topik 9 pemerintahan khulafa al rasyidin.pdf

Upload: zaradi-lestari

Post on 07-Jan-2016

115 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALANGSelepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat, pemerintahan Islam diambil alih oleh sistem pemerintahan khalifah yang dipimpin oleh empat orang khalifah Islam. Mereka lebih dikenali sebagai Khulafa al-Arbaah atau Khulafa al-Rasyidin. Mereka ialah khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Dalam Topik 9 ini, kita akan membincangkan mengenai keempat-empat khalifah ini dengan lebih lanjut. Kita juga akan mempelajari mengenai majlis Syura dan cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk topik ini.

    SIRAH KHULAFA AL-RASYIDIN

    Sebelum kita memulakan topik ini, mari kita lihat konsep, tugas dan tanggungjawab khalifah.

    9.1

    TTooppiikk

    99 Pemerintahan

    Khulafa Al-Rasyidin

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan konsep dan tanggungjawab khalifah;

    2. Menjelaskan pemerintahan setiap Khulafa al-Rasyidin, jasa sertasumbangan mereka kepada perkembangan Islam;

    3. Membincangkan prinsip dan kepentingan majlis syura; dan

    4. Menghuraikan kaedah pengajaran dan pembelajaran pemerintahanKhulafa al-Rasyidin.

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 202

    9.1.1 Konsep Khalifah

    Dalam bahasa Arab, perkataan khalifah bererti pengganti. Dari segi syarak pula, ia menjelaskan bahawa khalifah ialah orang yang bertanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi s.a.w. serta mengekalkan kehormonian serta kestabilan masyarakat. Daripada perspektif sejarah, khalifah adalah individu terpilih yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Secara literalnya, Khulafa alRasyidun (kata jamak bagi Khalifat alRasyid) bererti wakilwakil atau khalifahkhalifah yang benar atau lurus. Jika dilihat dalam catatan sejarah umat Islam, ia dirujuk sebagai sekumpulan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang telah mewarisi kepimpinan baginda selepas kewafatannya. Selepas kematian Sayidina Ali r.a., pemerintahan Khulafa alRasyidin tamat dan digantikan oleh Muawiyah yang mengasaskan Dinasti Bani Ummaiyyah. Sepanjang sejarah pemerintahan sistem khalifah, khususnya Khulafa alRasyidin, kita telah melihat beberapa kaedah atau cara perlantikan telah digunakan dalam proses untuk melantik seseorang individu bagi memegang jawatan khalifah. Tujuannya adalah untuk memastikan pemilihan khalifah dibuat secara adil dan teliti supaya mereka dapat diterima oleh orang ramai dan dapat menjalankan tugas serta tanggungjawab sebagaimana yang dituntut oleh syariat. Antara kaedah pemilihan khalifah yang dilakukan adalah seperti berikut:

    (a) Pemilihan dijalankan secara syura atau musyawarah, iaitu melalui permuafakatan yang berdasarkan kepada keputusan secara konsensus (persetujuan bersama) tanpa kewujudan sebarang calon. Ia berlaku semasa pemilihan Sayidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama;

    (b) Pemilihan berdasarkan kepada satu nama dicadangkan oleh khalifah terdahulu dan seterusnya mendapat persetujuan daripada para sahabat yang lain. Ia berlaku semasa pemilihan Sayidina Umar alKhattab sebagai khalifah yang kedua;

    (c) Pemilihan berdasarkan beberapa orang calon yang dikemukakan oleh khalifah terdahulu atau sekelompok masyarakat dan keputusan akhir dibuat oleh para sahabat secara kolektif. Pendekatan ini digunakan semasa pemilihan Sayidina Uthman bin Affan dan Sayidina Ali bin Abi Talib; dan

    (d) Semua anggota masyarakat akan memberikan baiah atau lafaz taat setia kepada khalifah yang dipilih selepas perlantikannya.

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 203

    9.1.2 Tugas dan Tanggungjawab Khalifah

    Seseorang individu yang memegang jawatan khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar. Daripada perspektif siasah syariah, mereka perlu memikul pelbagai tugas penting dalam pelbagai aspek. Rajah 9.1 menunjukkan antara tugastugas khalifah yang terdiri daripada empat aspek, iaitu:

    Rajah 9.1: Tugas khalifah

    Mari kita lihat setiap aspek ini dengan lebih lanjut. (a) AAgama Dalam aspek agama, khalifah bertanggungjawab memelihara kedudukan

    dan kemuliaan agama serta mentadbir urusan negara berdasarkan kepada prinsipprinsip yang ditetapkan syariah. Namun, mereka juga perlu menitikberatkan sistem politik, ekonomi, sosial supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani.

    (b) Politik Dalam aspek politik, khalifah adalah ketua negara yang bertanggungjawab

    memastikan kelicinan pentadbiran negara di samping mempertahankannya daripada ancaman musuh. Perlantikan atau pelucutan jawatan anggota pentadbiran juga berada di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa khalifah.

    (c) Sosial Dalam aspek sosial pula, tugas menjaga kebajikan rakyat agar mereka

    dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat juga berada di tangan khalifah. Bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, mereka bertanggungjawab untuk memastikan syariat Allah s.w.t. sentiasa terjaga dan dilaksanakan secara berterusan melalui pemantapan sistem perundangan Islam. Perpaduan di dalam masyarakat juga perlu dikekalkan melalui konsep musyawarah dan syura.

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 204

    (d) EEkonomi Akhir sekali dalam aspek ekonomi. Ia juga penting bagi membina kekuatan

    ummah. Khalifah perlu memastikan pengurusan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara melalui institusi Baitulmal dilakukan secara cekap dan berintegriti. Sumber pendapatan negara seperti kharaj, jizyah, zakat dan sebagainya perlu diuruskan secara penuh tanggungjawab kerana ia adalah milik umum.

    9.1.3 Zaman Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin

    Pemerintahan Khulafa alRasyidin didokong oleh empat orang sahabat seperti dalam Rajah 9.2, iaitu:

    Rajah 9.2: Khulafa al-Rasyidin

    Kita akan pelajari tentang keempat-empat khalifah ini dengan lebih lanjut dalam subtopik yang berikut.

    1. Terangkan konsep khalifah dan cara pemilihannya.

    2. Huraikah tugas dan tanggungjawab khalifah.

    SEMAK KENDIRI 9.1

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 205

    KHALIFAH ABU BAKAR ALSIDDIQ R.A.

    Sayidina Abu Bakar alSiddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah pada tahun 622M, hanya beliau seorang yang menemani Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. mengahwini anak perempuannya, iaitu Saidatina Aishah r.a. tidak lama selepas peristiwa hijrah ke Madinah. Beliau pernah menjadi kaya dan berjasa serta membebaskan beberapa orang hamba yang memeluk Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah.

    9.2.1 Perlantikan sebagai Khalifah

    Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, Baginda mengarahkan supaya Sayidina Abu Bakar r.a. mengimamkan solat orang Islam. Apabila Baginda wafat, sebuah jawatankuasa diwakili golongan Ansar dan Muhajirin telah ditubuhkan bagi melantik seorang pemimpin untuk umat Islam. Hasil perbincangan tersebut, mereka telah memutuskan Sayidina Abu Bakar r.a. menjadi khalifah pertama umat Islam. Perlantikan Sayidina Abu Bakar r.a. mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Sayidina Ali Abi Talib r.a. sebagai khalifah kerana beliau adalah menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Sebahagian daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Sayidina Abu Bakar r.a. Tentangan itu tamat selepas Sayidina Ali ibn Abi Talib r.a. memberi baiah kepada Sayidina Abu Bakar r.a. Ada catatan mengatakan bahawa beliau melakukan sedemikian selepas enam bulan Sayidina Abu Bakar r.a. dilantik.

    9.2.2 Memerangi Riddah

    Masalah mula timbul apabila Sayidina Abu Bakar r.a. dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puakpuak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat, manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puakpuak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. Memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat, maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas. Sayidina Abu Bakar r.a. menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin, malah mereka kini tergolong dalam

    9.2

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 206

    golongan Muslim. Ada di antara mereka mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini, maka Sayidina Abu Bakar r.a. melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri PPeperangan Islam Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah alKazzab. Sayidina Khalid AlWalid r.a. berjaya menumpaskan Musailamah dalam suatu pertempuran.

    9.2.3 Ekspedisi ke Utara

    Selepas berjaya mengurangkan ancaman golongan riddah, Sayidina Abu Bakar r.a. mula menghantar panglimapanglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Sayidina Khalid alWalid r.a. berjaya menawan Iraq dalam hanya satu operasi ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa operasi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Sayidina Abu Bakar r.a. hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

    9.2.4 Pengumpulan alQuran

    Menurut catatan sejarah Islam, selepas siri peperangan menghapus golongan murtad tamat, ramai para penghafaz alQuran gugur syahid. Sayidina Umar alKhatab r.a. mencadangkan kepada Sayidina Abu Bakar r.a. untuk mula menjalankan aktiviti pengumpulan semula ayatayat alQuran. Beliau khuatir jika usaha tersebut tidak dimulakan segera, usaha untuk menyebarkannya akan menjadi semakin sukar kerana semua catatan alQuran yang dihasilkan semasa hayat Rasulullah s.a.w. tidak disimpan secara sistematik, oleh baginda walaupun baginda telah melantik beberapa orang penulis wahyu. Sayidina Abu Bakar r.a. merealisasikan cadangan tersebut dengan memulakan usaha awal pengumpulan alQuran tersebut. Sejak dari itu, khalifah mempunyai satu naskhah rasmi tulisan al-Quran yang disimpan oleh beliau. Sayidina Abu Bakar r.a. meninggal dunia pada 23 Ogos 634M di Madinah, iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Sayidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 207

    ada pula yang mengatakan Sayidina Abu Bakar r.a. meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Sayidina Abu Bakar r.a. mengesa masyarakat menerima Sayidina Umar alKhatab r.a. sebagai khalifah yang baru. Sayidina Abu Bakar r.a. dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid anNabawi yang terletak di Madinah. Walaupun Sayidina Abu Bakar r.a. hanya memerintah selama dua tahun (632 hingga 634M), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang sebahagian besarnya murtad dan ada pula yang mengaku sebagai nabi. Beliau juga telah memulakan usaha untuk mengumpulkan ayatayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam ke jajahan takluk Rom dan Parsi.

    KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB R.A.

    Sayidina Umar bin alKhattab r.a. juga dikenali sebagai aalFarooq. Beliau adalah daripada Bani Adi, iaitu salah satu suku kaum Quraish. Beliau menjadi khalifah kedua Islam (633M hingga 644M) dalam era pemerintahan Khulafa al Rasyidin.

    9.3.1 Kehidupan Awal

    Sayidina Umar r.a dilahirkan di Mekah. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga seorang yang berilmu, iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

    9.3.2 Memeluk Islam

    Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Sayidina Umar r.a. mempertahankan ajaran tradisi masyarakat

    9.3

    Huraikan mengenai perlantikan Sayidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. sebagai khalifah dan perkara-perkara yang dilakukannya ketika menjadi khalifah.

    SEMAK KENDIRI 9.2

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 208

    Quraish. Sayidina Umar r.a. ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu. Menurut ahli sejarah Islam, semasa Sayidina Umar r.a. dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam. Sayidina Umar r.a. pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca alQuran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa, beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat alQuran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayatayat alQuran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Sayidina Umar r.a. merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Pada tahun 625M, anak perempuan Sayidina Umar r.a., iaitu Hafsa r.a. mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. Apabila Baginda wafat pada tahun 632M, Sayidina Umar r.a. dikatakan amat sedih dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas Sayidina Abu Bakar r.a. berucap Sesiapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati. Sayidina Abu Bakar r.a. kemudiannya membaca beberapa potong ayat alQuran untuk mententeramkan umat Islam. Sayidina Abu Bakar r.a. dengan sokongan Sayidina Umar r.a. menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Sayidina Abu Bakar r.a., Sayidina Umar r.a. merupakan penasihat Sayidina Abu Bakar r.a. Sayidina Abu Bakar r.a. mencalonkan Sayidina Umar r.a. sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634M. Dengan persetujuan semua pihak, Sayidina Umar r.a. akhirnya dilantik sebagai khalifah kedua umat Islam.

    9.3.3 Pemerintahan Sayidina Umar r.a.

    Semasa pemerintah Sayidina Umar r.a., empayar Islam berkembang dengan pesat. Ia telah menawan Mesopotamia dan sebahagian jajahan takluk Empayar

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 209

    Parsi dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia daripada pengaruh Byzantine (Rom Timur). Kejayaan tersebut adalah hasil ketangkasan tentera Islam seperti PPerang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil. Sayidina Umar r.a. banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglimapanglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga, kota Basrah dan Kufah dibina. Sayidina Umar r.a. juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

    9.3.4 Sumbangan Sayidina Umar r.a.

    Jangka masa pemerintahan beliau dianggap zaman keemasan sebab banyak perubahan dan pembaharuan dilakukan. Di antara sumbangan dan pembaharuan yang telah dilakukan oleh Sayidina Umar r.a. adalah seperti dalam Jadual 9.1.

    Jadual 9.1: Sumbangan dan Pembaharuan oleh Sayidina Umar r.a

    Sumbangan dan Pembaharuan

    Huraiannya

    Bidang politik

    Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai sepenuh masa dalam menguruskan hal ehwal negara.

    Menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh wakil daripada golongan Muhajirin dan Ansar.

    Membahagikan kawasan di bawah takluk Islam kepada beberapa wilayah.

    Melantik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbir dan tentera di setiap wilayah.

    Menubuhkan beberapa jabatan yang dinamakan Diwan seperti Jabatan Tentera, Polis, Percukaian dan Perbendaharaan Negara yang diketuai oleh Katib atau setiausaha.

    Mengasingkan Jabatan Kehakiman dan membayar gaji bulanan (500 dirham) untuk hakim bagi mengelakkan salah laku.

    Bidang Sosial

    Membangunkan sistem pendidikan dengan menyediakan guru dan tempat belajar serta mengembangkan pembelajaran alQuran.

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 210

    Memperkenalkan sistem kalendar Islam dan Tahun Hijrah.

    Menyusun semula sistem ketenteraan dengan membentuk pasukan tentera tetap dan sukarela.

    Membina markas tentera di bandarbandar utama.

    Membina kubu pertahanan di sempadan yang menghadap kawasan musuh seperti Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

    Bidang Ekonomi

    Membina sistem pengairan untuk menambah hasil pertanian.

    Menggalakkan rakyat meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar.

    Memperkenalkan pelbagai sistem cukai seperti:

    Kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah; dan

    Usyur cukai terhadap hasil perniagaan orang bukan Islam yang berniaga di negara Islam

    Memperkasakan institusi Baitulmal bagi mengendali aliran zakat.

    Sayidina Umar r.a. meninggal dunia pada tahun 644M selepas dibunuh oleh seorang hamba berketurunan Parsi yang bernama Abu Luluah. Abu Luluah menikam Sayidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap beliau. Dia menikamnya sebanyak enam kali ketika beliau menjadi imam solat di Masjid alNabawi, Madinah. Sayidina Umar r.a. meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Sayidina Abu Bakar r.a.

    KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN R.A.

    Sayidina Uthman bin Affan r.a. merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Mekah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau

    9.4

    1. Nyatakan latar belakang Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. dan peristiwa pengislamannya.

    2. Jelaskan keadaan pemerintahan Sayidina Umar r.a. dan

    sumbangan yang telah dilakukannya.

    SEMAK KENDIRI 9.3

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 211

    termasuk dalam kalangan orang yang terawal memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya. Beliau juga telah berhijrah ke Habshah dan kemudiannya berhijrah ke Madinah. Terdapat perbezaaan pendapat semasa perlantikannya. Sebahagian sahabat berpendapat bahawa beliau lebih layak kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w. (dalam masa yang berbeza). Sayidina Uthman r.a. juga telah dijanjikan syurga oleh Nabi s.a.w. Sebahagian sahabat yang lain (kemudiannya dikenali sebagai golongan Syiah) pula percaya bahawa Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w.

    9.4.1 Perkembangan Islam Semasa Pemerintahan Sayidina Uthman r.a

    Sayidina Uthman menjadi khalifah selepas Sayidina Umar alKhatab r.a. dibunuh pada tahun 644M. Beliau memerintah selama 12 tahun (644M hingga 656M). Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Ada catatan mendakwa bahawa Sayidina Uthman r.a. melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Sejarah merekodkan enam tahun pertama pemerintahannya berada dalam keadaan aman, manakala enam tahun terakhir pula berada dalam keadaan huruhara. Ketika beliau menjadi khalifah, di antara sumbangan utama beliau ialah menyempurnakan usaha pengumpulan alQuran yang dimulakan oleh Sayidina Abu Bakar r.a. Pada ketika itu juga, berlaku pertelingkahan di kalangan umat Islam mengenai cara bacaan alQuran yang tepat. Bagi menyelesaikannya, Sayidina Uthman bin Affan r.a. telah meminjam ssuhuf (catatan alQuran) daripada Hafsah r.a. Seterusnya, Sayidina Uthman bin Affan r.a. telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula alQuran dalam bentuk yang sempurna. Ia dikenali sebagai MMushaf Uthman dan telah dihantar ke seluruh jajahan Empayar Islam bagi mengantikan salinansalinan yang lain.

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 212

    9.4.2 Sumbangan Sayidina Uthman r.a.

    Di antara sumbangan Sayidina Uthman bin Affan r.a ialah:

    (a) Memperluaskan wilayah Islam sehingga ke Afganistan, Samarkhand dan Tripoli;

    (b) Memperkukuhkan kekuatan pertahanan dan ketenteraan Islam;

    (c) Menyatukan naskah alQuran sebagai naskah rasmi yang kemudiannya dikenali sebagai MMushaf Uthmani;

    (d) Membina kemudahan jalan raya, jambatan serta rumah persinggahan;

    (e) Mengukuhkan institusi Baitulmal bagi membiayai pembangunan negara dan kekuatan tentera Islam; dan

    (f) Mengekalkan jizyah sebagai sumber pendapatan negara.

    KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB R.A.

    Nama penuh beliau ialah Ali bin Abi Talib bin Abd alMutalib bin Hashim bin Abd Manaf alQuraisy. Beliau adalah khalifah yang keempat dan terakhir daripada kalangan Khulafa alRasyidin. Beliau adalah sepupu dan menantu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Beliau dilahirkan di Mekah pada tahun ke-10 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah orang pertama memeluk Islam dalam kalangan kanakkanak.

    9.5.1 Latar Belakang

    Beliau dipelihara oleh Nabi Muhammad s.a.w. sejak kecil lagi. Baginda mengambil Sayidina Ali r.a. sebagai anak angkatnya untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh bapa Sayidina Ali r.a., iaitu Abu Talib yang mempunyai ramai anak. Sayidina Ali r.a. telah banyak berkorban kerana agama dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Sebagai contoh, beliau sanggup tidur di atas katil baginda sewaktu

    9.5

    Jelaskan latar belakang Sayidina Uthman r.a., perkembangan Islam dan sumbangan beliau ketika menjadi khalifah.

    SEMAK KENDIRI 9.4

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 213

    baginda dan sahabatnya Abu Bakar alSiddiq r.a. berhijrah ke Madinah. Setelah itu, beliau turut sama berhijrah ke Madinah dan aktif bersamasama Baginda dalam perjuangan menegakkan Islam. Berdasarkan catatan sirah, beliau menyertai semua peperangan bersama Nabi Muhammad s.a.w. kecuali Perang Tabuk (tahun 9H) kerana isterinya sedang sakit tenat. Sayidina Ali r.a. mempunyai sifat keberanian yang luar biasa khususnya dalam peperangan. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang sangat tinggi tentang agama. Beliau dikenali dengan sifat jujur, berpandangan jauh dan pandai berhujah. Selain itu, beliau juga terkenal sebagai seorang yang mempunyai daya permikiran yang tajam. Dengan sebab itulah beliau telah dipilih menjadi seorang penulis wahyu dan setiausaha kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pada setiap peperangan yang disertainya, beliau selalu dipilih menjadi panglima yang ditempatkan di saf hadapan. Keberanian dan kegagahan yang dimilikinya sering menyebabkan pihak musuh sentiasa gerun kepadanya.

    9.5.2 Perlantikan Sayidina Ali r.a.

    Sayidina Ali dilantik menjadi khalifah pada 25 Zulhijjah, 35H oleh masyarakat Islam Madinah dan perlantikannya turut diperakui kaum pemberontak Kufah serta Ansar di Madinah. Pada mulanya beliau enggan menerima perlantikan tersebut, tetapi semua calon seperti Talhah dan Zubair menolak. Sayidina Ali r.a. terpaksa menerimanya atas dua alasan, iaitu:

    (a) Bagi mengisi jawatan khalifah yang wajib dilaksanakan di sebuah negara Islam setelah dikosongkan oleh Khalifah Uthman; serta

    (b) Adanya sokongan yang kuat daripada penduduk Madinah (Ansar).

    9.5.3 Menjadi Khalifah Keempat

    Pada tahun 656M, khalifah ketiga Islam, iaitu Sayidina Uthman Affan r.a. meninggal dunia kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Sayidina Ali r.a. supaya menjadi khalifah tetapi Sayidina Ali r.a. menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah. Perkara pertama yang dilakukan oleh Sayidina Ali r.a. selepas dilantik menjadi khalifah ialah menghapuskan pemberontakan yang ketuai oleh Saidatina Aisyah

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 214

    r.a. dan dua orang sahabat, iaitu Talhah bin Ubaidillah r.a. dan Zubair bin al Awwam r.a. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Sayidina Ali melalui PPerang Jamal. Dalam peperangan tersebut, Talhah r.a. dan Zubair r.a. terkorban, manakala Saidatina Aisyah r.a. kembali ke Madinah. Selepas itu, Sayidina Ali r.a. melantik gabenorgabenor baru bagi menggantikan pentadbirpentadbir yang telah dilantik oleh Sayidina Uthman r.a. Sayidina Ali r.a. memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah. Damsyik pula terus ditadbir oleh Sayidina Muawiyah r.a. sebagai Gabenor Syam yang dilantik semenjak pemerintahan Sayidina Umar r.a. lagi. Sayidina Muawiyah yang berpendapat bahawa siasatan mengenai pembunuhan Sayidina Uthman r.a. adalah keutamaan bagi negara ketika itu. Beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Sayidina Uthman r.a. yang mempunyai pertalian darah dengannya. Beliau berpendapat bahawa pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Sebaliknya, Sayidina Ali r.a. berpendapat bahawa keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu. Seluruh penduduk perlu dipastikan berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes tersebut. Sayidina Muawiyah r.a. menyatakan kekesalannya dengan keputusan Sayidina Ali melambatkan penyiasatan mengenai kematian Sayidina Uthman r.a., lalu melancarkan serangan ke atas Sayidina Ali r.a. Akhirnya, berlakulah PPerang Siffin di antara Sayidina Muawiyah r.a. dan Sayidina Ali r.a. Peperangan ini telah mengheret penyertaan beberapa orang sahabat termasuklah Amru ibn alAsh r.a., Ammar ibn Yasir r.a., Abdullah ibn Amru ibn Al As r.a. dan Abdullah ibn Abbas r.a. Namun, ada dalam kalangan sahabat yang mengambil sikap berkecuali di dalam hal ini. Di antara mereka ialah Abdullah ibn Umar r.a., Muhammad ibn Maslamah r.a., Saad ibn Abi Waqqas r.a. dan Usamah ibn Zaid r.a.

    9.5.4 Sumbangan Sayidina Ali r.a.

    Di antara sumbangan Sayidina Ali r.a semasa pemerintahannya ialah:

    (a) Melakukan pelbagai usaha bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara walaupun terpaksa berunding dan berdamai dengan pihak yang memberontak;

    (b) Mengukuhkan kekuatan ketenteraan dengan melengkapkan tentera berkuda serta membina markas tentera di kawasan sempadan; dan

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 215

    (c) Menubuhkan pasukan perisik bagi membantu usaha mengekalkan keamanan.

    MAJLIS SYURA

    Majlis syura telah wujud pada zaman Nabi s.a.w., tetapi fungsinya amat terhad kerana keputusan yang dibuat oleh Nabi s.a.w. adalah dari wahyu kecuali beberapa perkara yang memerlukan pandangan sahabatnya. Keadaan ini berubah pada zaman khulafa al-Rasyidin. Banyak perkara baru yang timbul dalam masyarakat Islam yang tidak dijelaskan secara terperinci dalam al-Quran dan sunnah. Keadaan ini memerlukan ijtihad daripada khalifah. Pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.a., satu majlis mesyuarat yang dipanggil majlis syura telah dibentuk. Majlis ini terdiri daripada beberapa orang tokoh Islam yang terkenal di kalangan para sahabat Nabi s.a.w. seperti Uthman bin Affan r.a., Ali bin Abi Talib r.a., Saad bin Abi Waqqas r.a., Abdul Rahman al-Auf r.a., Talhah bin Ubaidillah r.a. dan ramai lagi. Majlis ini berfungsi sebagai penasihat kepada khalifah dan melantik khalifah lain selepas kewafatan Umar al-Khattab r.a. Majlis ini terus diperluaskan kegunaannya hingga ke hari ini dengan nama yang berbeza.

    9.6

    AKTIVITI 9.1

    Bincang bersama-sama rakan-rakan anda mengenai kesan sumbanganKhulafa al-Rasyidin kepada perkembangan Islam dan kesejahteraanumat Islam sehingga hari ini. Bentangkan di dalam kelas.

    1. Jelaskan latar belakang dan perlantikan Sayidina Ali r.a. sebagai khalifah.

    2. Nyatakan sumbangan Sayidina Ali r.a. ketika menjadi khalifah.

    SEMAK KENDIRI 9.5

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 216

    9.6.1 Prinsip-prinsip Majlis Syura

    Majlis syura mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri, antaranya ialah:

    (a) Keputusan untuk melakukan sesuatu dalam pentadbiran dan pemerintahan dibuat dengan cara berbincang dan berunding. Keputusan yang dibuat itu adalah keputusan mesyuarat;

    (b) Jika ada sesuatu masalah dalam masyarakat, diusahakan untuk mendapat pendapat sebulat suara, persefahaman dan kesepakatan bagi menangani permasalahan itu dengan baik;

    (c) Al-Quran dan sunnah dijadikan asas dan rujukan utama semasa membuat pertimbangan dan keputusan;

    (d) Pandangan dan pendapat hendaklah dikemukakan dengan penuh hikmah dan lemah lembut, bukan secara kasar dan menghentam orang lain;

    (e) Segala keputusan yang diambil dalam sesuatu mesyuarat hendaklah mengutamakan kepentingan umum; dan

    (f) Menghargai dan menghormati segala pandangan dan nasihat yang diberikan oleh ahli dalam mesyuarat.

    CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Dalam subtopik yang terakhir ini, kita akan melihat kepada cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi Topik 9. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu terikat dengan kaedah-kaedah yang disediakan tersebut kerana ia hanyalah satu cadangan. Anda boleh menggunakan kombinasi kaedah-kaedah lain yang sesuai untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut objektif pengajaran, kesesuaian waktu mengajar, jumlah murid, topik yang diajar dan tahap kebolehan serta kemampuan murid anda. Sila baca dan teliti perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijelaskan dalam Jadual 9.2.

    9.7

    Bincangkan prinsip dan kepentingan majlis Syura.

    SEMAK KENDIRI 9.6

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 217

    Jadual 9.2: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Topik 9

    Tajuk LLangkah-langkah Penyampaian

    Penerangan konsep khalifah

    Guru menjelaskan kepada pelajar konsep khalifah, cara pemilihan dan tugas serta tanggungjawab mereka.

    Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang konsep khalifah, cara pemilihan dan tugas serta tanggungjawab mereka.

    Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan kepentingan khalifah kepada umat Islam.

    Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka tadi di hadapan kelas.

    Guru membuat rumusan tentang hasil pembentangan pelajar.

    Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran pada hari ini.

    Penerangan pemerintahan Khulafa al-Rasyidin

    Guru menerangkan kepada pelajar pemerintahan khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. dan perkembangan Islam pada zamannya.

    Guru meminta pelajar menerangkan semula pemerintahan khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. dan perkembangan Islam pada zamannya.

    Guru menjelaskan pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab r.a. dan sumbangan yang dilakukannya.

    Guru menyoal beberapa orang pelajar mengenai pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab r.a. dan sumbangan yang dilakukannya.

    Guru menerangkan mengenai pemerintahan Sayidina Uthman bin Affan r.a. dan Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. serta perkembangan Islam pada masa tersebut.

    Guru meminta pelajar menjelaskan semula pemerintahan Sayidina Uthman bin Affan r.a. dan Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. serta perkembangan Islam pada masa tersebut.

    Guru berbincang dengan pelajar mengenai kesan sumbangan khalifah terhadp perkembangan Islam ke seluruh dunia.

    Guru membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran pada hari ini.

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 218

    Penerangan Majlis Syura

    Guru menjelaskan kepada pelajar konsep majlis syura dan prinsip-prinsipnya.

    Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil dan meminta mereka membincangkan kepentingan syura dalam kehidupan.

    Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

    Guru merumuskan hasil pembelajaran hari ini.

    Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipaparkan di atas hanyalah merupakan contoh semata-mata. Anda boleh menggunakan kreativiti anda dengan melakukan tokok tambah mengikut kesesuaian dalam situasi sebenar. Namun begitu, sekali lagi ingin ditegaskan, rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Pastikan murid terlibat sepenuhnya di dalam kelas. Pilih kaedah dan teknik yang sesuai dengan topik dan kemahiran yang hendak diajar. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada buku-buku pedagogi berkaitan.

    Khalifah merupakan seorang yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir

    urusan umat Islam berdasarkan panduan al-Quran dan al-Sunnah. Pelbagai cara perlantikan khalifah yang boleh dilaksanakan bagi menjamin

    seorang yang benar-benar berkelayakan dilantik. Terdapat empat orang Khulafa al-Rasyidin yang benar-benar memerintah

    mengikut petunjuk Rasulullah s.a.w., iaitu Khalifah Abu Bakar alSiddiq r.a., Umar bin al-Khattab r.a., Uthman bin Affan r.a., dan Ali bin Abi Talib r.a.

    Setiap Khulafa al-Rasyidin memberikan sumbangan yang sangat besar dan

    bermakna kepada kesejahteraan umat Islam dan keutuhan serta perkembangan agama Islam.

    AKTIVITI 9.1

    Selain daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Jadual 9.2,fikirkan kaedah lain yang boleh digunakan untuk pembelajaranpemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Kongsi bersama rakan sekelas.

  • TOPIK 9 PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN 219

    Majlis syura merupakan tradisi yang diamalkan oleh Khulafa al-Rasyidin bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam yang belum pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.

    Majlis syura merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan sesuatu

    permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam kerana ia mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri bagi menjamin keutuhan keputusan yang dicapai.

    Diwan

    Kharaj

    Khulafa al-Arbaah

    Majlis Syura

    Mushaf Uthman

    Pemilihan Khalifah

    Riddah

    Tahun Hijrah

    Tugas Khalifah

    Usyur

    AsSheikh Muhammad Yusof AlKandahlawi. (1993). Hayatus sahabah:

    Kehidupan para sahabat rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur: Darul Numan.

    Luqman Hakim. (1986). Kisah saiyidina uthman bin affan r.a. Singapura: Bismi Publishers.

    Mahayudin Haji Yahaya. (2000). Tamadun Islam. Selangor: ajar Bakti Sdn. Bhd.

    Muhd. Nur Iman. (1992). Kisah khalifah rasulullah s.a.w: Saiyidina ali bin abi thalib r.a. Kuala Lumpur: Darul Numan.