topik 3 - pengurangan modal

Upload: vasant-sriudom

Post on 07-Jul-2015

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SENARAI KANDUNGANTOPIK 3 : PERUBAHAN DALAM STRUKTUR MODAL DAN PEMBINAAN SEMULANOTA: Pembinaan Semula Perubahan Struktur Modal Rancangan Pengurangan Modal dan Rancangan Peraturan Langkah-langkah dalam Rancangan Pembinaan Semula Penukaran Kelas Saham/Syer Catatan jurnal yang berkaitan dalam skim pengurangan modal SOALAN LATIHAN: Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 9 Soalan 10 Soalan 11 Soalan 12 Soalan 13 Soalan 14 6 7 8 9 10-11 12 13 14 15 16 17 18 19-20 21-22 1 2 2 3 3 4-5

MUKA SURAT

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

PERUBAHAN DALAM STRUKTUR MODAL DAN PEMBINAAN SEMULA 3.1 Pembinaan Semula Pembinaan semula adalah merujuk kepada sesuatu rancangan di mana sesebuah syarikat mengubah memorandum syarikat, taraf mastautin, struktur modal atau status undang-undang. 3.1.1 Perubahan Memorandum Syarikat Syarikat mengubah memorandum syarikatnya adalah bertujuan untuk memperluaskan objektifnya. Seksyen 28 Akta Syarikat 1965 : membenarkan sesebuah syarikat mengubah fasa objektif memorandum syarikat melalui satu resolusi khas. Seksyen 152(1) : mengadakan resolusi khas memerlukan undian majoriti daripada ahli. Seksyen 21 : membenarkan perubahan secara am terhadap memorandum syraikat.

3.1.2 Perubahan Taraf Mastautin Seksyen 7 : membenarkan sesebuah syarikat membuat perubahan taraf mastautinnya. (Nota : kedua-dua perubahan di atas tidak meliputi masalah perakaunan khas). 3.1.3 Perubahan dalam struktur modal syarikat Ianya merujuk kepada proses pengorganisasian semula atau pembinaan semula dalaman meliputi perubahan struktur modal sesebuah syarikat. 3.1.4 Perubahan status undang-undang Merujuk kepada pembinaan semula luaran meliputi perubahan dari syarikat lama kepada satu syarikat baru yang bertujuan mengambilalih ke semua aset-aset dan liabiliti syarikat lama. Syarikat lama akan dibubarkan. Contohnya sebuah syarikat Sdn Bhd ditukar kepada syarikat Bhd. (Nota : kedua-dua perubahan di atas, melibatkan satu proses perakaunan yang khas disediakan).

3-2

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

3.2

Perubahan Struktur Modal (Pembinaan semula dalaman) Terdapat dua keadaan:

3.2.1 Pertambahan sumber modal Membuat proses tambahan sumber melalui penjualan saham-saham baru sehingga kepada peringkat maksimum dibenarkan. 3.2.2 Pengurangan sumber modal (Capital Reduction) Mengurangkan tanggungan syarikat dengan mengurangkan modal atau rancangan peraturan yang dibuat di bawah satu skim pengurangan modal yang dipersetujui oleh semua pihak. 3.3 Rancangan Pengurangan Modal dan Rancangan Peraturan Menurut seksyen 64 dan 66 Akta Syariakt 1965: a) Rancangan Pengurangan Modal Adalah rancangan untuk mengurangkan samaada nilai sesaham atau unit saham dan dividen saham keutamaan yang dipersetujui oleh pemegangpemegang saham dan pemiutang-pemiutang. Rancangan Peraturan Adalah rancangan untuk menyatukan jenis-jenis saham yang berlainan kepada satu jenis saham atau membahagikan satu jenis saham kepada beberapa jenis saham yang berlainan.

b)

Kedua-dua rancangan di atas hanya dijalankan apabila sesebuah syarikat mengalami kerugian yang melampau dan berterusan. Adalah diramalkan syarikat boleh berdaya maju pada masa hadapan dan sekiranya dibubarkan syarikat akan mengalami kerugian yang amat teruk lagi. Melalui rancangan pengurangan modal ini syarikat dapat mengurangkan tanggungannya samaada melalui pinjaman atau nilai sesaham melalui perundingan semua pihak yang terlibat. Walaubagaimanapun syarikat tidak dibenarkan mengisytihar dividen dalam jangka masa pendek. Di samping itu, syarikat akan membuat penilaian semula ke atas asetasetnya iaitu nilai yang boleh direalis.

3-3

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

3.4 1.

Langkah-langkah dalam Rancangan Pembinaan Semula Menentukan amaun rugi yang boleh dihapuskan: a) Meliputi penghapusan baki debit akaun untung rugi. b) Meliputi penghapusan lebihan nilai buku aset kepada nilai boleh realis. c) Meliputi penghapusan nilai buku aset tidak ketara (muhibbah, paten dan lain-lain). d) Membuat peruntukan untuk amaun yang dikenakan seperti perbelanjaan pembinaan semula, dividen saham keutamaan yang perlu dibayar dan lain-lain. Menentukan sesiapa yang akan menanggung kerugian daripada penghapusan amaun kerugian. Ianya akan melibatkan proses tawarmenawar di antara kesemua ahli-ahli dan pemiutang syarikat. Menentukan samaada rancangan yang dicadangkan adil dan saksama terhadap semua pemiutang dan ahli-ahli. Ujian akan dibuat atas dasar pulangan masa depan. Menentukan samaada rancangan ini sesuai dari segi kedudukan kewangan. Ini dilihat melalui samaada amaun modal kerja mencukupi, kedudukan kecairan memuaskan dan sebagainya mesti dipertimbangkan. Penukaran kelas Saham/Syer a) Penukaran kelas mungkin berlaku daripada syer keutamaan kepada syer biasa ATAU daripada syer biasa kepada syer baru. b) Penukaran kelas boleh berlaku daripada penghutang kepada ekuiti/modal. c) Penukaran kelas juga boleh berlaku daripada pemiutang kepada pemegang syer.

2. 3. 4.

3.5

Contoh : 100,000 unit syer biasa @ RM1.00 berjumlah RM100,000 mungkin boleh ditukarkan menjadi 100,000 unit syer biasa @ RM0.50 seunit berjumlah RM50,000. Di dalam penurunan nilai syer, pihak yang terlibat ialah pemegang syer biasa dan pemegang syer keutamaan. Walaubagaimanapun pihak yang merasai penurunan nilai ini ialah pemegang syer biasa. Sebarang tunggakan ke atas dividen syer terutama terkumpul perlu diambilkira dalam pengurangan modal. Syarat-syarat perlaksanaan skim pengurangan modal: i. Penurunan modal boleh dilaksanakan jika diluluskan oleh Tataurusan (Article of Association). ii. Satu resolusi khas untuk melaksanakan skim ini diluluskan dalam mesyuarat agung luar biasa. iii. Mendapat kelulusan mahkamah. iv. Mendapat persetujuan daripada pemiutang dan pemegang debentur untuk mengurangkan modal berkenaan.

3-4

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Keadaan-keadaan di mana skim pengurangan modal ini dilaksanakan: i. Membatalkan/menurunkan liabiliti ahli ke atas syer belum bayar. Keadaan ini tidak melibatkan apa-apa catatan bergu sebaliknya ia hanya perubahan dalam bentuk modal syer, misalnya syer biasa RM1.00 akan menjadi syer biasa RM0.80 setiap satu. ii. Membatalkan modal berbayar yang tidak diwakili oleh aset. iii. Menghapuskan kerugian terkumpul iaitu baki debit dalam Akaun Untung Rugi. Kebaikan sistem pengurangan modal i. Kerugian syarikat akan dihapus kira dan keuntungan selepas skim ini dilaksanakan akan diagihkan kepada pemegang saham. ii. Kunci kira-kira syarikat akan menunjukkan keadaan positif. Dengan ini syarikat akan mendapat pinjaman. 3.6 Catatan jurnal yang berkaitan dalam skim pengurangan modal Dt Akaun modal syer biasa Akaun modal syer terutama Kt Akaun pengurangan modal (merekod nilai yang dikurangkan) Premium syer Kt Pengurangan modal (merekod amaun yang dipindahkan) Akaun pengurangan modal Kt Akaun aset tetap (merekod penilaian semula aset tetap) Akaun pengurangan modal Kt Akaun untung rugi (merekod rugi yang dihapuskan) Akaun pengurangan modal Kt Akaun modal syer(merekod penyelesaian tunggakan dividen kepada pemegang syer terutama)

Dt

Dt

Dt

Dt

Dt

Akaun liabiliti Kt Pengurangan modal (merekod liabiliti yang dihapuskan/dikurangkan)

3-5

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Dt

Akaun pengurangan modal Kt Akaun rezab modal (baki kredit dalam akaun pengurangan modal) Akaun liabiliti Kt Akaun modal syer Akaun premium saham (merekod penyelesaian liabiliti melalui terbitan syer) Akaun pelaburan Kt Akaun pengurangan modal (merekod keuntungan atas jualan pelaburan) Akaun modal syer lama Akaun pengurangan modal Kt Akaun modal syer baru Akaun pengurangan modal (merekod penggantian satu jenis syer dengan jenis syer yang lain)

Dt

Dt

Dt

3-6

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Soalan Latihan Soalan 1Berikut adalah Kunci Kira-kira Syarikat H asrul Sdn Bhd pada 31/12/2005 RM A : set Tanah dan Bangunan Loji dan mesin Stok Penghutang U ntung rugi M uhibbah Royalti 50,000 60,000 60,000 35,000 47,000 20,000 15,000 287,000

Ekuiti Pemilik & Liabiliti Syer biasa @RM 1.00 Syer keutamaan 8% @ RM 1.00 Premium syer Pemiutang Overdraf

200,000 50,000 15,000 12,000 10,000 287,000

Maklumat tambahan: i. Dividen syer keutamaan telah tiga tahun tertunggak. ii. Syarikat telah mendapat kelulusan bagi melaksanakan perubahan struktur kewangan. a. Semua syer terutama diturun nilai kepada RM0.80 sesyer dan diubah menjadi syer keutamaan baru dengan nilai par RM0.80 sesyer. b. Semua syer biasa diturunkan nilai kepada RM0.50 sesyer dan diubah menjadi syer biasa baru dengan nilai tara/par RM0.50 sesyer. c. Baki akaun untung rugi dan semua aset tidak ketara dihapuskira. d. Tanah dan Bangunan dinilai semula menjadi RM35,000 manakala loji dan mesin dinilai semula menjadi RM38,000. e. Dividen tertunggak syer keutamaan diselesaikan dengan terbitan satu unit syer biasa @ RM0.50 bagi setiap RM1.00 dividen tertunggak. f. Sejumlah 50,000 unit syer biasa telah diterbitkan pada nilai RM0.50. g. Premium syer dihapuskan sepenuhnya. Dikehendaki: 1. 2. 3.

Catatan jurnal untuk merekodkan urusniaga di atas. Catatan dalam lejar yang berkenaan. Kunci kira-kira selepas skim pengurangan modal dilaksanakan.

3-7

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Soalan 2 Syarikat Basri Sdn Bhd mengalami kerugian untuk beberapa tahun lepas, baki debit akaun untung rugi bermaksud syarikat tidak mampu membayar apa-apa dividen. Syarikat telah mengadakan mesyuarat khas untuk membuat satu skim pengurangan modal bagi maksud mengurangkan tanggungan syarikat. Maklumat di bawah menunjukkan Kunci Kira-Kira Syarikat Basri Sdn Bhd. sebelum pengurangan modal:Kunci Kira-Kira Syarikat Basri Sdn Bhd. Aset tak nyata: Muhibbah Aset nyata: Harta pegangan bebas Peralatan dan mesin Aset semasa Liabiliti: 10% Debentur Ekuiti: Saham biasa RM1 sesaham Rugi terkumpul RM 95,000 150,000 75,000 10,000 (100,000) 230,000 500,000 (270,000) 230,000

Melalui mesyuarat khas tersebut satu skim pengurangan modal telah diluluskan seperti di bawah: a. Harta pegangan bebas dinilai pada RM170,000. b. Nilai buku peralatan dan mesin dikurangkan kepada RM50,000 dan muhibah dihapuskan keseluruhannya. c. Nilai buku aset semasa dikurangkan sebanyak RM6,000. d. Saham biasa dipersetujui dikurangkan nilainya kepada 20% sesaham. e. Rugi dalam akaun untung rugi dihapuskan keseluruhannya. f. Sebarang baki ke atas akaun pengurangan modal perlu diambil kira sebagai rezab modal (tidak boleh diagihkan). Dikehendaki: 1. Catatan jurnal untuk merekod urusniaga di atas. 2. Akaun Pengurangan Modal. 3. Kunci Kira-Kira selepas pembinaan semula.

3-8

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Soalan 3 Berikut adalah Kunci Kira-Kira Syarikat Masbah Sdn Bhd pada 31 Disember 2005:Aset bukan semasa: Tanah dan bangunan Lekapan dan peralatan Kenderaan Aset semasa: Stok Penghutang Ekuiti dan liabiliti: Modal saham biasa 10% Saham Utama Akaun Untung Rugi (Rugi) 12% pinjaman tidak bercagar Pemiutang Overdraf Bank 800,000 400,000 (938,000) 600,000 200,000 250,000 1,312,000 RM 305,000 430,000 337,000 190,000 50,000 1,312,000

Maklumat Tambahan: Dividen saham keutamaan telah 4 tahun tertunggak. Maklumatmaklumat lain mengenai skim

pengurangan modal: 1. Saham biasa dikurangkan sebanyak RM750,000 dan dinilai taranya menjadi RM0.10 sesaham. 2. Saham utama dikurangkan sebanyak RM350,000 dan bakinya diisu kepada 500,000 unit RM0.10 sesaham saham biasa. 3. Pemegang saham utama bersetuju menerima 160,000 unit saham biasa RM0.10 sesaham sebagai penyelesaian terhadap dividen saham keutamaan yang tertunggak. 4. Pemiutang diganti dengan RM175,000, 9% pinjaman bercagar dan 250,000 unit RM 0.10 sesaham saham biasa. 5. Pinjaman tidak bercagar dihapuskan dan pemilik diberi RM525,000, 9% pinjaman bercagar dan 750,000 unit RM0.10 sesaham saham biasa. 6. Overdraf RM250,000 ditukar kepada pinjaman berbayar 10 tahun bercagar. 7. Rugi dalam akaun untung rugi dihapuskira. 8. Aset dinilai semula seperti berikut: Tanah & Bangunan RM405,000; Lekapan & Peralatan RM280,000; Kenderaan RM306,000; Stok RM175,000; dan Penghutang RM45,000. 9. Kos penyusunan semula (belanja) adalah sebanyak RM21,000. Dikehendaki menyediakan: a) Catatan jurnal yang berkaitan serta akaun pengurangan modal. b) Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2005 selepas skim pengurangan modal dilaksanakan. Soalan 4 Maklumat di bawah menunjukkan Kunci Kira-Kira Syarikat Idris Sdn.Bhd pada 31 Disember 2006.

3-9

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Ekuiti Pemilik : 250,000 saham biasa RM1 sesaham dibayar penuh 250,000 saham utama, 6% @ RM1 sesaham dibayar penuh Akaun Untung Rugi Liabiliti Jangka Panjang : 6% Debentur Aset Tak Nyata : Muhibbah Aset Tetap : Bangunan Mesin Aset Semasa : Stok Penghutang Liabiliti Semasa : Faedah Debentur terakru Pemiutang Overdraf Bank

RM

RM 250,000 250,000 (110,000) 390,000 100,000 490,000 100,000

235,000 165,000 500,000 55,000 35,000

90,000 590,000

12,000 64,000 24,000

100,000 490,000

Maklumat Tambahan:Pengarah Syarikat bercadang membuat rancangan pembinaan semula. Mereka menjangkakan bahawa keuntungan sebanyak RM26,000 setahun dapat diperolehi di masa depan. Skim Dicadangkan: 1. Baki debit Akaun Untung Rugi dan Muhibbah dihapuskan semuanya. 2. Mesin direkod pada nilai boleh realis sebanyak RM130,000; stok pada nilai RM40,000 dan lain-lain aset pada nilai buku masing-masing. 3. Pemegang saham biasa bersetuju nilai tara saham biasa dikurangkan menjadi RM0.50 sesaham dan jumlah unit saham dikurangkan kepada 140,000 unit sahaja. 4. Pemegang debentur bersetuju mengabaikan separuh daripada faedah debentur terakru manakala separuh lagi dibayar dengan saham biasa. 5. Pemegang saham keutamaan juga bersetuju mengabaikan 2/3 dividen terakru tetapi 1/3 lagi dividen terakru dibayar dalam bentuk saham biasa. Pemegang saham keutamaan bersetuju nilai tara saham keutamaan dikurangkan menjadi RM 0.50 unit saham biasa pada nilai tara. 6. Untuk tujuan mendapatkan modal kerja yang mencukupi satu debentur baru yang bernilai RM25,000 7% dicagarkan atas bangunan diterbitkan. 7. Dividen saham utama telah 5 tahun belum dibayar. Anda Dikehendaki: a) Menyediakan catatan jurnal untuk skim pengurangan modal di atas. b) Menyediakan akaun pengurangan modal. c) Menyediakan Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2006 selepas pembinaan semula dilaksanakan.

Soalan 5

3-10

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Maklum at dibaw ah m enunjukkan ringkas an Kunc i Kira-kira Syarikat HNM S dn Bhd pada 31 D is em ber 2006 RM RM Modal Saham yang dibenarkan diterbitkan dan dibayar penuh: 100,000, 6% s aham keutam aan kum ulatif @ R M1.00 s es aham 100,000 150,000 s aham bias a pada R M 1.00 s es aham 150,000 250,000 Untung rugi (98,000) 152,000 7% D ebentur 60,000 212,000 Liabiliti s em as a : Faedah D ebentur 4,200 O verdraf Bank 20,000 Pem iutang 50,000 74,200 286,200 As et : Tanah dan B angunan 34,000 Mes in 96,000 Lekapan dan Lengkapan 27,300 Pelaburan 15,000 172,300 As et S em as a : Stok 42,500 Penghutang 53,400 Belanja pra bayar 18,000 113,900 286,200

Maklumat tambahan:

3-11

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Satu skim penyusunan semula seperti di bawah telah dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat dan diluluskan oleh mahkamah. 1) Saham biasa diturunkan nilainya kepada RM 0.30 sesaham dan saham keutamaan kepada RM0.80 sesaham. Saham modal dibenarkan dinaikkan dengan segera ketingkat yang sebenar. 2) Aset-aset di bawah telah dinilai semula seperti berikut: RM Mesin 74,800 Lekapan dan kelengkapan 20,300 Stok 38,500 Penghutang 48,700 3) Belanja pra bayar dan baki akaun untung rugi dihapuskira. 4) Sebidang tanah pada nilai buku RM 6,000 dinilai pada harga RM14,000 diambil alih oleh pemegang debentur sebagai sebahagian pembayaran asas debentur. Tanah dan bangunan yang tinggal dinilai semula pada RM40,000. 5) Faedah debentur juga dibayar sepenuhnya. 6) Pemiutang kepada sejumlah RM22,000 dan bersetuju menerima pembayaran segera sebanyak RM0.80 untuk setiap RM1.00 yang dihutang. 7) Pelaburan dinilai pada harga RM22,000 dan bersetuju diambil alih oleh pihak bank. 8) Pemegang saham biasa bersetuju untuk mencarum sebanyak 2 unit saham biasa yang baru pada nilai par untuk setiap satu unit pegangan saham biasa mereka, pembayaran dari terbitan tersebut diterima secara tunai sepenuhnya. 9) Kos untuk skim pembinaan semula tersebut ialah sebanyak RM3,500 dan di bayar sepenuhnya. Anda dikehendaki untuk menyediakan: a) Catatan jurnal untuk merekod pengurangan modal tersebut. b) Akaun pengurangan modal. c) Kunci Kira-kira untuk syarikat HNM Sdn Bhd selepas pengurangan modal dilaksanakan.

Soalan 6

3-12

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Pada 31 Mac 2002, Kunci Kira-kira AHS Bhd menunjukkan kedudukan kewangan seperti berikut:A Tetap set Loji dan M esin (pada kos) Lengkapan dan lengkapan (pada kos) A Tak Terny set ata M uhibbah A Sem set asa Stok Penghutang Liabiliti Sem asa Pemiutang Overdraf Bank Modal SahamDibenarkan 50,000 Saham Keutamaan 7% RM1.00 sesaham 70,000 Saham Biasa RM0.50 sesaham Modal SahamDiterbitkan 50,000 Saham Keutamaan 7% RM1.00 sesaham 400,000 Saham Biasa RM0.50 sesaham Rezab M odal U ntung Rugi 56,950 21,750 78,700 10,600 14,200 A Bhd HS Kunci Kira-kira pada 31 mac 2002 RM RM RM 71,600 4,200 75,000

(24,800)

53,900 204,700

50,000 350,000 400,000 50,000 200,000 250,000 16,000 (61,300) 204,700

Berikut adalah skim pengurangan modal yang dibenarkan oleh mahkamah dan dipersetujui oleh pemegang saham: 1. Saham keutamaan dan saham biasa akan dikurangkan kepada RM0.75 dan RM0.20 setiap satu. 2. Kedua-dua jenis saham yang dikurangkan itu akan digabungkan sebagai saham biasa baru RM1.00 setiap satu saham. 3. Rezab modal dan akaun untung rugi akan dihapuskira. 4. 8% Debentur pada nilai par bernilai RM50,000 diisukan dalam menyediakan kerja modal baru. 5. Aset tetap dan aset tak nyata akan dikurangkan kepada: a) Loji dan mesin RM56,600 b) Lengkapan dan lengkapan RM 2,000 c) Muhibbah RM 5,000 6. Overdraf bank dibiayai sepenuhnya melalui penerbitan 8% Debentur yang diisukan dan dibayar penuh. 7. Resolusi yang baru menyatakan modal saham dibenarkan hanya 400,000 saham biasa RM1.00 sesaham sahaja. Anda dikehendaki menyediakan: a) Catatan Jurnal untuk merekod penyusunan modal tersebut. b) Kunci Kira-kira sebaik sahaja penyusunan semula modal dilaksanakan. Soalan 7

3-13

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan SemulaKunci Kira-Kira berikut adalah Kunci Kira-Kira Bie Sdn Bhd pada 31 Disember 2005

Debit A set : Tanah Loji Stok Penghutang Belanja Pembangunan Bank Rugi Ekuiti Pemilik dan Liabiliti: 150,000 unit 6% syer utama @ RM1 300,000 unit syer biasa @ RM1 Pemiutang 60,000 210,000 64,000 70,000 75,000 6,000 85,000 570,000

Kredit

150,000 300,000 120,000 570,000

Maklumat tambahan: Satu skim pengurangan modal telah mendapat kelulusan semua pihak tertakluk pada syarat-syarat berikut: 1) Syer utama dikurangkan kepada RM0.75 seunit dan kemudian ditukar menjadi syer utama baru bernilai RM0.75 seunit. 2) Syer biasa dikurangkan sebanyak RM0.90 seunit dan kemudian ditukarkan kepada syer biasa baru bernilai RM0.10 seunit. 3) Rugi dan belanja pembangunan dihapuskan. Baki yang tinggal akan digunakan untuk menghapuskan nilai buku loji. Dikehendaki menyediakan: 1. Catatan jurnal untuk merekod urusniaga di atas. 2. Akaun pengurangan modal. 3. Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2005 selepas skim pengurangan modal dilaksanakan.

Soalan 8

3-14

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Maigoh Sdn Bhd yang menghadapi masalah dalam perniagaan membuat keputusan untuk melaksanakan skim penstrukturan semula dalaman. Berikut adalah imbangan duga Maigoh Sdn Bhd pada 31 Disember 2005.Debit (RM) Modal Diterbitkan : 10% saham utama @ RM1 Saham biasa @ RM1 Premium Debentur 10% Pemiutang Overdraf Muhibbah Belanja Penubuhan Kos Penyelidikan dan Pembangunan Akaun Untung Rugi (Rugi terkumpul) Loji dan Mesin (Nilai Buku) Perabot (Nilai Buku) Stok Penghutang Tunai Kredit (RM) 150,000 1,500,000 300,000 225,000 150,000 31,500 180,000 7,500 45,000 1,200,000 420,000 210,000 180,000 112,500 1,500 2,356,500

2,356,500

Nota : Dividen saham utama telah tiga ( 3 ) tahun tertunggak. Skim yang berikut ini telah mendapat kelulusan dari mahkamah: 1. Saham utama akan dikurangkan sebanyak 0.30 sen setiap satu dan saham biasa akan dikurangkan sebanyak 0.80 sen setiap satu. Pemegang saham utama bersetuju menerima satu saham biasa untuk setiap RM1.00 dividen keutamaan yang tertunggak bagi tujuan penyelesaian penuh dividen tersebut. 2. Untuk menghapuskan muhibbah, belanja penubuhan, kos penyelidikan dan pembangunan, akaun untung rugi, RM 3,000 daripada penghutang dan RM30,000 daripada stok. 3. Premium saham akan digunakan untuk tujuan skim ini. 4. Pemegang debentur bersetuju untuk menerima RM150,000 debentur 12% dan 375,000 unit saham biasa bagi menukar RM 225,000 debentur 10%. 5. Kos penstrukturan semula adalah RM3,000. 6. Apa-apa baki yang tinggal akaun pengurangan modal akan digunakan untuk mengurangkan nilai loji dan mesin. 7. Modal dibenarkan akan dikembalikan kepada jumlah asal. Dikehendaki menyediakan: a) Akaun pengurangan modal, Akaun modal syer biasa, Akaun modal syer keutamaan dan Akaun Debentur. b) Kunci Kira-kira selepas skim penstrukturan semula dilaksanakan. Soalan 9

3-15

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Berikut adalah Lembaran Imbangan bagi Sulaman Sdn. Bhd. pada 31 Disember 2006: Sulaman Sdn. Bhd. Lembaran Imbangan Pada 31 Disember 2006 Aset Bukan Semasa RM RM Hartanah, Peralatan & Jentera: Tanah dan Bangunan 350,000 Peralatan 80,000 430,000 Muhibbah 15,000 445,000 Aset Semasa Inventori 31,000 Penghutang 15,000 Bank 10,000 Liabiliti Semasa Pemiutang Aset Semasa Bersih Dibiayai oleh: Modal Dibenarkan: 600,000 3% Saham Terutama @ RM1.00 sesaham 800,000 Saham Biasa @ RM1.00 sesaham Modal Diterbit dan Dibayar penuh: 200,000 3% Saham Terutama @ RM1.00 sesaham 500,000 Saham Biasa @ RM1.00 sesaham Rezab Hasil Rezab Modal (35,000) 21,000 466,000 600,000 800,000 1,400,000 200,000 500,000 700,000 (270,000) 36,000 466,000

Terdapat dividen tertunggak untuk saham terutama selama 4 tahun. Satu rancangan pengurangan modal telah diluluskan oleh mahkamah dan para pemegang saham Sulaman Sdn. Bhd. Rancangan ini adalah untuk memulihkan kedudukan kewangan syarikat. Berikut adalah perkara-perkara yang telah dipersetujui: 1. 3% Saham Terutama akan dikurangkan kepada RM0.65 sesaham. 2. Saham Biasa akan dikurangkan kepada RM0.70 sesaham. 3. Aset-aset dinilaikan semula pada nilai berikut: (i) Tanah dan Bangunan RM353,800; (ii) Peralatan RM119,000; (iii) Inventori RM30,000; dan (iv) Penghutang RM12,000. 4. Muhibbah, Rezab Hasil dan Rezab Modal akan dihapuskan. 5. Pemiutang bersetuju untuk menerima 40,000 unit saham biasa pada RM0.70 sesaham bagi penyelesaian semua hutang. 6. Pemegang saham terutama bersetuju menerima 1 unit saham biasa bagi setiap RM1.00 dividen yang tertunggak. 7. Satu resolusi telah diluluskan seperti berikut: i) 600,000 3% Saham Terutama @ RM0.65 sesaham. ii) 800,000 Saham Biasa @ RM0.70 sesaham. Anda dikehendaki menyediakan: a. Catatan Jurnal bagi merekod urusniaga mengikut rancangan pengurangan modal. b. Akaun Pengurangan Modal. c. Lembaran Imbangan Selepas Rancangan Pengurangan Modal pada 31 Disember 2006.

Soalan 10

3-16

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Lembaga Pengarah Teruntum Bhd mencadangkan satu skim pengurangan modal untuk membina semula struktur kewangan syarikat. Berikut ialah Kunci Kira-kira syarikat pada 31 Disember 2006. Syarikat Teruntum Bhd Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2006 Debit (RM) 130,000 Saham biasa @ RM1.00 85,000 8% Saham utama @ RM1.00 (48,000) Akaun untung rugi (rugi) 42,000 Overdraf bank 31,000 Pemiutang 15,000 255,000 Maklumat tambahan: a) Nilai saham biasa dikurangkan sebanyak RM0.50 sesaham dan ditukar menjadi saham biasa baru dengan nilai tara RM0.50 sesaham. b) Nilai saham utama dikurangkan kepada RM0.80 sesaham dan ditukar menjadi saham utama baru dengan nilai tara RM0.80 sesaham. c) Nilai tanah dan bangunan diturunkan sebanyak RM20,000. d) Stok usang bernilai RM12,000 dihapuskan. e) Peruntukan susutnilai ditambah sebanyak RM8,000. f) Muhibbah dan akaun untung rugi dihapuskan. g) Dividen tertunggak saham utama selama 4 tahun. Pemegang saham utama sanggup menerima16,000 unit saham biasa sebagai penyelesaian penuh untuk dividen yang tertunggak. Dikehendaki: 1. Catatan jurnal untuk merekodkan urusniaga di atas. 2. Akaun Pengurangan Modal. 3. Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2006 (selepas skim dilaksanakan). Kredit (RM) 200,000 50,000 (38,000 ) 15,000 28,000 255,000

Tanah dan bangunan Kenderaan (-) PSN Kenderaan Inventori Penghutang Muhibbah

Soalan 11

3-17

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Syarikat Mudahcair Bhd telah mengalami masalah kewangan sejak beberapa tahun lepas. Berikut ialah Imbangan Duga bagi Syarikat Mudahcair Bhd pada 31 Januari 2005: Debit (RM) 183,246 10,754 60,000 27,000 120,247 70,692 39,821 511,760 Maklumat tambahan: 1. Modal dibenarkan adalah terdiri daripada 200,000 saham biasa @ RM1.00 dan 100,000, 5% saham utama @ RM1.00. 2. Sewaktu mesyuarat antara pengarah dan pemegang saham, satu skim pengurangan modal telah dipersetujui bersama dan setelah mendapat kelulusan pihak berkuasa. Di bawah ini adalah perkara-perkara yang terkandung di dalam skim tersebut: a. 70,000, 5% saham utama akan ditukar menjadi saham baru iaitu 35,000, 8% saham utama dengan nilai tara RM1.00 setiap satu dan 140,000 saham biasa dengan nilai tara RM0.25 setiap satu. b. Saham biasa akan dikurangkan nilai tara dari RM1.00 sesaham menjadi RM0.25 sesaham dan ditawarkan sebagai saham baru bernilai RM0.30 sesaham dengan asas satu saham kepada satu saham baru. c. Pemegang debentur akan menerima 20,000 saham biasa RM0.25 sesaham sebagai penjelasan kepada faedah debentur. Kadar faedah akan dinaikkan kepada 9%. RM9,000 dari 9% Debentur yang akan diambilalih oleh pemegang saham pada nilai RM90 untuk setiap RM100 bagi menyelesaikan sebahagian dari Debentur. d. RM6,000 dari pinjaman pengarah akan dihapuskan. Bakinya akan diselesaikan dengan saham biasa yang diterbitkan dan dibayar penuh. e. Muhibbah dan untung rugi (rugi) akan dihapuskan. f. Pelaburan akan dijual pada nilai pasaran semasa iaitu RM60,000. g. Overdraf bank akan dibayar balik. h. RM46,000 akan dibayar kepada pemiutang dan bakinya akan dijelaskan secara ansuran pada setiap 3 bulan mulai 30 April 2005. i. 10% dari penghutang akan dihapuskan. j. Aset tetap yang selebihnya telah dinilaikan semula seperti berikut: i. Tanah dan bangunan RM170,000 ii. Lekapan dan lengkapan RM 10,000 iii. Inventori RM 50,000 Dikehendaki: 1. Catatan jurnal untuk merekod semua urusniaga di atas. 2. Akaun Pengurangan Modal. 3. Kunci Kira-kira pada 31 Januari 2005 selepas skim pengurangan modal ini berkuatkuasa. Soalan 12 Kredit (RM) 200,000 70,000 80,000 12,800 96,247 16,000 36,713 511,760

Tanah dan bangunan Lekapan dan lengkapan Muhibbah Pelaburan Inventori Penghutang Akaun Untung Rugi (Rugi)

Saham biasa @ RM1.00 5% Saham utama @ RM1.00 8% Debentur Faedah debentur terakru Pemiutang Pinjaman dari pengarah Overdraf bank

3-18

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Berikut adalah Lembaran Imbangan bagi Syarikat Semput Semput Sdn Bhd pada 31 Dis 2006. Debit (RM) Aset tetap: Tanah dan bangunan Peralatan Kenderaan Perabot Aset semasa: Inventori Penghutang Aset tak nyata: Muhibbah Paten Dibiayai oleh: 175,000 Modal dibenarkan: 114,000 200,000 syer terutama 4%@RM1.00 95,400 600,000 syer biasa @ RM1.20 46,000 Modal diterbitkan: 136,600 100,000 syer terutama 4%@RM1.00 75,000 450,000 syer biasa @ RM1.20 Akaun untung rugi 24,000 Premium syer 38,000 Liabiliti: Pinjaman pengarah Pemiutang Overdraf bank 704,000 Kredit (RM) 200,000 720,000 920,000 100,000 540,000 (185,000) 42,000 60,000 115,000 32,000 704,000

Berikut adalah skim penyusunan semula modal yang telah mendapat kelulusan dari pemegang syer dan juga pihak mahkamah: a) Syer terutama akan dikurangkan nilainya sebanyak RM0.25 seunit dan syer biasa dikurangkan sebanyak RM0.70 seunit. Kedua-dua kelas syer ini kemudian digabungkan dan ditukar menjadi syer biasa baru bernilai RM1.00 seunit. b) Akaun premium syer dan untung rugi hendaklah dihapuskan sepenuhnya. c) Overdraf bank akan dibayar dengan menerbitkan Debentur 5% kepada bank. d) Pemiutang yang berjumlah RM80,000 bersetuju menerima syer biasa @ RM1.00 seunit dengan nisbah 4 unit bagi setiap RM5.00 yang terhutang oleh syarikat. Baki yang ada akan dijelaskan dengan tunai. e) Pengarah bersetuju untuk menerima 4 unit syer @ RM1.00 seunit bagi setiap RM5.00 yang terhutang. f) Aset tak nyata dihapuskan sepenuhnya. g) Aset tetap telah dinilai semula seperti berikut: Tanah dan bangunan RM205,000; Peralatan RM75,000; Kenderaan RM50,000; Perabot RM26,000. h) Inventori dinilai semula dengan nilai RM112,000 dan 10% daripada penghutang hendaklah dihapuskan. i) Pemegang syer terutama juga bersetuju menerima 2 unit syer biasa @ RM1.00 seunit bagi setiap RM5.00 dividen tertunggak. Dividen syer terutama telah tertunggak selama 4 tahun. j) Bagi membaiki aliran tunai, semua pemilik syer biasa bersetuju melanggan syer biasa @ RM1.00 seunit dengan nisbah 2 unit bagi setiap 5 unit syer yang dipegang selepas skim di atas dan berbayar penuh. k) Kos bagi membiayai skim ini berjumlah RM12,000. l) Syarikat juga telah mendapat kelulusan untuk meningkatkan modal syer biasa dibenarkan sebanyak 800,000 unit @ RM1.00 seunit sebagai ganti kepada modal dibenarkan sedia ada.

Dikehendaki: 1. Catatan jurnal untuk merekod pelarasan di atas.

3-19

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

2. Menyediakan Lembaran Imbangan bagi Syarikat Semput Semput Sdn Bhd selepas skim penyusunan semula dibuat.

Soalan 13Syarikat Hampas Sdn Bhd Lembaran Imbangan pada 31 Disember 2005 RM Ekuiti Pemilik dan Liabiliti Jangka Panjang: 500,000 Saham Biasa @ RM1.00 (nilai par RM1.00 dipanggil RM0.80) 250,000 8% Saham Keutamaan @ RM1.00 Akaun Untung Rugi Pinjaman Pengarah 400,000 250,000 (195,000) 125,000 580,000 ======= Aset Tetap: Tanah Kenderaan Mesin Aset Tak Nyata: Aset Semasa: Penghutang Inventori Tolak Liabiliti Semasa: Overdraf bank Pemiutang (25,000) (40,000) 10,000 580,000 ======= 50,000 25,000 75,000 Muhibbah 105,000 150,000 250,000 505,000 65,000 RM

Syarikat Hampas Sdn Bhd mengalami kerugian 5 tahun berturut-turut. Oleh itu pengarah syarikat telah memutuskan untuk membuat penstrukturan semula dan telah mendapat persetujuan semua pihak. Kedudukan Lembaran Imbangan sebelum penstrukturan semula pada 31 Disember 2005 ditunjukkan seperti di atas.

3-20

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Skim Pengurangan Modal yang telah dipersetujui oleh semua pihak: 1. Saham Biasa yang belum dipanggil sebanyak RM0.20 sesaham telah dipanggil kesemuanya dan tunai diterima. 2. Pemegang saham biasa bersetuju untuk mengurangkan tuntutan di mana setiap 2 unit saham yang dipegang akan menjadi 1 unit saham biasa RM1.00 sesaham sahaja. Pemegang saham keutamaan pula bersetuju ditukarkan dengan saham biasa RM1.00 sesaham dengan nisbah 1 unit saham biasa untuk setiap 2 unit saham keutamaan yang dipegang. 3. Pemiutang yang berjumlah RM20,000 akan dibayar dengan 20,000 unit saham biasa RM1.00 sesaham. 4. Sebidang tanah syarikat pada nilai buku RM50,000 dinilai semula pada harga RM75,000 akan diambil alih oleh pengarah sebagai asas pembayaran pinjaman pengarah manakala selebihnya pinjaman pengarah dibayar tunai. Baki tanah syarikat yang masih ada dinilai semula pada harga RM110,000. 5. Aset-aset tetap dinilai semula seperti di bawah: Kenderaan Mesin RM75,000 RM200,000

6. Aset tak nyata dan akaun untung rugi dihapuskira sepenuhnya. 7. Rekod syarikat menunjukkan inventori usang sebanyak RM2,500 dan hutang lapuk sebanyak RM12,500 yang perlu dihapuskan. 8. Syarikat bersetuju untuk menerbitkan sebanyak 50,000 unit saham biasa RM1.20 sesaham kepada awam dan diterima tunai sepenuhnya. Dikehendaki menyediakan: a. Catatan jurnal untuk merekodkan urusniaga skim pengurangan modal di atas. b. Akaun Pengurangan Modal, Akaun Bank dan Akaun Modal Saham Biasa selepas mengambilkira skim tersebut.

3-21

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

Soalan 14 LMN Bhd telah lama beroperasi dan mengalami kerugian untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Berikut adalah Lembaran Imbangan LMN Bhd pada 31.12.2007: LMN Bhd Lembaran Imbangan pada 31.12.2007 RM Aset bukan semasa (nilai bersih): Tanah milik bebas Bangunan Lekapan dan lengkapan Kenderaan Pelaburan Aset semasa: Inventori Penghutang Dibiayai oleh: MODAL DIBENARKAN, DITERBITKAN DAN DIBAYAR PENUH: 400,000 Modal saham biasa @ RM1.00 seunit 100,000 6% Modal saham utama @ RM1.00 seunit Akaun Untung Rugi Liabiliti bukan semasa: 8% Debentur Liabiliti semasa: Pemiutang Overdraf bank Faedah debentur terakru 90,000 77,000 8,000 210,000 80,000 75,000 82,000 45,000 67,000 58,000 RM

492,000

125,000 617,000

400,000 100,000

500,000 (158,000) 100,000

175,000 617,000

Lembaga Pengarah telah bercadang untuk menyusun semula stuktur syarikat ini. Satu skim penyusunan semula dibentuk untuk pihak-pihak yang berkepentingan. Selepas mendapat persetujuan daripada pihak-pihak ini, skim ini telah mendapatkan kelulusan mahkamah. Berikut adalah beberapa skim yang telah dipersetujui: i. Modal saham biasa dikurangkan nilai sebanyak RM0.40 seunit dan kemudiannya ditukarkan menjadi modal saham biasa yang baru dengan nilai nominal sebanyak RM1.00 seunit. Pemegang modal saham utama bersetuju untuk menerima 90,000 unit modal saham biasa yang bernilai RM1.00 sebagai pertukaran dengan saham keutamaan sedia ada.

ii.

3-22

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

iii.

Dividen ke atas modal saham utama telah tertunggak untuk tiga tahun. Sebagai ganti, pemegang saham utama bersetuju menerima 3 unit modal saham biasa bagi setiap RM5.00 dividen tertunggak. Kenderaan dengan nilai bersih RM50,000 telah dijual, dengan kerugian sebanyak RM10,000. Hasil jualan kenderaan digunakan sebagai pembayaran sebahagian pemiutang. Bagi pemiutang yang belum dijelaskan, mereka bersetuju menerima modal saham biasa yang bernilai RM1.00 sebagai ganti. Faedah debentur yang terakru dijelaskan. 40% daripada debentur yang sedia ada akan ditukar kepada 10% Debentur yang baru. Baki debentur yang tinggal akan ditukarkan kepada modal saham biasa yang bernilai RM1.00 seunit. Penilaian semula telah dibuat untuk aset bukan semasa seperti berikut: a. Tanah milik bebas b. Bangunan c. Lekapan dan lengkapan RM300,000 RM 60,000 RM 58,000

iv.

v.

vi.

vii. viii.

Pelaburan bukan semasa dijual dan mendapat keuntungan sebanyak RM32,000. Tunai yang diterima digunakan untuk menjelaskan baki overdraf bank. Akaun Untung Rugi dihapuskira.

Dikehendaki: a) Catatan jurnal bagi merekod semua urusniaga di atas. (keterangan tidak diperlukan) (15 markah) b) Lembaran Imbangan yang baru selepas selesai skim penyusunan semula di atas. (10 markah)

3-23

P5201 Perakaunan Kewangan 4 Topik 3 : Perubahan Dalam Struktur Modal dan Pembinaan Semula

3-24