tugasan al wakalah

13
1.0 PENGENALAN Wakalah adalah satu perkataan yang berasal daripada bahasa arab yang membawa maksud seseorang atau sesuatu pihak bertindak bagi pihak lain. Dalam bahasa mudahnya membuat kerja untuk orang lain atau menjadi wakil bagi seseorang dalam melaksanakan urusannya. Konsep wakalah ini sememangnya diterima dalam yang mana ianya sangat penting bagi memenuhi keperluan kehidupan. Konsep wakalah ini dapat kita temui di dalam surah al-kahfi ayat ke 19 yang bermaksud: Dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: Berapa lama kamu tidur? (sebahagian dari) mereka menjawab: Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari . (sebahagian lagi dari) mereka berkata: Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. Kisah tentang ashabul kahfi di atas menunjukkan kisah tentang perutusan atau perwakilan yang berlaku di zaman dahulu. Hakikatnya walaupun bukan atas dasar prinsip-prinsip islam, perwakilan ini dibenarkan kerana kehidupan manusia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Kemudian islam datang dengan garis-garis panduannya bagi memastikan perwakilan yang dilakukan adalah selaras dengan kehendak islam. Antara lain Islam menegah perwakilan bagi melakukan perbuatan jenayah dan dosa seperti menggunakan pembunuh upahan, mengupah kaki pukul dan sebagainya.

Upload: hanie-sayang

Post on 01-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ONLY FOR ASSG REVIEW

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Al Wakalah

1.0 PENGENALAN

Wakalah adalah satu perkataan yang berasal daripada bahasa arab yang membawa

maksud seseorang atau sesuatu pihak bertindak bagi pihak lain. Dalam bahasa mudahnya

membuat kerja untuk orang lain atau menjadi wakil bagi seseorang dalam melaksanakan

urusannya. Konsep wakalah ini sememangnya diterima dalam yang mana ianya sangat penting

bagi memenuhi keperluan kehidupan. Konsep wakalah ini dapat kita temui di dalam surah al-

kahfi ayat ke 19 yang bermaksud:

Dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-

tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?”

(sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”.

(sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu

tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar;

kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal

(yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya;

dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan

janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

Kisah tentang ashabul kahfi di atas menunjukkan kisah tentang perutusan atau perwakilan

yang berlaku di zaman dahulu. Hakikatnya walaupun bukan atas dasar prinsip-prinsip islam,

perwakilan ini dibenarkan kerana kehidupan manusia ini saling memerlukan antara satu sama

lain. Kemudian islam datang dengan garis-garis panduannya bagi memastikan perwakilan yang

dilakukan adalah selaras dengan kehendak islam. Antara lain Islam menegah perwakilan bagi

melakukan perbuatan jenayah dan dosa seperti menggunakan pembunuh upahan, mengupah kaki

pukul dan sebagainya.

Page 2: Tugasan Al Wakalah

2.0 AL-WAKALAH

Ibn 'Arfah menyatakan bahawa al-wakalah (perwakilan) wujud apabila sesuatu pihak

melantik pihak lain melakukan kerja bagi pihaknya dalam urusan sivil. Dalam hal ini, seorang

agen atau wakil boleh diamanahkan dengan semua kerja yang boleh dilakukan olehnya, seperti

memeterai perjanjian, memungut dan memberi hutang atau melepaskan hutang, dan lain-lain

lagi. Al-Shafi'i menjelaskan akad al-wakalah ini sebagai mewakilkan seseorang untuk

menyerahkan apa yang dilakukannya dan boleh dilakukan oleh orang lain dalam hidupnya.

Dikaitkan dengan hidup untuk membezakan al-wakalah daripada wasiat.

Daripada perbincangan tersebut, al-wakalah dapatlah ditakrifkan sebagai akad yang

memberi kuasa orang yang mewakil kepada penerima wakil untuk menjalankan sesuatu tugas

atau kerja bagi pihak orang yang mewakilkannya. Hal ini termasuklah segala pengendalian atau

pengurusan harta dalam bentuk jual beli dan perkara lain yang boleh diwakilkan.

Dalam amalan perbankan Islam, seseorang pelanggan mewakilkan Bank untuk membeli

sejumlah saham dari syarikat tertentu atau membeli barangan tertentu bagi pihaknya dengan

membuat bayaran sebagaimana yang dipersetujui. Setelah selesai pembelian, bank Islam

menyerahkan semula saham atau barangan yang dibeli kepada pelanggan. Selepas penyerahan

berkenaan, selesailah hubungan wakalah antara bank Islam dengan pihak pelanggan.

Dari segi bahasa kalimat (al-wakalah) adakalanya bermakna pemeliharaan berdasarkan

firma Allah s.w.t dalam Surah ali-Imran 3:173, yang bermaksud;

“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka:

“Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu

hendaklah kamu gerun kepadanya.” Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu

berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik Pengurus (yang terserah

kepada-Nya segala urusan kami).” Dan firma-Nya dalam Surah al-Muzzammil 73-9 juga yang

bermaksud: “Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia, maka

jadikanlah Dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu.”Adakalanya ia bermaksud

menyerahkan seperti dalam firma Allah s.w.t. dalam Surah Ibrahim 14:12:Terjemahannya: “Dan

mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan untuk

tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap

Page 3: Tugasan Al Wakalah

segala perbuatan kamu menyakiti kami dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah

hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah.”

Seterusnya, kita lihat dari dua sudut pendangan ulama’ mengenai wakalah. Terdapat

pelbagai pandangan yang berbeza antara para ulama’ mengenai wakalah. Pertama, dari sudut

pandangan ulama’ Hanafi dimana mentakrifkan perwakilan berdasarkan syara’ iaitu sebagai

menugaskan orang lain melakukan kerjanya dalam mengendalikan perkara yang diharuskan oleh

syara’. Sebagai contoh, mewakilkan seseorang untuk menyerahkan dan menjadi sesuatu perkara

kepada wakil. Ia termasuk segala pengendalian dan pengurusan harta dalam bentuk jual beli dan

perkara-perkara lain yang boleh diwakilkan seperti izin untuk masuk.16 Bagi ulama’ Syafi’i

pula, wakalah ditakrifkan sebagai perwakilan iaitu mewakili seseorang untuk menyerahkan apa

yang dilakukannya dan boleh dilakukan oleh orang lain supaya boleh dilakukan oleh orang lain

dalam hidupnya.

Berdasarkan rukun perwakilan, menurut ulama’ Hanafi hanya ada dua sahaja iaitu ijab

dan qabul. Manakala mengikut jumhur, rukun perwakilan terdiri daripada empat perkara iaitu

pewakil (almuwakkil), wakil (al-wakil), wakilan (al-muwakkal fih) dan sighah (lafaz). Bagi

menjadikan sesuatu perwakilan adalah sah, maka disyaratkan beberapa syarat kepada orang yang

memberi wakil kepada orang yang menerima wakil serta perkara yang diwakilkan. Terdapar tiga

syarat bagi perwakilan iaitu syarat ke atas orang yang memberi wakil, syarat ke atas wakil dan

syarat ke atas perkara yang diwakilkan. Daripada perkara tersebut, ditetapkan juga jenis-jenis

perwakilan. Ia terdiri daripada perwakilan khusus dan umum. Perwakilan khusus ialah seseorang

(wakil) yang diamanahkan untuk mengendalikan sesuatu kerja yang khusus seperti membeli

tanah atau aset tertentu atau menyewakan premis atau tanah atau juga seseorang yang diwakilkan

untuk menjadi wakil perbicaraan dalam sesuatu kes tertentu. Hukumnya ialah wakil terikat

dengan apa yang diwakilkan kepadanya (al-Zuhaili, 2005).

Page 4: Tugasan Al Wakalah

3.0 PANDANGAN ULAMA

Wakalah memiliki beberapa makna yang cukup berbeda menurut beberapa

ulama. Berikut adalah pandangan dari para ulama:

a. Menurut Hashbi Ash Shiddieqy, Wakalah adalah akad penyerahan kekuasaan, yang pada

akad itu seseorang menunjuk orang lain sebagai penggantinya dalam bertindak

(bertasharruf).

b. Menurut Sayyid Sabiq, Wakalah adalah pelimpahan kekuasaan oleh seseorang kepada

orang lain dalam hal-hal yang boleh diwakilkan.

c. Ulama Malikiyah, Wakalah adalah tindakan seseorang mewakilkan dirinya kepada orang

lain untuk melakukan tindakan-tindakan yang merupakan haknya yang tindakan itu tidak

dikaitkan dengan pemberian kuasa setelah mati, sebab jika dikaitkan dengan tindakan

setelah mati berarti sudah berbentuk wasiat.

Menurut Ulama Syafi’iah mengatakan bahwa Wakalah adalah suatu ungkapan

yang mengandung suatu pendelegasian sesuatu oleh seseorang kepada orang lain supaya

orang lain itu melaksanakan apa yang boleh dikuasakan atas nama pemberi kuasa.

4.0 DASAR HUKUM WAKALAH

Menurut agama Islam, seseorang boleh mendelegasikan suatu tindakan tertentu kepada

orang lain dimana orang lain itu bertindak atas nama pemberi kuasa atau yang mewakilkan

sepanjang hal-hal yang dikuasakan itu boleh didelegasikan oleh agama. Dalil yang dipakai untuk

menunjukkan kebolehan itu, antara lain :

4.1 Al-Qur’an:

QS Al-Kahfi (18:19). dan Demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka

saling bertanya di antara mereka sendiri. berkatalah salah seorang di

antara mereka: sudah berapa lamakah kamu berada (disini?)”. mereka

menjawab: “Kita berada (disini) sehari atau setengah hari”. berkata (yang

Page 5: Tugasan Al Wakalah

lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di

sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan

membawa wang perakmu ini, dan hendaklah Dia Lihat manakah makanan

yang lebih baik, Maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan

hendaklah ia Berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan

halmu kepada seorangpun.

QS Al-Baqarah (2:283). jika kamu dalam perjalanan (dan bermu’amalah tidak

secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, Maka

hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang[1] (oleh yang berpiutang).

akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, Maka

hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan

hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para

saksi) Menyembunyikan persaksian. dan Barangsiapa yang

menyembunyikannya, Maka Sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa

hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

QS An-Nisaa (4:35). dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara

keduanya, Maka kirimlah seorang hakam[2] dari keluarga laki-laki dan

seorang hakam dari keluarga perempuan. jika kedua orang hakam itu

bermaksud mengadakan perbaikan, niscaya Allah memberi taufik

kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha

Mengenal.

4.2 Al-Hadits:

Banyak hadits yang dapat dijadikan landasan keabsahanWakalah, diantaranya:

1)      “Bahwasanya Rasulullah mewakilkan kepada Abu Rafi’ dan seorang

Anshar untuk mewakilkannya mengawini Maimunah binti Al

Harits”. HR. Malik dalam al-Muwaththa’)

2)      “Perdamaian dapat dilakukan di antara kaum muslimin kecuali perdamaian

yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram;

Page 6: Tugasan Al Wakalah

dan kaum muslimin terikat dengan syarat-syarat mereka kecuali syarat yang

mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang

haram.” (HR Tirmidzi dari ‘Amr bin ‘Auf).

Dalam kehidupan sehari-hari, Rosulullah telah mewakilkan kepada orang

lain untuk berbagai urusan. Diantaranya adalah membayar hutang,

mewakilkan penetapan had dan membayarnya, mewakilkan pengurusan unta,

membagi kandang haiwan, dan lain-lain.

4.3 Ijma’:

Para ulama pun bersepakat dengan ijma’ atas

diperbolehkannya wakalah. Mereka bahkan ada yang cenderung mensunahkannya

dengan alasan bahwa hal tersebut termasuk jenis ta’awun atau tolong-menolong atas

dasar kebaikan dan taqwa. Tolong-menolong diserukan oleh Al-Qur’an dan disunahkan

oleh Rasulullah.

Allah berfirman:

QS Al-Maa-idah (5:2). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan

dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan

bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya.

Dan Rasulullah pun bersabda “Dan Allah menolong hamba selama hamba

menolong saudaranya”.

Page 7: Tugasan Al Wakalah

5.0 PENGGUNAAN WAKALAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

5.1 INSURANS

Berbalik kepada soalan tentang kelebihan wakalah, tidak syak lagi ia adalah

sebagai pelengkap kepada kehidupan. Dalam perniagaan Takaful pula, umumnya para

pengendali Takaful menggunapakai model perniagaan berasaskan Mudharabah dan

Wakalah. Malaysia telah memulakan sistem Takaful dengan penubuhan Syarikat Takaful

Malaysia yang menggunapakai model Mudharabah. Walaupun begitu setelah lebih

daripada 20 tahun beroperasi, kini Takaful Malaysia turut sama menggunakan model

wakalah bagi perniagaan Takaful Keluarganya sepertimana digunapakai oleh operator

Takaful yang lain.

Pastinya terdapat perbezaan antara kedua model ini. Saya tidak ingin mengulas lanjut

tentang model Mudharabah. Kita akan lihat kebaikan dan kelebihan model wakalah tanpa

melihat kekurangan model Mudharabah. Sebenarnya insurans konvensional telah pun

menggunapakai konsep wakalah ini atau juga disebut sebagai sistem agensi. Mereka telah

memanfaatkannya dan dengan pantas perniagaan insurans dapat berkembang dengan

pantas. Begitu juga dengan Takaful, dengan menggunakan konsep wakalah ini beberapa

kelebihan dapat dilihat. Antaranya seperti berikut:

1. Sebagai alat pemasaran yang penting. Dengan menggunakan konsep wakalah atau

sistem agen pengendali Takaful dapat meluaskan pasaran dengan lebih cepat dan

pantas. Agen-agen yang dimotivasikan dengan komisen dan insentif pastinya akan

berusaha keras mendapatkan bisnes kerana komisen dan insentif adalah sumber

pendapatan mereka. Syarikat yang mempunyai ejen yang ramai dan berkualiti pastinya

dapat meningkatkan jumlah sumbangan dalam masa yang pantas dan membolehkan

perniagaan syarikat berkembang dengan pesat.

2. Untuk memastikan perkhidmatan yang lebih baik. Dengan penggunaan agen, adalah

diharapkan mereka mampu untuk memberikan penerangan dan juga khidmat nasihat

Page 8: Tugasan Al Wakalah

tentang kepentingan mendapatkan perlindungan Takaful dan juga menguruskan

perjalanan dan proses mendapatkan perlindungan tersebut. Mereka ini menjadi

“contact point” di antara peserta dan juga syarikat. Mereka seharusnya bertanggung

jawab membantu para peserta sama ada dalam urusan penyertaan dan juga tuntutan

manfaat.

3. Kos overhead yang rendah. Dengan penggunaan wakalah juga syarikat mampu

mengurangkan kos-kos wajib dan tetapnya. Dengan sistem agensi mereka tidak perlu

membuka cawangan di setiap daerah. Mungkin memadai mempunyai satu cawangan di

setiap negeri. Dengan sistem agensi ini agen-agen boleh membuka agensi sendiri

sekiranya mereka ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi. Membuka agensi

sendiri adalah atas inisiatif dan kos mereka sendiri. begitu juga tentang “distribution

channel” yang lain seperti penggunaan agen korporat telah menjimatkan belanja

syarikat. Agen korporat contohnya adalah seperti Pos Malaysia. Kita boleh membayar

sumbangan di Pos Malaysia. Saluran lain adalah menggunakan bankatakaful iaitu

melalui bank-bank dan juga melalui broker. Jadi kita lihat konsep wakalah ini fleksibel

bagi memungkinkan kita melakukan banyak perkara.

4. Sebahagian kos syarikat dan keuntungan dapat dijangka. Apabila menggunakan model

wakalah, yuran wakalah atau upfront wakalah fee akan dikenakan. Sumbangan kasar

peserta ditolak wakalah fee ini akan dimasukkan ke dalam akaun peserta atau terus

dimasukkan ke dalam dana risiko bergantung kepada jenis pelan. Melalui wakalah fee

ini, syarikat di awal-awal lagi sudah mendapat pendapatan yang mana boleh digunakan

untuk menguruskan perniagaannya dan sebahagiannya dikira sebagai pendapatan

kepada mereka. Berbeza dengan model Mudharabah, pendapatan syarikat hanya dapat

dikenal pasti apabila berakhirnya tempoh perniagaan.

Walaupun prinsip umum menerima konsep wakalah ini tetapi setiap perwakilan

mesti mengikut syarat-syarat sesuatu urusan atau transaksi yang dilakukan.

Page 9: Tugasan Al Wakalah

Contohnya perwakilan dalam melakukan jual beli hendaklah mengambil kira rukun

dan syarat jual beli. Soal etika juga harus dipelihara. Sebagai agen takaful seharusnya

mereka memahami dengan mendalam tentang konsep wakalah, konsep takaful dan

juga kontrak-kontrak yang ada di dalamnya.

5.2 SURAT KREDIT BERASASKAN AL-WAKALAH

Bank boleh mengeluarkan surat kredit berlandaskan hukum al-wakalah.

Keterangan ringkas tentang kemudahan dan khidmat ini adalah seperti berikut. Pelanggan

memberitahu bank tentang jenis dan sifat barang yang hendak diimport atau dibeli serta

syarat pengeluaran surat kredit. Pelanggan membayar harga barangan tersebut

sepenuhnya kepada bank dan bank menerima bayaran tersebut dan meletakkannya dalam

akaun deposit berlandaskan hukum al-Wadiah. Bank seterusnya akan mengeluarkan surat

kredit berkenaan.

Apabila bank menerima dokumen atau makluman melalui telex tentang

perundingan surat kredit berkenaan, bank akan menjelaskan bayaran dengan

menggunakan wang pelanggan yang disimpan dari akaun deposit yang telah disebutkan

tadi. Bank akan mengenakan komisyen ke atas pelanggan berlandaskan hukum upahan

dan perbelanjaan mengurus yang berkaitan dengan kemudahan dan khidmat surat kredit.

Bank akan menyerahkan dokumen bersangkutan kepada pelanggan.

5.3 KAD KREDIT BERASASKAN KONSEP WAKALAH DAN KAFALAH

Terdapat cadangan daripada institusi kewangan Islam untuk menawarkan produk

kad kredit berdasarkan konsep wakalah dan kafalah. Menerusi produk ini, institusi

kewangan Islam bercadang mengeluarkan kad kredit kepada pelanggan dengan had kredit

yang ditetapkan. Pelanggan seterusnya akan menggunakan kad kredit secara Islam

tersebut untuk membeli barang atau perkhidmatan daripada peniaga dan peniaga akan

meminta pihak banknya untuk membayar amaun yang digunakan oleh pelanggan. Bank

Page 10: Tugasan Al Wakalah

peniaga seterusnya akan menghantar semua dokumen berkaitan dengan urus niaga

tersebut kepada Visa/Mastercard yang menjadi pengantara antara bank peniaga dan

institusi kewangan Islam. Visa/Mastercard akan meminta institusi kewangan Islam untuk

menjelaskan amaun yang diminta oleh bank peniaga.

Di bawah konsep wakalah, ujrah akan dikenakan ke atas pemegang kad kredit

berdasarkan peratusan tertentu daripada had kredit sebagai balasan kepada institusi

kewangan Islam yang bertindak sebagai wakil bagi pihak pemegang kad kredit untuk

menjelaskan pembayaran kepada bank peniaga. Di samping itu, menerusi konsep kafalah,

institusi kewangan Islam turut menjamin pembayaran kepada Visa/Mastercard (untuk

pembayaran yang dibuat kepada bank peniaga) dan menjamin pembayaran terhadap

pembelian yang dibuat oleh pemegang kad kredit daripada peniaga.

Takyif fiqhi ujrah ke atas wakalah dalam struktur kad kredit secara Islam seperti

yang dicadangkan adalah tidak tepat kerana fungsi wakalah yang dilaksanakan oleh

institusi kewangan Islam tersebut hanya terhad kepada mewakili pemegang kad kredit

dalam menjelaskan pembayaran kepada peniaga sahaja, sedangkan institusi kewangan

Islam tersebut juga pada hakikatnya menawarkan beberapa perkhidmatan dan manfaat

yang lain.

Di samping itu, kaedah penentuan ujrah ke atas wakalah berdasarkan peratusan

tertentu daripada had kredit membawa kepada pengenaan manfaat yang disyaratkan ke

atas pemberian pinjaman wang (qard) yang ditegah oleh Syarak. Bagi meningkatkan

kepelbagaian rangkaian produk kewangan Islam yang dapat memenuhi keperluan

pelanggan, institusi kewangan Islam telah meningkatkan usaha penyelidikan dan

pembangunan produk kewangan Islam. Beberapa inovasi baharu telah diterokai,

antaranya dengan menghimpunkan beberapa kontrak Syariah dalam saru pakej bagi

mencapai tujuan-tujuan tertentu. Memandangkan kombinasi kontrak-kontrak ini

merupakan inovasi baharu, penelitian dan pengesahan daripada Majlis Penasihat Syariah

diperlukan bagi memastikan produk-produk ini adalah selaras dengan Syarak.

Page 11: Tugasan Al Wakalah

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, konsep wakalah ini merupakan satu konsep umum yang mana ianya

boleh diaplikasikan dalam pelbagai bentuk. Kepelbagaian bentuk dan jenis-jenis akad, khususnya

akad al-wakalah menunjukkan keunikan sistem muamalat dalam Islam. Kepelbagaian bentuk dan

jenis ini tidak lain adalah untuk memenuhi hajat dan maslahah yang diperlukan oleh manusia

dalam kehidupan didunia ini.

Kewujudan institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia boleh dijadikan stimulus

galakan umat Islam beribadah kepada Allah dengan menjemput mereka membuka akaun-akaun

di institusi kewangan Islam. Sekurang-kurangnya tindakan ini secara tidak langsung memberi

mesej kepada institusi kewangan konvensional bahawa sistem ini tidak relevan lagi diamalkan di

bumi umat Islam. Kejatuhan beberapa syarikat gergasi di AS seperti Lehman Brothers, AIA dan

sebagainya cukup membuktikan betapa hinanya sistem ekonomi berteraskan riba.

Mutakhir ini, pakar-pakar kewangan bukan Islam mula mengkaji kebaikan sistem

kewangan Islam. Tidak hairan juga terdapat di kalangan mereka yang boleh menjelaskan

kontrak-kontrak muamalat Islam seperti Mudharabah, Musyarakah, Wadiah, Wakalah, Kafalah

dan sebagainya dengan baik sekali. Hal ini kerana mereka meyakini dengan kelebihan kewangan

Islam yang mampu mengatasi segala permasalahan ekonomi dunia.

Meskipun ilmu muamalat ini terbuka dan tidak menghalang golongan bukan Islam

bercakap mengenainya, namun begitu sayangnya sekiranya ilmu ini tidak dikuasai sepenuhnya

oleh umat Islam sendiri. Di sinilah juga letaknya peranan daie agar bertanggungjawab

mendalami ilmu-ilmu muamalat. Menyampaikan ilmu kerana keimanan adalah tidak sama

nilainya dengan menyampaikan ilmu kerana untuk memberi kefahaman semata-mata. Di

samping itu, tanggungjawab untuk menuntut dan menyampaikan ilmu muamalat juga menjadi

semakin mustahak apabila Saidina Umar pernah suatu ketika memberi amaran kepada peniaga

sebagaimana berikut:

الدين فى تفقه قد من إال سوقنا فى بيع ال

Maksudnya:

“Jangan kamu berjual beli di pasar kami kecuali telah mendalami ilmu / hukum agama

tentangnya.” (Riwayat Tirmidzi).

Page 12: Tugasan Al Wakalah

7.0 RUJUKAN

Buku:

Modul Pengajian Jarak Jauh. BPMS 2013 Fiqh Muamalat. UUM Sintok.

Abdulah Alwi, (2005). Teori dan aplikasi kontemperari:sistem ekonomi islam di Malaysia.

Utusan Punlication. Malaysia.

Laman Web:

http:// www.islam.gov.my

http://www.bnm.gov.my

http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/2552/900.pdf