rancangan perniagaan.pdf

Upload: -

Post on 10-Jan-2016

136 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ZM ENTERPRISE

    1

    1.0 Pengenalan Perniagaan

    Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual sarung dan

    bantal kusyen yang bercorak batik. Pada zaman moden ini, produk bercorak batik merupakan

    pilihan kepada semua orang. Kebanyakkan orang, terutamanya golongan berada menempah dan

    membeli sarung dan bantal kusyen bercorak batik sabagai hiasan pada kerusi mereka dan dalam

    kereta mereka.

    Masyarakat kini sentiasa meminati pakaian atau fabrik yang bercorak batik kerana

    penggunaan corak batik menampakkan pengguna lebih elegen dan bergaya, maka syarikat kami

    telah mengeluarkan produk sarung dan bantal kusyen yang dapat memenuhi permintaan

    pengguna dalam menyediakan sarung dan bantal kusyen. Produk ini menggunakan fabrik yang

    bermutu tinggi dan hiasan tambahan yang dijahit menggunakan tangan bagi mencantikkan dan

    mengukuhkan lagi jahitan.

    Kami telah menyediakan 3 jenis produk iaitu produk pertama ialah sarung bantal kusyen

    yang menggunakan fabrik bercorak batik, produk kedua ialah produk yang menggunakan fabrik

    tanpa corak batik tetapi dihias bercorak batik dengan menggunakan bahan hiasan dan produk

    ketiga adalah bantal kusyen yang pelbagai bentuk mengikut citarasa pelanggan. Disamping itu,

    kami juga menjual bahan-bahan hiasan pada fabrik dan fabrik yang bercorak batik.

    Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan perkhidmatan. Perkhidmatan

    yang akan diberikan adalah memberi nasihat tentang fesyen atau rekaan yang sesuai dengan

    bentuk sarung bantal kusyen dan menerima tempahan menjahit sarung bantal kusyen yang

    dikehendaki pelanggan. Bagi produk pula kami menyediakan pelbagai bentuk dan rekaan sarung

    dan bantal kusyen yang menarik dengan harga yang berpatutan.

  • ZM ENTERPRISE

    2

    2.0 Nama Dan Alamat Perniagaan

    Nama syarikat kami ialah ZM Enterprise. Penggunaan ZM Enterprise akan tertera pada

    label yang terdapat pada sarung bantal kusyen yang sayrikat kami keluarkan. Objektif syarikat

    kami adalah untuk memberi jaminan kepada pelanggan berpuas hati dengan kualiti jahitan yang

    syarikat kami lakukan. Perniagaan kami akan beroperasi di Bandar Marang Terengganu. Tujuan

    kami beroperasi perniagaan kami di sana kerana populasi orang di sana banyak.

    Kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan kaya dan golongan yang bekerja serta

    berkereta. Terdapat juga di pusat peranginan dan hotel.

    3.0 Tujuan Penyediaan Rancangan

    Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan atau maklumat

    berkenaan dengan sebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain itu,

    dengan adanya rancangan perniagaan yang terperinci, ini akan meyakinkan para pihak yang

    bekerjasama dengan syarikat kami, termasuk pihak pemiutang iaitu institusi kewangan dan pihak

    pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan dapat dimajukan dan dapat

    diusahakan. Dengan penyelidikan terhadap saiz pasaran dan persaingan yang dihadapi, syarikat

    boleh menyediakan rancangan yang sepatutnya untuk menghadapi saingan di pasaran. Di

    samping itu, rancangan perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan

    produk yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Selain itu, rancangan perniagaan juga dapat

    membantu pemilik perniagaan mengenalpasti keberkesanan perniagaan yang dijalankan olehnya.

    Tujuan penyediaan rancangan ini dan pihak yang memerlukannya.

    x Usahawan x Pembekal x Institusi kewangan atau pelabur x Kakitangan

  • ZM ENTERPRISE

    3

    Usahawan

    Usahawan untuk membolehkannya memahami projek atau perniagaan yang mendalam.

    Rancangan ini boleh memberi rujukan kepada usahawan untuk menguruskan perniagaan tersebut

    dan tujuan pelaburan dan pembiayaan.

    Pembekal

    Rancangan perniagaan yang terperinci memberikan keyakinan kepada pembekal yang

    bekerjasama dengan syarikat. Dengan itu, kami boleh mendapat bekalan dan bahan yang

    diperlukan secara kredit.

    Institusi kewangan atau pelabur

    Rancangan perniagaan disediakan kepada institusi kewangan adalah untuk memantapkan

    permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan rakan

    kongsi pelaburan tambahan untuk perniagaan yang dijalankan.

    Kakitangan

    Rancangan perniagaan mendedahkan kakitangan syarikat dengan arah tujuan syarikat, oleh itu,

    kakitangan mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu syarikat mencapai objektif yang

    ditetapkan.

  • ZM ENTERPRISE

    4

    4.0 Latar Belakang Perniagaan

    Nama Perniagaan: ZM Enterprise

    Alamat Perniagaan: No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu

    Alamat surat Menyurat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang,

    Terengganu

    No telefon: 09-6182223/09-6182224

    Bentuk syarikat: Perkongsian

    Kegiatan utama: Menjual produk sarung dan bantal kusyen

    Tarikh mulakan perniagaan: 17 Oktober 2013

    Tarikh pendaftaran: 14 Ogos 2013

    Nombor pendaftaran: PG0036918-W

    Modal permulaan : RM 300,000.00

    Nama bank: CIMB Bank

    Jenis Akaun: Akaun semasa

    Nombor akaun Syarikat: 2009203698710170

    Syarikat kami adalah berbentuk perkongsian yang terdiri daripada 2 orang pekongsian.

    Kedua-dua daripada kami bukan sahaja merupakan pekongsi kepad syarikat tetapi juga

    merupakan orang yang bertugas dalam bahagian pentadbiran, pengeluaran, kewangan dan

    pemasaran. Syarat-syarat perkongsian yang akan dipersetujui oleh kami adalah tertakluk kepada

    Akta Perkongsian 1967. Dalam aspek modal permulaan, modal yang diperlukan adalah sejumlah

    RM300,000.00.

  • ZM ENTERPRISE

    5

    Oleh kerana syarikat kami merupakan syarikat yang bermodal kecil maka setiap pekongsi akan

    mengeluarkan wang simpanan sendiri atau bantuan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan

    ini.

    4.1 Senarai kakitangan pengurusan

    Nama Jawatan Bil Muhd Zulkifli Bin Hamzah Pengurus besar, pentadbiran dan Operasi 1

    Mastura `Aqasiah binti Muktar Pengurus Kewangan dan Pemasaran 1

    4.2 Latar belakang pemilik (rakan kongsi)

    4.2.1 Latar belakang rakan kongsi 1

    Jawatan : Pengurus Besar, Pentadbiran dan Operasi

    Nama penuh: Muhd Zulkifli Bin Hamzah

    No I/C : 871017-11-5553

    Tarikh lahir: 17 Oktober 1987

    Umur : 26 tahun

    Jantina : Lelaki

    Alamat Tetap : Lot 1353 Kg Telaga Batu, 21600 Marang Terengganu.

    No Telefon: 013-333888

    Taraf Perkahwinan : Bujang

    Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, sesi motivasi francaisi-francaisor,

    bengkel perdagangan, kursus pengurusan syarikat, seminar pembuatan, seminar pengurusan

    pengeluaran operasi, kursus kualiti barangan.

  • ZM ENTERPRISE

    6

    Pengalaman: ketua pentadbiran, pengarah eksekutif,penolong pengarah eksekutif, Penolong

    penyelia, pembantu penolong operasi.

    Modal sumbangan : RM 150,000.00

    4.2.2 Latar belakang rakan kongsi 2

    Jawatan : Pengurus Kewangan dan Pemasaran

    Nama penuh : Mastura `Aqasiah binti Muktar

    No I/C : 890621 06 5558

    Tarikh lahir: 21 Jun 1989

    Umur : 24 tahun

    Jantina : Perempuan

    Alamat Tetap : No. 342 Blok C, Bukit Kechil,Kuala Terengganu.

    Telefon: 013 - 9177777

    Taraf Perkahwinan : Berkahwin

    Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, kurus kewangan syarikat, seminar

    perdagangan, bengkel pemasaran, kursus pelanggan dan pengguna

    Pengalaman: pengurus kewangan, juruaudit, Wakil jualan, eksekutif pemasaran

    Modal sumbangan : RM 150,000.00

  • ZM ENTERPRISE

    7

    5.0 Latar Belakang Projek

    5.1 Lokasi tapak projek

    Alamat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang,

    Terengganu

  • ZM ENTERPRISE

    8

    5.2 Bangunan-pelan lantai

  • ZM ENTERPRISE

    9

    6.0 Rancangan Pemasaran

    6.1 Analisa pasaran

    Konsep utama syarikat kami adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan pelanggan. Selain tiu,

    syarikat juga mementingkan persaingan yang sedia ada dalam pasaran. Oleh itu, rancangan

    pemasaran syarikat kami juga mengambil faktor persaingan yang wujud dalam pasaran,

    perniagaan ini berpotensi di kawasan ini sebab terdapat bilangan yang sedikit di kawasan ini.

    Oleh itu, persaingan adalah terhad dan perniagaan ini mempunyai potensi yang cerah untuk

    berkembang di kawasan ini.

  • ZM ENTERPRISE

    10

    6.2 Bentuk pasaran

    Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan:

    x Penjualan pelbagai rekabentuk bantal dan sarung bantal kusyen.

    x Perkhidmatan tempahan rekabentuk sarung bantal kusyen pelanggan

    x Memberi nasihat dan pereka fesyen pelanggan tetap.

    Potensi perniagaan

    x Tren pasaran

    Pasaran produk bantal dan sarung bantal kusyen yang semakin meningkat di

    Malaysia telah menjadi salah satu sebab wujudnya produk sayrikat kami. Kami juga

    menyedari potensi yang sedia ada di dalam perniagaan ini kerana terdapat permintaan

    yang tinggi terhadap produk bantal dan sarung bantal kusyen yang bersesuaian dan

    memberi satu kepuasan kepada pengguna.

    Dalam menentukan tren pasaran untuk memasarkan produk ini, kami akan

    memberi tumpuan kepada pasaran di Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan

    Kuantan pada permulaannya. Setelah perniagaan ini mencapai peringkat yang lebih

    stabil, kami akan mengembangkan skop pasaran yang lebih luas dan bercadang untuk

    membuka cawangan di lokasi yang berlaianan jika keadaan membenarkan syarikat

    berbuat demikian. Syarikat kami juga berhasrat akan mengembangkan pasaran sehingga

    peringkat antarabangsa.

    x Jangkaan permintaan dan tren permintaan yang memberangsangkan

    Secara umumnya, permintaan terhadap produk sayrikat kami iaitu rekabentuk

    baru batanl dan sarung bantal kusyen dijangka akan mengalami peningkatan. Keadaan ini

    adalah selaras dengan perubahan zaman iaitu zaman sekarang menekankan keunikan

    rekabentuk bantal dan sarung bantal kusyen untuk keselesaan dan kecantikan hiasan

  • ZM ENTERPRISE

    11

    mereka. Para pemilk kereta juga sudah meminta untuk menyediakan bantal dan sarung

    bantal kusyen yang sesuai untuk diletakkan dalam kereta mereka.

    x Perubahan demografi penduduk

    Dengan bertambahnya saiz penduduk dan lebih ramai pemilik kereta dan

    penghuni rumah yang berkeluarga pada zaman sekarang, maka bertambahlah permintaan

    ke atas produk keluaran syarikat kami ini terutamanya produk yang dijamin berkualiti

    dan bertepatan dengan kehendak pengguna. Oleh itu, perniagaan ini mat berpotensi untuk

    dikembangkan.

    x Keadaan ekonomi yang baik dan berkemampuan setiap individu

    Harga produk keluaran sayrikat kami adalah berpatutan dan para pengguna adalah

    berkeupayaan membeli. Di samping itu, sayrikat kami juga terpaksa bertukar-tukar

    maklumat dan mendapatkan informasi terkini seperti majalah-malajah dekorasi dan buku-

    buku rekabentuk kerusi terkini sebagai panduan kepada sayrikat kami untuk

    menghasilkan produk yang seiring dengan kemajuan rekabentuk kerusi mengikut

    kehendak pengguna.

    6.3 Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan

    Produk keluaran dapat dibahagikan kepada dua jenis dan harganya dapat dilihat

    dalam jadual di bawah :

    Produk Harga(RM)/1unit

    Bantal kusyen 15

    Sarung bantal kusyen 35

    Jumlah 50

  • ZM ENTERPRISE

    12

    6.4 Pelanggan

    Sasaran pelanggan syarikat adalah:

    Pemilik kereta

    Penghuni rumah yang berkeluarga

    Pejabat kerajaan dan swasta

    Pengeluar perabot kerusi

    Hotel dan pusat peranginan

    6.5 Saiz pasaran

    Terdapat lebih kurang 5 ribu penduduk yang berkeluarga, 10 ribu pemilik kereta,

    30 syarikat dan pejabat dan 10 pengeluar perabot kerusi.

    6.6 Pesaing sedia ada

    Nama syarikat pesaing Kekuatan/kelebihan Kelemahan/keburukan

    RY Design Mempunyai rekabentuk yang

    pelbagai dan fabrik yang

    berkualiti tinggi serta

    peralatan yang sempurna.

    Jauh dari Bandar (lokasi tidak

    strategik) dan harga produk

    mahal.

    6.7 Penyediaan ramalan jualan

    Bulan Tahun pertama (unit) Tahun kedua (unit)

    Januari 830 950

    Februari 870 1010

  • ZM ENTERPRISE

    13

    Mac 900 1080

    April 930 1150

    Mei 950 1180

    Jun 1000 1230

    Julai 1100 1250

    Ogos 1230 1300

    September 1300 1350

    Oktober 1500 1400

    November 1800 1500

    Disember 1990 1600

    Jumlah 14400 15000

    6.8 Strategi penjualan

    Semasa pemasaran produk kami, usaha-usaha promosi, barangan yang bermutu dan harga

    yang berpatutan tidak akan memberikan makna selagi barangan tidak diedarkan berhampiran

    dengan pelanggan. Oleh yang demikian, sistem jualan yang mantap akan dapat memastikan

    setiap barangan sampai di tangan pembeli pada masa yang sesuai dengan efektif. Bakal

    pelanggan akan berasa kecewa jika mereka tidak dapat memiliki barangan yang telah diiklankan

    kerana kegagalan pihak perniaga membekalkan barangan di pusat-pusat jualan.

    Syarikat kami mengamalkan 2 jenis strategi pengagihan iaitu zero-level channel yang

    merupakan jualan secara terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakalan one-level channel

    iaitu jualan dengan cara pengeluar menjual kepada pengusaha perabot kerusi dan pegusaha

    perabot kerusi menjual bersama kerusi kepada pengguna.

  • ZM ENTERPRISE

    14

    x Strategi zero-level cahnnel

    Dalam strategi ini syarikat kami akan mengedarkan produk sarung dan bantal

    kusyen ZM Enterprise kepada pengguna secara terus tanpa pengantaraan. Tujuan syarikat

    kami memilih strategi ini adalah untuk memegang kuasa kawalan dalam urusniaga jualan

    produk kami. Maka syarikat tidak bercadang mengagihkan kepada pengedar-pengedar

    untuk menjualkannya dan pembeli akan membuat pembelian di kedai kami.

    x Strategi one-level channel

    Melalui strategi ini kami akan mengedarkan produk sarung dan bantal kusyen

    keluaran syarikat kami kepada pihak pengeluar perabot kerusi dan seterusnya akan

    memasarkan praoduk kami bersama-sama dengan produk mereka. Strategi ini dapat

    membantu syarikat kami menjalankan kerja pengkhususan tenaga pekerja dan tidak perlu

    menumpukan perhatian yang lebih dalam hal pengedaran dan penembusan pasaran lain.

    Ini adalah kerana penjualan produk kami kepada pengeluar perabot kerusi dapat

    memudahkan sistem saluran pengagihan dan meluaskan pengedaran ke pasaran lain yang

    lebih luas.

    Dengan menggunakan strategi ini syarikat dapat merendahkan risiko syarikat

    dengan membahagikan produk kepada pengedar-pengedar yang berlainan tempat.

    Sekirannya syarikat pengeluar perabot kerusi berlaku masalah, syarikat kami tidak perlu

    risau tentang keuntungan syarikat kerana terdapat pengedar perabot kerusi lain yang akan

    menyumbangkan keuntungan kepada syarikat. Selain itu, strategi ini dapat menjimatkan

    masa dan kos syarikat untuk mengedarkan hasil syarikat kami ke tempat yang lebih jauh.

  • ZM ENTERPRISE

    15

    7.0 Rancangan Organisasi

    7.1 Matlamat dan strategi organisasi

    Misi organisasi

    x Memaksimumkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

    x Menyediakan produk bantal dan sarung bantal kusyen yang dapat memenuhi kepuasan dan permintaan pengguna.

    x Menghasilkan rekabentuk sarung dan bantal kusyen yang terkini.

    x Memastikan kemampuan perniagaan untuk bersaing dengan pesaing di pasaran.

    Matlamat organisasi

    Matlamat uatam setiap organisasi adalah untuk memperolehi keuntungan dan terus kekal

    sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing. Matlamat organisasi ini adalah untuk:

    x Memastikan perniagaan terus unggul dalam memberikan produk perkhidmatan yang terbaik.

    x Memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan, pekerja dan pelanggan.

    x Memastikan kebajikan pekerja terjamin.

    7.2 Strategi jangka pendek

    x Memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan

    x Mengekalkan kesetaian pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

    x Memaksimumkan keuntungan.

    x Menghasilkan produk sarung dan bantal kusyen mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan.

  • ZM ENTERPRISE

    16

    x Memperluaskan pasaran.

    x Sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggan.

    7.3 Strategi jangka panjang

    x Sentiasa menyediakan bantal dan sarung bantal kusyen mengikut piawaian standard.

    x Mengekalkan harga standard

    x Memaksimumkan kepuasan pelanggan

    x Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan-cawangan di setiap negeri di Malaysia.

    7.4 Carta organisasi

    7.5 Fungsi dan tanggungjawab

    Pengurus besar, pentadbiran dan operasi

    x Merancang dan mengenalpasti dasar-dasar syarikat, menentukan misi, membentuk peraturan dan prosedur syarikat.

    x Mengawal dan memberi arahan kepada kakitangan bawahan.

  • ZM ENTERPRISE

    17

    x Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.

    x Menjaga kebajikan pekerja.

    x Berfungsi menyusun jadual dan menguruskan hal produktiviti pengeluaran.

    x Mengawal mutu pengeluaran, jumlah pengeluaran dan urusan pembelian input.

    x Memastikan perkhidmatan bermutu dan kualiti sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik.

    x Menyelenggara komen, pendapat dan sebagainya daripada pelanggan.

    x Memastikan produk yang dikeluarkan sentiasa mencukupi.

    x Membuat penyata keperluan stok dan inventori

    x Merekod jualan harian

    x Memastikan keadaan kedai sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.

    Pengurus kewangan dan pemasaran

    x Menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat agar selaras seperti yang dirancang.

    x Melakukan urusan pembahagian keuntungan, penyata untung rugi, penyata pendapatan dan penyata kira-kira.

    x Bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan menyimpan wang syarikat ke dalam bank untuk dijadikan sebagai modal pusingan dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan

    perniagaan.

    x Memastikan hasil keluaran mendapat tempat dan memenuhi kehendak pelanggan.

    x Menyelia urusan promosi serta menghebahkan kemunculan syarikat kepada orang ramai.

    x Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat kepad aorang ramai.

  • ZM ENTERPRISE

    18

    x Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat (papan tanda dan tanda arah)

    x Memastikan sasaran pasaran harian tercapai dan pelanggan berpuas hati dengan mutu nperkhidamatan syarikat.

    x Melakukan pelbagai aktiviti untuk menghargai pelanggan seperti potongan harga, pemberian baucer serta kad ahli.

    7.6 Senarai kakitangan

    Bil Jawatan Bilangan pekerja

    1. Pengurus besar, operasi dan pentadbiran 1

    2. Pengurus pemasaran dan kewangan 1

    3. Pekerja am 2

    4. Pereka 3

    5. Tukang jahit 6

    6. Jurujual 3

    Jumlah 16

    7.7 Bayaran imbuhan kepada kakitangan

    x Cuti sakit

    Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecedraan ataupun kemalangan semasa

    bekerja, pihak syarikat akan memberi cuti bergaji di samping memberi rawatan perubatan

    secara percuma.

  • ZM ENTERPRISE

    19

    x Cuti tahunan

    Pihak syarikat akan memberi cuti tahunan kepada pekerja selama dua minggu ataupun 14

    hari.

    x Kenaikan gaji

    Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan akan diberi kenaikan gaji.

    Pihak syarikat juga kan memberi gaji bonus pada setiap hujung tahun bergantung kepada

    peratus keuntungan yang diperolehi pada tahun berkenaan.

    x Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP)

    Bagi menjamin masa depan pekerja, mereka diwajibkan mendaftar dalam KWSP.

    8.0 Rancangan Operasi

    8.1 Senarai barangan yang dihasilkan

    Produk Harga

    Sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik

    bercorak batik

    RM35

    Sarung bantal kusyen yang menggunakan

    hiasan sebagai corak batik

    RM45

    Bantal kusyen RM15

    Tempahan mengikut rekaan pengguna Bergantung pada penggunaan bahan dan

    kesukaran.

  • ZM ENTERPRISE

    20

    8.2 Carta aliran proses

    8.3 Senarai bahan mentah yang diperlukan (bulanan)

    Bahan Kuantiti Harga/kuantiti (RM) Jumlah (RM)

    Fabrik bercorak batik 1000 M 28/M 28 000.00

    Farik kosong 1000 M 10/M 10 000.00

    Benang 150 gelung 98/gelung 14 700.00

    Hiasan 100 kotak 40/kotak 4000.00

    Kapas 100KG 4.10/KG 410.00

    Jumlah RM 57,110

  • ZM ENTERPRISE

    21

    8.4 Senarai mesin, perabot, dan alat kelengkapan

    Jenis mesin Model Bilangan Harga seunit Jumlah (rm)

    Trimmer quality

    controller and

    labeling machine

    ADX-112 1 104,100 104,100

    Industrial

    lockstitch and

    other machines

    DB-736 4 25,588 102,350

    Industrial

    overlock

    machines and

    accessories

    NV-4000 2 49,275 98,550

    Embroidery

    sewing machines

    NV-700E 2 97,500 195,000

    JUMLAH 500,000

    8.5 Perabot dan kelengkapan pejabat

    Pejabat kami dilengkapi dengan beberapa bilik kakitangan syarikat. Selain itu, pejabat kami juga

    mempunyai sebuah stor untuk penyimpanan barang dan sebagainya. Bagi alatan komunikasi dan

    teknologi pula, pejabat kami mempunyai beberpa buah telefon pejabat, mesin faks, komputer dan

    internet. Pejabat kami mempunyai banyak almari untuk menyimpan stok-stok baru dan stok

    tempahan. Bilik tetamu pejabat kami dilengkapi dengan 3 buah sofa, sebuah meja. Televisyen,

    astro dan rak majalah supaya pelanggan kami dapat menunggu atau berehat dalam keadaan yang

    selesa. Pejabat kami dilengkapi dengan alat penghawa dingin pada setiap bilik termasuk bilik

    tetamu dan ruang hadapan pejabat.

  • ZM ENTERPRISE

    22

    9.0 Rancangan Kewangan

    9.1 Kos projek

    Perkara Unit Status Nilai (RM)

    Bangunan 1 buah Sewa 24,000 (2,000/bulan)

    Van 1 buah Pinjaman 40,000

    Peralatan Pejabat 6 set Belian tunai 2,500

    Mesin Pemproses 9 buah Belian tunai dan

    kredit

    500,000

    Perabot dan almari 10 set Belian tunai 31,500

    Komputer 5 set Belian tunai 15,000

    Jumlah 613,000

    9.2 Sumber pembiayaan

    Modal sendiri (Ahli kongsi) Nilai Sumbangan

    Muhd Zulkifli Bin Hamzah RM 150,000.00

    Mastura `Aqasiah binti Muktar RM 150,000.00

    Pinjaman RM 500 000.00

    Jumlah RM 800 000.00

  • ZM ENTERPRISE

    23

    9.3 Pinjaman

    Tujuan memohon pinjaman : Sebagai modal tambahan untuk membiayai syarikat

    pinjaman dibuat melalaui Bank Bumiputera- Commerce pada kadar faedah 5% setahun.

    Jangkamasa pembayaran balik pinjaman RM 500,000 adalah dalam tempoh 5 tahun.

    9.4 Jadual bayaran balik pinjaman

    Jumlah Pinjaman : RM 500,000.00

    Kadar Faedah: 5%

    Jangka bayar balik : 5 Tahun

    Kaedah : Bayaran Bulanan

    9.5 Jadual susut nilai aset tetap

    Jenis Aset : Mesin Pemproses ( 8 buah)

    Jumlah Harga : RM 500,000.00

    Hayat Ekonomi: 5 tahun

    Nilai skrap : RM 250,000

  • ZM ENTERPRISE

    24

    9.6 Aliran tunai

    ZM ENTERPRISE

    Penyata Aliran Tunai

    Bagi Tahun 2013

  • ZM ENTERPRISE

    25

    ZM ENTERPRISE

    Penyata Aliran Tunai

    Bagi Tahun 2013

  • ZM ENTERPRISE

    26

  • ZM ENTERPRISE

    27

    9.7 Proforma untung rugi

  • ZM ENTERPRISE

    28

    ZM ENTERPRISE

    KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2013

    ___________________________________________________________

  • ZM ENTERPRISE

    29

    ZM ENTERPRISE

    KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2014

    ___________________________________________________________

  • ZM ENTERPRISE

    30

    10.0 Jadual Perlaksanaan Projek

    Tinjauan Pemasaran

    Tempoh : Tiga Bulan

    Penyediaan Perancangan Perniagaan

    Tempoh : Sebulan

    Permohonan Pinjaman

    Tempoh : Enam Bulan

    Penyediaan Hasil

    Tempoh: Satu Tahun

    11.0 Rumusan

    Daripada perancangan yang kami hasilkan, kami berpendapat bahawa syarikat kami iaitu

    ZM Enterprise, sebuah perniagaan yang berasaskan produk sarung dan bantal kusyen bercorak

    batik mampu melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara sihat dengan

    syarikat-syarikat sarung kusyen lain yang ada di pasaran.

    Dengan modal yang mencukupi dan komitmen yang padu daripada setiap ahli, maka

    kami optimis dengan perniagaan yang kami ceburi ini. Tambahan pula, masyarakat kini, tidak

    kira tua atau muda masing-masing menitikberatkan keselesaan dan dekorasi di dalam rumah

    mahupun kereta.

    Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang rapi yang telah kami atur, kami mampu

    untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah sedia ada. Dalam operasi kami menggunakan

    mesin jahit industri yang tahan lasak dan pekerja-pekerja yang mahir dan terlatih. Dengan ini

    kami berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi cita rasa pengguna. Kami

    juga amat yakin bahawa perniagaan ini akan terus berkembang lagi masa hadapan selara dengan

    perkembangan teknologi dan gaya hidup terkini.

  • ZM ENTERPRISE

    31

    12.0 Lampiran

    Di bawah merupakan produk eksklusif syarikat ZM Enterprise iaitu sarung kusyen bertema

    batik.

  • ZM ENTERPRISE

    32

    Di bawah adalah contoh contoh kusyen beraneka bentuk, rupa dan saiz daripada syarikat ZM

    Enterprise.

  • ZM ENTERPRISE

    33

  • ZM ENTERPRISE

    34

  • ZM ENTERPRISE

    35

    Ini merupakan logo bagi syarikat ZM Enterprise :

    ZM ENTERPRISE SOFT & COMFORT