zaman khulafa' al-rasyidin

Download ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN

If you can't read please download the document

Upload: noor-izati

Post on 25-May-2015

8.622 views

Category:

Education


16 download

DESCRIPTION

pemerintahan dan sumbangan yang dilaksanakan.

TRANSCRIPT

  • 1. TAMADUN ISLAM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDINNAME : NOOR IZATI BT MOHD PAKRI NO ID : HR093518 SECTION : 7M PREPARED FOR : MADAM ZEYANA

2. INSTITUSI KHALIFAH PENGENALAN Secara umumnya, pemerintahan dan pentadbiran Islam tidak terhenti selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Pemerintahan seterusnya diterajui oleh empat orang khalifah, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib yang berpusat di Madinah. Zaman tersebut dikenali sebagai ''Zaman Khulafa' al-Rasyidin''. Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan contoh terbaik dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w. Orang yang mengetuai institusi ini dipanggil Khalifah. Khalifah (tunggal), jamaknya Khulafa ' yang membawa maksud ''pengganti'' Nabi Muhammad s.a.w. 3. Tugas Khulafa' al-Rasyidin adalah memelihara agama dan syariah Allah s.w.t yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w serta mentadbir negara dan masyarakat Islam mengikut undang-undang syariah. Pelantikan khalifah adalah menerusi syura(permesyuaratan), secara baiah dan ada juga melalui wasiat. Berikut merupakan jangka masa pemerintahan: (a)Abu Bakar al-Siddiq(11-13H/632-634M) (b)Umar bin al-Khattab(13-23H/634-644M) (c)Uthman bin Affan(23-35H/644-656M) (d)Ali bin Abi Talib(35-40H/656-661M) 4. KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ Terdapat permasalahan sewaktu pelantikan khalifah pertama berikutan kewafatan Nabi. Masalah ini timbul kerana baginda tidak meninggalkan wasiat dan terdapat persaingan. Umat Islam dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berkumpul di Dewan Bani Saadah utk membincangkan pelantikan khalifah pertama.Saidina Umar telah mencalonkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah dan disokong oleh Abu Ubaidah. Saidina Ali bin Abi Talib juga turut membaiahkan Saidina Abu Bakar.Saidina Abu Bakar telah dibaiahkan dlm syura sebagai khalifah pertama. 5. SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ 1.MENERUSKAN GERAKAN TENTERA Sebelum nabi wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera yg diketuai oleh Usamah bin Zaid ke sempadan Syam utk menyerang Ghassan yg ketika itu berada di bawah jajahan Byzantine. Tindakan ini dilakukan kerana beberapa org utusan nabi telah dibunuh. Selepas kewafatan nabi, saidina Abu Bakar berhasrat utk menyambung semula usaha baginda walaubagaimanapun cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para sahabat. Peperangan berlangsung selama 40hari, tentera Islam berjaya. 6. 2.MENENTANG GERAKAN AL-RIDDAH Semasa Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah keadaan telah berubah, ramai dlm kalangan mrk yg murtad iaitu enggan membayar zakat dan mengakui nabi-nabi palsu. Antara yg mengaku menjadi nabi palsu ialah Musailamah al-Kazzab di Yamamah, Sajah al-Harith (perempuan), Tulaihah al-Asadi di Yaman, dan Al- Aswad al-Ansi di Yaman. Saidina Abu Bakar berjaya menghapuskan golongan ini. 7. 3.PEMBUKUAN AL-QURAN Selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayatayat al-Quran. Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah. 8. 4.MENENTUKAN BAKAL KHALIFAH Saidina Abu Bakar telah menamakan bakal pengganti beliau iaitu Saidina Umar al-Khattab melalui perundingan dgn para sahabat ketika sedang sakit. Cadangan ini tidak mendapat tentangan daripada sahabat. Beliau telah mengarahkan Saidina Uthman menulis keputusan tersebut. Tindakan beliau ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. 9. 5.PELUASAN KUASA Saidina Abu Bakar turut meluas dan menyebarkan syiar Islam ke seluruh semenanjung tanah Arab seperti Rom, Parsi dan Syria. Rom merupakan sebuah kerajaan besar dan kuat yg menguasai Mesir. Penduduknya terdiri drp pelbagai kaum dan beragama Kristian. Akibat kezaliman pemerintahannya, rakyat sering memberontak. Keadaan ini memudahkan pertapakan Islam di Rom. Keadaan yg sama berlaku di Parsi. Panglima Khalid al-Walid dan Muthana bin Harith dgn mudah menakluki Parsi. Penaklukan di Parsi merupakan peluasan kuasa Islam pertama oleh Saidina Abu Bakar. 10. KEWAFATAN SAIDINA ABU BAKAR R.A Khalifah Abu Bakar meninggal dunia pada tahun 13H dan beliau telah melantik Umar al-Khattab sebagai pengganti. Beliau telah berbincang dengan para sahabat. 11. KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTABKhalifah Umar r.a telah dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar dengan persetujuan para sahabat. Pemilihan Umar r.a dilakukan kerana ketokohan beliau dalam bidang agama dan politik Khalifah Umar dalam ucapannya menyatakan betapa patuhnya orang Arab kepada kaum Quraisy dan beliau berjanji akan memimpin mengikut jalan yang benar. 12. PEMBAHARUAN DALAM BIDANG PENTADBIRAN PEMBENTUKAN MAJLIS SYURA -Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am. -Anggota Majlis Syura Tertinggi terdiri daripada Uthman b.Affan, Ali b.Abi Talib, Zaid b.Tsabit, Abdul Rahman b.Auf, Saad b.Abi Waqas dan Muaz b.Jabal. -Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. 13. -Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar. -Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apaapa permasalahan yang berlaku dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan kepada rakyat untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam. 14. SUMBANGAN KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB 1.PENTADBIRAN WILAYAH Beliau telah membahagikan beberapa bahagian dan melantik pegawai yang bertugas, iaitu gabenor, setiausaha dan ketua-ketua jabatan. Pegawai yang dilantik akan diperiksa harta dan peribadinya untuk mengelakkan berlaku salah guna kuasa. Setiap tahun pegawai itu akan datang ke Makkah untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawaipegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syubah dan Zaid b. Sumyah. 15. 2.PENUBUHAN BAITULMAL Beliau menubuhkan Baitulmal untuk menguruskan harta kerajaan.Buku kira-kira juga disediakan untuk mengetahui jumlah kewangan negara. Sumber-sumber kewangan negara ialah zakat, ghanimah, jizyah, kharaj dan usyur. 3.PENTADBIRAN TANAH Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (i)Tanah dhimmah : tanah bertuan yang ditadbir oleh pemegangpemegang amanah yang dilantik daripada golongan ahl al-ayyam. (ii)Tanah sawafi : tanah tidak bertuan yang tidak boleh dibeli atau dimiliki bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dlm kalangan umat Islam. 16. 4.MENGASASKAN AL-DIWAN -Al-Diwan ialah daftar atau buku catatan. -Diwujudkan untuk mencatatkan nama-nama tentera dan keluarga mereka serta jumlah sara hidup masing-masing. -Bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa seseorang terhadap Islam. 5.MENGASASKAN TAKWIM HIJRI -Beliau menjadikan tahun hijrah Rasulullah s.a.w ke Yathrib (Madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan kalender bagi umat Islam. -Pengenalan takwim hijir memudahkan catatan peristiwa-peristiwa selepasnya. -Memudahkan umat Islam mengingati sesuatu peristiwa dan membuat catatan mengenainya. 17. 6.PERLUASAN WILAYAH KERAJAAN ISLAM. Penaklukan merupakan antara polisi negara.Antara wilayah yang berjaya dikuasai ialah Syria, Mesir dan Afrika Utara 7.MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN PELAJARAN Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Masjid dijadikan tempat menuntut ilmu. Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. 18. KEWAFATAN SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB Saidina Umar wafat pada tahun 644 M selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah atau Pirouz. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah. Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepasnya. 19. KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN Timbul dua golongan yang menyokong saidina Ali dan golongan yang menyokong saidina uthman. Masalah ini telah dapat diselesaikan oleh Abd al-Rahman bin Auf yang diamanahkan untuk meninjau dan bertanyakan kepeda mereka tentang kesanggupan menerima jawatan khalifah. Saidina Uthman telah dipilih kerana ketegasannya dalam menjawab soalan yang diberikan. Uthman telah dibaiah pada bulan Zulhijjah 23H dan ditabal menjadi khalifah pada bulan muharram 24H dan disokong oleh seluruh umat islam termasuk Ali bin Abi Talib. 20. DASAR PEMERINTAHAN KHALIFAH UTHMAN Saidina uthman telah mngubah dasar lama akibat perubahan politik yang menimbulkan banyak masalah. Antaranya : (i)beliau tidak menyekat para sahabat tinggal di luar kota Madinah (ii)melantik gabenor-gabenor baharu yang dianggap lebih layak dan berpengalaman (iii)beliau mengambil alih pentadbiran tanah safawi di Iraq daripada kaum al-Qurra(pembaca-pembaca al-quran) dan diserahkan kepada kaum Quraisy dan ketua-ketua kabilah. Beliau mengambil langkah mengumpulkan al-quran dan menyatukan bacaannya. 21. KHALIFAH UTHMAN DIFITNAH -Antara fitnah yang dilemparkan ialah: (i)memihak kaum keluarga(nepotisme). (ii)hidup boros dan mengambil wang baitulmal. (iii)membenarkan para sahabat nabi muhammad s.a.w dan kaum quraisy memiliki tanah di Iraq. (iv)memihak kaum quraisy dan bekas murtad (v)membakar nashkah al-quran 22. SUMBANGAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN 1.KEGEMILANGAN Pada era Khalifah Uthman, wilayah Islam bertambah luas hingga ke Kabul, di bahagian timur asia, dan Maghribi di sebelah bahagian utara Afrika. Beliau juga berjaya menumpaskan pemberontakan dengan kekuatan yang dimiliki. Kekuatan angkatan kaum Muslimin terserlah sehingga dapat menundukkan pasukan Byzentine yang menguasai laut ketika itu. Dengan penaklukan sepanjang pesisiran Afrika Utara maka pengawalan laluan laut Mediterranean terletak di bawah penguasaan islam 23. 2.MEMELIHARA KESUCIAN AL-QURAN Al-Quran al-Karim adalah tertulis dalam bahasa arab, yang merupakan bahasa asing bagi jutaan manusia yang memeluk islam ketika itu. Apabila mereka membaca mushaf al-Quran maka bacaan mereka menimbulkan kekeliruan dari sudut bacaan (qiraah) ekoran dari tulisan dan salinan yang berbeza. Bagi mengelakkan al-Quran tercemar dari sudut tulisan dan bacaan maka Khalifah Uthman mengambil langkah memusnahkan salinansalinan yang terdapat di Syria, Basrah, kufah, Mesir dan menetapkan cuma mushaf yang terdapat di Madinah sahaja yang diakui kesahihannya, dan sekaligus menjadi satu-satunya mushaf tumpuan dan rujukan bagi kaum Muslimin seluruhnya. 24. 3.TUGAS DAKWAH Khalifah Uthman menghabiskan banyak waktu dengan menyampaikan dakwah di kalangan orang-orang tawanan perang. Ramai bilangan mereka yang memeluk islam ekoran dakwah yang disampaikan oleh beliau, dan di samping itu, beliau turut mengajar fiqh kepada penganut-penganut islam, yang pada satu ketika, menunjukkan jemaah tentang cara-cara mengambil wudhu dengan sempurna. 25. 4.PENCUKAIAN DAN PERBENDAHARAAN Pendapatan hasil cukai untuk perbendaharaan meningkat dam hasil itu dipergunakan sebaiknya demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Imbuhan ditambah untuk pelbagai peringkat dan golongan rakyat, dan pada bulan-bulan Ramadhan, orang-orang miskin dan mereka yang tidak berupaya disediakan makanan untuk berbuka puasa. Peruntukan perbelanjaan bangunan diambil dari wang perbendaharaan untuk membina jalan, jambatan, masjid, projek perumahan dan kelengkapan tentera. Beliau merupakan Khalifah pertama yang mengambil keputusan bagi pembiayaan tetap untuk para Muadzin. 26. KEWAFATAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN Beliau telah dibunuh sewaktu didalam rumah. Rumahnya dikepung selama 40 hari. Khalifah uthman ditemui terbunuh pada 18 zulhijjah tahun 35H.Pembunuhan khalifah uthman merupakan suatu tragedi dalam sejarah islam sekaligus mencerminkan sikap tamak kaum al-qurra sehingga sanggup membunuh seorang khalifah yang sudah terdaya mempertahankan diri kerana sudah tua, 27. KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB Khalifah terakhir dalam tamadun khulafah ar-Rasyidin ialah Saidina Ali bin Abi Talib. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad. Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib. Beliau berasal daripada keturunan Bani Hasyim dan merupakan golongan Arab Quraisy. Beliau telah berkhidmat sebagai khalifah selama hampir lima tahun hingga 661 Masihi. Saidina Ali bin Abi Talib juga turut diberi gelaran sebagai Abu Thurab dan Abu Hasan. 28. Beliau juga merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam.Beliau didoakan sebagai karamah allahu wajhah(orang yang dimuliakan wajahnya atau maruahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala). Berkaitan dengan cara pemilihannya pula, Saidina Ali dipilih dan rela menjadi khalifah dalam keadaan negara yang huru hara akibat kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang tidak mewasiatkan waris penggantinya. 29. PEMERINTAHAN KHALIFAH ALI R.A Pemerintahan saidina Ali banyak dipengaruhi oleh suasana dan kehendak semasa kerana selepas era penaklukan dan perkembangan masyarakat Islam, banyak masalah baharu timbul. Oleh sebab itu, beliau terpaksa mengubah corak pemerintahan yang dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelumnya. Antara perubahan itu adalah memecat gabenor-gabenor yang dilantik oleh uthman r.a yang terdiri daripada kaum keluarganya, termasuk Muawiyah bin Abi Sufyan di Syam dan menggantikan Sahl bin Hunaif. Mendapat tentangan dari Muawiyah r.a.Saidina ali meneruskan usaha damai dengan muawiyah. Namun tidak berjaya. 30. PEPERANGAN YANG BERLAKU Perang Jamal -perang yang terjadi antara tentera khalifah Ali dengan tentera tokohtokoh Muhajirin(Talhah dan Zubayr). -merupakan perang saudar pertama dalam sejarah islam.Perang siffin -perang siffin ialah peperangan antara tentera Ali dengan tentera Muawiyah. -Muawiyah menuduh saidina Ali bersubahat dalam peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman. 31. SUMBANGAN KHALIFAH ALI BIN ABI THALIB1.SANGGUP MENERIMA JAWATAN KHALIFAH DALAM KEADAAN KEGOYAHAN Beliau sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam pada ketika itu walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan di mana bermulanya titik pertukaran politik negara Islam yang bercelaru apabila ramai pihak yang berebut untuk berkuasa dan menjadi ketua. Saidina Ali bin Abi Talib telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga dibunuh hanya kerana untuk mengekalkan keamanan dalam negara Islam yang telah dibina oleh junjungan mulia Nabi Muhammad. 32. 2.Menghentikan Peperangan Di Antara Umat Islam Beliau juga bermati-matian dalam usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalnya dalam satu peperangan saudara; iaitu Perang Sifin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan terebut tetapi disebabkan ada dalam kalangan pihak musuh yang rela mengangkat al-Quran, maka beliau sanggup menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan. 33. 3.Membina Markas Tentera Di Parsi Dan Syria. Biarpun mengutamakan keharmonian dan kedamaian, Saidina Ali bin Abi Talib juga tidak melupakan soal pertahanan negaranya. Buktinya, beliau telah membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria. 4.Meneruskan Cukai Jizyah Kepada Zimmi. Untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan. Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkan kepada alAsytar. Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka. 34. KEWAFATAN KHALIFAH ALI BIN ABI THALIB Pada tahun 661M Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, akibat dibunuh oleh kaum khawarij. Kerana mereka tidak suka dengan perubahan yang dilakukan oleh saidina Ali, bah kan mengganggap saidina Ali yang berkomplot membunuh khalifah Uthman. 35. KESIMPULAN Banyak permasalahan yang berlaku dalam pemerintahan keempatempat khalifah akibat sikap perebutan kuasa dikalangan masyarakat. Pemerintahan khulafa tersebut telah banyak memberi sumbangan kepada tamadun islam serta meluaskan wilayah islam. Selepas pemerintahan khulafa' al-rasyidin, sistem pemerintahan islam telah bertukar daripada sistem syura kepada sistem warisan, namun begitu,sistem berkhalifah masih kekal hingga ke zaman Turki Uthmaniyyah. Antara kerajaan yang memerintah zaman itu ialah kerajaan Bani Umaiyah,kerajaan Abbasiyah,kerajaan Turki uthmaniyah dan diikuti oleh kerajaan islam di India, China dan Nusantara.