topik 5 peluang perniagaan

31
MINGGU 3 MODUL 2: PELUANG DAN RANCANGAN PERNIAGAAN TOPIK 5: PELUANG PERNIAGAAN TOPIK 6: KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

Upload: afia

Post on 22-Feb-2016

156 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

MINGGU 3 MODUL 2: PELUANG DAN RANCANGAN PERNIAGAAN TOPIK 5: PELUANG PERNIAGAAN TOPIK 6: KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN . TOPIK 5 PELUANG PERNIAGAAN. 5.1 TAKRIF PELUANG. Persekitaran menjanjikan peluang-peluang perniagaan yang tidak dapat dijangkakan. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

MINGGU 3MODUL 2: PELUANG DAN RANCANGAN PERNIAGAAN

TOPIK 5: PELUANG PERNIAGAANTOPIK 6: KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

TOPIK 5PELUANG PERNIAGAAN

5.1 TAKRIF PELUANG • Persekitaran menjanjikan peluang-peluang perniagaan yang

tidak dapat dijangkakan.

• Idea-idea baru boleh dijana melalui proses inovasi berkenaan sama ada dengan mewujudkan perniagaan baru atau membangunkan produk atau perkhidmatan baru (Barjoyai Bardai, 2000).

5.2 SITUASI MENYUMBANG PELUANG

PERNIAGAAN

Pelanggan memerlukan barangan atau perkhidmatan baru

barangan atau perkhidmatan sedia ada belum dapat menyelesaikan masalah

5.3PROSES MENGENALPASTI, MENILAI DAN MEMILIH PELUANG

Kemahiran mengenalpasti peluang melalui 3 langkah:

– Membuat analisis persekitaran dan pasaran dengan memahami kehendak serta keperluan pengguna.

– Membuat penilaian diri iaitu dari segi kebolehan dan kemampuan, penilaian terhadap masyarakat sekitar, dan membuat analisis idea perniagaan.

– Membuat pilihan peluang perniagaan dan memulakan rangka rancangan perniagaan.

Faktor perubahan demografik segi umur, jantina, pendapatan, pendidikan, bilangan ahli keluarga, dan sebagainya.

Faktor perubahan psikografik citarasa, status dan ego

Data import dan eksport kedudukan permintaan dan penawaran produk dan perkhidmatan berkaitan dalam pasaran

Kesediaan sumber-sumber tempatan dan teknologi

Hubungan rantaian industri hubungan antara industri

Projek projek kerajaan dan swasta

Undang-undang dan peraturan kerajaan tempatan

penyumbang yang besar dalam perniagaan dan pelaburan.

Masalah dan tanggungjawab sosial peluang pekerjaan dan pembenterasan gejala

Teknologi maklumat dan komunikasi

Isu globalisasi isu yang memerlukan usahawan lebih proaktif dan ada kebolehan bersaing yang kuat

e-Dagang isu yang penting dan lebih praktikal

Pertimbangan!!

• Setelah mendapat gambaran persekitaran dan pasaran yang sedia ada, maka langkah ini diteruskan dengan mengenalpasti keperluan dan kehendak pelanggan sama ada untuk menyelesaikan masalah atau memenuhi kehendak pelanggan.

• Dalam proses memilih idea kasar perniagaan, usahawan perlu:

A) memahami dan dapat menilai kesesuaian perniagaan

dengan diri. Contoh: pengalaman perniagaan yang ada, pengetahuan mengurus dan kemahiran perniagaan, keadaan kewangan, minat terhadap perniagaan berkenaan, dan jaringan perhubungan dengan pihak berkepentingan.

B) dari segi masyarakat, idea perniagaan berkenaan perlulah dapat memenuhi norma-norma (kebiasaan umum) dan nilai masyarakat.

TOPIK 6KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

6.1 KEMAHIRAN MENGENALPASTI SUMBER• Mengenalpasti sumber sebelum memulakan perniagaan:

modal perniagaan, produk atau servis , lokasi perniagaan dan kelengkapan perniagaan

• Cara: Kaedah penyenaraian soalan yang boleh digunakan termasuklah teknik pertanyaan ‘5W1H’ (‘What, Which, Where, When, Who, How’).

6.1.1 Modal PerniagaanModal perniagaan termasuklah dalam bentuk kewangan, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan.

Contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:

– Berapa jumlah wang yang dapat diperuntukkan untuk memulakan aktiviti perniagaan?

– Apa modal lain yang sedia ada untuk membantu memulakan operasi perniagaan?

– Siapa dapat membantu melengkapkan modal awal operasi perniagaan?

6.1.3 Lokasi PerniagaanLokasi perniagaan bermaksud tempat untuk menjalankan operasi perniagaan.

Di antara contoh soalan untuk senarai semakan adalah seperti berikut:

– Apakah lesen atau permit perniagaan tambahan diperlukan di lokasi tersebut? Agensi mana yang mengeluarkan?

– Apakah alternatif yang ada berkaitan urusan mendapatkan lokasi berkaitan? Sewa? Beli? Urusan perjanjian?

– Berapa kos yang terlibat untuk memulakan operasi perniagaan di lokasi tersebut?

6.2 KEMAHIRAN PERUNDINGAN

Di dalam alam perniagaan situasi-situasi perundingan biasanya tidaklah semudah transaksi harian biasa. Ianya memerlukan proses rundingan yang merangkumi persiapan, perancangan, strategi, taktik dan kemahiran komunikasi untuk mencapai persetujuan yang sesuai bagi kedua-dua pihak.

Rundingan:

Dalaman

Luaran

6.2.2 Persediaan Perundingan

• Beri perhatian kepada komunikasi bukan lisan seperti:• Pakaian, rupa dan gaya• Cara berjalan• Gerak geri tangan

(gestures)• Gerak geri badan, cara

duduk, berdiri (posture)• Eye contact• Bau badan (body odour)

• Cuba wujudkan tanggapan awal yang positif tentang diri anda.

• Wujudkan suasana kerjasama dan elakkan suasana mengancam.

6.2.3 Proses Perundingan

– Kunci kejayaan perundingan ialah mencapai matlamat pihak-pihak yang berkepentingan.

– Bersedia untuk bertolak ansur. Perundingan biasanya melibatkan kompromi.

– Bertenang dan jangan cepat marah.

– Jual. Perundingan yang Berjaya adalah hasil penjualan diri anda dan objektif-objektif anda kepada orang lain.

– Bentangkan sendiri perkara yang hendak dikemukakan.

– Ambil masa untuk memikirkannya

– Ingatkan nama-nama ahli-ahli perundingan sebelum atau pada mula pertemuan.

– Jangan kompromi objektif-objektif anda.

– Gunakan kekuatan anda dengan bijak

– Kepercayaan diri sendiri. – Bersikap adil.– Akhiri perundingan

dengan positif. – Akhiri dengan ucapan

penghargaan.

6.2.4 Strategi Perundingan

– Sediakan agenda perundingan yang menyeluruh.

– Beri konsesi awal. Cuba memuaskan sebelah pihak dalam bidang yang penting bagi anda.

– Bagi isu-isu penting, dapatkan seberapa banyak maklumat dan buat penilaian situasi dan orang-orang yang terlibat.

– Apabila perundingan mengambil masa beberapa hari, jangan hairan jika bidang-bidang yang sudah dipersetujui, dibincangkan semula.

6.2.5 Taktik Perundingan

• Kesopanan• Berunding dengan yang berkuasa.• Tentukan anda yang mengemukakan

isu-isu penting• Jika perjumpaan tambahan diperlukan,

tentukan masa dan tempat untuk sesi selanjutnya.

• Jika berselisih pendapat, elakkan sikap negatif.

• Berhenti berunding dan berbincang sesama sendiri bila-bila sesuai. Ini membolehkan anda merujuk kepada rakan-rakan jika perlu. Taktik ini juga digunakan untuk meredakan keadaan yang tegang.

• Tangguhkan perkara-perkara yang sensitive.

• Berdiam sahaja adalah cara yang paling baik jika dikemukakan dengan tawaran yang tidak boleh diterima.

• Terima konsesi-konsesi kecil jika diberi. Disamping itu teruskan dengan permintaan-permintaan yang utama.

• Cuba gunakan taktik positif/negatif. Taktik ini memerlukan pasukan dua (atau lebih) orang perunding. Seorang bersikap negatif, memberi peluang ahli positif merapatkan diri dengan pihak sebelah.

6.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Komunikasi ialah proses menghantar maklumat dan kefahaman secara lisan atau bertulis yang melibatkan dua atau lebih pihak, iaitu penghantar dan penerima.

6.3.2 Bentuk Komunikasi

Ada 2 bentuk komunikasi, iaitu:• Komunikasi Lisan– contoh media yang digunakan ialah mesyuarat, telefon,

intercom, perbincangan bersemuka, seminar.• Komunikasi Bertulis– contoh media yang digunakan ialah memo, laporan, mel

elektronik, notis, pekeliling, minit, bulletin, akhbar dalaman, surat rasmi, faks, iklan, brosur, jemputan, telegram dan telex.

6.3.3 Kriteria Pemilihan Media Komunikasi

Pemilihan media komunikasi adalah penting dalam memastikan kekesanan mesej yang disampaikan. Media yang dipilih bergantung kepada:

– Tujuan– Penerima – Masa/waktu

– Jarak– Kos– Kerahsiaan– Keselamatan– Sumber seperti peralatan atau pekerja akan menjejaskan

komunikasi?

6.3.4 Halangan Dalam Komunikasi– Bahasa Perantaraan (Penghantar mesti juga peka kepada

makna perkataan yang digunakan samada dalam bahasa asing atau dari segi teknikal atau kepakaran tertentu).

– Tindakan Emosi• Perasaan emosi mengenai sesuatu topik boleh menyebabkan

tindakan emosi. Adalah lebih baik menangguhkan proses komunikasi sekiranya penghantar pasti mesej tersebut akan mencetus perkara-perkara yang tidak diigini.

– Media Komunikasi• Media komunikasi yang dipilih hendaklah sesuai dengan tujuan dan

penerima mesej.– Hubungan antara penghantar dan penerima

• Proses komunikasi akan terjejas sekiranya penghantar dan penerima tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain. Ini besar kemungkinan akan manggagalkan proses komunikasi.

6.3.5 Prinsip Komunikasi Berkesan

• Memikir dengan baik tentang perkara berikut:

– Objektif untuk berkomunikasi – sama ada untuk memberi maklumat, memohon, memberitahu, mendesak atau mempengaruhi.

– Siapa penerima maklumat – sama ada rakan sejawat, ketua, pekerja, pihak pembekal atau pelanggan.

– Keadaan/situasi ketika komunikasi berlaku – sama ada bahaya, serius, beremosi atau memerlukan tindakan segera.

– Reaksi penerima – sama ada gembira, marah atau bersahaja.

• Mendengar dengan baik• Memilih media yang sesuai• Memilih masa yang sesuai• Memilih bahasa yang sesuai• Maklumbalas

6.3.6 Kaedah Komunikasi Lisan

Usahawan IKS lebih banyak berkomunikasi secara lisan dari bertulis

• Komunikasi Melalui Telefon– Dalam sesebuah organisasi, orang yang menjawab telefon

merupakan wakil organisasi tersebut.– Berikut adalah beberapa tips menjawab telefon secara berkesan:

• Jawab dengan segera. Jangan biarkan telefon berdering lebih 3 kali.• Mula menjawab dengan ucapan dan nama syarikat.• Pastikan pen dan kertas untuk mengambil pesanan sentiasa ada • Bercakap dengan jelas.• Memberi maklumat yang sesuai apabila menjawab pertanyaan.• Mengambil pesanan dengan betul dan menyemak dengan mengulangi

pesanan tersebut.• Sentiasa berbudi bahasa.• Akhiri dengan ucapan terima kasih.

• Temubual/temuduga– Temubual/temuduga telah menjadi semakin penting dalam

memastikan perniagaan mendapat pekerja yang sesuai untuk sesuatu jawatan..• Penemuduga:

– Menyediakan huraian jawatan dan spesifikasi pekerjaan.– Menyediakan soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu temuduga.– Menyediakan borang penilaian.– Memberi masa untuk menjawab.– Galakkan cetusan idea dan soalan.– Jangan tunjuk bahawa anda dalam keadaan tergopoh-gapah.– Gunakan soalan yang bukan bentuk emosi.

• Pemohon:– Menyemak tarikh, masa, tempat temuduga, nama dan jawatan

penemuduga.– Memastikan tempoh waktu ke tempat temuduga dan cara akan ke sana.– Rancang untuk tiba lebih awal– Mencari maklumat syarikat dan jawatan yang dipohon.– Berpakaian sesuai untuk temuduga tersebut.

• Mesyuarat– Tumpuan perlu diberikan kepada beberapa

faktor:• Menetapkan objektif mesyuarat.• Memilih masa dan tempat yang sesuai.• Menyediakan peralatan dan lain-lain keperluan.• Menyediakan agenda.• Memilih dan menjemput ahli mesyuarat.

6.3.7 Kaedah Komunikasi Bertulis

• Surat rasmi– Surat rasmi adalah surat yang ditulis oleh sebuah

organisasi kepada organisasi yang lain atau organisasi kepada individu. Ia berfungsi sebagai duta kepada organisasi berkenaan.

– Beberapa perkara harus diberi perhatian. • Memastikan tujuan utama surat.• Memastikan surat menggunakan bahasa yang mudah difahami

dan dibaca.• Memastikan surat disediakan dengan baik, tanpa kesilapan

menaip atau bahasa.• Memastikan format surat mengikut kelaziman.• Memastikan kualiti kertas yang digunakan adalah sesuai.

• Iklan– Antara tujuan utama iklan ialah untuk menyebar

maklumat tentang syarikat, produk atau servis, jawatan kosong dan sebagainya. Media bercetak biasa digunakan untuk tujuan iklan contohnya akhbar dan majalah.

• Brosur/Risalah– Brosur dan risalah dikeluarkan oleh syarikat berkenaan

dengan tujuan menyebar maklumat tentang syarikat, produk, servis dan lain-lain promosi.

• Jemputan– Jemputan selalu dihantar dan diterima dalam

perniagaan untuk majlis-majlis tertentu.– Kebiasaannya, jemputan dicetak menggunakan kad atau

kertas khas.

• Faks– Faks sering digunakan oleh organisasi dalam

penghantaran maklumat kepada organisasi lain. Kelebihan faks ialah penghantaran mengambil masa yang cepat serta juga membolehkan gambar, rajah, lukisan dihantar kepada penerima.

• Mel Elektronik (e-mel)– Pada masa kini, penggunaan e-mel semakin popular

dikalangan organisasi. Ini adalah kerana penggunaan e-mel adalah murah, lebih cepat, interaktif dan membolehkan gambar, rajah, lukisan dan bunyi dihantar kepada penerima. Penggunaan e-mel mempunyai potensi berkembang di peringkat nasional dan global.

• Laporan kepada akhbar (press release)– Kaedah ini sering digunakan oleh organisasi untuk

mendapat publisiti tentang aktiviti yang dijalankan. Organisasi akan memberi laporan bertulis kepada pihak media dengan harapan maklumat itu akan dicetak oleh pihak media. Ini adalah cara yang baik untuk mendapat publisiti percuma.

• Telegram– Telegram masih digunakan oleh organisasi perniagaan

untuk menghantar mesej ke beberapa tempat. Ianya digunakan untuk mesej yang pendek dan memerlukan tindakan atau pemberitahuan segera.

• Telex– Telex juga masih digunakan untuk menghantar mesej ke

beberapa tempat. Mesej yang dihantar akan dicetak oleh mesin cetak penerima.

“Finish”