tugasan etika yvone

Upload: zahiruddin-zahrudin

Post on 02-Jun-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    1/16

    1

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER MEI 2013

    OUMM3203

    PROFESSIONAL ETHICS

    MAY 2013

    NO. MATRIKULASI :

    NO. KAD PENGENALAN :

    NO. TELEFON :

    E-MEL :

    PUSAT PEMBELAJARAN : OUM Kota Kinabalu, Sabah

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    2/16

    2

    ISI KANDUNGAN

    ISI KANDUNGAN .................................................................................................................... 2

    1.0 PENGHARGAAN ............................................................................................................... 3

    2.0 PENGENALAN ................................................................................................................... 4

    2.1 KONSEP DAN DEFINISI RASUAH ................................................................................. 4

    2.2 SEJARAH RASUAH........................................................................................................... 5

    2.3 BENTUK-BENTUK RASUAH .......................................................................................... 6

    3. 0 ANALISIS EKONOMI TERHADAP PERLAKUAN RASUAH ..................................... 7

    4.0 ANALISIS PERUNDANGAN TERHADAP GEJALA RASUAH .................................... 7

    5.0 ANALISIS ETIKA TERHADAP GEJALA RASUAH .................................................... 10

    6.0 RUMUSAN........................................................................................................................ 14

    7. 0 BIBLIOGRAFI ................................................................................................................. 16

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    3/16

    3

    1.0 PENGHARGAAN

    Bagi memulakan bicara pada ruangan ini, saya memohon kesyukuran dan terima

    kepada Tuhan yang telah mengurniakan keazaman dan kesihatan kepada saya bagi

    menyiapkan laporan tugasan OUMM3203, Etika Profesional bagi semester Mei 2013 ini.

    Tugasan OUMM3203, Etika Profesional bagi semester Mei 2013 ini memfokuskan

    kepada isu rasuah. Menerusi tugasan ini, saya dapat mempelajari dan memahami isu rasuah

    dari perspektif etika, undang-undang dan ekonomi. Selain itu, saya dapat mengetahui konsep

    dan definisi rasuah dari pandangan ahli akademik, sejarah rasuah dalam ketamadunan

    manusia serta kesannya kepada sesebuah masyarakat dan negara. Pada hemat saya, isu rasuah

    merupakan suatu isu yang perlu ditangani dengan bersepadu dan menyeluruh menerusi

    penglibatan pelbagai lapisan masyarakat. Didikan dan tunjuk ajar akan bahaya rasuah perlu

    disampaikan kepada generasi muda seusia peringkat kanak-kanak agar mereka memahami

    rasuha boleh mendatangkan kesan negatif kepada semua pihak.Ringkasnya, isu rasuah

    merupakan barah dalam masyarakat moden pada hari ini. Sejarah turut membuktikan,

    individu dan masyarakat yang terlibat di dalam kancah rasuah turut mengalami krisis

    ekonomi dan sosial yang meruncing.

    Dalam pada itu, saya ingin merakamkan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus

    OUMM3203, Etika Profesional ini yang telah mencurahkan ilmu, berkongsi pengalaman

    serta menyumbangkan idea dan cadangan yang bernas dalam usaha menyediakan program-

    program yang dikehendaki di dalam kursus OUMM3203, Etika Profesional.

    Seterusnya, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada para rakan sekuliah yang

    sudi menyumbang idea dan informasi yang berguna dalam usaha menyedia dan

    menambahbaik isi kandungan tugasan OUMM3203, Etika Profesional pada semester Mei

    2013 ini.

    Akhirnya, saya mengharapkan hasilan kerja kursus ini dapat diberikan wajaran

    markah yang baik dan segala kekurangan serta kelemahan dapat dikemukakan bagi

    membantu saya menghasilkan kerja kursus yang lebih berkualiti dan memenuhi kehendak

    tugasan yang sebenar.

    Sekian. Terima kasih.

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    4/16

    4

    2.0 PENGENALAN

    2.1 KONSEP DAN DEFINISI RASUAH

    Dalam masyarakat umum, rasuah sinonim dengan istilah seperti makan suap,korupsi, dan sogokan. Berikut dikemukakan pelbagai perspektif dalam mentakrifkan rasuah.

    The Encyclopedia Britannica Online mentakrifkan rasuah sebagai perbuatan

    menjanjikan, memberi, menerima, atau bersetuju untuk menerima wang atau beberapa

    perkara lain yang bernilai dengan tujuan rasuah mempengaruhi pegawai awam dalam

    menjalankan tugas. Definisi di atas menjelaskan rasuah sebagai amalan mengemukakan janji

    memberi wang dan berjanji bersetuju menerima wang serta memberi dan menerima wang

    dengan qasad rasuah.

    Businessdictionary.com mentakrifkan rasuah sebagai tindakan mengambil atau

    menerima sesuatu dengan niat untuk mempengaruhi penerima dalam beberapa cara memihak

    kepada pihak yang memberikan rasuah. Definisi ini pula menjelaskan rasuah sebagai tingkah

    laku individu dalam memperoleh dan menyerah dalam beberapa kaedah dengan tujuan

    rasuah.

    Sementara itu, menurut agama Islam, rasuah telah ditakrifkan lebih 1434 tahun yang

    lalu. Rasuah ditakrifkan sebagai amalan memberi dan menerima sogokan sebagaimana

    sebuah hadis nabi SAW ada menyatakan :

    "Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang

    memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum"

    (Riwayat Abu Daud & Tirmizi)

    Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (2009) pula mentakrifkan rasuah

    dalam mana-mana salah satu 4 komponen utama berikut iaitu memberi dan menerima rasuah,

    memberi suapan, mengemukakan tuntutan palsu, dan salah guna kuasa.

    Berdasarkan takrifan di atas, saya merumuskan rasuah adalah berkaitan dengan niat

    individu dalam melakukan rasuah dengan tindakan memberi dan menerima rasuah dan

    amalan tersebut menyalahi mana-mana perspektif undang-undang, agama dan budaya

    masyarakat setempat.

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    5/16

    5

    2.2 SEJARAH RASUAH

    Kajian Syed Hussein Al Attas (2005), rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia

    bermasyarakat, yakni tatkala organisasi sosial yang kompleks mulai muncul. Manusia mula

    terlibat dalam fenomena rasuah kira-kira sealama beberapa ribu tahun. Intensiti rasah

    berbeza-beza pada waktu dan tempat yang berlainan. Seperti fenomena sosial yang lain,

    rasuah ditentukan oleh pelbagai faktor. Rekod-rekod kuno mengenai masalah ini merujuk

    pada penyogokan para hakim dan tingkah laku para pegawai awam.

    Dalam sejarah Mesir, Babylon, Ibrani, India, China, Yunani dan Romawi kuno,

    rasuah sering kali muncul ke permukaan sebagai masalah. Pada peringkat Asia, kita turut

    menyaksikan berlakunya rasuah di beberapa buah negara di Asia. Di seluruh kawasan Asia

    yang sedang membangun, Singapura adalah satu-satunya kerajaan yang hampir bebas rasuah.

    Thailand, Filipina dan Malaysia masih juga menghadapi masalah rasuah. Selain Singapura,

    antara negara-negara Asia yang sedang membangun, Malaysialah negara di mana rasuah

    paling kurang merebak. Yang dikhuatirkan ialah bahawa rasuah itu akan berkembang. Sejak

    tahun 1957, tahun kemerdekaan, rasuah terus berkembang di Malaysia. Sebagai contoh dalam

    karya sastera klasik Melayu Sulalatus Salatin (2000) menjelaskan,

    Maka pada suatu hari Raja Kuci menyuruh pada penghulu bendahari Cempa membawanya

    muafakat diberi emas dan harta terlalu banyak. Maka penghulu bendahari Cempa pun

    kabullah, serta telah dinihari maka dibukakannya pintu kota oleh penghulu bendahari

    Cempa.

    Dalam pernyataan di atas, amalan rasuah berlaku kerana adanya unsur pemberi rasuah

    iaitu Raja Kuci dan penerima rasuah iaitu Penghulu bendahari Cempa serta aset rasuah iaitu

    emas dan harta. Ini membuktikan amalan rasuah telah wujud semenjak zaman Kesultanan

    Melayu.

    Sementara itu, statistik rasuah di bawah memaparkan fenomena rasuah di Malaysia

    sebagai bukti adanya amalan rasuah di Malaysia :

    TAHUN 2005 2006 2007 2008

    JUMLAH 485 546 591 319

    Sumber :Badan Pencegahan Rasuah(BPR), 2008

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    6/16

    6

    2.3 BENTUK-BENTUK RASUAH

    Menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (2009), rasuah atau suapan

    meliputi seperti yang berikut :

    (a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan

    mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan,

    atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

    (b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-

    apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa

    sifat;

    (c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau

    liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

    (d) apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan

    atau peratusan;

    (e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang

    atau benda berharga;

    (f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apa-

    apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa

    tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah

    dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa

    hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

    (g) apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untukmemberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f);

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    7/16

    7

    3. 0 ANALISIS EKONOMI TERHADAP PERLAKUAN RASUAH

    Daripada perspektif ekonomi, kita akan membincangkan isu rasuah menurut teori

    permintaan . Menurut teori permintaan apabila harga sesuatu barang meningkat, kuantiti yang

    diminta baginya akan jatuh, jika harga menurun kuantiti yang diminta akan meningkat

    dengan andaian faktor-faktor lain tetap atau ceteris paribus. Hukum ini menerangkan,

    hubungan antara harga dan kuantiti adalah songsang. Hubungan songsang ini menyebabkan

    keluk permintaan mencerun ke bawah dari ke kiri ke kanan. Dalam isu rasuah, rasuah

    menyebabkan harga barangan meningkat kerana pihak pengeluar perlu membayar lebih tinggi

    kepada pihak yang berkepentingan. Ini menyebabkan pihak pengeluar perlu menaikkan harga

    barangan atau perkhidmatan untuk menampung kos pengeluaran yang tinggi. Implikasinya,

    kuasa beli pihak pembeli akan berkurangan kerana harga barangan atau perkhidmatan yang

    ditawarkan adalah di luar kemampuan mereka. Ini dapat dilihat menerusi contoh berikut :

    Harga (p)

    P1

    P0

    P2

    0

    Q1 Q0 Q2 Kuantiti (Q)

    B

    C

    A

    Rajah 1 : Perubahan kuantiti diminta

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    8/16

    8

    Rajah 1 di atas menunjukkan perubahan kuantiti diminta. Katakan harga asal pada Po,

    kuantiti pada Q0. Apabila harga meningkat ke P1, kuantiti diminta menurun ke Q1

    (penguncupan permintaan dari titik A ke titik B). Ini menunjukkan permintaan ke atas sesuatu

    barangan atau perkhidmatan akan meningkat sekiranya harga barangan atau perkhidmatan

    kekal. Sebaliknya sekiranya berlaku peningkatan harga barangan atau perkhidmatan ekoran

    pihak pengeluar perlu menanggung kos pengeluaran dan bayaran lepas (rasuah) kepada

    penerima rasuah, pihak pengeluar terpaksa menaikkan harga barangan atau perkhidmatan

    demi memastikan pihak pengeluar mendapat menampung kos pengeluaran yang telah

    dikeluarkan.

    4.0 ANALISIS PERUNDANGAN TERHADAP GEJALA RASUAH

    Bagi analisis perundangan, saya akan menghuraikan analisis perundangan terkini

    yang melibatkan isu rasuah di Malaysia. Akta terkini berkaitan rasuah adalah Akta

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009.

    Akta ini melibatkan semua individu yang berwarganegara Malaysia sama ada

    kakitangan awam, swasta mahupun yang berkhidmat di luar negara serta mereka yang

    berstatus warganegara asing tetapi melakukan kesalahan di negara ini dan melibatkan urusan

    rasuah dengan mana-mana warganegara Malaysia.

    1.Menerima Rasuah

    Menurut Seksyen 16(a), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (2009), seseorang

    individu atau bagi pihak individu lain didapati bersalah sekiranya menerimaatau menerima

    rasuah. Sementara itu, menurut Seksyen 16(b) pula, seseorang individu disabitkan dengan

    kesalahan rasuah sekiranya memberi, menjanjikan atau menawarkan faedah (faedah

    merujuk kepada takrif suapan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (2009).

    2. Menawar/Memberi Rasuah

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    9/16

    9

    Menurut seksyen 17(a) seseorang disabitkan dengan kesalahan rasuah sekiranya

    menerima rasuah daripada orang lain bagi diri sendiri atau untuk pihak lain terhadap perkara-

    perkara yang berkaitan dengan memberikan sokongan atau tentangan dalam hal ehwal

    perniagaan sesebuah organisasi.

    Sementara itu menuntut Seksyen 17(b) pula menjelaskan seseorang individu boleh

    disabitkan dengan kesalahan rasuah sekiranya menawarkan rasuah kepada pihak lain yang

    menyalahi peraturan sesebuah organisasi.

    3. Kesalahan dengan maksud untuk memperdayakan prinsipal oleh ejen;

    Menurut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, seseorang indivdu

    disabitkan dengan kesalahan rasuah sekiranya menipu organisasinya sama ada dalam bentuk

    resit, akaun atau dokumen lain yang mengandungi unsur pemalsuan, kesilapan yang

    disengajakan atau tidak lengkap dengan tujuan menipu organisasi.

    4.Secara rasuah mendapatkan penarikan balik tender;

    Menurut Seksyen 20(a), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 menjelaskan

    individu yang mendapatkan mana-mana kontrak dengan memberikan suapan disabitkan

    dengan kesalahan rasuah. Sementara itu, menurut Seksyen 20(b) pula menjelaskan individu

    yang menerima atau meminta suapan bagi mendapatkan kontrak juga disabitkan dengan

    kesalahan rasuah.

    5. Penyogokan pegawai badan awam

    Menurut Seksyen 21, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 menjelaskan

    individu yang berkhidmat dalam sektor awam dan didapati memberi serta menerima rasuah

    dengan tujuan menyokong atau menentang dasar sesebuah dasar badan awam, tidak

    melaksanakan atau melaksanakan sesuatu tugasan dengan tujuan rasuah, atau membantu atau

    mendapatkan apa-apa faedah atau kontrak dengan tujuan rasuah serta memberikan atau tidak

    memberikan sokongan dengan tujuan rasuah dianggap melakukan kesalahan rasuah.

    6. Penyogokan pegawai awam asing

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    10/16

    10

    Menurut Seksyen 22, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 menjelaskan

    sekiranya terdapat pegawai asing menyalagunakan kuasa bagi tujuan rasuah dianggap

    melakukan suatu kesalahan rasuah.

    7. Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan

    Menurut Seksyen 23, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 menjelaskan

    pegawai awam yang menyalahgunakan kuasa sama ada untuk diri sendiri, saudara mara atau

    pihak yang berkepentingan dianggap melakukan kesalahan rasuah.

    Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 adalah :

    (a) Penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan

    (b) Denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan jik suapan itu

    dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang

    lebih tinggi.

    Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 18 pula adalah :

    (a) Penjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan

    (b)Denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu

    atau silap itu jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilai atau berbentuk wang,

    atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

    Berpandukan kepada perbincangan amalan rasuah daripada perspektif perundangan

    Malaysia menjelaskan kepada kita bahawa amalan rasuah membawa 1001 malapetaka kepada

    si penerima dan si pemberi rasuah. Pun begitu, kita mendapati, amalan rasuah dalam

    kalangan masyarakat khususnya dalam kalangan penjawat awam di Malaysia kian

    membimbangkan. Jesteru itu, usaha-usaha berterusan dan sistematik ke arah merealisasikan

    hasrat negara yang bebas rasuah harus diperhalusi dan dikaji secara mendalam.

    5.0 ANALISIS ETIKA TERHADAP GEJALA RASUAH

    Bagi huraian daripada perspektif etika, saya mengemukakan 5 aliran fahaman etikaseperti berikut:

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    11/16

    11

    1. Teori Teleologikal

    Teori ini meletakan nilai benar atau salah sesuatu perbuatan berasaskan kepada

    implikasi sesuatu perbuatan. Dalam erti kata lain, teori ini menekankan kepada perbandingan

    antara lebih banyak kebaikan daripada kebukuran. Teori teleologikal amat mementingkan

    hasil akibat sesuatu tindakan.Sebagai contoh, berikut dikemukakan perbandingan kesan

    amalan rasuah.

    IMPLIKASI POSITIF RASUAH IMPLIKASI NEGATIF RASUAH

    1. Mendapat wang dan harta yang banyak 1. Wang dan harta yang banyak boleh

    menyebabkan individu menjadi tamak haloba.

    2. Mudah didampingi oleh ramai individu

    yang berkepentingan.

    2. Disabitkan dengan jenayah rasuah dan

    dikenakan tindakan undang-undang.

    3. Semua kehendak mudah diperolehi

    kerana mempunyai wang dan harta yang

    banyak.

    3.Ahli masyarakat memandang jijik dan hina.

    4. Ahli keluarga dan maruah keluarga individu

    penerima dan pemberi rasuah dipandang serong

    masyarakat sekeliling.

    5. Kehilangan sumber rezeki halal

    6. Sukar mendapat kepercayaan orang ramai

    terutama dalam mendapatkan pekerjaan.

    Berpandukan kepada jadual di atas jelas menunjukkan amalan rasuah lebih banyak

    mendatangkan kesan negatif berbanding positif. Oleh itu, menurut teori teleologikal, amalan

    rasuah adalah amalan yang tidak baik diamalkan dan seharusnya ditolak oleh masyarakat.

    2. Teori Deontologi

    Teori ini adalah bertentangan dengan teori teleologikal. Teori ini menolak akibat atau

    implikasi sesuatu perbuatan. Apa yang menjadi fokus teori ini adalh sifat atau ciri-ciri

    peraturan itu. Sesuatu perbuatan dianggap baik atau salah jika perbuatan tersebut mengikut

    kewajipan dan sebaliknya. Sebagai contoh, berikut dikemukakan ciri-ciri positif dan negatif

    amalan rasuah sebagai perbandingan menurut teori deontologi :

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    12/16

    12

    CIRI-CIRI POSITIF RASUAH CIRI-CIRI NEGATIF RASUAH

    1. . Adanya kewajipan dan keuntungan

    bersama

    1. Pengkhianatan

    2.Penipuan kepada kerajaan, organisasi dannegara

    3.Mengetepikan kepentingan umum

    berbanding kepentingan khusus

    4. Dilakukan secara rahsia

    5. Melibatkan ramai pihak

    6. Pernyataan dwifungsi yang bercanggahan

    oleh mereka yang melakukan rasuah.

    7. Adanya usaha untuk melindungi perbuatan

    rasuah dalam bentuk justifikasi undang-

    undang.

    Berdasarkan kepada paparan ciri perbandingan positif dan negatif rasuah didapati

    amalan rasuah membawa lebih banyak ciri negatif berbanding ciri positif. Oleh demikian,

    menurut teori deontologi, sekali lagi amalan rasuah ditolak.

    3. Teori Keperibadian Mulai (Virtue)

    Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat

    perangai dan ciri watak yang mulia. Teori ini menyatakan setiap keperibadian yang mulia

    merupakan jalan tengah, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan

    tidak juga terlalu kurang. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk individu menjadi

    seorang insan yang mulia. Sebagai contoh dalam amalan rasuah, tidak terdapat sebarang nilai

    yang boleh dilkasifikasikan sebagai jalan tengah. Ini adalah kerana dalam amalan rasuah,

    tiada sebarang nilai yang boleh dilabelkan sebagai tidak terlalu lebih dan tidak terlalu kurang

    melainkan kesemuanya membawa kepada nilai-nilai yang tidak baik serta cenderung kepada

    kejahatan dan kebinasaan.

    4. Teori Kemoralan Sosial

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    13/16

    13

    Toeri Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan konsep

    etika. Ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi nilai-nilai yang

    mementingkan masyarakat. Dalam kata lain, teori ini menekankan kepada nilai atau peraturan

    masyarakat yang dipersetujui bersama. Sebagai contoh, amalan rasuah dalam kalangan

    masyarakat majmuk di Malaysia, amalan rasuah amat ditolak dan menyalahi undang-undang

    dan peraturan sama ada daripada perspektif budaya masyarakat setempat, undang-undang dan

    perlembagaan negara mahupun agama dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia. Jesteru

    itu, jelas dari perspektif Teori Kemoralan Sosial, amalan rasuah adalah ditolak dan tidak

    diterima oleh peraturan semasa masyarakat negara ini.

    Berdasarkan kepada perbincangan dalam keempat-empat perspektif fahaman etika di

    atas, jelas menunjukkan amalan rasuah adalah amalan yang menyalahi pegangan keempat-

    empat fahaman etika yang dikemukakan.

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    14/16

    14

    6.0 RUMUSAN

    Berdasarkan huraian di atas, rasuah adalah amalan yang menyalahi mana-mana

    perspektif yang dikemukakan di atas sama ada daripada perspektif undang-undang, etika

    mahupun ekonomi. Ini adalah kerana amalan rasuah memberikan kesan negatif kepada pihak

    lain sama ada disedari mahupun tidak disedari secara langsung mahupun secara tidak

    langsung.

    Pun begitu, selaku ahli akademik, saya mendapati perspektif Islam dalam

    membincangkan rasuah amat tepat. Ini termasuklah daripada takrifan, hukuman, implikasi

    dan etikanya.

    Agama Islam mentakrifkan rasuah sebagaimana di dalam al Quran seperti berikut :

    "Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu

    dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)

    kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta

    manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui salahnya".

    (Surah Al-Baqarah ayat 188)

    Daripada petikan pernyataan di atas, agama Islam melihat rasuah sebagai

    menghulurkan harta kepada hakim atau ringkasnya juga dikenali sebagai rasuah. Wacana

    menghulurkan harta dalam konteks perundangan di Malaysia masa kini adalah sinonim

    dengan amalan rasuah iaitu memberi dan menerima rasuah menurut Akta Suruhanjaya

    Pencegahan Rasuah 2009. Ini menunjukkan etika dalam agama Islam yang telah termaktub

    1400 tahun dahulu telah mentakrifkan rasuah sebagai amalan yang mendatangkan keburukan

    dan dosa kepada si pelakunya.

    Sementara itu, agama Islam turut menetapkan hukuman yang setimpal bagi pelaku

    rasuah. Ini dapat dijelaskan menerusi hadis di bawah :

    Dari Saad bin Abi Waqas Radiallahuanhu ia berkata : Wahai Rasulullah serulah

    kepada Allah untuk menjadikan aku orang yang mustajab dengannya, bersabda Rasulullah

    Sallallahu Alaihi Wasallam, wahai Saad, perbaikilah makananmu, nescaya kamu menjadi

    orang yang dikabulkan doanya. Demi jiwa Muhammad dalam gengaman-Nya, sesungguhnya

    seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    15/16

    15

    tidak akan diterima amal kebajikannya selama empat puluh hari. Dan barangsiapa yang

    daging dalam badannya tumbuh dari yang haram dan dari hasil riba, maka api Neraka lebih

    layak baginya.(Riwayat Al-Imam At-Tabarani).

    Daripada hadis di atas menjelaskan bahawa pelaku rasuah akan menerima balasan di

    dunia iaitu amal kebajukannya tidak akan diterima selama 40 hari sementara itu balasan lain

    yang diterima adalah balasan neraka atas amalan rasuah yang keji.

    Dalam pada itu, implikasi rasuah pula dapat dilihat menerusi pernyataan berikut :

    Maksudnya: Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan

    adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat

    kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan

    mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan

    yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.

    (Surah Ali Imran ayat 112)

    Berdasarkan kepada pernyataan di atas, jelas menunjukkan si pelaku rasuah akan

    menerima penghinaan, kemurkaan Tuhan, dan kemiskinan.

    Daripada perspektif etika Islam sendiri jelas menunjukkan amalan rasuah merupakan

    amalan yang menyalahi adab dan akhlak agama Islam itu sendiri. Ini jelas sebagaimana

    pernyataan berikut :

    Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

    " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan

    baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul(pengkhianatan) "

    ( Riwayat Abu Daud)

    Daripada pernyataan di atas jelas menunjukkan bahawa rasuah daripada perspektif

    etika Islam adalah dianggap sebagai pengkhianatan. Pengkhianatan di sini membawa maksud

    si pelaku rasuah adalah individu yang mendatangkan kesusahan kepada pihak lain dengan

    tingkah lakunya yang melakukan rasuah.

  • 8/10/2019 TUGASAN ETIKA YVONE

    16/16

    16

    7. 0 BIBLIOGRAFI

    1. Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amala Moral,

    Serdang : Penerbit UPM.

    2.Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman

    Sdn Bhd.

    3. Dr. Muhammad Diah Jurini (2008). OUM320 Professional Ethics ,(cetakan kelapan)

    Seri Kembangan Selangor: Open UniversityMalaysia (OUM).

    4. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya : Pearson Education Malaysia Sdn.

    Bhd.

    6. Syed Hussein Al Atas. (2007). Rasuha : Sifat, Sebab dan Fungsi. Kuala Lumpur : Dewan

    Bahasa dan Pustaka

    7. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2009). Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

    2009. Kuala Lumpur : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

    Laman sesawang :

    1.http://www.law.cornell.edu/wex/bribery diperoleh pada 29 Jun 2013.

    2.http://global.britannica.com/EBchecked/topic/79186/bribery diperoleh pada 01 Julai 2013

    3.http://www.businessdictionary.com/definition/bribery.html diperoleh pada 01 Julai 2013

    http://www.law.cornell.edu/wex/briberyhttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/79186/briberyhttp://www.businessdictionary.com/definition/bribery.htmlhttp://www.businessdictionary.com/definition/bribery.htmlhttp://global.britannica.com/EBchecked/topic/79186/briberyhttp://www.law.cornell.edu/wex/bribery