tugasan 4

11
PEMBACAAN DAN PENILAIAN KENDIRI BERDASARKAN TEKS Soalan 1 What are the primary types of criteria used to analyze learners? Model ASSURE ( Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993 ) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah. ASSURE adalah model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah kerana model ini berfokus kepada situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, di mana skop pembelajarannya terhad dan mudah dikendalikan. Sebelum seseorang guru melaksanakan model ASSURE dalam pengajarannya dia mestilah memahami model tersebut. Langkah pertama dalam model ASSURE adalah analyze learners atau analisis pelajar / murid. Sebelum beralih ke langkah seterusnya, cikgu perlulah mengenal pasti terlebih golongan sasaran yang hendak diajar. Terdapat tiga kriteria utama yang perlu dilakukan semasa hendak menganalisis pelajar. Kesemua kriteria ini perlu dilaksanakan oleh guru agar mampu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersumberkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) berjalan dengan lancar. 1

Upload: aman-shah

Post on 14-Nov-2014

954 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 4

PEMBACAAN DAN PENILAIAN KENDIRI BERDASARKAN TEKS

Soalan 1

What are the primary types of criteria used to analyze learners?

Model ASSURE ( Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993 ) adalah

model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang

penggunaan media secara sistematik.  Model ini bertujuan untuk

menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang

menggunaan media.  Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran

dalam situasi bilik darjah.

ASSURE adalah model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik

untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah kerana model ini berfokus kepada

situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, di mana skop

pembelajarannya terhad dan mudah dikendalikan. Sebelum  seseorang guru

melaksanakan model  ASSURE dalam pengajarannya dia mestilah

memahami model tersebut.

Langkah pertama dalam model ASSURE adalah analyze learners atau

analisis pelajar / murid. Sebelum beralih ke langkah seterusnya, cikgu

perlulah mengenal pasti terlebih golongan sasaran yang hendak diajar.

Terdapat tiga kriteria utama yang perlu dilakukan semasa hendak

menganalisis pelajar. Kesemua kriteria ini perlu dilaksanakan oleh guru agar

mampu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang

bersumberkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) berjalan dengan

lancar.

Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut :

a. Ciri-ciri umum murid ( General charateristik )

b. Pengetahuan / Kebolehan murid ( Entry competencies )

c. Gaya pembelajaran murid ( Learning styles )

Ciri-ciri umum murid adalah berkaitan dengan gaya hidup, taraf sosio-

ekonomi, bangsa, budaya dan lain-lain lagi. Kebanyakan murid datang dari

pelbagai latar belakang yang berbeza. Bayangkan terdapat 35 hingga 40

orang murid dalam satu bilik darjah yang mempunyai ciri-ciri umum yang

berbeza antara satu sama lain. Guru perlu menganalisis dan mengenal pasti

1

Page 2: Tugasan 4

ciri-ciri umum yang terdapat pada setiap murid agar dapat membina atau

memilih sumber pengajaran yang terbaik dan sesuai dengan semua murid.

Misalnya, berdasarkan tahap ekonomi, bangsa serta budaya yang

berbeza dan kemampuan kecerdasan pelbagai tahap kebolehan murid yang

tergolong dalam beberapa kumpulan kecerdasan cerdas, sederhana dan

lemah, Kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah kumpulan.Murid-

murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan

mereka masing-masing.

Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat

penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat

memilih sumber pengajaran yang baik dan benar-benar sesuai dengan latar

belakang pelajar. Sumber pengajaran yang baik mampu mendorong pelajar

untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran

berkaitan topik dengan mudah. Smaldino et. al (2005) turut menyokong

bahawa sekiranya guru dapat mengetahui latar belakang pelajar, guru boleh

menyampaikan maklumat dengan mudah dan menarik. Tidak terhad setakat

itu, sumber pengajaran mampu mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang seronok di dalam bilik darjah.

    Analisis pelajar dalam model ASSURE dapat membantu guru

mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid yang

dimiliki oleh murid-murid terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan

pembelajaran. Dengan secara tidak langsung guru dapat menyediakan

sumber pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan

secara konsruktif selain dapat membantu guru mengesan tahap murid melalui

sessi soal jawab.

Kriteria ini penting kerana guru perlu bersedia lebih awal untuk memilih

atau menyediakan sumber pengajaran berdasarkan tahap pengetahuan

setiap murid. Sebagai contoh, sekiranya guru menggunakan komputer dalam

satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran penting bagi guru untuk

mengetahui tahap pengetahuan murid terhadap penggunaan komputer.

Mungkin ada murid yang mempunyai pengetahuan yang baik, sederhana dan

mungkin juga ada murid yang langsung tidak mengetahui tentang komputer.

Guru akan memilih atau menyediakan sumber pengajaran yang sesuai

dengan murid agar objektif pelajaran tercapai.

2

Page 3: Tugasan 4

Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis

murid yang dikenalpasti. Murid yang lemah dalam penguasaan bahasanya

dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit

dan aktiviti tanpa media cetak.

Selain itu, ianya juga penting untuk guru melakukan tindakan susulan

sama ada murid memerlukan pengukuhan selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Tahap pengetahuan dan kebolehan murid

merupakan langkah pertama untuk sesi pembelajaran berlangsung dengan

lancar ( Smaldino et. al, 2005 ). Untuk menganalisis kriteria ini, guru mungkin

boleh melaksanakan ujian ringkas, temubual dengan murid dan kaedah lain

yang sesuai untuk mengukur tahap pengetahuan dan kebolehan setiap murid.

Kriteria gaya pembelajaran adalah satu keadaan di mana murid

bertindak balas, menerima, berinteraksi dan memberikan reaksi dengan

persekitaran pembelajaran ( Smaldino et. al, 2005 ). Murid mempunyai gaya

pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada

cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai

pembelajaran.

Pengetahuan tentang gaya pembelajaran murid dapat membantu guru

merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn & Dunn,

model Honey & Mumford dan model  Mutiple Intelligence adalah beberapa

contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu

mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi

merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

Oleh yang demikian, guru perlu memahami dan menguasai serta

mengenal pasti setiap murid yang berada dalam bilik darjah. Ini bagi

memastikan pemilihan atau penyediaan sumber pengajaran sesuai dengan

semua murid dan bukannya dengan sesetengah murid sahaja. Langkah

menganlisis murid mungkin berbeza mengikut kriteria-kriteria yang telah

dihuraikan.

3

Page 4: Tugasan 4

Soalan 2

Why are learning objectives an important aspect of lesson planning ?

Langkah kedua dalam model ASSURE adalah penyedian objektif

pembelajaran. Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya

guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan

dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif

pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih

kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru

yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada

apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

Penetapan objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran

amat perlu bagi memastikan keberkesanan sesi pengajaran dan

pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan

yang ingin di capai ( Yusup , 2006 ). Contohnya dalam topik bearing georafi

tingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing

sudutan. Maka pembangunan “courseware” seperti “Flash Protractor” yang

membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas

skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara

tidak langsung mencapai objektif ini.

Dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran, obejktif yang

hendak dicapai adalah aspek yang sangat penting. Ini kerana berdasarkan

objektif yang hendak dicapai, guru boleh memilih atau menyediakan sumber

pembelajaran yang sesuai dengan murid.

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas

oleh guru. Ini adalah sebagai sasaran pengajaran pembelajaran dan

semestinya pernyataan objektif mestilah tepat. Kepentingan objektif

pengajaran adalah sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan media

pengajaran yang tepat. Dengan mengetahui objektif, guru dapat merancang

dan mencipta suasana pembelajaran bagi mencapai objektif tersebut. Melalui

objektif juga guru dapat menilai pelajar dengan tepat sama ada objektif yang

diingini oleh guru tercapai atau tidak.

4

Page 5: Tugasan 4

Objektif pembelajaran akan membantu guru mengenalpasti apa yang

hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah /

strategi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi

pendidikan yang sesuai digunakan. Biasanya model ASSURE dikaitan

dengan penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlu

menentukan objektif yang sesuai sebelum memilih media yang sesuai dengan

objektif pembelajaran yang hendak dicapai.

Contohnya, objektif pembelajaran yang hendak dicapai adalah murid

boleh menghantar emel kepada rakan-rakan mereka. Berdasarkan objektif ini,

guru boleh membuat tempahan bilik komputer, memastikan semua komputer

boleh digunakan, capaian internet berfungsi dan paling penting ialah semua

murid mempunyai emel masing-masing. Hal-hal sebegini dilakukan dengan

melihat objektif pelajaran yang hendak dicapai.

Selain itu, objektif pembelajaran juga penting sebagai asas untuk

membuat penilaian. Guru boleh merancang penilaian yang sesuai dengan

murid berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijlalakan

oleh guru. Hasil pembelajaran murid digunakan untuk menyediakan penilaian

untuk mengukur pengetahuan dan pencapaian murid setelah sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan.

Objektif pembelajaran boleh digunakan oleh murid sebagai asas untuk

membuat persediaan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,

murid juga boleh turut serta dalam aktiviti di bilik darjah sekiranya mereka

mengetahui objektif pembelajaran pada hari tersebut. Menjadi tanggungjawab

guru untuk untuk melaksaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang

adil untuk semua murid. Manakala, murid pula perlu memberikan kerjasama

yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

5

Page 6: Tugasan 4

Soalan 3

What are the four components of a well-written objectives?

Menurut Smaldino et. al ( 2005 ), terdapat empat langkah atau komponen

yang perlu diketahui oleh guru sebelum menetapkan sesuatu objektif

pembelajaran. Komponen ini dikenali sebagai ABCDs. Tujuannya adalah

untuk memudahkan guru menetapkan objektif pembelajaran berdasarkan :

a. A – Audience

b. B – Behaviour

c. C – Conditions

d. D – Degree

Audience

Fokus utama aktiviti pembelajaran adalah supaya murid dapat

mengetahui dan boleh melaksanakan apa yang telah dipelajari selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sangat penting untuk mengetahui

siapakah golongan sasar ( murid ) sebelum sesi pengajaran dan

pembelajaran dilangsungkan. Contohya, mungkin untuk murid tahun 4

ataupun untuk pelajar tingkatan 1.

Komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh pelajar

bukan yang dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya berlaku apabila pelajar

itu aktif, mental yang sihat, iaitu dia dapat memproses idea atau secara fizikal

seperti menguasai kemahiran dalam pengajaran pembelajaran.

Behaviour

Komponen ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku yang

menggambarkan keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan

merupakan unsur penting dalam sesuatu objektif. Tingkah laku yang

dinyatakan dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah dapat diukur

dan dilihat pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam objektif

mestilah menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang kabur

6

Page 7: Tugasan 4

seperti menyatakan, mengetahui, memahami dan sebagainya tidak akan

dapat menghuraikan objektif dengan jelas.

Conditions

Objektif pembelajaran seharusnya jelas tentang bagaimana obejktif hendak

dicapai. Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah

termasuk syarat tingkah laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan

syarat  pencapaian objektif juga dapat membantu guru menyediakan suasana

dan langkah pengajaran pembelajaran.

Degree

Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada aras 1, aras

2 atau aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti

tingkah laku tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Kriteria

berkenaan dinyatakan secara kualitif dan kuantitatif.

Contoh penulisan objektif bagi tajuk Sekolahku, Bahasa Malaysia

Tahun 6 adalah seperti berikut :

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Aras 1 : Menulis dan menyusun maklumat mengikut kronologi.

Aras 3 : Menghuraikan isi utama dan isi sampingan yang terdapat

dalam teks.

Objektif pembelajaran dapat diperoleh daripada kurikulum standard,

buku teks, pembelajaran atas talian, ataupun apa sahaja bahan instruksional

yang ditulis menggunakan komponen ABCDs. Guru boleh membuat ubah

suai objektif pembelajaran berdasarkan keperluan murid walaupun objektif

pembelajaran telah ditetapkan lebih awal oleh pihak berkuasa.

7

Page 8: Tugasan 4

Bibliografi

Heinich, R., Molenda, M. Russel, J. D., & Smaldino, S. E. (2005). Instructional

media and technologies for learning. Ohio: Prentice-Hall.

Sharon E. Smaldino, Deborah L. Lowter, James D. Russel. ( 2012 ).

Instructional Technology and Media for Learning, Boston, Pearson

Education Inc.

Yusup Hashim. ( 2006). Penggunaan Teknologi Intruksional dalam Kurikulum

dan Instruksi sumber dari

http://yusuphashim.blogspot.com/2006/12/penggunaan-teknologi-

            instruksional.html

8