topik 4 dan 5 sce3113

9
Ahli Kumpulan: Norazlina bte Mohamed Zurina Hany bte Hashim Rohaizan bte Ahmad Zahida bte Mohamed TOPIK 4: uat bandin! beza model penyelidi"an tinda"an Model #tephen Kemmis den!an Model $ohn %lliot Model Re"a entu" Ka&ian oleh #tephen Kemmis '()*+, dan M-Ta!!art'()**,. Re"a bentu" penyelidi"an tinda"an Model #tephen Kemmis ini menun&u""an "itar/"itar d "a&ian tinda"an yan! mana setiap "itar mempunyai 4 baha!ian0 ran-an!an1 tinda"an pemerhatian dan re2le"si. aha!ian/baha!ianini "emudian diulan! den!an peran-an!an hasil ulan!"a&i dan tinda"an yan! seterusnya. Mana"ala Model $ohn %lliot pula meneran!"an tentan! Model %lliott untu" "a& tinda"anialah idea utama %lliott ialahpenyelidi" memban!un"an pemahaman peribadi"e atas sesuatu masalah1 dan pen!ertian abstra" itu adalah pentin! dalam mela"sana"an tinda"an '%lliott 1 ()*3:( 3,. a!i $ohn %lliott1 "a&ian dalam pend adlah satu usaha susila yan! men-ari dan memahami nilai/nilai dalam pendidi"an. %lliott '()* a, berpendapat "a&ian dalam pendidi"an sepatutnya men&adi bentu" "a tinda"an yan! baru di mana para !uru a"an men&adi penyumban! utama. eri"ut adalah bandin! beza antara model penyelidi"an Model #tephen Kemmis den!an Model $ohn %lliot

Upload: azlina-mohamed

Post on 05-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sce3133

TRANSCRIPT

Ahli Kumpulan:Norazlina bte MohamedZurina Hany bte HashimRohaizan bte AhmadZahida bte MohamedTOPIK 4:Buat banding beza model penyelidikan tindakan Model Stephen Kemmis dengan Model John ElliotModel Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart(1988). Reka bentuk penyelidikan tindakan Model Stephen Kemmis ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.Manakala Model John Elliot pula menerangkan tentang Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.Berikut adalah banding beza antara model penyelidikan Model Stephen Kemmis dengan Model John Elliot

MODELMODEL STEPHEN KEMMISMODEL JOHN ELLIOT

Persamaan1. Kedua-dua model ini dijadikan sebagai panduan kepada para penyelidik terutamanya guru.2. Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri3. Dapat menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan4. Menyebarkan dan berkongsi pengalaman kepada peserta dan mereka yang berminat.5. Dapat membuat penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis.6. Pembelajaran progresif secara berterusn dalam bentuk lingkaran.

Definisi model Kajian ini merupakan satu inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif Tujuan model ini adalah untuk meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan kemasyarakatan mereka sendiri. Kajian ini merupakan satu kajian social untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadapa sesuatu keadaan atau situasi. Sebagai framework for self-evaluation di sekolah.

Tujuan Meningkatkan kerasionalan keadilan amalan-amalan masyarakat dan pendidikan sendiri. Untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi social. Mempertingkatkan mutu profesionalisme guru, kerana guru adalh penyelidik terhadap situasi social di sekolah dan ianya bertujun memperbaiki amalan guru.

Lingkaran/ Gelung Terdapat 2 lingkaran gelung iaitu:Gelung 1: merancang, bertindak, memerhati, refleksiGelung 2: ubahsuai strategi, bertindak, memerhati , refleksi. Terdapat 3 lingkaran gelung yang berulang-ulang:1. Idea awal. 2. Kenal pasti , 3. tindakan yang diambil, perhati, 4. kenalpasti, 5. ulang semula.

Peringkat Terdapat 4 peringkat iaitu:1. Perancangan ( plan)2. Tindakan ( act)3. Pemerhatian ( obderve)4. Refleksi ( reflect) Peringkat yang berulang-ulang- sekurang-kurangnya 3 pusingan atau satu tahun pengkajian.

Kitaran aktiviti1. Merancang2. Bertindak3. Memerhati4. merefleks1. merancang2. bertindak3. memantau4. merefleks serta menjana pusingan.

TOPIK 5Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan beberapa persediaan. Jelaskan persediaan-persediaan tersebut.Persediaan untuk penyelidikan tindakan

Menyediakan kertas cadangan penyelidikan tindakan.

Kertas cadangan ( proposal ) merupakan pernyataan ringkas tentang permasalahan yang hendak diselidiki. Proposal mengandungi sasaran pengkajian yang khusus, tinjauan susastera yang wakili atau berkaitan dengan permasalahan yang dikaji, suatu penerimaan teoritis dan kaedah yang akan digunnakan.

Proposal mengandungi:i. Pendahuluanii. Takrifan/Penyataan masalah/Isu kajianiii. Tujuan/Objektifiv. Tinjauan literaturv. Teori dan definisi konsep (pendapat / teori pengkaji lain tentang bidang yang hendak dikaji). vi. Implikasi kajian ( kerelevanan / kesignifikanan /kepentingan / faedah )vii. Instrumen-instrumen kajian viii. Cara analisis data.

A. Pendahuluan Pengenalan ringkas mengenai isu yang hendak ditangani ( justifikasi isu dan kepentingannya perlu diselesaikan ).

B. Takrifan Masalah/Penyataan Masalah/Isu Kajian Penyataan masalah merujuk kepada satu penyataan yang jelas, tepat dan ringkas kepada persoalan atau isu yang diselidiki dengan tujuan untuk mencari jawapan atau penyelesaian. Ia merupakan sebarang situasi yang ada pada ruang antara tahap yang sebenar dan tahap yang dihajati (Sekaran 2000). Penyataan masalah ini perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas (Majid 2005).

Apakah isu yang hendak anda tangani atau apakah isu yang timbul sehingga mendorong anda hendak membuat projek ? . Bagaimana anda tahu isu itu wujud dan perlukan kajian ?

Penyelidikan memerlukan permasalahan atau isu. Permasalahan ini perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang penyelidikan. Permasalahan ini memerlukan penyelidikan khusus sebagai usaha mencari jawapan sebenar. Permasalahan kajian adalah kesulitan yang menggerakkan penyelidik untuk menyelesaikannya. Permasalahan dalam penyelidikan perlu memiliki ciri-ciri yang menggerakkan penyelidik untuk membahas bagi mendapatkan manfaat daripadanya. Bagi mengenal pasti permasalahan kajian, penyelidik perlu mempunyai pandangan yang ktiris dan selektif. Soalan yang boleh digunakan untuk mengenalpasti permasalahan kajian adalah seperti:

i. Adakah permasalahan yang dipilih berguna untuk diselesaikan? Adakah permasalahan yang anda pilih merupakan permasalahan yang penyelesaiannya boleh memberi manfaat atau kesan yang penting?ii. Adakah terdapat kebijaksanaan yang diperlukan untuk penyelesaian kepada permasalahan tersebut?iii. Anda perlu bijak memilih cara/kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan permasalahan. Pengetahuan mengenai pembentukan sampel, maksud korelasi koefisien, pengiraan deviasi piawaian dan kuasa dua adalah diperlukan.iv. Adakah permasalahan yang dipilih menarik untuk diselesaikan? Ada masalah yang boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat dan ada yang hanya boleh diselesaikan oleh penyelidik lain. Perlu ada iltizam untuk menyelesaikan permasalahan yang mungkin tidak mendapat sokongan rakan/masyarakat.v. Adakah data yang secukupnya diperlukan atau data yang mencukupi didapati untuk menyelesaikan permasalahan?vi. Adakah anda mempunyai tenaga, wang dan masa.vii. Permasalahan perlu dibatasi supaya penyelidikan tidak kabur dari segi istilah atau konsep berkaitan.viii. Tidak terlalu menyempitkan masalah sehingga permasalahan mungkin kehilangan pengertian sebagai masalah penyelidikan.

C. Tujuan / Matlamat Tujuan kajian juga dikenali sebagai matlamat yang hendak dicapai atau tujuan melaksanakan kajian tersebut. Tujuan merupakan jangkaan umum hasil daripada sesuatu aktiviti atau proses (Majid 2005).

D. Objektif/Sasaran KajianApakah yang hendak anda capai atau benar-benar lakukan dalam projek? Objektif mesti boleh diukur. Sesuatu yang khusus yang ingin dicapai (Kamus Dewan 2005). Objektif adalah khusus dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat. Objektif kajian merupakan penyataan mengenai sasaran yang hendak dicapai, yang boleh dicerap dan diukur (Khalid 2003) sebagai hasil daripada aktiviti penyelidikannya.

Fungsi objektif terbahagi kepada dua iaitu :1. sebagai objektif umum (bertindak untuk merangka kefahaman yang tepat tentang topik kajian dengan menstrukturkan semula ayat yang diguna dalam topik kajian.2. menerangkan langkah demi langkah yang perlu dilakukan menerusi pernyataan objektif khusus (Khalid 2003).

Apakah sasaran khusus yang ingin dicapai? Adakalanya bahagian ini dibahagikan ke beberapa sub bahagian yang merangkumi sasaran utama dan sasaran tambahan atau ada penekanan/perhatian utama dan perhatian sekunder. Dalam hal ini susun sasaran dari yang penting kepada yang kurang penting. Tidak ada had bagi objektif penyelidikan. Jumlah itu ditentukan oleh keluasan penyelidikan, minat penyelidik, waktu, biaya dan tenaga. Namun adalah kurang bijak jika penyelidikan mempunyai banyak objektif kerana ini menyebabkan penyelidik menghadapi masalah untuk merangkumi kesemua objektif tersebut. Objektif yang banyak juga menyebabkan kemunculan skema teoretis yang sukar.

Lazimnya objektif kajian ditulis seperti berikut:

i. mereka bentuk/membangun (Objektif yang lazim untuk pembangunan)

ii. mengenal pasti/ meramal

iii. menganalisis/ meramal

iv. menilai/ menguji

E. PERSOALAN KAJIAN

Merupakan perincian kepada penyataan masalah yang dibentuk dan dibuat secara berurutan mengikut langkah demi langkah penyelesaian kajian (Khalid 2003). Persoalan kajian menyatakan dengan ringkas dan jelas masalah yang cuba diselesaikan dalam kajian.

F. KERANGKA TEORIMerupakan asas kepada keseluruhan projek penyelidikan (Sekaran 2000). Ia adalah satu model konsepsi yang membolehkan pengkaji mengemukakan teori atau pendapat yang logik terhadap hubungan antara beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai penting kepada masalah yang dikaji. Menurut Khalid (2003) kerangka konsep memberi huaraian pertalian antara teori, model atau dapatan kajian lepas dengan masalah yang dikaji.

G. SKOP i. Projek mesti ada batasan skop supaya tidak terlalu luas. ii. Skop yang kecil memudahkan pembangunan/kajian.

H. METODi. Cara hendak menyelesai masalah kajian. Apakah cara atau kaedah yang anda guna bagi menyelesai masalah atau membangun projek?ii. Model apa yang anda guna untuk bangunkan projek

I. REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang ditetapkan. Reka bentuk melibatkan strategi untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, reka bentuk kajian boleh ditulis menggunakan tajuk seperti (G) dan (H)

J. ANALISIS DAN SPESIFIKASI KEPERLUAN UNTUK JALANKAN PROJEK

iii. Spesifikasi Fungsian Sistem (Modul)iv. Spesifikasi Keperluan Sistem (Keperluan Perisian dan Perkakasan)v. Bahasa yang digunakanvi. Keperluan Prestasivii. Apakah yang perlu ada bagi menyelesaikan masalah atau membangunkan projekviii. Nyatakan adakah anda perlu melakukan soal selidik atau temubual untuk kutip data sebelum bangunkan sistem (jika berkaitan).

K. REKA BENTUK SISTEM

Huraikan dengan ringkas sistem/ projek yang hendak anda bangunkanNyatakan reka bentuk data dan pangkalan data yang terlibatNyatakan reka bentuk seni binaNyatakan reka bentuk antara muka

KESIMPULAN

Persediaan yang dirancang sebelum membuat penyelidikan mestilah dapat mengungkapkan sama ada projek berjaya mencapai matlamat, kekuatan projek/sistem yang anda bangunkan, kelemahan , masalah yang anda hadapai semasa melakukan projek , kebaikan/faedah yang diperoleh dari projek atau yang diberikan oleh projek, cadangan untuk memperbaiki kelemahan dan memperkembang projek pada masa depan.