topik 4 pengajian am

21
TOPIK 4 STRUKTUR PEMERINTAHAN

Upload: asri-sudin

Post on 05-Sep-2015

341 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Penggal 1

TRANSCRIPT

  • TOPIK 4STRUKTUR PEMERINTAHAN

  • Kes sivil merangkumi tindakan undan-undang yang diambil oleh seseorang individu (plaintif) untuk mendakwa orang lain (defendan) yang telah melanggar hak-haknya.Contohnya kes sivil ialah pencerobohan,kegagalan membayar balik hutang atau menepati janji dan tuntutan pampasan.4.4.7 Atur Cara Sivil di Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rendah

  • Perbicaraan di Mahkamah Tinggi dimulakan apabila phak plaintif berjaya mendapat writ.Writ ialah dokumen rasmi untuk meminta defendan menghadirkan diri di mahkamah.Dalam writ,dinyatakan siapakah pihak plaintif dan pihak defendan.Sekiranya pihak defendan gagal menghadirkan diri,keputusan mungkin dibuat tanpa kehadirannya.

  • Writ diserahkan kepada pihak defendan secara langsung atau kepada peguamnya.Sekirannya kedua-dua cara tersebut tidak dapat dilaksanakan,writ boleh ditampalkan di bangunan kediaman pihak defendan atau diiklankan dalam akhbar tempatan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Pihak defendan boleh melawan writ tersebut dengan menghadirkan diri ke mahkamah dalam tempoh masa yang ditetapkan.Dia boleh memilih sama ada untuk meuntut perbicaraan atau tidak menuntut perbicaraan.

  • 1.Seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah atau boleh ditahan oleh polis melalui beberapa cara :Waran tangkap *Satu perintah kepada polis untuk menangkap seseorang yang dinamakan dalam waran dan membawa orang itu ke mahkamah.Perintah saman mahkamah *Saman ialah satu dokumen yang menyatakan pertuduhan dan meminta tertuduh hadir ke mahkamah.4.4.8 Atur Cara Kes Jenayah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah.

  • 2.Biasanya perbicaraan akan bermula di Mahkamah Majistret dengan membuat pemeriksaan terhadap pergaduhan.Jika tertuduh mengaku bersalah maka phak pendakwa akan mengemukakan fakta-fakta kes dan hukuman akan dijatuhkan oleh mahkamah menurut undang-undang.Jika tertuduh tidak mengaku bersalah atau menuntut diadakan perbicaraan,maka perbicaraan akan dijalankan.Jika mahkamah berpendapat tertuduh maka tertuduh dikehendaki membela diri.

  • Memberi keterangan di kandang orang salah.Tertuduh tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pendakwa.Memberi keterangan bersumpah dan tertuduh boleh diperiksa balas oleh pendakwa.Berdiam diri di mahkamah.Jika begitu pihak pendakwa terpaksa membuktikan yang tertuduh bersalah sehingga tidak ada syak wasangka yang munasabah.Tertuduh boleh memberi keterangan dengan cara :

  • Mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap undang-undang islam (syariah) negeri.Mahkamah-mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang melibatkan orang islam.4.4.9 Mahkamah Syariah

  • 1.Mahkamah Syariah Negeri diketuai oleh Ketua Hakim Syarie dan mempunyai tiga bahagian dengan bidang kuasa masing-masing iaitu : *Mahkamah Rayuan Syariah *Mahkamah Tinggi Syariah *Mahkamah Rendah Syariah 4.4.9.1 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

  • 2.Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes sivil seperti : *pertunangan,perkahwinan,rujuk,perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh),nusyuz atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri. *nafkah orang-orang tangguangan atau penjagaan *pembahagian atau tuntutan harta. *pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat.

  • 3.Mahkamah Syariah membicarakan kes-kes jenayah iaitu melanggar hukum hakam agama Islam seperti : *Khalwat *zina *Minuman keras *tidak berpuasa di Bulan Ramadhan *Mengamal ajaran sesat

  • Mempunyaibidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.Mempunyai bidang kuasa pengawasan dan penyemakan terhadap Mahkamah Tinggi Syariah.4.4.9.2 Mahkamah Rayuan Syariah

  • Mempunyai bidang kuasa jenayah dan sivil.Membicarakan kesalahan ang dilakukan oleh seseorang islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam,serta boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya.Mempunyai bidan kuasa rayuan terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah.4.4.9.3 Mahkamah Tinggi Syariah

  • Membicarakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau mana-mana undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun-rukun agama islam.4.4.9.4 Mahkamah Rendah Syariah

  • Mahkamah Tentera * kesalahan disiplin yang dilakukan berkaitan dengan undang-undang perkhidmatan tentera.Mahkamah Bumiputera * kesalahan yang dilakukan dari segi adat resam kaum bumiputera di Sabah dan di Sarawak.Mahkamah Perusahaan *perkara yang melibatkan pertelingkahan antara pihak majikan,pekerja dan kesatua pekerja.

    4.5 Mahkamah Khas

  • Tribunal Tuntutan Pengguna

    Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah * Tuntutan pengguna di bawah Akta Pemajuan Perumahan.

  • Mahkamah Tentera. - pegawai yg dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas atas nasihat Menteri Pertahanan.Asal : apa-apa kesalahan yg berkaitan dengan undang- undang perkhidmatan tentera.Rayuan : keputusan boleh dirayu di Mahkamah Tinggi : pengampunan diberi oleh Yang di-Pertuan Agong.4.5.1 Rumusan Sistem Kehakiman-Mahkamah Khas.

  • Mahkamah Bumiputera - pegawai yg dilantik oleh yang dipertua Negeri atas nasihat Kerajaan Negeri.Asal : kesalahan yg dilakukan dari segi adat resam kaum bumiputera di Sabah dan di Sarawak.Rayuan : keputusan boleh dirayu di Mahkamah Rayuan Bumiputera yg dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

  • Mahkamah Perusahaan - Dianggotai oleh Presiden Mahkamah Perusahaan dan panel yg mewakili majikan dan pekerja.Ahli panel dilantik oleh Menteri Sumber manusia.Asal : kes-kes yg melibatkan pertikaian perusahaan yg dirujuk oleh Menteri Sumber Manusia setelah Pengarah Perusahaan gagal menyelesaikannya.Rayuan : keputusan boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.

  • Tribunal Tuntutan Pengguna - panel tribunal dilantik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Asal : tuntutan pengguna di bawah Akta Perlindungan pengguna.

  • Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah - panel tribunal dilantik oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Asal : tuntutan pengguna di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].