tugasan hbqe2103 al tajwid ustaz mohd redzuan

26
1 H B Q E 2103/AL-TAJWID ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN 1. PENGENALAN : ILMU TAJWID 2 1.1 Definisi Ilmu Tajwid 3 1.2 Matlamat ilmu Tajwid 4 1.3 Kedudukan Ilmu Tajwid 5 1.4 Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid 6 1.5 Pembahagian Ilmu Tajwid 7 1.6 Kepentingan Ilmu Tajwid 8 2. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH 9 2.1 Definisi Talaqqi Musyafahah 9 2.2 Hukum Talaqqi Musyafahah 10 2.3 Kepentingan Bertalaqqi Musyafahah 11 2.4 Sejauh Mana Kaedah Talaqqi Musyafahah 11 Dapat Menarik Minat Pelajar Mempelajari Al-Quran.

Upload: norafsah-awang-kati

Post on 25-May-2015

9.251 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

1. PENGENALAN : ILMU TAJWID 2

1.1 Definisi Ilmu Tajwid 3

1.2 Matlamat ilmu Tajwid 4

1.3 Kedudukan Ilmu Tajwid 5

1.4 Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid 6

1.5 Pembahagian Ilmu Tajwid 7

1.6 Kepentingan Ilmu Tajwid 8

2. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH 9

2.1 Definisi Talaqqi Musyafahah 9

2.2 Hukum Talaqqi Musyafahah 10

2.3 Kepentingan Bertalaqqi Musyafahah 11

2.4 Sejauh Mana Kaedah Talaqqi Musyafahah 11

Dapat Menarik Minat Pelajar Mempelajari

Al-Quran.

2.5 Tiga Jenis Kaedah Bertalaqqi ( تلقي (طرق

13

3. LANGKAH/CARA KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH 14

MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN

DI KALANGAN PELAJAR

3.1 Objektif Talaqqi Musyafahah 14

3.2 Langkah-langkah menjalankan Talaqqi Musyafahah 15

dalam p&p al-Quran

3.3 Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah : 15

3.4 Contoh Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran 15

(Kaedah Talaqqi Musyafahah digunakan oleh guru)

4. MASALAH PEMBELAJARAN KETIKA 16

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN TILAWAH

AL-QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI

MUSYAFAHAH

6. RUMUSAN 17

1

Page 2: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

BIBILIOGRAFI 18

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t tugasan HBQE2103 Al-TAJWID ini dapat

diselesaikan dan boleh menjadi rujukan tambahan buat para pendidik yang dikasihi Allah

s.w.t. sekalian.

Tugasan ini menghuraikan tentang Ilmu Tajwid dan kaedah Talaqqi Musyafahah

dalam meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar. Tugasan ini terbahagi

kepada lima isi penting yang terkandung dalam tugasan ini iaitu Pengenalan : Ilmu Tajwid;

Kaedah Talaqqi Musyafahah; Langkah/Cara Kaedah Talaqqi Musyafahah Meningkatkan

Penguasaan Bacaan Al-Quran Di Kalangan Pelajar; Masalah Pembelajaran Ketika Pengajaran

& Pembelajaran Tilawah Al-Quran Menggunakan Kaedah Talaqqi Musyafahah; dan diikuti

dengan Cadangan menangani masalah pembelajaran ketika pengajaran & pembelajaran

tilawah al-Quran menggunakan kaedah talaqqi musyafahah.

Pengisian tugasan ini sangat bermanfaat kepada pelbagai golongan khususnya kepada

tenaga pengajar Tilawah al-Quran di sekolah, maktab perguruan atau institusi pendidikan

yang lain. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak penyelia tugasan dan juga

kepada teman-teman seperjuangan di atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam

menyiapkan tugasan Al-Tajwid ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati hasil usaha ini. Yang

baik datang daripadaNya dan yang serba kekurangan adalah daripada diri ini.

Disediakan oleh :

MOHD REDZUAN SAAID

(670110035355001)

2

Page 3: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

1. PENGENALAN : ILMU TAJWID

Imu tajwid merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan bacaan atau cara menyebut

lafaz Al-Quran. Ia merupakan tonggak kepada rangkaian ilmu-ilmu lain yang berkaitan

dengan Al-Quran. Ia menjadi ilmu asas dan kemahiran awal dalam proses pembelajaran

Tilawah al-Quran untuk mencapai objektif ketartilan bacaan al-Quran. Salah satu tuntutan

yang turut dianjurkan dalam bidang ilmu Tajwid adalah tuntutan untuk menguasai ilmu

Waqaf & Ibtida’. Ini bertujuan untuk memelihara makna ayat dan menjauhkannya daripada

sebarang bentuk penyelewengan. Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. tentang keperluan

membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memperelokkan dan menyempurnakan hak

setiap huruf Al-Quran iaitu :

Oleh iti, untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbahasan ilmu Tajwid, beberapa

penerangan tentang definisi, kedudukan, hukum mempelajari dan kepentingan ilmu Tajwid

akan turut dipaparkan sebagai panduan dan ilmu pengetahuan kita terhadap ilmu Tajwid.

3

Page 4: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

1.1 Definisi Ilmu Tajwid

Ilmu Tajwid dari sudut bahasa menurut al-Zabidi dalam kitabnya Taj al-‘Arus Min

Jawahir al-Qamus, kalimah al-tajwid (التجويد ) ialah masdar atau kata terbitan bagi kalimah

jawwada ( ج�و�د� ) yang bermaksud mencantikkan atau memperelokkan sesuatu.

Sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab al-Hawasyi al-Zahariyyah Fi Halli

Alfaz Al-Muqaddimah Al-Jazariah, ilmu Tajwid pada istilah ialah merujuk kepada

penekanan dalam memberi hak-hak huruf daripada sifat-sifatnya yang sedia ada

(lazim) dan sifat-sifatnya yang mendatang (‘Aridah) dan huruf-huruf ini dilafazkan

secara sempurna tanpa berlebih-lebihan dan melampau-lampau. Maksud ‘hak huruf’

menurut Al-Marsofi seperti yang diterangkan dalam kitabnya Hidayah al-Qari ila Tajweed

Kalam al-Bari ialah sifat-sifat yang lazim seperti al-jahr, al-shiddah, al-qalqalah, al-isti’la′

dan itbaq. Manakala baginya ‘mustahak huruf’ pula adalah sifat-sifat yang mendatang hanya

dalam keadaan yang tertentu seperti al-tarqiq, al-tafhim, al-izhar, al-iqlab dan sebagainya.

Manakala maksud ilmu Tajwid menurut kitab al-Wasit Fi ‘Ilmi al-Tajwid yang

dikarang oleh Dr Muhammad Khalid Mansur ialah satu ilmu berkaitan kaedah dan hokum

yang mnerangkan cara menyebut kalimah-kalimah Quran menurut cara yang telah

diturunkan kepada NabiMuahmmad s.a.w. Berikut adalah ringkasan Disiplin (Mabadi′)

Kemahiran Ilmu Tajwid.

4

Page 5: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

1.2 Matlamat ilmu Tajwid

Sebagaimana yang diterangkan dalam kitab al-Muzakkirah Fi al-Tajwid (Tajwid

Riwayah Hafs ‘An ‘Asim Tariq al-Syatibiyyah) karangan Muhammad Nabhan Hussayn

Misri, matlamat/al-Ghoyah ilmu Tajwid ialah tertumpu kepada pemeliharaan lisan (lidah)

daripada kesalahan membaca al-Quran bagi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Beliau juga membahagikan ilmu Tajwid kepada empat rukun iaitu :

5

Page 6: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

1.3 Kedudukan Ilmu Tajwid

Ilmu tajwid terletak pada tahap satu ilmu dan kemahiran yang sangat mulia

kedudukannya. Ini terbukti melalui peranan dan impak ilmu tajwid di mana ia berfungsi

sebagai panduan kepada para pembaca dalam membaca al-Quran sebagaimana ia diturunkan.

Dalam memelihara kedudukan ilmu Tajwid Ulama Qurra′ telah meletakkan satu

indikator (kayu ukur) dalam mencapai nilai darjat al-Tartil sebagaimana dalam firman Allah

s.w.t. dalam Surah Al-Muzammil ayat 4 iaitu :

Daripada ayat di atas terdapat beberapa pengertian untuk kalimah Tartil telah

diungkapkan antaranya menurut Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. ia bermaksud

memmperelokkan sebutan huruf dan mengenali wakaf. Manakala menurut Imam Ibnu Kathir,

6

Page 7: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

Tartil ialah merujuk kepada kaedah pembacaan al-Quran secara perlahan sehingga para

pembaca mampu memahami pengertian ayat al-Quran yang dibaca dan menghayatinya.

Menurut Ahmad Khalid Shukri et. al. seperti yang diterangkan dalam kitabnya al-

Munir Fi Ahkam al-Tajwid, terdapat beberapa tingkatan (maratib) Tilawah al-Quran

yang memberi penekanan kepada aspek pemeliharaan ilmu Tajwid iaitu seperti berikut :

1.4 Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid

Sesungguhnya hukum mempelajari ilmu Tajwid itu terbahagi kepada dua keadaan

iaitu Fadrdhu Kifayah dan Fardhu ‘Ain.

Hukum Fardhu Kifayah ditujukan kepada tuntutan mempelajari ilmu Tajwid secara

teori (Tajwid ‘Ilmi). Sebagaimana al-Juraysi dalam kitab beliau ‘Nihayah al-Qawl al-Mufid

Fi ‘Ilmi al-Tajwid telah menerangkan bahawa tuntutan mempelajari hukum dan kaedah ilmu

Tajwid secara teori adalah Fardhu Kifayah.

7

Page 8: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

Manakala hukum Fardhu Ain ditujukan kepada tuntutan mempelajari ilmu Tajwid

secara amali. Sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam

al-Bari yang dikarang oleh al-Marsafi (2005) bahawa hokum syarak yang terdapat dalam

ilmu tajwid adalah berkaitan dengan kewajipan secara fardhu Ain bagi setiap mukallaf untuk

memelihara hukum kesucian al-Quran. Demikian seperti yang telah dinyatakan oleh al-Imam

al-Hafiz bin Al-Jazari, Abu Abdullah Nasr al-Shirazi, al-Sayuti, al-Qastalani, Makki bin Abi

Talib dan lain-lain lagi tentang kefardhuan secara Ain ke atas setiap individu Muslim

Mukallaf. Seterusnya Imam al-Jazari turut menyebut dalam bayt syairnya al-Tayyibah :

Demikian menurut Imam al-Dani dalam kitab al-Tahdid Fi al-Itqan wa al-Tajwid

menjelaskan bahawa suruhan Allah s.w.t tidak hanya datang secara kata kerja suruhan (fi’lu

Amr) bahkan ia dikuatkan dengan kata terbitan (masdar) sebagai mengagungkan bacaan

Quran secara bertajwid dan menggalakkan manusia dalam mendapatkan ganjaran pahala.

1.5 Pembahagian Ilmu Tajwid

Ilmu Tajwid terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

a. Tajwid Ilmi : Mengetahui hukum yang terkandung dalam buku tajwid iaitu

mendalami kaedah-kaedah dengan lebih terperinci berdasarkan tulisan-tulisan ilmuan

tajwid.

b. Tajwid Amali : Mempraktikkan hukum yang berkaitan dengan huruf-huruf serta boleh

melafazkan kalimahnya.

8

Page 9: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

1.6 Kepentingan Ilmu Tajwid

Menurut Imam al-Sayuti, selain daripada berbakti kepada Allah dengan memahami

makna-makna dan hukum-hukumnya, umat Islam juga dikatakan berbakti sekiranya

melakukan ibadah dengan membetulkan sebutan, bacaan, menyebut dengan tepat, makhraj

dan sifat huruf-huruf yang diterima daripada para qura’ yang bersambung sanadnya dengan

Rasulullah s.a.w. Ini menunjukkan bahawa ilmu Tajwid amat penting untuk dipelajari

supaya ilmu tersebut dapat diturunkan dan disampaikan kepada generasi demi generasi.

2. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua.dan

menjadi teknik khusus dalam pengajaran kemahiran al-Quran. Guru dapat memerhati dengan

teliti sebutan murid dan dapat membetulkan kesalahan murid serta merta. Teknik ini lebih

berkesan jika dapat dijalankan secara individu. Allah s.w.t. telah mensyariatkan kepada kita

supaya membaca al-Quran dengan sifatnya yang tertentu. Baginda s.a.w. turut menekankan

perkara tersebut sepertimana firman Allah s.w.t. :

ل�ن�اه� ن�ز� ك�ث و� ه� ع�ل�ى الن�اس� ع�ل�ى م�أ� ر� ن�اه� ل�ت�ق� ق� ر� ء�ان�ا ف� ر� و�ق�

�ي�ال )106 : سورة اإلسراء (ت�ن�ز�

Maksudnya : “ Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacakannya kepada

manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”

Merenung kembali peristiwa di gua Hira’ sewaktu al-Quran mula-mula diturunkan kepada

Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana diriwayatkan oleh al-Bukhari, malaikat Jibril a.s. turut

mempraktikkan kaedah Talaqqi Musyafahah. Malaikat Jibril terlebih dahulu membaca dan didengari

oleh Nabi Muhammad s.a.w. kemudian Jibril meminta Nabi Muhammad s.a.w mengikut dan

mengulang semula bacaan tersebut sebagaimana sama dengan bacaan Jibril. BBerikut adalah hadis

yang menceritakan peristiwa tersebut :

9

Page 10: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

و"ل� الله� س# �ن� ر� �ك) أ "ن� م�ال �س� ب �ن �ن� الله�ع�ن" أ �ي4 : إ #ب أل ق�ال�

�ك� �ي" ل م�ان �ي : آلله# س� #ب "ك� القرآن ق�ال� أ �ي � ع�ل أ �ق"ر� �ن" أ �ي" أ ن م�ر�� أ

#خ�ار�ي). و�اه# الب "ك�ي( ر� �ب �ي ي #ب �ي" ف�ج�ع�ل� أ م�اك� ل ق�ال� الله# س�Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata kepada

Ubay : “ Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu” Ubay berkata :

�Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “Allah telah memilih

dan menamakan kamu disisiku ” Maka Ubay pun menangis.

2.1 Definisi Talaqqi Musyafahah

Talaqqi berasal daripada masdar ilqa′ yang bermaksud melontar atau mencampakkan

Talaqqi dari sudut bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.

Manakala dari sudut istilah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka

iaitu manhaj pembelajaran lafaz-lafaz al-Quran di mana seorang guru akan membacakan

sepotong ayat kepada murid, lalu murid tersebut akan membacakan semula ayat tersebut

dengan cara bacaan guru tadi (Abd al-Salam Muqbil al-Majidi, 2000).

Musyafahah dari sudut bahasa bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang

diambil dari pergerakan dua bibir. Manakala dari sudut istilah bermaksud murid menerima

pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya

(mengikutnya). Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu

mengikut contoh bacaan guru secara individu.

Daripada takrif di atas dapatlah difahami bahawa talaqqi musyafahah merupakan

suatu proses pembelajaran al-Quran antara kedua-dua belah pihak iaitu antara guru dan

murid. Ia juga memerlukan aktiviti mempelajari bacaan al-Quran dengan berguru secara

lisan.

Demikianlah para sahabat r.a. turut mengambil bacaan dari Rasulullah s.a.w. dan

sebagaimana Ibn Masud r.a. mengambil bacaan dari Rasulullah s.a.w. sebanyak 60 surah

sebagaimana hadis berikut :

10

Page 11: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

�ي� �ب "د� الله�قال الن �ع�ة) : م�ن" ع�ب ب ر"� آن� م�ن" أ : خ#ذ#و"ا الق#ر"

و�اه# �ع"ب ( ر� "ن� ك �يN ب #ب ) و�م#ع�اذ� و�أ �م ال ع#و"د و�س� "ن� م�س" ب

#خ�ار�ي). الب

Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : “Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat

orang iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab”

2.2 Hukum Talaqqi Musyafahah

Berdasrkan kaedah asal, setiap sesuatu perkara itu hukumnya adalah harus. Namun

jika dilihat dari sudut bertalaqqi al-Quran pula sebahagian ulama menyatakan hukumnya

adalah wajib. Wajib yang dimaksudkan di sini ialah tidak boleh tidak, mestilah kita

menggunakan kaedah talaqqi musyafahah sebagai manhaj yang utama dalam pembelajaran

al-Quran. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil yang telah dibincangkan sebelum ini sama ada

dari al-Quran mahu pun hadis-hadis.

2.3 Kepentingan Bertalaqqi Musyafahah

Berdasarkan kajian “Keperluan Beratalaqqin dan Bermusyafahah Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Ilmu Al-Quran : Satu Tuntutan” yang dijalankan oleh Izuli Dzulkifli dan

Abdul Rahman Abdul Ghani, kaedah Talaqqi Musyafahah mempunyai beberapa kepentingan

tertentu iaitu :

a. Memperbaiki kelemahan sebutan.

Melalui talaqqi musyafahah sebutan ayat-ayat al-Quran boleh diperbaiki. Ianya tidak

dapat dicapai jika hanya sekadar mendengar dari rakaman. Sebaliknya ia mestilah

melalui pembacaan secara bersemuka dengan guru. Samalah seperti Rasulullah s.a.w.

yang telah memperdengarkan bacaan baginda kepada Jibril a.s. sekali setiap tahun

pada bulan Ramadhan sehinggalah pada tahun kewafatan baginda baginda sempat

memperdengarkan kepada Jibril sebanyak dua kali.

11

Page 12: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

b. Menjadi kaedah utama yang amat sesuai dipraktikkan.

Bertalaqqi menjadi satu amalan tradisi yang tidak dapat direnggangkan daripada

pembelajaran al-Quran. Mempelajari ilmu Tajwid melalui buku-buku tajwid tidak

mampu membantu pengajian al-Quran secara total. Kaedah ini telah terbukti dapat

melahirkan pembaca al-Quran yang baik bacaannnya kerana semenjak zaman baginda

s.a.w. lagi ia telah diamalkan sehinggalah ke hari ini dan sampai bila-bila kela

c. Mengukur kemampuan diri.

Melalui talaqqi musyafahah individu itu nudah mengukur serta menguji sejauh mana

penguasaan ilmu tajwid ataupun bacaan al-Quran yang telah kita pelajari. Dengan itu,

individu itu dapat mengenalpasti sama ada dia memerlukan bimbingan lanjutan atau

sekiranya sudah sampai ke tahap yang sangat baik maka dia pula boleh mengajarkan

ilmu tersebut kepada individu lain.

d. Persaingan yang sihat antara individu.

Pelajar yang mengikut halaqah pengajian al-Quran selalunya dihadiri oleh beberapa

jumlah pelajar. Setiap pelajar akan sentiasa bersaing untuk menguasai bacaan dan

hukum tajwid yang dipelajari daripada guru. Pastinya pelajar yang lemah bermotivasi

untuk berusaha mencapai bacaan yang memuaskan sebagaimana sahabatnya yang

lain.

e. Menguasai Waqaf dan Ibtida′.

Talaqqi musyafahah menyumbang kepada pengetahuan Waqaf dan Ibtida′ . Dengan

mengetahui Waqaf dan Ibtida ′ para pembaca al-Quran dapat memelihara makna ayat-

ayat al-Quran yang dibaca. Pembaca yang sudah mahir tentang waqaf dan ibtida′

dapat menyatakan tempat yang boleh berhenti dan untuk memulakan bacaan pada

sesebuah ayat.

f. Memelihara Sunnah Rasulullah s.a.w.

Sepertimana yang kita maklum bahawa setiap apa yang telah dilakukan oleh Nabi

Muhammad s.a.w. dari segi perbuatan, percakapan dan pengakuan baginda adalah

sunnah iaitu sangat dituntut untuk melakukannya. Sebagai seorang muslim sudah

pasti menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara sunnah lebih-lebih lagi

dalam memelihara al-Quran daripada kesalahan, ralat atau terpesong bukan sahaja

dari sudut isi kandungannya tetapi juga dari sudut sebutan huruf-huruf al-Quran

12

Page 13: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

tersebut. Sifat dan makhraj setiap huruf hendaklah sentiasa tepat dan betul.

Demikianlah kepentingan talaqqi Musyafahah yang menyumbang kepada peranan

memelihara sunnah Rasulullah s.a.w.

g. Menjadi teknik pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran yang terbaik.

Melalui talaqqi musyafahah, guru yang mengajar akan mendapat pengalaman seperti

mengetahui selok-belok dalam pengajian al-Quran dan mengetahui apa kaedah yang

terbaik untuk dipraktikkan dalam pengajaran al-Quran sesi seterusnya.

2.4 Sejauh Mana Kaedah Talaqqi Musyafahah Dapat Menarik Minat Pelajar

Mempelajari Al-Quran.

Kaedah talaqqi musyafahah telah terbukti mampu menarik minat pelajar dalam

mempelajari al-Quran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang terbaik telah

digunakan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Sehingga sekarang kaedah ini masih relevan

untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

Berdasarkan kajian “ Meningkatkan Penguasaan Bacaan al-Quran di kalangan

pelajar Tingkatan 1 dan 2 Sekolah Menengah Methodist Laki-Laki Kuala Lumpur

Dengan Menggunakan Kaedah Talaqqi Musyafahah” Terdapat beberapa implikasi

daripada kajian tersebut iaitu melalaui kaedah talaqqi musyafahah, pihak guru berjaya

memberi kefahaman kepada pelajar dan berjaya membantu pelajar-pelajar yang lemah.

Pelajar-pelajar yang terlibat tersebut mula menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki

kelemahan mereka. Kesannya amat ketara apabila setiap kali teknik talaqqi musyafahah ini

dijalankan maka respond an tidak balas pelajar-pelajar tersebut sangat memberansangkan.

Sudah tentu ini satu perkembangan yang amat baik. Justeru, di sini kejayaan yang paling

bererti bagi pihak guru yang mengajar pelajar Tingkatan 1 & 2 di Sekolah Menengah

Methodist tersebut ialah berjaya menarik minat pelajar dalam mempelajari al-Quran dan

seterusnya dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran membaca al-Quran.

Para pelajar yang mempelajari al-Quran dengan gurunya secara talaqqi musyafahah

akan dapat memerhati contoh bacaan daripada guru kemudian diikuti olehnya. Situasi

13

Page 14: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

sedemikian amat selesa untuk pelajar meneruskan pembelajaran mereka. Pastinya ini dapat

menaikkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.

Pelajar juga seronok dapat menyebut huruf mengikut makhraj serta bacaan guru yang

betul. Guru pula sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan pelajar dan membantu

memulihkan bacaan pelajar. Sudah tentu minat mempelajari al-Quran semakin meningkat

dalam diri pelajar.

2.5 Tiga Jenis Kaedah Bertalaqqi ( تلقي (طرق

Berikut adalah tiga kaedah utama dalam bertalaqqi musyafahah :

a. Al-Sima’ wa al-Ard ( والرض di mana pelajar mendengar bacaan yang di ,(السماع

baca oleh guru, kemudian murid tersebut membaca kembali bacaan yang diajarkan

kepada guru tersebut. Keadah ini adalah kaedah terbaik dalam bertalaqqi al-Quran,

kerana individu pelajar akan berada dihadapan guru, mendengar bacaan guru, melihat

pergerakan bibir guru dan mengulang kembali bacaan guru tadi.

b. Al-‘ard, di mana pelajar memperdengarkan bacaannya kepada guru, guru hanya

mendengar bacaan pelajar tersebut dan memperbaiki kesalahan bacaan tersebut sama

ada kesalahan kecil atau besar.

c. Al-Sima’, di mana pelajar akan mendengar bacaan yang dibaca oleh guru. Kaedah ini

sesuai telah dilakukan oleh salah seorang imam Qurra′ iaitu al-Kisaie .(الكسإي)

Beliau melakukan kaedah ini kerana terlalu ramai bilangan pelajarnya. Kaedah ini

biasa dilakukan pada zaman dahulu kerana mereka ketika itu amat fasih bacaannya

berbeza dengan situasi masa kini. Oleh itu, kaedah ini tidak digalakkan

penggunaannya masa kini.

3. LANGKAH/CARA KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH MENINGKATKAN

PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR

Kaedah Talaqqi Musyafahah mampu meningkatkan penguasaan bacaan al-

Quran di kalangan pelajar dengan mengikuti langkah-langkah tertentu. Oleh itu, guru perlu

menyediakan langkah-langkah secara sistematik semasa menjalankan kaedah talaqqi

musyafahah dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

14

Page 15: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

3.1 Objektif Talaqqi Musyafahah

a. Menyebut bunyi huruf Hijaiyyah yang berbaris dengan tepat

b. Membezakan panjang pendek sebutan huruf.

c. Membaca dengan betul dan fasih.

d. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

3.2 Langkah-langkah menjalankan Talaqqi Musyafahah dalam p&p al-Quran :

a. Murid-murid dikehendaki mendengar pembacaan guru dengan teliti serta melihat

pergerakan mulut guru.

b. Murid secara beramai-ramai membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh guru

sehingga guru berpuas hati.

c. Guru memperdengarkan bacaan kepada murid kemudian murid mengikuti bacaan

guru secara individu.

d. Guru membaca dan kemudian seorang murid mengikuti bacaan guru.

e. Guru boleh menggunakan pita rakaman untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-

Quran atau sebutan-sebutan huruf kepada pelajar

f. Carta ayat-ayat al-Quran atau huruf-huruf al-Quran yang diajarkan boleh ditulis pada

kad manila, papan gulung dan sebagainya.

3.3 Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah :

a. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.

b. Memerhatikan pergerakan mulut guru secara berdepan.

c. Pelajar menyebut cara sebutan guru.

d. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada pelajar.

3.4 Contoh Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran bermula daripada awal waktu p&p

hingga Akhir waktu. (Kaedah Talaqqi Musyafahah digunakan oleh guru)

a. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada daripada pelajar.

b. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.

c. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/bacaan guru).

d. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman

15

Page 16: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

e. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.

f. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk pada papan tulis.

g. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid

mengikutinya).

h. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran membaca.

i. Mempelajari sebutan huruf dengan makhraj yang betul atau mengenali

hukum-hukum tajwid di dalam ayat.

j. Guru menerangkan cara bacaan bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad

imbasan.

k. Bagi murid pemulihan, guru mempamerkan carta ayat al-Quran yang

dipelajari, kemudian guru membacanya, kemudian meminta pelajar

mengikutinnya.

4. MASALAH PEMBELAJARAN KETIKA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

TILAWAH AL-QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Terdapat beberapa masalah pembelajaran ketika pengajaran dan pembelajaran

Tilawah al-Quran menggunakan kaedah Talaqqi Musyafahah iaitu bilangan murid yang

terlalu ramai sedangkan masa p&p yang diperuntukkan adalah terhad. Kengkangan ini tidak

memungkinkan guru melakukan kaedah Talaqqi Musyafahah sepenuhnya seterusnya

melambatkan proses pemulihan ke atas pelajar.

Seterusnya masalah kawalan pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran

sering berlaku. Ramai pelajar mula membuat bising, hilang tumpuan terhadap aktiviti

pembelajaran al-Quran. Mereka mula mersa bosan kemudian melakukan kerja-kerja lain. Ini

disebabkan kaedah Talaqqi Musyafahah terlalu bersifat pembelajaran lebih berpusatkan

guru. Ini menyebabkan murid selalu menjadi pasif kerana tumpuan daripada guru kepada

pelajarnya adalah tidak menyeluruh.

Seterusnya apabila guru membaca dengan bacaan yang salah, para pelajar akan

menurutinya walaupun bacaan itu salah. Kaedah Talaqqi Musyafahah ini sebenarnya

memerlukan tenaga pengajar yang benar-benar arif tentang pengajian al-Quran.

16

Page 17: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

6. RUMUSAN

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan di sini bahawa untuk menguasai

kemahiran membaca al-Quran dengan cemerlang perlaksanaan kaedah secara Talaqqi

Musyafahah adalah amat dianjurkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran.

Para pendidik juga perlu memainkan peranan untuk mewujudkan pengajaran al-Quran yang

berkesan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian di samping kaedah Talaqqi

musyafahah tersebut. Semua usaha ini mampu menyumbang kepada pembacaan yang

terpelihara hukum-hukum Tajwidnya. Di samping itu, penguasaan terhadap Waqaf dan

Ibtidak juga turut akan meningkat di kalangan pelajar atau para pembaca al-Quran. Secara

tidak langsung makna al-Quran juga sentiasa terpelihara. Seterusnya penguasaan pelajar dan

para pembaca al-Quran sekalian terhadap sebutan pada setiap huruf juga amat penting lebih-

lebih lagi dalam memelihara sifat-sifat huruf dan makhrajnya.

17

Page 18: Tugasan hbqe2103 al tajwid  ustaz mohd redzuan

H B Q E 2103/AL-TAJWID

BIBILIOGRAFI

Abd al-Salam Muqbil al-Majidi, (2000). Talaqqi al-Nabi s.a.w Alfaz al-Quranu al-Karim,

Bayrut : Muassasah al-Risalah.

Al-Bukhari, Muhammad Bin Ismail Abu Abdullah, (1987). Sahihu al-Bukkhari, Tahqiq

Mustafa al-Bugha, Bayrut : Dar Ibn Kathir

Ahmad Mohd Salleh, (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedadogi dan Metodologi,

Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ghazali Darusalam, (2001). Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Subhi Salleh (1987). Kajian Al-Quran, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

18