500 liter air selama 2-3 jam
Ulangi perendaman selama 3-4 hari berturut-turut
Apabila ada cacing yang melekat maka potong tubuhnya kemudian dibakar
Busuk Sirip
Penyakit busuk sirip ini disebabkan oleh bakteria yang menyerang bagian sirip yang memang
sudah terluka. Serangannya dapat menyebabkan sirip ekor busuk sehingga yang tertinggal
hanya bahagian pangkal ekor. Sering pula serangan bakterai ini di ikuti dengan serangan
penyakit lain yang menyebabkan keadaan ikan semakin parah.
Cara mengubatinya:
Merendam Ikan dengan antibiotik acriflavin 100 ppm (part per million atau bagian per
sejuta (selama 11 menit,atau Sulphonamid 50 ppm selama 5 jam
KESIMPULAN
Memelihara ikan hiasan dapat mengindahkan ruang kediaman dan kawasan luar kediaman.
Bagi sesetengahorang, dengan meletakkan ikan hiasan di satu sudut rumah boleh
mencantikkan ruang kediamannya. Ia adalah sabagai salah satu aksesori tambahan di dalam
rumah. Selalunya akuarium akan diletakkan di satu sudut di ruang tamu. Ikan yang diisi
adalah ikan yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala bagi membina kolam diluar
kediaman, ia tentulah diisi dengan pelbagai jenis ikan hiasan seperti kap atau yang bersaiz
sederhana atau besar.
Menternak ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kepada sesiapa yang
menjalankan kegiatan ini. Ini adalah disebabkan penjagaan rapi sejak dari awal pembiakan
sehinggalah kepada menjualnya semula kepada pembeli
yang berminat. Penjagaan rapi ini perlu kerana untuk
memastikan kuanliti ikan hiasan sentiasa berada di tahap
terbaik. Ikan berada dalam tahap terbaik tentulah akan
dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi.
RUJUKAN
https://www.google.com/search?q=akuarium+ikan+yang+lengkap&biw=1366&bih=667
http://www.slideshare.net/farahliza/ikan-hiasan-2009?related=1
https://www.google.com/#q=akarium+ikan+yang+lengkap