ringkasan polisi: pengurangan jangkitan hiv menerusi rawatan

3
Bukti-bukti bagi mengambil tindakan terhadap HIV/AIDS dan penggunaan dadah secara suntikan RINGKASAN POLISI: PENGURANGAN JANGKITAN HIV MENERUSI RAWATAN PEMULIHAN DADAH PENDEKATAN RAWATAN Rawatan untuk mengurangkan pergantungan kepada dadah merangkumi kedua-dua jenis pendekatan iaitu mela- lui pemberian ubat-ubatan (kaedah farmakologi; termasuk terapi gantian pengekalangantian) dan kaedah psikososial. Rawatan Gantian Rawatan gantian merupakan satu pendekatan penting dalam mengawal-selia penagihan dadah. Ia diasaskan dari- pada konsep yang penagihan dadah merupakan sejenis penyakit kronik yang berulang yang dicetuskan oleh inter- aksi di antara keabnormalan fisiologi dan keadaan seki- tar. Ia melibatkan rawatan dengan ubat yang mempun- yai kesan hampir serupa dengan dadah yang sebelumnya diambil oleh pengguna dadah. Ianya dikendalikan dengan kawalan dan penyeliaan oleh pakar perubatan atau doktor. Rawatan sebegini boleh digunakan untuk mengurus atau mengawal sindrom pergantungan kepada dadah. Sebagai contoh, rawatan gantian menggunakan nikotin telah digunakan secara meluas untuk perokok. Dalam program gantian yang disasarkan kepada golongan pengguna opiat pula, rawatan gantian digunakan samada untuk tempoh jangka sederhana atau jangka panjang bertujuan samada sebagai pendekatan detoksifikasi atau pendekatan untuk membantu pengguna meninggalkan tabiat pengambi- lan dadah. Program gantian opiat mantenan sebaliknya, melibatkan pemberian ubat gantian untuk satu tempoh yang panjang, selalunya melebihi enam bulan. Sebaliknya, detoksifikasi melibatkan kaedah rawatan yang memerlukan jangka masa yang lebih lama dan biasanya ia tidak meng- gunakan druggantian. Program ini dikendalikan selama kira-kira 10 hari hingga beberapa bulan dan boleh meli- batkan ubat gantian diberi dalam dos yang dikurangkan berperingkat-peringkat sehingga keadaan bebas-dadah ter- capai (iaitu pengguna dadah tidak lagi menagih dadah). Kebanyakan ubat gantian diberikan secara berterusan dan kebaikannya telah terbukti. Kebaikan ketara dilihat dari segi keupayaannya mengurangkan prilakuanprilakuan berbahaya yang memudahkan jangkitan HIV/AIDS, sep- erti perkongsian jarum dan picagari. Rawatan gantian juga membantu mengawal keadaan kesihatan dan perse- kitaran sosial pengguna dadah dan seterusnya boleh mem- bantu pengguna mencapai matlamat jangka panjang yang diingini, misalnya, rawatan penyisihan atau menahan diri. Ubat gantian paling kerap digunakan sebagai rawatan gantian penggunaan opiat ialah metadon. Di kebanyakan negara metadon diberikan sebagai rawatan mantenen menggunakan dos di antara 60-80 mg sehari sebagai rawa- tan pemulihan penagihan opiat. Sejenis lagi drug yang digunakan dalam terapi gantian ini ialah buprenorphine. [ 1 ] Levo-alpha-acetyl methadol (LAAM) juga kadang- kadang digunakan, tetapi ia dibimbangkan boleh men- gakibatkan kesan sampingan ke atas jantung. Ianya kini tidak lagi dipasarkan di Eropah. Candu beralkohol pula diguna di sesetengah negara Asia dalam program detoksi- fikasi penggunaan dadah candu. MUKADIMAH R awatan pemulihan dadah mempunyai beberapa objektif penting. Ia meningkatkan kesejahteraan kesihatan dan mutu kehidupan pengguna dadah dengan cara mereka menyisihkan diri daripada tabiat mengguna dadah. Ia mengurangkan kemusnahan dan kematian akibat atau berkaitan dengan perilakuan risiko tinggi akibat penggunaan dadah, dan ia memudahkan pengguna dadah mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan peluang-peluang yang membolehkannya menikmati tahap kesihatan fizikal dan mental serta kesejahteraan sosial setinggi yang mungkin. WHO/HIV/2004.04

Upload: vuongdang

Post on 16-Jan-2017

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ringkasan polisi: pengurangan jangkitan hiv menerusi rawatan

Bukti-bukti bagi mengambil tindakan terhadap HIV/AIDS dan

penggunaan dadah secara suntikan

RINGKASAN POLISI: PENGURANGAN JANGKITAN

HIV MENERUSI RAWATAN PEMULIHAN DADAH

PENDEKATAN RAWATANRawatan untuk mengurangkan pergantungan kepada dadah merangkumi kedua-dua jenis pendekatan iaitu mela-lui pemberian ubat-ubatan (kaedah farmakologi; termasuk terapi gantian pengekalangantian) dan kaedah psikososial.

Rawatan Gantian

Rawatan gantian merupakan satu pendekatan penting dalam mengawal-selia penagihan dadah. Ia diasaskan dari-pada konsep yang penagihan dadah merupakan sejenis penyakit kronik yang berulang yang dicetuskan oleh inter-aksi di antara keabnormalan fisiologi dan keadaan seki-tar. Ia melibatkan rawatan dengan ubat yang mempun-yai kesan hampir serupa dengan dadah yang sebelumnya diambil oleh pengguna dadah. Ianya dikendalikan dengan kawalan dan penyeliaan oleh pakar perubatan atau doktor. Rawatan sebegini boleh digunakan untuk mengurus atau mengawal sindrom pergantungan kepada dadah. Sebagai contoh, rawatan gantian menggunakan nikotin telah digunakan secara meluas untuk perokok. Dalam program gantian yang disasarkan kepada golongan pengguna opiat pula, rawatan gantian digunakan samada untuk tempoh jangka sederhana atau jangka panjang bertujuan samada sebagai pendekatan detoksifikasi atau pendekatan untuk membantu pengguna meninggalkan tabiat pengambi-lan dadah. Program gantian opiat mantenan sebaliknya, melibatkan pemberian ubat gantian untuk satu tempoh yang panjang, selalunya melebihi enam bulan. Sebaliknya,

detoksifikasi melibatkan kaedah rawatan yang memerlukan jangka masa yang lebih lama dan biasanya ia tidak meng-gunakan druggantian. Program ini dikendalikan selama kira-kira 10 hari hingga beberapa bulan dan boleh meli-batkan ubat gantian diberi dalam dos yang dikurangkan berperingkat-peringkat sehingga keadaan bebas-dadah ter-capai (iaitu pengguna dadah tidak lagi menagih dadah).

Kebanyakan ubat gantian diberikan secara berterusan dan kebaikannya telah terbukti. Kebaikan ketara dilihat dari segi keupayaannya mengurangkan prilakuanprilakuan berbahaya yang memudahkan jangkitan HIV/AIDS, sep-erti perkongsian jarum dan picagari. Rawatan gantian juga membantu mengawal keadaan kesihatan dan perse-kitaran sosial pengguna dadah dan seterusnya boleh mem-bantu pengguna mencapai matlamat jangka panjang yang diingini, misalnya, rawatan penyisihan atau menahan diri.

Ubat gantian paling kerap digunakan sebagai rawatan gantian penggunaan opiat ialah metadon. Di kebanyakan negara metadon diberikan sebagai rawatan mantenen menggunakan dos di antara 60-80 mg sehari sebagai rawa-tan pemulihan penagihan opiat. Sejenis lagi drug yang digunakan dalam terapi gantian ini ialah buprenorphine. [1] Levo-alpha-acetyl methadol (LAAM) juga kadang-kadang digunakan, tetapi ia dibimbangkan boleh men-gakibatkan kesan sampingan ke atas jantung. Ianya kini tidak lagi dipasarkan di Eropah. Candu beralkohol pula diguna di sesetengah negara Asia dalam program detoksi-fikasi penggunaan dadah candu.

MUKADIMAH

Rawatan pemulihan dadah mempunyai beberapa objektif penting. Ia meningkatkan kesejahteraan kesihatan dan mutu kehidupan pengguna dadah dengan cara mereka menyisihkan diri daripada tabiat mengguna dadah. Ia mengurangkan kemusnahan dan

kematian akibat atau berkaitan dengan perilakuan risiko tinggi akibat penggunaan dadah, dan ia memudahkan pengguna dadah mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan peluang-peluang yang membolehkannya menikmati tahap kesihatan fizikal dan mental serta kesejahteraan sosial setinggi yang mungkin.

WHO/HIV/2004.04

Page 2: ringkasan polisi: pengurangan jangkitan hiv menerusi rawatan

Rawatan gantian boleh dijadikan komponen penting pendekatan berorientasikan komuniti kerana lazimnya rawatan ini diberi secara rawatan pesakit luar. Rawatan ini yang juga dapat mencapai kejayaan yang tinggi dari segi mengekalkan penyertaan dalam rawatan dan dengan itu meletakkan peserta pada landasan yang betul untuk merekamenangani isu-isu lain yang berkait dengan penag-ihan dadah termasuklah masalah kesihatan, psikologi, keluarga, perumahan, pekerjaan, kewangan dan undang-undang kerana mereka berada dalam keadaan lebih stabil semasa sedang menjalani rawatan. Rawatan ini umumnya dilaksanakan dalam program khusus rawatan pemulihan dadah, berasingan daripada perkhidmatan kesihatan lain. Namun begitu, penglibatan dalam program rawatan gan-tian mendedahkan pesakit kepada sistem kesihatan dan ini memberi peluang kepada mereka untuk jaga kesiha-tan secara umum seperti mendapat diagnosis awal pen-yakit lain, ujian dan kaunseling untuk HIV dan rujukan bagi perkhidmatan tambahan. Di samping itu, oleh kerana kadar pengekalan dalam rawatan adalah tinggi, program-program sedemikian juga membuka ruang bagi rawatan, penjagaan dan sokongan kepada pesakit AIDS yang seba-hagian besarnya merupakan penagih dadah.

Pendekatan kawal diri

Program-program rawatan yang berkonsepkan kawal-diri daripada mengambil dadah atau kaedah bebas-dadah boleh berbeza dari segi tatacara (pesakit dalam, pesakit luar, kumpulan bantu-diri) dan orientasi. Rawatan ini biasanya berasaskan prinsip bahawa suasana bebas-dadah yang terancang dan orientasi kepada konsep mengawal diri menjadi satu situasi (konteks) yang unggul serta boleh membantu menangani faktor penyebab prilakuan berisiko dan penggunan dadah. Program seumpama membantu pesakit mengelak daripada kecenderungan untuk kembali kepada dadah, serta membentuk kemahiran dan sikap bagi membantu mereka melakukan perubahan positif ke arah gaya hidup bebas-dadah. Dalam program rawatan cara kawal-diri, kadar keciciran adalah agak tinggi pada tiga bulan pertama tetapi kemudiannya kadar keciciran men-urun secara ketara. Kumpulan-kumpulan bantu-diri atau sokongan bersama mendokong konsep bahawa pergantun-gan kepada dadah dan alkohol adalah penyakit yang boleh dipulih, tetapi bukan disembuh, bagi mereka yang patuh menyertai kumpulan-kumpulan berkenaan. Selalunya kumpulan seumpama menekankan betapa pentingnya ses-eorang pesakit menstruktur semula perhubungannya den-gan orang lain dan membentuk keinginan untuk ianya membantu individu lain dalam kumpulan yang mengha-dapi masalah penggunaan dadah atau masalah alkohol. Di antara manfaat kumpulan seumpama ialah ia menjadi mekanisme bagi memupuk jaringan sosial lain yang tidak menyokong penggunaan dadah.

Pendekatan prilakuan

Kaedah prilakuan boleh dilakukan dalam konteks pen-dekatan rawatan cara kawal-diri atau rawatan mantenen ubat gantian. Pendekatan ini meliputi kaedah psikoterapi, sokongan psikososial dan kaunseling bagi menggalakkan perubahan prilakuan dan emosi. Pendekatan prilakuan menyokong semua usaha atau tindakan yang membawa kepada perubahan gaya hidup, pengurangan prilakuan berisiko, seperti berkongsi alatan suntikan dan hubungan seks berisiko tinggi, dan memumpuk kemahiran bagi men-gatasi faktor-faktor yang boleh mencetuskan penggunaan dadah atau kembali kepada dadah.

BUKTI-BUKTISatu kajian semula keberkesanan rawatan pemulihan dadah dalam mencegah jangkitan HIV/AIDS di kalangan peng-guna dadah telah dilakukan oleh WHO. Kajian tersebut meliputi lebih 100 projek penyelidikan pelbagai keadaan dan metodologi. Jelas semua jenis model rawatan pemuli-han dadah berkeupayaan untuk mengurangkan risiko jang-kitan HIV. Sehubungan itu, rawatan pemulihan merupakan satu komponen penting dalam kesemua program pencega-han HIV/AIDS di kalangan pengguna dadah secara sun-tikan kerana kemampuan rawatan seumpama dalam men-gurangkan:

◗ penggunaan dadah secara umum;

◗ kekerapan menyuntik dadah;

◗ tahap prilakuan atau tingkah laku risiko tinggi.

Wujud banyak bukti saintifik tentang keberkesanan rawatan gantian dalam menangani jangkitan HIV/AIDS dan pri-lakuan yang berhubung rapat dengan prilakuan penggunaan dadah. Di antara bukti-bukti adalah seperti berikut:

◗ Banyak kajian menunjukkan bukti-bukti yang kukuh dan konsisten bahawa rawatan gantian berkait rapat dengan pengurangan penggunaan opiat, kegia-tan jenayah, kematian akibat dos berlebihan, dan prilakuan risiko tinggi yang memudahkan jangkitan HIV [2, 3].

◗ Ada juga bukti bahawa rawatan mantenen meta-don merencat kemajuan AIDS.[4]

◗ Rawatan mantenen gantian lebih berkesan dari-pada tiada rawatan langsung atau rawatan detoksi-fikasi dan rawatan bahan ubat aktif bagi mengekal serta menggalak pengguna dadah berterusan menyer-tai program rawatan dan mengurangkan penggunaan dadah heroin. [5]

◗ Rawatan mantenen gantian meningkatkan pen-dapatan dan keupayaan mendapat pekerjaan serta

Page 3: ringkasan polisi: pengurangan jangkitan hiv menerusi rawatan

mencapai tahap sosial yang lebih baik, seperti keu-payaan kembali bekerja atau menyambung semula pendidikan.

Banyak bukti saintifik wujud yang mengaitkan pertam-bahan atau peningkatan perkhidmatan rawatan mantenen gantian di kebanyakan negara Kesatuan Eropah dan di ses-etengah negara Eropah Timur, Asia dan Amerika dengan kadar pengurangan jangkitan HIV atau pengekalan tahap seroprevalen yang rendah. Kajian semula tersebut juga men-dapati bahawa pelaburan dalam rawatan pemulihan dadah, terutamanya rawatan mantenen gantian, adalah berkesan dari segi kos (lebih menjimatkan) berbanding dengan kos perbelanjaan merawat HIV/AIDS dan penyakit-penyakit yang berkaitan kemudiannya. Kajian-kajian saintifik jelas membuktikan bahawa rawatan gantian adalah pilihan pal-ing bermanfaat bagi merawat pengguna opiat yang terdedah kepada jangkitan HIV dan penjagaan pengguna dadah yang mengidap HIV/AIDS. Terapi mantenen gantian juga mem-buka peluang bagi rawatan anti-retroviral di kalangan peng-guna dadah yang mengidapi AIDS.

POLISI DAN PROGRAM- PROGRAM IMPLIKASIMemandangkan rawatan pemulihan dadah untuk mencegah jangkitan HIV/AIDS di kalangan pengguna dadah nyata berkesan, adalah disyorkan supaya satu rangkaian perkhid-matan rawatan berkualiti tinggi diwujudkan dalam komuniti ini di mana wabak HIV/AIDS kian menular. Ini akan mem-bolehkan pengguna dadah suntikan menikmati perkhid-matan seumpama bagi mengurangkan risiko untuk jangki-tan HIV/AIDS. Risiko tinggi untuk jangkitan HIV/AIDS

yang berkait rapat dengan penggunaan dadah sesungguhnya memerlukan perlaksanaan kesemua langkah yang bertujuan mendorong perubahan sikap pengguna dadah. Pendekatan rawatan pemulihan dadah secara menyeluruh adalah unsur penting program pencengahan HIV/AIDS yang kompre-hensif dan penjagaan pengguna dadah secara suntikan. Penggubal dasar banyak memilih rawatan pemulihan dadah yang berasaskan prinsip kawal-dirikerana pendekatan ini mudah diterima, kurang tercabar dan kurang mendapat ten-tangan politik berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain. Namun demikian, segala perkembangan dasar dan pro-gram harus menerima hakikat bahawa penggunaan dadah ialah suatu keadaan kronik yang sering berulang walaupun selepas pemulihan. Pendekatan kawal-diri biasanya merupa-kan satu proses lambat dan sukar bagi pengguna dadah, kerana pelbagai faktor sosial dan psikologi mesti diatasi terlebih dahulu. Sebaliknya, strategi rawatan seperti terapi mantenen gantian untuk opiat yang terbukti berkesan dan diterima, misalnya, boleh membantu memudahkan proses tersebut, sekaligus membatas kesan-kesan mudarat penggu-naan dadah, seperti jangkitan HIV.

Oleh kerana wabak jangkitan HIV/AIDS di kalangan peng-guna dadah secara suntikan kian menular di serata dunia, pelbagai perkhidmatan kesihatan serta sosial komuniti dan program rawatan pemulihan dadah yang dimasukkan ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat umum, harus dan segera diwujudkan di serata dunia.

Untuk maklumat khusus tentang rawatan pemulihan dadah, sila hubungi WHO, Department of Mental Health and Substance Abuse: [email protected].

1 Schottenfeld RS, Pakes JR, Oliveto A, Ziedonis D, Kosten TR. Buprenor-phine vs methadone maintenance treatment for concurrent opioid depend-ence and cocaine abuse. Archives of General Psychiatry 1997;54(8):713-20.2 Ward J, Mattick RP, Hall W. The use of methadone during maintenance treatment: pharmacology, dosage and treatment outcome. In: Ward J, Mat-tick RP, Hall W, editors.Methadone maintenance treatment and other opioid replacement therapies. Amsterdam: Harwood Academic Publishers; 1998. p 205-38. 3 Sorensen JL, Copeland AL. Drug abuse treatment as an HIV prevention strategy: a review. Drug and Alcohol Dependence 2000;59(1):17-31.4 Weber R, Ledergerber B, Opravil M, Siegenthaler W, Luthy R. Progression of HIV infection in misusers of injected drugs that stop injecting or follow a programme of maintenance treatment with methadone. British Medical Journal 1990;301(6765):1362-5.5 Mattick RP, Breen C, Kimber J, Davoli M. Methadone maintenance therapy versus no opioid replacement therapy for opioid dependence (Cochrane review). In: The Cochrane Library 2002; Issue 4.

© World Health Organization 2004Badan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menjamin bahawa segala maklumat yang terkandung dalam bahan terbitan ini adalah lengkap serta betul; justeru pihak badan ini tidak boleh dipertanggungjawab-kan bagi sebarang kerosakan atau kemudaratan yang timbul akibat pembacaan maklumat dalam bahan terbitannya ini.