tugasan 4

12
Bincangkan aspek-aspek yang penting dalam pentadbiran pentaksiran Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.Dalam konteks pendidikan, pentaksiran adalah proses untuk mendapatkan gambarantentang prestasi pelajar dalam pembelajaran. Justeru itu, instrumen untuk mendapatkanmaklumat perlu berkualiti. Instrumen berkualiti memerlukan item yang berkualiti. Olehyang demikian, penggubal item ujian dan peperiksaan perlu mempunyai kemahirandalam menggubal item yang baik

Upload: pavitrra-subbramaniyam

Post on 01-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

Bincangkan aspek-aspek yang penting dalam pentadbiran pentaksiranPentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.Dalam konteks pendidikan, pentaksiran adalah proses untuk mendapatkan gambarantentang prestasi pelajar dalam pembelajaran. Justeru itu, instrumen untuk mendapatkanmaklumat perlu berkualiti. Instrumen berkualiti memerlukan item yang berkualiti. Olehyang demikian, penggubal item ujian dan peperiksaan perlu mempunyai kemahirandalam menggubal item yang baik

2. Bincangkanbagaimana moderasi ujian dan skema pemarkahan dijalankanA. Pertimbangan semasa pelaksanaan ujiani. Tujuan: supaya pemarkahan yang diberi adalah adil bagi semua calon.ii. Langkah-langkah:1) pemeriksaan diberikan beberapa sampel skrip untuk diperiksa berdasarkan skema pemarkahan.2) pemeriksa memeriksa skrip dan kemudian membanding markah yang diberi oleh pemeriksa lain dan ketua pemeriksa.3) pemeriksa dan ketua pemeriksa bersetuju dengan satu piawai untuk memberi markah.4) pemeriksa akan memeriksa semua skrip berdasarkan skema pemarkahan yang telah dipersetujui.5) ketua pemeriksa akan memilih skrip-skrip yang telah diperiksa secara rawak untuk dimoderasi.B. Aspek penyediaan skrip jawapani. kandungan - mencakupi aspek maklumat atau pengetahuan yang berkaitanii. pengelolaan - aspek penggunaan bahasa (lancar, tepat dan matang)iii. proses - aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan daya kreatif menjawabC. Skema Pemarkahani. Holistik pemeriksaan kertas jawapan yang lebih cepat berbanding cara analitik. langkah meningkatkan keobjektifan dapat dilaksanakan melalui mesyuarat penyelarasan atau pemurnian markah di antara guru-guru berkenaan. dalam mesyuarat berkenaan, ketua bagi pemeriksaan skrip peperiksaan akan memberikan panduan memeriksa skrip jawapan diikuti dengan latihan tertentu.ii. Analitik lebih terperinci berbanding holistik, maka memerlukan masa yang lama mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. cth: - penentuan pemberatan jawapan - fakta dan hujah

3. Jelaskan perbezaan antara kebolehpercayaan dan kesahan ujianKESAHAN

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman & Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).

Kesahan sesuatu ujian tidak dapat ditentukan secara langsung seperti mengukur ketinggian seseorang. Keputusan ujian, atau skor markah memberi gambaran sebenar atai tidak sebenar tentang apa yang hendak diukur. Oleh itu ia tidak dengan sendirinya sah. Kesahannya bergantung kepada beberapa jenis kesahan.

a) Kesahan isi (content validity)

Ini ialah kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak menyediakan ujian. Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan, kandungan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk. Bagi sebarang ujian bertulis maka sangat penting bagi guru supaya sentiasa menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian ia hendaklah memilih atau menyediakan item ujian-ujian yang sesuai. Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian murid-murid, aras kesukaran, dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji. Contohnya, item ujian akhir tahun (ujian sumatif) misalnya tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu, sedangkan tajuk-tajuk lain diabaikan, maka ujian itu dikatakan tidak sah dari segi isi kerana tidak meliputi sukatan pelajaran.

b) Kesahan telahan/ ramalan

Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau kelayakan seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan. Contohnya guru biasa mengadakan peperiksaan percubaan diperingkat sekolah sebelum murid-murid mengambil peperiksaan PMR, SPM, atau sebagainya. Berdasarkan pencapaian murid-murid ini maka kita dapat meramal kejayaan murid-murid dalam peperiksaan sebenar tersebut. Demikian juga bagi Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP). Sekiranya calon-calon yang lulus dalam UKELP dan dipilih mengikuti kursus perguruan juga berjaya dan mendapat sijil atau diploma perguruan serta menjadi guru yang berkesan maka UKELP itu mempunyai kesahan ramalan yang tinggi.

c) Kesahan Semasa/Serentak

Kesahan semasa penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya. Sekiranya ujian kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama ditakbirkan tidak lama kemudian, pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama, kerana calon yang berkenaan telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama.

d) Kesahan Gagasan

Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental, seperti sifat peramah, bertanggung jawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan sebagainya. Semua ini merupakan idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan. Berdasarkan teori atau kajian ini, kita boleh membuat berbagai-bagai ramalan yang ada hubungannya dengan gagasan tersebut. Misalnya kita boleh menelah bahawa seseorang murid yang kreatif juga merupakan seorang yang imaginatif.

Kebolehpercayaan

Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan). Menurut Mokhtar (1995), reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.

Reliabiliti adalah istilah yang keliru di sini dan setengah penulis cuba menggantikannya dengan consistency. Walau bagaimana pun, persoalan asas reliabiliti adalah: Adalah penilai lain setuju dengan interpretasi tingkah laku pelajar? Tetapi variasi yang mengganggu pula adalah: Adakah saya menterjemah tingkah lakunya dalam keadaan yang sama jika saya melihatnya lagi? (Rowntree, 1977).

Secara umum, kesilapan angkubah pengukuran adalah banyak terdapat dalam skor ujian dalam pendidikan (atau, dengan kata lain, ujian pendidikan cenderung kepada tidak reliabel) melainkan kerja yang lebih berhati-hati dilakukan bagi menentukan aras reliabiliti yang diterima (Martuza, 1977). Ini menunjukkan bahawa reliabiliti bukan sahaja skor yang sama didapati walau pun orang lain yang menilainya, tetapi jika kita harus memberikan skor yang sama juga walau pun kita menilai pada masa yang berbeza.

Fakta mengenai reliabiliti rendah memeriksa kertas peperiksaan secara individu telah ditunjukkan oleh Dicker (1973), yang menemukan bahawa pekali korelasi hanya 0.46 apabila 24 guru memeriksa sekali dan kemudian diperiksa semula selepas tiga bulan. Aschersleben (1971) menganalisis pemeriksaan oleh 24 guru ke atas 623 pelajar dalam empat ujian matematik yang bersiri dan empat ujian dictation. Beliau mendapati kebanyakan korelasi adalah di bawah 0.60, dengan kertas matematik menunjukkan, secara purata, nilai lebih kecil (Ingenkamp, 1977). Ini menunjukkan bahawa pemeriksaan seseorang pemeriksa bukan sahaja tidak tekal tetapi amat berbeza di antara seorang pemeriksa dengan pemeriksa lain. Dengan kata lain pemeriksaan mereka mempunyai reliabiliti yang rendah.

Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan sistem penilaian yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina alat penilaian.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

Pada kebiasaannya , sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat (error). Ini amat ketara dalam prestasi fizikal. Jauh lompatan seseorang misalnya, tidak sentiasa sama kerana pengaruh halaju angin kedaan fizikalnya, kedaan atau jenis kasut yang dipakai, latihan, larian atau sebagainya. Sedangkan berat seseorang pun boleh berubah dalam satu hari disebabkan oleh pakaiannya, kenyang laparnya dan lain-lain.

Kaitan antara Kesahan dan Kebolehpercayaani. Ujian perlu sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk membolehkan kesimpulan atau inferens yang dibuat daripada skor yang diperolehi itu sahii. kesahan lebih penting daripada kebolehpercayaan

4. Bincangkan kaedah-keadah dalam menentukan kebolehpercayaan ujian 1. kaedah uji-uji semula (Test-Retest)Ujian diberikan dua kali dan korelasi di antara skor set pertama dengan skor set kedua ditentukan. Sebagai contoh, katakan ujian matematik diberikan kepada enam pelajar pada hari Isnin dan diberikan semula pada hari Isnin minggu berikutnya tanpa pengajaran matematik dijalankan di antara dua ujian tersebut. Korelasi di antara dua set skor ujian tersebut ialah .96 . Oleh itu boleh disimpulkan bahawa ujian ini adalah agak reliable (Kubiszyn & Borich, 1995).2. ukuran kesetaraan (Alternate Forms)Jika dua ujian yang setara boleh digunakan untuk mendapatkan anggaran relibiliti sesuatu ujian. Kedua-dua bentuk dikendalikan kepada sekumpulan pelajar, dan korelasi di antara dua set skor ditentukan.. Untuk menentukan reliabiliti bentuk setara (alternate-form) bagi ujian, dua versi berbeza bagi ujian yang sama dikendalikan kepada kumpulan pelajar yang sama dalam masa sesingkat mungkin, dan skornya dikorelasikan (Kubiszyn & Borich, 1995).3. ketekalan antara pemeriksa 4. ketekalan dalaman(Internal Consistency)Jika ujian adalah untuk mengukur konsep asas yang tunggal, maka adalah munasabah menganggap orang yang mendapat satu item betul akan mendapat betul item yang serupa. Dengan kata lain, item boleh dikorelasikan satu sama lain, dan ujian dikatakan tekal secara dalaman. Jika keadaan ini berlaku, maka reliabiliti boleh ditentukan dengan cara internal consistency(Kubiszyn & Borich, 1995). Kaedah ini terdiri daripada tiga iaitu kaedah Bahagi-Dua (split-half), kaedah Kuder-Richardsondan kaedah Pekali Alfa. Melalui kaedah Bahagi-Dua (split-half), ujian diberikan seperti biasa, tetapi markah setiap calon dijumlahkan dalam dua kumpulan supaya jumlah tersebut dapat dikorelasikan bagi menentukan kebolehpercayaan, yang merupai kaedah mengukur kesamaan Kaedah Kuder-Richardson ialah dengan menggunakan formula yang dibina oleh Kuder-Richardson; iaitu KR20 dan KR21. Kaedah Pekali Alfa (a ) juga menggunakan formula. Formulanya hampir sama dengan KR20, tetapi S pq diganti dengan S Si 2di mana Si2 ialah varians.(Mokhtar, 1995).

5. kaedah belah duaKaedah ini mengukur konsistensi dalam ujian. Ingat lagi pada pita pengukur, ia mempunyai konsistensi dalaman yang tinggi. Ukuran kaki yang pertama adalah sama dengan ukuran kaki kedua dan ketiga dan begitu juga dengan setiap ukuran sentimeternyam ianya adalah uniform

5. kegunaan bank item

Bank Item merujuk kepada koleksi item yang diterima selepas proses analisis item. Bank item berfungsi untuk membina, menilai, mengumpul dan menyelaras item ujian yang berkualiti. Item-item yang baik akan digunakan sebagai stok dan digunakan apabila perlu umpamanya untuk tujuan peperiksaan utama, peperiksaan percubaan, peperiksaan ulangan dan sebagainya.Proses membuat penilaian atau pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang berkualiti. Panel penilai perlu membuat penilaian dan memastikan item yang telah dibina adalah berasaskan kepada ciri-ciri item berkualiti seperti berikut:i. Keakuran Keakuran terhadap Standard, spesifikasi dan peluang;ii. Ketepatan dan Kejelasan tepat keterampilan, tepat kandungan dan jelas;iii. Kesesuaian Sesuai mengikut aras kesukaran, kepentingan dan keadilan.Proses ini berakhir dengan membuat keputusan tentang item sama ada diterima, ditolak atau dalam perhatian (KIV).