topik 5 pelan perniagaan.pdf

13
r PENGENALAN Persekitaran perniagaan masa kini adalah dinamik, rumit dan sentiasa berubah mengikut keadaan. Untuk memperoleh dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan serta mencapai matlamat dan kecekapan, seorang usahawan mesti mempunyai pelan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan salah satu alat pengurusan yang digunakan untuk mencapai objektif perniagaan. Oleh kerana itu, sesebuah syarikat mesti menyediakan pelan perniagaan yang dapat menarik minat pelabur. Para pelabur lebih bersedia untuk melabur dalam sesuatu perniagaan apabila mereka percaya pelan perniagaannya adalah realistik dan akan membawa keuntungan berdasarkan ramalan mereka tentang kebolehupayaan perniagaan tersebut. Apabila pelan perniagaan disediakan berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan yakin terhadap pasaran serta produk atau perkhidmatan syarikat berkenaan. Ketelitian sebuah pelan perniagaan menunjukkan kebolehan, pengalaman dan latar belakang pihak pengurusan dalam menjalankan perniagaan tersebut. T T o o p p i i k k 5 5 Pelan Perniagaan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan apa itu pelan perniagaan; 2. Menghuraikan tujuh sebab pelan perniagaan adalah penting; 3. Mengenal pasti pihak yang memerlukan pelan perniagaan; 4. Menjelaskan lapan unsur penting sebuah pelan perniagaan yang baik; 5. Membincangkan enam panduan menyediakan pelan perniagaan; dan 6. Menerangkan lima faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelan perniagaan.

Upload: norbaizura-md-isa

Post on 06-Sep-2015

126 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • r

    PENGENALAN

    Persekitaran perniagaan masa kini adalah dinamik, rumit dan sentiasa berubah mengikut keadaan. Untuk memperoleh dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan serta mencapai matlamat dan kecekapan, seorang usahawan mesti mempunyai pelan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan salah satu alat pengurusan yang digunakan untuk mencapai objektif perniagaan. Oleh kerana itu, sesebuah syarikat mesti menyediakan pelan perniagaan yang dapat menarik minat pelabur. Para pelabur lebih bersedia untuk melabur dalam sesuatu perniagaan apabila mereka percaya pelan perniagaannya adalah realistik dan akan membawa keuntungan berdasarkan ramalan mereka tentang kebolehupayaan perniagaan tersebut. Apabila pelan perniagaan disediakan berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan yakin terhadap pasaran serta produk atau perkhidmatan syarikat berkenaan. Ketelitian sebuah pelan perniagaan menunjukkan kebolehan, pengalaman dan latar belakang pihak pengurusan dalam menjalankan perniagaan tersebut.

    TTooppiikk

    55 Pelan

    Perniagaan

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan apa itu pelan perniagaan;

    2. Menghuraikan tujuh sebab pelan perniagaan adalah penting;

    3. Mengenal pasti pihak yang memerlukan pelan perniagaan;

    4. Menjelaskan lapan unsur penting sebuah pelan perniagaan yang baik;

    5. Membincangkan enam panduan menyediakan pelan perniagaan; dan

    6. Menerangkan lima faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelanperniagaan.

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 59

    APA ITU PELAN PERNIAGAAN?

    Pelan perniagaan adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci keseluruhan perniagaan yang akan dilaksanakan oleh seorang usahawan. Walaupun seorang usahawan itu telah menjalankan sebuah perniagaan bertahun-tahun lamanya, pelan perniagaan akan membolehkannya menilai semula perniagaan yang sedang dijalankan dan menimbangkan peluang perniagaan baharu. Oleh itu, pelan perniagaan merupakan pelan masa hadapan syarikat yang dipersembahkan dalam format standard perniagaan yang logik dan realistik. Pelan perniagaan itu mesti menjelaskan idea dan matlamat perniagaan itu dengan jelas. Untuk mencapai perkara ini, pelan itu mesti mempunyai tiga perkara yang dinyatakan di dalam Rajah 5.1.

    Rajah 5.1: Tiga perkara utama yang patut dimasukkan ke dalam pelan perniagaan

    Menurut Utton (2001), pelan perniagaan ialah sebuah program yang lengkap atau peta yang melakarkan setiap aspek perniagaan yang dicadangkan oleh seseorang usahawan. Ia menyeluruh, menjelaskan apa yang usahawan tersebut ingin lakukan, bagaimana dia merancang untuk melakukannya, bila dia merancang untuk melakukannya, di mana dia hendak melakukannya dan mengapa dia percaya bahawa ideanya bernas dan boleh membawa keuntungan. Kesimpulannya, pelan perniagaan merupakan panduan yang berstruktur untuk mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan sebuah perniagaan. Di samping itu, pelan perniagaan merupakan kaedah yang sangat sesuai untuk menyemak fakta dan menguji secara menyeluruh sama ada sebuah idea itu adalah praktikal sebelum melaksanakannya. Ini memberi usahawan tersebut peluang untuk berharap dan bertindak secara realistik dalam menjalankan sebuah perniagaan. Pelan perniagan juga membantu usahawan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, peluang dan ancaman, serta perkara-perkara terperinci yang lain yang perlu diketahui sebelum menjalankan sesebuah perniagaan. Semua perkara ini akan menentukan tahap kejayaan usahawan itu dalam mencapai matlamat perniagaannya.

    5.1

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 60

    Pada amnya, ada beberapa sebab seorang usahawan perlu menyediakan sebuah pelan perniagaan yang boleh dilaksanakan, iaitu:

    (a) Ia memaksa usahawan tersebut mengatur pemikirannya secara logik dan berstruktur;

    (b) Ia membantu usahawan tersebut membina kerangka perniagaan dengan mentakrifkan aktiviti, tanggungjawab dan matlamat perniagaan itu;

    (c) Ia menggalakkan usahawan tersebut membayangkan realiti perniagaan itu dan menjangka masalah yang mungkin akan dihadapi;

    (d) Ia membantu usahawan tersebut membina strategi untuk mencapai matlamat perniagaan;

    (e) Ia berfungsi sebagai pelan tindakan kerja atau panduan dalam menjalankan perniagaan itu; dan

    (f) Ia membolehkan usahawan tersebut mengenal pasti kekangan yang mungkin dihadapi dalam menjalankan perniagaan itu.

    KEPENTINGAN PELAN PERNIAGAAN

    Pelan perniagaan adalah penting kepada usahawan untuk pelbagai sebab, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 5.2.

    Rajah 5.2: Kepentingan pelan perniagaan

    (a) MMenambahkan Peluang untuk Berjaya Perancangan perniagaan yang menyeluruh akan mengenal pasti tahap

    pelaksanaan yang patut dicapai dalam sebuah perniagaan. Sebuah pelan perniagaan akan menentukan apa perubahan yang perlu dilakukan untuk menentukan kejayaannya. Perubahan yang perlu dipertimbangkan adalah

    5.2

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 61

    yang berkaitan dengan struktur organisasi, pengenalan teknologi baharu, teknik pengeluaran baharu serta program baharu untuk pekerja menambah komitmen dan produktiviti mereka. Usahawan perlu mempertingkatkan ilmu dan kemahiran diri untuk menambahkan peluang mereka untuk berjaya.

    (b) MMengembangkan Misi dan Visi Sebuah pelan perniagaan boleh memberikan misi dan visi yang jelas untuk

    sebuah perniagaan. Ia membolehkan usahawan membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang sesuai di masa hadapan. Misi dan visi membolehkan usahawan mengetahui hala tuju mereka. Usahawan harus memberitahu misi dan visi perniagaan mereka kepada pemegang taruh untuk memperolehi keyakinan mereka.

    (c) MMengenal pasti Pesaing Utama Perancangan perniagaan membolehkan usahawan menentukan siapa

    adalah pesaing utama mereka, kekuatan dan kelemahan mereka serta strategi yang betul untuk menghadapi mereka. Semua ini boleh dilakukan dengan analisa persaingan untuk mengenal pasti produk, perkhidmatan dan segmen pasaran pesaing. Usahawan boleh mengenal pasti semua pesaing utama untuk setiap produk atau perkhidmatan dan cuba menganggarkan berapa lama sebelum pesaing baharu akan memasuki sebuah pasaran.

    (d) MMengenal pasti Cara Betul Mengurus Perniagaan Sebuah pelan perniagaan membolehkan usahawan dan pekerja mereka

    untuk membina strategi yang berkesan untuk menjalankan sebuah perniagaan. Mereka boleh mentakrifkan siapa, bila dan bagaimana menggunakan ilmu, kemahiran dan kebolehan dalam menjalankan perniagaan tersebut. Usahawan juga harus memastikan produk dan perkhidmatan mereka menepati cita rasa pelanggan, polisi kerajaan dan perubahan lain dalam suasana perniagaan.

    (e) MMenambahkan Keyakinan Pemegang Taruh Setiap pemegang taruh yang mempunyai kepentingan dalam sebuah

    perniagaan akan ingin mengetahui kekuatan perniagaan tersebut seperti kewangan, sumber dan kebolehupayaan perniagaan itu. Maklumat ini mustahak untuk pemegang taruh menentukan pulangan pelaburannya. Contohnya, sebelum sebuah institusi kewangan bersetuju memberikan pinjaman yang diperlukan oleh seorang usahawan untuk mengembangkan sebuah perniagaan, ia tentu ingin tahu kemungkinan perniagaan itu akan berjaya dan kebolehan usahawan tersebut untuk membayar balik pinjaman yang diberikan. Pembekal juga ingin tahu kekuatan keadaan kewangan seorang usahawan sebelum membekalkan bahan mereka. Agensi kerajaan

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 62

    juga tentu ingin tahu latar belakang dan jenis perniagaan yang akan dijalankan sebelum membenarkan ia beroperasi.

    (f) MMengenal pasti Penghalang Perniagaan Bila melaksanakan sebuah perniagaan, seorang usahawan pasti akan

    menghadapi banyak halangan. Semua halangan ini boleh menggagalkan atau melambatkan prestasi perniagaan tersebut jika tidak diurus dengan betul. Oleh itu, usahawan itu perlu mengenal pasti halangan yang bakal dihadapi sebelum menjalankan sebuah perniagaan dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya. Usahawan harus tahu sejauh mana halangan tersebut akan memberikan kesan kepadanya dan perniagaannya.

    (g) SSebagai Alat Pelaksanaan Sebuah pelan perniagaan adalah alat untuk beroperasi yang boleh

    membantu usahawan menjayakan perniagaannya jika disediakan dengan betul. Pelan perniagaan itu akan membantu usahawan meletakkan sasaran yang realistik untuk dicapai sebagai pengukur nilai prestasi. Oleh itu, pelan perniagaan menyediakan asas untuk menilai dan menguasai prestasi sebuah perniagaan di masa hadapan dari segi keuntungan, kos dan kualiti. Ia juga digunakan untuk mencapai prestasi yang disasarkan, menganalisa trend sikap pelanggan dan prestasi ekonomi dalaman dan luaran.

    SIAPA YANG MEMERLUKAN PELAN PERNIAGAAN?

    Pelan perniagaan adalah amat penting bagi pelbagai pihak, seperti berikut: (a) PPihak Pengurusan Sebuah pelan perniagaan membolehkan pihak pengurusan untuk

    mempertimbangkan masa, usaha dan sokongan yang diperlukan untuk mencapai matlamat sebuah perniagaan. Ia memberikan mereka peluang untuk menganalisa keadaan-keadaan kritikal yang menghalang kemajuan perniagaan tersebut. Ia membolehkan mereka menjangka perubahan yang mungkin berlaku di masa hadapan. Pihak pengurusan mesti menganalisa sebab-sebab perniagaan itu menemui kejayaan atau kegagalan serta ancaman dan peluang yang bakal dihadapi di masa hadapan. Oleh itu, pihak pengurusan mesti membina dan meneliti strategi dan keutamaan

    5.3

    Mengapakah pelan perniagan penting untuk usahawan?

    LATIHAN 5.1

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 63

    yang harus dijelaskan dan diberitahu untuk memastikan perkembangan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan bertanggungjawab meletakkan tanda aras yang berpatutan untuk mengukur kejayaan perniagaan itu. Di samping itu, sebuah pelan perniagaan membolehkan pihak pengurusan mengenal pasti masalah dan kekangan yang akan dihadapi oleh pekerja dalam mencapai sasaran.

    (b) PPemegang Taruh Perancangan perniagaan adalah penting untuk pemegang taruh. Mereka

    mesti tahu bagaimana perniagaan itu akan dijalankan kerana persetujuan mereka diperlukan jika perubahan sasaran dan strategi dibuat. Oleh itu, mereka perlu tahu tentang apa-apa keputusan baharu sebelum ia dilaksanakan. Sebuah pelan perniagaan adalah dokumen penting untuk pemegang taruh kerana mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam menilai secara kritikal deraf pelan itu. Usahawan harus memberitahu mereka mengenai pasaran masa hadapan untuk produk atau perkhidmatan mereka, operasi perniagaan, unjuran kewangan dan rancangan masa hadapan seperti mengembangkan perniagaan tersebut ke pasaran antarabangsa. Pelan perniagaan juga penting untuk perniagaan baharu mendapatkan pemegang taruh.

    (c) BBank atau Pemberi Pinjaman Sebelum meluluskan sebuah permohonan pinjaman seseorang usahawan,

    pihak bank perlu mengkaji pelan perniagaannya. Pelan itu akan memberikan pihak bank petunjuk pulangan yang boleh diharapkan daripada pemberian pinjaman itu dan membolehkan pihak bank mengukur kebolehupayaan dan keberuntungan perniagaan tersebut dalam jangka masa yang berpatutan. Sebuah pelan perniagaan akan memberi pihak bank idea strategi dan keutamaan sesebuah perniagaan itu. Dua perkara ini mesti diterangkan dengan jelas dalam pelan tersebut dan mesti selaras dengan keseluruhan polisi strategi jabatan, fungsi tujuan dan keperluan laporan. Dengan meneliti pelan perniagaan, pihak bank boleh mengenal pasti bantuan kerajaan dan insentif cukai yang tersedia untuk usahawan berkenaan.

    (d) PPelanggan Pelanggan juga berminat dalam pelan perniagaan kerana ia memberikan

    mereka maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk menggunakan produk atau perkhidmatan perniagaan berkenaan atau tidak. Contoh isu penting bagi pelanggan adalah kualiti dan keselamatan produk perniagaan itu. Untuk meraih keyakinan pelanggan, pelan perniagaan mesti menyebut perihal harga, ketahanan, ciri-ciri, sokongan tambahan dan perkhidmatan selepas jualan untuk sesebuah produk. Pelanggan akan bertambah yakin jika produk itu menggunakan

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 64

    teknologi baharu, diiktiraf oleh badan seperti SIRIM dan JAKIM dan sejajar dengan budaya mereka.

    (e) PPembekal Pembekal memerlukan pelan perniagaan bagi memutuskan sama ada

    untuk membekalkan bahan dengan cara kredit. Pembekal mahu melihat sama ada perniagaan tersebut boleh membayar balik hutang dalam masa yang ditentukan. Oleh itu, pelan perniagaan yang baik akan memberikan gambaran jelas tentang kemampuan perniagaan tersebut.

    (f) PPekerja Kebanyakan bakal pekerja inginkan maklumat mengenai perkembangan

    dan prestasi sebuah perniagaan sebelum membuat keputusan untuk menyertainya. Mereka boleh mendapatkan maklumat ini melalui pelan perniagaan.

    UNSUR PENTING PELAN PERNIAGAAN YANG BAIK

    Perkara berikut merupakan unsur penting sebuah pelan perniagaan yang baik (rujuk Rajah 5.3).

    Rajah 5.3: Lapan unsur penting pelan perniagaan yang baik

    (a) RRingkasan Eksekutif Ringkasan eksekutif adalah bahagian paling penting sebuah pelan

    perniagaan. Ini adalah bahagian pertama yang perlu dilihat. Ia memberitahu kedudukan dan hala tuju sebuah syarikat. Antara unsur yang dimasukkan dalam ringkasan eksekutif adalah kenyataan misi, tarikh

    5.4

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 65

    permulaan perniagaan, nama dan peranan pengasas, bilangan pekerja, lokasi perniagaan serta cawangan dan subsidiari (jika ada), penjelasan rancangan dan kemudahan, produk yang dikeluarkan, nama bank, prestasi dan perkembangan syarikat, kedudukan kewangan dan ringkasan rancangan masa hadapan pihak pengurusan.

    (b) AAnalisa Pasaran Bahagian ini menggambarkan pengetahuan seseorang usahawan itu

    mengenai industri yang diceburi. Ia mempersembahkan gambaran keseluruhan dan kesimpulan hasil kajian pasaran yang telah dikumpul. Walau bagaimanapun penerangan secara terperinci haruslah tidak diletakkan di dalam bahagian ini tetapi di dalam lampiran. Bahagian ini mesti mengandungi deskripsi dan tinjauan mengenai industri, maklumat matlamat pasaran, keputusan ujian pemasaran, masa tunggu dan penilaian terhadap persaingan.

    (c) SStrategi Pemasaran dan Jualan Pemasaran adalah proses mencipta dan menarik pelanggan kepada sesebuah

    perniagaan. Seorang usahawan harus menyedari bahawa pelanggan adalah nadi utama perniagaan mereka. Sebuah pelan perniagaan harus mengandungi ramalan perniagaan berdasarkan analisa pasaran. Di dalam bahagian ini, perkara yang paling penting untuk dibuat adalah mentakrifkan strategi pemasaran. Strategi ini harus menjadi sebahagian daripada proses penilaian kendiri yang berterusan dan unik kepada syarikat tersebut. Secara keseluruhan, strategi pemasaran harus mengandungi maklumat perihal strategi untuk menembusi pasaran, pertumbuhan perniagaan, saluran pengedaran dan perhubungan. Ia juga harus menyebut tentang strategi pasukan dan aktiviti pemasaran serta bajet pemasaran.

    (d) BBarisan Perkhidmatan atau Produk Bahagian ini menerangkan keunikan perkhidmatan atau produk yang akan

    disediakan dan manfaatnya kepada pelanggan dan bakal pelanggan. Usahawan harus menonjolkan kebolehan produk atau perkhidmatan tersebut untuk menyelesaikan masalah tertentu sebagai kelebihan produk atau perkhidmatan itu.

    (e) OOrganisasi dan Pengurusan Bahagian ini menyebut perihal struktur organisasi syarikat, pemilikan

    syarikat, pihak pengurusan, kelayakan ahli lembaga pengarah, pelan upah dan bajet pentadbiran.

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 66

    (f) PPermohonan Pembiayaan Bahagian ini berfokus kepada jumlah pembiayaan yang diperlukan untuk

    memulakan atau mengembangkan perniagaan. Jika perlu, ia boleh mengandungi senario berlainan seperti jika pembiayaan diterima dan jika pembiayaan tidak diterima dan kesannya terhadap perniagaan. Oleh itu, bahagian ini mengandungi kos pelaksanaan projek, termasuk pembiayaan modal, pembiayaan operasi dan sumber kewangan. Ia juga menyebut perihal syarat pembiayaan, syarat pembiayaan untuk lima tahun ke hadapan, bagaimana pembiayaan yang diterima akan digunakan dan strategi kewangan jangka panjang yang akan memberi kesan terhadap kemajuan kewangan syarikat.

    (g) KKewangan Kewangan mesti dibangunkan selepas menganalisa pasaran dan

    menyatakan objektif dengan jelas. Di dalam bahagian ini, usahawan menunjukkan secara terang unjuran kewangan seperti prestasi aliran tunai, keuntungan dan kerugian serta unjuran kunci kira-kira dan sebagainya.

    (h) LLampiran Bahagian ini harus diberikan kepada pembaca bila diperlukan. Ia tidak harus

    dimasukkan ke dalam badan utama pelan perniagaan kerana pelan itu adalah alat komunikasi yang akan dibaca oleh ramai orang. Lampiran mengandungi sejarah kredit, maklumat pengurus utama, gambar produk, surat rujukan, perincian kajian pasaran, artikel majalah yang berkaitan, lesen, permit, dokumen undang-undang, salinan sewaan, permit bangunan, kontrak dan senarai penasihat perniagaan termasuk peguam dan akauntan.

    Anda merupakan seorang usahawan yang mengusahakan sebuah kedai kek tradisional di sebuah pusat membeli belah. Apakah perincian yang akan anda masukkan di bawah Strategi Pemasaran dan Jualan dalam pelan perniagaan anda? Bincang dalam kumpulan dan tuliskan maklumat tersebut.

    AKTIVITI 5.1

    Apakah unsur penting dalam sebuah pelan perniagaan yang baik?

    LATIHAN 5.2

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 67

    PANDUAN MENYEDIAKAN PELAN PERNIAGAAN

    Rajah 5.4 menunjukkan enam panduan menyediakan pelan perniagaan yang berkesan.

    Rajah 5.4: Panduan menyediakan pelan perniagaan

    5.5

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 68

    KESULITAN YANG PERLU DIHINDARI SEMASA MEMBUAT PERANCANGAN

    Mengikut Kuratko (2004), terdapat beberapa kesulitan yang perlu dielakkan oleh usahawan dalam membuat pelan perniagaan. Sesetengah daripadanya adalah kesilapan lazim dan senang dicam. Jadual 5.1 menunjukkan lima kesulitan dan langkah strategik untuk menghindari mereka.

    Jadual 5.1: Kesulitan dalam Perancangan

    Kesulitan Fakta Bagaimana Untuk Mengelak

    Tiada matlamat realistik

    Sesetengah pelan perniagaan tiada matlamat yang jelas dan boleh dicapai

    Tiada jangka masa

    Tiada keutamaan

    Tiada langkah tindakan

    Pelan perniagaan yang bagus mempunyai jadual jelas dengan langkah spesifik untuk dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan.

    Gagal menjangka halangan

    Kadang-kadang usahawan terlalu bertumpu kepada idea mereka sehingga tidak melihat masalah yang mungkin timbul. Tiada tanda-tanda yang boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah dan tiada pengakuan masalah atau kelemahan yang mungkin ada dalam pelan dan tiada pelan sokongan.

    Senaraikan halangan yang mungkin akan dihadapi dan langkah-langkah penyelesaian serta pelan sokongan.

    Tiada komitmen atau dedikasi

    Ramai usahawan menunjukkan seolah-olah mereka tiada komitmen terhadap perniagaan mereka. Tanda-tanda nyata mereka tiada komitmen adalah mereka:

    Sering berlengah-lengah

    Tidak menepati temu janji

    Tiada keinginan melaburkan duit sendiri

    Ingin untung cepat

    Hadiri janji temu dan laburkan duit sendiri ke dalam perniagaan.

    5.6

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 69

    Kekurangan pengalaman perniagaan atau teknikal

    Ramai pelabur inginkan usahawan yang berpengalaman serta berpengetahuan mengenai perniagaan yang akan dijalankan dan bukan hanya penuh dengan idea.

    Usahawan harus menunjukkan pengalaman peribadi dan pengetahuan latar belakang tentang perniagaan yang akan diceburi. Jika mereka tidak memiliki ilmu atau kemahiran tertentu, mereka harus mendapatkan bantuan daripada orang yang memilikinya.

    Tiada pasaran tertentu

    Ramai usahawan tidak mengenal pasti segmen pelanggan yang mungkin berminat dengan produk mereka. Banyak produk yang tidak sampai ke tangan pelanggan kerana pasaran untuk produk itu belum dikenal pasti atau dibentuk.

    Kembangkan segmen pasaran khas untuk produk atau perkhidmatan yang akan disediakan dan tunjukkan bagaimana produk atau perkhidmatan tersebut akan berguna untuk pelanggan dalam segmen tersebut.

    Usahawan harus mengelakkan kesulitan yang dibincangkan di atas agar peluang perniagaan mereka berjaya adalah bertambah baik. Kesemua benda kritikal ini mesti diuruskan dengan berhati-hati sebelum mengembangkan pelan perniagaan. Ini akan membantu usahawan menyediakan asas yang mantap untuk membentuk satu pelan perniagaan yang berkesan.

    Perancangan perniagaan adalah suatu sistem pengurusan. Ia mengintegrasikan fungsi pengurusan seperti perancangan, pengaturan, pelaksanaan dan pengawalan.

    Proses perancangan perniagaan memberikan pihak pengurusan alat dan maklumat asas yang menjelaskan tentang aspek-aspek pengurusan dan

    Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan sebuah pelan perniagaan.

    LATIHAN 5.3

  • TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 70

    sumber serta menyumbang kepada pembentukan kerangka akauntabiliti yang diperlukan untuk mengurus perniagaan dalam persekitaran yang dinamik. Oleh itu, pelaksanaan pelan perniagaan sangat penting untuk memastikan sesebuah perniagaan itu terus bertahan dan berkembang.

    Analisa pasaran

    Barisan produk

    Fungsi pengurusan

    Kesulitan

    Pelan perniagaan

    Pemegang saham

    Pemegang taruh

    Ringkasan eksekutif