20140820110840_08. mpu3113 topik 4

30
  PENGENALAN Pembinaan sesebuah negara adalah tidak statik atau kekal tanpa berlaku perubahan. Pembinaan negara perlu merangkumi perubahan dan proses modenisasi dalam ekonomi. Ekonomi merupakan institusi yang bersifat super structure  dalam proses pembangunan negara. Tanpa institusi ekonomi, mustahil sesebuah negara berkenaan akan pergi lebih jauh, terutamanya dalam menghadapi zaman globalisasi dan era teknologi maya yang ada sekarang. Proses ini merupakan elemen yang seharusnya dilihat penting terutamanya dalam mewujudkan hubungan etnik yang harmonis. Masyarakat pelbagai etnik terutama dalam kalangan akar umbi tidak mungkin  bertemu dalam kapasiti yang besar dalam bidang politik atau pentadbiran negara. Akan tetapi, mereka bergerak aktif di pasar atau di kedai yang wujud di Malaysia sama ada di kampung atau di bandar besar. Oleh yang demikian, hubungan etnik wujud secara tidak langsung melalui aktiviti ekonomi dalam kalangan masyarakat kita, terutama dalam kalangan masyarakat peringkat akar umbi. Jika mengikut teorinya, mudah untuk kita membuat kesimpulan bahawa T T o o p p i i k k  4 4 Hubungan Etnik dari Aspek Ekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan proses modenisasi dan impaknya kepada masyarakat di Malaysia; 2. Menerangkan tentang dasar pembangunan negara; dan 3. Menghuraikan peranan dasar ekonomi tertentu dalam perpaduan kaum.

Upload: faiez-lee

Post on 12-Apr-2018

300 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 1/30

 

 

PENGENALAN

Pembinaan sesebuah negara adalah tidak statik atau kekal tanpa berlakuperubahan. Pembinaan negara perlu merangkumi perubahan dan prosesmodenisasi dalam ekonomi. Ekonomi merupakan institusi yang bersifat superstructure  dalam proses pembangunan negara. Tanpa institusi ekonomi, mustahilsesebuah negara berkenaan akan pergi lebih jauh, terutamanya dalammenghadapi zaman globalisasi dan era teknologi maya yang ada sekarang.

Proses ini merupakan elemen yang seharusnya dilihat penting terutamanyadalam mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

Masyarakat pelbagai etnik terutama dalam kalangan akar umbi tidak mungkin bertemu dalam kapasiti yang besar dalam bidang politik atau pentadbirannegara. Akan tetapi, mereka bergerak aktif di pasar atau di kedai yang wujud diMalaysia sama ada di kampung atau di bandar besar. Oleh yang demikian,hubungan etnik wujud secara tidak langsung melalui aktiviti ekonomi dalamkalangan masyarakat kita, terutama dalam kalangan masyarakat peringkat akarumbi. Jika mengikut teorinya, mudah untuk kita membuat kesimpulan bahawa

TTooppiik k 

 

44 Hubungan

Etnik dariAspek Ekonomi

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.  Menjelaskan proses modenisasi dan impaknya kepada masyarakatdi Malaysia;

2.  Menerangkan tentang dasar pembangunan negara; dan

3.  Menghuraikan peranan dasar ekonomi tertentu dalam perpaduankaum.

Page 2: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 2/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI92

 jika makan minum masyarakat terjaga, maka mereka juga akan dapat hidupdalam keadaan aman. Keamanan ini akan mendorong masyarakat pelbagaikaum untuk menjalankan aktiviti ekonomi seterusnya menyumbang ke

arah sistem ekonomi negara yang lebih baik. Dalam topik ini, kita akanmembincangkan bagaimana ekonomi memainkan peranan yang penting dalamkonteks masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

KONSEP MODENISASI EKONOMI

Modenisasi merupakan istilah yang menggambarkan konsep masyarakat dannegara membangun melalui proses transformasi atau perubahan dalam segalaaspek kehidupan masyarakat yang dialami oleh semua bangsa atau negara.

Modenisasi seringkali dikaitkan dengan proses pembaratan (westernisation ).Menurut Syed Husin Ali (1987), proses pembaratan melibatkan perubahansistem dan nilai ke arah nilai dari Barat. Biasanya, Barat dijadikan sebagai modeluntuk menjayakan proses modenisasi ini. Namun begitu, pembangunanyang berlaku seharusnya membawa perubahan dalam masyarakat yang akanmemajukan manusia. Walau keadaan apa sekali pun, proses transformasi danperubahan ini harus dilalui oleh semua bangsa atau negara dalam segalaaspek kehidupan. Perubahan ini berlaku secara berencana atau secara tidak

 berencana. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (1979), modenisasi berkait rapatdengan perubahan berencana. Perubahan berencana merupakan proses yang

mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian terlebihdahulu sebelum perubahan itu dilaksanakan. Perubahan berencana ini disebutsebagai modenisasi atau pembangunan.

Proses modenisasi ini mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunanekonomi dan pembangunan politik. Bagi Nels Smelser, modenisasi melibatkan

 beberapa perubahan dalam subsistem masyarakat iaitu perubahan dalam bidangekonomi, politik, pendidikan, keagamaan, kekeluargaan dan sistem susun lapismasyarakat.

Dalam bidang ekonomi, modenisasi dilihat dari aspek berikut:

(a)  Penggunaan teknologi mudah (simple ) dan penggunaan teknologi bersifatsaintifik;

(b)  Sistem pertanian bercorak sara diri dan bercorak komersial; dan

(c)  Penggunaan tenaga manusia serta binatang; dalam proses pengeluarankepada penggunaan mesin dan jentera.

4.1

Page 3: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 3/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   93

Dalam konteks Malaysia, perubahan ini boleh dilihat dalam aspek kegiatanekonomi iaitu daripada ekonomi bercorak tradisi ke arah ekonomi moden.Perubahan ini diklasifikasikan sebagai proses modenisasi.

Bidang ekonomi tradisi melibatkan bidang  primary   seperti perhutanan,perikanan atau pertanian yang biasanya dilakukan di kawasan luar bandar ataudesa. Keadaan ini berbeza dengan ekonomi moden yang melibatkan sektorsecondary  dan tertiary . Sektor secondary  melibatkan aktiviti seperti perkilangan,perindustrian, perniagaan dan sebagainya yang biasanya melibatkan aktivitipembuatan. Sementara itu, aktiviti tertiary   melibatkan bidang perkhidmatan.Konsep proses modenisasi yang berlaku di Malaysia dan berasal dari Eropah inidapat dijelaskan melalui Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Proses modenisasi di Eropah dan Malaysia

Antara pendekatan yang masih diguna pakai hingga kini untuk melihatperubahan masyarakat dan proses modenisasi adalah pendekatan yang dibawaoleh W. W. Rostow tentang pertumbuhan tahap dalam perkembangan ekonomi.Menurut beliau, proses perkembangan ekonomi berlaku dalam lima tahap iaitu:

(a)  Tahap Masyarakat Tradisional

Tahap ini dapat diperhatikan melalui perkembangan ekonomi yang berlaku dengan terbatas dan berskala kecil seperti aktiviti kegiatanekonomi tradisi, antaranya pertanian dan perikanan. Dalam masyarakatsebegini, pembangunan ekonomi dan sosial berlaku dalam kadar yangrendah. Struktur sosial masyarakat pula berada dalam bentuk hierarki iaitumasyarakat mempunyai kadar mobiliti sosial yang sangat rendah. Dalamerti kata lain, masyarakat cenderung untuk kekal dalam aktiviti ekonomiyang diturunkan oleh nenek moyangnya.

Page 4: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 4/30

Page 5: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 5/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   95

yang pesat sejak merdeka seiring dengan perubahan struktur ekonomi yang beralih daripada sektor pertanian ke perindustrian. Langkah ini bertujuan untukmempelbagaikan kegiatan ekonomi supaya negara tidak terlalu bergantung

pada satu atau dua komoditi sahaja. Antara strategi yang diambil adalahmelaksanakan dasar penggantian import dengan menggunakan sumbertempatan sebagai input dalam kegiatan perindustrian.

Namun begitu, perubahan ini tidak membawa hasil yang menggalakkan.Akibatnya, dasar itu digantikan oleh dasar yang berorientasikan eksport mulaitahun 1970an yang sebahagian besarnya bergantung pada pelaburan asing untukmenyediakan modal, kepakaran, peluang pekerjaan dan kesampaian baranganke pasaran antarabangsa. Perubahan ini menghasilkan pertumbuhan pesat sektorpembuatan sehingga menjadi penyumbang utama Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) sejak tahun 1980an dengan mengambil alih tempat sektorpertanian. Perubahan struktur ekonomi Malaysia berlaku seiring denganperubahan struktur guna tenaga yang digambarkan oleh kemerosotansumbangan sektor pertanian untuk guna tenaga. Perubahan ini yang diimbangioleh peningkatan pekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan danperkhidmatan yang berlaku serentak dengan kemunculan sektor perindustriansebagai sektor utama yang menawarkan peluang pekerjaan. Pertumbuhan sektorperindustrian berlaku seiring proses perbandaran yang membantu membekalkantenaga buruh. Proses perbandaran yang pesat menggalakkan penghijrahantenaga buruh dari luar bandar ke bandar untuk mengisi peluang pekerjaan yangditawarkan dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Akibatdaripada penghijrahan ini, jumlah penduduk bandar meningkat denganpesatnya sehingga menjadikan lebih separuh penduduk di Malaysia tinggal dikawasan bandar.

Masyarakat pelbagai kaum menjalin kerjasama dalam aspek politik mahupunsosioekonomi bagi menjamin persekitaran negara agar sentiasa berada dalamkeadaan stabil dan makmur. Proses perubahan ini berlaku sejak negara mulamencapai kemerdekaan dari British walaupun masih terdapat jurang dalamperhubungan antara kaum yang memisahkan mereka dari segi bahasa, budaya,pendidikan atau tempat tinggal. Jurang pencapaian ekonomi dalam kalangan

masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan sehinggamencetuskan peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara iaitu rusuhankaum pada 13 Mei 1969 yang berpunca daripada ketidakseimbangan pengagihanpendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik.

Page 6: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 6/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI96

Perkembangan pesat sektor perindustrian mengubah struktur masyarakatMalaysia daripada masyarakat desa menjadi masyarakat bandar. Selain prosesperbandaran, pertumbuhan pesat ekonomi membolehkan rakyat menikmati

taraf hidup yang lebih baik apabila pelbagai kemudahan asas dan infrastrukturdapat diperluas meliputi banyak tempat. Hal ini membantu meningkatkan lagikesejahteraan hidup rakyat, di samping membaiki kualiti kehidupan.

Proses modenisasi yang dilaksanakan adalah untuk mencapai kemajuan.Kemajuan ini dilaksanakan dengan mewujudkan masyarakat industri. Kaedahatau proses yang dilaksanakan untuk pembangunan ekonomi dapat dilihatdalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Kaedah dan Proses Pembangunan Ekonomi

Kaedah atau Proses Penerangan

Teknologi Pengetahuan dan teknik tradisional diketepikan untukmemberi laluan pada teknologi dengan penerapan ilmusaintifik.

Pertanian Kegiatan pertanian sara diri diubah menjadi pertaniankomersial.

Industrialisasi Proses produksi yang dilakukan secara besar-besaran denganmenggunakan teknologi canggih di kilang.

Urbanisasi Proses perpindahan penduduk ke bandar, pemusatan

penduduk di bandar dan perubahan kepada gaya hidup bandar. Urbanisasi ini penting dalam konteks keperluan buruh atau industri.

Sumber: Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011)

Umumnya, ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi ialah pertumbuhanyang lazimnya diukur dengan ukuran ekonomi seperti Keluaran Negara Kasar(KNK). Pada masa yang sama, proses pembangunan ekonomi juga diharapkanakan membawa perubahan sosial yang menyeluruh dalam masyarakat iaitudaripada kehidupan yang bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada

kehidupan maju dan moden. Perubahan sosial tersebut dapat dilihat misalnyadalam aspek pekerjaan (sektor pertanian/sektor industri) dan aspek kehidupan(cara hidup desa/cara hidup bandar).

Page 7: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 7/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   97

4.1.1 Modenisasi di Eropah

Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah Barat akibat revolusi besar

iaitu Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian. Modenisasi ini berdasarkanpada dua perkembangan iaitu pengetahuan dan maklumat. Persoalanmodenisasi dapat ditinjau dari dua segi iaitu falsafah dan praktikal sebagaimanayang dapat dilihat dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Modenisasi dari Aspek Falsafah dan Praktikal

Falsafah  Praktikal

  Pemahaman tentang kemajuan atauevolusi melahirkan pelbagai teori sosial

 berkaitan dengan perubahan sosial.  Teori evolusi sangat berpengaruh

dalam bidang ilmu kemasyarakatan.

  Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa perkembangan masyarakatatau negara miskin menuju masyarakatmoden.

 

Bersifat sehala (unilinear ) ataupun banyak hala (multilinear ) dalamperkembangan kebudayaan manusia.Hal ini bermakna masyarakat akanmengalami perkembangan atau prosesevolusi sesuai dengan keadaanmasing-masing. 

  Perkembangan pencapaian kemajuandi Eropah Barat.

 

Perkembangan dalam kemajuan sainsdan teknologi mencorakkan semulahubungan manusia dengan alamsekitar.

  Masyarakat Eropah menggunakansains teknologi bagi menguasai alamsekitar dan mengumpul kekayaan.

  Penggantian teknik pengeluaran secaratradisional (tenaga haiwan) kepadakaedah moden (jentera).

 

Manifestasi proses ini lahir di Britainpada abad ke-18 juga dikenali sebagaiRevolusi Perindustrian.

Sumber: Ubah suai daripada Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011)

Modenisasi yang berlaku ini ialah kesan langsung daripada perkembangandalam ilmu pengetahuan dan maklumat. Oleh itu, untuk memahami modenisasikhasnya di Eropah, kita perlu melihat falsafahnya dari sudut praktikal. Impakmodenisasi ini ke atas masyarakat di Eropah mengubah masyarakat desamenjadi masyarakat bandar. Selain itu, penggunaan teknologi tradisi sepertitenaga haiwan juga berubah apabila penggunaan jentera dan mesin digunakansecara meluas. Modenisasi yang berlaku ini merupakan elemen penting yangmencipta perubahan yang bermula di Eropah dan merebak ke seluruh dunia.

Page 8: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 8/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI98

4.1.2 Penjajahan dan Imperialisme

Penjajahan dan imperialisme masyarakat Eropah Barat ke benua lain bermula

sejak abad ke-16 dengan kegiatan perdagangan seperti yang dilakukan olehBritish East India Company dan Dutch East India Company. Penjajahan inidilakukan untuk memastikan jaminan bekalan barang mentah, buruh dan jugapengawasan pasaran secara berterusan. Kedatangan tenaga buruh asingmenyebabkan berlakunya perubahan dalam kehidupan sosial, kebudayaan dansistem politik masyarakat tempatan. Penjajahan juga dapat membentukpandangan dalam kalangan masyarakat Eropah Barat terhadap masyarakat yangdijajah. Masyarakat Eropah yang mempunyai kelebihan dari segi ketenteraandan industri pula ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih maju dan moden.

 Jelaslah, penjajahan memberi kesan besar ke atas ekonomi dan sosial (termasuk

 juga dalam bidang ilmu, budaya dan pendidikan).

4.1.3 Pemodenan dan Pembaratan

Pembangunan ekonomi dan politik Eropah Barat menjadi model bagipembangunan di negara membangun. Proses pemodenan merupakan prosesperubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan,pelaksanaan dan penilaian. Pembaratan ialah proses peniruan gaya hidupEropah Barat untuk mengubah gaya hidup lama menjadi gaya hidup yangmoden tanpa disulami dengan perencanaan dan pelaksanaan untuk mengubahaspek kehidupan yang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, negara jajahantermasuk Malaysia telah mencapai kemerdekaan daripada British. Negara baruini memilih model Eropah Barat sebagai contoh pembentukan negara. Dari segipolitik, model yang dipilih ialah model negara bangsa dan demokrasi politik.Dari segi ekonomi pula, model yang dipilih ialah sistem ekonomi yang

 berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi. Menurut Barraclough (1978),terdapat tiga perkara yang menunjukkan jalinan ekonomi dunia, iaitu:

(a)  Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi fizikal yangmenghubungkan berbagai-bagai wilayah di dunia, terutama melalui

 jaringan kereta api, perkapalan dan telegraf;

(b)  Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi olehpola kebergantungan yang tinggi, terutama antara negara industri EropahBarat dengan negara lain; dan

(c)  Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk pelaburan secaralangsung oleh firma Eropah Barat di negara bukan-industri.

Page 9: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 9/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   99

Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara baru dalamhubungan politik dan ekonomi antarabangsa sehingga akhirnya membentukglobalisasi. Dalam proses globalisasi, terdapat dua faktor yang tidak

menggunakan negara bangsa sebagai landasan aktivitinya. Dalam bidangekonomi, golongan kapitalis membentuk syarikat perbadanan multinasional(multinational corporations atau  MNC ).

MODENISASI DI MALAYSIA

Proses modenisasi merujuk pada bagaimana asas ekonomi orang Melayu berubah daripada aktiviti bercorak tradisi menjadi sektor ekonomi moden.Proses ini melibatkan kehadiran dan pengaruh sistem ekonomi penjajah,kemerdekaan dan penyusunan semula ekonomi dalam menuju ke arahmasyarakat yang bersatu padu.

4.2.1 Asas Sistem Sosioekonomi Orang Melayu

Modenisasi merupakan konsep yang digunakan untuk merujuk kemajuan danperubahan dalam satu-satu bidang yang umumnya dialami oleh sesebuahkomuniti dan masyarakat di dunia. Modenisasi merangkumi semua aspekkehidupan dengan manusia yang akan tertumpu pada idea dan cara hidup baratsecara tidak langsung. Proses ini juga akan mempengaruhi masyarakat daripelbagai segi seperti sosial, cara hidup, budaya dan sebagainya.

Masyarakat di Malaysia sebelum penjajahan adalah masyarakat berbentuktradisi dengan ekonomi maritim (maritime economy ) dan ekonomi tani ( peasanteconomy ) merupakan aktiviti ekonomi yang utama. Jadual 4.3 menunjukkanperbezaan antara aktiviti maritim dan aktiviti tani.

4.2

1. Merujuk pada Teori Rostow, bagaimanakah teori ini dapatmenerangkan proses modenisasi masyarakat di Malaysia?

2. Bezakan antara pemodenan dan pembaratan, begitu juga

penjajahan dan imperialisme.

AKTIVITI 4.1

Page 10: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 10/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI100

Jadual 4.3: Perbezaan antara Aktiviti Maritim dan Aktiviti Tani

Aktiviti Maritim Aktiviti Tani

 

Aktiviti elit Melayu yang didalangioleh pembesar dan golongan istana

  Nadi aktiviti perekonomian orangMelayu

  Tertumpu di kawasan kotaperdagangan seperti Melaka yangmerupakan pusat perdagang entreportutama di Alam Melayu

 

Berlaku dengan kadar yang amat tinggiantara penduduk tempatan dengan

pedagang dari China, India dan TimurTengah

  Melaka menjadi pusat perdaganganyang penting

  Kebanyakan yang terlibat dalamaktiviti ini terdiri daripada golongan bangsawan

 

Kedatangan kuasa Baratmenghapuskan dominasi masyarakatMelayu dalam aktiviti maritim.

 

Masyarakat Melayu terpaksa menghilirdan membina penempatan memulakanaktiviti bercorak pertanian.

  Keadaan ini disebabkan oleh jumlahkawasan tanah yang luas belumditerokai

  Lebih berkait rapat dengan masyarakatyang tinggal di kawasan pedalamandan kampung atau desa

  Kegiatan utama adalah bersifat kecil-

kecilan dan sederhana  Tujuan pengeluaran hanya untuk sara

diri

  Contoh aktiviti ekonomi tani adalahseperti

Pertanian;

Perikanan; dan

Perhutanan.

  Terlibat dengan sistem ekonomi tukar barangan atau dipanggil sistem

„barter/barter trade ‰ atau lebih tepatkita panggil „pertukaran komoditi‰.

Misalnya, dalam kalanganmasyarakat Melayu suatu masadulu, mereka membuat pertukaran beras dengan garam. Garam ini banyak diperolehi di kawasan berpantai, sementara beras dikawasan pedalaman.

  Tanah menjadi faktor pengeluaranutama

 

Tanah dapat dibuka dengan mudah bergantung kepada keperluan dantenaga

Page 11: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 11/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   101

    Organisasi tenaga kerja dalammasyarakat tani berlandaskan keluargadan komuniti setempat

 

Tenaga kerja komunal dapatdizahirkan melalui aktiviti sepertiinstitusi berderau, seraya, gotong-royong dan sebagainya

  Masyarakat tani banyakmemperlihatkan ciri-ciri sama rata(egalitarian) dan tidak menunjukkanciri-ciri perbezaan kelas yang ketara

4.2.2 Sistem Sosioekonomi Semasa Penjajahan

Kedatangan penjajah mematikan aktiviti ekonomi maritim orang Melayu. Sepertiyang diterangkan sebelum ini, aktiviti ekonomi maritim adalah aktiviti ekonomiyang melibatkan atau dikuasai oleh golongan bangsawan atau golongan istanaMelayu. Kedatangan penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris telahmenghancurkan kegiatan ekonomi orang Melayu dan mereka sebenarnyamengambil alih kegiatan ekonomi tersebut daripada tangan bangsawan Melayu.Kedatangan penjajah telah memperkenalkan bentuk ekonomi baru yangdipanggil sistem ekonomi tunai (cash economy ), yakni pengeluaran adalahuntuk tujuan pasaran (market ) dan bukan untuk sara diri.

Sistem ekonomi mempunyai dua motif iaitu untuk pasaran dan untuk sara diri.Maka sistem ekonomi yang diamalkan ini disebut sebagai „sistem dwi-ekonomi(dual-economic system )‰. Semasa pendudukan British khasnya, merekamemperkenalkan tanaman tunai atau bercorak komersil seperti getah dandiusahakan secara besar-besaran dalam sistem estet. Kekurangan tenaga buruhdalam sistem estet ini diatasi dengan membawa masuk pekerja asing secara

 besar-besaran dari India dan China. Pekerja dari India dibawa masuk dan bekerja di ladang getah. Sementara itu, pekerja Cina bekerja di sektorperlombongan yang diusahakan secara besar-besaran oleh British akibat revolusi

industri di Eropah dan desakan keperluan sumber bahan mentah seperti getahdan timah.

Page 12: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 12/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI102

Pengenalan sistem ekonomi tunai membuatkan penduduk di kawasanpedalaman dan di luar bandar terserap dalam sistem ekonomi kapitalis melaluihubungan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis ini beroperasi pada peringkat

antarabangsa, serta peringkat nasional dan daerah. Dalam sistem ekonomikapitalis, faktor pengeluaran utama ialah modal dan penguasaan ke atas modaltermasuklah penguasaan ke atas barangan modal atau capital goods   menjadimotif utama bagi semua pihak. Apabila penduduk diserap masuk ke dalamsistem ekonomi kapitalis, maka struktur masyarakat mengalami perubahan

 besar. Perbezaan ekonomi antara penduduk menjadi begitu ketara. Mereka yangmenguasai modal berada pada hierarki yang tinggi dalam susun lapismasyarakat (social stratification ).

Semasa penjajahan British, kegiatan ekonomi masyarakat boleh dibahagikan

pada dua sektor iaitu sektor tradisi dan sektor moden.

(a)  Sektor Tradisi

Merangkumi kegiatan ekonomi bercorak kegiatan  primary   dalam bidangpertanian, perikanan dan perhutanan.

(b)  Sektor Moden

Melibatkan kegiatan sektor secondary  dan tertiary  

(i)  Sektor ekonomi secondary   melibatkan kegiatan ekonomi sepertiperindustrian, pembuatan barangan, perniagaan, perdagangan dan

sebagainya.

(ii)  Sektor kegiatan ekonomi tertiary pula melibatkan kegiatan ekonomiyang berupa bidang perkhidmatan, pengangkutan, hiburan,pelancongan dan lain-lain.

Pada hakikatnya, kegiatan sektor tradisi membawa pulangan berkurangan(decreasing returns ) dan sektor moden membawa pulangan meningkat(increasing returns ). Keadaan ini disebabkan oleh faktor berikut iaitu hasilkeluaran sektor tradisi tidak anjal, pengeluaran dalam sektor tradisi bersifat

 bermusim, alat pengeluaran di sektor tradisi tidak boleh digunakan sepenuhnya,

serta harga hasil keluaran sektor tradisi tidak tetap dan selalu berubah-ubahmengikut permintaan di pasaran dunia. Faktor sebaliknya beroperasi bagi sektorekonomi moden.

Negara maju di dunia menumpukan sebahagian besar (iaitu lebih daripada 90%)daripada kegiatan ekonomi mereka pada sektor moden, berbanding dengannegara mundur yang masih terikat dengan kegiatan ekonomi dalam sektortradisi (50 hingga 70%). Berdasarkan pernyataan ini, dapat disimpulkan bahawapenduduk yang terlibat dalam kegiatan ekonomi moden mempunyai

Page 13: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 13/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   103

pendapatan lebih banyak (lima kali ganda) dan taraf hidup mereka lebih tinggidaripada penduduk yang terlibat dalam kegiatan di sektor tradisi. Oleh itu,

 jurang ekonomi dan kemajuan yang wujud antara sektor juga merupakan jurang

ekonomi dan kemajuan antara penduduk.

4.2.3 Sistem Sosio-ekonomi Semasa Era MenujuKemerdekaan

Kita sedia maklum Malaysia atau Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.Kedatangan masyarakat Cina dan India ke Tanah Melayu membentuk polarisasikaum bukan sahaja dalam bentuk etnisiti yang berasaskan kaum tetapi juga

 berasaskan pekerjaan. Masyarakat Melayu tidak terlibat dalam sektor ekonomi

moden dan berada di kampung. Ini menyebabkan masyarakat Melayuketinggalan jauh berbanding kaum lain dalam aspek sosioekonomi. Berbandingkaum Cina dan India, kedudukan kaum Melayu rendah dalam aspek ekonomi.Sementara itu, orang Cina terlibat secara langsung dalam aktiviti perlombongandan pembukaan kawasan bandar yang membolehkan sosioekonomi merekameningkat. Begitu juga, orang India yang terlibat secara langsung dengan aktivitiperladangan dan estet berasaskan pengeluaran pada skala besar. Orang Cina danIndia dikatakan lebih rajin berbanding orang Melayu. Benarkah begitu?Sebenarnya ini merupakan dasar British dalam meneruskan cengkaman ke atasnegara yang dijajah. Keadaan ini dicipta supaya masyarakat asal lambatmenyedari kekayaan negara mereka dikaut oleh pihak penjajah.

Pada abad ke-18, pembukaan Pulau Pinang oleh Raffles telah melibatkankedatangan buruh dari negara China. Begitu juga, pembukaan Negeri-negeriSelat yang lain pada tahun 1826 yang melibatkan buruh dari China. Situasimenjadi lebih ketara apabila bijih timah ditemui di Larut pada 1848. Buruh Cinaamat diperlukan untuk pembukaan di kawasan perlombongan. Kehadirankongsi gelap Cina membentuk landskap baru apabila berlaku perpecahan dalamkalangan pembesar Melayu. Di samping itu, wujud kelompok kongsi gelap yangmenyokong pihak tertentu dalam kalangan orang Melayu. Hal inimengakibatkan berlakunya perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan

 berlakunya perang saudara yang membolehkan British mengambil kesempatandalam persengketaan ini.

Kebergantungan pembesar Melayu pada British menyebabkan ekonomi orangMelayu dikuasai British. Kehadiran orang Cina dan India menjadikan situasi itusemakin parah apabila British lebih selesa memilih orang Cina dan India untukmenggerakkan aktiviti ekonomi mereka. Masyarakat yang bersifat majmukdidefinikasikan bukan sahaja mengikut kumpulan etnik tetapi setiap kaum ituhidup berasingan dan mengekalkan cara hidup masing-masing. Kaum Cina

Page 14: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 14/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI104

terlibat secara langsung dalam bidang sektor ekonomi. Masyarakat Cinaterbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu golongan atasan yang diwakili olehpeniaga kaya, golongan pertengahan yang merupakan golongan profesional dan

teknikal dan golongan buruh yang menjadi tenaga mahir dalam segala bidang.

Orang India pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kelompok golonganprofesional tetapi bilangannya kecil dan mereka ini mendapat pendidikan barat.Mereka bekerja sebagai guru, peguam dan doktor dengan kerajaan British dan

 biasanya berasal daripada kasta yang lebih tinggi berbanding kelompok keduadan mereka tinggal di kawasan bandar. Bagi kelompok kedua, sebahagian besardaripada mereka tinggal di estet dan terdiri daripada kelompok buruh mahirdan tidak mahir dan mereka bekerja di ladang milik orang Eropah. Sebahagianmereka terlibat dalam pembinaan dan membaiki jalan raya, landasan keretapi

dan mengedalikan kemudahan awam. Sementara itu, orang Melayu rata-rataterlibat dalam kegiatan ekonomi tradisional seperti menjadi petani, nelayan danpedagang kecil. Ini menyebabkan mereka ketinggalan kerana tidak terlibatdalam aktiviti ekonomi yang membawa pulangan besar.

 Jadual 4.3 menerangkan kegiatan ekonomi yang terperinci tahun 1957 oleh R. K.Vasil.

Jadual 4.3: Kegiatan Ekonomi Penduduk Berasaskan Kaum dan Industri Tahun 1957

Kegiatan Ekonomi  Melayu  Cina  India  Lain-lain

Pertanian, nelayan danperhutanan 

749 

310 

174 

10

Padi  381  9  0.5  6

Getah  260  200  150  2

Perlombongan dan pembuatan  36  136  16  2

Perdagangan 

32 

127 

32 

3

Industri dan perkhidmatan lain 

180 

174 

80 

38

Perkhidmatan kerajaan 

17 

2

Polis, pengawal kesihatan  43  4  2  1

Tentera  15  2  3  23

*Jumlah dalam ribu

Sumber: Vasil (1980) dalam Abdul Halim Ramli (2009)

Page 15: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 15/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   105

 Jadual 4.3 menerangkan dengan jelas tentang kegiatan ekonomi dan agihan gunatenaga yang tidak seimbang. Secara kasar, boleh dikatakan kaum Melayukebanyakannya menjadi petani dan nelayan secara kecil-kecilan di kawasan luar

 bandar. Kaum India pula menjadi buruh kasar di sektor perladangan. Sementarakaum Cina terlibat dalam sektor perlombongan dan peniagaan di bandar.Ketidakseimbangan ini merupakan kesan langsung akibat dasar pecah danperintah yang diamalkan British di Tanah Melayu. Impaknya ialah jurangsosioekonomi yang luas antara etnik selepas merdeka. Hal ini adalah perkarautama dan penting yang perlu ditangani oleh kerajaan iaitu dari aspek agihandan kesamarataan.

Bumiputera, khususnya orang Melayu tidak digalakkan oleh penjajah untukturut menceburkan diri dalam sektor ekonomi moden atas alasan orang Melayu

tidak berminat berbuat demikian. Malah, dalam ekonomi sektor tradisi, orangMelayu tidak dibenarkan untuk mengubah bidang tumpuan mereka ke arahpertanian (penanaman getah) yang lebih menguntungkan bagi mengelakpersaingan terhadap sistem estet mereka. Penduduk bumiputera dalam sektortradisi juga tidak dibekalkan dengan prasarana fizikal dan kemudahan sosial,perubatan dan lain-lain yang merupakan indikator kemajuan dan pembangunan.

Dari segi pendidikan, penjajah Inggeris juga mendiskriminasikan penduduk bumiputera dalam sektor tradisi luar bandar dengan hanya memperkenalkanpendidikan 3M yang bertujuan untuk mengajar mereka supaya menjadi petanidan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa dan datuk nenek mereka.

Pendidikan untuk kemajuan dan mobiliti sosial hanya dikhaskan kepada anak bangsawan Melayu dan anak kaum bukan Melayu yang bekerjasama denganpihak penjajah Inggeris. Pada hakikatnya, jurang ekonomi antara sektor dan jugaantara penduduk ialah jurang perkauman, di mana kaum bukan bumiputeramempunyai kedudukan ekonomi lebih baik dan kaum yang terperangkap dalamkemiskinan dan penderitaan ialah penduduk bumiputera atau kaum Melayu.

4.2.4 Sistem Ekonomi Semasa Era Penyusunan

Dasar pecah dan perintah British menyebabkan ketidakseimbangan sama adaantara wilayah atau dalam sektor pekerjaan. Ketidakseimbangan ini memberikankesan pula pada agihan pendapatan, guna tenaga dan pembahagian kerja yang

 berasaskan pada etnik tertentu. Impak jarak sosioekonomi ini membawaketegangan dan konflik perkauman yang berpanjangan dan mencapaikemuncaknya apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Page 16: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 16/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI106

Selepas kemerdekaan pada 1957, terdapat satu jurang atau lompang yang besarapabila etnik Melayu masih jauh ketinggalan dari segi sosioekonomi berbandingCina dan India. Sementara itu, keadaan ini berterusan selepas Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan hinggalah pembentukan Malaysia 1963. KemasukanSabah, Sarawak dan Singapura yang membentuk gagasan Malaysiamenyebabkan kerajaan perlu memikirkan wilayah yang lebih luas dan agihanyang lebih adil bagi semua kawasan dan etnik apabila kebolehcapaian padamasa itu amatlah terbatas. Namun begitu, keadaan di Semenanjung Malaysiaagak kritikal berbanding dengan Sabah dan Sarawak.

Menurut kajian Snodgrass (1980) yang terdapat dalam buku HubunganEtnik tulisan Abdul Halim Ramli (2009), pada tahun 1957, pekerja Melayukebanyakannya bekerja dalam sektor yang kurang maju berbanding kumpulan

kaum lain di mana 69 peratus pekerja lelaki Melayu dan 88 peratus pekerjawanita Melayu bekerja dalam sektor pertanian. Kebanyakan pekerja Cina pula bekerja dalam sektor yang lebih maju dengan 66 peratus pekerja lelaki Cina dan42 peratus pekerja wanita Cina bekerja dalam sektor di luar bidang pertanian.Bagi pekerja India pula, mereka lebih banyak menumpukan perhatian dalam

 bidang pertanian eksport dengan 40 peratus pekerja lelaki India dan90 peratus adalah pekerja wanita India. Menurut beliau lagi, pola penumpuankerja kaum wujud dalam banyak industri, misalnya orang Melayu banyakmendominasi pekerjaan dalam pentadbiran awam dan penanaman padi,manakala orang Cina pula mendominasi industri perlombongan dan perniagaan.

Selain itu, menurut Abdul Halim Ramli, didapati pemilikan kekayaan jugaadalah tidak seimbang. Misalnya, pada tahun 1970, lebih 70 peratus ladang getahdimiliki oleh syarikat yang dikuasai oleh pelabur asing. Syer pemilikan wargaMalaysia dalam syarikat perladangan pula kebanyakannya dimiliki oleh orangCina. Snodgrass mendapati wujudnya aspek ketidakseimbangan pemilikan iniapabila lebih 61 peratus daripada sektor pertanian moden, industri danperniagaan dikuasai oleh sektor korporat pelabur Eropah. Sementara itu, majorititerbesar dalam sektor perniagaan milik tempatan dikuasai oleh orang Cina.Orang Melayu hanya terlibat dalam sektor tradisional seperti getah dankelapa dalam skala yang kecil. Selain itu, penyertaan orang Melayu sebagai

nelayan juga secara kecil-kecilan dan hanya sedikit penyertaan dalam syarikatpengangkutan dan lain-lain industri. Ternyata kedudukan sosioekonomi orangMelayu jauh ketinggalan berbanding kaum lain iaitu kaum Cina dan India.Keadaan ini telah menjadi asas konflik perkauman akibat perasaan tidak puashati yang timbul terhadap agihan bahagian ekonomi antara etnik.

Page 17: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 17/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   107

Terdapat beberapa usaha yang dilakukan untuk meningkatkan tahap penyertaankaum Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi Malaysia. Antaranya pada tahun1961, kerajaan menubuhkan Syarikat Pelaburan Nasional yang bertujuan untuk

membeli saham dalam syarikat pembuatan dan melibatkan diri dalamperniagaan. Lebih kurang 50,000 orang kakitangan awam kaum Melayu telahdibenarkan untuk membeli saham yang berharga RM 10,000 dalam syarikattersebut. Namun begitu, usaha ini tidak mencapai matlamat sebagaimanadiharapkan.

Selain itu, kerajaan menubuhkan Rural and Industrial Development Authority  (RIDA) pada tahun 1950. Penubuhan RIDA adalah untuk membantu perniagaanorang Melayu dengan cara memberikan pinjaman skala kecil untuk sektor luar

 bandar bagi tujuan perniagaan tani. Namun begitu, masalah yang dihadapi

dalam RIDA seperti masalah kekurangan dana, pengurusan yang lemah dankerugian yang tinggi dalam perniagaan menyebabkan RIDA ditutup pada 1966.Pada tahun 1955, dua pertiga daripada projek yang dibiayai RIDA gagaldilaksanakan dan banyak pembayaran yang tertunggak.

Maka, usaha terus dilakukan oleh kerajaan untuk membantu orang Melayusupaya boleh bersaing dengan kaum lain. Pada tahun 1965 dan 1968, KongresEkonomi Bumiputera diadakan dengan bertujuan mencari penyelesaianpermasalahan ekonomi orang Melayu, terutamanya di kawasan luar bandar.Kongres ini menerima 69 cadangan, antaranya supaya kerajaan mencontohi apayang dilaksanakan di Jepun semasa pentadbiran Meiji iaitu dengan menubuhkan

syarikat kerajaan dan menjualnya dengan harga yang murah kepada orangawam. Kongres kedua pada tahun 1968 menerima lebih banyak cadangansupaya kerajaan memainkan peranan yang lebih besar untuk memajukanmasyarakat Bumiputera. Hasil kongres ini tertubuhnya Bank Perniagaan Melayupertama yang dikenali sebagai Bank Bumiputra yang ditubuhkan pada 1965.MARA pula ditubuhkan pada tahun 1966 untuk menggantikan peranan RIDA.Dari tahun 1966 hingga tahun 1970, jumlah pinjaman yang diberikan berjumlahRM31 juta yang mewakili 4,800 pinjaman dalam pelbagai projek kepada orangMelayu, antaranya ialah:

(a) 

Menubuhkan beberapa syarikat perniagaan dan industri;

(b)  Membina premis perniagaan untuk peniaga Melayu;

(c)  Menggalakkan kaum Bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan sebagaipembekal, pemborong, kontraktor bagi membekal barangan binaan; dan

(d)  Menubuhkan syarikat bas.

Page 18: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 18/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI108

Usaha ini ialah usaha kerajaan melalui MARA yang berperanan pentingmembantu orang Melayu. Misalnya, penubuhan syarikat bas ketika sektor itudidominasi oleh kaum Cina merupakan kejayaan besar kerana syarikat bas

tersebut menjadi kukuh setelah lama ditubuhkan.

Di samping itu, kerajaan juga berperanan penting dalam penubuhan FederalAgricultural Marketing Authority  (FAMA) pada tahun 1952 untuk memperbaikisistem pemasaran dan memastikan golongan petani mendapat harga yang

 berpatutan dalam memasarkan produk pertanian. Selain itu, Bank Pertanian jugaditubuhkan pada tahun 1969 bagi memberikan pinjaman untuk sektor pertanian,khususnya kepada orang Melayu di luar bandar.

Selain itu, kerajaan juga menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA) pada tahun 1956 untuk memberikan tanah baru kepada mereka yangtidak mempunyai tanah, khususnya dalam kalangan orang Melayu dan jugakaum lain. Penubuhan FELDA merupakan kejayaan besar kerana institusi itumembawa konsep penerokaan tanah secara besar-besaran yang sebelum inidilakukan oleh pihak swasta. Hari ini, FELDA merupakan sebuah organisasiekonomi yang penting di peringkat dunia.

Walaupun pelbagai usaha dan penubuhan badan berkepentingan ekonomiditubuhkan untuk membantu Melayu sejak merdeka, tetapi kedudukan ekonomikaum Melayu masih rendah. Keadaan dapat dilihat seperti dalam Jadual 4.5 iaitukadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia.

Jadual 4.5: Kemiskinan di Semenanjung Malaysia Tahun 1970 dalam Peratus

Strata  1970

Luar Bandar  58.7

Bandar  21.3

Melayu  65.0

Cina  26.0

India  39.0

SEMENANJUNG  49.3

Sumber: Rancangan Malaysia (1976, 1991) Malaysia RRJP 2 dalam Abdul Halim Ramli(2009)

Page 19: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 19/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   109

 Jadual 4.5 jelas menunjukkan masyarakat Melayu ketinggalan jauh selepas lebihtiga penggal dasar pembangunan dilaksanakan bermula tahun 1956. Kadarkemiskinan masih tinggi di luar bandar yang terdiri daripada orang Melayu.

 Justeru, satu dasar baru diperkenalkan pada tahun 1971 yang dikenali denganDasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai matlamat serampang dua mataiaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARADAN DASAR EKONOMI

Rancangan Pembangunan Negara ialah rancangan yang mengambil kira duaperkara iaitu Rangka Rancangan Jangka Pendek seperti pelaksanaan dalamtempoh lima tahun bermula dari Dasar Ekonomi Lama iaitu Rancangan Malaya 1dan 2 serta Rancangan Malaysia 1 hingga 10. Selain itu, dasar khusus yangmerupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang seperti DEB, Dasar Penswastaandan Wawasan 2020 mempunyai matlamat yang jelas untuk perpaduan kaum.

4.3.1 Rancangan Pembangunan Lima Tahun

Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara ialah dokumen yangmenyediakan matlamat pembangunan ekonomi negara dengan melihat limatahun sebelum dan lima tahun yang akan datang serta mengandungi dasarkhusus untuk tujuan ekonomi dan pembangunan Malaysia. RancanganPembangunan Lima Tahun Negara yang pertama telah dilaksanakan semasa eratransisi dengan pentadbiran British di Tanah Melayu pada 1956 yang dikenali

dengan Rancangan Malaya Pertama (19561960) dan Rancangan Malaya Kedua(19611966).

4.3

Bincangkan bersama rakan sekelas bagaimana berlaku modenisasiekonomi dalam masyarakat Melayu. Bentangkan di dalam kelas.

AKTIVITI 4.2

Page 20: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 20/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI110

Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai gagasanpembentukan Malaysia pada tahun 1963, Rancangan Pembangunan Lima TahunNegara dikenali dengan Rancangan Malaysia. Rancangan Malaysia Pertama

 bermula pada tahun 1966 hingga tahun 1970. Seterusnya, diikuti denganRancangan-rancangan Malaysia yang lain dalam kiraan lima tahun. Sehinggakini, Rancangan Malaysia telah mencapai kepada Rancangan MalaysiaKesepuluh (RMK10) iaitu dari 2011 hingga 2015.

Pada keseluruhannya, matlamat Rancangan Malaya Pertama (RM1) danRancangan Malaya Kedua (RM2) adalah untuk membangunkan ekonomi dalamsektor perladangan di kawasan luar bandar. Objektif Rancangan RM1 dan RM2tidak banyak berubah. Antaranya ialah:

(a)  Menyediakan kemudahan dan peluang bagi penduduk luar bandar bagi

memperbaiki taraf sosioekonomi dan kebajikan mereka;

(b)  Menyediakan pekerjaan untuk penduduk;

(c)  Meluaskan lagi jenis pengeluaran, menumpukan pembangunan terhadapkeluaran pertanian yang sesuai sebagai tambahan penghasilan getahdengan memberikan galakan yang sesuai ke arah pembangunan industri;

(d)  Meninggikan output per kapita dan mempertahankannya daripada kesan buruk yang mungkin berlaku akibat kejatuhan getah; dan

(e) 

Memperbaiki dan memperkembangkan perkhidmatan sosial yangdiperlukan bagi menyediakan peluang pekerjaan dan pelajaran sertakesihatan.

(Abdul Halim Ramli, 2009)

Dengan adanya Rancangan Malaysia, negara kita meletakkan matlamatperpaduan negara sebagai matlamat utama dalam pelaksanaan dasar, selainmatlamat pertumbuhan ekonomi, pembasmian kemiskinan, penyusunansemula masyarakat, pembangunan sumber manusia dan lain-lain. Jadual 4.6menunjukkan secara umum berkaitan dasar yang telah dijalankan di Malaysia.

Page 21: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 21/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   111

Jadual 4.6: Penumpuan RMK1 Hingga RMK10

Bil Rancangan Catatan

1 RMK1(19661970) Selepas penubuhan Malaysia, kerajaan membuat perubahandan penyesuaian dalam perancangan pembangunan negaraselari dengan penyertaan Sabah dan Sarawak. Pelbagai dasardalam bidang pendidikan, bahasa dan budaya diperkenalkanuntuk melengkapi rancangan pembangunan ekonomi tersebut.Kerajaan terus memberi perhatian terhadap pembangunan desadan prasarana, di samping perindustrian gantian import.Namun begitu, Rancangan Malaysia Pertama agak terbantutakibat Konfrontasi Indonesia yang berakhir pada 1966 dantragedi 13 Mei 1969.

2 RMK2

(19711975)

Selepas tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB)

diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat danmembasmi kemiskinan. DEB mengambil tempoh selama20 tahun (19711990). Rancangan Malaysia Kedua jugamemperlihatkan peralihan industri gantian-import menjadiindustri berorientasikan eksport.

3 RMK3

(19761980)

Rancangan pembangunan ini merupakan lanjutan daripadaRancangan Malaysia Kedua.

4 RMK4

(19811985)

DEB masih diteruskan dan tumpuan turut diberikan padapembangunan industri berat.

5 RMK5

(19861990)

DEB berakhir pada tahun 1990. Kerajaan turut memberikan

penekanan ke atas industri berat dan elektronik.

6 RMK6

(19911995)

Dasar Pembangunan Negara (DPN) mula diperkenalkansebagai pengganti DEB. Rancangan pembangunan kali ini lebihmenitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih majudan dasar penswastaan.

7 RMK7

(19962000)

Rancangan pembangunan yang mula memberi perhatiankepada industri berteraskan k-ekonomi.

8 RMK8

(20012005)

Rancangan pembangunan kali ini ialah lanjutan daripadaRancangan Malaysia Ketujuh.

9 RMK9(20062010)

Rancangan pembangunan yang masih berteraskank-ekonomi, tetapi diberi keutamaan untuk pembangunanmanusia (modal insan). Islam Hadhari dijadikan kerangka kerjauntuk meningkatkan kualiti modal insan dalam kalanganrakyat Malaysia.

10 RMK10

(20112015)

Rancangan pembangunan membawa aspirasi ProgramTransformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berlandaskan pendapatan tinggi, keterangkuman dankemampanan.

Sumber: Mohd Sohaimi Esa et al. (2009)

Page 22: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 22/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI112

RMK10 adalah dasar ekonomi yang terbaru dengan meletakkan lima teras utamaiaitu:

(a)  Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara;

(b)  Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk mindakelas pertama;

(c)  Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan;

(d)  Meningkatkan tahap dan kemampuan hidup; dan

(e)  Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan dasar.

 Jika dilihat dengan lebih lanjut, RMK10 masih berjalan. Amnya, matlamat akhir

dasar ekonomi adalah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalanganpelbagai etnik. Antara dasar yang jelas memainkan peranan yang penting dalammatlamat perpaduan nasional ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yangdilaksanakan semenjak RMK2 hingga RMK5.

4.3.2 Elemen Perpaduan dalam Dasar Ekonomi

Dasar ekonomi merujuk kepada dasar yang berkaitan dengan pembangunandalam sesebuah negara. Namun begitu, dalam konteks Malaysia dasar inimenjurus pada aspek yang lain iaitu untuk perpaduan. Sesetengah dasar bukansahaja mempunyai nilai ekonomi, tetapi mempunyai matlamat sosial iaitu untukperpaduan. Khususnya, terdapat tiga dasar yang dilihat di sini untuk perpaduaniaitu:

(a)  Dasar Ekonomi Baru DEB)

DEB merupakan kesan langsung daripada implikasi peristiwa 13 Mei 1969.Peristiwa ini memberikan kesedaran dalam kalangan parti pemerintah untukmenggubal dasar yang membantu orang Melayu. Ini kerana jurangsosioekonomi antara kaum Melayu dan bukan Melayu memungkinkan

 berlakunya ketegangan dan konflik etnik sekali lagi. DEB ialah sejenis

dasar afirmatif. Justeru, DEB digubal adalah untuk mewujudkan hubunganetnik yang lebih baik di samping memupuk perpaduan dalam kalanganetnik. Seperti yang diterangkan dalam seksyen terdahulu, matlamat DEB

 bersifat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusunsemula masyarakat.

Page 23: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 23/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   113

Membasmi kemiskinan akan dapat dicapai melalui peningkatan pendapatandalam kalangan pelbagai etnik di Malaysia dengan menyediakan banyakpeluang pekerjaan di pelbagai sektor. Sementara itu, penyusunan semula

masyarakat dapat dilakukan melalui migrasi penduduk di kawasanluar bandar ke bandar. Migrasi ini penting kerana dapat mewujudkankeseimbangan di kawasan bandar antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Dalam usaha menjayakan matlamat DEB, kerajaan melaksanakan programuntuk membasmi kemiskinan seperti kemudahan pemasaran, kredit danpinjaman, perkhidmatan lanjutan dan penyelidikan. Antara usaha kerajaanuntuk menjayakan rancangan ini ialah penubuhan FAMA (1965), LembagaPertubuhan Peladang (1973) dan MARDI (1968). Langkah yang diambil inidilihat mensasarkan masyarakat luar bandar iaitu orang Melayu yang

masih miskin dan akan dapat meningkatkan pendapatan mereka sertasekali gus mengurangkan kemiskinan. Selain itu, kerajaan jugamenekankan kegiatan yang mempunyai pengeluaran yang lebih tinggi.Kegiatan yang mempunyai pengeluaran yang lebih rendah digantikandengan pengeluaran pada skala yang lebih tinggi agar ia memberikankeuntungan yang berlipat ganda kepada petani.

Dalam usaha menyusun semula masyarakat, kerajaan terlebih dahulumengenali masalah yang wujud. Ini kerana ketidakseimbangan berlakudalam aspek sektor, kaum dan kawasan. Dari segi sektor, didapati sektortradisi merupakan sektor pekerjaan yang mempunyai tahap pendapatan

paling rendah. Selain itu, terdapatnya perbezaan pendapatan antara etnikdisebabkan oleh kegiatan ekonomi yang diceburi. Pembahagian kawasankemiskinan kebiasaannya merujuk pada kawasan luar bandar. Kawasanluar bandar terdiri daripada orang Melayu yang bekerja sebagai petani,pesawah dan nelayan.

Antara usaha yang dilaksanakan melalui DEB dalam membantumasyarakat luar bandar adalah:

(i) Menerapkan kaedah pertanian moden;

(ii) Memberikan pendidikan yang terbaik; dan

(iii) Membantu masyarakat luar bandar melalui program perbandarandengan menempatkan perusahaan moden di luar bandar.

Page 24: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 24/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI114

Selain itu, kerajaan juga melakukan usaha memodenkan kawasan luar bandar melalui pembukaan tanah baru seperti Jengka, Pahang Tenggaradan juga rancangan Perairan Muda, Kemubu dan Besut. Akhir sekali,

kerajaan juga berusaha membentuk masyarakat pengusaha Melayu dimana kerajaan memberikan bantuan khas untuk memastikan mereka

 berjaya dalam perniagaan. Kerajaan berharap dalam tempoh 20 tahunperlaksanaan DEB, Malaysia akan mempunyai 30 peratus ekuiti sahamdalam perdagangan dan perusahaan yang menjadi hak milik orangMelayu. Jika orang Melayu dibantu, masyarakat kaum lain juga terbela.Oleh itu, Malaysia diharap berada dalam keadaan aman.

(b)  Dasar Penswastaan

Dasar Penswastaan diperkenalkan pada bulan Mac tahun 1983 oleh

mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohammad.Pada asasnya, Dasar Penswastaan melibatkan pemindahan perkhidmatanatau perusahaan ke dalam sektor swasta. Penswastaan membawa maknapenjualan saham milikan negara atau milikan awam kepada sektor swastayang akhirnya menyebabkan ekuiti dikuasai oleh sektor swasta. Dasartersebut bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalisation ), iaituproses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalamekonomi. Sebelum ini, sektor awam bukan sahaja terlibat dalam menyediadan menentukan arah dasar utama, tetapi turut menyediakan perkhidmatanserta terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan diMalaysia. Terdapat lima tujuan Dasar Penswastaan seperti yang dapatdilihat dalam Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Lima tujuan Dasar Penswastaan

Page 25: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 25/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   115

Umumnya, Dasar Penswastaan menyumbang kepada kepesatanpertumbuhan ekonomi serta membantu dalam usaha mencapai matlamatpenyusunan semula masyarakat serta meningkatkan penyertaan golongan

orang Melayu dan Bumiputera ke dalam sektor korporat. Di samping itu,kesan Dasar Penswastaan juga telah mengurangkan beban kewangan danpentadbiran kerajaan dan membolehkan kerajaan membantu sektor yanglebih kritikal. Selain itu, dasar ini telah berjaya mewujudkan persaingandalam sektor pelaburan, tenaga dan telekomunikasi.

(c)  Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan wawasan yang dicetuskan oleh TunDr Mahathir Mohammad pada 28 Februari 1991. Matlamat wawasan iniadalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian

yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 dari pelbagai aspek iaitumaterial dan bukan material. Wawasan ini bukan sahaja mempunyai nilaidari aspek ekonomi, malahan juga dari aspek perpaduan nasional.Wawasan 2020 yang ingin dibina adalah Bangsa Malaysia yang maju

 berdasarkan acuan tersendiri. Justeru, matlamat wawasan ini ialah sebuah bangsa yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan,mempunyai nilai moral dan etika, hidup dalam sebuah masyarakat yangdemokratik, liberal, toleran, penyayang, adil dan saksama dari segiekonomi, progresif dan makmur, serta memiliki sepenuhnya ekonomi

 berdaya saing, dinamik, teguh dan tidak luntur. Matlamat atau cabaranWawasan 2020 dapat dijelaskan secara umum seperti berikut:

(i)  Cabaran mewujudkan sebuah negara Bangsa Malaysia yang bersatupadu;

(ii)  Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas danterjamin;

(iii)  Cabaran bagi memupuk dan memajukan sebuah masyarakatdemokrasi yang matang;

(iv)  Cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

tinggi;

(v)  Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang matang, liberaldan toleran;

(vi)  Cabaran untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik danprogresif;

(vii)  Cabaran untuk membentuk sebuah masyarakat penyayang dan berbudaya penyayang;

Page 26: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 26/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI116

(viii)  Cabaran untuk mewujudkan masyarakat adil dari segi ekonomi;dan

(ix)  Mewujudkan sebuah masyarakat makmur yang memiliki ekonomi berdaya saing, dinamik, kuat dan tidak mudah luntur.

 Jelaslah, Wawasan 2020 adalah dasar ke arah persediaan sebuah negaramaju. Dalam konteks ini, negara bangsa yang ingin diwujudkan adalahdengan mengurangkan jurang pendapatan antara etnik, melalui peruntukanpeluang yang sah, kesetaraan perkhidmatan sosial dan infrastruktur yanglebih rapat, pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan pembangunansumber manusia sepenuhnya bagi mencapai matlamat tersebut.

KESIMPULAN

Perbincangan dalam topik ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman kita bahawa dalam konteks Malaysia, matlamat pembangunan ekonomi yang utamaialah untuk mencapai perpaduan nasional. Perpaduan ini digabung jalin ke

dalam dasar dan matlamat dasar yang akhirnya membawa pengertianperpaduan dan kesepaduan masyarakat dalam konteks negara Bangsa Malaysia.Namun begitu, proses ini dibina dengan mengambil jangka masa yang lamasemenjak merdeka hingga kini. Jika pembangunan ekonomi baik dan setiapkaum akan menikmati ekonomi dengan adil, maka Malaysia akan terus amantanpa berlaku pergolakan etnik yang melampau dan mengancam kesepaduanmasyarakat yang terbina.

4.4

1. Bincangkan secara kritis tentang Rangka Rancangan JangkaPendek Lima Tahun dalam memupuk hubungan etnik.

2. Pilih satu dasar berikut dan terangkan bagaimana dasar inimemainkan peranan yang penting dalam perpaduan nasional.Bentangkan di dalam kelas.

(a) DEB

(b) Dasar Penswastaan

(c) Wawasan 2020

AKTIVITI 4.3

Page 27: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 27/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   117

 

  Modenisasi ialah perubahan dalam kehidupan manusia.

Berlaku dalam dua bentuk iaitu:

o  Modenisasi dalam politik; dan

o  Modenisasi dalam ekonomi.

Berlaku secara berencana dan tidak berencana.

Proses modenisasi secara berencana mempunyai matlamat, kaedahdan penetapan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum sesuatuperubahan itu dilaksanakan.

  Modenisasi ekonomi di Malaysia berlaku apabila terdapat perubahantumpuan aktiviti ekonomi, misalnya dalam bentuk penggunaan binatangkepada penggunaan teknologi mesin dan jentera.

 

Perubahan ekonomi daripada ekonomi bercorak tradisi seperti pertanian danperikanan ke arah ekonomi moden seperti perkilangan, perniagaan danperkhidmatan.

1.   Jelaskan kaitan antara ekonomi dan hubungan etnik dalamkonteks pembinaan negara bangsa di Malaysia.

2.  Bagaimanakah ekonomi memainkan peranan yang penting dalampenyatupaduan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia?

3.  Bincangkan elemen yang boleh menggugat keharmonian kaumdalam aspek ekonomi jika tidak diuruskan dengan baik.

4.  Berikan cadangan bagaimana perpaduan kaum pelbagai etnikdapat dibina melalui aktiviti ekonomi.

SEMAK KENDIRI 4.1

Page 28: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 28/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI118

  Teori W. W. Rostow sesuai untuk memahami perubahan masyarakat dalammodenisasi ekonomi. Menurut teori ini, perubahan berlaku dalam lima tahapiaitu:

Tahap tradisi;

Persediaan;

Lepas kandas;

Matang; dan

Penggunaan masa.

  Modenisasi bermula di Eropah dan berlaku dalam dua kaedah iaitu secara

falsafah dan secara praktikal.

  Modenisasi dibawa keluar dengan cara penjajahan dan imperialisme.

  Modenisasi dilihat sama seperti pembaratan dan pemodenan yang menjuruskepada modenisasi.

  Asas sistem ekonomi orang Melayu adalah bercorak maritim dan pertanian.

  Semasa penjajahan, orang Melayu tidak diberikan peluang oleh British untuk

terlibat dalam sektor ekonomi moden berbanding dengan orang bukanMelayu iaitu kaum Cina dan India yang terlibat secara langsung dalamekonomi moden.

  Apabila merdeka, terdapat jurang sosioekonomi yang besar antara etnikyang membawa kepada prejudis dan prasangka yang menebal hinggakemuncaknya membawa kepada konflik perkauman pada 13 Mei 1969.

  Sistem ekonomi semasa penjajahan British adalah berbentuk dwi-ekonomiiaitu orang Melayu dengan sektor tradisi dan orang bukan Melayu dengan

sektor ekonomi moden.

  Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, terdapat pelbagai usaha untukmembantu orang Melayu dengan menubuhkan Syarikat Pelaburan Nasional(1961), RIDA (1950 hingga 1966), MARA (1966, menggantikan RIDA), BankBumiputra 1965, FELDA (1956) dan DEB (19711990).

  DEB mempunyai matlamat yang jelas iaitu untuk membantu orang Melayudengan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Page 29: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 29/30

  TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI   119

  DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang selama 20 tahun dan berjaya mengubah kedudukan ekonomi orang Melayu.

 

Rancangan Pembangunan Lima Tahun mengandungi matlamat pembangunanekonomi negara dengan melihat lima tahun lepas dan lima tahun kehadapan.

  Semenjak merdeka, kita sudah melalui 12 Rancangan Pembangunan LimaTahun iaitu bermula dengan RM1 dan RM2 dan diteruskan dengan RMK1hingga RMK10.

  Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020 merupakan dasar ekonomi yangpenting dalam pembangunan negara dengan menerapkan elemen perpaduan

seperti penyusunan semula masyarakat dan pembinaan modal insan untukmewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar penswastaan

Imperalisme

 Jurang ekonomi

Modenisasi ekonomi

Modenisasi di Eropah

Modenisasi di Malaysia

Pembaratan

Pemodenan

Penjajahan

Rancangan pembangunan lima tahun

Teori W.W. Rostow

Wawasan 2020

Abdul Halim Ramli. (2009). Hubungan kaum di Malaysia: Sejarah dan asas perpaduan . Shah Alam, Malaysia: Pusat Penerbit Universiti (UPENA).

Barraclough, G. (1978). The times atlas of world history. London, England: TimesBooks.

Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011). Hubungan etnik: Kelangsungan pembinaannegara bangsa . Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbitan Multimedia.

Page 30: 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

7/21/2019 20140820110840_08. MPU3113 Topik 4

http://slidepdf.com/reader/full/2014082011084008-mpu3113-topik-4 30/30

    TOPIK 4 HUBUNGAN ETNIK DARI ASPEK EKONOMI120

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia . Kuala Lumpur, Malaysia: FajarBakti.

Shamsul Amri Baharuddin. (1977). RMK: Tujuan dan pelaksanaannya . KualaLumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Shamsul Amri Baharuddin. (1979). The development of the under developmentof the Malaysian peasantry. Journal of Contemporary Asia,  9(4), 434454.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul hubungan etnik . Shah Alam, Malaysia:Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul hubungan etnik. Ed. ke-2. Bangi,Malaysia: Institut Kajian Etnik, UKM.

Syed Husin Ali. (1987). Kaum kelas dan pembangunan: Malaysia.  KualaLumpur, Malaysia: Persatuan Sains Sosial Malaysia.