buku rasulullah dan khulafa idola umat sepanjang zaman

203
1 | Page  Judul: RASULULLAH & KHULAFA’ RASYIDIN  IDOLA UMAT SEPANJANG ZAMAN Penulis: DR. MOHD SUKKI OTHMAN

Upload: rahimisaad

Post on 03-Jun-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 1/203

1 | P a g e  

Judul:

RASULULLAH & KHULAFA’ RASYIDIN 

IDOLA UMAT SEPANJANG ZAMAN

Penulis:

DR. MOHD SUKKI OTHMAN

Page 2: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 2/203

2 | P a g e  

Kandungan uku

PrakataBAB 1 MUHAMMAD RASULULLAH SAW : SIRAH KEHIDUPAN

1.1 Diberi Nama ‟Muhammad‟ 1.2 Yatim Piatu1.3 Bekerja Menyara Kehidupan1.4 Kehidupan sebelum diutus menjadi Rasul1.5 Perkahwinan Nabi Muhammad1.6 Kerasulan1.7 Dakwah Secara Senyap1.8 Berdakwah Secara Terang-terangan1.9 Strategi Memulaukan Umat Islam1.10 Berhijrah ke Madinah al-Munawwarah1.11 Fathu Makkah (Pembukaan Kota Makkah)1.12 Hajjatul Wada‟ 1.13 Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

BAB 2 RASULULLAH SAW: IDOLA UMAT SEPANJANG ZAMAN

2.1 Bila Kenal Bertambah Kasih 2.2 Rahmat Rasulullah Pada Sekalian Alam 2.3 Kesabaran Rasulullah:  Suatu Tauladan Kepada Umat 

2.4 Rasulullah Mengambil Berat  Kebersihan Diri 2.5 Sikap Pemaaf dan Lemah-Lembut Rasulullah: Pemangkin Ke arahKecemerlangan Dakwah Islam

2.6 Rasulullah Amat Berpegang  Pada Janji 2.7 Gurauan Rasulullah

BAB 3 ABU BAKAR AL-SIDDIQ : IDOLA UMAT DALAM PERJUANGAN

3.1 MENGENALI SAIDINA ABU BAKAR: AKHLAK TERPUJI3.1.1 Biodata

3.1.2 Memeluk Islam3.1.3 Sifat Peribadi3.1.4 Cinta Kepada Kebenaran3.1.5 Iman Yang Tinggi3.1.6 Dermawan3.1.7 Berani3.1.8 Tegas

3.2 JASA SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ 

3.2.1 Sebab-sebab Berlakunya Gerakan Golongan Murtad

3.2.2 Peperangan al-Yamamah3.2.3 Pembukaan Wilayah Baharu pada Zaman Abu Bakar as-Siddiq

Page 3: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 3/203

3 | P a g e  

3.2.4 Sebab-sebab Pembukaan Wilayah Baharu3.2.5 Pembukaan Iraq3.2.6 Pembukaan Wilayah Syam3.2.7 Peperangan Yarmuk

3.3 KEWAFATAN SAIDINA ABU BAKAR

BAB 4 SAIDINA UMAR AL-KHATTAB: IDOLA UMAT DALAM KEPERWIRAAN

4.1 MENGENALI UMAR AL-KHATTAB : BIODATA4.2 SIFAT PERIBADI4.3 Wasiat Umar Kepada Saad Bin Abi Waqqas4.4 Kewibawaan Kepimpinan Khalifah „Umar  4.5 Keadilan „Umar al-Khattab4.6 Rasa Tanggungjawab Khalifah „Umar  

4.7 JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA UMAR 4.7.1 Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran4.7.2 Pembaharuan dalam bidang ekonomi4.7.3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial4.7.4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

4.8 Kewafatan

BAB 5 SAIDINA UTHMAN : IDOLA UMAT DALAM KEDERMAWANAN

5.1 RIWAYAT HIDUP SAIDINA UTHMAN B. „AFFAN 5.1.1 Pengislaman „Uthman 5.1.2 Perkahwinan „Uthman dengan Puteri Rasulullah 5.1.3 Kehidupan Saidina „Uthman Bersama Rasulullah 

5.2 KEPERIBADIAN SAIDINA UTHMAN 5.2.1 Seorang Dermawan5.2.2 Pujian Rasulullah Terhadap „Uthman 

5.3 KEPIMPINAN & SUMBANGAN SAIDINA UTHMAN 5.3.1 Khutbah Janji Setia

5.3.2 Perutusan Saidina „Uthman kepada Penjawat Awam dan Gabenor Wilayah5.3.3 Pemerintahan Saidina Uthman5.3.4 Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam

5.4 PERLUASAN WILAYAH ISLAM PADA ZAMAN PEMERINTAHAN SAIDINAUTHMAN 

5.4.1Pembukaan Wilayah Baharu5.4.2 Umat Islam dan Orang Parsi5.4.3 Hubungan Orang Islam dengan Orang Rom5.4.4 Cubaan Tentera Rom Kembali ke Mesir5.4.5 Pembukaan Wilayah Afrika Utara

5.4.6 Penubuhan Armada Tentera Laut Islam5.4.7 Pembinaan Kapal Perang

Page 4: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 4/203

4 | P a g e  

5.4.8 Pembukaan Kepulauan Cyprus (28 Hijrah)5.4.9 Peperangan Armada Laut (34 Hijrah)

5.5 MUSHAF UTHMANI 5.5.1 Tujuan Pengumpulan Mushaf Uthmani

5.6 KONFLIK DAN FITNAH YANG BERLAKU PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN 5.6.1 Abdullah bin Saba`5.6.2 Sikap Khalifah „Uthman Terhadap Fitnah yang Menimpanya 5.6.3 Peristiwa Pengepungan dan Pembunuhan Khalifah „Uthman 

BAB 6 SAIDINA ALI: IDOLA UMAT DALAM PENTADBIRAN

6.1 Mengenali Saidina Ali6.2 Teladan Unggul

6.3 Akhlak Saidina Ali6.4 Keistimewaan Saidina Ali6.5 Saidina Ali Sebagai Khalifah6.6 Pemerintahan Negara dan Pengukuhan Pembukaan Wilayah Baharu6.7 Konflik Pada Zaman Saidina Ali6.8 Kewafatan Saidina Ali

GlosariBibliografiIndeks

Page 5: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 5/203

5 | P a g e  

MUQADDIMAH

 أش أن  و ه ان  ا  هظ  ا  اي أر ر ى ود اق

 جو ا غو ا ىدأ  رو ه ا نأ شأو   كش   هو  ا إ إ 

 و

 صو

 آ

 و

 ا

 ال

 

 وام

 واة

 جده

 ق

 ا

 أف

 اى

 :

 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Solawat dan salam ke

atas nabi Junjungan, juga kepada keluarga serta sahabat baginda sekalian yang

menjadi contoh tauladan kepada umat sepanjang zaman.

Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam telah diutuskan

oleh Allah sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam. Allah Subhanahu Wa

Ta‟ala sendiri telah menyatakan dalam al-Quran Surah al- Anbiya‟ ayat 107: 

 

Maksudnya: „Tidak Kami (Allah) utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk

memberi rahmat kepada sekalian alam‟.

Sesuatu yang tidak diragukan lagi bahawa Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam telah diutus untuk memimpin ummah. Baginda merupakan contoh terbaik

Page 6: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 6/203

6 | P a g e  

yang bersifat universal iaitu keseluruhan hidup Junjungan dapat dijadikan ikutan

dan contoh di sepanjang zaman. Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta‟ala telah

menyatakan dalam al-Quran, Surah al-Ahzab ayat 21:

 

Maksudnya : „Sesungguhnya bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh

yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu‟.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam adalah merupakan pemimpin ummah

yang boleh diikuti dan dicontohi dalam segenap kehidupan; peribadi yang luhur dan

murni, seorang manusia yang sentiasa menyeru kepada jalan Allah dengan penuh

hikmah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan

amanah dan cekap, seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak

menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia,

seorang jiran yang memahami jirannya, dan lain-lain lagi. Jelasnya, kepemimpinan

Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.

Seterusnya, para sahabat baginda Sallallahu ‟Alayhi Wa Sallam tidak

ketinggalan untuk mengambil contoh kehidupan Rasulullah untuk dijadikan panduan

dalam menjalani kehidupan di atas dunia ini. Lalu, lahirlah tokoh hebat dalam

kalangan sahabat seumpama Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan sebagainya.

Page 7: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 7/203

7 | P a g e  

Ketokohan para sahabat nabi diteruskan pula oleh golongan Tabien serta

para ulama‟ salafussoleh. Mereka menjadikan kehidupan di atas dunia ini sebagai

asas untuk membina kecemerlangan di akhirat. Lalu lahirlah para pejuang yang

mendambakan diri pada ketaatan yang mutlak pada Allah dan RasulNya tanpa

mengharapkan sebarang balasan di dunia, tetapi semata-mata mencari keredhaan

 Allah yang Maha Esa.

Justeru, dalam buku ini, penulis memuatkan sirah kehidupan Rasulullah

sebagai asas perbincangan agar kehidupan nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam yang

dihiasi dengan akhlak yang terpuji dapat diteladani oleh generasi pada masa kini.

Sesungguhnya amat tidak „berbaloi‟ apabila umat Islam tidak mengenali Rasulullah

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam. Selain daripada sirah kehidupan nabi yang bermula

daripada kelahiran sehinggalah kewafatan baginda yang dibincangkan dengan

ringkas dan padat, penulis mendatangkan juga beberapa contoh akhlak nabi untuk

dihayati oleh pembaca.

Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan mengemukakan ketokohan

yang ada pada Khulafa‟ al-Rasyidin yang mewarisi akhlak nabi dalam kehidupan

mereka. Justeru, tidak hairanlah bagaimana mereka sanggup melakukan apa sahaja

demi memperoleh keredhaan Allah.

Tokoh-tokoh Khulafa‟ al-Rasyidin tersebut begitu komited dalam

memperteguhkan keimanan mereka kepada Allah dengan mencontohi perjuangan

Rasulullah saw.

Page 8: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 8/203

8 | P a g e  

Mereka tidak gentar walau apa jua badai, dan onak duri yang datang

melanda, sebaliknya keteguhan iman membuatkan mereka begitu cekal dan sabar

dalam menghadapi apa jua cabaran dan tribulasi. Di samping itu, mereka juga

berjaya menunjukkan akhlak terpuji. Matlamat mereka hanyalah satu iaitu mencari

keredhaan ilahi dan kebahagiaan yang hakiki. Tokoh-tokoh itu sewajarnya diteladani

oleh generasi kini kerana mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar

ke arah perkembangan dakwah Islam.

Sebenarnya bilangan tokoh yang hebat dan yang boleh dijadikan contoh

tauladan dalam kehidupan kita ini sangat ramai, namun buku kecil ini hanya sempat

menyusun beberapa orang tokoh sahaja daripada tokoh-tokoh yang ramai tersebut.

Insya Allah, tokoh-tokoh yang lain akan dibincangkan pada buku-buku keluaran akan

datang.

Moga kita dapat menghayati kisah-kisah dan perjuangan hidup Rasulullah

serta menghayati kehidupan para tokoh Khulafa‟ al-Rasyidin yang dimuatkan dalam

buku ini. Seterusnya diharapkan agar dapat diambil pengajaran dan pengiktibaran

daripada buku „Insan Terbilang Sepanjang Zaman‟ ini demi memperkukuhkan

keimanan, ketakwaan dan semangat juang yang berterusan untuk memperoleh

rahmat daripada Allah di dunia dan di akhirat.

Berbanyak kemaafan dipohon kepada pembaca sekalian sekiranya terdapat

sebarang kekurangan dan kelemahan dalam penyusunan buku ini. Diharap kritikan

dan teguran yang membina dapat diberikan oleh pembaca agar dapat diperbaiki isi

Page 9: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 9/203

9 | P a g e  

kandungan buku ini. Moga usaha kecil ini mendapat keredhaan Ilahi, Insya Allah.

Selamat Membaca!

Salam Dari Penulis,

Dr. Mohd Sukki Bin Othman (Ustaz Shauqi)

D‟Cempaka, 

Bandar Baru Bangi

www.ustazshauqi.com 

Page 10: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 10/203

10 | P a g e  

MUHAMMAD RASULULLAH SAW

Sirah Kehidupan

Nabi Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam adalah nabi dan rasul yang terakhir

yang diutuskan oleh Allah untuk seluruh umat Islam. Baginda diutus oleh Allah untuk

melengkapkan ajaran agama Islam yang dibawa oleh keseluruhan Nabi dan Rasul

sebelumnya. Nama penuh Rasulullah ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul

Mutalib bin Hashim bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka‟ab bin Lu‟ay bin Ghalib bin

Fihr bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin

Mudhar bin Nizar bin Ma‟ad bin Adnan. Keturunan baginda adalah dari susur galur

nabi Ismail bin Ibrahim a.s.

Dalam kebanyakan kitab sirah, dinyatakan bahawa Nabi Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah. Namun, menurut al-

Mubarakfuri dalam kitab al-Rahiq al-Makhtum, Baginda nabi Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam telah dilahirkan pada pagi hari Isnin bersamaan 9 Rabiulawal tahun pertama

selepas ‟peristiwa tentera bergajah‟ dan ianya bersamaan dengan 20 atau 22 April

tahun 571 Masihi. (sila rujuk al-Rahiq al-Makhtum oleh al-Mubarakfuri, terbitan Darul

Fikr, Beirut tahun 1991, halaman 45 ).

Kelahiran nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam telah dikaitkan dengan Tahun

Gajah ekoran sebelum kelahiran nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam, telah berlaku

peristiwa yang sangat besar iaitu tentera bergajah pimpinan Abrahah telah berusaha

Page 11: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 11/203

11 | P a g e  

untuk meruntuhkan kaabah. Bala tentera Abrahah yang menunggang gajah telah

menuju ke Makkah dengan tujuan untuk meruntuhkan kaabah.

Namun begitu, apabila menghampiri Makkah, gajah-gajah tentera Abrahah

enggan memasuki Makkah. Sehubungan dengan itu, dipaksa juga gajah itu untuk

memasuki Makkah, namun ia masih enggan. Akhirnya, Allah mengirimkan satu bala

tentera burung yang melontarkan batu dari neraka ke atas tentera Abrahah itu

sehingga kesemuanya mati. Kulit mereka terbakar dan melecur. Kisah ini ada

diceritakan dalam al-Qur`an, iaitu dalam surah al-Fil , ayat 1-5:

 

 

 

 

 

Maksudnya: ”Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah

bertindak terhadap tentera bergajah1, Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya

mereka (untuk menghancurkan ka'bah) itu sia-sia, Dan Dia mengirimkan kepada

mereka burung yang berbondong-bondong, Yang melempari mereka dengan batu

(berasal) dari tanah yang terbakar, Lalu dia menjadikan mereka seperti daun-daun

yang dimakan (ulat )”. 

1

  yang dimaksud dengan tentera bergajah ialah tentera yang dipimpin oleh Abrahah Gabenor Yaman yanghendak menghancurkan Ka'bah. Sebelum masuk ke kota Makkah tentera tersebut diserang burung-burung yang

melempari mereka dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah.

Page 12: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 12/203

12 | P a g e  

Diberi Nama ’Muhammad’ 

 Abdul Mutalib sangat gembira dengan kelahiran cucunya Muhammad Bin Abdullah,

bahkan seluruh Bani Hashim turut bergembira dengan kelahiran bayi ini sehingga

ayah saudara bayi ini, iaitu Abu Lahab membebaskan seorang hamba miliknya yang

bernama Thuwaybah. Thuwaybah inilah yang menyusukan bayi tadi.

 Abdul Mutalib menamakan bayi itu dengan nama Muhammad yang

bermaksud ‟yang terpuji‟. Nama ini jarang digunakan oleh orang Arab pada masa itu.

 Apabila ditanya mengapa beliau menamakan cucunya sebagai Muhammad, maka

 Abdul Mutalib menjawab; “Aku mahu cucuku ini dipuji oleh penduduk langit dan

bumi”. 

 Yatim Piatu

Nabi Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam lahir dalam keadaan yatim. Hal ini

kerana bapa nabi iaitu Abdullah telah meninggal dunia sedangkan pada ketika itu

nabi baharu sahaja berada dalam kandungan ibunya selama dua bulan. Apabila

baginda berumur enam tahun, ibunya Aminah membawa baginda pergi ke Yathrib

untuk menziarahi kubur ayahnya.

Dalam perjalanan pulang, ibunya ditimpa sakit lalu meninggal dunia di satu

tempat yang bernama al-Abwa`  yang terletak di antara Makkah dengan Madinah.

Lantaran itu, baginda menjadi anak yatim piatu meskipun ketika itu baginda masih

Page 13: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 13/203

13 | P a g e  

memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Namun begitu, Allah Maha

Mengetahui bahawa sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.

Selepas kematian ibunya, nabi Muhammad dipelihara pula oleh datuknya,

 Abdul Mutalib. Namun begitu, penjagaan Abdul Mutalib terhadap cucunya,

Muhammad tidak lama. Selepas dua tahun kematian Aminah, datuk nabi

Muhammad pula yang meninggal dunia.

Oleh itu, baginda sangat bersedih setelah kehilangan semua orang yang

dikasihinya. Selepas kematian datuknya, baginda dijaga pula oleh oleh ayah

saudaranya, Abu Talib. Abu Talib bukanlah seorang yang kaya. Malahan, beliau

mempunyai ramai anak. Akan tetapi, beliau seorang yang pengasih dan penyayang,

lebih-lebih lagi terhadap anak saudaranya, Muhammad.

Bekerja Menyara Kehidupan

Nabi Muhammad tidak mahu ditanggung kehidupannya oleh Abu Talib tanpa

baginda sendiri membantu ayah saudaranya itu. Oleh itu, baginda berusaha

mengembala kambing bagi menampung kehidupan sehariannya. Mengembala

kambing merupakan pekerjaan yang sesuai dengan umurnya pada waktu itu.

Malahan, kerja mengembala kambing merupakan kerja kebanyakan para nabi.

Ketika umur nabi Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam menjangkau 12

tahun, baginda telah mengikuti rombongan Abu Talib berdagang ke Syam2. Dalam

2 Syam merangkumi Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan. Namun, pusatnya ialah Damsyik.

Page 14: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 14/203

14 | P a g e  

perjalanan ke Syam iaitu apabila sampai di Busra, berlaku suatu peristiwa yang pelik

iaitu seorang pendita agama (Buhaira) dapat mengenali tanda-tanda kenabian yang

sudah ada pada Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam.

Pendita ini tidak pernah menghiraukan sesiapa sahaja yang lalu-lalang di

hadapan tempat ibadatnya. Namun begitu, apabila rombongan nabi sampai, pendita

Buhaira ini keluar buat kali pertamanya untuk meraikan rombongan pedagang itu.

Pendita itu bertanya pada Abu Talib, “Siapa budak lelaki ini?”. “Anak saudara

saya”, jawab Abu Talib. “Saya rasa, dia ini anak yatim”, kata Buhaira. “Betul, Cuma

saya amat menyayanginya macam anak sendiri”, jawab Abu Talib. Lalu Buhaira

terus berkata pada Abu Talib, “Bawa budak ini (Muhammad) pulang segera kerana

ada perkara besar akan berlaku!. Berhati-hatilah dengan kaum Yahudi. Kalau

mereka tahu tentang perkara ini nescaya anak saudara tuan akan ditimpa bahaya”.

Lantas Abu Talib pun segera kembali ke Makkah dan membawa Muhammad

pulang..

Kehidupan sebelum diutus menjadi Rasul

Kehidupan baginda sebelum diutus menjadi rasul adalah sangat baik dan bahagia.

Baginda disegani oleh penduduk Makkah kerana sifat-sifat mulia dan akhlak tinggi

yang terdapat pada baginda. Keunggulan keperibadian dan ketinggian akhlak nabi

Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam diakui oleh kaumnya sendiri iaitu kaum

Quraisy sehingga baginda diberi gelaran ‟al- Amin‟ yang bermaksud ‟jujur dan

Page 15: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 15/203

15 | P a g e  

amanah‟ sewaktu baginda berusia 35 tahun (Sila rujuk 121 Sifat Utama Nabi oleh

Safwan Fathy, terbitan Persatuan Ulama‟ Malaysia tahun 1992, halaman 2 ).

Ekoran akhlak mulia yang dimiliki nabi, maka baginda sentiasa memainkan

peranan penting dalam menyelesaikan permasalahan dan pertelingkahan yang

wujud dalam kalangan masyarakat Arab pada ketika itu. Sebagai contohnya ialah

pertelingkahan dalam meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya.

Peristiwa ini berlaku apabila Ka‟bah ditimpa banjir yang menyebabkan

rosaknya dinding kaabah. Pada ketika itu, nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam belum

dilantik menadi rasul, iaitu ketika itu Rasulullah berusia sekitar 35 tahun (sila rujuk

Fiqh al-Sirah al-Nabawiah oleh Muhammad Said Ramadhan al-Buti ).

Banjir yang telah merosakkan dinding Ka‟bah itu menyebabkan kaum

Qurasyh dan para kabilahnya mahu membina semula Ka‟bah yang rosak tadi. Nabi

sendiri terlibat dalam pembinaan semula Ka‟bah dengan menolong untuk

mengangkat batu serta meninggikan kedudukan asal Ka‟bah.

Setelah kaabah berjaya disiapkan pembinaannya, para pemimpin kabilah

 Arab bertelagah sesama sendiri dalam hal siapakah yang patut meletakkan batu

Hajarul Aswad   di tempatnya?. Pertelagahan ini hampir-hampir menyebabkan

mereka ingin berperang sesama sendiri.

 Akibat timbul rasa takut maka Abu „Umayyah bin al-Mughirah mencadangkan

agar mereka bermesyuarat. Mereka bersetuju bahawa sesiapa yang mula-mula

Page 16: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 16/203

16 | P a g e  

masuk ke kawasan Ka‟bah maka orang itulah yang akan meletakkan batu Hajarul

 Aswad . Akhirnya, mereka mendapati bahawa nabi Muhammadlah orang yang mula-

mula masuk ke Ka‟bah. Lantaran itu, mereka sangat bersetuju agar nabi Muhammad

sendiri meletakkan batu tersebut di tempat asalnya.

Perkahwinan Nabi Muhammad

Khadijah binti Khuwaylid al-`Asadiyah merupakan wanita mulia, cantik, dan kaya.

Beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali. Selepas kematian suaminya yang

kedua, beliau berniat untuk tidak berkahwin lagi. Beliau mahu menumpukan urusan

perniagaannya sahaja.

Namun begitu, apabila Khadijah berurusan dengan nabi Muhammad dalam

hal perniagaan, Khadijah berasa tertarik hati dengan akhlak dan budi pekerti

baginda dan berhajat untuk berkahwin dengannya. Rasulullah berkahwin dengan

Khadijah ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berumur 40 tahun.

Nabi Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam dan isterinya, Khadijah hidup

dalam keadaan rukun damai selama hampir 25 tahun. Selama tempoh itu, mereka

dikurniakan beberapa anak termasuk dua lelaki yang bernama al-Qasim dan

„Abdullah.

Namun begitu, kedua-duanya telah meninggal dunia sebelum nabi dilantik

menjadi rasul. Anak yang lain pula ialah anak perempuan iaitu Zainab yang

berkahwin dengan Abu al-„As, Ruqayyah dan Ummu Kalthum yang pernah

Page 17: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 17/203

17 | P a g e  

berkahwin dengan „Uthman bin „Affan serta Fatimah yang pernah berkahwin dengan

„Ali bin Abu Talib. 

Kerasulan

Tidak lama sebelum baginda dipilih menjadi Rasul, baginda dapat merasakan

semangat untuk beribadat. Baginda sering mengasingkan diri ke sebuah gua yang

bernama Gua Hira'. Pada suatu ketika, sewaktu baginda sedang berada di gua

tersebut, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu yang pertama kepadanya.

Peristiwa ini terjadi pada hari Isnin 17 Ramadan bersamaan dengan 8 Ogos

610 Masihi. Ketika itu baginda berumur 40 tahun. Wahyu pertama yang diajar oleh

Malaikat Jibril ialah permulaan surah Al-Alaq. Setelah menerima wahyu, bermulalah

perjuangan baginda untuk menegakkan agama Allah.

Dakwah Secara Senyap

Sesungguhnya, nabi Muhammad amat tahu tentang perangai dan sikap orang

Quraysh Makkah, khususnya para pembesar mereka. Bukan senang untuk

berdakwah kepada mereka. Mereka ini merupakan bangsa yang keras kepala dan

degil sehingga sanggup berbunuhan.

Oleh itu, pada awal dakwah, baginda mengajak orang Makkah menganut

Islam secara senyap-senyap. Baginda mengajak kaum kerabatnya dahulu serta

Page 18: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 18/203

18 | P a g e  

rakan taulan yang rapat. Ramai juga yang memeluk Islam yang terdiri daripada

golongan kanak-kanak, hamba, dan fakir miskin.

Isteri baginda, Khadijah merupakan orang yang pertama menerima dakwah

baginda, iaitu Islam. Kemudian, Ali bin Abu Talib mengikut jejak langkah Khadijah.

Ketika itu, Ali berumur sepuluh tahun. Selepas Ali, Zayd bin Harithah, pembantu nabi

pula yang memeluk Islam. Seterusnya diikuti oleh Abu Bakar bin Abu Quhafah.

Saidina Abu Bakar merupakan seorang yang baik hati dan dihormati oleh

penduduk Makkah. Melalui beliaulah, beberapa sahabat utama nabi berjaya

diislamkan. Antaranya ialah „Uthman bin „Affan, az-Zubayr bin „Awwam, Abdur

Rahman bin „Auf, Sa‟ad bin Abu Waqas, dan Talhah bin „Ubaydillah. Selepas itu,

beberapa kumpulan lain turut serta memeluk Islam.

 Antaranya ialah Abu „Ubaydah al-Jarrah, Abu Salamah, „Ubaydah al-Harith,

Fatimah al-Khattab, dan „A`isyah binti Abu Bakar. Nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam

mengadakan pertemuan dengan orang Islam untuk menyampaikan ayat-ayat al-

Qur`an kepada mereka di rumah al-`Arqam bin Abu al-`Arqam selama tiga tahun.

Namun begitu, lama kelamaan, dakwah secara senyap ini dapat juga diketahui oleh

kaum Qurasyh Makkah.

Berdakwah Secara Terang-terangan

 Allah Ta‟ala memerintahkan agar nabi Muhammad berdakwah secara terang-

terangan melalui ayat 94, surah al-Hijr dan ayat 214-216, surah as-Syu‟ara`.

Page 19: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 19/203

19 | P a g e  

 

Maksudnya: ”Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang

diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang yang musyrik”. (al-Hijr, 94). 

 

Maksudnya: ”Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, Dan

rendahkanlah dirimu terhadap orang yang mengikutimu, iaitu orang yang beriman.

Jika mereka menderhakaimu maka katakanlah: "Sesungguhnya Aku tidak

bertanggung jawab terhadap apa yang kamu kerjakan". (al-Syu‟ara, 214-216). 

Demi mematuhi arahan Allah ini maka baginda mula berdakwah secara

terang-terangan. Lalu, kaum Quraisy Makkah bangun menentang dakwah Islam

baginda. Antara ketua mereka yang kuat menentang ajaran Rasulullah Sallallahu

„Alayhi Wa Sallam pada ketika itu ialah Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan.

Mereka dan para penyokong mereka giat melakukan pelbagai rancangan

untuk mengekang dan menentang ajaran yang dibawa oleh baginda. Antara gerakan

Page 20: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 20/203

20 | P a g e  

penentangan yang dilakukan ialah melakukan pemulauan terhadap golongan yang

memeluk Islam ini serta melakukan pelbagai kekejaman terhadap mereka.

Strategi Memulaukan Umat Islam

Penduduk Quraysh Makkah membuat pelbagai cara dan strategi untuk menyakiti

dan menyiksa umat Islam. Namun begitu, mereka gagal melemahkan semangat dan

keimanan umat Islam Makkah pada masa itu. Kemudian, kaum Quraisy membuat

cara lain dengan memujuk baginda secara lembut. Antaranya, mereka menawarkan

hadiah, duit, dan pangkat kepada nabi. Tetapi nabi enggan. Malahan, nabi

Muhammad semakin bersemangat untuk berdakwah kepada penduduk Makkah.

Selepasa gagal memujuk nabi dengan kekayaan harta benda, kaum Qurasyh

cuba menggunakan Abu Talib sebagai orang tengah. Lalu, Abu Talib memujuk nabi

agar tidak mempersendakan berhala-berhala orang Jahiliah serta meninggalkan

dakwah Islamnya. Nabi Muhammad menjawab bahawa sekiranya matahari dan

bulan ada di tangan kanan dan kirinya pun dia tetap akan terus berdakwah.

Mendengar jawapan tersebut maka Abu Talib mengatakan agar nabi Muhammad

terus berdakwah dengan caranya itu.

Setelah beberapa cara untuk menghalang nabi berdakwah gagal maka

penduduk Makkah membuat cara lain, iaitu dengan memulaukan umat Islam

Makkah. Antara cara pemulauan ini ialah mereka langsung tidak berhubungan

dengan golongan yang dipulau, tidak membenarkan anak mereka berkahwin dengan

mereka serta tidak berurusan dalam perniagaan jual beli.

Page 21: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 21/203

21 | P a g e  

Penduduk Makkah menulis perihal dan butiran pemulauan ini dalam satu

dokumen rasmi yang digantung di Ka‟bah agar orang ramai mematuhi arahan

tersebut. Pemulauan ini berlaku selama tiga tahun. Namun begitu, orang Islam tetap

bersabar dan terus menyokong dakwah nabi Muhammad.

Berhijrah ke Madinah al-Munawwarah

Penghijrahan ke Madinah dilakukan setelah mendapat arahan daripada Allah

Subhanahu Wa Ta‟ala. Peristiwa Hijrah nabi ini merupakan satu peristiwa yang

sangat terancang dan dilakukan dengan penuh berhati-hati. Nabi Muhammad dan

 Abu Bakar bersembunyi di gua Thur selama tiga hari. Setelah keadaan reda mereka

berdua memulakan perjalanan menuju ke Yathrib.

Dalam pada itu, penduduk Makkah menawarkan ganjaran tinggi bagi sesiapa

yang berjaya menangkap nabi sama ada hidup ataupun mati. Sesiapa yang dapat

menangkapnya akan menerima hadiah sebanyak 100 ekor unta. Tetapi Allah

menyelamatkan mereka berdua.

Sesungguhnya, peristiwa hijrah atau perpindahan nabi ke Madinah ini

merupakan satu peristiwa yang paling sejarah. Peristiwa inilah yang menyebabkan

khalifah „Umar al-Khattab menjadikannya sebagai permulaan tahun Hijrah3. Selepas

itu, Islam mula menjadi kuat dan gemilang.

3 Penggunaan Takwim Hijrah yang digunakan pada masa sekarang telah bermula pada tahun ke 17 Hijrah, iaitu

 pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Penetapan permulaan tarikh bagi Takwim Hijriyah ini,diambil sempena peristiwa penghijrahan Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wa Sallam yang bermula pada tanggal 2

Rabiulawal bersamaan 14 September 622 Masihi. Baginda sampai di Quba' pada tanggal 8 Rabiulawal

Page 22: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 22/203

22 | P a g e  

Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda apabila sampai di Madinah

ialah mendirikan masjid. Ia didirikan sebagai lambang perpaduan umat Islam.

Seterusnya baginda Sallallahu „Alayhi Wa Sallam juga mempersaudarakan antara

golongan Muhajirin dan Ansar.

Orang Ansar amat mengalu-alukan kedatangan orang Muhajirin. Mereka

saling membantu antara satu sama lain. Sesungguhnya, penyatuan kedua-dua

golongan ini adalah sesuatu yang sangat berharga serta dapat memberikan

kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan misi dakwah di jalan Allah.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam telah membentuk sebuah negara

Islam di Madinah dan baginda sendiri menjadi ketua negara Islam yang pertama.

Sepanjang tempoh tersebut, baginda banyak melalui halangan untuk

memperjuangkan dan menyebarkan agama Islam. Baginda terpaksa berperang

untuk melawan ancaman musuh-musuh Islam dan memelihara kesucian Islam.

 Antara peperangan yang berlaku pada zaman baginda ialah Perang Badar,

Perang Uhud, Perang Khaibar, perang Khandaq dan lain-lain. Agama Islam

berkembang pesat di Madinah di bawah pemerintahan baginda. Selepas melalui

banyak saat-saat manis dan pahit dikota Madinah, baginda dapat kembali ke

Makkah apabila berjaya ‟membuka‟ kota Makkah. Peristiwa ini dikenali sebagai

”Fathu Makkah”.

 bersamaan 20 September 622 Masihi pada hari Isnin. Jika dihitungkan kembali, maka 1 Muharram bagi tahun pertama Hijrah jatuh pada 16 Julai 622 Masihi iaitu pada hari Jumaat berdasarkan kiraan rukyah.

Page 23: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 23/203

23 | P a g e  

Fathu Makkah  (Pembukaan Kota Makkah)

Orang Quraysh berpegang pada janji yang dibuat dengan orang Islam selama

beberapa tahun. Oleh itu, Rasulullah dan para pengikutnya mahu menunaikan

umrah yang tertangguh pada tahun ketujuh Hijrah. Namun begitu, seperti lazimnya,

orang Quraysh suka mengkhianati perjanjian itu.

Hal ini berlaku apabila Banu Bakar cuba memusuhi kabilah Khuza‟ah yang

taat setia pada perjanjian nabi. Lantaran itu, baginda pun memberikan bantuan

kepada kabilah Khuza‟ah. Oleh itu, nabi dan para tentera Islam membuat persiapan

untuk menyerang kota Makkah.

 Apabila Abu Sufyan selaku ketua pemimpin Makkah tahu akan kesilapan

besar orang Quraysh ini maka beliau berjumpa nabi di Madinah. Beliau mahu

memperbaharui perjanjian tadi. Namun begitu, baginda enggan membuat perjanjian

baharu. Oleh itu, pada permulaan minggu kedua bulan Ramadan tahun kelapan

Hijrah, Rasulullah dan bala tentera Islam seramai 10,000 orang menuju ke Makkah.

 Abu Sufyan sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Cuma, beliau tidak tahu

bila serangan akan bermula.

Pada suatu malam, Abu Sufyan ternampak jamung api tentera Islam yang

banyak sehingga beliau berasa takut. Rasa gementar beliau telah diketahui oleh

„Abbas bin Abdul Mutalib yang sememangnya telah memeluk Islam. „Abbaslah yang

memberitahu Abu Sufyan bahawa tentera Islam telah mara ke kota Makkah. Apabila

keadaan ini berlaku maka Abu Sufyan terus memeluk Islam.

Page 24: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 24/203

24 | P a g e  

Dalam hal ini, Rasulullah memberikan penghormatan yang istimewa kepada

 Abu Sufyan berdasarkan cadangan „Abbas. Baginda berkata bahawa sesiapa yang

memasuki rumah Abu Sufyan maka mereka akan selamat. Sesiapa juga yang

menutup pintu rumahnya juga akan selamat. Malahan, sesiapa sahaja yang

memasuki Masjidil Haram juga akan berasa tenteram dan selamat.

 Akhirnya, baginda dan tentera Islam dapat memasuki kota Makkah tanpa

berlaku peperangan. Kota Makkahlah kota paling suci di sisi Islam. Di situlah ramai

kaum kerabat nabi yang tinggal. Nabi berpesan kepada para pengikutnya agar tidak

membunuh orang melainkan jika mereka cuba dibunuh. Sesungguhnya, nabi

Muhammad dapat memasuki Makkah tanpa masalah besar melainkan sedikit

perundingan yang dijalankan bersama dengan kumpulah serpihan Khalid al-Walid.

Tetapi perundingan itu berjaya diselesaikan di satu tempat bernama Khandamah.

Selain itu, „Amru al-„As juga memeluk Islam. Kemudian, nabi Muhammad

memaafkan semua kesalahan orang kafir yang menyakiti dan memusuhinya.

 Akhirnya, mereka semua dibebaskan. Itulah contoh mulia nabi Muhammad yang

amat dihormati oleh seluruh bangsa Arab pada masa itu.

Hajjatul Wada’ 

Hajjatul Wada‟ atau Haji perpisahan berlaku pada tahun kesepuluh hijrah. Haji

tersebut dinamakan Haji Perpisahan kerana Rasulullah wafat tidak berapa lama

Page 25: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 25/203

25 | P a g e  

selepas menunaikan haji tersebut. Haji tersebut dinamakan juga sebagai Haji

Dakwah kerana dalam haji tersebutlah baginda menyampaikan dakwah terakhirnya

kepada seluruh umat Islam.

Haji merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang diwajibkan kepada

setiap umat Islam yang berkemampuan. Sebelum itu, iaitu selepas pulang daripada

peperangan Tabuk, Rasulullah telah mengarahkan Abu Bakar as-Siddiq untuk

mengetuai rombongan haji. Hal ini kerana Baginda terlau sibuk melayan tetamu dari

serata tanah Arab yang mahu berjumpa nabi dan memeluk Islam. Nabi pula akan

mengirimi seorang guru agama untuk setiap rombongan tadi bagi mengajar ilmu

agama untuk mereka.

Oleh yang demikian, selepas Islam tersebar ke seluruh Arab, nabi

Muhammad pun bersiap sedia untuk menunaikan haji. Justeru, baginda keluar dari

Madinah pada 25 Zulkaedah tahun sepuluh Hijrah untuk menunaikan haji dan

umrah. Baginda berniat atau berihram haji dan umrah di satu tempat yang bernama

Zulhulayfah. Pemergian nabi ini disertai oleh 100,000 umat Islam.

Dalam khutbah hajinya, Rasulullah menyeru umat Islam agar mematuhi

arahan dan ajaran Islam. Baginda juga menyebut bahawa umat Islam tidak boleh

membunuh sesama mereka. Malahan umat Islam perlulah amanah dalam segala

pekerjaan dan perbuataan mereka. Selain itu, baginda berpesan agar umat Islam

 juga tidak boleh menzalimi orang lain.

Page 26: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 26/203

26 | P a g e  

Di samping itu, Rasulullah juga berkhutbah agar umat Islam mematuhi syari‟at

Islam dan meninggalkan amalan syirik dan perbuatan buruk yang pernah mereka

lakukan. Malahan, segala perkara yang diharamkan Islam juga ada diterangkan oleh

baginda.

Pesanan terakhir nabi, baginda berpesan dengan seruan yang sangat

terkenal iaitu: “Aku tinggalkan, buat kamu, dua perkara yang kalau kamu berpegang

teguh pada kedua-duanya kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Dua

perkara tersebut ialah al-Qur`an dan Sunnahku (al-Hadith)”. 

Setelah selesai menunaikan ibadat haji tersebut, baginda pulang ke Madinah

dalam keadaan tenang dan berpuas hati. Baginda telah bersiap sedia untuk

menemui Allah Ta‟ala kerana telah berjaya menunaiklan tanggungjawabnya.

Kewafatan Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad mula berasa uzur apabila baginda baru pulang daripada

menunaikan Haji Perpisahan, iaitu lebih kurang dua bulan selepas itu. Peristiwa ini

berlaku pada akhir bulan Safar, tahun kesebelas Hijrah. Ketika itu, baginda mula

mengadu sakit kepala.

Pada mulanya, baginda masih lagi mampu untuk menanggung keuzurannya

itu. Baginda masih boleh menjadi imam solat. Namun begitu, apabila penyakit

Page 27: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 27/203

27 | P a g e  

semakin teruk, baginda tidak mampu untuk keluar lagi. Justeru, baginda

mengarahkan Abu Bakar as-Siddiq menjadi imam solat.

 Akhirnya, pada subuh Isnin, 12 Rabi‟ulawal tahun kesebelas Hijrah, baginda

Rasulullah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dan wafat.

Page 28: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 28/203

28 | P a g e  

RASULULLAH SAW:

Bila Kenal Bertambah Kasih

Semua umat Islam mengetahui bahawa Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam

merupakan insan yang mulia dan dimuliakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta‟ala.

Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menceritakan tentang Rasulullah

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam, seperti dalam ayat 128 Surah al-Taubah, ayat 164

surah Ali 'Imran, Surah al-Jumu'ah ayat 2, Surah al-Baqarah ayat 151, Surah al-Nisa'

ayat 80, Surah al-Anbiya' ayat 107 dan banyak lagi.

Surah al-Taubah ayat 128:

 

Maksudnya: ”Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari

golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam), yang

menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu,

yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan

perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman”. 

Surah Ali 'Imran ayat 164:

Page 29: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 29/203

29 | P a g e  

 

Maksudnya: ”Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang

yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul

daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah

(kandungan Al-Quran Yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan

membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah

(Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum

Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu

adalah dalam kesesatan yang nyata”. 

Surah al-Jumu'ah ayat 2:

 

Page 30: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 30/203

30 | P a g e  

Maksudnya: ”Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang (Arab) yang

Ummiyyin (buta huruf), seorang Rasul (Nabi Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa 

Sallam) daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-

ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan

membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab

 Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-

hukum Syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi

Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. 

Surah al-Baqarah ayat 151:

 

Maksudnya: ”(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu),

samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari

kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada

kamu, dan membersihkan kamu (daripada amalan syirik dan maksiat), dan yang

mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan

mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui”. 

Page 31: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 31/203

31 | P a g e  

Surah al-Nisa' ayat 80:

 

Maksudnya: ”Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah

taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau

berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi

pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)”. 

 Apabila al-Quran banyak menyentuh tentang Rasulullah, ini menggambarkan

betapa hebatnya insan yang mulia ini. Namun, berapa ramaikah umat Islam dalam

masyarakat kita yang benar-benar mengenali Rasulullah?

Saban tahun majlis sambutan maulidurrasul biasanya akan disambut dengan

begitu meriah dengan selawat ke atas nabi secara beramai-ramai, majlis berzanji,

mengadakan jamuan makan dan sebagainya. Namun, secara sedar atau pun tidak,

di sebalik kehangatan sambutan tersebut, berapa ramaikah yang benar-benar

mengenali Rasulullah?

Berapa ramaikah juga yang memahami isi kandungan berzanji yang

dialunkan dengan begitu merdu yang menceritakan tentang kehidupan nabi itu?

Sedangkan umat Islam mengetahui bahawa dengan kelahiran Rasulullah ke atas

dunia ini, ia membawa sejuta rahmat kepada umat manusia keseluruhannya.

Page 32: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 32/203

32 | P a g e  

 Allah Subhanahu Wa Ta‟ala sendiri telah menyatakan dalam al-Quran Surah

al- Anbiya‟ ayat 107: 

 

Maksudnya: „Tidak Kami (Allah) utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk

memberi rahmat kepada sekalian alam‟.

Sesuatu yang tidak diragukan lagi bahawa Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam telah diutus untuk memimpin ummah. Baginda merupakan contoh terbaik

yang bersifat universal iaitu keseluruhan hidup Junjungan dapat dijadikan ikutan

dan contoh di sepanjang zaman. Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Ta‟ala telah

menyatakan dalam al-Quran, Surah al-Ahzab ayat 21:

 

Maksudnya : „Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling

baik untuk (menjadi ikutan) kamu‟.

Page 33: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 33/203

33 | P a g e  

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam adalah merupakan pemimpin ummah

yang boleh diikuti dan dicontohi dalam segenap kehidupan; peribadi yang luhur dan

murni, seorang manusia yang sentiasa menyeru kepada jalan Allah dengan penuh

hikmah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan

amanah dan cekap, seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak

menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia,

seorang jiran yang memahami jirannya, dan lain-lain lagi. Jelasnya, kepemimpinan

Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.

Di samping memiliki akhlak dan keperibadian yang tinggi, Rasulullah

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam juga merupakan seorang insan yang mempunyai

perawakan yang menarik dan cantik. Walaupun rupa paras bukanlah menjadi suatu

tuntutan untuk diikuti dan diteladani kerana ia merupakan anugerah Allah

Subhanahu Wa Ta‟ala secara khusus kepada setiap makhlukNya, namun apabila

dapat mengenali perawakan seseorang, maka akan bertambah rasa kasih dan dekat

padanya. Justeru, pepatah Melayu telah menyatakan 'Tak kenal, maka tak cinta'.

Mengenali perawakan Rasulullah juga akan menghindarkan diri daripada

tertipu dengan mainan dan tipu daya syaitan. Pernahkah kita mendengar ada orang

berkata bahawa dia bermimpi bertemu Rasulullah? Memang bermimpi bertemu

dengan Rasulullah merupakan sesuatu yang istimewa. Menurut para ulama',

terdapat tiga kategori bagi mimpi iaitu:

  Mimpi baik daripada Allah

  Mimpi buruk daripada syaitan

Page 34: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 34/203

34 | P a g e  

  Mimpi yang terjadi hasil fikiran yang menghantui diri mengenai sesuatu

perkara.

Bermimpi bertemu Rasulullah termasuk dalam kategori yang pertama iaitu

mimpi baik daripada Allah. Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam bersabda dalam

sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: Sesiapa yang

melihatku di dalam mimpi, maka sesungguhnya benarlah dia melihat diriku kerana

syaitan tidak dapat menyerupaiku'.

Namun, sesuatu yang harus diberi perhatian ialah walaupun syaitan tidak

boleh menyerupai Rasulullah, tetapi ia boleh menyerupai manusia lain seperti Abu

Jahal, Abu Lahab dan sebagainya, dan mendakwa sebagai Rasulullah. Justeru,

untuk mengatasi masalah ditipu dan diperdaya oleh syaitan, maka umat Islam perlu

mengenali perawakan dan rupa bentuk Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam. 

Imam Abu 'Isa Muhammad Ibn Isa al-Tirmidhi telah menyatakan bahawa

adalah di luar kemampuan manusia untuk melukis gambaran mengenai rupa bentuk

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam. Namun begitu, para sahabat yang amat

kasih dan cinta kepada Rasulullah telah sedaya upaya menggambarkan kepada kita

tentang perawakan Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam ini. Imam al -Qurtubi

menyatakan bahawa keseluruhan kekacakan Rasulullah tidaklah dizahirkan,

sekiranya dizahirkan manusia tidak dapat menoleh sedikit pandangan pun ke arah

baginda.

Page 35: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 35/203

35 | P a g e  

Telah dinyatakan dalam kitab al-Syifa Bita'rif Huquq al-Mustafa oleh al-Qadi

'Iyad al-Andalusi bahawa terdapat hadis-hadis dan athar-athar sahih yang banyak

didatangkan oleh para sahabat tentang perawakan nabi Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam. Antara sahabat yang menceritakan tentang rupa bentuk Rasulullah ialah Ali

Bin Abu Talib, Anas Bin Malik, Abu Hurairah, al-Barra' Bin 'Azib, Aisyah Ummul

mukminin, Ibnu Abbas, Abu Tufail dan lain-lain lagi.

 Antara gambaran Rasulullah yang telah dinyatakan oleh para sahabat ialah

kulitnya yang putih, mata yang cantik, rambut yang lebat, wajah yang bersinar, bulu

kening halus memanjang hingga ke penghujung mata, hidung yang mancung,

 janggut yang tebal hingga ke dada, dada yang bidang, sederhana tinggi iaitu tidak

terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, apabila bercakap seolah-olah cahaya keluar

dari gigi baginda dan lain-lain lagi (Sila rujuk kitab al-Syifa oleh al-Qadi 'Iyad, 1986,

cetakan Dar al-Faiha', Amman, juzuk 1 halaman 147-149).

 Al-Barra' Bin 'Azib berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa yang

terlebih tampan daripada Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam. Jabir pula telah

meriwayatkan bahawa pada suatu ketika semasa malam bulan purnama terang-

benderang, beliau melihat kepada wajah Rasulullah dan juga melihat ke arah bulan,

dan mengikut pandangannya wajah Rasulullah terlebih cantik dan berseri daripada

bulan dan cahayanya.

 Anas pernah berkata bahawa: 'Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam

tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah, dan warna wajah

Rasulullah tidaklah terlalu putih seumpama air kapur dan tidak pula pucat pudar

Page 36: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 36/203

36 | P a g e  

(warna kulit putih kemerahan), rambut Rasulullah tidaklah terlalu lurus dan tidak pula

terlalu kerinting (rambut ikal mayang)….dan uban yang ada pada rambut dan

 janggutnya tidak melebihi dua puluh helai'.

Manakala Saidina Ali pula ketika menceritakan perawakan Rasulullah

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam, beliau berkata: 'Rasulullah tidaklah tersangat tinggi

dan tidak juga tersangat rendah tetapi memiliki tubuh badan sederhana, rambut

baginda tidak terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi

berkeadaan berombak (ikal). Badannya tidak gemuk. Wajahnya tidak bulat tetapi

bujur. Warna wajah Rasulullah putih dengan sedikit kemerah-merahan. Matanya

tersangat hitam dan bulu keningnya panjang. Tulang-tulang sendi di badannya tebal

(besar)- (pergelangan tangan, siku, lutut). Bahagian di antara kedua-dua bahu

dipenuhi daging-daging (berisi).

Badan Rasulullah tidak berbulu di seluruh tubuh badan, walau bagaimanapun

terdapat suatu garisan bulu daripada dada terus ke pusat. Tangannya yang mulia

penuh dengan isi-isi daging. Apabila Rasulullah berjalan, baginda akan melangkah

ke hadapan dengan kukuhnya, seoalah-olah baginda berjalan menuruni tanah

curam, iaitu menuruni dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.

 Apabila baginda menumpukan perhatian kepada seseorang, baginda

melakukannya dengan seluruh jasadnya (memusingkan seluruh tubuh dan menoleh

mukanya). Di antara dua bahunya terdapat tanda kenabian. Pangkat kenabian

berakhir padanya. Baginda terlebih dermawan daripada segala makhluk dan paling

dipercayai percakapannya dan terlebih lembut hatinya daripada semua manusia.

Page 37: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 37/203

37 | P a g e  

Baginda adalah daripada golongan keluarga yang paling mulia'. (Sila rujuk kitab

Insan Teladan Sepanjang Zaman oleh Mufti Ahmed Ibrahim Bemat, 1996, cetakan

Dar al-Nu'man, halaman 10-11).

Kitab-kitab sirah juga menggambarkan Rasulullah sebagai insan yang paras

mukanya manis dan indah, tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan

bentuk kepala yang besar, berambut hitam antara keriting dan lurus. Dahinya

lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan bertaut, sepasang

matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya agak kemerah-merahan,

tampak lebih menarik dan kuat, pandangan matanya tajam, dengan bulu-mata

yang hitam pekat. Hidungnya halus dan merata dengan barisan gigi yang

bercelah-celah. Jambangnya lebar sekali, berleher panjang dan indah.

Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya terang

dan jernih dengan kedua telapak tangan dan kakinya yang tebal. Bila berjalan

badannya agak condong ke depan, melangkah cepat-cepat dan pasti. Air

mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran, pandangan matanya

menunjukkan kewibawaan, membuat orang patuh kepadanya.

Ringkasnya perawakan Rasulullah adalah seperti yang berikut:

  Seorang yang kacak.

  Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam jauh lebih cantik daripada sinaran

bulan, Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam juga seumpama matahari

yang bersinar.

Page 38: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 38/203

38 | P a g e  

  Apabila Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam berasa gembira, wajahnya

bercahaya seperti bulan purnama . Kali pertama memandangnya, sudah tentu

akan terpesona

  Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti

bulan purnama

  Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah

kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

  Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di

bahagian putih mata, luas kelopaknya.

  Hidungnya agak mancung

  Mulut baginda sederhana luas dan cantik

  Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

 Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

  Janggutnya penuh dan tebal menawan

  Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna

lehernya putih seperti perak yang sangat indah.

  Kepalanya besar tapi elok bentuknya

  Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal sehingga kadang-kala menyentuh

pangkal telinga dan kadang-kala mencecah bahu, namun ia disisir rapi.

Rambutnya juga terbelah di tengah

  Di tubuhnya tidak banyak bulu kecuali satu garisan bulu menganjur dari dada

ke pusat

  Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua

bahunya lebih daripada biasa. Kedudukan kedua-dua bahunya adalah

seimbang.

Page 39: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 39/203

39 | P a g e  

  Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan

tersusun dengan cantik. Tapak tangan Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam amat lembut

  Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

  Kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu

sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

  Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara

coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit Baginda putih

kemerah-merahan.

  Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

  Badannya tidak gemuk. Perutnya tidak buncit

  Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana

lagi kacak. Namun begitu, badannya cenderung kepada tinggi. Semasa

berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada

mereka

  Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat

daripada orang yang cukup makan.

Page 40: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 40/203

Page 41: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 41/203

41 | P a g e  

 Antara tanda-tanda rahmat dan belas kasihan nabi kepada umatnya ialah

baginda tidak sanggup memberatkan sesuatu amalan kepada umatnya,

sebagaimana sabda baginda: „Sekiranya tidak memberati umatku, nescaya aku

akan menyuruh mereka untuk bersiwak pada setiap kali hendak menunaikan solat

(pada riwayat yang lain: pada setiap kali berwuduk)‟.

Daripada hadis ini, menunjukkan bahawa Rasulullah ingin mewajibkan

bersiwak setiap kali hendak menunaikan solat, namun oleh kerana ia agak „berat‟

kepada umatnya, maka ia tidak diwajibkan. Begitu juga belas kasihannya Rasulullah

pada umatnya, baginda melarang mereka daripada berterusan bangun malam untuk

berqiamullail pada sepanjang malam dengan tidak menghiraukan keperluan dan

kesihatan tubuh badan, begitu juga dengan larangan berpuasa secara berterusan

sepanjang tahun.

Ketika golongan Thaqif di Ta‟if menolak mentah-mentah dakwah dan seruan

nabi kepada Islam, baginda tetap bersabar dan rahmat baginda kepada mereka

tetap terserlah. Puak Thaqif di Ta‟if bukan sahaja menolak dakwah nabi, bahkan

mereka juga bertindak secara kekerasan pada baginda.

Mereka mengarahkan hamba abdi, khadam dan budak-budak nakal Bani

Thaqif melontar baginda dengan anak-anak batu sehingga luka kedua-dua belah

kaki baginda. Zaid Bin al-Harithah yang mengiringi Rasulullah ke sana cuba

melindungi baginda daripada serangan dan lontaran budak-budak nakal itu sehingga

Page 42: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 42/203

42 | P a g e  

luka beberapa tempat di kepalanya. (Rujuk Fiqh al-Sirah, oleh Syeikh Dr Said

Ramadhan al-Buti ).

Dalam suasana yang getir itu, Rasulullah terus bersabar dan menadah

tangan berdoa pada Allah:

اإشأض او    و  ر أ  حاا  رأ    اس

إ

 

 

 إ

 ر

 أو

 ا

 إن

 أي

 

 و

 إ

 أم

 

 ك

 

و أ   ك شأ يا كجو  وصأوع  .أذ ر  اظت

أ  ك   وأ  ـزل  ك واخة,  أن   اض  او

 إ

 ة

 و

 ل

 

Maksudnya: ”Ya Allah, kepada Engkau aku mengadu keda‟ifan tenagaku dan kurang

bicaraku, kehinaanku di mata ramai. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Dikaulah

Tuhan bagi golongan yang lemah, Dikaulah Tuhanku, kepada siapakah Dikau akan

serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru

yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang kemurkaan Mu

ke atasku, maka tidak akan ku pedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Mu lebih

luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya zat Mu yang menyinari segala

kegelapan dan yang memberi manfaat dunia dan akhirat, aku berlindung daripada

kemarahan dan kemurkaan Mu ke atasku. Dikau sahaja yang menegur sepuasnya.

Page 43: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 43/203

43 | P a g e  

Dan tidak ada helah bicara dan daya upaya (kekuatan) kecuali dengan apa yang

diberikan oleh Mu, Ya Allah”. 

Setelah itu, malaikat Jibril datang kepada Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam dan menyatakan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta‟ala telah mendengar

setiap perkataan puak yang menolak seruanmu serta tindakan mereka terhadapmu.

 Allah mengutuskan malaikat penjaga gunung untuk kau, dan suruhlah dia buat apa

sahaja yang engkau mahu.

Lalu malaikat penjaga gunung itu pun datang dan memberi salam kepada

Rasulullah dan berkata, „aku ini malaikat segala gunung diutus oleh Tuhanmu dan

perintahkanlah apa sahaja terhadapku apa yang engkau kehendaki. Sekiranya

engkau mahu, aku akan menghempap bukit al-Akhsyabin ke atas mereka!.

Jawab Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam: „Bahkan apa yang aku mahu

ialah moga Allah mengeluarkan daripada sulbi mereka (anak cucu mereka)

golongan yang mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, dan tidak

mensyirikkanNya dengan sesuatu‟. (Sila rujuk kitab Muhammad al-Insan al-Kamil,

oleh al-Sayyid Muhammad Bin al-Sayyid „Alawi al -Maliki ).

Begitulah hebatnya sifat rahmat yang ada dalam diri Rasulullah sehingga

baginda tetap mengharapkan kebaikan akan wujud daripada golongan yang jelas

menentang baginda.

Page 44: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 44/203

44 | P a g e  

Di antara rahmat Nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam juga kepada golongan

kafir ialah permohnan nabi agar tidak disegerakan azab oleh Allah kepada mereka

semasa di dunia ini sebagaimana azab yang telah ditimpakan kepada umat-umat

terdahulu yang kufur dan engkar dengan apa yang dibawa oleh para rasul kepada

mereka.

 Allah Subhanahu Wa Ta‟ala telah menceritakan di dalam al-Quran bagaimana

azab yang menimpa ke atas golongan tersebut di dunia ini lagi seumpama terhadap

kaum nabi Nuh, kaum „Ad dan Thamud, kaum nabi Lut dan kaum-kaum yang lain

akibat keengkaran dan kekufuran mereka.

 Apabila golongan kafir pun mendapat rahmat nabi, apatah lagi orang Islam

dan orang yang beriman kepada Allah. Tambahan daripada itu, sifat rahmat

Rasulullah terhadap keluarga juga amat terserlah. Aisyah isteri nabi telah ditanya

tentang apa yang dilakukan oleh baginda terhadap keluarganya ketika berada di

rumah. Lalu jawab Aisyah: „Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam meno long

keluarganya, apabila tiba waktu solat, baginda pun dengan bersegera pergi

menunaikannya‟. Dalam musnad Imam Ahmad, Aisyah telah menyatakan bahawa

nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam menjahit sendiri bajunya. 

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam juga mempunyai sifat rahmat dan

belas kasihan kepada kanak-kanak. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,

bahawa Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam mencium al-Hasan dan al-Husin

dengan penuh kasih sayang. Ketika itu al- Aqra‟ Bin Habis al-Tamimi memerhatikan

perbuatan baginda, lalu beliau berkata: „aku mempunyai sepuluh orang anak, dan

Page 45: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 45/203

45 | P a g e  

aku tidak pernah mencium walau seorang pun daripada mereka‟. Lalu Rasulullah

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam berkata kepadanya: „Sesiapa yang tidak mempunyai

sifat rahmat, dia tidak akan dirahmati‟. 

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam juga mempunyai sifat rahmat dan

belas kasihan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang sakit. Rasulullah

sentiasa memberikan makanan kepada golongan-golongan ini. Selain itu, Rasulullah

 juga tidak melepaskan peluang untuk menziarahi orang miskin, terutamanya orang

sakit dan orang yang meninggal dunia dalam kalangan mereka. Begitu juga,

Rasulullah amat prihatin terhadap kebajikan anak-anak yatim dan baginda

memerintahkan umat Islam agar berbuat baik kepada anak-anak yatim.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam  juga sangat mengambil berat

terhadap para sahabat baginda. Baginda akan turut berasa sedih apabila seseorang

sahabat mendapat kesusahan atau berada dalam kesedihan. Ketika nabi menziarahi

 jenazah Uthman Bin Maz‟un, baginda mencium di antara dua mata jenazah sambil

air mata baginda mengalir, sehingga Aisyah menyatakan bahawa aku nampak air

mata nabi mengalir di atas pipi Uthman. Begitulah sifat rahmat dan belas kasihan

yang ada pada diri Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam. 

Sifat rahmat Rasulullah bukan sahaja pada manusia, bahkan pada haiwan

dan binatang. Rasulullah berwasiat agar bersikap rahmat terhadap haiwan, dan

melarang daripada menyakiti haiwan dengan apa cara sekali pun. Rasulullah juga

melarang daripada sengaja duduk di atas tunggangan binatang dalam jangka waktu

yang panjang sekiranya tanpa sebarang keperluan.

Page 46: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 46/203

46 | P a g e  

Rasulullah bersabda yang bermaksud: „Tunggangilah ia (binatang) dengan

baik, dan tinggalkannya dengan baik, dan janganlah kamu menjadikannya sebagai

kerusi (tempat duduk) sedangkan kamu berbicara panjang di jalan dan di pasar,

mungkin yang ditunggang itu lebih baik dan lebih banyak mengingati Allah daripada

yang menunggang‟. (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Ya‟la dan al-Tabrani).

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari, nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam 

bersabda yang maksudnya: „seorang wanita masuk neraka hanya kerana seekor

kucing, beliau mengikat dan mengurungnya dan tidak melepaskannya untuk mencari

makanan untuk dimakan‟. Rasulullah juga melarang membunuh binatang dengan

tidak ada tujuan seperti membunuh burung dengan suka-suka bukan bertujuan

untuk makan. Sabda nabi bermaksud: „Sesiapa yang membunuh burung (dengan

suka-suka), pada hari Kiamat kelak, burung tersebut akan mengadu pada Allah

dengan katanya: Ya tuhan, sesungguhnya si fulan ini membunuhku dengan tanpa

tujuan dan tanpa sebarang manfaat‟ (Hadis riwayat Imam al-Nasa‟ei). 

Page 47: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 47/203

Page 48: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 48/203

48 | P a g e  

bintang dan sebagainya. Apabila Rasulullah memperkenalkan Islam, maka ia

menjadi suatu kejutan kepada masyarakat Jahiliah, lantas majoriti daripada mereka

menentang sekeras-kerasnya dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah itu.

Namun, berkat kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal yang dimiliki oleh

baginda, membawa kepada kekuatan menghadapi apa jua cabaran yang dihadapi.

Sabar merupakan teras utama dalam dakwah. Justeru Allah Subhanahu Wa

Ta‟ala telah memerintahkan agar bersifat sabar melalui wahyu yang disampaikan

oleh Allah di dalam al-Quran. Antaranya ialah firman Allah dalam al-Quran:

  Surah Yunus ayat 109 :

 

bermaksud: 'Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu, dan bersabarlah 

sehingga Allah menghukum kerana Dialah sebaik-baik Hakim'. 

  Surah Hud ayat 49:

Page 49: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 49/203

49 | P a g e  

 

bermaksud: '(Kisah Nuh) itulah dari perkara-perkara ghaib yang Kami wahyukan

kepadamu (wahai Muhammad), yang kamu dan kaummu tidak mengetahuinya

sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi

orang yang bertaqwa'.

  Surah Hud ayat 115:

 

bermaksud: 'Dan sabarlah, kerana sesungguhnya  Allah tidak akan menghilangkan

pahala orang yang berbuat kebaikan'.

  Surah al-Nahl ayat 127 :

 

bermaksud: 'Dan sabarlah; dan tiadalah kesabaranmu melainkan dengan

pertolongan Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka,

dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan'.

Page 50: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 50/203

50 | P a g e  

  Surah al-Kahf ayat 28:

 

bermaksud: 'Dan sabarkanlah  dirimu bersama orang yang menyeru Tuhan mereka

pada pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata'

  Surah al-Rum ayat 60:

 

bermaksud: 'Maka bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar' 

  Surah Luqman ayat 17:

 

 

bermaksud: '… dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang

demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya'

  Surah al-Ma'arij ayat 5:

Page 51: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 51/203

51 | P a g e  

 

bermaksud: 'Maka bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya'

  Surah al-Muddaththir ayat 7:

 

bermaksud: 'Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar  (terhadap

tentangan musuh)!' 

Bentuk-Bentuk Kesabaran Yang Ditonjolkan oleh Rasulullah

Setelah tiga tahun dakwah dilaksanakan secara sulit oleh Rasulullah, Allah

memerintahkan agar dakwah dilaksnakan secara terang-terangan. Dalam surah al-

Syu'ara' ayat 214 Allah berfirman:

 

yang bermaksud: 'Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu

yang dekat'.

Firman Allah yang lain dalam surah al-Hijr ayat 94:

Page 52: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 52/203

52 | P a g e  

 

bermaksud: 'Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan

kepadamu, dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrik

itu'.

Suatu hari, Rasulullah naik ke bukit Safa dengan berseru: "Wahai

masyarakat Quraisy. Lalu Mereka datang berduyun-duyun sambil bertanya-tanya,

"Ada apa?". Maka sabda baginda: "Bagaimana pendapat kamu sekalian sekiranya

aku khabarkan bahawa di belakang bukit ini ada pasukan berkuda. Percayakah

kamu?", "Ya" jawab mereka. "Engkau tidak pernah disangsikan. Belum pernah

kami melihat engkau berdusta."

Lalu Rasulullah menyatakan: "Aku mengingatkan kamu sekalian, sebelum

menghadapi siksa yang sungguh berat iaitu tiada sesuatu bahagian atau

keuntungan yang dapat kuberikan kepada kamu, selain kamu ucapkan: Tidak

ada tuhan selain Allah (lailahaillallah)."

Mendengarkan seruan Rasulullah itu, Abu Lahab bapa saudaranya terus

berdiri sambil meneriakkan: "Celaka kau hari ini!! Adakah untuk ini sahaja kau

kumpulkan kami?". Ekoran sikap Abu Lahab itu, turunlah wahyu Allah yang

bermaksud: "Celakalah kedua tangan Abu Lahab, dan celakalah ia. Tak ada

gunanya kekayaan dan usahanya itu. Api yang menjilat-jilat akan

menggulungnya".

Page 53: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 53/203

53 | P a g e  

 Abu Lahab dan musyrikin Quraisy yang lain terus menunjukkan sikap

penentangan dan permusuhan mereka terhadap dakwah yang disampaikan oleh

Rasulullah. Namun, kemarahan Abu Lahab dan sikap permusuhan kalangan Quraisy

itu langsung tidak mematahkan semangat dan kesabaran Rasulullah untuk terus

menyampaikan dakwah Islam.

Selain Abu Lahab, Abu Jahal merupakan antara orang yang begitu kuat

menunjukkan permusuhan dengan Rasulullah. Pada suatu hari, Abu Jahal bertemu

dengan nabi Muhammad berdekatan dengan bukit Safa, lalu dia terus mengeluarkan

kata-kata kesat, menghina, mencerca dan memaki-maki baginda. Namun,

Rasulullah tetap bersabar dan tidak melayan kata-kata penghinaan daripada Abu

Jahal itu.

Bapa saudara nabi iaitu Hamzah amat marah apabila mendengar berita

bahawa Abu Jahal telah mencerca Rasulullah. Lantas, sebaik sahaja pulang

daripada memburu, beliau terus mencari Abu Jahal.

Beliau berjumpa dengan Abu Jahal yang sedang duduk bersama pemimpin-

pemimpin Quraisy yang lain. Hamzah segera mendapatkan Abu Jahal dan terus

memukul kepala Abu Jahal dengan busar panah yang dibawanya sehingga kepala

 Abu Jahal berlumuran darah. Apabila melihat tindakan Hamzah itu, beberapa

pemimpin Quraisy daripada Bani Makhzum segera bangun untuk mempertahankan

 Abu Jahal.

Page 54: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 54/203

54 | P a g e  

 Akan tetapi, dengan lantang, Hamzah berkata: 'Siapakah yang berani

menghalang dan mencabarku? Telah jelas kepadaku bahawa Muhammad itu ialah

Rasulullah dan ajaran yang dibawanya adalah benar, Demi Allah aku menjadi

pengikut Muhammad, sekiranya kamu berani, halanglah aku!'. Abu Jahal

menenangkan rakan-rakannya sambil berkata: 'biar dia pergi, akulah yang

menyebabkan dia marah kerana perbuatanku menghina dan mencaci Muhammad

anak saudaranya'.

Begitulah kesabaran yang ditunjukkan oleh Rasulullah telah mendatangkan

kebaikan dan manfaat yang besar dalam dakwah Islam iaitu dengan pengislaman

Saidina Hamzah. Sikap Saidina Hamzah itu didorong oleh perasaan kasih dan cinta

terhadap kebenaran dakwah yang dibawa oleh Rasulullah.

 Abu Jahal tidak pernah serik untuk melakukan kezaliman terhadap

Rasulullah, dan dia berusaha dari semasa ke semasa untuk menyakiti nabi

Muhammad, namun baginda tetap sabar dan terus memperjuangkan dakwah Islam.

Pernah Abu Jahal memikul batu besar dengan tujuan untuk menghempapnya ke

atas Rasulullah ketika baginda sujud di dalam solatnya.

Ketika Abu Jahal menghampiri Rasulullah dengan batu besar yang dipikulnya,

tiba-tiba air mukanya berubah menjadi pucat dan takut dan dia terus membuangkan

batu yang dibawanya itu. Puak musyrikin Quraisy bertanyakan Abu Jahal,

mengapakah dia nampak pucat.

Page 55: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 55/203

55 | P a g e  

Lalu Abu Jahal menyatakan bahawa ketika dia menghampiri Rasulullah

dengan batu yang besar itu, dia dihalang dengan unta yang amat besar yang

hendak mencederakannya. Begitulah Allah menolong dan membantu Rasulullah

yang bersifat sabar dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Penentangan puak Quraisy terhadap Rasulullah dan umat Islam tidak

mematahkan semangat dan kesabaran yang dipamerkan oleh baginda dan para

sahabat. Ketika nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam  menunaikan solat di kaabah,

'Uqbah Bin Abi Mu'it datang mencekik baginda. Pada ketika yang lain pula, iaitu

ketika nabi Muhammad sedang sujud dalam solat, 'Uqbah Bin Abi Muit membawa

najis sembelihan unta dan melemparkannya ke atas belakang Rasulullah.

Rasulullah juga terpaksa menanggung pelbagai kejian dan maki hamun daripada

puak musyrikin Quraisy.

Penyiksaan demi penyiksaan yang dilakukan terhadap Rasulullah dan para

sahabat sedikit pun tidak melemahkan keimanan mereka, malahan mereka tetap

sabar. Begitu hebatnya penyiksaan yang dilakukan oleh puak musyrikin dapat

disaksikan melalui apa yang diceritakan oleh Imam Bukhari dari riwayat Khabbab bin

al-Arat:

'Aku datang menemui Rasulullah …lantas aku berkata: wahai Rasulullah,

kenapa engkau tidak pohon sahaja kepada Allah (untuk membantu kita)?, Rasulullah

lantas menyatakan: Sesungguhnya mereka yang terdahulu pernah diganyang

dengan pencakar-pencakar besi hingga ke tulang dan urat saraf mereka, namun

sedikit pun mereka tidak berganjak, dan ada pula mereka yang dibelah kepala

Page 56: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 56/203

56 | P a g e  

dengan gergaji, namun demikian mereka tetap sabar dan tidak berganjak daripada

kebenaran…'. 

Begitulah motivasi yang diberikan oleh Rasulullah kepada para sahabat untuk

terus bersabar dalam kebenaran walau apa pun cabaran dan dugaan yang

mendatang.

RASULULLAH SAW

Mengambil Berat Kebersihan Diri

Dalam surah al- Anbiya‟ ayat 107, Allah Subhanahu Wa Ta‟ala berfirman yang

bermaksud: „Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kecuali sebagai

pembawa rahmat kepada sekalian alam‟. Rahmat yang dibawa oleh Rasulullah

meliputi seluruh makhluk, dan sesiapa sahaja (termasuk orang bukan Islam) yang

mengambil pengajaran dan contoh daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah

daripada ajaran Islam yang suci murni itu, sudah tentu akan memperoleh rahmat

dan kebaikan.

Salah satu ajaran dan contoh tauladan yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu

„Alayhi Wa Sallam kepada kita semua ialah amalan menjaga serta memelihara

kebersihan diri. Rasulullah amat mengambil berat tentang penampilan dan

Page 57: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 57/203

57 | P a g e  

kebersihan diri. Rasulullah membasuh tangan sebelum dan selepas makan, serta

menggunakan siwak   (membersihkan mulut dan gigi) pada setiap keadaan dan

masa.

Begitu juga baginda memelihara kesihatan dan kebersihan diri dengan

membuang segala kekotoran di badan dan sentiasa berusaha agar sentiasa

kelihatan kemas dan bersih.

Justeru, baginda menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak

dan mencukur bulu ari-ari. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menegaskan bahawa

terdapat lima perkara fitrah yang perlu dilakukan iaitu berkhatan, memotong kuku,

mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, memendekkan misai dan

memanjangkan janggut.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam  sentiasa mengajar umatnya agar

sentiasa berada dalam keadaan bersih, dan melarang daripada kekotoran. Sabda

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh

Imam al-Tirmidhi maksudnya: Sesungguhnya Allah itu baik dan suka akan kebaikan,

bersih dan suka akan kebersihan, mulia dan suka akan kemuliaan...‟. 

Sesuatu yang jelas yang menunjukkan kebersihan pada diri baginda ialah bau

badan dan peluh baginda begitu wangi melebihi haruman amber   dan kasturi.

Haruman wangi dapat dihidu di sepanjang perjalanan yang telah dilalui oleh

Rasulullah. Walaupun wangian peluh dan badan nabi merupakan perkara khusus

yang dikurniakan Allah kepada nabi, namun ia juga secara langsung menunjukkan

Page 58: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 58/203

58 | P a g e  

bahawa Rasulullah begitu mengambil berat dalam menjaga kebersihan dan

menghindarkan diri dari segala kekotoran dan bauan yang tidak enak.

Rasulullah amat mengambil berat tentang kebersihan gigi dan bau mulut.

Oleh itu, dalam pelbagai situasi, Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam 

menggunakan siwak   bagi membersihkan gigi baginda, iaitu ketika hendak

mengerjakan solat, ketika berwuduk, ketika hendak tidur dan ketika bangun daripada

tidur. Bahkan Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam  menggesa umatnya untuk

bersiwak dengan sabda baginda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam

al-Nasaei yang bermaksud: „Amalan siwak   dapat membersihkan mulut serta

mendapat keredhaan Allah‟.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi Sallallahu

„Alayhi Wa Sallam bersabda yang bermaksud: „Sekiranya tidak memberati kepada

umatku, nescaya aku akan menyuruh mereka untuk ber siwak   setiap kali hendak

menunaikan solat (Dalam riwayat Bazzar dan Tabrani : aku akan mewajibkan siwak  

kepada mereka ketika hendak menunaikan solat seperti diwajibkan wuduk kepada

mereka).

Rasulullah merupakan penghulu segala nabi. Sehubungan dengan itu,

baginda merupakan makhluk Allah yang paling bersih sama ada pada tubuh badan,

pakaian, rumah dan sebagainya. Rasulullah juga memberikan perhatian terhadap

sesuatu situasi dalam mengenakan pakaian.

Page 59: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 59/203

59 | P a g e  

Contohnya, apabila menyambut mana-mana rombongan yang datang

berjumpa nabi, baginda akan memakai pakaian yang cantik bersesuaian dengan

majlis yang dihadiri. Begitu juga pakaian yang dipakai ketika keramaian seperti pada

hari raya, dan pada hari jumaat (Sila rujuk buku Muhammad al-Insan al-Kamil oleh

al-Sayyid Muhammad Bin al-Sayyid „Alawi al -Maliki ). Tambahan daripada itu,

Rasulullah juga melarang daripada melabuhkan pakaian sehingga meleret ke tanah

kerana ia boleh menyebabkan kekotoran melekat pada pakaian tersebut.

Kebersihan Rumah dan Masjid

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam bukan sahaja memberikan perhatian

kepada penampilan dan kebersihan diri, bahkan baginda amat mengambil berat

terhadap kebersihan persekitaran terutamanya kebersihan rumah dan masjid.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam menganjurkan kepada umatnya untuk

menjaga kebersihan di rumah kerana ia akan dapat memberikan keselesaan pada

kehidupan, dan seterusnya dapat melaksanakan ibadah kepada Allah dengan

selesa.

Sesuatu yang wajar diingatkan terutamanya kepada keluarga yang masih

mempunyai anak-anak kecil supaya mengambil berat soal kebersihan di dalam

rumah agar solat yang ditunaikan diterima oleh Allah. Kadang-kala terdapat ibu bapa

yang memandang ringan terhadap air kencing bayi yang terdapat di atas lantai

Page 60: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 60/203

60 | P a g e  

dengan tidak membersihkannya mengikut hukum syarak iaitu dengan cara dan

kaedah membersihkan najis mutawassitah4.

Natijahnya, apabila ibu atau bapa berwuduk dan melalui kawasan yang

bernajis itu (dengan cara yang tidak disedari), lalu berdiri di atas sejadah untuk

menunaikan solat, bukan sahaja sejadah itu bernajis, malahan solatnya itu pun tidak

sah dan tidak diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, setiap individu muslim tidak

sewajarnya memandang ringan terhadap memelihara kebersihan di rumah

sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam. 

 Apatah lagi di masjid, Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam amat menitik

beratkan kebersihan masjid dan Rasulullah amat gembira jika ada orang yang

secara sukarela menjaga kebersihan masjid. Pada zaman nabi, terdapat seseorang

yang ditugaskan untuk mewangikan masjid dengan wangi-wangian. Pahala yang

amat besar akan diperoleh sekiranya seseorang itu prihatin untuk membersihkan

masjid walau daripada kekotoran yang amat sedikit sekalipun.

Namun, sesuatu yang amat malang ialah apabila terdapat segelintir umat

Islam yang sepatutnya mencontohi nabi dalam soal kebersihan ini, tidak memelihara

kebersihan masjid dan kebersihan persekitaran dengan baik. Kadang-kala

kedapatan negara-negara barat dan negara-negara bukan Islam „lebih mencontohi

nabi‟ dalam menjaga kebersihan.

4  Najis mutawassitah ialah najis pertengahan iaitu di antara najis mukaffafah (ringan) dan najis mughalazah

(berat). Oleh itu, najis selain daripada najis mukhaffafah dan mughalazah, maka ia tergolong dalam kategorimutawassitah. Cara menyucikan najis mutawassitah ialah dengan cara membuang najis terlebih dahulu dan

diikuti dengan mengalirkan air atau membasuhnya sehingga bersih iaitu sehingga hilang bau, warna dan rasa.

Page 61: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 61/203

61 | P a g e  

Orang barat tahu di mana bakul sampah untuk dibuang sampah, akan tetapi

segelintir umat Islam yang mengaku sebagai umat nabi Muhammad masih tidak

mengenali bakul dan tong sampah, lalu membuang sampah di merata-rata tempat.

Bukan itu sahaja, terdapat pemandu dan penumpang kenderaan begitu bebas

membuang sampah di atas jalan raya ketika kenderaan sedang bergerak. Golongan

seumpama ini tidak wajar untuk mengaku diri sebagai umat nabi Muhammad!.

Jelasnya, Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam perlu dicontohi oleh setiap

individu muslim dalam menjaga kebersihan. Pastikan tubuh badan, pakaian, tempat

tinggal dan persekitaran bersih sebagaimana yang dilakukan dan dianjurkan oleh

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam.

SIKAP PEMAAF DAN

LEMAH-LEMBUT RASULULLAH:

Pemangkin Ke Arah

Kecemerlangan Dakwah Islam

Sikap pemaaf dan lemah-lembut (bersopan-santun) merupakan satu sikap yang

amat luhur dan murni serta memberikan banyak kebaikan. Tiada ruginya

memaafkan kesalahan orang lain walaupun nyata mereka bersalah. Namun, apabila

seseorang itu mempunyai hati yang keras dan penuh dendam, maka amat sukar

Page 62: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 62/203

62 | P a g e  

sekali untuk memaafkan orang lain. Contoh pemaaf dan lemah-lembut yang

dipamerkan oleh Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam merupakan suatu sifat

yang sepatutnya dicontohi oleh setiap generasi umat Islam.

Melatih diri untuk memiliki akhlak seumpama ini dapat dimulai dengan

menahan diri ketika marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara

sebelum bertindak. Ini kerana setiap manusia tidak pernah terpisah daripada

masalah dalam hidup, jika ia tidak membekalkan dirinya dengan akhlak ini, nescaya

ia akan gagal untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Hebatnya sifat lemah-lembut dapat dilihat melalui pujian Rasulullah terhadap

sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya: "Sesungguhnya pada dirimu ada

dua perangai yang dicintai Allah iaitu sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan

(tidak tergesa-gesa)." (Hadis Riwayat Muslim).

 Antara akhlak Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam yang hebat ialah

sifatnya yang lemah-lembut dan pemaaf. Selain daripada menunjukkan keperibadian

mulia dan kesopanan seseorang, sifat lemah-lembut dan pemaaf juga sebenarnya

dapat melunakkan hati yang keras, juga boleh menundukkan manusia yang kasar

dan akhirnya menimbulkan rasa hormat pada diri.

Sifat lemah-lembut dan pemaaf juga boleh menunjukkan dan menyatakan

pendirian yang tegas demi menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama

tidak bertolak ansur terhadap kemungkaran dan kekufuran. Allah Subhanahu Wa

Page 63: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 63/203

63 | P a g e  

Ta‟ala telah mengajar baginda Rasulullah untuk bersikap pemaaf dan berlembut

semasa berurusan dengan orang lain. Firman Allah dalam Surah Ali 'Imran ayat 159:

 

bermaksud: " Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah

(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada

mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi

keras hati, tentulah mereka lari dari sekelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka

(mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun

bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan

dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah

bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah,

Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadaNya". 

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam bersifat lemah-lembut dalam

pertuturan, pergaulan dan tindakan. Sifat mulia yang dipamerkan oleh Rasulullah ini

menyebabkan ramai golongan musyrikin tertarik kepada ajaran Islam. Orang yang

berhati keras dan menentang dakwah berubah menjadi seorang yang beriman dan

Page 64: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 64/203

64 | P a g e  

cinta kepada Allah dan RasulNya setelah mengenali peribadi luhur junjungan nabi

Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam ini. 

Pernah suatu ketika, seorang musyrik telah menghunuskan pedangnya

kepada Rasulullah seraya bertanya, 'siapakah yang dapat melindungi engkau

daripada aku membunuhmu sekarang?'. Lalu jawab Rasulullah, 'Allah yang

melindungi aku daripada sebarang tindakan jahat engkau'. Setelah mendengar

 jawapan Rasulullah itu, pedang yang berada pada tangan lelaki tersebut tiba-tiba

terjatuh menyebabkan lelaki tersebut tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Lantas Rasulullah mengambil pedang itu, seraya bertanya: 'siapakah pula

yang akan melindungi engkau?'. Lelaki itu sambil terketar-ketar menjawab,

'kemaafanmulah sahaja yang dapat melindungiku'. Setelah Rasulullah memaafkan

perbuatan lelaki itu dan melayannya dengan baik, maka lelaki tersebut begitu tertarik

dengan dengan sikap pemaaf dan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah, lantas

memeluk Islam.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam selalu memaafkan kesalahan yang

dilakukan terhadap baginda. Nabi Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam tidak

pernah menyimpan perasaan dendam kepada orang lain walaupun terhadap musuh

yang sentiasa menghalang dakwah baginda. Sebaliknya, baginda sentiasa berdoa

agar mereka dikurniakan hidayah untuk menerima ajaran Islam yang suci murni.

Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 199:

Page 65: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 65/203

65 | P a g e  

 

bermaksud: 'Jadilah engkau pemaaf dan serulah (manusia) mengerjakan yang

makruf (baik) dan berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.'

Ketika turun ayat tersebut, Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam bertanya

kepada Malaikat Jibril. ''Apakah maksud ayat ini, wahai Jibril?'' Jibril menjawab,

''Sesungguhnya Allah menyuruhmu memaafkan orang yang telah menzalimimu, dan

bersilaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu".

Ketika golongan Thaqif di Ta‟if menolak mentah-mentah dakwah dan seruan

nabi kepada Islam, baginda tetap bersabar dan menadah tangan berdoa pada Allah:

„Ya Allah, kepada Engkau aku mengadu keda‟ifan tenagaku…..' (Rujuk Fiqh al-Sirah,

oleh Syeikh Dr Said Ramadhan al-Buti ).

Dalam pada itu, Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam  juga berdoa agar

generasi mereka menerima hidayah Islam dengan sabda baginda: „Bahkan apa

yang aku mahu ialah moga Allah mengeluarkan daripada sulbi mereka (anak cucu

mereka) golongan yang mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, dan tidak

mensyirikkanNya dengan sesuatu‟. (Sila rujuk kitab Muhammad al-Insan al-Kamil,

oleh al-Sayyid Muhammad Bin al-Sayyid „Alawi al -Maliki ).

Pada hari pembukaan Kota Makkah, Abu Sufyan memeluk Islam bersama

isterinya Hindun Binti 'Utbah. Walaupun pasangan suami isteri ini pernah menjadi

Page 66: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 66/203

66 | P a g e  

penentang dakwah Islam dengan begitu kuat, namun Rasulullah Sallallahu „Alayhi

Wa Sallam menerima keIslaman mereka serta memaafkan perbuatan mereka

bersama orang Quraisy yang lain.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam telah mengisytiharkan pengampunan

beramai-ramai kepada musyrikin Makkah yang pernah memusuhi baginda.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam berkata pada hari pembukaan kota Makkah:

'Apakah yang kamu sangka aku akan lakukan terhadap kamu sekarang ini?'. Mereka

menjawab, 'kami bersangka baik terhadap tuan, engkau orang yang mulia dan

putera kepada orang yang mulia'. Lalu Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam

bersabda: "Pergilah…kamu semua dibebaskan!". 

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam juga telah memaafkan Hubur bin

 Aswad, seorang yang terkenal memusuhi Islam dan banyak menyakiti hati kaum

Muslimin. Bahkan dia juga pernah menyakiti puteri Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam yang bernama Zainab iaitu apabila unta yang dinaiki oleh Zainab dalam

perjalanan ke Madinah telah dipanah oleh Hubur sehingga menyebabkan unta itu

 jatuh lalu mati. Zainab yang pada ketika itu sedang mengandung terhumban dari

atas unta menyebabkannya keguguran.

Namun setelah itu, iaitu pada peristiwa pembukaan kota Makkah, Rasulullah

memaafkan Hubur apabila beliau menemui Rasulullah untuk memohon maaf

daripada baginda dan seterusnya menjadi pengikut agama Islam. Begitulah

hebatnya akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam. 

Page 67: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 67/203

67 | P a g e  

Firman Allah Subhanahu Wa Ta‟ala dalam Surah al-Syura ayat 43:

 

Maksudnya : " Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan

(kesalahan orang terhadapnya), Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari

perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)".

Firman Allah lagi dalam surah Ali 'Imran ayat 133-134:

 

 

bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk

mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang

bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang

bertaqwa; Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,

dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan

orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara yang

baik".

Page 68: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 68/203

68 | P a g e  

RASULULLAH SAW

Amat Berpegang Pada Janji

Berpegang kepada janji merupakan suatu sifat terpuji yang ada pada diri Rasulullah

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam. Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam amat

mengambil berat dalam sebarang janji yang telah dibuat, dan baginda akan

Page 69: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 69/203

69 | P a g e  

menunaikan janji tersebut. Ini selaras dengan ajaran Islam yang mengutamakan sifat

menunaikan janji dan mencela sifat memungkiri janji. Menepati janji itu adalah

tuntutan syara„, sebagaimana Allah Subhanahu Wa Ta‟ala berfirman dalam Surah

al-Isra' ayat 34

 

bermaksud:“ Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia),

sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”. 

 Antara contoh yang dapat disaksikan dengan begitu jelas bahawa nabi

Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam berpegang pada janji adalah seperti yang

berlaku pada Perjanjian Hudaibiah yang berlaku di antara Rasulullah dan golongan

musyrikin Makkah. Perjanjian Hudaibiah ialah perjanjian damai yg dimeterai di

antara Rasulullah dan musyrikin Quraisy yang membawa kepada gencatan senjata.

Ia berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah dan dimeterai di suatu tempat

yang bernama „hudaibiah‟. 

 Antara syarat yang dimeterai dalam Perjanjian Hudaibiah ialah sesiapa yang

masuk Islam selepas termeterainya Perjanjian Hudaibiah lalu datang ke Madinah

tanpa keizinan pihak musyrikin Makkah, maka orang Islam tersebut hendaklah

dikembalikan kepada golongan musyrikin Makkah. Akan tetapi, apabila orang Islam

dari Madinah yang murtad dan lari ke Makkah, maka golongan musyrikin Makkah

tidak akan mengembalikannya kepada Rasulullah di Madinah. Walaupun perjanjian

Page 70: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 70/203

70 | P a g e  

ini seolahnya 'berat sebelah' dan lebih memihak kepada puak musyrikin, namun nabi

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam menerima perjanjian ini demi maslahat umat Islam

pada masa hadapan.

 Apabila Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam pulang ke Madinah setelah

termeterainya Perjanjian Hudaibiah, baginda didatangi oleh Abu Basir ('Utbah Bin

Usaid) yang memeluk Islam dan lari daripada Makkah tanpa keizinan daripada

kaumnya. Lalu al-Akhfasy Bin Syariq dan Azhar Bin Abd 'Auf al-Zuhri telah menulis

surat kepada Rasulullah memberitahu tentang kedatangan Abu Basir ke Madinah

tanpa keizinan dan mengingatkan Rasulullah tentang janji yang telah dibuat untuk

mengembalikan ke Makkah sesiapa sahaja yang masuk Islam dan lari ke Madinah.

Surat yang ditulis itu dibawa ke Madinah oleh Khunais Bin Jabir al-'Amiriy dan

bersamanya seorang budak yang bernama Kauthar. Apabila utusan dari Makkah itu

berjumpa dengan Rasulullah, maka baginda pun menyuruh Abu Basir pulang ke

Makkah bersama utusan tersebut sebagai menunaikan janji yang telah dibuat

dengan pihak musyrikin Makkah di Hudaibiah.

 Apabila Abu Basir diserahkan kepada utusan musyrikin itu, beliau pun merayu

kepada Rasulullah dengan berkata: 'Wahai Rasulullah, apakah engkau sanggup

menyerahkan aku kepada golongan musyrikin yang akan memberi siksaan

kepadaku apabila aku berpegang teguh dengan ajaran Islam?.

Lalu jawab Rasulullah: 'Wahai Abu Basir, sebagaimana yang engkau ketahui,

kita telah pun membuat perjanjian dengan mereka dan pengkhianatan terhadap

Page 71: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 71/203

71 | P a g e  

sesuatu perjanjian adalah tidak dibenarkan di dalam agama kita. Semoga Allah

memberikan kelapangan dan jalan keluar yang selamat kepada engkau dan orang

Islam yang bersama engkau". (Sila rujuk buku Akhlak al-Mustafa wa Shama'iluhu

karangan Hilmi Abdul Fattah Mansur ,terbitan Darul Ibda', Amman, tahun 1992,

halaman 60 ).

Setelah itu, Abu Basir pun berangkat bersama utusan Musyrikin (al-'Amiriy

dan Kauthar) itu untuk ke Makkah. Apabila sampai di Zulhulaifah, mereka pun

singgah di situ untuk menikmati makan tengahari. Pada ketika itu, Abu Basir dapat

melepaskan diri serta berjaya membunuh al-'Amiriy, dan Kauthar terus melarikan

diri. Tanpa berlengah lagi, Abu Basir telah menunggang unta al-'Amiriy dan pergi

bertemu Rasulullah di Madinah. Abu Basir berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya

engkau telah menunaikan janji dengan menyerahkan aku kepada pihak musuh...dan

aku juga terpaksa berlawan dengan mereka demi mempertahankan agamaku".

Rasulullah memuji Abu Basir dengan semangat dan kekentalan yang

dimilikinya dalam mepertahankan akidah. Ini juga bermakna doa nabi kepadanya

agar Allah menunjukkan kelapangan dan jalan keluar telah terhasil. Lalu baginda

berkata kepada Abu Basir: 'Pergilah engkau ke mana sahaja yang engkau

kehendaki'.

Begitulah hebatnya Rasulullah dalam berpegang kepada janji. Baginda

sanggup menyerahkan seorang yang memeluk Islam untuk balik kepada golongan

musyrikin semata-mata untuk menegakkan kesucian ajaran Islam yang suci murni

yang bebas daripada sifat tercela iaitu memungkiri janji. Namun begitu, Rasulullah

Page 72: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 72/203

72 | P a g e  

tetap yakin bahawa ada hikmah disebalik penyerahan Abu Basir kepada golongan

musyrikin Makkah kerana Allah tidak akan mensia-siakan umat Islam yang

berpegang pada janji dan yang menunaikan perintahNya.

Dalam peristiwa Pembukaan Kota Makkah pula, iaitu ketika Rasulullah

berbai'ah dengan penduduk Makkah di Bukit Safa, golongan Ansar berasa gusar

dan bimbang sekiranya Rasulullah akan terus tinggal di Makkah tempat tumpah

darahnya, dan meninggalkan Madinah, apatah lagi penduduk Makkah kini sudah

menerima Islam. Apabila Rasulullah menyedari kebimbangan yang berlaku dalam

kalangan orang Ansar, baginda terus bertemu dengan mereka untuk

mengisytiharkan janji yang tetap akan dipenuhi dan seterusnya dapat

menghilangkan kegusaran yang bertapak di hati sanubari golongan Ansar.

Baginda berkata: 'Aku hamba Allah dan rasulNya, aku berhijrah kerana Allah

dan rasulNya, dan hidup matiku tetap akan bersama kamu semua'. Ucapan nabi ini

menunjukkan bahawa baginda tetap berpegang pada janji yang telah dibuat dengan

golongan Ansar pada Perjanjian Aqabah yang telah dimeterai bersama sebelum

hijrah ke Madinah untuk bersama-sama dalam apa jua keadaan, sama ada dalam

keadaan senang mahu pun susah.

Itulah janji. Ia merupakan sesuatu yang mesti dipenuhi. Rasulullah Sallallahu

„Alayhi Wa Sallam telah menunjukkan contoh dan teladan bagaimana janji itu mesti

dipenuhi sama ada janji kepada sesama muslim mahu pun janji kepada golongan

bukan Islam. Mungkir janji atau sengaja tidak mahu menyempurnakan janji akan

Page 73: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 73/203

73 | P a g e  

mendapat dosa dan balasan siksa di akhirat, malahan orang seperti itu telah

dikategorikan dalam golongan yang beramal dengan sifat-sifat orang munafik.

Sifat orang munafiq ini telah ditegaskan oleh Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim:

ن

 

من خ ا اؤ   

ف

 

 أخ ع

 

ا

 

ب و

 

ث ك

 

 ح ذ ث : 

 

ق

 

ة الم

 

آ

 

Bermaksud: “ Dari tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga iaitu jika dia bercakap dia

berbohong, jika dia berjanji dia mengingkari janji dan jika diamanahkan dia khianat”. 

Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyaran dan memerintahkan

agar menunaikan janji. Antaranya ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat

177:

 

Bermaksud: ' ...dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka

berjanji.....Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan mengerjakan

kebajikan dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa'.

Page 74: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 74/203

74 | P a g e  

al-Ma'idah ayat 1:

 

Bermaksud: " Wahai orang yang beriman, tunaikanlah janji-janji itu..." .

al-An'am ayat 152:

 

Bermaksud: 'dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan.

Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat

(mematuhiNya)'.

al-Nahl ayat 91:

 

Bermaksud: 'Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah

apabila kamu berjanji'.

Page 75: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 75/203

75 | P a g e  

al-Fath ayat 10:

 

Bermaksud: 'Sesungguhnya orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu

(Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya

memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka

memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak

menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya

menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya

kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar .'

Menurut Dr. Said Ramadhan al-Buti dalam bukunya 'fiqh al-sirah' , Islam

bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah sahaja, sebaliknya keislaman

seseorang itu adalah dengan suatu pegangan yang teguh, mendalam serta

menyeluruh, disusuli pula dengan perjanjian agar segala tingkah laku dan kehidupan

seharian mengikut acuan Islam.

Justeru, apabila seseorang itu berjanji, dia mesti mempastikan agar dia

menunaikan janji tersebut. Jangan lagi mencari helah untuk memungkiri janji, kelak

Page 76: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 76/203

76 | P a g e  

hidup tidak diberkati. Seorang pelajar wajib menunaikan janji terhadap diri sendiri

dan keluarga dengan menumpukan perhatian dalam pelajaran demi kejayaan dan

kecemerlangan yang diimpikan terhasil.

Seorang anak pula wajib menunaikan janji kepada ibu bapa dengan berusaha

menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia. Seorang suami wajib menunaikan

 janji terhadap isteri dan keluarga dengan memimpin bahtera rumahtangga ke arah

yang diredhai oleh Allah. Seorang isteri pula wajib menunaikan janji kepada suami

dengan melaksanakan ketaatan dalam perkara-perkara yang bukan maksiat.

Seorang rakan wajib menunaikan janji kepada sahabat-sahabatnya demi

kasih sayang dan silaturrahim yang akan terus terjalin. Pemimpin wajib menunaikan

 janji yang dibuatnya kepada masyarakat dan rakyat semasa proses pemilihan dan

pilihanraya. Pendek kata, setiap orang mempunyai janji, dan setiap orang juga wajib

untuk menunaikan janji. Janganlah menabur janji-janji kosong, kerana ia akan

membawa implikasi yang buruk di dunia mahu pun di akhirat.

GURAUAN RASULULLAH:

Penghibur Di Kala Duka

Gurauan merupakan suatu perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Hidup

dirasakan bertambah ceria dan bererti apabila terdapatnya gurauan yang

menyenangkan hati dan perasaan. Akan tetapi sekiranya gurauan dilakukan dengan

secara melampau dan berlebihan, maka bukan keceriaan yang diperoleh, sebaliknya

Page 77: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 77/203

77 | P a g e  

kekusutan, dendam dan pelbagai perkara negatif lain yang akan hadir dalam

kehidupan.

Bagaimana pula dengan insan agung iaitu Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam? Apakah baginda pernah bergurau dalam melayari kehidupan di atas dunia

ini, atau baginda bersikap serius dalam segenap perkara?

Sebenarnya, apabila diteliti dalam sirah nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam,

didapati bahawa Rasulullah sendiri pernah bergurau dengan para sahabat dan juga

bergurau dengan isteri-isteri baginda. Malahan, gurauan nabi Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam telah menceriakan suasana kehidupan dalam rumahtangga baginda dan

mengeratkan lagi persaudaraan dengan para sahabat.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam juga sentiasa membuatkan ahli

keluarganya ceria ketika baginda berada di rumah. Hal yang demikian berlaku

kerana Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam berjaya menghidupkan suasana

yang harmoni dalam rumah dengan sesuatu yang menghiburkan.

 Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam merupakan orang yang paling menyenangkan bagi isteri-isteri baginda

dengan gurauan yang menghiburkan. Aisyah pula berkata bahawa Rasulullah

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam ketika berada bersama dengan keluarga di rumah,

baginda merupakan seorang yang boleh membuatkan seseorang itu tersenyum dan

ketawa.

Page 78: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 78/203

Page 79: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 79/203

79 | P a g e  

seharusnya menjadi ‟penambah perisa‟ dalam pergaulan, bukannya dijadikan ‟bahan

utama‟.

Terdapat juga golongan yang sanggup melakukan apa sahaja demi

membuatkan orang lain ketawa terbahak-bahak walaupun terpaksa melakukan

perkara yang bercanggah dengan hukum syarak dan berlawanan dengan ajaran

Islam yang suci murni. Untuk tujuan itu, terdapat lelaki yang dengan sengaja

berperwatakan wanita semata-mata untuk membuatkan orang lain ketawa.

Hal ini amat tidak sesuai dan sudah tentu bercanggah dengan hukum Islam

kerana Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa Allah melaknat seseorang lelaki

yang meniru perwatakan wanita, dan wanita yang meniru perwatakan lelaki.

Oleh itu, setiap umat Islam wajar mencontohi Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam dalam mengutarakan gurau senda agar gurauan yang dilakukan itu dapat

memberi kebaikan kepada semua. Antara gambaran gurauan yang diucapkan oleh

Rasulullah semasa hayat baginda adalah seperti yang berikut:

Pada suatu hari, datang emak saudara nabi iaitu Sofiyyah Binti Abdul

Muttalib, lalu memohon agar Rasulullah mendoakan baginya syurga. Rasulullah

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam pun berkata kepada ibu saudaranya itu bahawa orang

tua tidak masuk syurga. Ibu saudaranya pun menangis kerana disangkakan bahawa

beliau tidak layak untuk masuk ke syurga.

Page 80: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 80/203

80 | P a g e  

Lalu nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam pun menyatakan maksud sebenar

daripada gurauannya tadi iaitu penghuni syurga semuanya akan dijadikan muda-

muda belaka, maka sudah tentu tiada lagi orang tua di dalam syurga.

Daripada Zaid Bin Muslim menyatakan bahawa terdapat seorang wanita yang

dikenali sebagai Ummu Aiman telah datang kepada Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam dan memberitahu baginda bahawa suaminya menjemput baginda untuk ke

rumahnya. Lalu Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam pun bertanya kepada

wanita tersebut dengan sabda baginda yang bermaksud, 'siapakah suami awak itu?,

apakah kedua-dua matanya berwarna putih?'.

Lalu, wanita tersebut menafikan sekeras-kerasnya dengan menyatakan

bahawa suaminya bukanlah seorang yang bermata putih. Walaupun mendengar

penafian wanita tersebut, nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam tetap mengulanginya

sekali lagi dengan menyatakan bahawa suaminya bermata putih. Wanita tersebut

pun menafikannya juga. Lalu nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam memberitahu

maksud sebenar kepada wanita tersebut, bahawa setiap orang mempunyai mata

putih yang melingkungi mata hitamnya.

Daripada Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa terdapat seorang wanita

datang kepada Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam seraya berkata: ‟Berikanlah

aku seekor unta untuk aku menunggangnya‟. Lalu jawab Rasulullah: ‟Bahkan aku

akan memberikan kepadamu anak unta untuk engkau tungganginya‟.

Page 81: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 81/203

81 | P a g e  

Wanita itu pun berkata: ‟Anak unta tidak dapat memberi manfaat kepadaku

kerana ia sudah tentu tidak mampu untuk berjalan apabila aku menungganginya‟.

Maka berkatalah Rasulullah menerangkan maksudnya yang sebenar iaitu

setiap unta itu adalah anak kepada unta yang lain, jadi yang dimaksudkan bukanlah

anak unta yang kecil, sebaliknya unta yang besar.

 Abu Talhah mempunyai anak lelaki kecil yang dikenali sebagai ‟Abu ‟Umair‟.

 Anak lelaki Abu Talhah ini memelihara seekor anak burung yang diberi nama

‟Nughair‟.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam selalu bergurau dengan budak kecil

ini apabila bertemu dengannya dengan bertanya kepada budak itu tentang anak

burung yang dipeliharanya dengan kata baginda: ‟Wahai Abu ‟Umair, apakah yang

dibuat oleh Nughair‟. Gurauan Rasulullah ini membuatkan budak kecil itu berasa

gembira dan senang dengan Rasulullah.

 Anas Bin Malik menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam

pernah bergurau dengannya dan memanggilnya dengan kata-kata berikut: ‟Wahai

orang yang mempunyai dua telinga‟.

Page 82: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 82/203

82 | P a g e  

ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Khalifah Islam Pertama

Selepas Rasulullah

Biodata Saidina Abu Bakar

Nama penuh : Abdullah bin Abi Quhafah Osman bin Omar bin

Kaab

Page 83: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 83/203

83 | P a g e  

Tarikh lahir : 572 Masihi ( dua tahun selepas kelahiran

Rasulullah.

Tempat lahir : Mekah

Keturunan : Bangsawan Qurasiy ( mempunyai pertalian

dengan datuk Rasulullah yang bernama Murrah

bin Kaab ).

Gelaran : As-Siddiq

Sebab diberi gelaran : Kerana sentiasa membenarkan kata-kata nabi.

Pekerjaan : Ahli perniagaan.

Jawatan : Khalifah pertama daripada Khulafa Ar-Rasyidin.

Tarikh menjadi

Khalifah

: 632 Masihi bersamaan 11 Hijrah.

Tempoh memerintah : Dua tahun tiga bulan.

Tarikh wafat : 634 Masihi bersamaan 13 Hijrah

Usia ketika wafat : Bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, nabi Muhammad saw

telah kembali kerahmatullah pada pagi hari Isnin tanggal 12 Rabiulawal tahun

kesebelas selepas hijrah Rasulullah saw ke Madinah. Nabi saw wafat di rumah isteri

baginda Aisyah Binti Abu Bakar. Selepas beberapa jam wafatnya Rasulullah saw,

orang Islam bersegera memikirkan cara terbaik untuk melantik khalifah untuk

memimpin umat Islam selepas kewafatan nabi saw.

Page 84: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 84/203

84 | P a g e  

Sebelum terbenamnya matahari pada hari Isnin tersebut, mereka telah

bersepakat untuk melantik Saidina Abu Bakar al-Siddiq untuk menjadi khalifah

selepas Rasulullah. Pemilihan khalifah yang telah disegerakan pelantikannya adalah

kerana pentingnya institusi khalifah dalam ajaran Islam yang berperanan untuk

memimpin dan melaksanakan hukum daripada Allah swt. (sila rujuk buku al-Khulafa‟

al-Rasyidun bayna al-Istikhlaf wal Istisyhad, oleh Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi,

terbitan Dar al-Qalam, Damsyik tahun 1995, halaman 47 ).

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq adalah khalifah Islam yang pertama selepas

kewafatan Rasulullah. Beliau lahir pada tahun 55 sebelum hijrah, tahun kedua dari

tahun gajah, dan umurnya dua tahun lebih muda daripada Rasulullah s.a.w. Nama

penuh beliau ialah Abdullah Bin Uthman (Abu Quhafah) Bin ‟Amir Bin Amru Bin

Ka‟ab Bin Sa‟ad Bin Taym. (sila lihat Mawsu‟ah ‟Abaqirah fil Islam oleh Syahir Zayb,

terbitan Dar safa, Amman Jordan tahun 2004, halaman 11). Ibunya bernama Ummu

Khair Salma binti Shakh, nasab keturunan mereka bertemu dengan nasab

Rasulullah s.a.w pada salasilah moyangnya yang bernama Murrah.

Gelaran al-Siddiq

Saidina Abu Bakar mempunyai budi pekerti yang mulia, cerdas, kuat, pemaaf

orangnya, rendah diri dan sangat jujur apabila berkata-kata. Peribadi beliau yang

 jujur amat disegani ramai orang terutamanya Rasulullah s.a.w sendiri sehingga

beliau digelar “as-Siddiq”. Gelaran ini membawa maksud “orang yang paling benar

dalam kata-katanya”. Gelaran al-Siddiq ini telah diberikan kepada Saidina Abu Bakar

Page 85: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 85/203

85 | P a g e  

kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja yang datang daripada nabi

saw.

Sebagai contohnya ialah ketika berlakunya peristiwa Isra‟ dan Mi‟raj kepada

Rasulullah saw, ada yang berasa ragu tentang kebenaran peristiwa tersebut berlaku

pada nabi kerana mereka merasakan sesuatu yang mustahil perjalanan yang

mengambil masa berbulan-bulan dari Makkah ke Baitulmaqdis hanya diambil dalam

beberapa jam sahaja oleh nabi saw untuk ke sana. Namun, apabila berita

‟perjalanan‟ nabi saw itu sampai ke telinga Abu Bakar, beliau tanpa sedikit pun

keraguan membenarkan apa sahaja yang berlaku pada nabi saw.

Memeluk Islam

Saidina Abu Bakar adalah termasuk dalam golongan sahabat yang terawal memeluk

Islam. Bukan sekadar itu sahaja, malahan setelah memeluk Islam, Saidina Abu

Bakar begitu aktif berusaha untuk menyebarkan dakwah Islam. Antara sahabat yang

menerima dakwah Abu Bakar dengan memeluk islam ialah Uthman Affan, Talhah,

Saad Bin Abi Waqqas, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain.

Saidina Abu Bakar menjadi pendamping setia nabi saw dalam dakwah dan

mempertahankan ajaran Islam. Beliau juga membantu nabi saw ketika berhadapan

dengan golongan musyrikin Quraisy yang sentiasa mengintai peluang untuk

menyakiti Rasulullah.

Page 86: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 86/203

86 | P a g e  

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari telah disebut bahawa ketika nabi

saw berada berhampiran dengan kaabah, datanglah ‟Uqbah Bin Abi Muit lalu

mencekik Rasulullah saw. Abu Bakar yang nampak perbuatan Uqbah itu segera

datang membantu Rasulullah saw dengan memegang kedua-dua bahu Uqbah dan

menolaknya daripada nabi saw, lantas Abu Bakar berkata: ‟Adakah kamu hendak

membunuh seorang lelaki yang menyatakan Tuhanku adalah Allah?‟.

Pengorbanan

Saidina Abu Bakar sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu Rasulullah saw

dalam menyampaikan dakwah Islam. Beliau sanggup mengorbankan hartanya dan

 jiwanya di jalan Allah swt. Setelah Abu Bakar memeluk Islam, beliau yang

mempunyai harta sebanyak empat puluh ribu dirham, telah mendermakan

kesemuanya di jalan Allah swt. (sila rujuk  Mawsu‟ah ‟Abaqirah fil Islam oleh Syahir

Zayb, terbitan Dar safa, Amman Jordan tahun 2004, halaman 12).

Ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, beliaulah yang menemani

baginda dalam perjalanan hingga mereka selamat sampai ke destinasi. Lantaran

besarnya pengorbana Saidina Abu Bakar, Rasulullah saw pernah mengatakan

bahawa Islam tertegak di atas harta Khadijah dan pengorbanan Abu Bakar (sila lihat

buku Tokoh-Tokoh Islam Dulu Dan Sekarang oleh Luqman Hakim, halaman 23).

Saidina Abu Bakar juga pernah menggantikan Rasulullah s.a.w untuk

menjadi imam solat ketika baginda sakit. Ini sekaligus telah menunjukkan isyarat

Page 87: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 87/203

87 | P a g e  

dan tanda bahawa nabi saw mahu Saidina Abu Bakar memimpin umat Islam selepas

kewafatan Baginda.

Sifat Peribadi

Beliau mempunyai budi pekerti yang mulia, cerdas, kuat, pemaaf orangnya, rendah

diri dan sangat jujur apabila berkata-kata. Peribadi beliau yang jujur amat disegani

ramai orang terutamanya Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam sendiri sehingga

beliau digelar “as-Siddiq” . Gelaran ini membawa maksud “orang yang paling benar

dalam kata-katanya”. Ketika ramai mendustakan nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam

ketika berlakunya peristiwa Israk Mi‟raj.... Saidina Abu Bakar tegas menyatakan

keyakinannya bahwa apa yang berlaku kepada nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam itu

adalah benar.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang yang berbudi luhur dan

berakhlak mulia.Beliau sewaktu sebelum memeluk Islam tidak pernah meminum

arak dan ini menunjukan bahawa beliau memiliki sifat terpuji.Beliau juga berhemat

tinggi dan bijak menyalurkan duit dan harta pada jalan yang betul.

Cinta Kepada Kebenaran

Oleh kerana itu, sangat mudah bagi beliau untuk menerima Islam tanpa sebarang

keraguan. Berdasarkan kepada ilmu, tiada sesiapa boleh menafikan kebenaran

agama Islam yang suci. Oleh itu, saidina Abu Bakar yang mencintai kebenaran

Page 88: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 88/203

88 | P a g e  

tanpa ragu-ragu mengucap dua kalimah syahadah sehinggakan beliau dianggap

orang pertama memeluk islam dalam kalangan lelaki dewasa. Falsafah Iqra‟ wajar

dihayati oleh semua.

Iman Yang Tinggi

Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat

ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakan R.A. maka berat lagi iman Saiyidina

 Abu Bakan R.A.

Dermawan

Beliau merupakan seorang yang dermawan.  Contoh sifat dermawan Saidina Abu

Bakar As-Siddiq:

Ketika memeluk Islam, beliau membelanjakan 40,000 dirham di jalan Allah. Beliau

membebaskan hamba-hamba yang teraniaya seperti Bilal bin rabah,Amir bin

Fuhairah dan Jariah bin Amir. Beliau juga telah membelanjakan hartanya untuk

kepentingan Islam seperti perbelanjaan Hijrah nabi ke Madinah dan peperangan

Tabuk.

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam pernah bersabda yang

bermaksud”orang yang paling pengasih diantara umatku terhadap umatku yang lain

Page 89: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 89/203

89 | P a g e  

ialah Abu Bakar”. Hal ini kerana Saiyidina Abu Bakar gemar membantu dan

menyumbangkan hartanya kepada orang yang tidak bernasib baik.

Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap

 jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang

paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan

seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan

menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong onang

yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam telah

meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan

 Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa seluruh harta

bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat

banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu

maka Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam menjadi terkejut lalu berkata

kepadanya:

"Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau

korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?

Pertanyaan Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam itu dijawab oleh Saiyidina

 Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan

buat mereka Allah dan RasulNya.

Page 90: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 90/203

90 | P a g e  

Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh

kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia.

Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau

Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta

benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq.

Berani

Sewaktu orang ramai tidak mempercayai Isra' mikraj Rasulullah Abu Bakar dengan

beraninya menyatakan pendiriannya,walaupun dia berhadapanan dengan

pembesar  –pembesar musyrikin Quraisy.Beliau menyatakan “Apa peliknya.bahkan

saya percaya dan mengakui kebenaranya walaupun lebih daripada itu. Dengan itu

beliau digelar As-Siddiq yang bermaksud yang membenarkan.

Beliau juga berani menolong nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam ketika diancam oleh

golongan Quraisy:

ط

 أ

 

 

 أ

 إذ

 ا

 

 ف

 

 و

 

 ا

 ص

 اف

 ث

 ضع

ا  دو   خأ   أ   ص ا  و   خ شا

 ا ر ل نأ جر نأ :لو.

 

Page 91: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 91/203

91 | P a g e  

Ketika nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam sedang menunaikan solat berhampiran

kaabah, tiba-tiba datang Uqbah Bin Abi Mu‟it, lalu mencekik dengan kuat leher nabi

menggunakan kain bajunya. Lantas datang Abu Bakar memegang bahu Uqbah dan

menolaknya daripada nabi seraya berkata: Apakah kamu ingin membunuh seorang

lelaki yang menyatakan tuhanku ialah Allah?

Selain itu beliau juga telah menemani rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam

sewaktu baginda berhijrah ke Madinah sehingga baginda selamat sampai ke

destinasi. Bersama Rasulullah pada ketika itu adalah amat berisiko kerana pada

waktu itu orang kafir Quraisy hendak membunuh Rasulullah dan orang yang

didampinginya. Dengan itu terbuktilah keberanian Abu Bakar.

Tegas

Saiyidina Abu Bakar berpegang pada prinsip ajaran Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam.Beliau tidak bertolak ansur terhadap orang-orang yang murtad, orang yang

ingkar unuk membayar zakat dan nabi palsu. Beliau tetap bertegas meneruskan

angkatan perang dbawah pimpinan Osamah bin Zaid yang telah dilantik oleh

Rasulullah sekalipun disanggah oleh Saiyidina Umar r.a.

Perlantikan sebagai khalifah

Sejurus selepas Rasulullah wafat, para sahabat telah bermesyuarat untuk

menentukan siapakah orang pertama bakal menerajui negara Islam Madinah. Pada

awalnya, umat Islam bersetuju untuk memilih dua orang calon, seorang daripada

Page 92: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 92/203

92 | P a g e  

kaum Ansar yang bernama Saad bin Ubadah dan seorang lagi daripada kaum

Muhajirin iaitu Umar bin Al-Khattab.

Pada peringkat ini telah berlaku beberapa pertikaian dan akhirnya keadaan

menjadi reda apabila Saad bin Ubadah mengambil jalan tengah. Mereka bersetuju

untuk melantik Abu Bakar sebagai pemimpin kerana beliau adalah sahabat yang

paling utama di sisi Rasulullah s.a.w dan mempunyai kepimpinan yang tinggi.

 Apabila diangkat menjadi khalifah pertama, Saidina Abu Bakar

menyampaikan pidato yang ringkas tetapi amat penting. Beliau berkata: "Wahai

manusia, sekarang aku telah memegang jawatan ini, tapi tidaklah aku orang yang

lebih baik di antara kamu. Jika aku lakukan kebaikan pada jawatan ini, sokonglah

aku, tapi jika aku melakukan kesalahan, tegakkan dan betulkanlah aku kembali.

Taatlah kepadaku selagi mana aku taat kepada Allah dan Rasul Nya, dan andai aku

melanggar perintah Nya, tidak perlulah taat padaku lagi ”.

Peribadi mulia yang dimiliki oleh Saidina Abu Bakar inilah yang membuatkan

beliau terus mendapat sokongan padu daripada umat Islam pada waktu itu. Beliau

sempat memerintah selama dua tahun tiga bulan dan 10 hari.

Jasa Saidina Abu Bakar

Banyak jasa yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar di sepanjang pemerintahannya.

 Antara jasa yang dilakukan beliau ialah memerangi golongan murtad yang enggan

Page 93: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 93/203

93 | P a g e  

membayar zakat dan nabi palsu. Antara mereka yang mengaku sebagai nabi palsu

pada ketika itu ialah Musailamah al-Kazzab daripada Bani Hanifah, Aswad Al-Ansi

dari Yaman dan Thulaihah bin Khuwailid daripada Bani Asad.

Saidina Abu bakar juga telah meluaskan wilayah Islam ke Parsi dan Syam.

Beliau juga memulakan usaha untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang

kemudiannya dibukukan pada zaman khalifah Uthman bin Affan.

Selepas Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah melalui “Sidang

Umum”, beliau segera memberikan kata-kata alu-aluannya. Antara isi kandungan

ucapan dasarnya ialah beliau menyatakan bahawa dirinya bukanlah yang terbaik.

Namun begitu, taatilah beliau dalam segala urusan selagi urusan itu tidak

bersalahan dengan ajaran Islam. Tetapi jika beliau tersilap dalam urusan

pentadbirannya maka tegur dan perbetulkannya.

Di samping itu, Abu Bakar berpesan kepada umat Islam agar mentaati

perintah dan ajaran Allah dan Rasul-Nya. Umat Islam juga ditegah membuat perkara

keji selain beliau meminta umat Islam agar menunaikan solat lima waktu. Walaupun

ucapan dasar beliau ringkas dan pendek tetapi ia sarat dengan nasihat yang

berguna.

Dalam pada itu, tindakan pertama dalam pemerintahannya tetapi merupakan

keputusan yang paling mencabar ialah arahan beliau untuk menghantar bala tentera

Islam ke selatan Syam. Bala tentera ini diketuai oleh Usamah. Sebenarnya, bala

tentera Usamah ini pernah diarahkan oleh Rasulullah sebelum baginda wafat lagi.

Page 94: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 94/203

94 | P a g e  

Justeru, Abu Bakar meneruskan hasrat baginda tadi. Tujuan utama penghantaran

bala tentera ini adalah untuk menghapuskan golongan murtad yang tidak percaya

kepada Islam lagi, khususnya selepas kewafatan Rasulullah.

Masalah murtad dalam kalangan umat Islam ini telah berleluasa sehingga

hampir ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. Kota Makkah sendiri turut mengalami

peristiwa seperti ini. Antara dalang atau penghasut gerakan memurtadkan umat

Islam ini ialah Musaylamah al-Kazzab di Yamamah, Tulayhah al-`Asadi di Bani

 Asad, Laqit bin Malik di Oman, dan al-`Aswad al-„Unsi di Yaman. 

Sebab-sebab Berlakunya Gerakan Golongan Murtad

Gerakan murtad dalam kalangan umat Islam berlaku secara besar-besaran,

khususnya sejek kewafatan Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam Antara punca

dan sebab golongan murtad ini muncul ialah:

a) Golongan atau kabilah ini merupakan kaum yang lemah. Mereka memeluk

Islam kerana takut diserang. Oleh itu, mereka memeluk Islam secara tidak

ikhlas. Akibatnya, apabila Rasulullah wafat, mereka terus meninggalkan

agama Islam

b) Semangat asabiah atau semangat kabilah yang begitu kuat dalam kalangan

mereka. Sebenarnya, mereka percaya akan kebenaran ajaran dan kenabian

Rasulullah. Namun begitu, mereka mahu nabi terakhir itu datang daripada

kalangan anak cucu kabilah mereka sendiri. Misalnya, salah seorang anak

Page 95: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 95/203

95 | P a g e  

bani Hunayfah yang pernah berkata kepada nabi palsu, iaitu Musaylamah:

“Aku tahu bahawa kamu ini amat penipu. Tetapi, penipuan kabilah Rabi‟ah

(keturunan Musaylamah) adalah kurang berbanding penipuan keturunan bani

Mudar (keturunan nabi Muhammad)”. 

c) Sebelum Islam datang, ketua kabilah Arab akan mendapat suku harta

rampasan perang. Malahan, ada kalanya, mereka bebas memiliki harta yang

dirampas. Oleh itu, apabila umat Islam mengalami kejutan besar dengan

kewafatan Rasulullah, maka ketua kabilah ini ingin mengambil semula kuasa

mereka.

d) Tentera Parsi dan Rom mahu memusnahkan Islam dengan menggunakan

bangsa Arab sendiri. Oleh itu, mereka mengapi-apikan golongan murtad ini

agar memusuhi Islam. Justeru, Parsi misalnya, telah mengarahkan penduduk

di kawasan Teluk Parsi yang diketuai oleh Sajah binti al-Harith al-Yarbu‟iyyah

menyerang tentera Islam. Bala tentera ini seramai 40,000 orang. Walau

bagaimanapun, gerakan mereka dipatahkan oleh panglima perang Islam, iaitu

al-Muthanna bin Harithah. Begitu juga tentera Rom yang menghantar

tenteranya menyerang Islam melalui golongan murtad ini dengan diketuai

oleh Khalid bin Sa‟id bin al-„As yang berlaku di Taima`, utara Hijaz. Namun

begitu, serangan mereka dipatahkan oleh tentera Islam.

Dalam pada itu, Abu Bakar as-Siddiq cuba menghadapai serangan golongan

murtad dengan berhikmah. Beliau mengatakan bahawa mereka ini tidak akan

dibunuh sekiranya mereka kembali kepada Islam. Malahan, Abu Bakar mengatakan

Page 96: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 96/203

96 | P a g e  

bahawa beliau diberi pesanan oleh Rasulullah agar melayani umat Islam dengan

cara yang baik.

Peperangan al-Yamamah

al-Yamamah merupakan istilah lama dari segi geografi Tanah Arab. Kawasan ini

meliputi wilayah timur semenanjung Tanah Arab yang sekarang ini dikenali sebagai

Riyadh, iaitu ibu negara Arab Saudi. Peperangan al-Yamamah telah berlaku di

kawasan berhampiran kota Riyadh ini.

Seperti yang disebut sebelum ini, Abu Bakar as-Siddiq ada menghantar

„Ikrimah bin Abu Jahal dan Syurahbil Hasanah bagi menentang Musaylamah.

Namun begitu, beliau tidak membenarkan mereka berdua menyerang. Tetapi,

mereka tidak mematuhi arahan khalifah Abu Bakar dan mereka tetap mahu

menyerang Musaylamah. Akhirnya, mereka mengalami kekalahan. Sebenarnya,

mereka berdua mahu menyaingi Khalid al-Walid.

 Apabila berita kekalahan mereka berdua sampai ke pihak Abu Bakar maka

beliau amat marah. Lantas, Abu Bakar tidak membenarkan kedua-duanya pulang ke

Madinah. Pada masa yang sama, Abu Bakar membuat keputusan untuk mengutusi

Khalid al-Walid menghapuskan huru-hara yang ditimbulkan oleh Musaylamah.

Sebaik sahaja selesai mematahkan serangan golongan murtad dalam kalangan

kabilah `Asad, Ghatfan, dan Tamim, Khalid al-Walid menerima perintah untuk terus

bergerak ke al-Yamamah bagi menyerang tentera Musaylamah.

Page 97: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 97/203

97 | P a g e  

Khalid tetap menerima arahan perintah itu. Justeru, beliau terpaksa merentas

padang pasir yang kering kontang sejauh 1000 kilometer. Tentera Khalid ini

bertembung dengan tentera Musaylamah yang berjumlah 40,000 orang di satu

tempat bernama „Aqraba`. Sementara itu, jumlah tentera Khalid hanyalah sekitar

13,000 orang sahaja. Kebanyakan tentera beliau terdiri daripada golongan Ansar

dan Muhajirin.

Pada mulanya, tentera Islam hampir-hampir mengalami kekalahan. Kalaulah

bukan disebabkan sikap Khlaid yang bagaikan singa lapar yang sentiasa berteriak

meniupkan semangat nescaya tentera Islam sudah mengalami kekalahan awal-awal

algi. Lantaran itu, tentera Islam mula mendapat semangat semula. Mereka begitu

bersemangat untuk menumpaskan musuh Allah.

 Akhirnya, mereka berjaya membunuh Musaylamah beserta tenteranya

seramai 20,000 orang. Yang bakinya telah menjadi tawanan perang tetapi selepas

itu mereka memeluk Islam semula. Dalam pada itu, jumlah tentera Islam yang

terkorban dan mati syhahid adalah seramai 1,200 orang. Kebanyakan mereka

merupakan penulis dan penghafaz al-Qur`an.

Sebelum sempat setahun pemberontakan golongan murtad ini berjalan, Abu

Bakar as-Siddiq telah berjaya mematahkan semua serangan mereka di segenap

pelusok Tanah Arab. Akhirnya, seluruh Tanah Arab berjaya bersatu semula dari segi

agama dan politik di bawah naungan kerajaan Islam yang berpusat di Madinah al-

Munawwarah, iaitu sama seperti yang berlaku pada akhir hayat Rasulullah sebelum

ini.

Page 98: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 98/203

98 | P a g e  

Pembukaan Wilayah Baharu pada Zaman Abu Bakar as-Siddiq

Sebab-sebab Pembukaan Wilayah Baharu

Jika diperhatikan tentang gerakan pembukaan wilayah baharu Islam, kita mendapati

bahawa semua peperangan yang berlaku bukanlah sesuatu yang dirancang.

Malahan, kesemua itu berlaku secara mengejut dan tidak diduga berdasarkan

keadaan dan situasi semasa yang berlaku.

Justeru, tentera Islam terpaksa juga membalas balik serangan musuh yang

memaksanya berbuat demikian. Hal ini perlu diberitahu kerana agama Islam

bukanlah disebarkan secara kekerasan, iaitu melalui peperangan. Dengan kata lain,

Islam membenci peperangan. Malahan, Islam mahu dikembangkan dengan cara

yang murni dan berhemah.

Namun begitu, tentera Rom dan Parsi tidak memberi peluang kepada Islam

untuk berbuat demikian. Mereka yang memaksa tentera Islam mempertahankan

serangan musuh. Oleh itu, terpaksalah tentera Islam mengharungi peperangan yang

amat memeritkan itu serta membunuh ramai orang yang tidak berdosa.

Pembukaan Iraq

Ketika peperangan terhadap golongan murtad belum reda, al-Muthanna bin al-

Harithah telah bergerak ke utara Tanah Arab, iaitu di kawasan pesisir pantai Teluk

Page 99: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 99/203

99 | P a g e  

 Arab. Kemudian, mereka terus menuju ke Iraq. Di situlah berkumpulnya para tentera

Parsi yang begitu ramai. Namun begitu, setelah melihat kegagalan mereka,

khususnya oleh golongan murtad, dalam menumpaskan tentera Islam maka tentera

Parsi telah melancarkan peperangan besar-besran terhadap tentera Islam.

Dalam pada itu, apabila al-Muthanna melihat bahawa tenteranya tidak

mampu melawan pihak musuh maka beliau mengutus surat kepada khalifah Abu

Bakar bagi menceritakan keadaan yang berlaku. Khalifah sedar akan keadaan ini

lantas menghantar Khalid al-Walid lagi dengan ditemani oleh „Iyad bin Ghanam ke

utara Tanah Arab. Lantaran itu, pada bulan Muharram tahun kedua belas Hijrah,

bala tentera Khalid telah bergerak dari al-Yamamah dan menujun ke Iraq. Ketika itu,

beliau masih berperang dengan tentera Musaylamah al-Kazzab di al-Yamamah.

Peperangan di utara Tanah Arab telah berlarutan selama beberapa bulan di

beberapa buah tempat seperti Zat as-Salasil, al-Mazar, al-Walajah, dan `Aliyas.

Kesemua siri peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Khalid. Selepas itu, bala

tentera Khalid berjaya menawan al-Hirah, iaitu ibu kota Iraq pada ketika itu.

Khalid dan bala tenteranya tinggal di situ selama sebulan, iaitu pada bulan

Rabiulawwal. Kemudian, mereka terus membuka beberapa wilayah baharu Islam

seperti al- Anbar dan „Ainut Tamar di utara al-Hirah. Pada masa yang sama, Khalid

telah menerima arahan perintah daripada khalifah Abu Bakar yang mengarahkannya

kembali ke al-Hirah dan tinggal di situ untuk beberaoa ketika sehingga arahan lain

sampai.

Page 100: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 100/203

100 | P a g e  

Sebagai kesimpulannya, sepanjang siri peperangan yang berlaku selama

beberapa bulan, Khalid al-Walid dan bala tenteranya telah berjaya membuka hampir

separuh wilayah Iraq. Mereka telah mewajibkan pendudk Iraq membayar cukai

kepala yang dinamakan jizyah. Namun begitu, mereka tidak memaksa penduduk

tempatan memeluk Islam.

Pembukaan Wilayah Syam

Panglima perang Khalid bin Sa‟id bin al-„As telah berkubu di satu tempat bernama

Taima` yang terletak di utara Tanah Arab atas arahan khalifah Abu Bakar. Malahan,

khalifah Abu Bakar turut berpesan agar beliau tidak menyerang sesiapun melainkan

 jika diserang dahulu. Khalifah sengaja berbuat demikian agar mereka dapat

mengumpulkan tenaga bagi menentang musuh. Selain itu, mereka juga dapat

mengawasi pergerakan tentera Rom. Menurut Abu Bakar as-Siddiq, beliau begitu

yakin bahawa tentera Rom akan mengambil peluang terhadap gerakan penentangan

golongan murtad untuk menyerang semula tentera Islam.

Jangkaan Abu Bakar tepat apabila tentera Rom menyerang tentera Khalid.

Serangan mereka turut disertai oleh para kabilah Arab yang tinggal di Syam. Dalam

peperangan ini, tentera Islam menerima tentangan yang sangat kuat. Sebahagian

besar tentera Islam terbunuh termasuklah anak Khalid sendiri.

 Apabila berita kekalahan tentera Islam ini sampai kepada Abu Bakar, beliau

mengumpulkan para sahabat kanannya untuk membincangkan perkara tersebut.

Page 101: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 101/203

101 | P a g e  

Mereka membuat keputusan untuk menyerang balik tentera Rom. Justeru, Abu

Bakar membahagikan tentera Islam kepada empat ketumbukan tentera.

Keempat-empat ketumbukan tentera itu ialah bala tentera pimpinan Abu

„Ubaydah al-Jarrah yang bergerak menuju ke Hims di utara Syam. Kedua ialah bala

tentera pimpinan Yazid bin Abu Sufyan yang menuju ke Damsyik di tengah Syam.

Yang ketiga ialah ketumbukan tentera pimpinan Syurahbil bin Hasanah yang menuju

ke Jordan. Yang akhir sekali ialah bala tentera pimpinan „Amru bin al -„As yang

bergerak ke Palestine. Sebelum bergerak,

 Abu Bakar sempat berpesan kepada para panglima tentera Islam yang empat

tadi. Antara pesanan itu ialah “Kalau kamu bergerak secara bersendirian maka

setiap kamu akan mengepalai tentera kamu dan kamu akan menjadi ketua kepada

wilayah yang kamu baru buka nanti. Setiap ketumbukan tentera ini mengandungi

lapan ribu tentera.

Tetapi jika keadaan tidak mengizinkan sehingga kamu terpaksa bergabung

dalam sesuatu peperangan atau bersatu di wilayah baharu maka ketua kamu ialah

 Abu „Ubaidah al-Jarrah”. 

Peperangan Yarmuk

Bala tentera Islam dengan panglima perang masing-masing tadi pun bergerak ke

selatan Syam. Mereka bertembung dengan tentera Rom yang berjumlah 250,000

orang yang diketuai oleh Rodzrik, iaitu adik kepada Heracleus, maharaja Rom. Bala

Page 102: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 102/203

102 | P a g e  

tentera Rom ini turut dibantu oleh 60,000 tentera Arab yang murtad yang diketuai

oleh Jabalah bin al-`Ayham al-Ghassani. Dengan jumlah yang begitu besar tentera

Islam tidak mampu melawan mereka. Justeru, tentera Islam berutusan surat sesama

sendiri di lembah Yarmuk dengan diketuai oleh Abu Ubaidah.

Namun begitu, mereka masih tidak dapat bergerak melawan tentera Rom

yang begitu ramai. Lantas mereka memberitahu khalifah Abu Bakar perkara sebenar

yang sedang berlaku. Mereka meminta bantuan segera. Mereka mencadangkan

agar khalifah Abu Bakar menghantar bala tentera pimpinan Khalid al-Walid.

Lantaran itu, Abu Bakar mengarahkan tentera pimpinan Khalid segera meninggalkan

Iraq bagi tujuan membantu tentera pimpinan Abu Ubaiudah yang berada dalam

bahaya.

Sebaik sahaja menerima perutusan daripada Abu Bakar maka Khalid segera

menggerakan tenteranya yang berjumlah tujuh ribu orang untuk meninggalkan Iraq.

Pergerakan bala tentera ini dianggap sebagai yang paling bahaya dan mencabar

dalam sejarah Islam kerana mereka terpaksa menempuh padang pasir yang kering

kontang sejauh lebih 10,000 kilometer yang memakan masa selama 18 hari.

Sebaik sahaja sampai di Lembah Yarmuk, tentera Khalid al-Walid dan Abu

Ubaidah bergabung lantas mereka menyerang tentera Rom. Peperangan ini

dianggap sebagai yang paling hebat dalam siri pembukaan wilayah Islam kerana

tentera Rom merupakan pasukan tentera yang paling kuat di dunia pada masa itu.

Tentera Rom mengalami kematian seramai 120,000 orang. Sebaik sahaja maharaja

Page 103: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 103/203

103 | P a g e  

Rom, Hercules menerima berita ini beliau segera meninggalkan medan perang

dalam keadaan cedera.

Malahan dia turut terkorban dalam usahanya merampas wilayah Syam

daripada tentera Parsi. Namun begitu, akhirnya, tentera Islam pula yang berjaya

menawan Syam. Dalam pada itu, tentera Islam yang mati syahid adalah seramai tiga

ribu orang. Sesungguhnya, kemenangan ini telah membuka jalan dan peluang

kepada tentera Islam untuk meneroka sebahagian besar lagi wilayah Syam yang

akhirnya berjaya ditawan secara keseluruhannya pada zaman khalifah Umar al-

Khattab.

Sementara itu, Umar terkejut dengan kematian tentera Islam dalam jumlah

yang ramai. Kebanyakannya merupakan penghafaz al-Qur`an. Lantaran itu, beliau

mencadangkan kepada Abu Bakar agar al-Qur`an dikumpulkan dalam satu mushaf

atau naskhah. Hal disebabkan ramai penghafaz al-Qur`an yang telah meninggal

dunia dalam peperangan yang boleh menyebabkan al-Qur`an akan semakin hilang

atau al-Qur`an itu sendiri mungkin akan diubah-ubah atau ditokok-tambah.

Namun begitu, pada mulanya, Abu Bakar agak ragu-ragu dengan cadangan

Umar kerana beliau tidak berani membuat perkara yang Rasulullah sendiri tidak

buat. Tetapi, Umar berkata bahawa usaha itu adalah baik dan murni. Setelah itu,

Umar masih memujuk Abu Bakar dalam hal ini sehingga akhirnya Abu Bakar

mengarahkan Zaid bin Thabit al-`Ansari untuk mengepalai pengumpulan ayat al-

Qur`an ini.

Page 104: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 104/203

104 | P a g e  

 Abu Bakar berkata kepada Zaid, “Engkau pemuda yang bijak dan tidak

pernah dituduh dengan sesuatu perkara tidak baik. Malahan, kamu juga pernah

menulis wahyu untuk Rasulullah. Oleh itu, kutiplah ayat al-Qur`an dan

kumpulkannya menjadi satu.” Zaid menerima tanggungjawab yang berat ini dan

beliau mula mengumpulnya dengan menulis al-Qur`an di atas tulang, pelepah tamar,

dan kulit binatang. Beliau menulisnya berdasarkan hafalan dan bacaan pembaca

dan penghafaz al-Qur`an.

Mushaf al-Qur`an yang disatukan ini kemudiannya diserahkan kepada Abu

Bakar. Selepasnya kematiannya, mushaf ini diserahkan kepada Umar al-Khattab.

Selepas kematian Umar, mushaf ini pula berpindah tangan kepada anak

perempuannya, iaitu Hafsah.

Pada zaman khalifah „Uthman, beliau ingin menyatukan cara bacaan al -

Qur`an dalam kalangan umat Islam. Lantas, beliau ,mengambil mushaf itu dari

Hafsah tadi dan membuat beberapa salinan lagi yang kemudiannya disebarkan ke

seluruh wilayah Islam. Itulah salah satu sumbangan tersbesar khalifah Abu Bakar

pada zaman pemerintahannya, iaitu usaha mengumpul a-Qur`an.

Kewafatan Saidina Abu Bakar

 Abu Bakar sempat memerintah selama dua tahun, tiga bulan, dan sepuluh hari

dengan menghasilkan sumbangan yang besar dalam sejarah kegemilangan Islam.

Page 105: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 105/203

105 | P a g e  

Beliau ditimpa sakit pada 7 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah. Setelah 15 hari

menanggung kesakitan, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21hb

Jamadil-Akhir tahun 13 Hijrah, bersamaan dengan 22 Ogos 634 M. Jenazah beliau

di kebumikan di samping makam Rasulullah s.a.w

SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB

Tegas Dan Berani

Biodata Umar

Nama penuh : Umar Bin al-Khattab Bin Nufail

Tarikh Lahir : 584 Masihi.

Tempat Lahir : Mekah

Keturunan : Bani Adiy, Quraish.

Page 106: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 106/203

106 | P a g e  

Tarikh menjadi khalifah : 23 Ogos 634 Masihi

Tempoh memerintah : 10 tahun 6 bulan

Tarikh kewafatan : Tahun 23 Hijrah.

Usia ketika wafat : 63 tahun

Gelaran : al-Farouq (pemisah antara hak

dan batil)

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Nufail b. Abdul Uzza b. Rabah b.

 Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 / 584 M

daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia,

megah, dan berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan

dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang

dagangan.

Pada zaman Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi

pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang

berani, tegas dalam kira bicara, berterus terang menyatakan fikiran dan

pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai

pemidato dan juga ahli gusti.

Saidina Umar memeluk Islam pada tahun keenam selepas kerasulan Nabi,

sewaktu berumur 33 tahun, kerana tertarik dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca

oleh adiknya Fatimah. Beliau kemudiannya memberi sumbangan yang besar

terhadap perkembangan Islam. Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada

Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang

Page 107: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 107/203

107 | P a g e  

berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish

yang selalu mengancam dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai

dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam

mengerjakan ibadat.

Kisah Umar Mendapat Hidayah Islam

Pada suatu hari, ketika Umar al-Khattab berbincang dan berdiskusi dengan para

pemimpin dan ketua-ketua puak Quraisy di Dar al-Nadwah, tentang dakwah yang

telah dibawa oleh Muhammad Rasulullah saw, Umar kelihatan amat marah dan

begitu kuat menentang dakwah Rasulullah saw. Baginda Rasulullah didakwa

sebagai seorang yang membawa perpecahan dalam masyarakat, baginda dilihat

sebagai seorang yang memecah-belahkan hubungan di antara ayah dan anak,

suami dan isteri serta segala perpecahan yang berlaku dalam kalangan saudara

mara.

Perasaan marah yang melua-luap itu telah membuatkan Umar bangun dan

berjalan menuju ke rumah al-Arqam Bin Abi al-Arqam. Tujuan Umar ke sana adalah

dengan niat untuk membunuh Rasulullah saw. Ketika dalam perjalanan untuk

membunuh Rasulullah, Umar terserempak dengan seorang lelaki dari Bani Zuhrah.

Lalu berlakulah dialog di antara mereka berdua. Antara dialog tersebut ialah:

Lelaki Bani Zuhrah: Ke mana engkau hendak pergi wahai Umar? Aku lihat engkau

begitu marah sekali!  

Page 108: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 108/203

108 | P a g e  

Umar : Aku hendak pergi membunuh Muhammad!  

Lelaki Bani Zuhrah: Bagaimana engkau nak membunuh Muhammad, sedangkan

adik engkau Fatimah dan suaminya Zaid pun sudah mengikuti agama Muhammad

dan meninggalkan agama engkau!  

Umar: Betulkah kata-katamu itu? 

Lelaki Bani Zuhrah: Betul dan aku tidak berbohong .

Umar: Kalau benar katamu itu iaitu mereka mengikuti agama Muhammad, aku akan

bunuh mereka dengan cara yang kejam!  

Umar dengan perasaan yang amat marah bergegas ke rumah adiknya

Fatimah. Sekiranya benar sebagaimana yang dikata oleh lelaki Bani Zuhrah itu,

maka ia tidak akan membiarkan adiknya dan iparnya itu begitu sahaja, sebaliknya

akan dibunuhnya mereka berdua terlebih dahulu.

 Apabila Umar sampai ke rumah adiknya Fatimah, beliau mendapati pintu

rumahnya agak terbuka sedikit. Ketika Umar ingin meluru masuk ke dalam rumah

adiknya itu, beliau terdengar suara yang membaca ayat-ayat tertentu yang tidak

difahaminya. Pada ketika itu Khabbab sedang mengajar bacaan ayat-ayat al-Quran

kepada Fatimah dan Sa‟id. Apabila menyedari kehadiran Umar, Khabbab berasa

takut lalu bersembunyi.

Page 109: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 109/203

109 | P a g e  

Umar terus masuk ke dalam rumah dan menemui adiknya Fatimah dan adik

iparnya Sa‟id. Lalu Umar bertanya: apakah ayat yang aku dengar tadi? Lantas

Fatimah pun mengambil lembaran al-Quran dan menyatakan kepada Umar bahawa

tiada apa yang didengarnya.

Lalu Umar pun berkata kepada sepasang suami isteri itu: ” Aku mendengar

bahawa kamu berdua telah mengikut agama Muhammad! ”, Lalu Umar menampar

dengan sekuat hati muka adik iparnya Sa‟id sehingga mengalir darah dimukanya.

Fatimah bingkas bangun untuk mempertahankan suaminya, lalu ditampar pula oleh

Umar sehingga melukakannya.

Perstiwa ini telah menguji keimanan Fatimah dan suaminya Sa‟id. Lalu

dengan tegas mereka berdua berkata kepada ‟Umar: ”Ya, kami telah memeluk Islam

dan kami juga telah beriman kepada Allah dan rasulNya, oleh itu buatlah apa sahaja

yang kamu suka terhadap kami! ”. Dalam suasana darah yang masih mengalir di

muka Fatimah dan Sa‟id, dan jawapan mereka berdua yang menyatakan tentang

keimanan mereka tanpa sebarang ragu dan takut telah memberikan kesan di hati

‟Umar.

Lalu Umar pun berkata kepada adiknya dengan suara yang sedikit lembut:

”Berikan kepadaku helaian yang mengandungi bacaan yang aku dengar tadi yang

dibawa oleh Muhammad itu”. Fatimah berkata: ”kami bimbang kamu akan membuat

sesuatu kepada helaian al-Quran ini ”. Jawab Umar: ”Jangan takut, aku tak akan

melakukan sesuatu yang tidak baik ”.

Page 110: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 110/203

110 | P a g e  

Kemudian Fatimah pun memberikan lembaran yang mengandungi ayat al-

Quran tersebut kepada Umar setelah memintanya untuk mandi dan membersihkan

dirinya terlebih dahulu.

Umar pun membaca ayat-ayat tersebut:

 

 

 

 

 

Maksudnya: “Taa' Haa, Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai

Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan, Hanya untuk menjadi

 peringatan bagi orang yang takut melanggar perintah Allah, (Al-Quran) diturunkan

daripada (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, Iaitu (Allah) Ar-

Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy ”.

(Surah Taha , ayat 1-5).

Setelah selesai membacanya, Umar pun berkata: ”Betapa cantik dan

mulianya ayat-ayat ini”!. Apabila mendengar kata-kata Umar, Khabbab pun keluar

dari persembunyian dan mengucapkan tahniah kepada Umar dan ia pun

memberitahu bahawa nabi saw pernah berdoa memohon kepada Allah agar dibuka

pintu hidayah pada salah seorang daripada dua Umar.

Page 111: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 111/203

111 | P a g e  

 Apabila Umar mendengarnya, hatinya semakin tertarik dengan Islam dan dia

meminta Khabbab untuk memberitahu di manakah lokasi nabi Muhammad saw agar

beliau dapat berjumpa dengan Rasulullah dan menyatakan keislamannya kepada

baginda. (Sila rujuk Mohd Sukki Othman, Tokoh Srikandi Zaman Nabi, 2009,

Terbitan Jahabersa, halaman 27-31)

Pengislaman Umar juga telah menunjukkan bagaimana doa nabi saw telah

dimakbulkan Allah. Nabi saw telah berdoa:

ا

 

 ام

 أز

 ا

 ا   وأ م  و

 

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah kemuliaan kepada Islam dengan salah seorang

daripada dua Umar iaitu „Amru Bin Hisyam (Abu Jahal) atau Umar Bin al -Khattab”. 

Setelah memeluk Islam, Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam telah

menggelarnya sebagai  Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang

benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran

tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam : "Ya Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam, adakah kita dalam kebenaran ?"

Page 112: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 112/203

112 | P a g e  

Jawab Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam: "Benar", Aku berkata lagi :

"Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua saf, satu saya dan

satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang kafir Quraisy melihat ke

arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka

ter  jadi sebelum ini, lalu Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam mengelarkan aku Al-

Faruq !

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa

ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di

Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy

 juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut

kepada Umar.

Beliau digelar “al-Faruq” yang bermaksud “orang yang membezakan hak

dengan yang bathil”. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa

sekumpulan umat Islam untuk bersolat di hadapan Kaabah secara terbuka untuk

pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada

gangguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam juga

mengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana kegagahannya.

Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Makkah

secara bersembunyi, tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di

tangannya sedia menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.

Page 113: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 113/203

113 | P a g e  

Sifat Peribadi

Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran

agama Islam juga seorang yang tegas dan adil. Ditakuti oleh orang ramai kerana

keberaniannya taat pada ajaran Allah Subhanahu Wa Ta‟ala. Seorang yang

berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang

lain. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah

penyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika beliau memegnag jawatan khalifah

untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, malah beliau sendiri yang mengangkat

gandum dan minyak untuk diberikan kepada salah seorang daripada golongan yang

memerlukan.

a) Berani

Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasulullah

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam sikap beliau sangat ditakuti oleh orang-orang yang

memeluk agama Islam. Beliau tidak gentar mengisyitiharkan dirinya telah memeluk

Islam secara terbuka di khalayak ramai. Setelah memeluk Islam, beliau berani

menunaikan ibadat secara terang-terangan di hadapan orang ramai.

Beliau memberi cadangan kepada Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam

supaya ajaran Islam disebarkan secara terbuka kepada orang ramai. Beliau

mencabar orang kafir Quraisy supaya menghalang Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Page 114: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 114/203

114 | P a g e  

Sallam daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannya

itulah, maka beliau diberi gelaran “al-Faruq”. 

Peristiwa yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina

Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan,

berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara

rahsia.

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan

bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum

meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang

menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar membuat

keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi

pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang

anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah.

Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka'abah menyaksikan

kehadiran Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi

tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya.

Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan

solat.

Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-

kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar:

Page 115: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 115/203

115 | P a g e  

"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta‟ala tidak akan membinasakan wajah

manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama

 Allah."

Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan

disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu

lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu

kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan

kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di

dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari

Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar

berlawan senjata.

Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya

seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah

semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka

sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah Subhanahu Wa Ta‟ala. Dalam keadaan

puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu

Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki

oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada

kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit

Page 116: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 116/203

116 | P a g e  

yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua

mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan

aman tanpa sebarang gangguan.

Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut

seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam

yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam, Saidina Abu

Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka

yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan

oleh pihak Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam

b) Berfikiran terbuka

Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Shiddiq mengenai pembebasan

tawanan perang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau

mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan

tanpa syarat. Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya

setiap orang boleh meletakkan maskahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan

tidak membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat

orang lain walaupun daripada rakyat biasa.

c) Adil

Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan,

keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau banyak melakukan pembaharuan

Page 117: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 117/203

117 | P a g e  

untuk kemajuan rakyatnya. Beliau sendiri keluar menyamar sebagai rakyat biasa

untuk meninjau keadaan rakyatnya. Pada suatu malam, beliau terjumpa seorang

kanak-kanak yang sedang menangis kelaparan. Beliau terus kembali mengambil

gandum, memasakkan dan menyuapkan sendiri ke mulut kanak-kanak tersebut.

Beliau juga pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak pesuruhjaya Mesir, iaitu

Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam perlumbaan

kuda.

Secara ringkasnya, sifat peribadi beliau adalah seperti berikut:

1. Saidina Umar mempunyai sifat keberanian yang tinggi.

2. Semasa menerima hidayah Islam ketika berusia 33 tahun, beliau telah

mengisytiharkan keislamannya itu di hadapan masyarakat Arab Quraish

tanpa gentar sedikit pun.

3. Begitu juga semasa berhijrah ke Madinah, sikap berani Saidina Umar

semakin terserlah apabila beliau mencabar secara terbuka sesiapa sahaja

yang berani menghalangnya.

4. Keberanian yang ditonjolkan oleh Saidina Umar telah memberi inspirasi

kepada umat Islam yang lain untuk terus berjihad dan memartabatkan Islam.

5. Beliau juga bersikap tegas dan adil.

6. Beliau juga seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan bersedia

untuk menerima pandangan orang lain.

7. Beliau bersedia ditegur walaupun daripada kalangan rakyat biasa.Beliau

merupakan seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap

kebajikan rakyatnya.

Page 118: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 118/203

118 | P a g e  

8. Beliau sangat mengambil berat terhadap keselamatan, keamanan dan

kemakmuran negara.

9. Beliau pernah menyamar sebagai rakyat biasa ketika memegang jawatan

khlaifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya. Pernah pada suatu ketika,

beliau mengangkat sendiri gandum dan minyak untuk diberikan kepada

golongan miskin yang memerlukannya.

Kewibawaan Kepimpinan Umar

Kepimpinan dan kebijaksanaan khalifah „Umar memimpin terserlah dalam segenap

segi. Cara kepimpinannya mengagumkan orang lain. Ada kalanya, sejarawan agak

sukar menentukan cara dan teknik pentadbiran khalifah „Umar. Namun begitu,

berikut ini ialah beberapa ciri kepimpinan khalifah „Umar. Antaranya ialah: 

a) Pemilihan Gabenor Wilayah

Khalifah „Umar akan melantik orang tertentu dalam menguruskan kawasan dan

 jajahan Islam yang terletak jauh dari pusat pemerintahan kerajaan Islam. Untuk

wilayah dan kawasan yang berdekatan, „Umar sendiri yang akan mentadbirnya.

Dalam hal ini, „Umar mempunyai cara dalam melantik para gabenornya. Beliau tidak

akan melantik kaum kerabatnya. Malahan, beliau akan melantik para sahabat kanan

Page 119: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 119/203

119 | P a g e  

beliau bagi tujuan itu. Malahan, ada juga sahabat kanan beliau yang dikekalkan di

Madinah al-Munawwarah bagi membantu beliau dalam urusan kerajaan. Antara

syarat utama pemilihan gebenor ialah:

1. Kuat dan Amanah

Kuat bermaksud berpegang teguh dengan ajaran Islam serta mempunyai keazaman

dan keyakinan tinggi. Beliau tidak akan memilih lelaki yang lemah. Hal inilah yang

menyebabkab beliau menggugurkan Syurahbil bin Hasanah sebagai panglima

perang di Jordan dan Umayr bin Sa‟ad di Hims. Bagi Umar, kedua -dua panglima ini

belum memenuhi syarat yang dikehendaki. Tempat mereka diganti oleh Mu‟awiyah

bin Abu Sufyan walaupun kedua-dua mereka lebih dahulu memeluk Islam daripada

Mu‟awiyah. Ada orang yang mempertikaikan pengguguran kedua-dua panglima ini.

Tetapi, „Umar mengatakan bahawa pemecatan mereka bukan disebabkan beliau

marah atau khianat. Tetapi khalifah „Umar mahu yang terbaik dalam kalangan yang

terbaik.

2. Hebat dan Rendah Diri

Bagi „Umar, seorang pemimpin itu mestilah kelihatan hebat dan berwibawa. Tetapi

pada masa yang sama, pemimpin itu juga mestilah hormat dan tidak sombong

dengan orang lain. Oleh itu, pemimpin terbaik ialah mereka yang tidak terlalu

berkuasa dan tidak mahu menguasai orang lain. Beliau pernah berkata bahawa

beliau mahu pemimpin atau gebenor yang seolah-olah gabenor itu macam rakyat

tempatan biasa dalam segala hal.

Page 120: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 120/203

120 | P a g e  

3. Kasih Sayang Terhadap Orang Lain

Biasanya, khalifah „Umar akan memilih gabenor wilayah yang terkenal dengan sikap

yang mesra rakyat. Perkara ini sentisa disebut khususnya dalam surat atau tauliah

pelantikan. Beliau tidak mahu pemimpin yang menzalimi orang lain sama ada dari

segi anggota badan ataupun harta benda.

b) Sistem Kerja dalam Kalangan Penjawat Awam dan Gabenor

Saidina „Umar tidak akan berpuas hati sekiaranya pemilihan gabeor itu hanya

mencukupi syarat kelayakan yang ditetapkan. Beliau juga akan menyenaraikan

tatacara pemerintahan yang dikhendaki. Setiap tugas yang diberi akan diperhalusi

satu persatu-satu sama ada tugas itu akan dibuat oleh pekerja atau gabenor.

Misalnya ialah tugasan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan para jemaah haji.

c) Pemantauan

 Antara keunikan tatacara pemerintahan khalifah „Umar ialah cara pemantauannya

terhadap para pekerjanya. Beliau akan melantik pegawai tertentu bagi mengawasi

penjawat awam melakukan kerja dan tugasan rasmi mereka. Segala gerak gerik

mereka akan diawasi dan dicatat. Segala kesliapan akan dilaporkan segera kepada

khalifah. Bagi „Umar, biarlah kesilapan itu dibetulkan awal-awal lagi sebelum menjadi

teruk. Sebenarnya, beliau ada mengamalkan konsep “Mencegah lebih baik daripada

mengubati”. 

Page 121: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 121/203

121 | P a g e  

d) Dasar Pintu Terbuka

Khalifah „Umar berpendapat bahawa penyakit atau penghalang yang menjalar dalam

kalangan para pemimpin dan gebenor ialah sikap mereka yang mengamalkan sikap

“Pintu tertutup”. Konsep inilah yang menjadikan rakyat dan pemimpin tidak mesra.

Bukan setakat itu sahaja, masalah rakyat tidak dapat didengar dan diselesaikan

dengan segera. Oleh itu, beliau mengarahkan semua pemimpin mengamalkan

konsep ini.

Dalam satu kes, Sa‟ad bin Abu Waqas ada membina sebuah rumah di Kufah

yang mempunyai dua tingkat. Orang ramai menamakannya sebagai Istana Sa‟ad.

Hanya rumah beliau sahaja yang mempunyai dua tingkat. Dalam rumah itu, Sa‟ad

menyediakan satu kaunter khas untuk melayan para tetamunya. Apabila mendengar

kisah ini, khalifah „Umar segera menghantar wakilnya, iaitu Muhammad bin

Musalmah al- Ansari untuk membakar kaunter itu. Bagi „Umar, kaunter begitulah

yang nmenghalang para pemimpin bertemu rakyat jelata. Akhirnya, Sa‟ad memohon

maaf dan berjanji untuk tidak membuat perkara sedemikian lagi.

e) Mesyuarat Agung

Khalifah „Umar sering mengadakan rapat umum atau mesyuarat agung bagi

membincangkan masalah dan hal ehwal pemerintahan negara. Ramai kalangan

umat Islam yang turut serta dalam mesyuarat tersebut. Mereka juga diberi peluang

memberikan pendapat dan pandangan bagi membentuk dasar dan prinsip

Page 122: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 122/203

122 | P a g e  

pemerintahan negara Islam. Antara isu yang dibincangkan ialah kebajikan dan

perjalanan haji tahunan dan usaha memberikan peluang umat Islam menunaikan

haji secar a percuma. Malahan, „Umar cuba untuk menjemput semua rakyat yang

berada dalam jajahan takluk Islam untuk turut serta menunaikan haji.

f) Penilaian terhadap Gabenor dan Pemerintah Islam

Khalifah „Umar juga bijak dalam menilai dan memantau para gabenornya. Ka lau

seseorang gabenor itu melakukan kesalahan kecil maka beliau sendiri akan

menasihati dan memberikan amaran sahaja. Tetapi kalau kesalahan yang dibuat

oleh gabenor itu besar maka „Umar tidak teragak-agak untuk memecatnya serta

merta. Hal ini pernah berlaku terhadap Sa‟ad bin Abu Waqas yang pernah dipecat

serta merta. Antara pemecatan yang paling diingati ialah kisah pelucutan jawatan

panglima angkatan tentera Islam yang paling hebat, iaitu Khalid bin al-Walid.

Dalam hal ini, khalifah „Umar mendapat tahu  bahawa Khalid ada memberi

10,000 dirham kepada al-„Ash‟as bin Qis. Jadi, „Umar membuat kesimpulam bahawa

kalau seseorang itu mampu memberi 10,00 dirham kepada setiap orang maka

berapa banyak wang yang dimiliki?. Justeru, khalifah mengarahkan Abu Ubaydah al-

Jarrah menyiasat kes tersebut dan membuat penghakiman. Akhirnya, Khalid

dipecat buat kali kedua sama seperti beliau dilucutkan jawatan sebagai panglima

perang tertinggi dahulu.

Sebenarnya, tindakan khalifah „Umar bukanlah bermaksud untuk

menyusahkan dan mengkhianati Khalid. Tetapi, khalifah mahu semua orang

Page 123: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 123/203

123 | P a g e  

menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan jujur tanpa menyelewangkan harta

kerajaan dan rakyat meskipun hal itu dibuat oleh orang yang berpengaruh seperti

Khalid al-Walid.

g) Tauladan yang Baik

Khalifah „Umar tahu bahawa contoh tauladan yang baik merupakan salah satu cara

agar para pengikut kita akan patuh dan hormat. Oleh itu, beliau tidak mahu setakat

pandai bercakap tetapi tidak pandai melaksanakan apa-apa yang diperkatakan.

Justeru, „Umar mahu mengamalkan prinsip yang dijanjikan. Beliau hidup seperti

orang awam lain. Malahan, beliau tidak membenarkan kaum keluarga dan dirinya

sendir yang bekerja dengan kerajaan mengambil gaji yang telah diperuntukan.

Beliau mahu kaum keluarganya hidup seperti orang lain.

Malahan, „Umar mahu sendiri merasakan keperitan yang dialami oleh

rakyatnya. Hal ini pernah berlaku pada “Tahun Kemarau” yang berlaku pada tahun

ke-18 Hijrah. Pada tahun tersebut, seluruh semenanjung Arab mengalami kemarau

yang teruk. Tiada sedikit pun hujan yang turun. Ramai rakyat yang kebuluran. Untuk

merasai keperitan ini, beliau makan apa-apa sahaja yang dimakan oleh rakyatnya

sehingga kesihatannya terganggu. Para sabahat kanannya menasihati beliau agar

memakan makanan yang segar supaya badannya sihat. Tetapi beliau enggan

berbuat demikian dengan alasan beliau mahu merasa apa-apa yang rakyat rasa.

Sebenarnya, hal yang dilakukan oleh khalifah „Umar ini telah menjadi rahsia

kejayaannya dalam mentadbir negara. Semua rakyat jelata berpuas hati kerana

Page 124: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 124/203

124 | P a g e  

beliau sanggup bersusah payah bersama rakyat. Apabila keadilan dilakukan dalam

pemrintahan maka penyelewangan, rasuah, dan pecah amanah tidak akan berlaku.

Sebenarnya, cara yang diamalkan „Umar ini juga diterapkan dalam

keluarganya. Beliau mahu kaum kerabatnya mengikuti jejak langkahnya yang

sanggup berkorban dengan kesusahan rakyat. Pengorbanan seperti inilah yang

menjadikan khalifah „Umar sebagai manusia yang paling dihormati dalam sejarah

kemanusiaan, khususnya dalam sejarah Islam selepas Rasulullah dan khalifah Abu

Bakar as-Siddiq.

Keadilan ‘Umar al-Khattab

Sifat yang cukup dikenali dalam diri khalifah „Umar ialah keadilannya. Apabila diri

„Umar diperkatakan orang ramai maka sikap inilah yang sentiasa disebut -sebut

orang. Beliau tidak membezakan yang jauh dan yang dekat, yang besar atau yang

kecil, dan yang menjadi sahabat atau yang menjadi musuh. Banyak cerita benar

yang mengisahkan keadilan „Umar sehingga tidak terkira.

 Antaranya ialah kisah beliau dengan Abu Maryam as-Saluli, iaitu pembunuh

kepada adiknya Zaid bin al-Khattab di peperangan al-Yamamah. Dalam kes tersebut

„Umar mengenepikan perasaan dendam dan marahnya kepada Abu Maryam. Begitu

 juga kisah „Umar menolong seorang tua Yahudi yang terkial-kial mencari makanan.

 Apabila beliau ternampak orang Yahudi tersebut beliau terus membawanya ke

Page 125: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 125/203

125 | P a g e  

gedung simpanan makanan lalu diberi makanan. Malahan, orang tua itu mendapat

bantuan daripada Baitulmal negara.

Rasa Tanggungjawab Khalifah ‘Umar  

Rasa tanggungjawab khalifah „Umar bukan setakat terhadap manusia yang hidup di

sekelilingnya tetapi juga terhadap binatang dan haiwan ternakan. Ada kata-kata

beliau yang cukup terkenal yang melambangkan keprihatinannya ini, iaitu: “Demi

 Allah, kalaulah keldai itu tergelincir di tebing sungai Furat nescaya aku akan

bertanggungjawab di hadapan Allah nanti kerana aku tidak menyediakan jalan khas

untuk binatang tersebut”. 

Dalam pada itu, meskipun khalifah „Umar sibuk dengan urusan pentadbiran

negara tetapi beliau masih sempat memberikan perhatian terhadap masalah dan

kebajikan rakyatnya. Beliau sering meronda-ronda di sekitar bandar Madinah pada

malam hari. Hinggakan, pada satu malam, beliau terdengar seorang kanak-kanak

sedang menangis. Kemudian, beliau bertanya kepada ibu kanak-kanak tersebut

kenapa budak itu menangis. Ibunya memberitahu bahawa dia enggan menyusukan

anaknya kerana dia sendiri tidak mendapat bantuan makanan yang cukup daripada

Baitulmal, lebih-lebih lagi makanan tersebut khas untuk bayi yang sudah tidak

menyusu lagi. „Umar terkejut lalu mengarahkan pegawainya menghantar bekalan

makanan.

Jasa Dan Pengorbanan Saidina Umar

Page 126: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 126/203

126 | P a g e  

Terlalu banyak jasa yang telah dilakukan oleh Saidina Umar terutama selepas

dilantik menjadi khalifah. Antaranya ialah:

1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran

a) Membentuk Majlis Syura

Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau

majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura

Tertinggi dan majlis Syura Am.

 Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b.

 Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b.

Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial

negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini

 juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan

dalaman dan hubungan luar.

Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa

permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka

peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk

mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam,

Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan

pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

Page 127: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 127/203

127 | P a g e  

b) Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam

yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara.

Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam

yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran

Islam.

Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran.

Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Makkah pada tiap-tiap tahun selepas

menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan

dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai

contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al- Ash, Mughirah b. Syu‟bah dan Zaid

b. Sumyah.

Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan

harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan

oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

c) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan

pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala

tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari

tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam

Page 128: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 128/203

128 | P a g e  

negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh

penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.

Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah

dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan

sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai

peperangan.

2. Pembaharuan dalam bidang ekonomi

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan

kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai

telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-

syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan.

Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang

bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan

mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui.

Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan

negara bertambah.

Page 129: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 129/203

129 | P a g e  

Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah

baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan

di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

a) Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini.

Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan

mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah

dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang

dikenakan keatas mereka tidak membebankan.

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh

orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau

dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang

tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

b) Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf

yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti

orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam

peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak

Page 130: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 130/203

130 | P a g e  

boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan

hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal

tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan

hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah

melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang

sakit.

c) Menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan

pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu

berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan

serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi

diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam.

Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi

menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa,

al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai

satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

a) Memajukan sistem pertanian

Page 131: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 131/203

131 | P a g e  

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang

mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan

Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula

beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah

(Tigres) dengan bandar Basrah.

Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang

bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi

memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik

sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah

mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.

Secara ringkasnya, jasa dan pengorbanan Saidina Umar dapat dilihat dalam

rajah di bawah:

Page 132: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 132/203

132 | P a g e  

Pentadbiran

  Mengemaskini majlis syura.

  Mengasaskan jabatan-jabatan kerajaan seperti

 jabatan cukai, persuratan dan ketenteraan.

  Memisahkan kuasa kehakiman daripada

pentadbiran.

  Mengasaskan undang-undang hisbah.

  Memperkenalkan taqwim Islam.

Dakwah   Penyebaran dakwah secara berleluasa di wilayah-

wilayah baru seperti Mesir, Parsi dan Rom.

  Melantik gabenor di wilayah-wilayah baru bagi

melicinkan pentadbiran.

  Menghantar ulama‟ keserata tempat  untuk

berdakwah.

Pembangunan

Negara

  Mengemaskini institusi Baitulmal.

  Penerokaan kawasan-kawasan baru untuk

dijadikan tanah pertanaian.

  Membina saliran air.

Page 133: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 133/203

133 | P a g e  

  Membina rumah persinggahan bagi musafir.

  Membina sekolah untuk pendidikan anak-anak.

Saidina ‘Umar Meninggal dunia 

Khalifah Umar adalah merupakan Khalifah yang banyak melakukan pembaharuan

kepada negara Islam. Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan

dan 4 hari, beliau pun wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23

Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun. Beliau ditikam oleh Abu Lu‟luah, bangsa Parsi

yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah

dan Abu Bakar di Madinah. Pentadbiran khalifah selepasnya pula diberikan kepada

Saidina Uthman b. Affan ra.

SAIDINA UTHMAN B. ‘AFFAN 

Malaikat Malu Padanya 

Biodata

Nama penuh : „Uthman Bin „Affan Bin Abu

Page 134: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 134/203

134 | P a g e  

al-„As Bin Umaiyah. 

Tarikh Lahir : Tahun 576 Masihi.

Tempat Lahir : Makkah Al-Mukarramah

Keturunan : Bani Umaiyah.

Tarikh menjadi khalifah : Tahun 644 Masihi bersamaan tahun

23 Hijrah.

Tempoh mentadbir : 12 tahun

Tarikh wafat : 18 Zulhijjah Tahun 35 Hijrah.

Gelaran yang diberikan : Zunnurain (bermaksud yang mempunyai

dua cahaya), Saidina Uthman telah

berkahwin dengan dua orang puteri

Rasulullah iaitu Ruqaiyah dan Ummu

Kalthum.

Nama sebenar beliau ialah „Uthman bin „Affan bin Abu al-„As bin Umayyah bin

„Abdus Sham bin Abdu Manaf. Beliau dilahirkan enam tahun selepas Tahun Gajah,

iaitu pada tahun 576 Masihi. Beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam berumur lebih kurang 5 tahun. Uthman merupakan

seorang bangSallallahu „Alayhi Wa Sallaman dari golongan Quraish dari Bani

Umayyah. Ibunya bernama Arwi binti Kariz bin Rabi‟ah bin Habib bin Abdus Sham.

Salasilah keturunan beliau bertemu dengan salasilah keturunan Nabi Muhammad

pada moyang mereka, iaitu Abdu Manaf.

Page 135: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 135/203

135 | P a g e  

Dari segi fizikalnya, „Uthman merupakan orang yang bertubuh sederhana,

iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Wajahnya putih kemerah-merahan.

Rambutnya tebal. Janggutnya juga panjang . Beliau amat sopan berkata-kata.

Dari segi akhlaknya, banyak kitab sejarah Islam meriwayatkan bahawa beliau

merupakan orang yang suka bertolak ansur, mempunyai jiwa yang lembut, disukai

orang ramai, dan sangat pemalu. Selain itu, „Uthman juga dipandang mulia,

disenangi orang ramai; baik semasa zaman jahiliahnya mahupun sesudah

keislamannya serta teguh pendirian dalam segala perkara.

Beliau pernah menceritakan kisah tentang dirinya, iaitu: “Aku selalu bertafakur

sendirian menyembah Allah sepuluh kali sehari. Aku juga merupakan orang keempat

yang memeluk Islam. Rasulullah pernah memintaku mengahwini puterinya

Ruqayyah dan Ummu Kalthum. Semasa Jahiliah, aku tidak pernah mencuri dan

tidak pernah berzina. Sejak aku berbaiah dengan Rasulullah, aku selau

mengumpulkan ayat-ayat al-Qur`an. Aku juga sering turut serta dalam peperangan

umat Islam”. 

Pengislaman ‘Uthman 

Saidina „Uthman merupakan salah orang terawal yang memeluk Islam. Abu Bakar

as-Siddiqlah yang mengajak beliau memeluk Islam. Beliau memeluk Islam sebaik

sahaja Abu Bakar memeluk Islam. Justeru, beliau pernah berkata: “Aku merupakan

orang keempat yang memeluk Islam selepas Abu Bakar, Khadijah, dan Zayd bin

Page 136: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 136/203

136 | P a g e  

Harithah. Keinginan beliau memeluk Islam amatlah tinggi meskipun mendapat

tentangan yang dahsyat. Ayah saudaranya sendiri misalnya, iaitu al-Hakam bin Abu

al-„As pernah cuba mengikatnya seraya berkata: “Adakah kamu membenci agama

nenek moyang kamu?.Aku bersumpah untuk tidak menegurmu sehingga engkau

kembali kepada agamamu yang asal”. 

Oleh itu, sahabat besar ini termasuk dalam kalangan orang pertama yang

masuk Islam, walaupun beliau datangnya dari suku atau puak Quraisy yang paling

keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah Sallallahu „Alayhi

Wa Sallam, iaitu puak Umaiyah.

Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai

oleh Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam kerana kemuliaan dan kehalusan

budipekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. terkenal

sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budiperkertinya, sangat penyantun,

lemah lembut lagi pemalu. Sebagai memperlihatkan kecintaan dan penghargaan

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam kepadanya itulah maka beliau telah menjadi

pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan puteri-puterinya seorang demi seorang

selepas meninggal seorang lepas satunya.

Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah Sallallahu „Alayhi

Wa Sallam pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai

Uthman. Memang Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam biasanya tidak keberatan

menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi

apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya,

Page 137: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 137/203

137 | P a g e  

maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati

sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat.

Perkahwinan ‘Uthman dengan Puteri Rasulullah 

Saidina „Uthman pernah mengahwini dua puteri Rasulullah, iaitu Ruqayyah dan

Ummu Kalthum. Perkahwinannya dengan Ruqayyah kekal sehingga peperangan

Badar berlaku apabila Ruqayyah meninggal dunia. Dalam peperangan ini, „Uthman

tidak keluar berperang kerana menjaga isterinya.

Tambahan pula, Rasulullah memang mengarahkannya berbuat demikian.

Namun begitu, „Uhman tetap menghulurkan bantuan kewangan dalam peperangan

Badar tersebut. Kemudian, beliau berkahwin lagi dengan Ummu Kalthum dan

berkekalan sehingga tahun kesembilan Hijrah apabila isterinya meninggal dunia.

Pada hari kematian Ummu Kalthum, „Uthman sangat sedih. Besarnya

kecintaan dan penghormatan Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam terhadap

Saiyidina Uthman R.A. , iaitu tatkala isterinya yang kedua itu (Ummu Kalthum)

meninggal, Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam telah bersabda kepadanya : “

Sekiranya aku mempunyai anak perempuan lain pasti aku akan mengahwinkannya

untukmu”.

Disebabkan „Uthman berkahwin dengan dua puteri Rasulullah, beliau te lah

digelar sebagai Zunnurayn, iaitu orang yang mempunyai dua cahaya.

Page 138: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 138/203

138 | P a g e  

Kehidupan Saidina ‘Uthman Bersama Rasulullah 

Sejak memeluk Islam, Saidina „Uthman banyak berjuang untuk Islam dengan

sepenuh jiwa dan raganya. Beliau pernah berhijrah sebanyak dua kali, iaitu ke

Habshah dan ke Madinah. Penghijrahannya itu turut disertai oleh isterinya,

Ruqayyah. Mereka menempuh banyak penderitaan semasa penghijrahan tersebut.

Ketika suasana pergolakan di Makkah menjadi tegang dan meruncing

disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum

Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke

Habsyah. Saiyidina Uthman R.A. berserta isterinya adalah termasuk rombongan

yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu.

Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang

ditinggalkannya itu kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk

dalam usaha untuk menegakkan agama Allah. Sekembalinya beliau dari Habsyah,

beliau pun tinggallah di kota Makkah buat sementara waktu. Kemudian beliau telah

melakukan hijrah pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Sallam yang telahpun lebih dahulu berhijrah di kota tersebut.

Setelah berada di Madinah, Saiyidina Uthman R.A. pun mulalah menjalankan

usaha perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun

demikian beliau tidak teragak-agak sedikitpun bagi mempergunakan seluruh

kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan

kesucian Islam. Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan

Saiyidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. Di zaman permulaan perjuangan Islam

Page 139: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 139/203

139 | P a g e  

di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina

Uthman Bin Affan telah membeli sebuah kolam yang bernama Bi‟r Rumah daripada

seorang Yahudi.

Justeru, „Uthman merupakan orang Quraysh yang paling kaya. Beliau

membeli Telaga Rumah dengan harga 35,000 dirham yang dikhususkan untuk umat

Islam di Madinah. Pada masa itu, umat Islam mengalami kemarau air selain

harganya yang melambung tinggi.

Dalam pada itu, Saidina „Uthman menyertai semua peperangan yang

Rasulullah sertai melainkan peperangan Badar. Hal ini disebabkan arahan

Rasulullah yang menyuruh beliau menjaga isterinya yang sedang uzur. Di samping

itu, Rasulullah juga pernah mengarahkannya menjadi wakil utusan Rasulullah dalam

perjanjian dengan kaum Quraysh. Hal ini berlaku selepas Saidina „Umar menarik diri

untuk menjadi wakil utusan Rasulullah dengan alasan bahawa dia takut kalau-kalau

dia akan berkeras dalam perjanjian tersebut. Hal ini disebabkan „Umar sangat

memusuhi kaum Quraysh Makkah.

Sementara itu, Rasulullah mendapat khabar angin bahawa kaum Quraysh

telah membunuh Saidina „Uthman. Lantas, Rasulullah berjanji untuk membela

kematian „Uthman sekiranya berita itu benar. Lalu, Rasulullah dan para sahabat

membuat janji setia yang dinamakan Perjanjian Ridwan di bawah sebatang pokok.

Rasulullah sendiri berbai`ah bagi mewakili diri „Uthman yang tiada pada waktu itu.

Firman Allah:

Page 140: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 140/203

140 | P a g e  

 

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman,

ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di

bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata

apa Yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada

Dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka,

dan membalas mereka Dengan kemenangan Yang dekat masa datangnya; (Surah

al-Fath : 18).

Peribadi Dan Akhlak Saidina Uthman

Setelah memeluk Islam, Saidina Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai

oleh Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam kerana kemuliaan dan kehalusan

budipekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. terkenal

sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budi pekertinya, sangat penyantun,

lemah lembut dan mempunyai sifat malu yang tinggi.

Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya yang mempunyai sifat malu itulah

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam pernah bersabda kepadanya, "Malaikat

sangat malu kepadamu hai Uthman. Memang Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa

Page 141: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 141/203

141 | P a g e  

Sallam biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam

berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman

R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya

yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para

malaikat.

Selain memiliki sifat pemalu, Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat

akrab Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam yang masyhur dengan sifat waraknya,

kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah, dia mengerjakan segala perintah Allah

dan sekali-kali tidak melanggar larangan Allah. Beliau selalu menunaikan ibadah

Haji dan beliau banyak berpuasa kecuali pada hari-hari yang ditegah berpuasa.

Beliau sangat mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan sangat

bertimbangrasa dan kasih mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat

yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau

mendengar bacaan Qur'an darihal azab api neraka maka air matanya bercucuran

keluar oleh rasa takutnya.

Saidina Uthman bin Affan ra adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap

wara‟. Tengah malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu

untuk mengaji Al-Quran. Bila sedang berzikir dari matanya mengalir air mata. Beliau

selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat, dermawan

dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah melaksanakan hijrah sebanyak dua

kali, pertama ke Habasyah, dan yang kedua ke Madinah.

Page 142: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 142/203

142 | P a g e  

Seorang Dermawan

Setelah berada di Madinah, Saiyidina Uthman R.A. pun mulalah menjalankan usaha

perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun demikian

beliau tidak teragak-agak sedikitpun bagi mempergunakan seluruh kekayaan dan

harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam.

Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan Saiyidina Uthman Bin

 Affan terhadap Islam.

Pada zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin

menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina Uthman Bin Affan telah membeli sebuah

kolam yang bernama Bir Ruma dan seorang Yahudi. Pada saat itulah Rasulullah

Sallallahu „Alayhi Wa Sallam bersabda, "Barangsiapa yang antara kamu yang

membeli perigi Rumah lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta

ia menimba air perigi tersebut maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan

menyediakan tempat minuman baginya dalam syurga. Begitu juga tatkala Masjid

Madinah rnenjadi terasa sempit sebab semakin banyaknya orang yang bersalat di

dalamnya, maka dengan spontan Saiyidina Uthman membeli lima rumah yang

sederet di samping masjid untuk dibongkar, kemudian dibangunkan tambahan

masjid agar menjadi lebih luas dan besar .

Saidina Uthman terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan

baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah

 Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-Ghani ”. Selepas memeluk

Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam,

Page 143: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 143/203

Page 144: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 144/203

Page 145: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 145/203

145 | P a g e  

Dalam pada itu, Saidina „Uthman amat rapat dengan dua lagi khalifah yang

lain sebelumnya, iaitu Abu Bakar as-Siddiq dan „Umar al-Khattab. Beliaulah yang

menjadi orang yang paling dipercayai bagi kedua-dua khalifah tadi. „Uthman

sentiasa menjadi rujukan terhadap masalah yang tidak dapat diselesaikan. Malahan,

„Uthman pernah menjadi jurutulis Abu Bakar bagi melantik „Umar al-Khattab sebagai

pemangku khalifah. Para ulama meletakkan kedudukan dan kemuliaan Saidina

„Uthman dalam kalangan sahabat besar sama seperti kedudukannya dalam

salasilah khalifah ar-Rashidin yang empat.

Kesimpulannya, akhlak dan keperibadian Saidina Uthman sungguh hebat dan

terkandung dalam perkara-perkara berikut:

1. Saidina „Uthman terkenal dengan sahabat yang banyak berkorban untuk

perjuangan Islam.

2. Beliau juga memiliki sifat pemurah yang tinggi dan sanggup membelanjakan

hartanya untuk fi sabilillah.

3. Dalam masa yang sma belaiu bersifat zuhud iaitu mencintai kehidupan akhirat

lebih daripada kehidupan dunia.

4. Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dan meninggalkan keluarga dan bumi

Makkah semata-mata untuk menyelamatkan aqidah dan kesucian Islam.

5. Beliau memiliki sifat khauf iaitu takut kepada azab Allah yang tinggi. Justeru,

beliau banyak melakukan ibadat sunat seperti qiyamullail, berpuasa sunat

dan membaca al-Quran.

Page 146: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 146/203

146 | P a g e  

Kepimpinan Saidina Uthman

Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar

dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan

orang ramai. Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar ra.

Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa yang

ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab ra.

Selepas jenazah „Umar selamat dikebumikan, ahli mesyuarat mencadangkan

enam nama sabahat besar tadi kepada orang awam. Setelah berbincang lama,

mereka mencadangkan „Abdurrahman bin „Auf sebagai khalifah. Namun begitu,

beliau enggan. Lantas, umat Islam menyerahkan pemilihan khalifah kepada beliau.

Kemudian, „Abdurrahman menilai satu persatu baki lima calon sahabat besar yang

ada berdasarkan pandangan kebanyakan orang.

 Akhirnya, beliau mendapati bahawa majoriti umat Islam telah memilih

„Uthman sebagai khalifah. Di samping itu, „Abdurrahman juga ada bertanya kepada

kalangan sahabat utama lain. Mereka juga bersetuju dengan kehendak majoriti umat

Islam yang memilih „Uthman. 

Lantaran itu, Abdur Rahman berasa lega kerana majoriti umat Islam memilih

„Uthman sebagai khalifah. Justeru, beliau membuat pengumuman tentang pelantikan

„Uthman sebagai khalifah di Masjid Nabawi.

Khutbah Janji Setia

Page 147: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 147/203

147 | P a g e  

Saidina „Uthman menerima pelantikannya sebagai khalifah ketiga pada bulan

Muharram tahun 24 Hijrah. Selepas pelantikan tersebut, beliau menaiki mimbar

Masjid Nabawi lalu berucap kepada semua umat Islam yang ada pada hari tersebut.

 Antara isi ucapan beliau ialah Saidina „Uthman menyatakan bahawa umat Islam

sebenarnya berada di dunia yang fana ini. Oleh itu, mereka jangan terlalu leka

dengan kehidupan dunia yang tidak kekal ini. Beliau juga berpesan agar umat Islam

lebih menumpukan kesejahteraan hidup di alam baqa`, iaitu di akhirat kelak.

Hala tuju pentadbirannya pula ialah dengan menggunakan dasar kandungan

al-Quran, al-Hadith, dan ijtihad dua khalifah sebelumnya sebagai panduan dalam

pemerintahannya.

Perutusan Saidina ‘Uthman kepada Penjawat Awam dan Gabenor Wilayah 

Pada awal pemerintahannya, Saidina „Uthman ada mengirim perutusan kepada

beberapa gabenor, panglima tentera, dan orang awam. Antara isi perutusan tersebut

ialah beliau menyarankan agar para pemerintah yang terlibat hendaklah menjaga

kebajikan rakyat jelata serta orang bawahan mereka. Segala janji hendaklah

ditunaikan tanpa pilih kasih. Begitu juga amanat beliau kepada orang ramai agar

mereka tidak terlalu leka dengan urusan duniawi sahaja.

Pemerintahan Saidina Uthman

 Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12

tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan

Page 148: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 148/203

148 | P a g e  

keagungan Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman “Fitnatul-

Kubra” iaitu zaman huru hara.

Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam

Banyak jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam

menyebar dan memperkembang luaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:

1. Bidang Ketenteraan

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah

negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan

empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga

empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah

berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia,

Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam

menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan

dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang telah dibuka melalui

angkatan tentera ini.

2. Pembukuan Al-Quran

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas.

 Apabila ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya

perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka

Page 149: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 149/203

149 | P a g e  

mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka

mempelajari al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa

kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan

ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam

dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.

Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah al-Quran yang

baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah

Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang

berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana

ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk

menjamin kesucian al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Pembesaran Masjid Nabawi

Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin

ramai, Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan

membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah

diluaskan pada tahun 29 Hijrah.

4. Menyebarkan Dakwah Islam

Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan

ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada

rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan

ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga

Page 150: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 150/203

150 | P a g e  

melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf solat. Beliau juga banyak

menggunakan al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.

Ringkasnya, antara sumbangan Saidina Uthman ketika menjadi khalifah

adalah seperti yang berikut: 

Dalam Bidang

Politik

  Menjadi utusan Rasulullah dalam utntuk berunding

dengan Musyrikin Makkah sebelum perjanjian

Hudaibiyyah.

  Menubuhkan angkatan tentera laut yang terlatih

Dalam bidang

Ekonomi

  Menyumbangkan harta dan wang yang banyak di

 jalan Allah.

  Memberi peluang pekerjaan dan melahirkan

masyarakat yang . kukuh ekonomi.

Dalam bidang

Sosial

  Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran

  Bergaul mesra dan sifat lemah lembut dengan rakyat.

Dakwah dan

penyebaran

  Mengumpul dan membukukan al-Quran. Al-Quran

yang dikumpulkan pada zaman Saidina Uthman

Page 151: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 151/203

151 | P a g e  

Islam dinamakan Mushaf Uthmani. Langkah yang dibuat

dalam pengumpulan tersebut ialah:

  Menubuhkan suruhanjaya Khas untuk

pengumpulan Al-Quran.

  Melantik sahabat bernama Zaid Bin Thabit sebagai

pengerusi Suruhanjaya dengan dibantu oleh Abdul

Rahman Bin Harith dan Abdullah Bin Zubair.

Perluasan Wilayah Islam

Selepas kematian Saidina „Umar, kebanyakan rakyat Parsi melanggar perjanjian

damai yang telah dibuat dengan umat Islam. Pemimpin mereka menyangka bahawa

inilah peluangnya untuk mereka menghalau orang Islam dari bumi mereka. Namun

begitu, Saidina „Uthman menentang dan mematahkan pemberontakan golongan

Parsi ini sama seperti yang dibuat oleh Abu Bakar as-Siddiq terhadap golongan

murtad dahulu.

Lantaran itu, Khalifah „Uthman menyediakan bala tentera yang diketuai oleh

gabenor wilayah masing-masing. Antaranya ialah al-Walid bin „Uqbah di Kufah dan

„Abdullah bin „Amir di Basrah. Mereka dilantik bagi mematahkan pemberontakan

golongan murtad yang terdiri daripada orang Parsi.

Page 152: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 152/203

152 | P a g e  

Sebenarnya, peluasan kuasa terhadap wilayah baharu pada zaman „Uthman

ini adalah lebih sukar berbanding pembukaan kawasan baharu pada zaman „Umar

dahulu. Hal ini disebabkan orang Parsi telah kalah dahulu di Nahawand yang

menyebabkan semangat mudah luntur. sementara tentera Islam pada zaman

„Uthman ini terpaksa mengalami kesukaran yang lebih teruk. Mereka terpaksa

menghadapi siri peperangan selama beberapa tahun, iaitu antara tahun 24 Hijrah

hingga ke tahun 31 Hijrah.

Dalam peperangan itulah berakhirnya dinasti kerajaan Sasaniah yang

menyebabkan terbunuhnya maharaja mereka, iaitu Yazdajar Ketiga di tangan orang

Islam berbangsa Parsi sendiri. Baginda terbunuh di satu tempat bernama Meru pada

tahun 31 Hijrah. Dengan kematian Yazdajar ini maka tamatlah riwayat Empayar

Besar Parsi daripada lipatan sejarah dunia.

Dalam hal ini, ada beberapa perkara yang menarik perhatian. Antaranya ialah

sikap orang Islam yang tidak melakukan kekerasan dan kezaliman terhadap orang

Parsi selepas kekalahan mereka tadi. Malahan, mereka telah diampunkan oleh

pemerintah Islam. Mereka dilayan oleh pemerintah Islam sama seperti sebelum

mereka memberontak. Akhirnya, dengan sikap tolak ansur umat Islam, orang Parsi

telah menyumbang ke arah pembangunan kerajaan dan empayar Islam sehingga

menjadi satu kuasa besar dunia yang digeruni musuh.

Hubungan Orang Islam dengan Orang Rom

Page 153: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 153/203

153 | P a g e  

Selepas kematian khalifah „Umar, kerajaan Rom mahu menghancurkan umat Islam.

Lantas, pada awal pemerintahan Khalifah „Uthman, mereka menyerang orang Islam

di wilayah Syam dengan bantuan tentera dari Asia Tengah. Lantaran itu, panglima

tentera Islam, iaitu Mu‟awiyah bin Abu Sufyan telah meminta bantuan ketenteraan

daripada Khalifah „Uthman. Justeru, Khalifah „Uthman mengirim surat kepada

gabenor Islam di Kufah, iaitu al-Walid bin „Uqbah bagi meminta bantuan. Antara isi

surat itu ialah Khalifah „Uthman mengarahkan al-Walid menghantar 7000 ke 8000

tentera yang berani dan bersemangat agar bergerak ke Syam bagi membantu Abu

Sufyan.

Kemudian, mereka pun bergerak dari Kufah menuju ke Syam dengan diketuai

oleh Salman bin Rabi‟ah al-Bahili. Mereka terpaksa meredah padang pasir selama

tiga hari dengan disertai oleh seramai 8000 bala tentera. Selepas itu, mereka

bergabung dengan tentera Syam yang diketuai oleh Habib bin Musallamah bin

Khalid al-Fihri lalu menyerang hebat tentera Rom. Akhirnya mereka berjaya dalam

pertempuran itu .

Cubaan Tentera Rom Kembali ke Mesir

Tentera Rom masih lagi mahu cuba untuk menyerang tentera Islam meskipun

mereka kalah semasa peperangan di Syam dahulu. Raja mereka, Consatos Dua

(22-48 Hijrah) masih bercita-cita besar mahu menguasai wilayah Islam, khususnya

Mesir. Dia mahu mengembalikan Mesir ke tangan mereka sama seperti yang dibuat

oleh datuknya, Hercules. Justeru, pada tahun 25 Hijrah, Consatoz mengirim satu

armada tentera laut yang diketuai oleh Manuel untuk menyerang Iskandariah.

Page 154: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 154/203

154 | P a g e  

 Armada ini turut dibantu oleh saki baki orang Rom dan Greek yang masih tinggal di

Iskandariah.

Oleh demikian, armada ini menuju ke selatan Iskandariah, iaitu ke kawasan

Kubu Babylon. Pada masa yang sama, khalifah „Uthman juga mengirim satu bala

tentera yang diketuai oleh „Amru al-„As bagi mempertahankan bumi Mesir. Akhirnya,

beliau berjaya mempertahankan Mesir dari serangan Rom sehingga menyebabkan

terbunuhnya panglima mereka, iaitu Manuel tadi.

Pembukaan Wilayah Afrika Utara

 Apabila „Abdullah bin Sa‟ad bin Abu sarah dilantik sebagai gabenor Mesir oleh

Saidina „Uthman maka beliau mengirim satu surat yang memberitahu khalifah

bahawa tentera Rom yang masih menguasai utara Afrika telah mengubah

sempadan barat Mesir. Justeru, bagi pendapat „Abdullah, mereka perlu menahan

kemaraan Rom sebelum tentera Islam diserang lagi oleh bala tentera Rom tadi.

Saidina „Uthman bersetuju dengan cadangan tersebut setelah beliau

berbincang dengan beberapa sahabat kanan. Malahan, bala tentera Islam itu juga

turut disertai oleh bantuan ketenteraan dari Madinah al-Munawwarah yang

mengandungi beberapa sahabat besar seperti Ibnu Abbas dan Zubayr bin „Awwam, 

Oleh demikian, pada tahun 27 Hijrah bersamaan tahun 647 Masihi, bala

tentera Islam pimpinan „Abdullah bin Saad mula bergerak menuju ke barat Mesir

sehingga sampai di Cartagena, iaitu ibu negara Tunisia pada waktu itu. Kemudian,

Page 155: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 155/203

155 | P a g e  

berlakulah beberapa siri peperangan antara Islam dengan pihak musuh yang

diketuai oleh raja mereka Jarjir dan Gregory. Akhirnya, tentera Islam mencapai

kemenangan besar yang menyebabkan raja mereka Gregory turut terbunuh di

tangan „Abdullah az-Zubayr.

Sebenarnya, tentera Islam bukan setakat mahu mengukuhkan kedudukan

mereka di Mesir tetapi mereka juga mahu mengelakkan permusuhan. Oleh itu,

„Abdullah bin Sa‟ad mahu membuat beberapa perjanjian damai dengan beberapa

pemimpin tempatan yang berjanji untuk membayar jizyah atau cukai kepala.

Selepas pulang ke Mesir, „Abdullah membuka lagi wilayah baharu, iaitu negeri

Nubah yang terletak di selatan Mesir pada tahun 31 Hijrah bersamaan tahun 651

Masihi. Walaupun penduduk Nubah enggan tunduk kepada pemerintahan Islam

tetapi mereka tetap berbaik sesama mereka selain mereka juga melakukan

pertukaran barang dagangan.

Penubuhan Armada Tentera Laut Islam

Penubuhan armada tentera laut Islam merupakan salah satu kejayaan

terbesar negara Islam semasa pemerintahan Khalifah „Uthman, khususnya di Syam

dan Mesir. Hal ini disebabkan umat Islam telah menguasai pesisir pantai timur dan

selatan Laut Mediterranean yang dikenali pada waktu itu sebagai Laut Rom.

Disebabkan penguasaan penuh terhadap kawasan pesisir pantai tersebut maka

Page 156: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 156/203

156 | P a g e  

sewajarnya kerajaan Islam mempunyai armada tentera lautnya sendiri, khususnya

untuk menjaga kawasan tersebut daripada ancaman armada Byzintine.

Sebenarnya, orang yang mula-mula mendapat ilham tentang cadangan

tersebut ialah Mu‟awiyah bin Abu Sufyan yang ketika itu menjadi gabenor Syam.

Kebetulan, wilayah Syam menguasai beberapa kawasan pesisir pantai Syam seperti

Sur, „Aka, Saida, dan Beirut. Malahan, Abu Sufyan pernah mencadangkan perkara

tersebut sejak zaman Khalifah Abu Bakar lagi. Namun begitu, pada masa tersebut,

tentera Islam menghadapi banyak masalah khususnya untuk kekuatan kubu dan

tembok pertahanan musuh yang sungguh kuat.

Pembinaan Kapal Perang

Sebaik sahaja Saidina „Uthman dilantik sebagai khalifah pada tahun 24

Hijrah, Abu Sufyan segera berjumpa khalifah untuk menyatakan hasratnya yang

terpendam selama ini, iaitu membina armada kapal laut. Namun begitu, khalifah

„Uthman menolak cadangan Mu‟awiyah bin Abu Sufyan tadi. Sama seperti Khalifah

„Umar, Saidina „Uthman juga lebih mementingkan keselamatan umat Islam secara

keseluruhan dahulu berbanding kepentingan membina kapal laut tersebut. Akan

tetapi, Abu Sufyan cuba memujuk khalifah dengan cara baik sehingga Mu‟awiyah

akhirnya Khalifah „Uthman mengizinkannya juga tetapi dengan bersyarat, iaitu

armada laut Islam mestilah bersetuju untuk menggunakan kapal tersebut.

 Apabila mendapat keizinan, Mu‟awiyah bin Abu Sufyan segera membina

kapal tersebut dengan bantuan „Abdullah bin Sa‟ad bin Abu Sarah, iaitu gabenor

Page 157: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 157/203

157 | P a g e  

Mesir. Beliau memberikan sebarang bantuan peralatan asas kepada Mu‟awiyah bin

 Abu Sufyan. Kebetulan, Mesir memang sudah terkenal dengan tradisi membuat

kapal sejak dahulu lagi. Dalam hal ini, Mesir mempunyai pekerja yang mahir dan

handal dalam membuat kapal laut. Sementara Syam pula mempunyai bahan asas

untuk membuat kapal laut seperti kayu, jerami, dan beberapa bahan asas lain.

Pembukaan Kepulauan Cyprus (28 Hijrah)

Kejayaan pertama armada tentera Islam ialah pembukaan Pulau Cyprus yang

lokasinya boleh mengancam pesisir pantai wilayah Islam. Hal ini lebih-lebih lagi

kerana kedudukannya yang dekat dengan pesisir pantai tersebut selain menjadi

perhentian penting armada laut tentera Byzantine.

Muawiyah berjaya menawan pulau tersebut pada tahun 28 Hijrah, iaitu empat

tahun setelah penubuhan armada tentera laut Islam. Dalam penawanan tersebut,

armada laut Islam dibantu oleh ketumbukan tentera Syam dan Mesir di bawah

pimpinan „Abdullah bin Sa‟ad. Mereka berjaya mendarat di Pulau Cyprus dan terus

menguasai kepulauan tersebut. Penduduk tempatan pulau itu mahu berdamai lantas

Mu‟awiyah menerima perdamaian tersebut dengan beberapa syarat. Antara

syaratnya ialah:

  Penduduk Pulau Cyprus mesti membayar cukai tahunan sebanyak 7000

dinar.

Page 158: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 158/203

158 | P a g e  

  Penduduk Cyprus juga mesti memberitahu tentang ancaman musuh,

khususnya tentera Rom yang mungkin mengganggu pesisir pantai wilayah

Islam

  Penduduk Cyprus mesti bersikap berkecuali sekiranya peperangan tercetus

antara orang Islam dengan orang Rom. Malahan, mereka mesti

membenarkan tentera Islam berlindung di pulau tersbut sekiranya keadaan

terdesak

Namun begitu, penduduk Cyprus telah melanggar perjanjian damai tersebut

yang menyebabkan Mu‟awiyah terpaksa memerangi mereka buat kali kedua pada

tahun 33 Hijrah. Akhirnya, kepulauan Cyprus terpaksa diletakkan di bawah kuasa

Khalifah yang menyebabkan 12000 orang Islam dipindahkan ke situ. Mereka ini,

akhirnya beranak pinak di pulau tersebut selain membina masjid dan surau.

Peperangan Armada Laut (34 Hijrah)

Kemunculan dan kejayaan armada laut Islam telah memberi kesan terhadap

maharaja Byzantine, iaitu Cisantoz 11. Dia bercita-cita mahu menghancurkan

armada perang tersbut sebelum armada laut ini menjadi semakin besar dan kuat.

Oleh itu, mereka bergerak menuju ke pesisir pantai Syam. Mereka begitu yakin

dapat memusnahkan kapal perang armada Islam kerana kecanggihan armada laut

mereka. Namun begitu, tentera Islam telah bersedia untuk menghadapi sebarang

kemungkinan. Pasukan tentera Islam ini turut dibantu oleh armada laut Syam dan

Mesir yang dipimpin oleh „Abdullah bin Sa‟ad, iaitu gabenor Mesir. 

Page 159: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 159/203

Page 160: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 160/203

160 | P a g e  

semula terhadap Al-Quran dengan kaedah yang lebih tersusun da rapi. Lalu disalin

ke dalam beberapa naskhah dan dihantar ke kota kota besar Islam pada waktu itu.

Sebabnya ialah aduan daripada Huzaifah ibni Al Yaman yang mendengar

perselisihan para sahabat tentang qiraat sehingga boleh membawa perpecahan.

Pengumpulan diselia oleh Zaid bin Sabit dengan bantuan Abdullah bin Amr

bin Al Aas , Abdullah bin Az Zubir , Abdullah bin Abbas dan Abdur Rahman bin Al

Haris bin Hisham. Di antara kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah

ialah apabila berlaku perselisihan pada bentuk penulisan mereka akan menulisnya

dengan bahasa Quraish.

Faedah yang dapat diambil ialah pada zaman rasullullah AlQuran terpelihara

di dalam dada para sahabat dan ditulis di atas pelepah pelepah tamar , kulit kulit

binatang dan kepingan kepingan batu.

Pengumpulan al-Quran dalam satu bahasa pada zaman pemerintahan

Saidina „Uthman ini merupakan salah satu kejayaannya yang paling berharga .

Sebenarnya, al-Qur`an mempunyai dua bentuk. Yang pertama ialah bentuk sebutan

yang dibaca. Yang kedua pula ialah bentuk tulisan yang dibukukan. Semasa al-

Qur`an mula-mula diturunkan, Rasulullah ada memerintahkan agar ia dibukukan.

Begitu juga arahan tersebut dibuat semula sebelum Rasulullah wafat. Sepanjang

penurunan al-Qur`an, Rasulullah pernah berguru dengan Mala`ikat Jibrail bagi

menyusun ayat dan surah al-Qur`an sebanyak dua kali.

Page 161: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 161/203

161 | P a g e  

Dalam pada itu, ramai kalangan sahabat Rasulullah yang menghafal al-

Qur`an berdasarkan dialek ibunda mereka. Oleh itu, terdapat banyak perbezaan

sebutan dan bacaan dalam kalangan mereka. Sementara itu, apabila al-Qur`an

dibukukan untuk kali pertama pada zaman Abu Bakar as-Siddiq, terdapat lagi

bacaan al-Qur`an yang dibiarkan dalam sebutan dialek ibunda masing-masing.

 Akibatnya, tatkala wilayah jajahan Islam semakin meluas ramai umat Islam

membaca al-Qur`an mengikut dialek para sahabat yang tinggal bersama mereka.

Penduduk Kufah misalnya membaca al-Qur`an mengikut cara bacaan

„Abdullah bin Mas‟ud, penduduk Syam pula mengikut cara bacaan Ubay bin Ka‟ab,

dan penduduk Basrah mengikut cara bacaan Abu Musa al- Asy‟ari. Oleh itu, keadaan

semakin sukar apabila masing-masing menjadi taksub dengan cara bacaan mereka

sehingga timbul fitnah sesama mereka. Hal ini menyebabkan Huzaifah al-Yamani

berasa takut semasa dia berada di Azerbaijan. Lantaran itu, dia segera pulang ke

Madinah dan memberitahu khalifah perkara yang berlaku.

Oleh demikian, Khalifah „Uthman segera mengumpulkan para sahabat utama

dan memberitahu masalah yang diberitahu oleh Huzaifah tadi. Menurut khalifah,

satu bentuk mushaf al-Qur`an yang standard perlu ada bagi mengelakkan masalah

ini. Oleh itu, khalifah mengutus surat kepada Hafsah bin „Umar al-Khattab bagi

meminta izin untuk memberikan teks asal al-Qur`an yang pernah ditulis pada zaman

 Abu Bakar. Khalifah „Umar ada mengambil teks asal itu apabila Abu Bakar as-Siddiq

meninggal dunia. Selepas „Umar meninggal dunia, teks asal itu disimpan pula oleh

anaknya tadi, iaitu Hafsah.

Page 162: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 162/203

Page 163: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 163/203

163 | P a g e  

Pada fasa pertama pemerintahan Khalifah „Uthman, khususnya antara tahun 24-31

Hijrah, keadaan masih terkawal dan dalam keadan baik. Namun begitu, pada

permulaan tahun 32 Hijrah, umat Islam mula dipengaruhi fitnah sesama mereka.

Fitnah berlaku selama hampir 10 tahun. Malahan, fitnah besar ini turut berleluasa

sehingga zaman pemerintahan Ali bin Abu Talib, iaitu antara tahun 31-40 Hijrah.

Sebenarnya, fitnah ini merupakan hasil perancangan teratur dan pakatan

 jahat yang disusun oleh pihak munafik dan Yahudi. Malahan, pakatan jahat ini lebih

bahaya daripada pakatan jahat membunuh Khalifah „Umar dahulu. Hal disebabkan

orang yang terlibat dalam membunuh „Umar ialah orang bukan Arab dan Islam.

Tetapi penabur fitnah terhadap pemerintahan Saidina „Uthman ialah orang Arab

sendiri. Lebih teruk daripada itu, fitnah ini telah menghasilkan beberapa kumpulan

atau puak yang saling bermusuhan.

Namun begitu, tidak syak lagi, orang yang betul-betul menjadi dalang dalam

menabur fitnah ini ialah Abdullah bin Saba`. Dia merupakan bangsa Yahudi yang

berpura-pura memeluk Islam. Dia pandai mengada-adakan cerita palsu dan bijak

menipu orang. Dia juga digelar Ibnu Sauda`. Sebenarnya, ada beberapa sebab

utama berlakunya fitnah besar semasa pemerintahan Khalifah „Uthman. Ibnu Saba`

ini hanyalah sebagai pelaksana sebab-sebab utama ini. Antara punca berlakunya

fitnah besar ini ialah:

a) Berlaku perubahan besar dalam politik negara Islam semasa penghujung

pemerintahan Khalifah „Uthman. Terdapat mereka mula bermewah-mewah

Page 164: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 164/203

164 | P a g e  

dari segi makanan, minuman, dan pakaian. Golongan yang terlibat ialah

generasi muda Arab yang baru memeluk Islam selepas kewafatan Rasulullah.

Mereka agak kurang menghayati ajaran Islam. Malahan, mereka kurang

bersederhana dalam kehidupan harian mereka.

 Ada sesetengah sahabat besar yang terkenal dengan kewarakan dan

kezuhudannya tidak begitu suka dengan cara golongan ini. Antaranya ialah

 Abu Zar al-Ghifari. Justeru, Abu Zar cuba menguar-uarkan kepada orang

ramai bahawa sebagai umat Islam mereka tidak boleh bermewah dalam

kehidupan. Beliau berhujah berdasarkan ayat 34 surah al-Taubah.

 

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara

pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang

ramai Dengan cara Yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan

 Allah (ugama Islam). dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan

perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah

kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

Page 165: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 165/203

165 | P a g e  

b) Ramai penduduk Yaman dan penduduk di sekitar kawasan Teluk Parsi yang

terlibat dalam pembukaan wilayah baharu Islam. Peranan mereka dalam hal

ini memang tidak dinafikan. Namun begitu, mereka berasa bahawa

kebanyakan jawatan penting dalam kerajaan Islam tidak diberikan kepada

mereka tetapi diberikan kepada kaum Quraysh, golongan Muhajirn, dan

golongan Ansar. Bagi penduduk Yaman dan Teluk Parsi tadi, mereka perlu

mendapat hak dalam pemerintahan negara Islam.

 Akibatnya, mereka bangun menentang penguasaan golongan

Muhajirin dan Ansar dalam pemerintahan negara Islam. Mereka menganggap

khalifah sebagai zalim. Dalam keadaan inilah Ibnu Saba`, sekali lagi,

mengambil peluang untuk mengapi-apikan suasana selain menabur fitnah

dalam kalangan umat Islam.

c) Apabila fitnah mula tersebar luas, kebanyakan gabenor wilayah takluk Islam

diperintah oleh kaum kerabat Quraysh dan bani Umayyah. Justeru, hal ini

memudahkan kerja Abdullah bin Saba` menabur fitnah ke seluruh negara.

Sebenarnya, para gabenor Islam seperti Mu‟awiyah bin Abu Sufyan di Syam,

 Abdullah bin Sa‟ad bin Abu as-Sarrah di Mesir, Abdullah bin Amir di Basrah,

dan al-Walid bin „Uqbah di Kufah merupakan sebaik-baik pemimpin yang

dilantik oleh khalifah. Malahan ada kalangan mereka yang dilantik menjadi

gabenor sebelum zaman Khalifah „Uthman lagi. Misalnya, Mu‟awiyah bin Abu

Sufyan yang dilantik sebagai gabenor Syam sejak zaman Khalifah Abu Bakar

as-Siddiq lagi. Dengan kata lain, semua gebenor yang dilantik oleh Khalifah

„Uthman memang berkelayakan dan bukan orang sebarangan. 

Page 166: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 166/203

166 | P a g e  

d) Kebanyakan anak tempatan di wilayah jajahan Islam, khususnya Parsi, tidak

berpuas hati dengan penguasaan bangsa Arab terhadap wilayah Islam.

Mereka cuba mempermain-mainkan kerajaan Islam selain menghina orang

Islam lain. Pada hal, mereka sudah membuat perjanjian dengan kerajaan

Islam semasa Parsi mula-mula ditakluk dahulu. Golongan inilah sebenarnya

yang membuat fitnah terhadap pimpinan kerajaan Islam yang berlanjutan

sehingga akhir zaman Umawi.

e) Sikap Saidina „Uthman yang berlembut dan bertolak ansur terhadap

pemberontak dan penabur fitnah.

Abdullah bin Saba`

Beliau merupakan bangsa Yahudi yang berasal dari San‟a. Abdullah bin Saba`

mendakwa telah memeluk Islam pada zaman pemerintahan „Uthman. Pada waktu

itu, dia mula menyebarkan fitnahnya melalui propaganda yang pelik dan

menyeleweng daripada ajaran Islam. Antara dakwaaannya yang menyeleweng ialah,

Rasulullah pernah berwasiat bahawa pengganti baginda ialah Saidina Ali bin Abu

Talib. Dengan kata lain, ketiga-tiga khalifah yang lain seperti Abu Bakar, Umar, dan

Uthman telah merampas hak Saidina Ali.

Berdasarkan hujah inilah, Abdullah bin Saba` mula menghasut dan memfitnah

kerajaan Khalifah „Uthman. Mula-mula, dia menghasut golongan pemerintah seperti

para gabenor wilayah Islam. Antara gabenor yang cuba dihasutnya ialah gabenor

Page 167: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 167/203

167 | P a g e  

Basrah, Kufah, Syam, dan Mesir. Dia merancang strateginya dengan penuh licik.

Kemudian, Ibnu Saba` mula mengahsut para sahabat besar di Madinah pula seperti

 Ali bin Abu Talib, az-Zubayr bin „Awwam, Talhah bin Ubaidillah, dan Saidatina

„Aishah. Kebetulan mereka ini percaya akan berita palsu yang disebarkan oleh Ibnu

Saba`, iaitu dakwaan Ibnu Saba` tentang kezaliman para gabenor wilayah Islam.

 Akhirnya, keadaan menjadi semakin gawat sehingga menyebabkan terbunuhnya

Khalifah „Uthman secara zalim. 

Sikap Khalifah ‘Uthman Terhadap Fitnah yang Menimpanya

 Apabila Saidina „Uthman mendapat berita tentang penyelewangan para gabenornya

maka beliau segara memanggil para penduduk Madinah untuk berbincang. Mereka

mencadangkan agar khalifah menghantar beberapa pegawai ke wilayah jajahan

yang terlibat untuk menyiasat kebenaran perkara tersebut. Cadangan ini sama

seperti yang dilakukan oleh Saidina „Umar dahulu.

Lantaran itu, Khalifah „Uthman segera mengirim beberapa pegawai penyiasat

yang bukan terdiri daripada keturunan bani Umayyah. Tujuannya adalah supaya

beliau tidak dituduh sebagai berat sebelah terhadap para gabenor yang akan

disiasat nanti. Antara pegawai penyiasat yang terlibat ialah Muhammad bin

Musalmah yang dihantar ke Kufah, Usamah bin Zaid ke Basrah, Abdullah bin Umar

ke Syam, dan Ammar bin Yasir ke Mesir.

Selepas siasatan selesai dijalankan, tiga daripada mereka pulang semula ke

Madinah. Kemudian, mereka mengemukakan laporan siasatan kepada khalifah.

Page 168: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 168/203

168 | P a g e  

Berdasarkan siasatan dalam laporan tersebut, perkara yang diuar-uarkan selama ini

adalah tipu belaka. Semua aduan yang diterima adalah salah dan sengaja direka-

reka. Malahan, menurut laporan siasatan, kesemua para gabenor telah berkhidmat

dengan baik sekali.

Namun begitu, seorang pegawai siasatan yang dilantik, iaitu „Ammar bin Yasir

tidak pulang untuk mengemukakan laporan siasatan. Hal ini disebabkan dia

berkebetulan berjumpa dengan Abdullah bin Saba` yang memang sudah sedia ada

di Mesir. Malahan, Ibnu saba` mahu agar „Ammar membantunya dalam urusan

politiknya. Lalu „Ammar pun turut serta dalam pasukan Abdullah bin Saba`.

 Akibatnya, keadaan menjadi semakin kelam-kabut dan bahaya.

Dalam pada itu, apabila niat jahat para pengikut Ibnu Saba` semakin

terserlah, khususnya dalam usaha menghasut orang ramai memusuhi Khalifah

„Uthman, khalifah mula ber tolak ansur dengan tindakan mereka itu. Malahan,

khalifah mula melayan mereka dengan baik dan memujuk mereka untuk akur

dengan keadaan yang berlaku.

Lantaran itu, apabila keadaan semakin tenang, para dalang utama yang

menabur fitnah mula melihat peluang keemasan untuk menggulingkan khalifah

„Uthman. Justeru, mereka keluar beramai-ramai ke Madinah dengan diketuai oleh

ketua rombongan dari Mesir, Basrah, dan Kufah. Bilangan mereka seramai 10,000

orang. Mereka datang dengan alasan untuk menunaikan haji.

Page 169: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 169/203

169 | P a g e  

Mereka sengaja mengadakan cerita seperti itu bagi mengelakkan diri supaya

tujuan sebanar mereka tidak diketahui orang ramai. Namun begitu, khalifah

menerima mereka dengan baik selain menasihati mereka supaya pulang semula ke

tempat masing-masing. Mereka akur dengan perintah khalifah setelah melihat sikap

tolak ansur dan budi pekerti khalifah.

Namun begitu, ketua dalang yang membuat fitnah seperti al-Ashtar an-

Nakha`i, Amru al-„Asim, Harqus bin Zuhair as-Sa‟di, dan al-Ghafaqi bin Harb tidak

terpengaruh dengan kepulangan anak buah dan pengikut mereka ke tempat masing-

masing. Sebenarnya, mereka tidak tahu akan niat jahat ketua mereka ini. Lantas,

para dalang ini membuat pakatan jahat mahu menggulingkan khalifah atau lebih

teruk daripada itu mereka mahu membunuhnya.

Justeru, mereka tinggal di Madinah untuk membuat satu memorandum atau

surat palsu yang kononnya diambil daripada pembantu peribadi khalifah „Uthman.

 Antara isi memorandum itu ialah arahan khalifah kepada gabenor Mesir, iaitu

„Abdullah bin Sa‟ad agar membunuh pihak pemberontak ataupun menghukum

mereka.

Golongan pemberontak yang dalam perjalanan pulang tadi telah mendapat

surat memorandum tersebut lalu menyerahkannya kepada Saidina Ali. Akan tetapi,

 Ali tahu bahawa isi surat itu adalah palsu dan sengaja direka-reka. Kemudian

mereka semua pulang serentak ke tempat masing-masing melalui jalan yang

berbeza. Sebenarnya, kepulangan mereka secara serentak menunjukan bahawa

golongan pemberontak ini ada membuat sesuatu rancangan jahat.

Page 170: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 170/203

170 | P a g e  

Lantas Saidina Ali bertanya kepada mereka: “Bagaimana kamu tahu wahai

penduduk Kufah dan Basrah akan perkara yang telah diketahui, khususnya tentang

surat tadi? Padahal jalan pulang kamu adalah berbeza. Sepatutnya kamu pulang

secara satu persatu dan bukan serentak. Perkara ini menunjukkan ada perkara yang

tidak kena akan berlaku di Madinah”. 

 Apabila golongan pemberontak tahu bahawa niat jahat mereka telah

terbongkar maka mereka segara berkata kepada Saidina Ali: “Biarlah mereka

mengedarkan surat itu kepada sesiapa yang mereka mahu. Kami sudah tidak

memerlukan lelaki ini. Kami mahu memecatnya”. Dengan jawapan seperti ini

ternyatalah bahawa kisah sebenar dalam surat itu merupakan rekaan semata-mata.

Yang sebenarnya, golongan pemberontak mahu memecat khalifah ataupun

membunuhnya.

Peristiwa Pengepungan dan Pembunuhan Khalifah ‘Uthman 

Keadaan menjadi semakin genting berikutan tersebarnya kandungan isi surat palsu

tadi. Para pemberontak enggan pulang ke tempat masing-masing walaupun sudah

dinasihati oleh para sahabat. Mereka perlu pulang kerana khalifah tidak melakukan

sebarang jenayah dan kesalahan terhadap mereka. Justeru, mereka tidak boleh

menganiaya diri khalifah.

Namun begitu, golongan pemberontak terus mengepung rumah khalifah

Tiada sesiapa pun yang boleh menolong khalifah „Uthman. Malahan beliau telah

Page 171: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 171/203

171 | P a g e  

menolak permintaan Muawiyah Bin Abu Sufyan untuk pergi ke Syam. Khalifah

„Uthman tidak suka meninggalkan tanah airya sendiri, lebih-lebih lagi di situlah

tempat Rasulullah dan para sahabat besar disemadikan.

Malahan, beliau turut menolak hasrat Muawiyah Bin Abu Sufyan lagi yang

mahu menghantar bala tentera dari Syam bagi membantu dalam menjaga

keselamatan Khalifah „Uthman. Beliau tidak mahu menyusahkan penduduk

Madinah, bandar suci Rasulullah, dengan turut terlibat dalam peperangan saudara

ini.

Pada masa yang sama, apabila Ali bin Abu Talib, az-Zubayr bin „Awwam, dan

Talhah bin Ubaidillah melihat kepungan terhadap rumah khalifah semakin teruk

maka mereka menghantar anak mereka untuk menjaga khalifah. Yang ini pun ditolak

oleh khalifah.

Bagi khalifah „Uthman, dia tahu bahawa masalah pemberontakan ini akan

tamat apabila dia dapat dibunuh. Justeru, beliau mahu mempertahankan dirinya

sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Bagi beliau, biarlah berkorban untuk

kepentingan orang lain.

 Akhirnya, setelah mereka puas mengepung rumah Khalifah „Uthman, mereka

menceroboh rumah khalifah dan membunuhnya yang ketika itu sedang berpuasa

dan membaca al-Qur`an.

Page 172: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 172/203

172 | P a g e  

 Alangkah jahatnya golongan pemberontak yang sanggup membunuh insan

yang sentiasa menjaga kebajikan umat Islam, insan yang Malai`kat pun berasa malu

terhadapnya, insan yang dijanjikan Rasulullah dengan syurga serta insan yang

mengucap syahadah dengan Rasulullah sendiri. Akhirnya, Khalifah „Uthman, insan

yang sungguh mulia ini, meninggal dunia pada akhir bulan Zulhijjah tahun 32 Hijrah.

Sesungguhnya, Khalifah „Uthman telah dibunuh secara kejam. Sebenarnya,

beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dalam masalah politik negara Islam

pada waktu itu. Tetapi disebabkan perasaan hasad dengki dan fitnah yang

digembar-gemburkan oleh orang yang bernama Abdullah bin Saba` maka khalifah

yang menjadi mangsanya.

Ibnu Saba`lah yang banyak memfitnah khalifah „Uthman. Antaranya ialah dia

menuduh khalifah tidak turut serta dalam perjanjian ar-Ridwan di Hudaibiyah.

Padahal, dia tahu bahawa Khalifah „Uthman berada di Makkah kerana menjadi wakil

Rasulullah. Malahan Rasulullahlah yang mewakili diri Saidina „Uthman dalam

perjanjian Hudaibiyah itu. Malahan, dia menuduh Saidina „Uthman sebagai bersalah

kerana mengumpulkan al-Qur`an dalam satu mashaf.

Ibnu Abidunia menyampaikan kisah dari Abdullah bin Salaam "Aku pergi ke

rumah Uthman ketika dia sedang dikepung di rumahnya dan aku bertemu dengan

dia. Lalu dia berkata "Selamat datang saudaraku, aku bermimpi bertemu dengan

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam di suatu lorong yang sempit ini dan beliau

berkata: "Ya Uthman mereka mengepung kamu?"

Page 173: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 173/203

173 | P a g e  

 Aku menjawab, "Ya" Nabi bertanya lagi, "Dan mereka membuat kamu haus?"

 Aku menjawab. "Ya."

Kemudian Nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam memberiku baldi berisi air dan

aku minum sampai puas dan aku rasakan dinginnya air itu, lalu baginda bersabda,

"Kalau kamu menghendaki, kamu di menangkan atau kalau kamu mengkehendaki

berbuka puasa di tempat kami"

Ketika itu Uthman dalam keadaan berpuasa. Uthman berkata, "Aku memilih

berbuka puasa di tempat Nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam," . Tepat pada petang

hari itu, Uthman dibunuh

Saidina Uthman ra syahid dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang

mengepung rumahnya. Pada tanggal 8 Zulhijah 35 Hijriah, Saidina Uthman

menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk al-Quran yang dibacanya.

Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah.

Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan

pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa ‟ ar -Rasyidin.

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Wajahnya Dimuliakan Allah

Biodata

Page 174: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 174/203

174 | P a g e  

Nama penuh : „Ali Bin Abu Talib Bin Abdul Muttalib 

Tarikh Lahir : Tahun 601 Masihi.

Tempat Lahir : Di dalam kaabah, Makkah Al-Mukarramah

Keturunan : Bani Hasyim, Quraish.

Hubungan Dengan Rasulullah : Sepupu

Jawatan dalam pentadbiran: : Khalifah keempat daripada Khulafa'

 Al-Rasyidin

Tarikh menjadi khalifah : 655 Masihi bersamaan tahun

35 Hijrah.

Tempoh mentadbir : 4 tahun

Tarikh kewafatan : 17 Ramadhan Tahun 41 Hijrah bersamaan

Tahun 661 Masihi.

Gelaran (Kunyah) : Abu al-Hasan dan Abu Turab

Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598 Hijrah. Beliau dilahirkan lebih

kurang 30 tahun selepas kelahiran baginda Rasulullah. Nama sebenarnya ialah Ali

bin Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Manakalanya ibunya

bernama Fatimah binti Asad bin Hashim.

Ibunya berketurunan Bani Hashim. Ibunya telah memeluk Islam dan turut

serta berhijrah ke Madinah. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah ahli puak Quraish dan

 juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad Sallallahu „Alayhi Wa Sallam. Saidina Ali

Page 175: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 175/203

175 | P a g e  

merupakan anak kepada bapa saudara Rasulullah iaiatu Abu Talib. Dengan kata

lain, Ali ialah sepupu Rasulullah.

 Abu Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah

hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan

beban Abu Talib , Nabi Sallallahu „Alayhi Wa Sallam telah mengambil Ali untuk

dijaga, manakala Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja'afar menjadi

tanggungannya .

Sehubungan dengan itu, Rasulullah telah mengambil Ali untuk tinggal

bersama Baginda di rumahnya. Ketika itu, umur Ali baru enam tahun. Dengan takdir

 Allah juga, Ali hidup dalam naungan Allah dan Rasul-Nya. Allah memeliharanya agar

tidak menyembah berhala serta tidak terpengaruh dengan keburukan perangai

orang Arab Jahiliah. Saidina Ali juga merupakan kanak-kanak pertama yang

memeluk Islam.

Semasa kanak-kanak dan remaja, beliau diasuh oleh Rasulullah Sallallahu

„Alayhi Wa Sallam beliau diasuh dibawah cahaya Al-Quran setelah Nabi Muhammad

dilantik menjadi rasul. Beliau juga merupakan menantu Rasulullah. Selain itu, beliau

mempunyai ilmu yang luas, bijak, fasih berpidato dan ahli sastera, kuat berpegang

pada ajaran Al-Quran dan Sunnah, beriman dan tangkas menggunakan senjata,

tegas zuhud terhadap Nabi.

Page 176: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 176/203

176 | P a g e  

Beliau merupakan orang ketiga memeluk Islam dan merupakan jurutulis

Rasulullah dalam menyampaikan perjanjian Hudaibiah pada tahun ke-enam Hijrah

dan beliau mujahid yang menyertai semua peperangan bersama-sama Rasulullah

kecuali peperangan Tabuk kerana beliau diamanahkan oleh Rasulullah untuk

menjadi pemerintah Madinah. Beliau dipililh menjadi khalifah keempat dalam

suasana umat Islam perpecahan selepas pembunuhan Saidina Usman r.a. Beliau

menjadi khalifah selama 5 tahun (35-40 tahun).

Dari segi fizikalnya, Saidina Ali merupakan lelaki yang sederhana susuk

tubuhnya. Kulitnya agak sawo matang. Wajahnya ceria dan mataya agak bundar.

Kepalanya hampir-hampir botak, khususnya di ubun-ubun. Badannya kelihatan

gagah serta berjanggut lebat. Ali dikenali sebagai lelaki yang berani dan berilmu

tinggi. Beliau juga bersifat zuhud dan berasa kecukupan dengan apa-apa yang ada.

Beliau juga merupakan dalam kalangan sahabat yang hafal al-Qur`an.

Malahan, beliau jugalah yang paling mahir dalam mentafsir al-Qur`an dan paling

tahu tentang sebab-musabab turunnya al-Qur`an. Justeru, beliau digelar sebagai al-

Imam kerana sangat mahir dalam bidang keilmuan khususnya ilmu fekah. Selain itu,

 Ali juga terkenal dengan kefasihannya berpidato dan berhujah. Beliaulah juga antara

sepuluh manusia yang dijamin Rasulullah masuk ke dalam syurga. Ali pernah

berkahwin dengan puteri Rasulullah, iaitu Fatimah sehingga menghasilkan dua

putera, Hasan dan Husin. Baginda mendapat gelaran : “Karramallahu Wajhah”

bermaksud orang yang dimuliakan Allah wajahnya, kerana tidak pernah

menyembah berhala sejak lahir. 

Page 177: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 177/203

177 | P a g e  

Akhlak dan Keistimewaan Saidina Ali

Keberanian

Saidina Ali r.a. dipilih untuk tidur di atas katil Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam

dengan muka berselimut di dalam peristiwa hijrah. Satu tindakan berani yang

mempertaruhkan nyawa.

Tatkala Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam melakukan hijrah ke Madinah

di atas penintah Allah Subhanahu Wa Ta‟ala bagi menyelamatkan dirinya dari

rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka

kepada Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya

pada malam yang sangat genting itu.

Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali namun Saiyidina Ali

R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah menyanggupi tugas

tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa

berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan

beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan

pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hani.

Selepas hijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. turut serta di dalam semua

peper angan Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam kecuali perang Tabuk. Bukan

kerana pengecut sebagai mana yang digambarkan oleh kaum munafik pada masa

itu yang berkata sesama mereka: "Muhammad tidak membawa Ali kerana dia akan

membebankannya." Tetapi kerana satu amanah mulia.

Page 178: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 178/203

178 | P a g e  

Saidina Ali r.a. mengejar tentera Islam yang sedang menuju ke Tabuk untuk

mendapatkan penjelasan dari Baginda Sallallahu „Alayhi Wa Sallam: "Wahai

Rasulullah, adakah engkau tinggalkan aku bersama dengan kanak-kanak dan

wanita?" Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam menjawab: "Tidakkah engkau

redha kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun a.s. di sisi Musa a.s.? (Yang

membezakan engkau dan Harun) hanyalah tidak ada nabi sesudahku." (Riwayat

Bukhari).

Di dalam peperangan Uhud, dia adalah pemula perang yang memulakan

pertarungan satu dengan satu melawan pemegang panji tentera Quraisy, Talhah bin

Osman. Dia jugalah yang mengambil panji tentera Islam selepas Mus'ab bin Umair

r.a. gugur syahid.

Ketika tentera Quraisy menyebarkan berita terbunuhnya Rasulullah Sallallahu

„Alayhi Wa Sallam, Saidina Ali r.a. memecahkan sarung pedangnya dan masuk

menggempur tentera Quraisy sehingga mampu memecahkan benteng-benteng

manusia dan bertemu dengan Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam di tengah-

tengah tentera Quraisy. Di dalam peperangan Uhud, Saidina Ali r.a. mendapat 16

pukulan pedang.

Selepas tamat peperangan yang mengorbankan ramai sahabat besar r.a. itu,

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam memilih Saidina Ali r.a. untuk menjejaki  

tapak tentera Quraisy . Baginda Sallallahu „Alayhi Wa Sallam berkata kepadanya:

"Pergilah jejaki mereka dan lihat apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka

Page 179: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 179/203

179 | P a g e  

rancang. Kalau sekiranya mereka tidak menunggang kuda tetapi memimpin unta,

maknanya mereka menuju ke Makkah. Kalau sekiranya mereka menunggang kuda

dan menarik unta, maknanya mereka kembali menuju ke Madinah." (Riwayat Abu

Ya'la).

Saidina Ali r.a. melakukan tugas tersebut seorang diri tanpa ragu-ragu dan

tidak memikirkan risiko dia akan ditangkap dan dibunuh oleh tentera Quraisy.

Di dalam peperangan Bani Nadhir yang berlaku pada bulan Rabi'ul Awal

tahun keempat hijrah, sekali lagi Saidina Ali r.a. membuktikan keberaniannya . Pada

salah satu malam peperangan tersebut, para Sahabat r.a. mencari-cari Saidina Ali

r.a. tetapi tidak menjumpainya. Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam bersabda

kepada mereka: "Dia sedang melakukan sedikit dari urusan buat kamu."

Tidak berapa lama kemudian, Saidina Ali r.a. kembali setelah berjaya

menumpaskan salah seorang Yahudi Bani Nadhir. Yahudi tersebut bersama-sama

rakannya telah bersembunyi untuk menyerang hendap orang-orang Islam.

Keberanian Saidina Ali r.a. telah mendorongnya untuk menyerang kumpulan Yahudi

tersebut seorang diri dan membunuh Ghazwal.

Di dalam peperangan Khandak, Saidina Ali r.a. bertarung satu lawan satu

menentang Amru bin Abd Wudd. Beliau adalah seorang pahlawan yang sombong.

Pernah dicederakan oleh tentera Islam di dalam peperangan Badar. Beliau tidak

turut serta di dalam peperangan Uhud. Ketika peperangan Khandak, beliau berdiri

dengan membawa bendera agar kedudukannya boleh dilihat oleh tentera Islam.

Page 180: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 180/203

180 | P a g e  

Beliau mencabar: "Siapa yang berani menentangku satu lawan satu?",

Saidina Ali r.a. menyahut cabarannya dengan berkata: "Aku menyeru kamu agar

beriman dengan Allah, RasulNya dan menerima Islam.", Amru yang sombong

membalas: "Aku tidak perlukan itu semua." Ali r.a. membalas: "Jika begitu aku

menyeru kamu agar turun bertarung." Berlakulah pertarungan dan sekali lagi Saidina

 Ali r.a. berjaya membunuh musuh Allah dan menambahkan keyakinan tentera Islam

terhadap kekuatan Islam.

Zuhud

Saidina Ali menjauhkan diri daripada segala hiasan dan kemewahan hidup di dunia.

Selalu berpakaian sederhana dan memakan makanan biasa yang tidak semestinya

enak dan mahal. Pergaulannya seperti orang biasa walaupun dilantik sebagai

pemimpin.

Beliau sering bertemu rakyat dan orang ramai tidak ada sekatan atau takut

untuk menemuinya. Ali akan menjawab apa-apa yang ditanya kepadanya tanpa

perasaan takut dan ragu-ragu. Beliau memuliakan ahli agama dan orang yang

warak, di samping menyayangi golongan fakir miskin.

Berilmu Tinggi

Saidina Ali seorang manusia luar biasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan,

kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato .

Page 181: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 181/203

181 | P a g e  

Rasulullah Sallallahu „Alayhi Wa Sallam pernah bersabda di hadapan para sahabat,

kata baginda “ Aku adalah kota ilmu, sedang Ali adalah pintu gerbangnya”.

Semasa zaman pemerintahan Khulafa‟ ar -Rasyidin, golongan Khawarij

meragui kearifan Saidina Ali, justeru 10 orang telah bersemuka dengan Saidina Ali

bertanyakan 10 soalan yang sama kepada beliau. “Hai Saidina Ali, yang mana lebih

utama, ilmu dengan harta?” Tanya orang pertama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih

utama dari harta, ilmu adalah pusaka para nabi, sedang harta adalah pusaka Qarun

dan Firaun” 

Bertanya orang kedua kepada Saidina Ali dengan soalan yang sama. Jawab

Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu itu menjagamu tetapi harta engkau

harus menjaganya”. 

Jawapan Saidina Ali kepada orang ketiga “Harta itu jika engkau tasarrufkan

(berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu engkau jika engkau tasarrufkan malah

bertambah”. 

Jawapan kepada Panel keempat “Pemilik harta disebut dengan nama bakhil

dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemulian”. 

Jawapan kepada panel kelima pula “Pemilik harta itu musuhnya banyak,

sedangkan pemilik ilmu temannya banyak ”

Jawapan keenam “Ilmu lebih utama daripada harta kerana harta harus dijaga

dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu” 

Page 182: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 182/203

182 | P a g e  

Jawapan ketujuh “Ilmu lebih utama dari harta kerana di akhirat nanti pemilik

harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa‟at ”.

Jawapan kelapan “Harta akan hancur ditelan timbunan zaman, tetapi ilmu

tidak akan rosak dan musnah ditimbun zaman”.

Jawapan kesembilan “Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang

ilmu membuat hati menjadi bercahaya”.

Jawapan kesepuluh dari Saidina Ali “Pemilik harta dapat mengaku menjadi

Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu justeru mengaku

sebagai hamba kerana ilmunya”.

Secara ringkasnya keistimewaan Saidina Ali adalah seperti yang berikut:

Keluarga

Rasulullah

  Mempunyai hubungan rapat dgn baginda :

Sepupu & menantu Rasulullah

  Sejak kecil beliau tinggal bersama Rasulullah &

dididik oleh baginda, kerana itulah beliau banyak

mewarisi keperibadian & akhlak Rasulullah.

Page 183: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 183/203

Page 184: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 184/203

Page 185: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 185/203

185 | P a g e  

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat

kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Keadaan bandar Madinah menjadi

semakin kucar-kacir dan huru-hara akibat tragedi pembunuhan khalifah „Uthman.

Kebanyakan orang berada dalam ketakutan disebabkan perilaku jenayah yang tidak

berperikemanusiaan ini.

Golongan pemberontak pula telah menguasai bandar Madinah. Al-Ghafiqi bi

Harb, iaitu ketua pemberontak wilayah Mesir dan salah seorang ketua yang

menaburkan fitnah telah menjadi imam solat di Masjid Nabawi selama lima hari.

Justeru, dalam keadaan gawat ini, perlu ada seseorang yang berani tampil

untuk menyahut cabaran golongan pemberontak tadi. Orang ini mestilah berani

memikul tanggungjawab tanpa rasa takut dan gentar. Lantaran itu, kebanyakan

orang melihat Saidina Ali sebagai calon yang paling layak. Orang ramai menaruh

harapan tinggi terhadap beliau. Malahan, sahabat besar juga bersetuju dengan

cadangan tersebut. Akhirnya, Saidina Ali pun menerima cadangan tersebut.

Pastinya penerimaan ini melambangkan keberanian dan kepahlawanan Saidina Ali.

Dalam kemelut ini, Saidina Ali berjaya menjadi khalifah pertama yang berucap

sebelum perjanjian taat setia atau bai‟h dilaksanakan. Namun begitu, ucapannya

ringkas sahaja memandangkan keadaan pada waktu itu masih genting dan bahaya.

Dalam ucapan ringkas itu, beliau memulakannya dengan pujian terhadap Allah serta

beliau menggalakkan umat Islam membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan.

Page 186: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 186/203

186 | P a g e  

Beliau juga mengingati orang ramai tentang perkara yang diharamkan Allah.

 Antara yang paling diharamkan ialah membunuh orang Islam. Dalam hal ini, beliau

sengaja menyebutnya bagi mengingatkan tragedi pembunuhan Saidina „Uthman.

Beliau berjanji akan menjalankan hukuman terhadap sesiapa sahaja yang terlibat

dalam pembunuhan kejam itu.

Keputusan Sukar

Perjanjian taat setia terhadap Saidina Ali sebagai khalifah berjaya dilaksanakan

pada 25 Zulhijjah tahun 35 Hijrah. Justeru, beliau menerima pelantikan khalifah

secara rasminya pada tahun 36 Hijrah. Namun begitu, beliau menghadapi suasana

genting dan bahaya akibat kematian Saidina „Uthman. Lantaran itu, beliau terpaksa

mengambil beberapa keputusan yang mungkin pada pendapat orang lain agak

membahayakan. Antara keputusan yang agak kontrovesi ialah hukuman balas atau

qisas terhadap pesalah yang membunuh Saidina „Uthman. 

Sebenarnya, keputusan ini merupakan cadangan para sahabat utama.

 Antaranya ialah Talhah dan az-Zubayr. Mereka mahu agar Ali menghukum orang

yang terlibat dalam pembunuhan Saidina „Uthman. Dalam hal ini , Saidina Ali

bersetuju dengan cadangan kedua-dua sahabat besar tadi. Beliau menyatakan

dalam surat balasan terhadap kedua-dua sahabat tadi dengan mengatakan bahawa

beliau memang agak sukar untuk melaksanakan hukuman qisas itu.

Hal ini disebabkan golongan pemberontak masih lagi menguasai bandar

Madinah. Mereka boleh membuat apa-apa sahaja tindakan di luar dugaan. Namun

Page 187: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 187/203

Page 188: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 188/203

188 | P a g e  

baharu, iaitu Sahal bin Hanif di Syam, Qis bin Sa‟ad bin „Ubadah di Mesir, „Uthman

bin Hanif di Basrah, dan „Imarah bin Shihab di Kufah.

Keputusan yang sungguh bahaya ini sebenarnya dicadangkan sendiri oleh

ayah saudara „Ali, iaitu Abdullah bin „Abbas. Namun begitu, dia menasihati Ali agar

menunggu setahun dahulu untuk melaksanakan tindakan ini, iaitu selepas keadaan

kembali tenang. Akan tetapi, Khalifah Ali tetap mahu melaksanakan pelan tindakan

ini dengan segera kerana golongan pemberontak begitu marah dengan semua

gabenor yang dilantik oleh Saidina „Uthman, sama ada mereka bersalah ataupun

tidak. Mereka tidak akan berdiam diri melainkan para gabenor ini dipecat.

Namun begitu, bagi mengelakkan perkara lain yang terjadi, Ibnu Abbas masih

mencadangakn satu perkara lain, iaitu „Ali boleh memecat gabenor yang dia mahu

sahaja. Dalam hal ini, Mu‟awiyah bin Abu Sufyan masih boleh   dikekalkan. Hal ini

disebabkan Mu‟awiyah merupakan gabenor yang tidak ditentang oleh rakyat

 jelatanya. Malahan, penduduk Syam tidak terlibat dalam pembunuhan Saidina

„Uthman. 

Perdebatan antara Ali dengan Mu’awiyah 

Saidina Ali dan Mu‟awiyah saling berutus surat bagi membincangkan beberapa

perkara dasar yang belum selesai. Antaranya ialah hal pelantikan khalifah dan

kepatuhan dan ketaatan Mu‟awiyah terhadap arahan khalifah. Hal ini disebabkan,

pada pendapat Ali, beliau telah dibai‟ah oleh semua sahabat utama.. Sementara

Page 189: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 189/203

189 | P a g e  

Mu‟awiyah pula mendakwa bahawa soal hukuman balas perlu dilaksnakan dahulu

kerana dia menganggap bahawa Saidina „Uthman merupakan ayah saudaranya. 

Sebenarnya, Saidina Ali bukan tidak mahu mengabaikan perihal hukuman

qisas tadi. Cuma beliau mahu menangguhkannya buat sementara waktu sehingga

keadaan menjadi reda. Namun begitu, Mu‟awiyah tetap dengan keputusannya agar

hukuman balas atau qisas itu dilaksanakan dahulu. Malahan, hukuman ini menjadi

syarat utama dalam perjanjian taat setia Mu‟awiyah terhadap pelantikan Ali. 

 Akhirnya kedua-dua pemimpin ini tidak mencapai kata sepakat sehinnga

berlaku satu peristiwa yang agak diragukan. Dalam peristiwa tersebut, Ali menerima

satu surat yang kononnya datang daripada Mu‟awiyah. Surat ini dihantar   oleh

seseorang daripada bani Abbas. Dia membawa surat itu lalu memasuki Madinah

agar orang ramai boleh melihatnya. Dalam surat itu, beliau menyatakan bahawa

Mu‟awiyah memang tidak bersetuju dengan pelantikan Ali sebagai khalifah. 

Pemerintahan Negara dan Pengukuhan Pembukaan Wilayah Baharu

Walaupun keadaan sekeliling yang dihadapi oleh Saidina Ali masih lagi kucar-kacir

namun beliau tetap dapat mengawal pemerintahahn negara dengan sebaik mungkin.

 Ali juga telah menjadikan Kufah sebagai ibu kota yang baharu bagi wilayah yang

diperintahnya. Hal ini berlaku selepas Peperangan Jamal. Sebelum itu, pusat

pemerintahan wilayah jajahannya adalah di Madinah. Ali mentadbir di situ sehingga

akhir hayatnya.

Page 190: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 190/203

190 | P a g e  

Di samping itu, Ali juga menyerahkan penjagaan wilayah lain di bawah

naungannya kepada orang yang betul-betul ikhlas dan jujur dalam kerja mereka.

Oleh itu, beliau melantik Abdullah bin Abbas sebagai gabenor Basrah. Sementara

adik Ibnu Abbas, iaitu Ubaidillah bin Abbas pula menjadi gabenor di Yaman.

Manakala adik mereka yang lain, iaitu Qatham bin Abbas dilantik oleh Saidina Ali

sebagai gabenor di Ta`if dan Makkah. Dalam pada itu, Saidina Ali telah memecat

gabenor Mesir, iaitu Qis bin Sa‟ad dan tempatnya diganti dengan Muhammad bin

 Abu Bakar as-Siddiq.

Sesungguhnya, pelantikan gabenor yang dibuat oleh Saidina Ali ini tidak

mendapat sebarang bantahan kerana beliau betul-betul memilih orang yang layak

yang boleh melaksanakan misi pemerintahannya yang telah dirancang. Malahan, Ali

tidak terpengaruh dengan masalah dalaman yang berlaku di wilayah jajahannya

untuk mengambil alih kuasa terhadap kemelut yang berlaku di Parsi.

Konflik Pada Zaman Saidina Ali

Peperangan Saudara (al-Jamal)

Ketika pulang daripada menunaikan haji, Saidatina „A`ishah mendapat berita tentang

pembunuhan Saidina „Uthman. Lantaran itu, beliau kembali semula ke Makkah.

Beliau melahirkan perasaan marah terhadap kejadian tersebut dan berjanji untuk

menuntut bela. Kepulangan Saidatina „A`ishah ke Makkah ini turut ditemani oleh

beberapa sahabat utama seperti Talhah dan az-Zubayr, bani Umayyah, dan rakyat

 jelata yang marah terhadap pembunuhan „Uthman. Mereka mula menyiasat perkara

Page 191: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 191/203

191 | P a g e  

sebenar yang berlaku. Akhirnya, mereka menyediakan satu bala tentera bagi

menuntut bela terhadap kematian „Uthman. 

Kemudiannya, bala tentera ini bergerak menuju ke Basrah dengan andaian

bahawa tempat tersebut merupakan kawasan terdekat yang menjadi kampung

halaman orang yang memberontak dan membunuh Saidina „Uthman. Sebenarnya,

perbuatan mereka ini hanyalah pandangan peribadi kumpulan tentera ini.

Dalam pada itu, kehadiran bala tentera „A`ishah ini sampai ke pangkuan

Khalifah Ali. Ketika itu, beliau sedang bersiap sedia untuk bertempur dengan

Mu‟awiyah di Syam. Justeru, beliau segera mengubah rancangannya tadi selain

membiarkan bala tentera „A`ishah menuju ke Basrah. Bala tentera „A`ishah ini

dianggotai seramai 1000 tentera sahaja pada permulannya.

Namun begitu, bilangan ini bertambah beberapa kali ganda kerana orang

ramai menghormati kedudukan Saidatina „A`ishah. Tatkala mereka hampir sampai di

Basrah, gabenor daerah tersebut telah menghantar dua wakil utusannya menemui

„A`ishah. Mereka ialah Imran bin Husayn dan Abu Aswad ad-Du`ali. Mereka

bertanya tentang tujuan kumpulan Saidatina „A`ishah datang ke Basrah. 

Selain itu, dua utusan gabenor tadi juga bertanya kepada Talhah dan az-

Zubayr tentang hajat mereka datang ke Basrah. Talhah menjawab bahawa tujuan

mereka datang adalah untuk menuntut bela terhadap kematian „Uthman. Kemudian,

kedua-dua wakil utusan gabenor tadi pulang semula ke Basrah lalu memberitahu

Page 192: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 192/203

192 | P a g e  

hasil pertemuan mereka. Gabenor Basrah, iaitu „Uthman Hanif naik berang lalu

beliau mahu menghalang kemasukan kumpulan „A`ishah tadi.

Justeru, berlakulah satu pertempuran saudara yang berlaku di satu tempat

bernama az-Zabuqah. Peperangan saudara itu telah menyebabkan 600 orang mati

di kedua-dua belah pihak. Setelah melihat jumlah korban perang saudara yang

begitu ramai maka kumpulan yang bertelagah bersetuju untuk berdamai dan

memberhentikan peperangan saudara itu. Mereka segera menunggu kedatangan

Khalifah Ali bagi menjalankan perdamaian tersebut. Akhirnya, kata sepakat berjaya

dihasilkan dengan gabenor asal Basrah dikekalkan. Kumpulan pendatang tadi pula

bebas tinggal di mana-mana tempat yang mereka mahu di Basrah ini.

Kedatangan Saidina Ali ke Basrah

 Apabila tiba di Basrah, Khalifah Ali mendapat tahu tentang kematian begitu ramai

umat Islam. Lantas, beliau mengutus wakilnya yang bernama al-Qa‟qa‟ bin Amru at-

Tamimi untuk menemui Saidatina „A`ishah, Talhah, dan  az-Zubayr. Wakil ini

bertanya tentang tujuan sebenar kedatangan „A`ishah. „A`ishah menjawab bahawa

dia mahukan perdamaian. Begitu juga jawapan Talhah dan az-Zubayr.

Kemudian, al-Qa‟qa‟ bertanya lagi tentang bentuk perdamaian yang

dimahukan. Mereka pun menjawab bahawa mereka mahu menuntut bela terhadap

kematian Saidina „Uthman. Al-Qa‟qa‟ menjawab lagi dengan mengatakan bahawa

sudah begitu ramai yang terkorban tetapi masih mahu menuntut bela lagi. Hal ini

akan menyebabkan kemarahan orang lain terhadap kumpulan Saidatina „A`ishah.

Page 193: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 193/203

193 | P a g e  

Kemudian mereka bertanya kepada wakil utusan Saidina Ali tentang

pendapat wakil tadi. Wakil tadi, iaitu al-Qa‟qa‟ menjawab bahawa mereka perlu

membuat janji setia semula terhadap pelantikan Saidina Ali dan mereka perlu

berjumpa Ali dahulu.

 Akhirnya, mereka bersetuju berbuat demikian. Dengan kata lain, mereka

semua bersetuju untuk berdamai. Namun begitu, perasaan dengki masih berlaku

dalam kalangan anak buah Saidina Ali khususnya al-Qa‟qa‟ sendiri yang akhirnya

merosakkan usaha ke arah perjanjian damai antara kedua-dua belah pihak.

Pengikut Ibnu Saba` Merosakan Hasrat Perjanjian damai

Sebenarnya, punca sebenar berlakunya perang saudara ini ialah wujudnya ramai

orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pembunuhan „Uthman yang

berada di pihak Saidina Ali. Ketua mereka ialah Abdullah bin Saba` dan al-Ashtar bin

an-Nakha‟i. Saidina Ali tidak dapat mengelakkan kewujudan dan keterlibatan mereka

kerana mereka ini merupakan kumpulan yang kuat selain disokong oleh kabilah

yang sangat taksub.

Ketua mereka juga tahu sekiranya perjanjian antara saidina Ali dengan

Saidatina „A`ishah berjaya maka pihak Ali akan menjadi kuat. Apabila menjadi kuat

maka sudah tentu Saidina Ali akan tetap meneruskan hasratnya untuk membuat

hukuman balas terhadap golongan pemberontak, khususnya pembunuh Saidina

Page 194: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 194/203

Page 195: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 195/203

195 | P a g e  

Dalam hal, kumpulan „A`ishah juga bukan bermaksud untuk memusuhi   dan

menentang pemerintahan Saidina Ali. Mereka semua mahukan perdamaian. Tetapi,

disebabkan tohmahan dan fitnah pengikut Ibnu Saba` maka semua itu menjadi

musnah belaka. Saidatina „A`ishah sangat keceawa dengan hal yang berlaku. 

Sebagai kesimpulannya, punca sebenar berlakunya peperangan saudara

sesama umat Islam ini ialah fitnah besar yang dibuat oleh Ibnu Saba`. Dialah yang

menjadi punca berlakunya pembunuhan Saidina „Uthman. Dialah juga yang

menyebabkan berlakunya peperang saudara atau lebih terkenal sebagai

Peperangan Jamal. Dalam hal ini, sejarawan Islam terkenal Ibnu Khaldun ada

memberikan pendapat beliau tentang peristiwa sedih ini, iaitu: “Kalau kita betul-betul

perhatikan akan hal ini natijahnya semua orang akan rugi. Tetapi itulah ujian

sebenar Allah terhadap umat Islam keseluruhannya”. 

Peperangan Siffin

Selepas tamat Peperangan Jamal, bala tentera Saidina Ali bergerak pula ke Siffin

yang terletak di tebing Sungai Furat, Iraq. Bala tentera ini mengandungi askar

seramai 100,000 orang. Manakala Mu‟awiyah juga telah bersiap sedia untuk

mengahadapi serangan bala tentera Ali. Jumlah angkatan tenteranya juga hampir

sama dengan jumlah tentera Ali.

Oleh demikian, pada bulan Safar tahun 37 Hijrah, berlakulah satu

pertempuran yang tidak dapat dielakkan lagi yang menyebabkan korban yang

sangat ramai. Hampir 70,000 tentera Islam terkorban dalam peperangan saudara ini.

Page 196: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 196/203

Page 197: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 197/203

197 | P a g e  

pendapat mereka, bangsa Quraysh tidak boleh menguasai semua aspek dalam

pemerintahan negara Islam.

Dalam perjanjian damai itu, kedua-dua pihak setuju untuk membuat genjatan

senjata selama enam bulan sehingga keadaan kembali pulih. Dalam tempoh itu,

kedua-dua pihak juga akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang

mereka hadapi bersama. Oleh itu, setelah menghalusi perkara tersebut secara

terperinci, mereka bersetuju untuk melucutkan jawatan Ali sebagai khalifah.

Kemudian, terpulanglah kepada umat Islam untuk membuat keputusan

terahadap sesiapa sahaja yang akan menjadi khalifah Islam. Sementara mencari

pengganti khalifah baharu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mentadbir wilayah

masing-masing buat sementara waktu. Saidina Ali akan memerintah semua wilayah

Islam kecuali wilayah Syam. Sementara Syam pula akan diperintah buat seketika

oleh Mu‟awiyah sendiri.

Sikap Saidina Ali dan Pengikutnya Terhadap Majlis Tahkim

Dalam perjanjian Majlis Tahkim, kedua-dua wakil rasmi pun berbincang dengan

panjang lebar. Kemudiannya, keputusan hasil rundingan tersebut diberitahu kepada

orang ramai. Namun begitu, Saidina Ali tetap tidak menerima keputusan rundingan

tersebut. Pada pendapat beliau, kedua-dua wakil rundingan tadi telah mengatasi

batas dan bidang kuasa mereka.

Page 198: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 198/203

198 | P a g e  

Menurut Ali, masalah khilaf bukanlah berlaku tentang soal pelantikan khalifah.

Tetapi isu pokok yang sebenar ialah pelaksanaan hukuman balas atau qisas

terhadap pembunuh Saidina „Uthman. Oleh itu, pada pendapat Ali, beliaulah yang

bertanggungjawab dalam membuat keputusan kerana beliau merupakan khalifah

sebenar. Oleh itu, keadaan menjadi tegang semula sehingga peperangan saudara

akan terjadi semula.

Kemunculan Golongan Khawarij

Sementara itu, para pengikut Saidina Ali sudah terpecah menjadi dua, iaitu satu

kumpulan Syi‟ah yang menyokong semua tindakan Saidina Ali dan satu lagi ialah

kumpulan Khawarij yang berpendapat bahawa Majlis Tahkim ini adalah salah dari

segi dasarnya. Lebih teruk daripada itu, puak Khawarij ini mendakwa bahawa

Saidina Ali sudah menjadi kafir kerana menghukum mereka dengan tidak mengikut

al-Qur`an. Mereka mahu agar Ali mengisytiharkan kekafirannya dan dia mesti

memeluk Islam semula. Sekiranya Saidina Ali enggan maka Saidina Ali akan

dibunuh.

Dalam isu ini tidak masuk akal sekiranya seorang Islam yang dijamin Allah

masuk ke syurga akan menjadi kafir. Malahan, Allah sudah meredai perbuatan

hamba-Nya ini yang bernama Ali dalam satu perjanjian yang berlaku di bawah

sebatang pokok yang dinamakan Perjanjian Ridwan.

Page 199: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 199/203

199 | P a g e  

Melihat kepada perbuatan melampau puak Khawarij ini maka Saidina Ali

terpaksa melancarkan serangan terhadap mereka. Peperangan ini dikenali sebagai

peperangan an-Nahrawan yang berlaku berhampiran Kufah.

Persetujuan Damai antara Ali dengan Mu’awiyah 

Setelah penyokong Saidina Ali terbahagi kepada dua, iaitu Syi‟ah dan Khawarij

maka kedudukan Saidina Ali semakin lemah. Hal ini disebabkan perbalahan dengan

penyokongnya sendiri, iaitu Khawarij menyebabkan beliau berasa penat dan serik.

Pada waktu yang sama, kedudukan Saidina Mu‟awiyah semakin kuat,

khususnya apabila dia berjaya menguasai semula Mesir pada tahun 38 Hijrah.

Kemenangan ini dicapai melalui panglima pertama yang membuka Mesir, iaitu „Amru

al-„As. Pada ketika itu juga, Mu‟awiyah mula meluaskan  pengaruhnya ke seluruh

Iraq. Tambahan pula, penduduk Yaman turut bergabung dengan pihak Mu‟awiyah. 

 Akhirnya, setelah berlaku rundingan damai yang panjang antara Saidina Ali

dengan Mu‟awiyah, mereka bersetuju untuk membuat genjatan senjata. Saidina Ali

akan terus memerintah Iraq dan Parsi. Manakala Saidina Mu‟awiyah pula akan

memerintah Syam. Kedua-dua mereka juga bersetuju untuk tidak masuk campur

dalam urusan masing-masing.

Kematian Saidina Ali

Page 200: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 200/203

200 | P a g e  

Penghujung hayat Saidina Ali akhirnya ditentukan oleh golongan Khawarij.

Golongan ini sudah dianggap keterlaluan dalam dasar perjuangannya apabila

mereka membuat keputusan bahawa Saidina Ali, Mu‟awiyah, dan „Amru al-„As

sebagai ketua pemimpin yang sesat. Mereka meletakkan kesalahan yang berlaku di

dalam negara Islam ke bahu ketiga-tiga pemimpin ini. Malahan lebih dahsyat

daripada itu, golongan Khawarij mahu membunuh ketiga-tiga pemimpin Islam ini

serentak.

Justeru, pada Subuh hari ke-17 bulan Ramadan tahun 40 Hijrah, golongan

Khawarij mahu melaksanakan rancangan jahat mereka tadi. Mereka telah melantik

 Abdurarahman bin Maljam, al-Bark bin Abdullah, dan „Amru bin Bakr sebagai orang

yang akan melaksanakan pembunuhan itu. Ibnu Muljam akan bergerak ke Kufah

untuk membunuh Saidina Ali. Manakala Ibnu Abdullah pula akan bergerak ke

Damsyik untuk membunuh Mu‟awiyah. Sementara Ibnu Bakr pula akan menuju ke

Mesir untuk membunuh „Amru al-„As. 

Namun begitu, dengan kehendak Allah jua, rancangan yang telah diatur rapi

itu hanya separuh yang berjaya dilaksanakan. Mu‟awiyah dan „Amru bin al-„As

terselamat. Tetapi malangnya, Saidina Ali terbunuh jua akhirnya. Beliau berjaya

dibunuh oleh Ibnu Maljam dengan ditetak di bahunya dengan menggunakan pedang

beracun. Saidina Ali rebah lalu meninggal dunia. Akhirnya, Saidina Ali selamat

disemadikan setelah beliau dapat memimpin selama empat tahun lebih sebagai

khalifah.

Page 201: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 201/203

201 | P a g e  

SENARAI RUJUKAN:

o   Al-Quran al-Karim

o  Ahmed Ibrahim Bemat , (1996), Insan Teladan Sepanjang Zaman , terbitanDar al-Nu'man, Kuala Lumpur.

o  al-'Asqalani, Ibn Hajar. (t.th) al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah  , Dar Ihya' al-Turath al-'Arabiy, Beirut.

Page 202: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 202/203

202 | P a g e  

o  al-Banjari, Muhammad Arsyad, (1989), Sabil al-Muhtadin, Thinker‟s Library,Selangor.

o  Al-Falimbani, Syeikh Abdul Samad, (t.th), Sayr al-Salikin, Maktabah wa

Matba‟ah Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu, Bangkok.

o  Al-„Umari, Dr Akram Diya‟  (1994) , al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah,Maktabah al‟Ulum wal Hikam, al-Madinah al-Munawwarah.

o  al-Buti, Dr Muhammad Said Ramadhan (1991), Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah,Dar al-Fikr al-Mu‟asir, Beirut 

o  al-Buti, Muhammad Said Ramadan, Fiqh al-Sirah, terjemahan oleh MohdDarus Senawi, (1997), terbitan Pustaka Fajar.

o  Al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, (1996), Kisah Kehidupan danPerjuangan Para Sahabat  (terjemahan oleh Abdul Aziz Abdul Hamid), DarulNu‟man, Kuala Lumpur. 

o  Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah, (1995), al-Khulafa‟ al -Rasyidun Bayna al-Istikhlaf wa al-Istisyhhad , Dar al-Qalam, Damsyik.

o  al-Maliki, al-Sayyid Muhammad Bin al-Sayyid „Alawi , ( t.th  ), Muhammad al-Insan al-Kamil  , al-Madinah al-Munawwarah.

o  al-Marbawi, Idris Abdul Rauf, (t.th), Bahrul Madhi , Maktabah al-Shuruq al-Dawliyyah, Kaherah.

o  al-Mubarakfuri, (1991) , al-Rahiq al-Makhtum, Darul Fikr, Beirut

o  al-Qadi 'Iyad, (1986) al-Syifa , terbitan Dar al-Faiha', Amman

o  Halabiy, Mahmud Ta‟mah, (2004), Muhammad Rasulullah : Siratuhu wahayatuhu, Dar al-Ma‟rifah, Beirut. 

o  Ibnu Kathir, (1992), al-Bidayah wa al-Nihayah, Dar al-Fikr, Beirut.

o  Khalid Muhammad Khalid, (1994), Rijal Hawla al-Rasul   (terjemahan:Karakteristik Perihidup Enam Puluh Sahabat Rasulullah oleh MahyuddinSyaf), Penerbit Victory Agencie, Kuala Lumpur.

o  Luqman Hakim , (1986), Tokoh-Tokoh Islam Dulu dan Sekarang , BismiPublishers, Singapura.

o  Mansur, Hilmi Abdul Fattah (1992),  Akhlak al-Mustafa wa Shama'iluhu  ,terbitan Darul Ibda', Amman.

o  Mohd Sukki Othman, et. al, (2007), Ensiklopedia Untuk Anak-Anak Muslim, E-Media Publication, Kuala Lumpur.

Page 203: Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

8/12/2019 Buku Rasulullah Dan Khulafa Idola Umat Sepanjang Zaman

http://slidepdf.com/reader/full/buku-rasulullah-dan-khulafa-idola-umat-sepanjang-zaman 203/203

o  Mohd Sukki Othman (2009), Tokoh Srikandi Zaman Nabi, PerniagaanJahabersa, Johor.

o  Safwan Fathy (1992), 121 Sifat Utama Nabi , terbitan Persatuan Ulama‟

Malaysia

o  Sirah Ibnu Hisham (1955), Beirut, Lubnan.

o  Syahir Zaib, (2004), Mawsu‟ah ‟Abaqirah fi al -Islam, Dar Safa, Amman.