topik 10 pengurusan modal kerja

Upload: mohdilham

Post on 17-Oct-2015

1.838 views

Category:

Documents


56 download

DESCRIPTION

Penerangan dalam Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    1/47

    PENGENALAN

    Pengurusan modal kerja merujuk pada pengurusan aset semasa dan liabilitisemasa yang diperlukan untuk operasi harian syarikat. Ia melibatkan penentuanpolisi modal kerja dan pelaksanaan polisi ini dalam operasi harian.

    Polisi modal kerja merangkumi tahap modal kerja dan bagaimana modal kerjaseharusnya dibiayai. Seperti contoh, firma perlu membuat keputusan jumlah

    tunai yang diperlukan bagi menyimpan akaun dan tahap inventori yang perludiselenggara. Selain itu, syarikat juga perlu membuat keputusan sama ada asetsemasa dibiayai dengan dana jangka pendek, dana jangka panjang ataukombinasi kedua-duanya.

    TTooppiikk1100

    PengurusanModal Kerja

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan kepentingan dan strategi pengurusan modal kerja;

    2. Menjelaskan jenis dan sumber kewangan jangka pendek;

    3. Menilai kecekapan pengurusan firma terhadap modal kerjaberdasarkan kitar penukaran wang;

    4. Menghuraikan kepentingan terhadap sekuriti boleh pasar;

    5. Menilai faktor yang mempengaruhi pengurusan akaun belumterima; dan

    6. Mengenal pasti kos yang berkaitan inventori dan men elaskan

    bagaimana pengurusan inventori dalam membuat keputusan.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    2/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 289

    Pengurusan modal kerja dapat dikesan dengan lebih jelas dalam syarikat bersaizkecil atau sederhana. Ini kerana syarikat bersaiz kecil atau sederhanamempunyai alternatif kewangan yang terhad dibandingkan dengan syarikatbesar. Sumber kewangan difokuskan terhadap kredit perdagangan dan pinjamanbank. Oleh itu, pengurus kewangan syarikat bersaiz kecil atau sederhana lebihcenderung untuk menggunakan sumber dana jangka pendek bagi memenuhikeperluan kewangan mereka.

    KEPENTINGAN PENGURUSAN MODALKERJA

    Modal kerja diperlukan untuk operasi harian syarikat. Kecekapan pengurusanmodal kerja penting untuk memastikan syarikat tidak mempunyai sebarangmasalah kecairan yang akan memberi kesan terhadap operasi syarikat. Dalammasa yang sama, kecekapan pengurusan modal kerja juga bermakna syarikattelah berjaya dalam menjalani perniagaannnya tanpa terlalu banyak dana yangterikat dalam bentuk aset semasa.

    Aset semasa dan liabiliti semasa adalah perkara utama dalam operasi harian.Kebanyakan masa pengurusan difokuskan pada pengurusan modal kerja seperti:

    (a) Mengawal aliran masuk tunai dan keluar tunai;

    (b) Menyediakan kemudahan kredit untuk pelanggan; dan

    (c) Sentiasa memastikan stok yang mencukupi.

    10.1

    SEMAK KENDIRI 10.1

    Apakah perbezaan antara aset semasa dan liabiliti semasa?

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    3/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA290

    10.1.1 Modal Kerja Bersih

    Modal kerja bersih adalah perbezaan antara aset semasa dan liabiliti semasa.

    Modal kerja bersih = Aset semasa Liabiliti semasaUntuk lebih memahami konsep modal kerja bersih, lihat Contoh 10.1.

    Contoh 10.1ASET RM LIABILITI DAN EKUITI RMAset semasa 376,600 Liabiliti semasa 162,700Aset tetap 203,800 Hutang jangka panjang 94,000

    Ekuiti pemilik 323,700

    580,400 580,400

    Berdasarkan ringkasan kunci kira-kira Syarikat Endah Sdn Bhd, modal kerjabersih untuk Syarikat Endah Sdn Bhd adalah:

    Modal kerja bersih = Aset semasa Liabiliti semasa

    = RM376,600 RM162,700

    = RM213,900

    Ini menunjukkan bahawa Syarikat Endah mempunyai kemampuan untukmemenuhi tuntutan kewangan jangka pendek apabila diperlukan. Dengan katalain, modal kerja bersih boleh digunakan sebagai pengukur kecairan syarikat.

    10.1.2 Aset Semasa

    Aset semasa merangkumi tunai dan aset yang boleh diubah kepada tunai dalamjangka tidak lebih dari setahun. Aset semasa juga dikenali sebagai aset cair dimana ia senang untuk ditukar menjadi tunai dalam jangka masa yang pendek.Aset semasa merangkumi:

    (a) TunaiWang dalam tangan atau bank.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    4/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 291

    (b) Sekuriti Boleh PasarSekuriti boleh pasar adalah pelaburan jangka pendek yang bolehditukarkan kepada tunai dalam jangka masa yang pendek.

    (c) Akaun BelumTerimaAkaun belum terima wujud bila syarikat melakukan jualan secara kredit.Kebiasaannya, tempoh kredit diberi adalah pendek dan pelanggan dijangkauntuk melangsaikan hutang dalam jangkaan tarikh yang telah dipastikan.Apabila pembayaran telah dilakukan, akaun belum terima akan bertukarmenjadi tunai.

    (d) InventoriBarangan komersil yang akan dijual kepada pelanggan.

    Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pendekatan yang digunakandalam pengurusan modal kerja, aset semasa syarikat dikategorikan dalam asetsemasa tetap dan aset semasa sementara.

    10.1.3 Aset Semasa Tetap

    Aset semasa tetap adalah pelaburan dalam aset semasa di mana ia dijangka akankekal dipegang oleh syarikat untuk tempoh lebih dari setahun. Syarikat akanmenyimpan stok kecemasan atau keselamatan sebagai inventori bagi memenuhi

    keperluan yang tidak dijangka.

    10.1.4 Aset Semasa Sementara

    Aset sementara adalah aset yang dipegang oleh syarikat untuk tempoh jangkamasa yang pendek sahaja di mana ia kurang dari setahun. Situasi ini lebih jelasberlaku semasa perniagaan bermusim di mana ia berlaku pada masa tertentu;jualan yang dijangka adalah lebih banyak dari jualan pada situasi normal.

    Contohnya, apabila musim perayaan tiba, syarikat yang menjual pakaian akanmenaikkan inventori mereka bagi memenuhi permintaan yang kebiasaannya

    meningkat. Peningkatan inventori ini adalah sementara sahaja kerana selepasmusim perayaan, tahap inventori akan kembali pada tahap normal.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    5/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA292

    Selepas aset semasa dikategorikan kepada aset semasa tetap dan aset semasasementara, persoalan seterusnya adalah berkaitan dengan sumber pembiayaanmodal yang digunakan untuk membiayai pelaburan dalam aset berkenaan.Untuk memadankan pembiayaan dengan pelaburan, sumber pembiayaan jugaperlu dikategorikan kepada sumber pembiayaan tetap dan sumber pembiayaansementara.

    STRATEGI PENGURUSAN MODAL KERJA

    Pengurusan modal kerja bersih dikhaskan untuk menjelaskan tahap pelaburanyang sesuai untuk aset semasa. Pengurusan modal kerja melibatkan keputusankewangan secara serentak dan saling berkait dengan pelaburan dalam asetsemasa bersama dengan pembiayaan aset berkenaan. Salah satu kaedah yangdigunakan dalam pengurusan modal kerja adalah memadankan jangka hayataset dengan tempoh pembiayaan digunakan. Kaedah ini dikenali sebagai prinsipperlindungan nilai. Prinsip perlindungan nilai juga dikenali sebagai prinsippemadanan atau prinsip hutang cair sendiri.

    10.2

    Cuba dapatkan laporan tahunan beberapa syarikat dan rujuk padakunci kira-kira syarikat berkenaan. Kira purata peratusan aset semasaberbanding dengan jumlah aset syarikat berkenaan. Apakah yang anda

    boleh simpulkan daripada hasil pengiraan anda?

    AKTIVITI 10.1

    SEMAK KENDIRI 10.2

    Nyatakan perbezaan antara pembiayaan tetap dan pembiayaansementara.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    6/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 293

    Prinsip perlindungan nilai memadankan ciri-ciri aliran tunai suatu aset dengantempoh kematangan sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai asetberkenaan. Bagaimanakah prinsip perlindungan nilai dilaksanakan? Tigapendekatan yang digunakan untuk melaksanakan prinsip ini adalah sepertiberikut:

    (a) Pendekatan sederhana;

    (b) Pendekatan agresif; dan

    (c) Pendekatan konservatif.

    10.2.1 Pendekatan Sederhana

    Melalui pendekatan sederhana ini (lihat Rajah 10.1) aset semasa tetap dibiayaioleh pembiayaan tetap dan aset semasa sementara dibiayai oleh pembiayaansementara. Pembiayaan tetap adalah pembiayaan jangka panjang seperti ekuitidan bon yang mempunyai tempoh kematangan lebih dari setahun. Pembiayaansementara pula melibatkan hutang jangka pendek. Jenis pembiayaan ini bolehdinyatakan sebagai pembiayaan terunding dan memiliki tempoh kematanganpendek. Contohnya, pinjaman bank, overdraf dan surat perdagangan.

    Rajah 10.1:Pendekatan sederhana

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    7/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA294

    10.2.2 Pendekatan Agresif

    Melalui pendekatan agresif ini (lihat Rajah 10.2) syarikat menggunakan lebihpembiayaan sementara untuk membiayai aset sementara dan aset tetap. Oleh itu,syarikat terdedah kepada risiko yang tinggi hasil daripada kadar faedah yangturun-naik dan ketidakmampuan syarikat untuk membayar hutang jangkapendek dalam tempoh masa yang singkat disebabkan oleh tahap modal kerjabersih yang rendah. Walau bagaimanapun, pendekatan ini boleh meningkatkanpulangan disebabkan oleh pengurangan dalam kos pembiayaan yang sementara.

    Rajah 10.2:Pendekatan agresif

    10.2.3 Pendekatan Konservatif

    Melalui pendekatan konservatif ini (lihat Rajah 10.3) aset semasa tetap dansebahagian aset semasa sementara dibiayai oleh pembiayaan tetap. Syarikat yangmengamalkan pendekatan ini mempunyai tahap modal kerja bersih yang tinggi.Oleh itu, ia boleh memenuhi tuntutan jangka pendeknya pada masa yang telahditentukan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini mengakibatkan syarikatteededah kepada kos pembiayaan jangka panjang.

    Rajah 10.3:Pendekatan konservatif

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    8/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 295

    JENIS PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK

    Liabiliti semasa dan liabiliti jangka pendek adalah hutang atau tanggungjawabsyarikat yang mesti dilangsaikan dalam tempoh setahun atau kurang. Secararingkas, pembiayaan jangka pendek amat penting untuk memastikan perjalanan

    berjalan dengan lancar dalam operasi harian syarikat supaya tidak terganggudisebabkan oleh kekurangan wang tunai.

    10.3.1 Pembiayaan Spontan

    Pembiayaan spontan wujud disebabkan oleh aktiviti harian syarikat. Contohnya,apabila jualan syarikat meningkat, inventori mesti juga dinaikkan dan pembeliantambahan ini lazimnya dibiayai oleh kredit perdagangan. Pembiayaan spontanjuga boleh wujud disebabkan oleh perbezaan pemasaan antara aliran tunaisebenar dengan aliran tunai yang sepatutnya berlaku. Contohnya, syarikat telah

    menggunakan perkhidmatan pekerja syarikat untuk tempoh 1 hingga 15 Januaritetapi bayaran hanya dilakukan pada 16 Januari.

    10.3

    1. Apakah komponen utama aset semasa dan mengapa komponen-komponen berkenaan juga dikenali sebagai aset-aset cair?

    2. Bagaimanakah aset dan liabiliti syarikat diklasifikasikan untuktujuan pengurusan modal?

    3. Apakah yang dimaksudkan prinsip perlindungan nilai?

    LATIHAN 10.1

    SEMAK KENDIRI 10.3

    Senaraikan contoh pembiayaan jangka pendek. Mengapakah pembiayaanangka pendek penting untuk syarikat?

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    9/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA296

    Sumber utama untuk pembiayaan spontan adalah seperti berikut:

    (a) Kredit PerdaganganKredit perdagangan merupakan kemudahan kredit yang ditawarkan olehpembekal kepada pelanggan. Bagi pembekal, kredit perdagangan akandirekodkan dalam kunci kira-kira pada bahagian aset semasa (akaun belumterima). Manakala untuk pelanggan, kredit perdagangan berada padabahagian liabiliti semasa (akaun belum bayar).

    Sumber pembiayaan ini diperoleh berdasarkan kepercayaan pembekalterhadap pelanggan. Kos kredit perdagangan tidak boleh diperoleh secaraterus, sebagaimana pembekal-pembekal kebiasaannya tidak akan cajsebarang faedah terhadap kredit perdagangan yang ditawarkan. Namun,

    apabila pembekal menawarkan diskaun, pelanggan akan menanggung kosefektif yang tinggi jika diskaun tidak diambil.

    Contoh 10.2Syarikat Endah Sdn Bhd telah melakukan pembelian kredit daripadapembekal sebanyak RM800 pada terma 3/10 bersih 30. Jika syarikatmelakukan pembayaran dalam masa 10 hari, ia akan hanya bayar RM776kerana diskaun tunai sebanyak RM24 akan ditolak dari invois.

    Secara ringkas, syarikat dianggap telah melakukan pinjaman sebanyakRM776 untuk tempoh 20 hari dengan pembayaran faedah sebanyak RM24.

    Oleh itu, dengan anggapan 365 hari dalam setahun, kos tahunan yangditanggung oleh Syarikat Endah Sdn Bhd hasil daripada melepaskandiskaun yang ditawarkan sebelum ini boleh dianggarkan seperti berikut:

    RM24 365Kos tahunan

    RM776 20

    0.564 atau 56.5%

    Berdasarkan pengiraan di atas, Syarikat Endah Sdn Bhd telah menanggungkos tahunan 56.4%, jika ia tidak menerima tawaran diskaun 3/10 bersih 30.

    (b) AkruanAkruan wujud apabila pembayaran lewat berlaku. Contohnya, gaji pekerjahanya akan dibayar pada akhir bulan dan gaji pekerja juga ditolak (KWSPdan SOCSO) oleh majikan yang hanya melakukan pada setiap 20 haribulan.Sumber pembiayaan melalui akruan tidak melibatkan sebarang kos. Iaadalah percuma kepada syarikat itu selagi ia tidak menjejaskan kredibilitisyarikat.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    10/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 297

    10.3.2 Pembiayaan Terunding

    Sumber pembiayaan terunding kebiasaannya diperolehi secara formal dariinstitusi kewangan. Ia perlu melalui beberapa prosedur yang telah ditentukan.Dalam topik ini, ia akan fokus terhadap kemudahan yang disediakan oleh bankkomersil, iaitu overdraf dan pinjaman jangka pendek. Sumber pembiayaan yanglain akan dibincang adalah surat perdagangan dan pemfaktoran.

    (a) OverdrafOverdraf adalah kemudahan kredit disediakan oleh bank kepadapelanggan mereka. Ia disalurkan melalui akaun semasa pelanggan di manapelanggan dibenarkan untuk mengeluarkan wang dalam lebihan baki

    akaun semasa. Namun, pengeluaran mempunyai set terhad. Contohnya,Syarikat Endah Sdn Bhd menerima kemudahan overdraf sebanyakRM50,000. Ini bermakna syarikat boleh menggunakan dana yangdisediakan oleh bank sehingga baki dalam akaun mencapai RM50,000.

    Kemudahan overdraf amat berguna bagi syarikat dengan harapanmengambil diskaun tunai yang ditawarkan oleh pembekal. Kos yang perluditanggung oleh pelanggan yang menggunakan perkhidmatan overdrafadalah faedah yang dikenakan berdasarkan baki negatif akaun semasapelanggan.

    (b) Pinjaman BankSelain overdraf, bank juga menyediakan perkhidmatan untuk kemudahanpinjaman jangka pendek. Untuk memahami pembiayaan terunding melaluipinjaman bank, lihat Contoh 10.3.

    Contoh 10.3Syarikat Endah Sdn Bhd memiliki pinjaman bank berjumlah RM200,000untuk tempoh 3 bulan pada kadar 15% setahun. Pada akhir tempoh,Syarikat Endah Sdn Bhd membayar balik jumlah prinsipal bersama faedah.

    Sebelum melakukan pengiraan untuk kos efektif pinjaman, jumlah faedahperlu ditentukan terlebih dahulu.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    11/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA298

    1Faedah RM200,000 0.154

    RM7,500

    RM7,500Kos efektif

    1RM200,0004

    0.15 atau 15%

    Jika anda lihat pada contoh tersebut, kos efektif 15% adalah sama dengankadar pinjaman bank. Namun, dua ciri dalam kos pinjaman jangka pendekyang boleh menaikkan nilainya lebih tinggi dari kadar faedah nominal.

    Ciri-cirinya adalah baki pampasan dan faedah terdiskaun.

    (i) Baki PampasanBaki pampasan merupakan jumlah yang mesti disimpan dalam akaunbank dan dikekalkan sebagai baki sepanjang tempoh pinjaman.Keperluan untuk baki pampasan menjadikan jumlah sebenar diterimapeminjam berkurang oleh kerana jumlah baki pampasan. Namun,faedah masih dikira berdasarkan keseluruhan pinjaman.

    Dengan menggunakan contoh 10.3 dan maklumat tambahan, kita dapatlihat kesan daripada baki pampasan terhadap kos efektif pinjaman.Pihak bank yang menyediakan pinjaman menentukan syarat untuk bakipampasan adalah 10% dari jumlah pinjaman. Dianggapkan bahawaSyarikat Endah Sdn Bhd tidak mempunyai baki seperti yang diperlukanoleh baki pampasan. Kirakan kos efektif pinjaman tersebut.

    Untuk memiliki kos efektif pinjaman, ia memerlukan nilai untuk:

    Jumlah bunga;

    Baki pampasan; dan

    Nilai pinjaman bersih.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    12/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 299

    Maklumat ini akan dikira seperti berikut:

    Jumlah bunga = RM200,000 15% 14

    = RM7,500

    Baki pampasan = RM200,000 10% = RM20,000

    Pinjaman bersih = RM200,000 RM20,000 = RM180,000

    RM7,500Kos Efektif

    1RM180,0004

    0.1667 atau 16.7%

    Berdasarkan kiraan di atas, kos efektif pinjaman lebih tinggiberbanding dengan nilai sebelum baki pampasan berlaku.

    (ii) Faedah TerdiskaunMelalui ciri ini, peminjam mesti membayar faedah apabila jumlahpinjaman dikeluarkan. Ini bermakna, bayaran faedah telahdilangsaikan terlebih dahulu sebelum pinjaman boleh digunakan.Syarat ini menjadikan jumlah bersih yang diterima dari pinjamankurang dari jumlah yang telah dipinjam. Namun, kos efektif masihmeningkat kerana faedah terjadi berdasarkan pinjaman keseluruhan.

    Dengan mengambil Contoh 10.3, kiraan faedah, jumlah bersih dan kosefektif untuk Syarikat Endah Sdn Bhd adalah seperti berikut:

    Jumlah bunga = RM200,000 15%

    14

    = RM7,500

    Pinjaman bersih = RM200,000 RM7,500 = RM192,500

    Kos efektif =RM7,500

    1RM192,5004

    = 0.15584 atau 15.6%

    Berdasarkan kenyataan di atas, jelas bahawa syarat baki pampasandan faedah terdiskaun akan meningkatkan kos syarikat yangmembuat pinjaman.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    13/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA300

    (c) Kertas KomersilDalam Malaysia, penggunaan kertas komersil tidak meluas. Kertaskomersil adalah nota janji hutang untuk hutang jangka pendek yang telahditerbitkan oleh syarikat dengan kedudukan kewangan yang kukuh.Pengeluaran instrumen ini berdasarkan keyakinan pelabur ke arahkemampuan syarikat untuk membayar pinjaman pada tarikh yang telahditentukan.

    Kertas komersil diterbitkan pada harga terdiskaun di mana harga jualanmerupakan nilai muka selepas faedah ditolak. Kos yang terlibat dalampengeluaran kertas komersil merangkumi semua perbelanjaan secaraterus yang melibatkan pengeluaran sekuriti. Contohnya, syarikat yangmengeluarkan kertas komersil akan mengambil perkhidmatan bank

    perdagangan untuk dijual kepada pelabur. Semua perbelanjaan mestimengambil kira anggaran kos efektif pembiayaan melalui kertas komersil.

    Contoh 10.4Syarikat Endah Sdn Bhd akan mengeluarkan kertas komersil yangmempunyai nilai sebanyak RM20 juta dengan tempoh kematangan selamaenam bulan. Kadar faedah untuk kertas komersil ini adalah 10%. Kos yangmelibatkan pengeluaran kertas komersil ini adalah sebanyak RM 50,000.

    Kiraan kos efektif seperti berikut:

    Jumlah faedah = RM20 juta 10% 12 tahun

    = RM1 juta

    Jumlah kos = Faedah + Kos pengeluaran

    = RM1 juta + RM50,000

    = RM1.05 juta

    Pinjaman bersih = RM20 juta RM1 juta

    = RM19 juta

    Kos efektif =

    12

    RM1.05

    RM19 juta

    = 0.1105 atau 11%

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    14/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 301

    (d) PemfaktoranPemfaktoran merupakan transaksi yang melibatkan pembelian akaunbelum terima atau invois daripada pembekal syarikat oleh syarikatpemfaktoran. Institusi kewangan yang mengendalikan aktiviti pemfaktorandikenali sebagai faktor. Ia merangkumi pengambilalihan dan pentadbiranakaun belum terima termasuk aktiviti kutipan hutang.

    Kos pembiayaan dikira secara pemfaktoran adalah jumlah pembiayaan danperbelanjaan yang melibatkan yuran faktor (1% hingga 3% dari nilaiinvois), faedah terhadap pendahuluan dan rizab (peratusan kecil yangdipegang secara faktor). Baki nilai invois berbayar secara faktor hanya akandilangsaikan terhadap syarikat apabila keseluruhan akaun belum terimatelah dikutip.

    Contoh 10.5Syarikat Endah Sdn Bhd telah memfaktorkan akaun belum terima denganmenjumlahkan sebanyak RM200,000. Tempoh kredit syarikat adalah 60hari. Yuran pemfaktoran adalah 3.5% daripada nilai invois manakala rizabadalah 7.5%. Kadar faedah yang dicaj terhadap pendahuluan adalah 12%setiap tahun. Apabila pendahuluan diterima, yuran dan faedah mestidilangsaikan. Berdasarkan amalan biasa syarikat, ia akan memberipendahuluan tunai sebanyak 60% daripada nilai invois.

    Kos efektif pembiayaan secara pemfaktoran adalah seperti berikut:

    Pendahuluan = RM200,000 60% = RM120,000

    Rizab = RM200,000 7.5% = RM15,000

    Yuran = RM200,000 3.5% = RM7,000

    Faedah = (RM120,000 RM15,000 RM7,000) 12% 2 12

    = RM1,960

    Jumlah bersih = RM120,000 RM15,000 RM7,000 RM1,960

    = RM96,040

    Kos efektif =

    212

    RM7,000 RM1,960

    RM96,040

    = 0.5598 atau 55.98%

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    15/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA302

    Berdasarkan pengiraan di atas, kos efektif pembiayaan ini adalah 55.98%dan syarikat mempunyai pendahuluan sebanyak RM96,040 untuk tempohdua bulan pada kadar kos RM8,960 (yuran dan faedah). Jika semua akaunbelum terima boleh dikutip dengan jayanya, baki sebanyak RM80,000termasuk rizab yang bernilai RM15,000 akan diberi secara faktor padaSyarikat Endah Sdn Bhd.

    Sebuah syarikat telekomunikasi dalam negara mengalami kerugianberjuta ringgit disebabkan oleh bebanan hutang syarikat daripadapelanggan yang tidak mahu melangsaikan pembayaran bil mereka.

    Beberapa notis dan surat saman telah dikeluarkan akan tetapipelanggan tidak mempedulikannya. Apakah cara untuk menyelesaikankemelut ini?

    AKTIVITI 10.2

    LATIHAN 10.2

    1. Berikut adalah jumlah pinjaman oleh Syarikat Zie-zam sepanjangtahun itu.

    Bulan Jumlah (RM)Januari

    Februari

    Mac

    April

    Mei

    Jun

    Julai

    Ogos

    September

    OktoberNovember

    Disember

    12,000

    13,000

    9,000

    8,000

    9,000

    7,000

    6,000

    5,000

    6,000

    5,0007,000

    9,000

    (a) Kirakan purata jumlah pinjaman Syarikat Zie-zam.

    (b) Kirakan kos pinjaman tahunan syarikat pada kadar faedah15%.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    16/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 303

    2. Syarikat Z-tron telah mendapatkan pinjaman dari bank sebanyakRM10,000 untuk tempoh selama 90 hari dengan kadar faedah 15%berbayar pada tarikh matang pinjaman. Anggapkan ia berlakuselama 360 hari dalam setahun.

    (a) Berapakah jumlah faedah (dalam Ringgit) yang mestidibayar oleh Syarikat Z-tron bagi pinjaman ini?

    (b) Kira kos efektif pinjaman ini.

    3. Kertas komersil kebiasaannya dijual pada kadar terdiskaun.Syarikat Fang telah menjual kertas komersil mereka di mana

    ia telah dikeluarkan untuk tempoh 90 hari pada nilai mukasebanyak RM1 juta. Syarikat menerima sebanyak RM978,000.

    (a) Apakah kadar faedah efektif tahunan yang mesti dibayaruntuk membiayai kertas komersil?

    (b) Jika yuran broker adalah RM9,612 dan telah dibayar padaperingkat awal pengeluaran kertas komersil ini, berapakahkadar efektif tahunan yang mesti dibayar oleh syarikat?

    4. Syarikat D-ban Berhad berniat untuk mendapatkan pendahuluandari akaun pemfaktoran untuk RM100,000 dan akan matang

    dalam tempoh 30 hari. Faktor menyatakan 10% dari jumlah akaunakan difaktorkan (rizab). Ia juga mempunyai yuran 2% terhadappemfaktoran dan pembayaran awal kadar faedah sebanyak 15%setiap tahun.

    (a) Kira jumlah maksimum (dalam RM) faedah yang mestidibayar.

    (b) Apakah jumlah sebenar yang akan dimiliki oleh syarikat?

    (c) Apakah kos faktor tahunan (dalam peratus) untuk transaksi

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    17/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA304

    KITARAN PENUKARAN TUNAI

    Kitaran penukaran tunai merujuk kepada tempoh masa yang diambil daripadapembayaran untuk pembelian bahan mentah sehingga penerimaan tunaidaripada hasil jualan barangan. Rajah 10.4 menunjukkan tiga komponen penting

    dalam kitaran penukaran tunai iaitu:

    (a) Tempoh Penukaran Tunai/InventoriPurata tempoh masa diambil untuk menukar bahan mentah menjadibarang siap dan dijual.

    (b) Tempoh Kutipan Akaun Belum TerimaPurata tempoh masa diambil untuk mendapatkan tunai daripada jualankredit.

    (c) Tempoh Pembayaran TertangguhTempoh masa diambil daripada pembelian bahan mentah dan tenaga kerjasehingga pembayaran tunai untuk perkara yang berkenaan.

    Rajah 10.4:Kitaran penukaran tunai

    10.4

    SEMAK KENDIRI 10.4

    Apakah yang akan berlaku jika kitaran penukaran tunai melebihitempoh yang telah ditetapkan?

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    18/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 305

    Contoh 10.6Sekarang, kita akan lihat pada contoh bagaimana kiraan untuk kitaranpenukaran tunai ini dilakukan. Syarikat Jaya Jati menghasilkan kelengkapanpejabat seperti meja dan kerusi. Berikut adalah urusan tunai syarikat:

    (a) Pembelian bahan mentah secara kredit untuk pembuatan meja dan kerusi,dan syarikat diberi tempoh 30 hari untuk pembayaran.

    (b) Pekerja akan dibayar pada akhir bulan (iaitu selepas tiga puluh haribekerja).

    (c) Pelanggan syarikat akan membeli barangan secara kredit. Oleh itu, akaunbelum terima akan wujud apabila jualan dilaksanakan.

    (d) Pembayaran terhadap bahan mentah dan upah mesti dilakukan padatarikh seperti yang telah dijanjikan. Sebagaimana tunai dari jualan kreditbelum lagi diterima, syarikat perlu membiayai aliran tunai denganpinjaman jangka pendek.

    (e) Kitaran tunai akan lengkap apabila tunai dari jualan kredit diterima.Seterusnya, tunai itu akan digunakan untuk membayar pinjaman jangkapendek yang telah diambil bagi membayar bahan mentah dan upahpekerja.

    Jualan Syarikat Jaya Jati adalah RM1,500,000, manakala purata inventori adalah

    RM350,000. Jumlah akaun belum terima sebanyak RM85,750. Anggap ia berlaku360 hari dalam setahun.

    Berdasarkan maklumat berkenaan, kitaran penukaran tunai untuk Syarikat JayaJati dikira seperti berikut:

    Langkah 1:Kira tempoh penukaran tunai.

    InventoriTempoh penukaran inventori

    Jualan/360

    RM350,000RM1,500,000/360

    84 hari

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    19/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA306

    Langkah 2:Kira tempoh akaun belum terima.

    Akaun belum terimaAkaun belum terima

    Jualan/360

    RM85,750Tempoh penukaran

    RM1,500,000/360

    21 hari

    Langkah 3:Kira tempoh pembayaran tertangguh.

    Berdasarkan maklumat di atas, tempoh pembayaran tertangguh adalah 30 hari(perkara a dan b).

    Langkah 4:Kira tempoh kitaran penukaran tunai.

    Kitaran Penukaran Tunai = 84 hari + 21 hari 30 hari

    = 75 hari

    Berdasarkan pengiraan di atas, Syarikat Jaya Jati:

    (a) Memerlukan 84 hari untuk menukar bahan mentah menjadi barang siap(kerusi dan meja pejabat);

    (b) Mempunyai 21 hari untuk mendapatkan tunai dari jualan secara kredit;dan

    (c) Mempunyai 30 hari untuk membayar pembelian bahan mentah danpenggunaan tenaga kerja.

    Oleh itu, tempoh masa antara pengeluaran tunai (pembayaran yang dibuatuntuk mendapatkan bahan mentah dan kegunaan tenaga kerja) dan penerimaantunai dari hasil jualan selama 75 hari.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    20/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 307

    PENGURUSAN SEKURITI BOLEH PASAR

    Sekuriti boleh pasar merupakan instrumen kewangan jangka pendek bagimenyediakan pulangan kepada pelabur. Sekuriti boleh pasar juga dikenalisebagai kesamaan tunai sebagaimana sekuriti ini boleh ditukar menjadi tunaidalam tempoh jangka masa pendek.

    10.5

    LATIHAN 10.3

    1. Apakah yang dimaksudkan kitar penukaran tunai?

    2. Jelaskan tiga komponen dalam kitar penukaran tunai.

    3. Syarikat U-Tany mencuba perniagaan perabot jati. PembekalnyaEncik Chong telah memberi tempoh 20 hari untuk melangsaikanpembayaran untuk inventori yang telah ditempah.

    Jualan

    Purata inventori

    Akaun belum terima

    RM450,000

    RM50,000

    RM15,000

    Berdasarkan maklumat di atas, kira:

    (a) Tempoh penukaran inventori

    (b) Tempoh penukaran akaun belum terima

    (c) Tempoh pembayaran tertangguh

    (d) Tempoh kitar penukaran tunai

    Andaikan terdapat ia berlaku 360 hari dalam setahun.

    SEMAK KENDIRI 10.5

    Pemilik syarikat kadangkala menggunakan lebihan dana syarikat untukdimasukkan dalam sekuriti boleh pasar bagi mendapatkan sebarangpulangan. Adakah ini langkah yang bijak?

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    21/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA308

    Syarikat yang mempunyai lebihan dana boleh melabur sementara dalam sekuritiboleh pasar. Dengan melakukan sedemikian, syarikat boleh menukar sekuritimenjadi tunai dalam tempoh masa yang pendek dan memperoleh pulangandaripada pelaburan.

    10.5.1 Faktor Memilih Sekuriti Boleh Pasar

    Sekuriti boleh pasar dinilai berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:

    (a) Risiko IngkarKebarangkalian faedah dan jumlah prinsipal tidak boleh dibayar semuladengan jumlah yang dijanjikan pada masa khusus.

    (b) Kecairan/KebolehpasaranKecairan/kebolehpasaran merujuk kepada kemampuan sekuriti untukmenukar menjadi tunai dalam tempoh masa yang pendek.

    (c) PercukaianFaedah diperoleh daripada sekuriti boleh pasar di mana ia tidak dibiayaioleh kerajaan persekutuan apabila dicukaikan.

    (d) PulanganKriteria pulangan melibatkan penilaian risiko dan faedah untuk setiapfaktor yang dinyatakan di atas.

    10.5.2 Jenis Sekuriti Boleh Pasar

    Berikut adalah beberapa jenis sekuriti boleh pasar yang terdapat dalam pasaran:

    (a) Bil PerbendaharaanBil perbendaharaan adalah sekuriti jangka pendek yang dikeluarkan olehBank Negara Malaysia dengan tempoh kematangan selama 91 hari, 182 hariatau 365 hari. Bil ini menawarkan berlandaskan diskaun. Oleh itu, parapelabur tidak akan menerima pembayaran faedah. Pulangan yang diterima

    adalah berbeza antara harga beli dan nilai muka. Ia juga bebas risiko,sebagaimana dijamin oleh kerajaan.

    (b) Kertas KomersilKertas komersil adalah nota hutang janji jangka pendek yang dikeluarkanoleh syarikat besar untuk mendapatkan modal tambahan. Nota hutang janjiini dikeluarkan tanpa jaminan dan tempoh kematangan untuk instrumenadalah antara 30 ke 270 hari. Seperti bil perbendaharaan, kertas komersilmempunyai nilai muka dan dijual pada harga terdiskaun.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    22/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 309

    (c) Penerimaan BankPenerimaan bank adalah draf (arahan untuk bayar) yang dikeluarkanoleh pengeksport untuk memperoleh bayaran bagi barangan yang dijualkepada para pelanggan yang mempunyai akaun dengan bank berkenaan.Lazimnya tempoh pembiayaan bil-bil ini antara 30 ke 200 hari. Penerimaanbank boleh diurus dalam pasaran wang di mana kadar diskaun ditentukanoleh pasaran.

    (d) Sijil Pendahuluan TerundingSijil pendahuluan terunding merupakan resit penerimaan yang dikeluarkanoleh bank komersil atau bank perdagangan sebagai bukti simpanan bagisejumlah wang yang disimpan dan sijil pelabur mempunyai hak untukmendapatkan kadar faedah yang tertentu.

    Sijil ini hanya boleh dikeluarkan oleh bank komersil atau perdaganganyang memperolehi kebenaran dari Bank Negara Malaysia dengan jumlahminimum sebanyak RM50,000 ke RM1 juta untuk tempoh antara 3 ke 36bulan. Kadar faedah yang dicaj ditentukan oleh bank yang mengeluarkansijil tersebut. Sijil ini boleh dirunding dalam pasaran wang atau antaraperseorangan dengan individu lain.

    BAKI ANTARA RISIKO-PULANGANDALAM PENGURUSAN TUNAI

    10.6

    LATIHAN 10.4

    1. Nyatakan empat kriteria yang digunakan dalam memilih sekuritiboleh pasar.

    2. Senaraikan tiga jenis sekuriti boleh pasar yang terdapat dalamMalaysia.

    PENILAIAN DIRI 10.6

    Jelaskan perbezaan baki antara risiko-pulangan dalam pengurusantunai, pengurusan akaun belum terima dan pengurusan inventori.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    23/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA310

    Pengurusan tunai melibatkan baki antara risiko dan kadar pulangan. Tunai yangtidak mencukupi akan mengakibatkan risiko kecairan atau ketakmampuanterhadap syarikat seperti gagal menunaikan liabiliti pada masa yang ditentukan.Pegangan tunai yang terlalu tinggi akan mengurangkan pulangan syarikat,sebagaimana tunai adalah aset yang tidak mempunyai pulangan.

    Oleh demikian, pengurusan mesti melihat kesan risiko dan kadar pulangansyarikat dalam menentukan tahap pegangan tunai dan sekuriti boleh pasar yangoptimum. Keputusan terhadap tahap risiko yang akan diambil oleh syarikatbergantung kepada keputusan yang telah ditentukan oleh pengurusan syarikat.

    Pengurusan tunai mempunyai tujuan mencapai beberapa objektif:

    (a) Syarikat mempunyai tunai yang cukup untuk memenuhi keperluan urusniaga; dan

    (b) Lebihan tunai mesti berada di tahap minimum sebagaimana tunai tidakmempunyai sebarang pulangan.

    Berdasarkan contoh prospektus daripada salah sebuah syarikat umumberhad yang disenaraikan dalam papan utama Bursa Malaysia,sediakan pembelanjawan tunai dan penyata keuntungan syarikat

    berkenaan.

    LATIHAN 10.5

    Berikan definisi bagi setiap terma:

    (a) Aset cair

    (b) Tunai

    (c) Sekuriti boleh pasar

    AKTIVITI 10.3

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    24/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 311

    PENGURUSAN AKAUN BELUM TERIMA

    Dalam bahagian ini, anda akan terdedah dengan pengurusan akaun belumterima.

    10.7.1 Akaun Belum Terima

    Akaun belum terima wujud apabila jualan dilakukan secara kredit. Iamerupakan janji para pelanggan untuk membuat bayaran terhadap pembelianyang dilakukan dalam tempoh yang dipersetujui bersama.

    Kepentingan mengurus akaun belum terima boleh ditentukan dengan melihatpada peratusan jualan syarikat yang telah dilakukan secara kredit atau jumlahakaun belum terima untuk syarikat.

    Jumlah akaun belum terima untuk syarikat pada masa tertentu boleh ditentukanseperti berikut:

    (a) Tahap jualan kredit syarikat; dan

    (b) Purata kutipan masa.

    Perubahan dalam mana-mana faktor mengakibatkan perubahan dalam jumlah

    akaun belum terima untuk syarikat. Oleh itu, akaun belum terima untuk sebuahsyarikat pada masa tertentu boleh ditentukan seperti berikut:

    Untuk menguatkan kefahaman terhadap pengiraan akaun belum terima, rujukcontoh berkenaan.

    Contoh 10.7Syarikat Rania merupakan syarikat yang menghasilkan barangan plastik. Ia

    mempunyai jualan tahunan sebanyak RM250,000. Semua jualan dilakukan secarakredit dan terma kredit adalah 2/15 bersih 30. Berdasarkan pengalamansebelum, 60% para pelanggan syarikat akan mengambil diskaun dan bayar pada15 hari bulan. Dalam masa yang sama, 40% yang lain akan melakukan bayaranpada setiap 30 hari bulan. Andaikan dalam setahun mempunyai 360 hari, kirajumlah akaun belum terima untuk Syarikat Rania.

    Akaun belum terima = Jualan kredit sehari Purata kutipan masa

    10.7

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    25/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA312

    Akaun belum terima = Jualan kredit sehari Purata kutipan masa

    = RM250,000 [(0.6) (15) (0.4) (30)]360

    = RM14,583.33

    Ini bermakna, purata akaun belum terima untuk Syarikat Rania pada masatertentu adalah RM14,583.33.

    10.7.2 Polisi Kredit

    Polisi kredit syarikat merupakan prosedur yang telah diaturkan oleh pengurusandalam menguruskan akaun belum terima. Secara amnya, polisi kredit syarikatmerangkumi terma kredit, piawaian kredit dan polisi kutipan.

    (a) Terma KreditTerma kredit merujuk kepada terma yang telah dibuat untuk jualan kreditsyarikat. Ia biasanya ditulis sebagai x/y bersih z di mana ia bermaksudpelanggan layak untuk mendapatkan diskaun atau pengurangan hargauntuk x% daripada harga pembelian jika bayaran dibuat dalam tempoh yhari. Jika pelanggan tidak mahu mengambil diskaun, ia mempunyai z hariuntuk membuat bayaran penuh.

    Andaikan terma kredit 2/10 bersih 30. Ini bermakna, pelanggan akanmenerima 2% diskaun daripada harga invois, jika bayaran dilakukan dalam

    masa 10 hari dari tarikh invois. Para pelanggan yang tidak mengambildiskaun ini perlu melakukan bayaran selama 30 hari. Anda boleh rujukRajah 10.5 untuk mendapatkan ilustrasi grafik bagi terma kredit.

    LATIHAN 10.6

    1. Apakah maksud akaun belum terima?

    2. Berikan dua faktor yang mempengaruhi jumlah akaun belumterima.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    26/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 313

    Rajah 10.5:Tempoh kreditAda dua jenis bentuk terma kredit seperti berikut:

    (i) Tempoh KreditTempoh kredit merujuk kepada tempoh masa diberi kepadapelanggan untuk membuat bayaran bagi pembelian secara kredit.Tempoh kredit yang panjang boleh meningkatkan jualan dan akaunbelum terima. Tempoh kredit yang pendek mengurangkan jualan danakaun belum terima.

    (ii) Diskaun TunaiDiskaun tunai merupakan pengurangan dalam harga yang

    ditawarkan kepada para pelanggan yang melakukan pembayaranawal. Tujuan diskaun tunai diberi kepada pelanggan adalah untukmenggalakkan pembayaran awal, menarik minat pelanggan baru danjuga untuk meningkatkan jualan.

    Rajah 10.6 menunjukkan dua komponen yang terlibat dalampenentuan diskaun kredit.

    Rajah 10.6: Komponen penentuan diskaun tunai

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    27/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA314

    Contoh 10.8 boleh membantu anda dalam memahami terma kredit syarikatdengan lebih jelas lagi.

    Contoh 10.8Pada 2 Februari 2001, Syarikat U-Pen melakukan jualan kredit berjumlahRM85,000 berdasarkan terma 3/15 bersih 30. Jika para pelangganmembayar dalam tempoh 15 hari iaitu sehingga 17 Februari, pelangganakan menerima diskaun sebanyak 3%.

    Jumlah diskaun boleh dikira seperti berikut:

    Diskaun = Peratus diskaun Harga jualan

    = 3%

    RM85,000= RM2,550

    Jumlah bayaran jika diskaun diambil:

    = (Harga invois) ( 1 Peratus diskaun)

    = RM85,000 (1 0.03)

    = RM82,450

    Pelanggan yang tidak mengambil diskaun diberi 30 hari untuk melakukan

    bayaran pada harga invois sebanyak RM85,000.

    (b) Piawaian KreditPelanggan yang berminat untuk berunding secara kredit mesti memenuhipiawaian kredit yang telah ditentukan oleh syarikat. Piawaian kredit bolehdilihat sebagai ujian kelayakan minimum yang mesti dipenuhi olehpelanggan untuk mendapatkan kredit. Penentuan piawaian kredit akanmempengaruhi risiko dan kadar pulangan.

    (i) Piawaian Kredit yang KetatMengurangkan jualan, pulangan dan kos pembiayaan untuk akaunbelum terima; dan

    (ii) Piawaian Kredit yang LonggarMeningkatkan jualan, pulangan dan kos pembiayaan untuk akaunbelum terima.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    28/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 315

    Aplikasi piawaian kredit boleh dilihat menerusi analisa permohonan kreditpelanggan yang dikendalikan oleh syarikat menerusi sistem 5C. Sistem inimerupakan nilai subjektif kaedah pengukuran yang digunakan secarameluas antara pengurus kredit.

    Kaedah ini mengukur kualiti kredit yang merangkumi lima bahagianutama seperti berikut:

    (i) Keupayaan/KemampuanFaktor keupayaan merujuk pada keupayaan atau kemampuanpelanggan untuk melakukan pembayaran sebagai penentuan awal.Penilaian boleh dilakukan berdasarkan pertimbangan amalanperniagaan termasuk rekod pelanggan sebelum, terutama pelanggan

    yang berkaitan dengan pola dan trend pembayaran.

    (ii) Keadaan Ekonomi AmKeadaan ekonomi am merujuk kepada pembangunan dalamtempatan atau ekonomi secara am yang mempengaruhi perniagaanyang dikendalikan oleh pelanggan. Keadaan ekonomi mungkinsecara tidak langsung mempengaruhi kekuatan para pelanggandalam memenuhi obligasi mereka.

    (iii) ModalFaktor modal merujuk kepada keseluruhan status kewangan para

    pelanggan. Untuk tujuan penilaian kredit, penekanan dilakukan padanisbah berkaitan dengan status pemilikan para pelanggan sepertinisbah hutang ekuiti, nisbah kecairan dan nisbah liputan faedah.

    (iv) PerwatakanPerwatakan merujuk pada semangat yang ditunjukkan olehpelanggan dalam memenuhi janji untuk membayar seperti yangdipersetujui bersama.

    Pegawai kredit yang berpengalaman boleh melakukan anggaran tepatterhadap semangat dan kejujuran pelanggan, berdasarkan maklumat

    seperti rekod lama pelanggan dengan pembekal, bank dan maklumatlatar belakang mengenai perniagaan yang dimiliki oleh pelanggan.

    (v) CagaranCagaran merujuk kepada sebarang aset tetap yang diikrarkan untukkemudahan kredit. Pengurus kewangan akan menilai cagaranberdasarkan nilai dan kebolehpasaran aset yang diikrarkan.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    29/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA316

    (c) Polisi KutipanWalaupun kebanyakan pelanggan akan melakukan bayaran dalam tempohmasa yang ditetapkan, ada juga kalangan mereka yang akan menangguhbayaran secara tidak sengaja disebabkan masalah kewangan.

    Berikut adalah kaedah yang biasa digunakan untuk mengutip akaun belumterima yang telah melebihi set tempoh pembayaran:

    (i) Menghantar surat peringatan;

    (ii) Membuat panggilan telefon;

    (iii) Lawatan persendirian;

    (iv) Memberi semua akaun pada agensi kutipan untuk dikutip;

    (v) Tindakan undang-undang; dan

    (vi) Memasukkan akaun berkenaan sebagai akaun hutang lapuk.

    10.7.3 Kawalan Kredit

    Perbincangan seterusnya melibatkan aspek penting dalam pengurusan akaunbelum terima di mana penilaian terhadap keberkesanan set polisi kredit. Polisikredit yang optimum adalah unik bagi syarikat sebagaimana ia ditentukan olehciri-ciri operasi syarikat itu sendiri. Dua kaedah yang umum digunakan olehsyarikat untuk mengawal akaun belum terima diterangkan seperti berikut:

    (a) Kaedah Purata TempohPurata tempoh kutipan merujuk pada purata tempoh yang dikehendakiuntuk mengutip tunai daripada jualan secara kredit.

    LATIHAN 10.7

    1. Nyatakan komponen polisi kredit.

    2. Jelaskan makna terma kredit 3/15 bersih 40.

    3. Senaraikan lima faktor yang menilai dalam kegunaan sistem 5C.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    30/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 317

    Contoh 10.9Syarikat E-Zet menjual barangan secara kredit dengan terma 2/15bersih 40. Berdasarkan pengalaman sebelum, 70% para pelanggan yangmengambil diskaun dan membayar pada 15 haribulan dan selebihnyamembayar pada hari ke-40. Jualan kredit syarikat sebanyak RM 80,000.Andaikan 360 hari dalam setahun.

    Berdasarkan maklumat di atas, purata tempoh kutipan dikira sepertiberikut:

    Purata tempoh kutipan = 0.7 (15 hari) + 0.3 (40 hari)

    = 22.5 atau 23 hari

    Jika jualan tahunan sebanyak RM 80,000, maka purata jualan kredit sehariadalah seperti berikut:

    Purata jualan kredit sehari =RM80,000

    360

    = RM222.22

    Purata akaun belum terima = Jualan kredit sehari Purata tempoh kutipan

    = RM222.22 23

    = RM5,111.11

    (b) Kaedah Jadual PenuaanJadual penuaan merupakan jadual yang menyenaraikan semua akaunbelum terima para pelanggan berdasarkan umur pada akaun. Jadual inimenyediakan maklumat terhadap peratusan akaun belum terima yangbelum dikutip dan juga peratusan yang melebihi tempoh kredit untuktempoh spesifik.

    Contoh 10.10 menunjukkan bagaimana jadual penuaan membantu pihakpengurusan dalam mengawal akaun belum terima syarikat. Kedua-dua syarikat

    NZJ dan syarikat ZBZ menawarkan terma kredit 4/15 bersih 30 hari kepadapelanggan yang berurusan secara kredit. Jumlah akaun belum terima untukkedua-duanya syarikat sebanyak RM4,000,000. Berikut adalah jadual penuaanuntuk kedua-dua syarikat tersebut:

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    31/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA318

    Contoh 10.10Umur Akaun(Hari)

    Syarikat NZJ Syarikat ZBZNilai Akaun dari Jualan Nilai Akaun dari Jualan

    015 2,400,000 60% 1,400,000 35%

    1630 1,000,000 25% 1,200,000 30%

    3145 600,000 15% 800,000 20%

    Lebih dari 45 0 0 600,000 15%

    4,000,000 100% 4,000,000 100%

    Jadual penuaan di atas menunjukkan 15% pelanggan dari syarikat NZJ telahmelebihi tempoh kredit yang telah ditentukan, sementara 35% pelanggan darisyarikat ZBZ telah gagal membayar dalam tempoh set.

    Kedua-dua syarikat ini perlu melihat pada polisi kredit yang telah ditetapkanuntuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam pengurusan kredit syarikat.

    10.7.4 Baki antara Risiko-Pulangan dalamPengurusan Akaun Belum Terima

    Sebagaimana dalam pengurusan tunai dan sekuriti boleh pasar, pengurusanakaun belum terima adalah penting juga disebabkan ia mempunyai kesanterhadap risiko dan kadar pulangan untuk syarikat. Baki antara risiko dan kadarpulangan merupakan keputusan yang mesti dilakukan oleh pihak pengurusandalam mengurus akaun belum terima syarikat.

    Pengurusan akaun belum terima bermula daripada keputusan sama ada syarikatperlu menjual secara kredit atau tidak. Sehubungan itu, syarikat akanmeletakkan polisi khusus dalam mengurus akaun belum terima di mana iabiasanya dikenali sebagai kredit syarikat.

    Polisi kredit yang longgar biasanya akan meningkat jualan dan ini akan memberikadar pulangan yang tinggi. Namun, pada masa yang sama, polisi ini juga akanmeningkatkan risiko hutang lapuk untuk syarikat. Peningkatan dalam risiko iniakan memberi kesan negatif terhadap kadar pulangan syarikat.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    32/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 319

    Di samping itu, polisi kredit yang ketat akan mengurangkan jualan syarikat.Namun, polisi ini akan mengurangkan risiko hutang lapuk dan secara tidaklangsung memberi kesan positif terhadap kadar pulangan syarikat. Oleh itu,dalam memilih polisi kredit yang khusus, pengurusan syarikat mesti mengambilkira kesan polisi kredit terhadap keseluruhan tahap risiko dan kadar pulangansyarikat.

    Anda terkejut menerima tuntutan cukai sebanyak RM2 juta untuktempoh perniagaan bagi tiga tahun lepas. Sebelum ini, andamenganggap perniagaan anda akan diberi pengecualian cukai oleh

    kerajaan tetapi anda tidak menyimpan dokumen bertulis tentangperkara ini. Cukai ini mesti dilangsaikan sepenuhnya tanpa sebarangpembayaran ansuran dan anda mesti maklumkan isu ini kepada ahlilembaga pengarah. Apakah tindakan anda seterusnya?

    LATIHAN 10.8

    1. Syarikat Biru menawarkan terma 3/10 bersih 30 kepada semuapelanggan yang membeli barangan. Andaikan 60% pelangganmengambil diskaun sementara selebihnya membayar pada hari

    ke 30. Jualan tahunan Syarikat Biru sebanyak RM500,000.Kirakan purata akaun belum terima Syarikat Biru denganandaian bahawa ia berlaku selama 360 hari dalam setahun.

    2. Kedai Barang Runcit Kiki menempah barangan berjumlahRM3,000 setiap tiga bulan. Terma kredit yang telah set olehpembekal adalah 2/10 bersih 30. Jika syarikat mengambil diskaunyang ditawarkan oleh pembekal, kirakan simpanan yang bolehdiperoleh dalam setahun. Andaikan ia berlaku 360 hari dalamsetahun.

    3. Puan Latifah membeli bekalan untuk kedai bakerinya sebanyakRM3,500 daripada Syarikat Pembekal Zarina dengan terma kredit2/15 bersih 30 pada 15 Jun 2011. Beberapakah jumlahpembayaran yang dilakukan oleh Puan Latifah, jika beliaumembuat bayaran pada 27 Jun 2011?

    AKTIVITI 10.4

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    33/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA320

    PENGURUSAN INVENTORI

    Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan pengurusan inventori secaramendalam.

    10.8.1 Jenis Inventori

    Sebelum bermulanya perbincangan mengenai inventori, ia perlu difahamibeberapa jenis inventori yang biasanya dipegang oleh syarikat. Lazimnya,inventori dibahagikan kepada empat kategori seperti berikut:

    (a) Bahan mentahBahan mentah merupakan perkara asas yang dibeli oleh syarikat bagikegunaan proses pembuatan untuk menghasilkan barangan siap. Bahanmentah adalah bahan utama dalam pembuatan barangan siap. Contohnya,kayu digunakan untuk membuat perabot.

    (b) BekalanBekalan adalah barangan yang digunakan dalam proses pembuatan atauoperasi perniagaan. Walau bagaimanapun, bekalan bukan perkara utamadalam barang siap. Ia merupakan perkara tambahan yang digunakanuntuk pembuatan barang siap.

    (c) Barangan sedang ProsesBarangan ini sedang dalam proses pembuatan. Barangan ini sudah siapseparuh yang berada pada peringkat pembuatan khusus dan mesti melaluiproses seterusnya.

    (d) Barangan SiapBarangan siap adalah barangan yang telah siap proses pembuatannya dansedia untuk dijual.

    Jenis inventori yang dipegang oleh syarikat bergantung pada operasi syarikat.

    10.8

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    34/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 321

    10.8.2 Objektif Pengurusan Inventori

    Secara amnya, objektif pengurusan inventori adalah menyediakan inventoriyang cukup bagi menggerakkan syarikat untuk beroperasi secara efisien danproduktif. Untuk mencapai objektif ini, pengurusan inventori secara khususnyamelibatkan dua persoalan seperti berikut:

    (a) Berapa banyakkah inventori mesti dipegang (beli) pada tempoh masa yangtertentu?

    (b) Bilakah masa yang sesuai untuk menyusun semula inventori?

    10.8.3 Kos Berkaitan Inventori

    Pihak pengurusan mesti mengenal pasti kos yang berkaitan dengan inventoridalam usaha untuk mengurangkan kos. Kos yang berkaitan terhadap inventoriadalah seperit berikut:

    (a) Kos Penyimpanan InventoriKos penyimpanan inventori adalah kos menyimpan inventori dari saat ia

    disimpan oleh syarikat hingga dijual. Antara kos penyimpanan inventoriini adalah kos gudang, kos susut nilai, insurans dan cukai dan modal yangterikat dengan inventori.

    Kos penyimpanan inventori mempunyai hubungan secara langsungdengan purata inventori. Ini bermakna kos penyimpanan inventori akanmeningkat dengan peningkatan dalam purata inventori yang dipegang.

    SEMAK KENDIRI 10.7

    Dengan menggunakan contoh Restoran Kentucky Fried Chicken,lengkapkan jenis inventori di bawah.

    1. Bahan mentah ______________________

    2. Bekalan ______________________

    3. Barangan sedang proses ______________________

    4. Barangan siap ______________________

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    35/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA322

    Purata inventori bergantung pada kekerapan tempahan yang dilakukan.Berikut adalah formula untuk mendapatkan purata inventori.

    Rajah 10.7 menunjukan bagaimana purata inventori diperoleh dalambentuk grafik.

    Rajah 10.7:Purata inventoriFormula dan Rajah 10.7 mengandaikan apabila inventori ditempah, jumlahinventori yang disimpan bersamaan dengan nilai 0 (semua inventoriditempah telah jual sepenuhnya).

    Contoh 10.11:Syarikat Intoll menjual 150,000 (S) unit komputer setiap tahun. Inventoriditempah empat kali setiap tahun (N) dan setiap tempahan (Q) adalah37,500 unit. Harga pembelian (P) adalah RM3.50 per unit. Kos modal untukmembiaya inventori adalah 10% dari purata nilai inventori. Kos gudang

    adalah RM3,500, kos insurans sebanyak RM1,000 dan kos susut nilai pulasebanyak RM500.

    Purata inventori A

    37,500=

    2

    18,750

    Bilangan unit setiap tempahan (Q)Purata inventori A

    2S/N

    2

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    36/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 323

    Dengan menggunakan maklumat harga pembelian inventori sebanyakRM3.50 setiap unit, purata nilai inventori adalah:

    Langkah seterusnya mengenal pasti kos-kos yang terlibat dalam peganganinventori. Berdasarkan maklumat yang diberi, kos yang terlibat adalah kospembiayaan, kos gudang, kos insurans dan kos susut nilai.

    Peratusan kos penyimpanan inventori boleh dikira seperti berikut:

    (b) Kos Tempahan InventoriKos tempahan inventori atau JKT adalah kos terlibat dalam prosespenyediaan suatu tempahan untuk mendapatkan inventori. Contoh kostempahan adalah kos panggilan telefon, kos penyediaan kertas kerja, kospenghantaran dan kos pengendalian.

    Jumlah kos penyimpanan% daripada penyimpanan inventoriPurata nilai inventori

    RM11,562.50

    RM65,625

    0.17619 atau 17.62%

    Jumlah kos penyimpanan inventori (JKP) = (RM65,625 0.10) +

    RM3,500 + RM1,000 +

    RM500

    = RM11,562.50

    Purata Nilai Inventori = (P)(A)

    = (RM3.50) (18,750 unit)

    = RM65,625

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    37/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA324

    Kos tempahan inventori adalah kos tidak ubah. Kos tempahan adalah tetapuntuk tempahan spesifik tanpa mengambil kira saiz tempahan yang dibuat.Jumlah kos tempahan boleh dikira seperti berikut:

    Di mana:F = Kos tetap untuk setiap tempahan

    S = Unit jualan setiap tahun

    A = Purata inventori

    Contoh 10.12Jika S = 150,000 unit, A = 18,750 unit dan F = RM500, berapakah jumlah kostempahan?

    150,000Jumlah Kos Tempahan (JKT) 500

    2(18,750)

    RM2,000

    (c) Jumlah Tahunan Kos InventoriJumlah kos inventori atau JKI merangkumi semua kos berkaitan inventoridi mana ia kos membawa inventori dan kos tempahan inventori.

    Berdasarkan pada contoh pengiraan sebelumnya, jumlah kos inventoriboleh dikira seperti berikut:

    Jumlah Kos Inventori (JKI) = JKP + JKT

    = RM11,562.50 + RM2,000

    = RM13,562.50

    Jumlah Kos Tempahan (JKT)

    Unit jualan setiap tahunKos tetap setiap tempahan

    2 (Purata inventori)

    SF

    2A

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    38/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 325

    10.8.4 Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE)

    Bahagian ini memberi jawapan soalan pertama di mana ia dinyatakan dalammencapai objektif pengurusan inventori iaitu: Berapa banyakkah inventori mestidipegang pada tempoh masa yang tertentu?

    Model Kuantiti Pesanan Ekonomi dikenali juga sebagai Model KPE merupakankaedah yang diguna untuk memastikan kuantiti pesanan inventori yangoptimum untuk syarikat. Rajah 10.8 menunjukan Model KPE dalam bentukgrafik.

    Rajah 10.8:Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (KPE)Rajah 10.8 menunjukan kos membawa inventori meningkat dengan peningkatandalam purata inventori (sila rujuk pada garisan JKP; Jumlah Kos Penyimpanan).Ini bermakna kuantiti pesanan yang tinggi akan meningkatkan kos penyimpananinventori yang mesti ditanggung oleh syarikat. Oleh itu, kos yang berkaitandengan aktiviti inventori ini seperti insurans, cukai dan penyimpanan gudangakan meningkat dengan peningkatan dalam purata inventori.

    Kos tempahan akan menurun apabila kuantiti tempahan inventori meningkat.

    Ini kerana saiz tempahan besar akan mengurangkan kekerapan tempahan. Inidapat dilihat dalam Rajah di atas menunjukan keluk JKT (Jumlah KosTempahan) akan menurun apabila kuantiti tempahan meningkat.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    39/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA326

    Jumlah kos penyimpanan dan tempahan adalah keseluruhan jumlah kos inventori(sila rujuk keluk JKI; Jumlah Kos Inventori). Tahap minimum pada keluk JKI (sepertiyang ditunjuk dengan garisan putus) adalah tahap KPE di mana kuantiti tempahaninventori yang optimum untuk syarikat. Dalam Rajah 10.8, didapati keluk JKB(keluk Jumlah Kos Membawa) dan keluk JKT (keluk Jumlah Kos Tempahan) jugamelangkahi pada tahap ini. Ini menunjukan tahap KPE, jumlah kos bawa danjumlah kos tempahan adalah sama. Oleh itu, di tahap ini juga, jumlah kos inventoriadalah pada paras minimum.

    Tahap KPE boleh dikira menggunakan formula seperti berikut:

    Di mana:

    KPE = Kuantiti Pesanan Ekonomi

    F = Kos tetap dalam tempahan

    S = Jualan tahunan (unit)

    C = Kos penyimpanan (peratusan nilai inventori)

    P = Harga pembelian setiap unit inventori

    Kegunaan Model KPE berdasarkan beberapa andaian di mana:

    (a) Jualan adalah sama sepanjang tahun;

    (b) Jualan boleh diramalkan dengan tepat;

    (c) Tempahan dilakukan akan diterima mengikut jadual; dan

    (d) Kos menyimpan dan kos tempahan adalah malar.

    2(F)(S)

    KPE (C)(P)

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    40/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 327

    Contoh 10.13Jualan Syarikat Zulia sebanyak 50,000 unit setahun. Peratusan kospenyimpanan adalah 20% daripada nilai inventori. Harga pembelianadalah RM15 seunit dan kos tempahan untuk setiap tempahan adalahRM1,500. Berdasarkan maklumat yang diberi, tahap KPE adalah seperti

    berikut:

    S = 50,000 unit setahun

    C = 20% or 0.2

    P = RM15

    F = RM1,500

    2(1,500) (50,000)KPE

    (0.2)(15)

    7,071 unit

    Ini bermakna Syarikat Zulia akan menempah 7,071 unit setiap masa setiap kalitempahan dibuat. Oleh itu, tempahan-tempahan akan dibuat tujuh kali dalamsetahun (50,000/7,071). Jumlah kos terlibat dengan tahap tempahan sebanyak7,071 unit adalah seperti berikut:

    JKI = JKP + JKT= (C) (P) (Q/2) + (F)(S/Q)

    = (0.2) (15.00)(7,071/2) + (RM1,500)(50,000/7,071)

    = 10,606 + 10,606

    = 21,212

    Oleh itu, jumlah kos inventori pada kuantiti KPE adalah RM21,212 dan jumlahkos penyimpanan (JKP) dan kos tempahan (JKT) adalah sama iaitu RM10,606.

    Persoalan kedua yang perlu dijawab dalam memenuhi objektif pengurusan

    inventori adalah:

    Bilakah masa yang sesuai untuk memesan semula inventori?

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    41/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA328

    Kesesuaian masa untuk tempah semula inventori dikenali sebagai titik tempahansemula. Titik tempahan semula merujuk pada tahap inventori di mana tempahanseterusnya perlu dilakukan. Penentuan tahap tempahan semula adalah pentinguntuk mengelak masalah-masalah seperti kekurangan inventori atau inventorisudah habis. Tiga faktor yang mempengaruhi titik tempahan semula adalahseperti berikut:

    (a) Stok SelamatStok selamat adalah lebihan stok yang dipegang oleh syarikat untukmengatasi masalah kekurangan stok. Apabila jumlah stok mencapai tahapstok selamat, syarikat akan melakukan tempahan baru. Rajah 10.9menunjukan kesan stok selamat terhadap titik tempahan semula (kesanmasa tunggu dan barang dalam perjalanan terhadap titik tempahan semula

    tidak diambil kira)

    Rajah 10.9:Kesan stok selamat terhadap titik pesanan semula(b) Masa Tunggu Perintah Penerimaan

    Masa tunggu merujuk pada tempoh masa yang diambil dari masapenempahan dilakukan hingga masa inventori diterima oleh syarikat.Rajah 10.10 menunjukkan kesan masa tunggu terhadap titik pesanansemula (kesan barang dalam perjalanan terhadap titik pesanan semulatidak diambil kira).

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    42/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 329

    Rajah 10.10:Kesan masa tunggu dan stok selamat ke atas titik pesanan semulaTitik pesanan semula boleh dikira menggunakan formula seperti berikut:

    Contoh 10.14Syarikat D-Dee menjual 130,000 unit inventori setahun. Andaikan jualanadalah tidak berubah sepanjang tahun. Oleh itu, kegunaan inventori dalamseminggu adalah 2,500 unit (anggap 52 minggu dalam setahun). Jika masatunggu adalah tiga minggu, pengiraan titik tempahan semula adalahseperti berikut:

    Titik tempahan semula = 2,500 3 minggu

    = 7,500 unit

    JualanTitik pesanan semula masa tunggu

    52 minggu

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    43/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA330

    (c) Barang dalam PerjalananBarang dalam perjalanan merupakan barang yang telah ditempah tetapibelum diterima lagi. Barang dalam perjalanan wujud bila masa tunggu ataumasa yang diambil setelah satu tempahan telah dilakukan hingga masayang diambil terlalu lama dari masa di antara satu tempahan dengantempahan seterusnya. Lihat contoh bagaimana barang dalam perjalanandiambil kira dalam menentukan titik tempahan semula. Rajah 10.11menunjukkan kesan stok selamat, masa tunggu dan barang dalamperjalanan terhadap titik tempahan semula.

    Rajah 10.11: Kesan stok selamat, masa tunggu dan barang dalam perjalananterhadap titik pesanan semula

    Titik tempahan semula

    JualanMasa tunggu Barang dalam perjalanan52 Minggu

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    44/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 331

    Contoh 10.15Andaikan sebuah syarikat mengambil tiga minggu untuk menunggutempahan baru diterima dan penggunaan mingguan sebanyak 2,500 unit.Kuantiti tempahan adalah 2,000 unit dan masa di antara tempahan-tempahan adalah dua minggu. Tahap inventori apabila tempahan barudilakukan mesti dilakukan seperti berikut:

    Titik tempahan semula = (3 2,500) 2,000

    = 7,500 2,000

    = 5,500 unit

    Dalam contoh di atas, syarikat memerlukan tempahan inventori semula

    pada tahap 5,500 unit selepas mengambil kira stok masa tunggu untuktempahan sebanyak 7,500 unit diterima dan barang dalam perjalanansebanyak 2,000 unit untuk sampai.

    10.8.5 Baki antara Risiko-Pulangan dalamPengurusan Inventori

    Seperti yang dibincangkan sebelum ini, pengurusan tunai dan sekuriti bolehpasar termasuk juga akaun belum terima melibatkan baki antara risiko dankadar pulangan. Pertimbangan yang sama diambil kira oleh para penguruskewangan apabila mengurus inventori syarikat.

    Pengurusan inventori tidak boleh dipisahkan daripada pengurusan akaun belumterima sebagaimana kedua-dua saling berkaitan satu sama lain. Perubahandalam jualan akan mempunyai kesan terhadap akaun belum terima daninventori. Oleh itu, pengurusan mesti mengambil kira hubungan antara kedua-duanya perkara ini sebelum membuat sebarang keputusan melibatkan akaunbelum terima dan inventori.

    LATIHAN 10.9

    1. Jelaskan objektif pengurusan inventori secara am.

    2. Apakah kegunaan Model KPE?

    3. Jelaskan andaian yang dilakukan bagi menggunakan Model KPE.

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    45/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA332

    Contoh yang akan dibincangkan seterusnya menunjukkan bagaimana tahappegangan inventori syarikat akan mempengaruhi risiko dan kadar pulangansyarikat. Kedai barang runcit perlu melabur dalam inventori. Ia tidak akanberoperasi jika tidak ada langsung inventori untuk dijual. Oleh itu, pemilik kedaimesti melakukan anggaran tahap dan jenis inventori yang akan dijual dalamkedainya. Risiko yang mungkin dihadapi oleh pemilik kedai adalah risikokehilangan para pelanggan. Contoh, pegangan inventori yang terlalu perlahanakan mengakibatkan kedai sentiasa kehabisan stok dan para pelanggan yangkerap datang akan membeli di kedai yang lain pula.

    Untuk mengatasi masalah kekurangan inventori atau kehabisan inventori,penjaga stor akan mula membeli banyak inventori. Anda perlu ingat semakintinggi inventori akan melibatkan kos yang tinggi dan ini akan memberi kesan

    negatif secara keseluruhannya terhadap kadar pulangan syarikat. Oleh yangdemikian, pemilik kedai mesti menentukan tahap minimum pegangan inventoridengan tahap risiko yang boleh diterima dan kadar pulangan yang dikehendaki.

    Sila layari laman web berkenaan untuk mendapatkan maklumattambahan terhadap topik yang telah dibincangkan.

    http://www.va-

    interactive.com/inbusiness/editorial/finance/ibt/cash_bud.html

    Deskripsi: Penilaian belanjawan tunai serta kalkulator web interaktif.http://www.learningforlife.fsu.edu

    Deskripsi: Asas kepada perancangan kewangan.http://www.businesstown.com

    Deskripsi: Pengenalan dan definisi pro forma Penyata Pendapatan.http://www.financeprofessor.com/fin402/notes/shorttermfinance.html

    Deskripsi: Penjelasan terperinci mengenai pengurusan kewangan

    angka pendek

    AKTIVITI 10.5

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    46/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA 333

    1. Maklumat berkenaan diperolehi daripada Syarikat Bertam:

    Jualan tahunan = 20,000 unit

    Harga beli seunit = RM1.50

    Kos penyimpanan = 15% daripada nilai inventori

    Kos tempahan = RM5

    Masa tunggu = 2 minggu

    (a) Kira kuantiti pesanan ekonomi untuk Syarikat Bertam.

    (b) Kira jumlah kos inventori untuk Syarikat Bertam pada tahapKPE.

    (c) Kira titik tempahan semula untuk Syarikat Bertam.

    2. Berikut adalah maklumat yang diperolehi oleh Syarikat Keat:

    Jualan tahunan = 100,000 unit

    Harga beli seunit = RM2.50

    Kuantiti pesanan ekonomi (KPE) = 35,000

    Tempoh penghantaran inventori = 15 hari

    Kos penyimpanan = 10% dari nilai inventori

    Andaikan ada 365 hari dalam setahun.

    Berdasarkan maklumat yang diberi, tentukan:

    (a) Titik tempahan semula untuk inventori

    (b) Tahap purata inventori

    (c) Kos bawa tahunan

    LATIHAN 10.10

  • 5/27/2018 Topik 10 Pengurusan Modal Kerja

    47/47

    TOPIK 10 PENGURUSAN MODAL KERJA334

    Pengurusan modal kerja merangkumi baki risiko-pulangan dalampengurusan tunai, pengurusan akaun belum terima dan pengurusaninventori dalam memastikan tahap pulangan keuntungan selari denganpembelanjawan yang dilakukan.

    Akaun belum terima wujud apabila jualan dilakukan secara kredit. Akaunbelum terima pada tempoh spesifik dipengaruhi oleh tahap jualan kreditsyarikat dan tempoh masa dikehendaki dalam kutipan tunai dari jualankredit tersebut. Pengurusan inventori melibatkan baki antara risiko dankadar pulangan.

    Inventori mesti diuruskan sebijaknya sebagaimana ia merupakan pelaburansyarikat yang terikat dan tidak boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan lain.

    Akaun belum terima

    Akruan

    Aset semasa

    Bil perbendaharaan

    Kawalan kredit

    Kertas komersil

    Kitaran penukaran tunai

    Kuantiti pesanan ekonomi (KPE)

    Kredit perdagangan

    Modal kerja bersih

    Overdraf

    Pendekatan agresif

    Pinjaman bank

    Penerimaan bank

    Pendekatan konservatif

    Polisi kredit

    Pemfaktoran

    Pendekatan sederhana

    Pembiayaan terunding

    Pembiayaan spontan

    Pengurusan modal kerja

    Sekuriti boleh pasar

    Sijil pendahuluan terunding

    Terma kredit