tugasan 6

8
JABATAN SAINS IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU SCE3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS TUTORIAL 6 : REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN NAMA : NORAZLINA BTE MOHAMED KURSUS : PPG SAINS 2 KOHORT 2 Jawab Semua soalan 1. Penentuan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat pentaksiran membantu menjamin kualiti dalam proses penilaian prestasi murid. a Berikan dua bentuk kesahan. 1. Kesahan konstruk 2. Kesahan isi kandung 3. Kesahan kaitan kriteria b. Huraikan dua hubungan antara kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat pentaksiran. Kesahan sesuatu pentaksiran ialah merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul dapat mengukur dan menilai dengan tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu dikatakan sah jika maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada

Upload: kaknorazlina

Post on 27-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sce3111

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan 6

JABATAN SAINS

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU

SCE3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

TUTORIAL 6 : REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN

NAMA : NORAZLINA BTE MOHAMED

KURSUS : PPG SAINS 2 KOHORT 2

Jawab Semua soalan 1. Penentuan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat pentaksiran membantu

menjamin kualiti dalam proses penilaian prestasi murid.

a Berikan dua bentuk kesahan.

1. Kesahan konstruk

2. Kesahan isi kandung

3. Kesahan kaitan kriteria

b. Huraikan dua hubungan antara kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat

pentaksiran.

Kesahan sesuatu pentaksiran ialah merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul

dapat mengukur dan menilai dengan tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu

dikatakan sah jika maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung

kepada masa, situasi dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai. Setiap ujian yang

dibina oleh guru haruslah disemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah setiap

kali ia ditadbirkan. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana

markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai

ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang

Dalam peperiksaan, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan kepada soal

sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau

tidak. Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi

Page 2: tugasan 6

kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang “representatif” bidang

pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini diambil menjadi satu indikator

atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut.

Manakala kepercayaan dalam pentaksiran ialah merujuk kepada ketekalan ujian

iaitu adakah ujian tersebut dapat mengukur secara konsisten. Sebagai contoh sesuatu

alat pengukur itu dikatakan boleh dipercayai atau mempunyai kebolehpercayaan yang

tinggi jika ia sentiasa memberikan bacaan yang sama atau konsisten setiap kali

digunakan untuk mengukur. Begitu juga sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi jika ia memberikan markah yang sama setiap kali diuji

kepada seorang pelajar yang sama. Namun demikian perlu diingat iaitu sesuatu item

ujian itu mungkin mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tetapi adakah ia dapat

memenuhi objektif item tersebut(sah), iaitu apa yang hendak diukur oleh item tersebut.

Satu item yang baik mestilah memenuhi kedua-dua perkara tersebut.

Hubungan diantara kesahan dan kepercayaan dalam pentaksiran ialah isu

kesahan dan kebolehpercayaan adalah amat penting dalam pembinaan

sesuatu alatukur sebe lum bo leh d i guna paka i . Wa laupun sesua tu a la t

ukur yang d igunakan te lah   p e r n a h d i p a k a i o l e h p e n y e l i d i k

t e r d a h u l u , d a n t e l a h t e r u j i k e b o l e h p e r c a y a a n d a n keesahannya,

namun alat ukur tersebut masih perlu diuji rintis semula kerana inferens yang

diperolehi hanya sesuai untuk tujuan dan sampel kajian tertentu sahaja. Semakin tinggi

nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan maka semakin jitu data-data yang akan

diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.

c. Jelaskan maksud sesuatu ujian berdasarkan situasi berikut:

i mempunyai kebolehpercayaan tetapi tiada kesahan

Ujian perlu sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk membolehkan

kesimpulan/inferen yang dibuat daripada skor yang diperolehi itu sah.

Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat atau

objektif ujian itu dibina, manakala kebolehpercayaan pula memastikan

ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian. Jika

Page 3: tugasan 6

sesuatu ujian itu tidak mempunyai kesahan sudah tentulah

kebolehpercayaan ujian itu akan dipertikaikan.

ii mempunyai kesahan tetapi tiada kebolehpercayaan.

Ujian yang sah semestinya ada kebolehpercayaan kerana ia perlu ada

kebolehpercayaan dahulu barulah dikira sah. Namun, ujian yang ada

kebolehpercayaan tidak semestinya sah. Kesahan lebih penting daripada

kebolehpercayaan.

2. Kebolehpercayaan ujian adalah merujuk kepada sejauh mana tahap konsistensi

prestasi calon daripada beberapa ujian yang sama tetapi pada masa yang berlainan.

a. Apakah yang boleh anda rumuskan mengenai kebolehpercayaan item 1?

Berdasarkan kepercayaan item 1 menunjukkan bahawa item 1 boleh dipercayai atau

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana sentiasa memberi bacaan yang

sama atau konsisten setiap kali digunakan untuk mengukur. Item 1 dikatakan ujian

yang boleh dipercayaai kerana ianya memberi markah yang sama setiap kali diuji

kepada murid yang sama.

b. Senaraikan tiga faktor yang memberi kesan kepada murid-murid apabila

mengambil ujian pada masa yang berlainan.

1. Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak

masa,membolehkan peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini akan

mengurangkan kesahan ramalan.

2. Jika murid mengambil ujian pada masa yang berlainan ianya akan

mengurangkan kesahan ujian tersebut.

3. Kebolehpercayaan sesuatu ujian akan rendah jika murid mengambil ujian

pada masa yang berlainan

Page 4: tugasan 6

c. Jelaskan dua cara untuk meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian.

1. Gunakan Bahasa serta istilah yang tepat dan mudah difahami supaya

calon tidak keliru.

2. sediakan arahan yang jelas dan mencukupi. Arahan yang diberi secara

Lisan harus juga diberi secara bertulis.

3. Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan. Biasanya,

semakin panjang ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin

kurang pergantungan kepada tekaanatau kebetulan. Demikian juga ujian

yang bersifat objektif yang mempunyai keutuhanyang lebih tinggi kerana

tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi. Ujian yangsah juga

biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang

konsistentidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. Item-item

ujian hanya merupakan sampel bagi bidang yang diuji . variasi dalam

sampel mungkin terdapat dalam dua ujianyang setara bentuknya.

3. Bincangkan apakah perkaitan antara kebolehpercayaan ujian dan kesahan ujian

Sesuatu ujian yang baik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian yang

tinggi, sesuatu ujian dianggap yang baik sekiranya ia dapat mengukur apa yang

sepatutnya diukur. Ujiann yang baik harus membekalkan data yang membolehkan

kita membuat keputusan yang berguna. Kesimpulanya ujian yang baik menghasilkan

ujian yang sah dan boleh dipercayai.

4. Bagaimanakah kebolehpercayaan ujian dapat mempengaruhi penilaian yang

dilaksanakan di bilik darjah

Kebolehpercayaan ujian dapat mempengaruhi penilaian yang dilaksanakan di bilik

darjah jika kita melihat kepada keadaan persekitaran . keadaan persekitara di dalam

kelas boleh mempengaruhi murid-murid dan skor mereka. Persekitaran yang sesuai,

seperti kerusi meja yang selesa, ruang dan cahaya yang cukup, ventilasi yang baik,

akan menambahkan kebolehpercayaan, manakala keadaan hingar-bingar, misalnya

Page 5: tugasan 6

akan menganggu konsentrasi murid-murid dan menjejaskan kebolehpercayaan ujian.

Apabila sesuatu ujian itu bersifat subjektif, biasanya markah yang diberi untuk

jawapan yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim

pemarkahan ada disediakan. Malahan, penilaian seseorang pemeriksa mungkin

berubah mengikut masa dan keadaan. Perkara ini tidak berlaku dalam ujian objektif,

kerana semua responnya adalah tepat. Mana-mana pemeriksa akan memberi

markah yang sama untuk respon yang sama. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu

syarat bagi keutuhan.

5. Bagaimanakah seorang guru dapat membuktikan kesahan ujian yang

dilaksanakan.

Seseorang guru dapat membuktikan kesahan ujian yang dilaksanakan dengan cara

guru menyemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah setiap kali

ditadbirkan. Kesahan ujian adalah perkaitan dengan pengertian sejauh mana

markahb yang di[perolehi daripada sesuatu ujian itu dapat dinterprestasikan sebagai

ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang itu. Oleh itu ujian yang dianggap

sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang guru sepatutnya ukur.

Ianya juga merujuk kepada kesesuaian , keertian dan kebergunaan sesuatu infrens

yang akan dibuat daripada interpreatasi skor ujian yang guru laksanakan.

Page 6: tugasan 6