tugasan 4
TRANSCRIPT
PEMBACAAN DAN PENILAIAN KENDIRI BERDASARKAN TEKS
Soalan 1
What are the primary types of criteria used to analyze learners?
Model ASSURE ( Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993 ) adalah
model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang
penggunaan media secara sistematik. Model ini bertujuan untuk
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang
menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran
dalam situasi bilik darjah.
ASSURE adalah model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik
untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah kerana model ini berfokus kepada
situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, di mana skop
pembelajarannya terhad dan mudah dikendalikan. Sebelum seseorang guru
melaksanakan model ASSURE dalam pengajarannya dia mestilah
memahami model tersebut.
Langkah pertama dalam model ASSURE adalah analyze learners atau
analisis pelajar / murid. Sebelum beralih ke langkah seterusnya, cikgu
perlulah mengenal pasti terlebih golongan sasaran yang hendak diajar.
Terdapat tiga kriteria utama yang perlu dilakukan semasa hendak
menganalisis pelajar. Kesemua kriteria ini perlu dilaksanakan oleh guru agar
mampu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersumberkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) berjalan dengan
lancar.
Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut :
a. Ciri-ciri umum murid ( General charateristik )
b. Pengetahuan / Kebolehan murid ( Entry competencies )
c. Gaya pembelajaran murid ( Learning styles )
Ciri-ciri umum murid adalah berkaitan dengan gaya hidup, taraf sosio-
ekonomi, bangsa, budaya dan lain-lain lagi. Kebanyakan murid datang dari
pelbagai latar belakang yang berbeza. Bayangkan terdapat 35 hingga 40
orang murid dalam satu bilik darjah yang mempunyai ciri-ciri umum yang
berbeza antara satu sama lain. Guru perlu menganalisis dan mengenal pasti
1
ciri-ciri umum yang terdapat pada setiap murid agar dapat membina atau
memilih sumber pengajaran yang terbaik dan sesuai dengan semua murid.
Misalnya, berdasarkan tahap ekonomi, bangsa serta budaya yang
berbeza dan kemampuan kecerdasan pelbagai tahap kebolehan murid yang
tergolong dalam beberapa kumpulan kecerdasan cerdas, sederhana dan
lemah, Kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah kumpulan.Murid-
murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan
mereka masing-masing.
Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat
penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat
memilih sumber pengajaran yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar
belakang pelajar. Sumber pengajaran yang baik mampu mendorong pelajar
untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran
berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong
bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh
menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat
itu, sumber pengajaran mampu mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah.
Analisis pelajar dalam model ASSURE dapat membantu guru
mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid yang
dimiliki oleh murid-murid terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran. Dengan secara tidak langsung guru dapat menyediakan
sumber pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan
secara konsruktif selain dapat membantu guru mengesan tahap murid melalui
sessi soal jawab.
Kriteria ini penting kerana guru perlu bersedia lebih awal untuk memilih
atau menyediakan sumber pengajaran berdasarkan tahap pengetahuan
setiap murid. Sebagai contoh, sekiranya guru menggunakan komputer dalam
satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran penting bagi guru untuk
mengetahui tahap pengetahuan murid terhadap penggunaan komputer.
Mungkin ada murid yang mempunyai pengetahuan yang baik, sederhana dan
mungkin juga ada murid yang langsung tidak mengetahui tentang komputer.
Guru akan memilih atau menyediakan sumber pengajaran yang sesuai
dengan murid agar objektif pelajaran tercapai.
2
Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis
murid yang dikenalpasti. Murid yang lemah dalam penguasaan bahasanya
dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit
dan aktiviti tanpa media cetak.
Selain itu, ianya juga penting untuk guru melakukan tindakan susulan
sama ada murid memerlukan pengukuhan selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Tahap pengetahuan dan kebolehan murid
merupakan langkah pertama untuk sesi pembelajaran berlangsung dengan
lancar ( Smaldino et. al, 2005 ). Untuk menganalisis kriteria ini, guru mungkin
boleh melaksanakan ujian ringkas, temubual dengan murid dan kaedah lain
yang sesuai untuk mengukur tahap pengetahuan dan kebolehan setiap murid.
Kriteria gaya pembelajaran adalah satu keadaan di mana murid
bertindak balas, menerima, berinteraksi dan memberikan reaksi dengan
persekitaran pembelajaran ( Smaldino et. al, 2005 ). Murid mempunyai gaya
pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada
cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai
pembelajaran.
Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid dapat membantu guru
merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn & Dunn,
model Honey & Mumford dan model Mutiple Intelligence adalah beberapa
contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu
mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi
merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.
Oleh yang demikian, guru perlu memahami dan menguasai serta
mengenal pasti setiap murid yang berada dalam bilik darjah. Ini bagi
memastikan pemilihan atau penyediaan sumber pengajaran sesuai dengan
semua murid dan bukannya dengan sesetengah murid sahaja. Langkah
menganlisis murid mungkin berbeza mengikut kriteria-kriteria yang telah
dihuraikan.
3
Soalan 2
Why are learning objectives an important aspect of lesson planning ?
Langkah kedua dalam model ASSURE adalah penyedian objektif
pembelajaran. Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya
guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan
dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif
pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih
kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru
yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada
apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.
Penetapan objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
amat perlu bagi memastikan keberkesanan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan
yang ingin di capai ( Yusup , 2006 ). Contohnya dalam topik bearing georafi
tingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing
sudutan. Maka pembangunan “courseware” seperti “Flash Protractor” yang
membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas
skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara
tidak langsung mencapai objektif ini.
Dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran, obejktif yang
hendak dicapai adalah aspek yang sangat penting. Ini kerana berdasarkan
objektif yang hendak dicapai, guru boleh memilih atau menyediakan sumber
pembelajaran yang sesuai dengan murid.
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas
oleh guru. Ini adalah sebagai sasaran pengajaran pembelajaran dan
semestinya pernyataan objektif mestilah tepat. Kepentingan objektif
pengajaran adalah sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan media
pengajaran yang tepat. Dengan mengetahui objektif, guru dapat merancang
dan mencipta suasana pembelajaran bagi mencapai objektif tersebut. Melalui
objektif juga guru dapat menilai pelajar dengan tepat sama ada objektif yang
diingini oleh guru tercapai atau tidak.
4
Objektif pembelajaran akan membantu guru mengenalpasti apa yang
hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah /
strategi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi
pendidikan yang sesuai digunakan. Biasanya model ASSURE dikaitan
dengan penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu
menentukan objektif yang sesuai sebelum memilih media yang sesuai dengan
objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
Contohnya, objektif pembelajaran yang hendak dicapai adalah murid
boleh menghantar emel kepada rakan-rakan mereka. Berdasarkan objektif ini,
guru boleh membuat tempahan bilik komputer, memastikan semua komputer
boleh digunakan, capaian internet berfungsi dan paling penting ialah semua
murid mempunyai emel masing-masing. Hal-hal sebegini dilakukan dengan
melihat objektif pelajaran yang hendak dicapai.
Selain itu, objektif pembelajaran juga penting sebagai asas untuk
membuat penilaian. Guru boleh merancang penilaian yang sesuai dengan
murid berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijlalakan
oleh guru. Hasil pembelajaran murid digunakan untuk menyediakan penilaian
untuk mengukur pengetahuan dan pencapaian murid setelah sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan.
Objektif pembelajaran boleh digunakan oleh murid sebagai asas untuk
membuat persediaan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
murid juga boleh turut serta dalam aktiviti di bilik darjah sekiranya mereka
mengetahui objektif pembelajaran pada hari tersebut. Menjadi tanggungjawab
guru untuk untuk melaksaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
adil untuk semua murid. Manakala, murid pula perlu memberikan kerjasama
yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
5
Soalan 3
What are the four components of a well-written objectives?
Menurut Smaldino et. al ( 2005 ), terdapat empat langkah atau komponen
yang perlu diketahui oleh guru sebelum menetapkan sesuatu objektif
pembelajaran. Komponen ini dikenali sebagai ABCDs. Tujuannya adalah
untuk memudahkan guru menetapkan objektif pembelajaran berdasarkan :
a. A – Audience
b. B – Behaviour
c. C – Conditions
d. D – Degree
Audience
Fokus utama aktiviti pembelajaran adalah supaya murid dapat
mengetahui dan boleh melaksanakan apa yang telah dipelajari selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sangat penting untuk mengetahui
siapakah golongan sasar ( murid ) sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran dilangsungkan. Contohya, mungkin untuk murid tahun 4
ataupun untuk pelajar tingkatan 1.
Komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh pelajar
bukan yang dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya berlaku apabila pelajar
itu aktif, mental yang sihat, iaitu dia dapat memproses idea atau secara fizikal
seperti menguasai kemahiran dalam pengajaran pembelajaran.
Behaviour
Komponen ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku yang
menggambarkan keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan
merupakan unsur penting dalam sesuatu objektif. Tingkah laku yang
dinyatakan dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah dapat diukur
dan dilihat pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam objektif
mestilah menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang kabur
6
seperti menyatakan, mengetahui, memahami dan sebagainya tidak akan
dapat menghuraikan objektif dengan jelas.
Conditions
Objektif pembelajaran seharusnya jelas tentang bagaimana obejktif hendak
dicapai. Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah
termasuk syarat tingkah laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan
syarat pencapaian objektif juga dapat membantu guru menyediakan suasana
dan langkah pengajaran pembelajaran.
Degree
Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada aras 1, aras
2 atau aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti
tingkah laku tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Kriteria
berkenaan dinyatakan secara kualitif dan kuantitatif.
Contoh penulisan objektif bagi tajuk Sekolahku, Bahasa Malaysia
Tahun 6 adalah seperti berikut :
Pada akhir pembelajaran murid dapat :
Aras 1 : Menulis dan menyusun maklumat mengikut kronologi.
Aras 3 : Menghuraikan isi utama dan isi sampingan yang terdapat
dalam teks.
Objektif pembelajaran dapat diperoleh daripada kurikulum standard,
buku teks, pembelajaran atas talian, ataupun apa sahaja bahan instruksional
yang ditulis menggunakan komponen ABCDs. Guru boleh membuat ubah
suai objektif pembelajaran berdasarkan keperluan murid walaupun objektif
pembelajaran telah ditetapkan lebih awal oleh pihak berkuasa.
7
Bibliografi
Heinich, R., Molenda, M. Russel, J. D., & Smaldino, S. E. (2005). Instructional
media and technologies for learning. Ohio: Prentice-Hall.
Sharon E. Smaldino, Deborah L. Lowter, James D. Russel. ( 2012 ).
Instructional Technology and Media for Learning, Boston, Pearson
Education Inc.
Yusup Hashim. ( 2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum
dan Instruksi sumber dari
http://yusuphashim.blogspot.com/2006/12/penggunaan-teknologi-
instruksional.html
8