topik 7 alirantunai pembelanjawan modal

21
PENGENALAN Beberapa teknik utama dalam belanjawan modal dibincangkan dalam Topik 6 yang memerlukan anggaran aliran tunai dalam pengiraan. Tanpa anggaran aliran tunai, kita tidak dapat mengaplikasikan teknik tersebut. Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami kesilapan anggaran aliran tunai belanjawan modal akan menghasilkan keputusan tidak tepat yang boleh menyebabkan hasil kekayaan pemilik menurun dan bukannya meningkatkan kekayaan pemilik. Topik ini akan membincangkan anggaran aliran tunai belanjawan modal dengan melihat kepada tiga jenis aliran tunai yang terlibat pada masa itu. Anda akan mendapati bahawa pemisahan ini adalah sesuai kerana keunikan aliran tunai terlibat pada masa itu. Selepas itu, kita akan menganalisis item yang perlu diambil kira dalam menganggarkan setiap aliran tunai tersebut. Akhir sekali, kita akan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam membuat keputusan belanjawan modal. T T o o p p i i k k 7 7 Aliran Tunai Pembelanjawan Modal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengaplikasikan garis panduan dalam anggaran aliran tunai; 2. Menjelaskan aliran perbelanjaan awal; 3. Menjelaskan operasi dan terminal aliran tunai; dan 4. Mengaplikasikan teknik pembelanjawan modal dalam membuat keputusan.

Upload: mohdilham

Post on 23-May-2017

254 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� PENGENALAN

Beberapa teknik utama dalam belanjawan modal dibincangkan dalam Topik 6 yang memerlukan anggaran aliran tunai dalam pengiraan. Tanpa anggaran aliran tunai, kita tidak dapat mengaplikasikan teknik tersebut. Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami kesilapan anggaran aliran tunai belanjawan modal akan menghasilkan keputusan tidak tepat yang boleh menyebabkan hasil kekayaan pemilik menurun dan bukannya meningkatkan kekayaan pemilik.

Topik ini akan membincangkan anggaran aliran tunai belanjawan modal dengan melihat kepada tiga jenis aliran tunai yang terlibat pada masa itu. Anda akan mendapati bahawa pemisahan ini adalah sesuai kerana keunikan aliran tunai terlibat pada masa itu. Selepas itu, kita akan menganalisis item yang perlu diambil kira dalam menganggarkan setiap aliran tunai tersebut. Akhir sekali, kita akan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam membuat keputusan belanjawan modal.

TTooppiikk

77

� Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengaplikasikan garis panduan dalam anggaran aliran tunai;

2. Menjelaskan aliran perbelanjaan awal;

3. Menjelaskan operasi dan terminal aliran tunai; dan

4. Mengaplikasikan teknik pembelanjawan modal dalam membuatkeputusan.

Page 2: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL �

237

GARIS PANDUAN DALAM MENGANGGARKAN ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

Bagi memastikan keputusan yang tepat mengenai pembelanjawan modal, pengurus kewangan perlulah mengambil kira beberapa garis panduan yang penting. Secara umumnya, aliran tunai belanjawan modal perlu memenuhi ciri-ciri berikut:

(a) AAliran Tunai Tambahan Aliran tunai belanjawan modal hanya melibatkan komponen aliran tunai

yang berubah sebagai hasil projek yang dinilai. Katakan Projek A akan memberikan hasil jualan tunai kepada firma dengan peningkatan daripada RM1 juta kepada RM1.5 juta. Dalam anggaran aliran tunai belanjawan modal Projek A, kita hanya mengambil kira aliran masuk sebanyak RM0.5 juta dan bukan keseluruhan RM1.5 juta. Ini kerana kita harus mengambil kira kesan ke atas projek tersebut. Dalam contoh ini, konsep aliran tunai tambahan agak ketara. Walau bagaimanapun, dalam situasi tertentu, kita mungkin keliru jika kita tidak berhati-hati. Garis panduan menentukan sama ada aliran tunai meningkat atau tidak, bandingkan dengan aliran tunai jika pelaburan projek berkenaan dibuat dengan aliran tunai tanpa projek.

(b) MMengambil Kira Kesan Cukai Satu lagi ciri penting untuk aliran tunai belanjawan modal adalah

mengambil kira aliran tunai selepas cukai. Cukai yang dikenakan ke atas pendapatan hendaklah dibayar. Oleh itu, ia perlu diambil kira pada awal pengiraan. Ciri ini ditekankan kerana kita sentiasa tidak mengambil kira kesan cukai walaupun ia mempengaruhi jumlah aliran masuk dan keluar tunai projek tersebut. Bayangkan jika kadar cukai sebanyak 30% dikenakan dan kita menjangkakan untuk menerima sebanyak RM1 juta. Kita perlu sedar bahawa pada hakikatnya, kita tidak menikmati RM1 juta tetapi hanya RM700,000.

7.1

SEMAK KENDIRI 7.1

Jelaskan beberapa garis panduan yang membantu dalammenganggarkan aliran tunai untuk belanjawan modal.

Page 3: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

238

(c) TTidak Mengambil kira Kesan Kewangan Pelaburan dalam modal aset melibatkan sejumlah wang sama ada datang

daripada sumber luaran atau sumber dalaman. Setiap sumber tersebut semestinya melibatkan kos. Apabila menganggarkan aliran tunai belanjawan modal, kos ini tidak diambil kira. Katakan pelaburan melibatkan kewangan daripada bank, di mana faedah dikenakan sebanyak RM30,000 setahun. Apabila menganggarkan aliran tunai bagi belanjawan modal, kita tidak boleh mengambil kira kos. Ini kerana, sebagaimana yang diperhatikan pada topik kos modal, kesan kewangan ini perlu diambil kira apabila kos modal digunakan untuk diskaun aliran tunai. Jika ia diambil kira dalam pengiraan aliran tunai, kesan ke atas kewangan dikira dua kali. Kaedah ini juga boleh membezakan keputusan pelaburan daripada keputusan kewangan.

Beberapa garis panduan lain yang boleh membantu dalam anggaran aliran tunai bagi belanjawan modal adalah:

(a) AAbaikan Kos Hangus Kos hangus adalah kos yang telah dibelanjakan dan tidak mempengaruhi

keputusan untuk menerima/menolak projek. Contoh kos hangus adalah kos pembinaan makmal penyelidikan yang telah siap sebelum projek menghasilkan produk baru dipertimbangkan. Berdasarkan konsep aliran tunai tambahan, kos hangus tidak seharusnya diambil kira dalam pengiraan aliran tunai belanjawan modal, terutamanya aliran tunai permulaan.

(b) JJangan Abaikan Kos Peluang Kos peluang ditakrifkan sebagai aliran tunai yang boleh diperoleh jika

projek tersebut masih tidak dilaksanakan dan dalam pertimbangan. Contohnya, pendapatan sewa kilang telah diberhentikan kerana projek tersebut. Berdasarkan konsep aliran tunai tambahan, kos ini seharusnya diambil kira dalam aliran keluar tunai kerana aliran tunai firma menurun akibat pelaksanaan projek tersebut.

(c) JJangan Abaikan Kesan Sampingan Kesan sampingan adalah kesan apabila menerima projek pada bahagian

lain firma. Contohnya, kesan bagi projek mengeluarkan produk baru pada tahap produk lain. Kesan ini mungkin aliran keluar tunai atau aliran masuk tunai, bergantung sama ada kesan positif atau negatif. Kita perlu mengambil kira kesan sampingan kerana ia adalah selaras dengan konsep aliran tunai tambahan. Kegagalan untuk mengenal pasti kesan sampingan boleh menyebabkan projek yang dijangka menguntungkan tetapi menjadi tidak menguntungkan dan hasilnya mengakibatkan kesan negatif kepada nilai firma tersebut.

Page 4: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL �

239

Setelah kita mengenal pasti beberapa garis panduan yang penting dalam menganggarkan aliran tunai belanjawan modal, langkah seterusnya adalah mengenal pasti jenis aliran tunai berdasarkan masa kejadian. Tiga jenis aliran tunai berdasarkan masa kejadian adalah:

(a) Perbelanjaan Awal (IO);

(b) Operasi Aliran Tunai (OCF); dan

(c) Terminal Aliran Tunai (TCF).

Rajah 7.1 menunjukkan tiga aliran tunai berdasarkan garis masa.

Rajah 7.1: Garis masa menunjukkan jenis aliran tunai belanjawan modal

PERBELANJAAN AWAL

Perbelanjaan awal (IO) bagi projek pembelanjawan modal merujuk kepada jumlah aliran keluar tunai yang dijangkakan akan berlaku pada peringkat awal pelaburan bagi membolehkan aset atau projek berjalan dengan lancar. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1, IO merupakan aliran wang tunai pada masa O. Singkatan IO sering digunakan untuk mewakili perbelanjaan awal.

Antara perkara utama yang terlibat dalam anggaran IO adalah:

(a) Kos membeli, memasang dan mengangkut aset baru;

(b) Perubahan kepada modal kerja bersih firma kerana pelaburan yang dibuat; dan

(c) Hasil jualan selepas cukai daripada aset lama yang harus dijual jika projek diterima.

7.2

SEMAK KENDIRI 7.2

Apakah yang anda faham tentang perbelanjaan awal?

Page 5: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

240

Pengiraan IO bergantung kepada:

� Semua perkara yang disebutkan di atas; dan

� Sistem cukai yang dikuatkuasakan.

Mari kita bincangkan item dalam anggaran IO.

(a) KKos Membeli, Memasang dan Pengangkutan Aset Baru Seperti yang dibincangkan dalam bahagian 7.1, kita hendaklah berhati-hati supaya tidak memasukkan kos hangus, contohnya, kos untuk menubuhkan makmal di mana keputusan telah dibuat sebelum belanjawan modal. Bagi memudahkan, hanya kos yang perlu dibelanjakan akan diambil kira untuk memudahkan projek beroperasi.

(b) PPerubahan Modal Kerja Bersih Modal kerja bersih (NWC) adalah bersamaan dengan aset semasa ditolak dengan liabiliti semasa. Projek belanjawan modal mempunyai kesan ke atas tahap NWC yang dibuat oleh firma. Sebagai contoh, pembukaan kilang baru dijangka akan meningkatkan tahap akaun perlu dibayar sebanyak RM500,000 (disebabkan oleh peningkatan pembelian bahan mentah dan lain-lain secara kredit), tahap akaun belum terima sebanyak RM800,000 (disebabkan oleh peningkatan dalam jualan kredit), tahap inventori sebanyak RM400,000 dan juga tahap pinjaman jangka pendek sebanyak RM100,000.

Peningkatan ini adalah tidak seimbang antara aset semasa dan liabiliti semasa yang menyebabkan modal kerja bersih berubah, sama ada meningkat atau menurun. Secara ringkasan, perubahan dalam NWC adalah diwakili oleh persamaan berikut:

�NWC = Aset�Semasa�–�Liabiliti�Semasa (7.1)

Dalam contoh di atas, perubahan pada tahap modal kerja bersih dikira seperti berikut:

��Akaun belum terima 800,000� Inventori 400,000� Pinjaman jangka pendek – 100,000��Akaun perlu dibayar – 500,000

� NWC 600,000

Page 6: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL �

241

Peringkat modal kerja bersih telah meningkat sebanyak RM600,000. Tahap NWC akan menurun jika NWC mempunyai nilai negatif. Perhatikan bahawa simbol negatif digunakan untuk peningkatkan liabiliti semasa dan juga sama apabila terdapat penurunan dalam aset semasa.

Peningkatan dalam modal kerja bersih melibatkan sejumlah wang tunai yang terikat kepada firma, ia dianggap sebagai aliran keluar tunai manakala penurunan dalam modal kerja bersih melibatkan pengeluaran wang tunai dan dianggap sebagai aliran masuk tunai.

Perubahan dalam NWC adalah salah satu perkara penting dalam pengiraan IO kerana perubahan ini biasanya berlaku apabila projek bermula.

(c) HHasil Jualan Aset Lama, Selepas Cukai Bagi projek penggantian di mana aset baru dibeli untuk menggantikan aset

lama, hasil daripada penjualan aset lama hendaklah diambil kira sebagai salah satu aliran masuk tunai dalam pengiraan IO kerana penggantian ini biasanya berlaku pada awal projek.

Dalam sesetengah sistem cukai, keuntungan modal iaitu keuntungan yang didapati daripada jualan aset modal akan dikenakan cukai. Sementara itu, kerugian yang berlaku akibat jualan aset modal adalah penjimatan cukai. Oleh itu, kita hendaklah mengambil kira kesan cukai dalam pengiraan IO melalui pengiraan hasil jualan, selepas cukai.

Ia perlu diberi perhatian kerana:

� Cukai dikenakan ke atas komponen keuntungan pelupusan sahaja dan bukan keseluruhan jualan aset; dan

� Keuntungan pelupusan adalah lebihan daripada jualan aset baru iaitu nilai buku.

Persamaan berikut akan membantu kita untuk memahami dan mengira hasil jualan daripada aset lama selepas cukai:

(a) Hasil jualan selepas cukai = Harga jualan – Peningkatan dalam cukai

(b) Cukai masuk = Kadar cukai (keuntungan pelupusan)

(c) Keuntungan pelupusan = Harga jualan – Nilai buku

(d) Nilai buku = Harga asal – Susut nilai terkumpul

Page 7: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

242

(e) Susut nilai tahunan = Kos asal

Hayat ekonomi aset

Pengiraan susut nilai di atas diandaikan bahawa aset tersebut disusutnilaikan berdasarkan kaedah garis lurus dan sama seperti elaun modal.

Sekarang, kita akan lihat bagaimana hasil jualan aset selepas cukai dan perubahan dalam modal kerja bersih yang dikendalikan seperti contoh 7.1 dan 7.2.

Contoh 7.1 Projek A melibatkan penggantian mesin pengisaran lama dengan mesin pengisaran yang baru. Mesin pengisaran lama dibeli pada harga RM250,000 tiga tahun lepas dan mempunyai jangka hayat selama 5 tahun. Apakah hasil jualan aset selepas cukai jika mesin lama boleh dijual pada harga RM120,000 sekarang dan kadar cukai marginal adalah 30%?

Penyelesaian:

Langkah 1: Dapatkan nilai buku mesin lama.

Nilai buku mesin lama = Harga asal – Susut nilai terkumpul

= RM250,000 – RM150,000*

= RM100,000

* Andaian:

• Aset adalah susut nilai dalam garis lurus.

• Susut nilai tahunan adalah bersamaan dengan RM50,000 setahun iaitu � �RM250,000

5

• Susut nilai terkumpul adalah RM150,000 (RM50,000 � 3 tahun)

Page 8: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL �

243

Pengiraan berikut juga boleh digunakan untuk mendapatkan nilai buku mesin lama:

Nilai buku mesin lama = Susut nilai tahunan � Lebihan jangka hayat

= RM50,000 setahun � 2 tahun

= RM100,000

Langkah 2: Dapatkan keuntungan modal untuk mesin lama.

Keuntungan modal = Harga jualan – Nilai buku

= RM120,000 – RM100,000

= RM20,000

Langkah 3: Dapatkan kesan cukai.

= RM20,000 � 0.3

= RM6,000

Langkah 4: Kira hasil jualan selepas cukai bagi mesin lama.

= Harga jualan – Peningkatan dalam cukai

= RM120,000 – RM6,000

= RM114,000

Perhatikan bahawa dalam kes kerugian modal, kita akan memperoleh penjimatan cukai di mana untuk mengira hasil jualan aset selepas cukai, kita perlu tambah dengan penjimatan cukai kepada harga jualan aset.

Secara rumusan, formula hasil jualan aset selepas cukai seperti berikut:

Hasil jualan selepas cukai = Harga jualan – Peningkatan dalam cukai

= Harga jualan – [Kadar cukai (Harga jualan – Nilai buku)]

Page 9: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

244

Contoh 7.2 menunjukkan pengiraan Perbelanjaan Awal (IO).

Contoh 7.2 Syarikat Teguh bercadang untuk membeli mesin campuran simen baru untuk menggantikan mesin lama. Mesin lama telah dibeli 6 tahun lepas pada harga RM200,000 dan telah disusutnilaikan mengikut kaedah garis lurus untuk nilai sisaan bersamaan dengan sifar, sepanjang hayat selama 10 tahun.

Jika syarikat bercadang untuk menggantikan mesin lama, ia boleh dijual pada harga RM120,000. Harga mesin baru adalah RM300,000 manakala kos pengangkutan adalah RM20,000 dan kos pemasangan adalah RM10,000. Bagi mencapai tahap baru produktiviti, inventori bahan mentah hendaklah meningkat sebanyak RM20,000 dan akaun yang perlu dibayar akan meningkat sebanyak RM10,000. Kadar cukai marginal syarikat adalah 30%. Berdasarkan pada maklumat ini, kira perbelanjaan awal.

Penyelesaian:

* Perubahan dalam NWC = Inventori – Akaun perlu dibayar

= RM20,000 – RM10,000

= RM10,000 (aliran keluar)

** Hasil jualan selepas = Harga jualan – Peningkatan dalam cukai cukai untuk mesin lama

= RM120,000 – RM12,000 ***

= RM108,000 (aliran masuk)

*** Peningkatan dalam cukai = Kadar cukai (Harga jualan – Nilai buku)

= 0.3 [RM120,000 – Sepanjang hayat (Susut nilai tahunan)]

= 0.3 [RM120,000 – 4 (RM20,000)]

= 0.3 (RM40,000)

= RM12,000

Perbelanjaan awal = (300,000 + 20,000 + 10,000 + 10,000 – 108,000)

= RM232,000

Page 10: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL �

245

OPERASI ALIRAN TUNAI

Operasi aliran tunai untuk projek belanjawan modal merujuk kepada aliran masuk tunai tambahan yang dijangka berlaku pada awal tahun pertama sehingga akhir hayat projek kerana pelaburan dibuat dalam projek tersebut. Seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.1, OCF ialah aliran tunai dari masa 1 hingga n. Singkatan OCF sering digunakan untuk mewakili operasi aliran tunai.

Antara perkara yang perlu diambil kira dalam pengiraan OCF adalah seperti berikut:

(a) Perubahan hasil jualan;

(b) Perubahan kos operasi tunai; dan

(c) Perubahan cukai.

Projek belanjawan modal boleh menyebabkan perubahan pada sebarang item di atas atau semua sekali gus. Projek pembangunan, contohnya, mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melibatkan perubahan kepada semua item di atas, manakala projek automasi pembuatan mempunyai kebarangkalian

7.3

Harga pembelian mesin baru adalah RM35,000, kos penghantaranadalah RM3,000 dan kos pemasangan adalah RM3,000. Jangka hayatmesin adalah selama 5 tahun. Mesin lama telah dibeli pada hargaRM15,000 dan boleh dijual pada RM17,000. Mesin ini mempunyai nilaibuku sebanyak RM10,000. Hasil daripada penggunaan mesin baru,inventori telah meningkat sebanyak RM5,000. Kadar cukai yangdikenakan adalah 30%. Apakah pelaburan awal untuk projekpenggantian ini?

LATIHAN 7.1

Perhatikan dalam contoh 7.2, hasil jualan mesin lama selepas cukai telah ditolak dalam proses mendapatkan perbelanjaan awal. Kenapa?

AKTIVITI 7.1

Page 11: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

246

yang lebih tinggi untuk melibatkan pengurangan dalam kos operasi tunai dan cukai. Peningkatan dalam pendapatan adalah aliran masuk tunai, manakala peningkatan kos dan cukai adalah aliran keluar tunai. Secara umumnya, OCF boleh dinyatakan dalam persamaan berikut:

OCF n = ’ �S n – ’ �E n – ’ �T n (7.2)

Di mana:

�S n = Peningkatan hasil jualan untuk tahun n

�E n = Peningkatan perbelanjaan tunai untuk tahun n

�T n = Peningkatan cukai untuk tahun n

Oleh kerana ’�En hanya melibatkan perbelanjaan tunai, perubahan dalam susut nilai yang merupakan sejenis perbelanjaan bukan tunai, tidak diambil kira dalam pengiraan tersebut. Walau bagaimanapun, sebagai item potongan cukai, perubahan dalam susut nilai akan mempengaruhi perubahan kepada cukai (andaikan bahawa susut nilai ini adalah sama dengan elaun modal). Oleh itu, ia adalah penting bagi pengiraan OCF. Sepatutnya, pelaburan dalam projek A menyebabkan peningkatan dalam susut nilai tahunan sebanyak RM50,000. Walaupun RM50,000 ini tidak melibatkan aliran tunai, ia juga boleh menjimatkan cukai sebanyak RM50,000 � kadar cukai. Penjimatan ini hendaklah diambil kira dalam pengiraan OCF untuk projek ini.

Ada beberapa formula untuk mengira OCF. Dengan menggunakan formula 7.2, kita boleh mengembangkan formula seperti berikut:

OCFm = �Sn – �En – �Tn =� �Sn – ’ En – t (’�Sn – ’�En – �Dn)

= (�Sn – �En) (1+t) + t(�Dn) (7.3a)

= (�Sn – �En – �Dn) (1– t) +�Dn (7.3b)

= �NIn + �Dn (7.3c)

Di mana:

�Sn = Peningkatan dalam hasil jualan untuk tahun n

�Dn = Peningkatan dalam susut nilai untuk tahun n

�En = Peningkatan dalam perbelanjaan tunai untuk tahun n

Page 12: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL �

247

�Tn = Peningkatan dalam cukai untuk tahun n

�NIn = Peningkatan dalam pendapatan bersih untuk tahun n

t = Kadar cukai

�Dn dikira seperti berikut:

�Dn = Jumlah susut nilai baru – Jumlah susut nilai lama

Persamaan 7.3b menyatakan bahawa aliran tunai bagi tahun n bersamaan dengan peningkatan pendapatan bersih (NI) serta peningkatan dalam susut nilai. Ini boleh dinyatakan dengan mudah; kerana pengiraan pendapatan bersih (NI) melibatkan potongan susut nilai (D), kos bukan tunai, oleh itu untuk mengira OCF, susut nilai ini ditambah balik. Anda akan lihat bagaimana persamaan ini digunakan melalui Contoh 7.3.

Contoh 7.3 Kita rujuk kembali pada projek yang sedang dipertimbangkan oleh Syarikat Teguh dalam contoh 7.2. Bagi menganggarkan operasi aliran tunai dalam projek ini, kita perlu mendapatkan maklumat tentang kesan projek ini ke atas tahap jualan, perbelanjaan operasi dan juga perbelanjaan susut nilai.

Maklumat berikut telah diperoleh:

(a) Mesin baru akan digunakan untuk 4 tahun dan disusutnilaikan menggunakan garis lurus kepada nilai sisaan sifar;

(b) Pada akhir tahun ke-4, mesin ini dijangka akan dijual pada harga sebanyak RM70,000. Dengan penggantian ini, syarikat dijangka akan meningkatkan hasil jualan sebanyak RM50,000 setahun; dan

(c) Pada masa yang sama, perbelanjaan tunai akan menurun sebanyak RM5,000 setahun.

Berdasarkan maklumat di atas dan maklumat yang disediakan dalam Contoh 7.2, kira OCF untuk projek ini.

Penyelesaian:

Langkah 1: Kumpulkan semua maklumat yang berkaitan.

�S = RM50,000

�E = –RM5,000

Page 13: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

248

Langkah 2: Kira perubahan dalam susut nilai

Susut nilai mesin lama = RM20,000

Susut nilai mesin baru = RM300,000 RM20,000 RM10,000

4� �

= RM82,500

�D = RM82,500 – RM20,000

= RM62,500

Langkah 3: Kira OCF

OCF = (�Sn – �En – �Dn) (1 – t) +�Dn

= [RM50,000 – (–RM5,000) – RM62,500] (1 – 0.3) + RM62,500

= (RM50,000 + RM5,000 – RM62,500) (0.7) + RM62,500

= RM57,250

LATIHAN 7.2

Harga beli mesin baru adalah RM35,000, kos penghantaran adalahRM3,000 dan kos pemasangan adalah RM3,000. Jangka hayat mesin iniialah 5 tahun. Mesin lama telah dibeli pada harga RM15,000 dan bolehdijual pada harga RM17,000. Mesin ini mempunyai nilai bukuRM10,000.

Kegunaan mesin baru ini akan mengurangkan kos gaji RM9,000, faedahpekerja RM1,000 setahun, kos penyelenggaraan menurun dari RM8,000kepada RM3,000. Walau bagaimanapun, kos penyelenggaraan akanmeningkat RM4,000 setahun. Susut nilai mesin lama adalah RM2,000setahun. Andaikan kadar cukai adalah 30%, berapakah aliran tunaitambahan tahunan selepas cukai?

Page 14: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL �

249

TERMINAL ALIRAN TUNAI

Terminal aliran tunai untuk projek belanjawan modal merujuk kepada jumlah aliran tunai jumlah yang berkaitan dengan penamatan projek tersebut. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1, ia dirujuk sebagai TCF. Singkatan TCF biasanya digunakan untuk mewakili terminal aliran tunai.

Apakah item yang terlibat pada masa projek ditamatkan? Salah satu daripadanya adalah harga pelupusan bagi aset. Berikut adalah beberapa item penting yang membentuk TCF:

(a) HHasil Jualan Selepas Cukai bagi Aset Baru Seperti yang dibincangkan di atas, kita menjangkakan bahawa aset-aset

yang telah digunakan boleh dijual dan akan menghasilkan aliran tunai kepada firma. Kesan cukai hendaklah diambil kira dalam menganggarkan aliran masuk tunai sebagai hasil jualan aset tersebut. Sepatutnya, aset dalam projek ini boleh dijual pada harga sebanyak RM100,000 dengan mengandaikan tiada nilai sisaan. Aliran tunai selepas cukai boleh dikira seperti berikut:

Aliran tunai selepas cukai = Harga jualan – Peningkatan dalam cukai

= Harga jualan – (Kadar cukai � Keuntungan pelupusan)

= RM100,000 – 0.3 (RM100,000)

= RM70,000

Perhatikan bahawa aset dengan nilai sisaan adalah sifar, formula berikut boleh digunakan:

Aliran tunai selepas cukai = Harga jualan (1 – Kadar cukai marginal)

(b) LLain-lain Perbelanjaan Berkaitan dengan Penamatan Projek Penamatan projek melibatkan kos pembersihan, kos pergerakan atau kos

pembaikan. Semua ini melibatkan aliran tunai pada masa itu. Perbelanjaan ini dikira sebagai perbelanjaan yang boleh ditolak cukai. Oleh itu, kita perlu mendapatkan perbelanjaan selepas cukai ini dengan menggunakan persamaan berikut:

Perbelanjaan selepas cukai = Perbelanjaan (1 – Kadar cukai marginal)

7.4

Page 15: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

250

Katakan projek dijangka melibatkan perbelanjaan sebanyak RM250,000 untuk kerja pembersihan. Jika kadar cukai adalah 30%, perbelanjaan pembersihan selepas cukai adalah RM175,000 iaitu 0.7 � RM250,000.

(c) MMendapat Kembali Tahap Asal bagi Modal Kerja Bersih Biasanya, perubahan tahap modal kerja dikekalkan sepanjang hayat

projek untuk memberikan peruntukan dalam projek operasi. Oleh itu, peningkatan hanya berlaku pada awal projek yang telah diambil kira dalam pengiraan IO. Apabila projek ditamatkan, syarikat akan memulangkan pada kedudukan asal sebelum projek itu dilaksanakan. Tahap modal kerja bersih juga dijangkakan kembali pada kedudukan asal. Jika pada permulaan projek ini, tahap modal kerja bersih meningkat, maka pada masa penamatan projek, tahap modal kerja bersih ini akan berkurangan untuk kembali ke kedudukan asal. Sebaliknya, jika tahap modal kerja bersih ini menurun pada awal projek ini, modal kerja bersih ini akan meningkat pada masa projek penamatan kembali ke kedudukan asal. Tahap modal kerja bersih diraih semula melibatkan aliran tunai, sama ada masuk atau keluar bergantung sama ada mempunyai tahap peningkatan atau penurunan.

Katakan pada awal projek ini, tahap modal kerja bersih meningkat kepada RM200,000. Anda perlu mengambil kira semula tahap ini yang akan melibatkan aliran masuk tunai sebanyak RM200,000 dalam menganggarkan terminal aliran tunai. Ini kerana tahap modal kerja bersih dijangka menurun sebanyak RM200,000.

Lihat Contoh 7.4 untuk memahami terminal aliran tunai dengan lebih jelas.

Contoh 7.4 Gunakan contoh Syarikat Teguh (contoh 7.2) untuk menilai mesin pengisaran lama dengan mesin pengisaran baru. Bagi membantu syarikat ini membuat keputusan sama ada atau tidak penggantian ini perlu dibuat, kita perlu mengira TCF bagi projek ini. Tiada maklumat akan diberikan selain yang dimasukkan dalam contoh 7.2 dan 7.3.

Berdasarkan maklumat berikut:

TCF ialah:

Hasil jualan selepas cukai bagi mesin baru adalah [RM70,000 (1-0.3)] RM49,000

Lain-lain perbelanjaan penamatan (0) Mendapatkan semula tahap modal kerja bersih (menurun) RM10,000

TCF RM59,000

Page 16: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL �

251

APLIKASI ALIRAN TUNAI BAGI PEMBELANJAWAN MODAL DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Selepas tiga jenis aliran tunai dianggarkan, sekarang kita boleh menggunakan teknik belanjawan modal seperti yang dibincangkan dalam Topik 6. Lihat contoh 7.5 untuk memahami bagaimana aliran tunai dianggarkan dan digunakan dalam belanjawan modal.

Contoh 7.5 Kita hendak membuat keputusan sama ada projek menggantikan mesin pengisaran yang sedang dipertimbangkan oleh Syarikat Teguh dalam contoh 7.2, 7.3 dan 7.4 perlu diterima atau tidak. Nyatakan keputusan anda berdasarkan teknik PBP dan NPV, jika kos modal yang digunakan adalah 12% dan sasaran PBP adalah 3 tahun.

Penyelesaian: Anggaran aliran tunai belanjawan modal boleh diperoleh seperti berikut:

IO = RM232,000

OCF = RM48,250

TCF = RM94,000

7.5

Jelaskan perbezaan yang wujud antara konsep perbelanjaan awal,operasi aliran tunai dan terminal aliran tunai.

AKTIVITI 7.2

Page 17: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

252

(a) TTeknik PBP Berikut adalah jadual aliran tunai yang digunakan:

Masa Aliran Tunai Aliran Tunai Terkumpul

0 1 2 3 4

–232,000 48,250 48,250 48,250

142,250

48,250 96,500

144,750

Aliran tunai terkumpul bagi tahun ketiga adalah sebanyak RM144,750. Jumlah ini adalah kurang daripada perbelanjaan awal tunai iaitu RM232,000, ia boleh diringkaskan bahawa projek PBP lebih tinggi daripada sasaran PBP. Berdasarkan teknik PBP, projek ini perlu ditolak.

(b) TTeknik NPV Berdasarkan isu yang telah dipelajari dalam Topik 6, berikut adalah

persamaan yang boleh digunakan untuk memperoleh NPV bagi projek ini:

� � � � � �

� � � �

� � � �

2 n01 2 n

12%,4 12%,4

CF CF CFNPV ... I1 K 1 K 1 K

RM48,250 PVIFA RM94,000 PVIF RM232,000

RM48,250 3.037 RM94,000 0.636 RM232,000

RM206,319 RM232,000

RM25,680.75

� � � � � �

Nilai NPV bagi projek ini ialah –RM25,680.75. Nilai NPV yang negatif akan menurunkan nilai firma tersebut. Oleh itu, projek ini perlu ditolak.

Page 18: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL �

253

LATIHAN 7.3

1. Syarikat Pakaian Koska bercadang untuk menggantikan mesin tenunan lama yang telah disusutnilai sepenuhnya. Dua model yang perlu dipertimbangkan:

Item Model 190-4 Model 360-6

Harga RM190,000 RM360,000

Jangka hayat 4 tahun 6 tahun

Aliran tunai tambahan selepas cukai (tahunan)

RM87,000 RM120,000

Kos modal adalah 14%, manakala kadar cukai marginal sebanyak 20%. Model yang mana satukah perlu dipilih berdasarkan maklumat di atas?

2. Syarikat Matasashita yang merupakan syarikat utama pembuatan komponen elektrik, sedang mempertimbangkan untuk menggantikan mesin semasa dengan mesin yang lebih canggih. Berikut adalah maklumat tentang mesin lama dan mesin baru:

MMesin Lama Mesin Baru

Kos RM100,000 RM135,000

Harga jualan RM85,000 –

Jangka hayat 5 tahun 5 tahun

Tempoh kegunaan 2 tahun –

Hasil jualan setahun RM18,000 RM34,000

Kos pemasangan – RM5,000

Pengurangan gaji tahunan – RM1,200

Peningkatan dalam perbelanjaan penyelenggaraan tahunan

– RM4,000

Page 19: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

254

Maklumat tambahan:

• Susut nilai menggunakan kaedah garis lurus;

• Cukai korporat sebanyak 20%; dan

• Kos modal sebanyak 10%.

(a) Anda dikehendaki mengira:

(i) Nilai buku mesin lama

(ii) Cukai jualan aset lama

(iii) Pelaburan awal

(iv) Operasi aliran masuk tunai bersih

(v) Nilai kini bersih (NPV)

(b) Adakah syarikat perlu menggantikan mesin lama dengan mesin baru?

3. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan di bawah, kirakan perbelanjaan awal.

Harga beli mesin baru RM 8,000

Perbelanjaan penghantaran 2,000

Nilai pasaran mesin lama 2,000

Nilai buku mesin lama 1,000

Pengurangan dalam inventori jika mesin baru dipasang 1,000

Peningkatan dalam akaun belum terima jika mesin baru dipasang

500

Kadar cukai 34%

Page 20: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL �

255

� Anggaran aliran tunai merupakan salah satu proses paling penting dan

paling rumit dalam membuat keputusan bagi belanjawan modal.

� Konsep aliran tunai tambahan selepas cukai digunakan untuk memastikan aliran tunai belanjawan modal.

� Antara isu penting yang boleh digunakan sebagai panduan dalam menganggarkan aliran tunai belanjawan modal adalah kos hangus, kos peluang dan kesan sampingan.

� Projek belanjawan modal kebiasaanya melibatkan perubahan kepada tahap modal kerja bersih (NWC). Perubahan ini hendaklah diambil kira dalam pengiraan aliran tunai belanjawan modal sebagai peningkatan ketidakseimbangan antara aset semasa dan liabiliti semasa yang akan menyebabkan tahap modal kerja bersih berubah.

� Peningkatan dalam NWC hendaklah diambil kira dalam pengiraan perbelanjaan awal tunai dan dalam pengiraan terminal aliran tunai.

� Aliran tunai belanjawan modal boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu perbelanjaan awal (IO), operasi aliran tunai (OCF) dan terminal aliran tunai (TCF).

4. Anda sedang mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak untuk menggantikan meter semasa dengan meter baru. Meter lama boleh dijual pada harga RM500. Ia melibatkan kos sebanyak RM300 setahun untuk beroperasi. Kos meter baru RM4,000 dan mempunyai jangka hayat 10 tahun. Ia juga melibatkan kos sebanyak RM140 setahun untuk beroperasi. Jika modal kos sebanyak 12% dengan tidak mengambil kira cukai, perlukah mesin lama digantikan?

5. „Susut nilai tidak penting dalam pengiraan aliran tunai belanjawan modal‰. Adakah pernyataan ini betul atau salah? Berikan penjelasan.

Page 21: Topik 7 AliranTunai Pembelanjawan Modal

� TOPIK 7 ALIRAN TUNAI PEMBELANJAWAN MODAL

256

� Antara perkara utama yang melibatkan anggaran perbelanjaan awal adalah kos pembelian, pemasangan dan kos pengangkutan ditanggung oleh aset baru, perubahan dalam modal kerja bersih pada peringkat firma dan hasil jualan selepas cukai bagi aset lama yang perlu dijual jika projek diterima.

� Antara perkara utama yang perlu diambil kira dalam anggaran operasi aliran tunai adalah perubahan kepada hasil jualan, operasi tunai dan cukai. Operasi aliran tunai boleh dilihat sebagai peningkatan dalam pendapatan bersih serta peningkatan dalam susut nilai.

� Antara beberapa perkara penting yang membentuk terminal aliran tunai ialah hasil jualan selepas cukai bagi aset baru, lain-lain perbelanjaan yang berkaitan dengan penamatan projek dan mendapatkan semula peringkat asal modal kerja bersih.

Kos hangus

Kos peluang

Modal kerja bersih

Operasi aliran tunai

Perbelanjaan awal

Terminal aliran tunai