pengurangan jangkitan hiv melalui kerja capaian luar

3
APA ITU KERJA CAPAIAN LUAR? Kerja capaian luar bertujuan menghubungi pengguna atau pengambil dadah dalam komuniti tempat tinggal mereka yang juga menjadi tempat mereka berkumpul serta meng- guna (mengambil) dadah, dan seterusnya menyebarkan maklumat dan pengetahuan tentang langkah-langkah pen- gurangan risiko jangkitan HIV akibat amalan berkongsi alatan suntikan seperti jarum dan picagari serta melakukan hubungan seks. Kerja capaian luar juga bertujuan mence- gah kesan kesihatan dan kesan sosial yang negatif (buruk) akibat pengambilan atau penyalahgunaan dadah. Lazim- nya, pekerja capaian luar memberikan maklumat tentang cara-cara mengurangkan risiko dan mengedarkan barang komoditi seperti jarum dan picagari yang bersih (steril), peluntur dan kondom kepada pengguna dadah. Di samp- ing itu mereka juga, jika ada, akan memaklumkan peluang- peluang rujukan kepada pengguna dadah untuk mendapat khidmat rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah, termasuk rawatan penggantian, dan khidmat-khidmat lain seperti mengumpul kembali alatan suntikan yang sudah pakai, rawatan dan penjagaan bengkak yang bernanah, ujian dan kaunseling HIV dan rawatan jangkitan hubungan seks. Kerja-kerja capaian luar berbeza dari segi komponen dan perkhidmatan yang diberi. Contoh-contoh adalah seperti berikut: Jenis pekerja yang melakukan kerja capaian luar, misalnya, bekas atau pengguna dadah semasa, indi- vidu bukan pengambil dadah, sukarelawan, pekerja sosial dan pakar-pakar kesihatan yang profesional. Subkelompok pengguna dadah yang ingin dicapai (melalui interaksi dan komunikasi), mis- alnya, pengguna dadah secara suntikan, bekas peng- guna dadah yan g tamat rawatan pemulihan pen- yalagunaan dadah, pengambil dadah khusus (seperti heroin dan dadah yang mengandungi candu, kokain, ampetamin), jaringan pengguna dadah secara sun- Bukti-bukti bagi mengambil tindakan terhadap HIV/AIDS dan penggunaan dadah secara suntikan RINGKASAN POLISI: PENGURANGAN JANGKITAN HIV MELALUI KERJA CAPAIAN LUAR MUKADIMAH D i kebanyakan negara, pengguna dadah secara suntikan sukar mendapat perkhidmatan rawatan pemulihan penagihan dadah mankala pencegahan jangkitan HIV/AIDS serta penjagaan pesakit HIV/AIDS pula adalah terhad. Tambahan lagi, pengguna (pengambil) dan penagih dadah biasanya diketepikan atau tersingkir daripada masyarakat dan komuniti setempat, dan mereka sentiasa berusaha mengelakkan diri atau bersembunyi daripada pengetahuan pihak berkuasa khususnya agensi pelaksanaan undang-undang. Mereka juga sering mengelak daripada mendapat perkhidmatan rawatan institusi kerajaan atau badan-badan sukarela yang lain, justeru kerana sama ada mereka takut didaftar sebagai penagih dadah haram lantas akan didakwa, ataupun mereka beranggapan rawatan pemulihan penagihan dadah yang disediakan itu tidak memenuhi keperluan masing-masing. Oleh yang demikian, pengguna dadah yang sepatutnya boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan pencegahan HIV/AIDS dan rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah seringkali menjadi golongan yang paling tidak berkemungkinan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Oleh kerana sebab inilah, program-program pencegahan HIV/AIDS telah mengalami perubahan ketara semenjak dua dekad yang lalu: daripada menunggu pengguna dadah secara suntikan datang sendiri ke pusat-pusat kesihatan dan institusi sosial, sebagai ganti kini program-program baru memberi khidmat kepada golongan tersebut di tempat tinggal mereka dan di mana mereka biasa berkumpul untuk menggunakan dadah. Demi menjayakan program-program berkenaan, komponen capaian luar yang kukuh amat perlu, yang mencakupi pelbagai pendekatan. WHO/HIV/2004.02

Upload: vuongnguyet

Post on 23-Jan-2017

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengurangan jangkitan hiv melalui kerja capaian luar

APA ITU KERJA CAPAIAN LUAR? Kerja capaian luar bertujuan menghubungi pengguna atau pengambil dadah dalam komuniti tempat tinggal mereka yang juga menjadi tempat mereka berkumpul serta meng-guna (mengambil) dadah, dan seterusnya menyebarkan maklumat dan pengetahuan tentang langkah-langkah pen-gurangan risiko jangkitan HIV akibat amalan berkongsi alatan suntikan seperti jarum dan picagari serta melakukan hubungan seks. Kerja capaian luar juga bertujuan mence-gah kesan kesihatan dan kesan sosial yang negatif (buruk) akibat pengambilan atau penyalahgunaan dadah. Lazim-nya, pekerja capaian luar memberikan maklumat tentang cara-cara mengurangkan risiko dan mengedarkan barang komoditi seperti jarum dan picagari yang bersih (steril), peluntur dan kondom kepada pengguna dadah. Di samp-ing itu mereka juga, jika ada, akan memaklumkan peluang-peluang rujukan kepada pengguna dadah untuk mendapat khidmat rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah,

termasuk rawatan penggantian, dan khidmat-khidmat lain seperti mengumpul kembali alatan suntikan yang sudah pakai, rawatan dan penjagaan bengkak yang bernanah, ujian dan kaunseling HIV dan rawatan jangkitan hubungan seks. Kerja-kerja capaian luar berbeza dari segi komponen dan perkhidmatan yang diberi. Contoh-contoh adalah seperti berikut:

◗ Jenis pekerja yang melakukan kerja capaian luar, misalnya, bekas atau pengguna dadah semasa, indi-vidu bukan pengambil dadah, sukarelawan, pekerja sosial dan pakar-pakar kesihatan yang profesional.

◗ Subkelompok pengguna dadah yang ingin dicapai (melalui interaksi dan komunikasi), mis-alnya, pengguna dadah secara suntikan, bekas peng-guna dadah yan g tamat rawatan pemulihan pen-yalagunaan dadah, pengambil dadah khusus (seperti heroin dan dadah yang mengandungi candu, kokain, ampetamin), jaringan pengguna dadah secara sun-

Bukti-bukti bagi mengambil tindakan terhadap HIV/AIDS dan

penggunaan dadah secara suntikan

RINGKASAN POLISI: PENGURANGAN JANGKITAN HIV MELALUI KERJA CAPAIAN LUAR

MUKADIMAH

Di kebanyakan negara, pengguna dadah secara suntikan sukar mendapat perkhidmatan rawatan pemulihan penagihan dadah mankala pencegahan jangkitan HIV/AIDS serta penjagaan pesakit HIV/AIDS pula adalah terhad. Tambahan lagi, pengguna (pengambil) dan

penagih dadah biasanya diketepikan atau tersingkir daripada masyarakat dan komuniti setempat, dan mereka sentiasa berusaha mengelakkan diri atau bersembunyi daripada pengetahuan pihak berkuasa khususnya agensi pelaksanaan undang-undang. Mereka juga sering mengelak daripada mendapat perkhidmatan rawatan institusi kerajaan atau badan-badan sukarela yang lain, justeru kerana sama ada mereka takut didaftar sebagai penagih dadah haram lantas akan didakwa, ataupun mereka beranggapan rawatan pemulihan penagihan dadah yang disediakan itu tidak memenuhi keperluan masing-masing. Oleh yang demikian, pengguna dadah yang sepatutnya boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan pencegahan HIV/AIDS dan rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah seringkali menjadi golongan yang paling tidak berkemungkinan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Oleh kerana sebab inilah, program-program pencegahan HIV/AIDS telah mengalami perubahan ketara semenjak dua dekad yang lalu: daripada menunggu pengguna dadah secara suntikan datang sendiri ke pusat-pusat kesihatan dan institusi sosial, sebagai ganti kini program-program baru memberi khidmat kepada golongan tersebut di tempat tinggal mereka dan di mana mereka biasa berkumpul untuk menggunakan dadah. Demi menjayakan program-program berkenaan, komponen capaian luar yang kukuh amat perlu, yang mencakupi pelbagai pendekatan.

WHO/HIV/2004.02

Page 2: pengurangan jangkitan hiv melalui kerja capaian luar

tikan, pengguna dadah wanita, penghuni penjara dan mereka yang baru keluar penjara, pekerja seks yang menyuntik dadah, pengguna dadah yang hidup den-gan HIV/AIDS, kanak-kanak terbiar yang terlibat dalam pelakuan berisiko tinggi dan terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan berbahaya, dan pengguna dadah kumpulan etnik minoriti.

◗ Tempat-tempat di mana kerja capaian luar boleh dilakukan, seperti jalan raya, lorong-lorong, bar, galeri menembak, stesen kereta api, lebuh raya, kaki lima gedung beli-belah, pasar, kawasan setinggan, sarang-sarang pengguna dadah yang lazim.

◗ Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan untuk pengguna dadah, misalnya maklumat tentang pengurangan risiko (interaksi semuka, bahan bertu-lis) kondom, peluntur, jarum dan picagari yang ber-sih, air steril dan kapas kesat beralkohol, pengutipan alatan suntikan yang sudah pakai, rujukan kepada rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah, pengurusan serta penjagaan bengkak yang bernanah, ujian dan kaunseling HIV, rawatan bagi jangkitan hubungan seks, rawatan bagi penyakit yang berkai-tan dengan jangkitan HIV/AIDS, dan, kadang kala tempat perlindungan serta makanan.

◗ Jenis organisasi, misalnya badan-badan kerajaan, organisasi bukan kerajaan, pertubuhan pengguna dadah dan organisasi membantu diri dan inisiatif-inisiatif yang ada hubungan dengan institusi sedia ada (seperti khidmat rawatan pemulihan dadah) yang mungkin bersifat bergerak ataupun berdiri sendiri.

Keberkesanan campur tangan kerja capai luar sebahagian besarnya bergantung pada kemahiran pekerja-pekerja capa-ian luar serta kesesuaian dan betapa komprehensif (menye-luruh) segala perkhidmatan yang disediakan.

BUKTI-BUKTI WHO telah menjalankan kajian semula program-program dan bahan cetak antarabangsa tentang keberkesanan rancan-gan pencegahan jangkitan HIV/AIDS di kalangan pengam-bil/pengguna dadah (layari laman web: www.who.int/hiv/pub/prevcare/idu/en).

Bukti-bukti yang terkumpul hasil daripada lebih 15 tahun penyelidikan dan penilaian yang merangkumi pelbagi jenis rekabentuk kajian di negara-negara berlainan dengan latar belakang yang berbeza jelas menunjukkan bahawa campur tangan kerja capaian luar berkesan dari segi menghubungi pengguna dadah secara suntikan yang tidak menjalani apa-apa bentuk rawatan serta merupakan cara berkesan bagi mendorong perubahan tingkah laku. Tambahan pula, pro-gram-program kerja capaian luar boleh mengukuhkan lagi perkhidmatan mencegah jangkitan HIV/AIDS yang

disediakan bagi pengguna dadah yang sedang menjalani rawatan. Khususnya, hasil-hasil penyelidikan memperli-hatkan kesan-kesan signifikan dan menggalakkan selepas program-program campur tangan dilaksanakan; seperti berikut:

◗ penggunaan dadah secara suntikan berhenti dengan banyak; kekerapan suntikan semakin menurun dan perbuatan berkongsi alatan suntikan berkurangan, lantas mengurangkan risiko jangkitan HIV, sekali-pun program-program berkenaan tidak menyediakan alatan suntikan bersih (steril) kepada pengguna dadah;

◗ semakin meluas penggunaan jarum bersih (steril) dan kondom;

◗ semakin ramai pengguna dadah yang menda-patkan rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah, termasuk rawatan penggantian.

Justeru 10 daripada 11 kajian menunjukkan kesan positif program kerja capaian luar yang berhubung rapat dengan tindakan berhenti mengambil dadah secara suntikan, 17 daripada 18 kajian mendapati kesan-kesan positif berkait dengan pengurangan kekerapan suntikan, manakala 18 daripada 22 kajian pula mendapati kesan positif dari segi mengurangkan perkongsian jarum dan picagari. Bukti-bukti yang menunjukkan pertambahan penggunaan jarum bersih, penyertaan ke dalam rawatan pemulihan pergan-tungan kepada dadah, dan penggunaan kondom yang lebih meluas, diperlihatkan dalam 11 daripada 17 kajian, 7 dari-pada 8 kajian dan 18 daripada 21 kajian masing-masing.[1] Beberapa pemerhatian berikut juga didapati:

◗ Perkhidmatan seperti ujian dan kaunseling HIV atau rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah, menjadi lebih berkesan apabila dijalankan di tempat-tempat yang ada kerja capaian luar

◗ Program-program yang menyediakan perkhidma-tan pengangkutan bagi pengguna dadah membole-hkan lebih ramai di kalangan mereka yang menik-mati faedah program-program berkaitan. Sebagai contoh, unit-unit bergerak yang menyediakan khidmat ujian dan kaunseling HIV di tempat ting-gal dan sarang pengguna dadah meningkatkan lagi kemungkinan perkhidmatan berkenaan diguna oleh mereka.[2] Projek-projek yang menggunakan unit bergerak mempunyai kemungkinan sebanyak 86 kali bagi para penggunanya mengambil ujian HIV

1 Coyle SL, Needle RH, Normand J. Outreach-based HIV prevention for injecting drug users: A review of published outcome data. In: Needle RH, Coyle S, Cesari H, editors. HIV prevention with drug-using populations–current status and future prospects. Public Health Reports 1998;113(Suppl 1):19-302 Tinsman PD, Bullman S, Chen X, Burgdorf K, Herrell JM. Factors affect-ing client response to HIV outcome efforts. Journal of Substance Abuse 2001;13:201-14.

Page 3: pengurangan jangkitan hiv melalui kerja capaian luar

berbanding dengan projek-projek yang tidak mem-punyai unit-unit bergerak. Projek yang menyediakan ujian HIV di tempat sasaran mempunyai 21 kali lebih kemungkinan bagi penggunanya mengambil ujian HIV berbanding dengan golongan yang dirujukkan kepada perkhidmatan sedemikan.

◗ Kedua-dua pengaruh rakan sebaya dan campur tan-gan program-program kerja capaian luar yang biasa (misalnya kerja-kerja capaian luar yang dilakukan oleh pekerja sosial atau pakar-pakar kesihatan) mendatang-kan kesan positif dari segi pengurangan signifikan (ketara) dalam pelakuan berisiko HIV. Didapati peng-guna dadah secara suntikan yang dinasihati oleh rakan sebaya semakin kurang kerap berkongsi picagari dan alat suntikan yang lain serta kurang mengambil dadah. Sebaliknya pula, mereka yang dinasihati oleh pekerja-pekerja sosial di pusat-pusat kerja capaian yang biasa tidak memperlihatkan perubahan besar dari segi ama-lan berkongsi jarum dan picagari mahupun penguran-gan dalam tabiat mengambil dadah. Kelompok peng-guna dadah yang aktif atau pemimpin pendapat yang bergaul rapat dengan kumpulan pengguna dadah ber-jaya menarik minat dan perhatian lebih ramai peng-guna dadah daripada pelbagai jenis latar belakang serta mendorong perubahan besar dari segi pelakuan berisiko tinggi berbanding dengan pekerja capaian luar yang lazim.

◗ Program-program yang menggabungkan kerja capaian luar lebih sesuai dan mampu dilaksanakan sekalipun dalam keadaan serba kekurangan sumber. Seringkali kerja capaian luar menjadi langkah per-tama dalam melaksanakan program besar mencegah jangkitan HIV/AIDS, penjagaan kesihatan, rawatan dan sokongan di kalangan pengguna dadah secara suntikan.

Bukti-bukti di atas tadi jelas menyokong pandangan bahawa kerja capaian luar dan komunikasi (interaksi) semuka antara pekerja capaian luar dan kumpulan sasaran mendatangkan kesan positif dari segi pengurangan pelakuan berisiko dan pendedahan kepada jangkitan HIV.

POLISI DAN PROGRAM- PROGRAM IMPLIKASI

◗ Kerja capaian berasaskan komuniti sebagai satu alat berkesan bagi mencegah jangkitan HIV/AIDS harus dianggap penting dan perlu di negara-negara atau tempat-tempat yang mana penggunaan dadah secara suntikan adalah cara mudah serta meluas yang menyebarkan jangkitan HIV.

◗ Program-program kerja capaian yang sedia ada mesti diperluaskan agar dapat menarik minat dan penyertaan lebih ramai pengguna dadah yang tidak

mendapat rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah di mana-mana atau daripada sesiapa.

◗ Kerja-kerja capaian luar (interaksi semuka) di kalangan pengguna dadah yang memberi maklumat, perkhidmatan dan jaringan rujukan secara terus, dan bukannya menunggu kumpulan sasaran sendiri yang muncul untuk memanfaatkan pelbagai perkhid-matan, sesungguhnya memerlukan kesungguhan (komitmen) pada pihak kerajaan tempatan dan kera-jaan pusat dari segi mengkaji dan menggubal sem-ula dasar-dasar (polisi) yang berkaitan dengan HIV/AIDS dan merekrut tenaga mahir dan golongan pen-didik sebaya ataupun memberi latihan baru kepada kakitangan sedia ada.

◗ Perlaksanaan program kerja capaian luar yang berkesan memerlukan pembentukan persekitaran yang boleh mendorong kewujudan dan penyenggaraan khidmat-khidmat kerja capaian luar, termasuklah kajian semula undang-undang yang berkait dengan dadah, amalan perlaksanaan undang-undang dan peruntukan pelbagai jenis khidmat penjagaan dan pemeliharaan kesihatan di kalangan kumpulan sasaran.

◗ Mencari gabungan pendekatan dan perkhidma-tan yang selaras lagi bersesuaian dengan kumpulan sasaran yang ingin dicapai, khususnya dalam situasi atau keadaan politik, perundangan dan sosioekonomi tertentu, sesungguhnya merupakan satu cabaran besar. Kemungkinan perlaksanaan sebarang program men-jadi berkesan boleh ditingkatkan dengan cara meng-galakkan penglibatan pengguna dadah secara suntikan dan mereka yang hidup dengan HIV/AIDS dalam perancangan, perlaksanaan serta pengembangannya.

◗ Faktor penting dalam kerja-kerja capaian luar ialah rujukan kepada khidmat-khidmat sampingan yang berkaitan serta penggabungan kerja capaian luar den-gan perkhidmatan lain, termasuk rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah, pengurusan dan penjag-aan bengkak bernanah di kalangan pengguna dadah, ujian dan kaunseling HIV, dan rawatan bagi jang-kitan hubungan seks dan HIV/AIDS, batuk kering serta hepatitis C. Apabila program kerja capaian luar dilaksana dan diperluaskan, beberapa khidmat sokon-gan atau sampingan mesti dimasukkan ke dalam ran-cangan pengembangan dan kemajuannya, dan kaki-tangan yang berkaitan haruslah terlatih.

© World Health Organization 2004

Badan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menjamin bahawa segala maklumat yang terkandung dalam bahan terbitan ini adalah lengkap serta betul; justeru pihak badan ini tidak boleh dipertanggungjawab-kan bagi sebarang kerosakan atau kemudaratan yang timbul akibat pembacaan maklumat dalam bahan terbitannya ini.