ringkasan polisi: pengurangan jangkitan hiv di penjara

3
PROGRAM-PROGRAM PENCEGAHAN DI PENJARA Pada tahun 1993 WHO menerbitkan garis panduan bagi menangani jangkitan HIV/AIDS di kalangan penghuni pen- jara.[ 1 ] Di antara garis panduan tersebut termasuklah: “Semua penghuni berhak mendapat penjagaan kesihatan, termasuk mengetahui tentang langkah- langkah pencegahan, sama seperti yang dinikmati oleh anggota luar penjara dalam komuniti dan tanpa diskriminasi (tidak dibezakan), khususnya yang berkait dengan status sah atau kewargane- garaan mereka. Prinsip-prinsip umum yang ter- kandung dalam program-program AIDS pering- kat kebangsaan juga harus dikenakan sama rata antara penghuni penjara dan masyarakat (komu- niti) luar penjara. “Penghuni penjara yang merupakan pengguna dadah harus digalak supaya menyertai program- program rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah (pemulihan penyalahgunaan dadah) semasa mereka berada dalam penjara; dengan memberi jaminan perlindungan kerahsiaan masing-mas- ing. Program-program sedemikian harus juga mencakupi penyebaran maklumat tentang rawa- tan memulihkan pergantungan kepada dadah dan risiko-risiko berkaitan dengan pelbagai jenis peng- gunaan dadah. Penghuni yang menerima peny- enggaraan metadon semasa di luar penjara harus boleh melanjutkan rawatannya tatkala dalam tahanan. Di negara-negara di mana penyengga- raan metadon diberikan kepada individu dalam komuniti yang menjadi kaki candu (bergantung kepada dadah-dadah bercandu), rawatan ini juga patut disediakan untuk penghuni penjara. “Di negara-negara di mana bahan peluntur dibek- alkan kepada pengguna dadah secara suntikan dalam komuniti, peluntur cair atau agen pem- basmi virus berkesan yang lain, berserta arahan khusus yang jelas tentang cara membersihkan alatan suntikan, juga harus dibekalkan kepada pengguna dadah secara suntikan yang berada di penjara; atau dalam keadaan di mana perbuatan mencacah (membuat tatu) atau menindik meluas diamalkan. Di negara-negara yang menjalankan Bukti-bukti bagi mengambil tindakan terhadap HIV/AIDS dan penggunaan dadah secara suntikan RINGKASAN POLISI: PENGURANGAN JANGKITAN HIV DI PENJARA MUKADIMAH K adar jangkitan HIV di kalangan penghuni penjara dan pusat-pusat tahanan di banyak negara nyata sekali (signifikan) lebih tinggi berbanding dengan penduduk am negara. Contoh-contoh termasuklah negara-negara Eropah Barat dan Timur, Afrika, Amerika Latin dan Asia. Data tentang kadar jangkitan HIV di penjara yang ada mencakupi kumpulan penghuni yang telah dijangkiti sebelum memasuki penjara atau institusi tahanan lain dan mereka yang dijangkiti setelah berada dalam penjara akibat amalan berkongsi alatan suntikan yang tidak steril atau melalui hubungan seks secara tidak selamat. Sesetengah golongan penduduk yang lebih terdedah kepada jangkitan HIV juga besar kemungkinan berada dalam tahanan (di penjara) kerana penglibatan mereka dalam pelakuan negatif seperti pengambilan dadah dan kerja-kerja seks (pelacuran). WHO/HIV/2004.05 1 World Health Organization. HIV in prisons: A reader with par- ticular relevance to the newly independent states. In: WHO guidelines on HIV infection and AIDS in prisons, Copenhagen: World Health Organization; 2001. p. 233-7.

Upload: lamnhu

Post on 31-Dec-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ringkasan polisi: pengurangan jangkitan hiv di penjara

PROGRAM-PROGRAM PENCEGAHAN DI PENJARA Pada tahun 1993 WHO menerbitkan garis panduan bagi menangani jangkitan HIV/AIDS di kalangan penghuni pen-jara.[1] Di antara garis panduan tersebut termasuklah:

“Semua penghuni berhak mendapat penjagaan kesihatan, termasuk mengetahui tentang langkah-langkah pencegahan, sama seperti yang dinikmati oleh anggota luar penjara dalam komuniti dan tanpa diskriminasi (tidak dibezakan), khususnya yang berkait dengan status sah atau kewargane-garaan mereka. Prinsip-prinsip umum yang ter-kandung dalam program-program AIDS pering-kat kebangsaan juga harus dikenakan sama rata antara penghuni penjara dan masyarakat (komu-niti) luar penjara.

“Penghuni penjara yang merupakan pengguna dadah harus digalak supaya menyertai program-program rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah (pemulihan penyalahgunaan dadah) semasa mereka berada dalam penjara; dengan memberi jaminan perlindungan kerahsiaan masing-mas-ing. Program-program sedemikian harus juga

mencakupi penyebaran maklumat tentang rawa-tan memulihkan pergantungan kepada dadah dan risiko-risiko berkaitan dengan pelbagai jenis peng-gunaan dadah. Penghuni yang menerima peny-enggaraan metadon semasa di luar penjara harus boleh melanjutkan rawatannya tatkala dalam tahanan. Di negara-negara di mana penyengga-raan metadon diberikan kepada individu dalam komuniti yang menjadi kaki candu (bergantung kepada dadah-dadah bercandu), rawatan ini juga patut disediakan untuk penghuni penjara.

“Di negara-negara di mana bahan peluntur dibek-alkan kepada pengguna dadah secara suntikan dalam komuniti, peluntur cair atau agen pem-basmi virus berkesan yang lain, berserta arahan khusus yang jelas tentang cara membersihkan alatan suntikan, juga harus dibekalkan kepada pengguna dadah secara suntikan yang berada di penjara; atau dalam keadaan di mana perbuatan mencacah (membuat tatu) atau menindik meluas diamalkan. Di negara-negara yang menjalankan

Bukti-bukti bagi mengambil tindakan terhadap HIV/AIDS dan

penggunaan dadah secara suntikan

RINGKASAN POLISI: PENGURANGAN JANGKITAN

HIV DI PENJARA

MUKADIMAH

Kadar jangkitan HIV di kalangan penghuni penjara dan pusat-pusat tahanan di banyak negara nyata sekali (signifikan) lebih tinggi berbanding dengan penduduk am negara. Contoh-contoh termasuklah negara-negara Eropah Barat dan Timur, Afrika, Amerika Latin

dan Asia. Data tentang kadar jangkitan HIV di penjara yang ada mencakupi kumpulan penghuni yang telah dijangkiti sebelum memasuki penjara atau institusi tahanan lain dan mereka yang dijangkiti setelah berada dalam penjara akibat amalan berkongsi alatan suntikan yang tidak steril atau melalui hubungan seks secara tidak selamat. Sesetengah golongan penduduk yang lebih terdedah kepada jangkitan HIV juga besar kemungkinan berada dalam tahanan (di penjara) kerana penglibatan mereka dalam pelakuan negatif seperti pengambilan dadah dan kerja-kerja seks (pelacuran).

WHO/HIV/2004.05

1 World Health Organization. HIV in prisons: A reader with par-ticular relevance to the newly independent states. In: WHO guidelines on HIV infection and AIDS in prisons, Copenhagen: World Health Organization; 2001. p. 233-7.

Page 2: ringkasan polisi: pengurangan jangkitan hiv di penjara

program mengedarkan jarum dan picagari ber-sih (steril) kepada pengguna dadah dalam komu-niti, pertimbangan juga harus dibuat bagi mem-bekalkan alatan suntikan bersih kepada pengguna dadah semasa berada dalam tahanan dan selepas dibebaskan atas permintaan mereka.”

Sejak awal tahun-tahun 1990-an, beberapa buah negara telah memperkenalkan program-program pencegahan di penjara. Sesetengah program biasanya mencakupi program pendidikan tentang HIV/AIDS, ujian dan kaunseling, pengedaran kondom, peluntur, jarum dan alatan suntikan, dan rawatan (terapi) pengganti bagi pengguna dadah secara suntikan. Pada tahun 1991, 16 daripada 52 sistem keadilan di negara-negara Eropah yang disoal selidik menyediakan bahan peluntur dan menjelang tahun 1997 didapati ham-pir 50 % daripada 52 buah negara telah pun melaksana-kan program-program sedemikian. Pelbagai negara meng-edarkan jarum dan picagari bersih (steril) kepada peng-huni penjara serta melaksanakan program-program rawa-tan pengganti. Walau bagaimanapun, kebanyakan program berkenaan tidak meluas dan terhad kepada beberapa buah penjara. Tiada sebuah negara pun di mana penilaian terha-dap program-program sedemikian yang dibuat telah men-gubah dasarnya.

BUKTI-BUKTI

Empat unsur dalam program-program pencegahan di pen-jara telah dikaji dengan meluas: pembekalan peluntur bagi membersih jarum dan picagari; program jarum dan pica-gari; rawatan penyenggaraan metadon; dan pembekalan kondom.

Meskipun banyak negara menyediakan bekalan bahan peluntur kepada pengguna dadah secara suntikan di pen-jara, didapati mereka tidak kerap menggunakan peluntur sebelum menyuntik dadah. Kajian-kajian menunjukkan bahawa antara 4 - 85 peratus penghuni penjara selalu meng-guna peluntur untuk membersih alatan suntikan manakala sesetengah penghuni mengguna cara lain yang tidak sesuai bagi membersih jarum dan picagari mereka.

Kajian-kajian yang dibuat mendapati program penyediaan jarum dan picagari bersih di penjara agak memuaskan setakat ini. Lazimnya, alatan suntikan bersih diedarkan oleh kakitangan kesihatan di penjara ataupun menerusi mesin-mesin edar automatik. Didapati tahap penggu-naan dadah di kalangan penghuni penjara yang menyertai program sedemikian stabil (tiada perubahan ketara) atau kian berkurangan lama-kelamaan. Perbuatan berkongsi jarum dan picagari juga berkurangan dan hampir ber-henti sama sekali pada akhir kebanyakan kajian perintis

yang dijalankan. Tiada kes baru dilaporkan tentang pen-ghuni mendapat jangkitan HIV, hepatitis B atau hepatitis C di penjara-penjara yang melaksanakan program jarum dan picagari yang berkesan. Tiada kesan negatif yang tidak diingini dilaporkan. Tiada laporan tentang kes menyuntik dadah di kalangan penghuni penjara yang sebelum dita-han bukan pengguna dadah secara suntikan; sebelum pro-gram jarum dan picagari dijalankan di penjara. Tiada lapo-ran tentang penggunaan jarum dan picagari sebagai senjata; bertentangan dengan kebimbangan yang wujud selama ini. Sikap kakitangan penjara umumnya positif, namun kadar penerimaan mereka dalam kajian-kajian yang dilakukan adalah berbeza-beza.[2]

Program-program rawatan pengganti di penjara secara relatif mudah dijalankan dan nampaknya membawa man-faat kepada penghuni penjara yang menjadi pengguna dadah. Menjelang tahun 1992 lebih daripada 10 buah negara telah melaksanakan program-program berkenaan.[3,

4] Hasil kajian memperlihatkan pengurangan dari segi kek-erapan amalan penyalahgunaan dadah di kalangan pen-ghuni penjara dan penglibatan dalam perniagaan haram dadah. Hasil kajian tercetak juga melaporkan bahawa pro-gram penyenggaraan metadon mengurangkan kekerapan menyuntik dadah di kalangan pengguna dadah di penjara. Di samping itu kejadian menyuntik setiap minggu juga semakin kurang dilaporkan berlaku di kalangan pengguna dadah yang menyertai program rawatan metadon berband-ing dengan mereka yang tidak menerima rawatan tersebut. Perbuatan berkongsi jarum yang dilaporkan sendiri oleh pengguna dadah didapati semakin berkurangan di kalangan mereka yang menerima rawatan metadon berbanding den-gan kumpulan yang tidak; lantas menunjukkan penguran-gan ketara dalam risiko jangkitan HIV. Pelbagai jenis rawa-tan pemulihan pergantungan kepada dadah sedang dilak-sanakan mengikut kaedah dan pendekatan tertentu dalam persekitaran penjara yang berlainan, termasuklah kaedah komuniti terapeutik dan kaunseling kumpulan. Penilaian program-program sedemikian juga memperlihatkan hasil atau dapatan yang menggalakkan dari segi mengurangkan pelakuan berisiko tinggi di kalangan penghuni penjara yang mengguna atau menagih dadah.[5]

2 Dolan K, Rutter S, Wodak A. Prison-based syringe exchange programmes: a review of international research and develop-ment. Addiction 2003;98:153-158. 3 Harding T, Schaller G. HIV/AIDS and prisons: update and pol-icy review June 1992. Geneva: University Institute of Legal Med-icine; 1992. 4 Jügens R. HIV/AIDS in prisons: final report. Montreal: Canadian HIV/AIDS Legal Network and Canadian AIDS Society; 1996. 5 Dolan K, Wodak A, Hall W. Methadone maintenance treat-ment reduces heroin injection in NSW prisons. Drug and Alcohol review 1998;17(2):153-158

Page 3: ringkasan polisi: pengurangan jangkitan hiv di penjara

Apabila kondom diedarkan di penjara, biasanya pengedar-annya adalah dengan menggunakan mesin edar automatik. Penilaian terhadap program ini juga menunjukkan bahawa penghuni penjara menggunakan mesin tersebut untuk men-dapat bekalan kondom mereka. Kajian menunjukkan tahap gangguan ke atas mereka yang mendapat bekalan kondom masing-masing dari mesin edar automatik oleh penghuni lain adalah rendah dan amat sedikit berlaku insiden atau kejadian pembuangan kondom merata-rata. Tahap hubun-gan seks selamat yang dilaporkan nyata tinggi di kalangan penghuni yang menjalin hubungan seks dan tiada bukti tentang kesan negatif (yang tidak diingini) akibat ada dan mudahnya kondom diedar kepada penghuni penjara.

Kebanyakan data tentang pencegahan HIV di penjara dikumpul daripada negara-negara maju, dan, sebenarnya, hanya sah di tempat dari mana data-data tersebut diperoleh. Walau bagaimanapun, tidak terdapat bukti yang menyokong bahawa pelbagai tindakan campur tangan (menerusi berb-agai-bagai program pencegahan) yang berlaku di negara-negara maju atau di negara-negara yang sedang menga-lami perubahan ekonomi yang hebat, akan menunjukkan hasil atau data kajian yang sebaliknya ataupun berbeza. Sebarang tindakan campur tangan mesti disesuaikan den-gan keadaan atau persekitaran budaya di negara berkenaan.

POLISI DAN PROGRAM- PROGRAM IMPLIKASI Pencegahan jangkitan HIV di penjara sebahagian besarnya terhalang oleh sikap kerajaan yang enggan mengakui hakikat kehadiran pengguna dadah secara suntikan dan pelakuan hubungan seks di kalangan pen-

ghuni penjara, dan bukan kerana kekurangan bukti yang menyokong tindakan campur tangan ini penting dan jelas berkesan. Terdapat cukup bukti yang menun-jukkan bahawa penggunaan dadah secara umum, pen-gambilan dadah secara suntikan khususnya, dan hubun-gan seks di kalangan penghuni penjara memang meluas di penjara. Tambahan lagi, terdapat data yang menun-jukkan risiko jangkitan HIV di penjara lazimnya lebih tinggi berbanding dengan risiko di kalangan penduduk luar penjara: maka penjara adalah persekitaran yang ber-isiko tinggi bagi jangkitan HIV. Sebaik saja hakikat ini diakui dan diterima, kerajaan negara tertentu mempu-nyai pelbagai pilihan program pencegahan yang boleh dilaksanakan bagi mencegah jangkitan HIV di kalangan penghuni penjara.

Bukti-bukti menunjukkan bahawa sebarang program pencegahan mesti mencakupi segala langkah mencegah jangkitan HIV yang dijalankan dalam komuniti di luar penjara, termasuk pendidikan tentang HIV/AIDS, ujian dan kaunseling secara sukarela, pengedaran jarum, pica-gari dan kondom bersih, khidmat rawatan pemulihan pergantungan kepada dadah, termasuk rawatan peng-gantian. Semua tindakan campur tangan ini terbukti berkesan dalam mengurangkan risiko jangkitan HIV di kalangan penghuni penjara; serta tidak mendatangkan kesan-kesan negatif yang tidak diingini. Bukti-bukti sain-tifik yang ada memperlihatkan bahawa tindakan campur tangan sedemikian boleh diperluas dan diperkembang-kan daripada suatu projek perintis menjadi projek serata negara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: World Health Organization, Department of HIV/AIDS, 20, Avenue Appia CH-1211 Geneva 27 Switzerland, E-mail: [email protected], http://www.who.int/hiv/en

© World Health Organization 2004Badan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menjamin bahawa segala maklumat yang terkandung dalam bahan terbitan ini adalah lengkap serta betul; justeru pihak badan ini tidak boleh dipertanggungjawab-kan bagi sebarang kerosakan atau kemudaratan yang timbul akibat pembacaan maklumat dalam bahan terbitannya ini.