titas

17
1.0) TAMADUN INDIA 1.1) Pendahuluan Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun. Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik, senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana sebagai elemen penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu, elemen agama juga merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya 1.2) Tahap Perkembangan Pendidikan Dan Ilmu Pengetahuan Perkembangan pendidkan dalam Tamadun Lembah Indus adalah tidak begitu ketara namun terdapat penemuan dan elemen pendidikan seperti perbandaran, hubungan dengan masyarakat luar dan lain-lain. Zaman Vedik- Kecemerlangan empayar- empayar awal seperti Maurya, Gupta, Sangam, Pallava dan Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah memiliki teknologi besi kemudiannya memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan ajaran Hindu Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi, matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah (Portugis, Belanda, Peranchis dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut bahasa, sains dan teknologi moden. Sumber ilmu pengetahuan India ialah Kitab-kitab Veda, Tamadun Mesopotamia, Tamadun Islam, Tamadun China, Tamadun Barat yang telah membawa kepada pencapaian dalam bidang pendidikan, bidang sains, matematik, astronomi dan kalendar, fizik dan kimia, logam, perubatan, bidang kesenian, muzik, tarian, drama, lukisan, bidang bahasa dan kesusasteraan bidang seni bina. Bidang Pendidikan telah dikuasai oleh kasta Brahmin yang membawa kitab-kitab Veda kemudian penubuhan unversiti. 1

Upload: ubaidillah-yusof

Post on 07-Dec-2014

106 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hope can help

TRANSCRIPT

Page 1: titas

1.0) TAMADUN INDIA

1.1) Pendahuluan

Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun.

Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada

perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi, matematik,

senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat oleh sarjana India

telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk memperkembangkannya menjadi

ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal

zaman pra sejarahnya iaitu Lembah Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman

Islam dan era penjajahan Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana sebagai elemen

penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu,

elemen agama juga merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya

1.2) Tahap Perkembangan Pendidikan Dan Ilmu Pengetahuan

Perkembangan pendidkan dalam Tamadun Lembah Indus adalah tidak begitu ketara namun

terdapat penemuan dan elemen pendidikan seperti perbandaran, hubungan dengan

masyarakat luar dan lain-lain. Zaman Vedik- Kecemerlangan empayar-empayar awal seperti

Maurya, Gupta, Sangam, Pallava dan Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah

memiliki teknologi besi kemudiannya memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu seiring dengan

perkembangan ajaran Hindu

Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi,

matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah (Portugis, Belanda, Peranchis

dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut bahasa, sains dan teknologi moden.

Sumber ilmu pengetahuan India ialah Kitab-kitab Veda, Tamadun Mesopotamia,

Tamadun Islam, Tamadun China, Tamadun Barat yang telah membawa kepada pencapaian

dalam bidang pendidikan, bidang sains, matematik, astronomi dan kalendar, fizik dan kimia,

logam, perubatan, bidang kesenian, muzik, tarian, drama, lukisan, bidang bahasa dan

kesusasteraan bidang seni bina. Bidang Pendidikan telah dikuasai oleh kasta Brahmin yang

membawa kitab-kitab Veda kemudian penubuhan unversiti.

1

Page 2: titas

1.3) Perkembangan Ilmu Dalam Matematik

Sistem Angka

Sistem angka sifar(dikenali juga sebagai sunya). Mempelopori penggunaan sistem nombor 0

hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd angka kosong dalam sistem matematik hari ini.

Pesat di zaman yang dikenali sebagai sulvasutra (aturan tali). Aktiviti matematiknya

berdasarkan aturan kiraan tali. Matematik berkembang pada waktu ini kerana keperluan agama

(pemujaan dan pengorbananan). Diperkenalkan pada zaman Gupta. Sebelum adanya konsep

sifar hanya nombor positif sahaja yang diketahui. Setelah nombor sifar ditemui wujudlah

nombor negatif yang kita kenali sekarang ini. Sifar atau kosong ini diwakili oleh titik yang

dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong juga dikenali sebagai Shukla dan Shubra. Orang Arab

kemudiannya memanggilnya Siphra atau sifr.

Geometri

Mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam senibina. Digunakan secara

meluas terutama dalam merangka mandala. Bentuk-bentuk geometri juga telah digabungkan

dengan bentuk tumbuhan dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India. Aryabhata telah menulis

dalam Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata turut berjaya mengira dengan tepat

jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau juga membuktikan bumi berputar di atas

paksinya dan gerhana pula disebabkan bayang bumi.

Algebra

Berkembang sejak abad ke 5 Masihi dan dikenali sebagai Ganitam (dari perkataanBijaganitam).

Orang Arab selepas kurun ke-13 telah mengkaji tentang matematik India apabila mereka mula

memasuki India. Mereka telah memperkembangkan lagi ilmu matematik yang diperoleh dari sini

yang kemudiannya diberi nama Al-Jabar. ‘Al’ bermaksud satu, ‘Jabr’ pula bermaksud

penggabungan. Pada zaman pertembungan antara tamadun Islam dengan barat, kaedah

algebra ini telah disebarkan ke barat. Algebra yang dikenali pada masa ini adalah dari ‘al-Jabr’

yang dibangunkan orang Arab dari Bijaganitam yang berasal dari India.

Sistem perpuluhan

Ada sarjana yang mengatakan ia adalah ciptaan orang Arab tetapi dakwaan ini disangkal

kerana orang Arab menamakannya sebagai Hindisat (seni India). Jadi kemungkinan melalui

2

Page 3: titas

hubungan dagangan yang kukuh antara India dan Timur Tengah telah memungkinkan orang

Arab mempelajari seni matematik dari orang India.

Trigonometri

Trigonometri (sinus, kosinus dan kotangen) yang dibangunkan pada kurun ke 15 dianggap

contoh pertama bagi siri kuasa (selain siri geometri). Trigonometri dimajukan apabila kiraan

satu-satu sudut menggunakan kaedah separuh dan ia kekal hingga hari ini. Kaedah ini

dikembnagkan dalam kitab Aryabhatiya yang ditulis oleh Aryabhata dan kitab Pancasiddahta

karya Varamahira.

1.4) Perkembangan ilmu dalam bidang logam.

Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi) di Delhi

(berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5M. Ia merupakan sebatang besi 7 meter tinggi dan

begitu tulen sehingga tidak berkarat. Berat menara ini dianggarkan 6 tan dan sehingga

sekarang tidak terjejas. Keupayaan melebur logam ini juga menjadikan perkembangan pesat

dalam pembuatan duit-duit syiling yang telah digunakan sekurang-kurangnya sejak abad ke 8

SM.

1.5) Perkembangan ilmu dalam bidang fizik dan kimia

Alam semesta dipercayai mengandungi lima elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa.

Hampir semua aliran agama di India percaya unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah

bercirikan atom.

Dunia mempunyai 5 elemen asas: Bumi, Api , Udara, air dan gelombang. Lima (5)

elemen tersebut mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia contohnya, bumi dikaitkan

dengan bau, udara dengan perasaan, api dengan pandangan, air dengan rasa dan gelombang

dengan bunyi/pendengaran. Mengikut falsafah Vaisheshika, atom yang wujud dalam kehidupan

boleh dipisah-pisahkan. Sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yang lebih besar apabila ia

berada dalam air berbanding di udara kerana densiti atom dalam air lebih tinggi dari di udara.

Kimia: Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna. Juga

pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan logam

3

Page 4: titas

besi kepada emas seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India buat ubat untuk hidup lama,

racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali utama, asid dan

garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran dan penyulingan. Mereka

juga dipercayai mencipta ubat bedil.

1.6) Perkembangan ilmu dalam bidang astronomi dan kalendar

Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan tepat ukur

lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku Panchasiddhantika atau lima aliran astronomi yang

menjadi bahan rujukan di sekolah-sekolah. Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu

bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman

awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan

astronomi muncul kalendar matahari. Orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan

teknologi peralatan. Planet-planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari,

Zuhrah, Zuhal dan dan kemudian 2 lagi iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada

arah bertentangan 180 darjah. 27 bintang (nakshatra) ditemui dan mempercayai bintang dan

planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi

kemunculan astrologi.

Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti matahari

yang merupakan pusat kepada sistem solar. Pada abad ke-7 M, Brahmagupta telah berjaya

menganggarkan jarak di antara bumi dan matahari iaitu sejauh 5000 Yojanas. Satu Yojanas

bersamaan dengan 7.2 km. Anggaran yang dibuat beliau ini hampir menyamai jarak sebenar

iaitu kurang 36000 km. Pada zaman Gupta lagi mereka telah menyedari tentang adanya medan

graviti dan mengetahui bahawa dunia ini adalah berbentuk sfera.

Brahmagupta pada kurun ke-7 M menyatakan yang semua jasad akan jatuh ke arah

bumi kerana secara semulajadinya bumi akan menarik apa sahaja jasad. Teori ini kemudiannya

dikembangkan oleh Barat dengan kemunculan ahli sains barat seperti Sir Isaac Newton yang

mengenengahkan teori gravitinya Aryabhatta telah memperkenalkan teori Heliocentric yang

kemudiannya dikembangkan oleh Copernicus lebih seribu tahun kemudian.

Barat tidak begitu tertarik dengan idea Aryabhatta tentang matahari sebagai sumber

kepada cahaya bulan sehinggalah dibuktikan oleh Copernicus dan Galileo. Bukti ketinggian ilmu

matematik dan astronomi India terpapar dengan terbinanya Universiti Nalanda yang merupakan

4

Page 5: titas

antara universiti yang terawal di dunia yang menarik ramai sarjana dari seluruh dunia seperti

dari Greek, Parsi dan China.

1.7) Perkembangan ilmu dalam bidang perubatan

Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur-unsur perubatan

seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia,

farmakologi dan perubatan binatang , telah wujud sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan

India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta (kurun ke 4) dianggap setaraf

dengan Hippocrates dan Galen

1.8) Perkembangan ilmu dalam bidang kesenian

Muzik: Terdapat empat kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha (dram), ghana

(solid/ideophone) dan susira (angin). Berbeza India Utara dan India Selatan. India Utara: sitar,

sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka

Tarian: Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan

muka, perasaan. Drama: Antara yang terkenal drama Sakuntala. Lukisan: Dinding istana, ruang

dalaman rumah golongan kaya, kuil. Pengaruh dari epik klasik Ramayana dan Mahabrata

1.9) Perkembangan ilmu dalam bidang seni bina

Merangkupi binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling. Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir

berkembang maju. Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India. Zaman Gupta:

seni bina lebih cemerlang. Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu berkembang

1.10) Perkembangan ilmu dalam bahasa dan kesusasteraan

Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja jadi

bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan. Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam

dan lain-lain. Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa Dravida:

5

Page 6: titas

Telegu, Tamil, Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu, bahasa Inggeris. Terdapat

kesusasteraan Indo-Arya, kesusasteraan Vedik, kesusasteraan Epik dan lain-lain

2.0) TAMADUN CHINA.

2.1) Pendahuluan

Secara ringkas Tamadun China adalah terletak di persekitaran Lembah Sungai Hwang Ho.

Kurikulum merujuk apa yang berlaku dalam kelas yang melibatkan pengajaran, penilaian,

pembelajaran, dan bahan-bahan. Kurikulum pendidikan di China dipengaruhi ahli falsafah

Confusius zaman dinasti Chou dan Dinasti Han dan seterusnya. Tetapi zaman Dinasti Chin,

falsafah Legalisme yang diasaskan oleh Han Fei Tsu lebih dominan.

2.2) Tahap pendidikan dalam Tamadun China

Bermula dengan peringkat rendah di mana kanak-kanak berumur 7 tahun mula bersekolah di

kuil, kampung atau persendirian. Guru daripada bekas pegawai kerajaan yang hilang pekerjan

atau ahli akademik yang gagal peperiksaan. Pendidikan tertumpu kepada menghafaz tulisan

ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami makna. Kemudian peringkat

menengah yang memberikan tumpuan kepada latihan dalam menghasilkan karangan dan

sastera serta pengkajian esei. Seterusnya kurikulum peringkat tinggi iaitu tumpuan kepada

menterjemahkan buku suci ke dalam bahasa China moden, menjelaskan kandungan buku suci

dan penulisan esei.

Zaman Dinasti Shang : Semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang,kurikulum

pendidikannya meliputi kemahiran dalam sistem tulisan bergambar atau ideogram. Terdapat

lebih 3,000 simbol atau tulisan bergambar yang harus dihafal oleh para pelajar. Mereka yang

dapat menguasai sistem tulisan ini dapat menjadi jurutulis.

Zaman Chou : Zaman pemerintahan Chou Barat diwujudkan untuk anak bangsawan di

ibu kota dan bandar-bandar lain. Sekolah untuk orang biasa disediakan di feudal iaitu kampung

dan kampung kecil. Terdapat pendidikan asas dan sekolah lanjutan bagi pemerintah dan orang

awam. Kurikulum – terdiri daripada 6 bidang seni (muzik, memanah, penulisan, matematik,

6

Page 7: titas

memandu kereta kuda beroda dua dan pelbagai upacara dan adat istiadat). Sistem pendidikan

zaman ini adalah liberal dan menekankan pemahaman dalam menimba ilmu (kaedah

menghafal dikutuk). Confucious berpendapat belajar tanpa pemahaman adalah pembaziran.

Chou Timur – perubahan sosial membawa kelahiran “Hundred School of Thought” 100 school

of Philosophy berkembang bila wujudnya penyelewengan dalam kerajaan dan peperangan. Ahli

falsafah sering bertemu untuk berbahas dan bertukar pendapat. Negeri feudal memberi

keutamaan kepada bidang pendidikan dan bersaing untuk menarik golongan intelektual.

Kurikulum pendidikan golongan terpelajar berusaha untuk melahirkan golongan pelajar yang

berani mengkritik dan mengamalkan tradisi menghormati diri sendiri.

Dinasti Chin : Berasaskan falsafah legalisme. Pemerintah tidak mahu ada sebarang

kesan masa lampau khasnya yang berkaitan dengan ajaran confucious. Sisten tulisan

dipermudah dan disatukan.

Dinasti Han : Dakwat diperkenalkan. Sekolah yang wujud ialah peringkat kerajaan pusat

dan tempatan. Sekolah swasta berkembang dengan pesat terutama dalam bidang

kesusasteran klasik. Universiti pertama ialah Universiti Nasional yang mempunyai 30,000

pelajar. Maharaja Han Wu Ti memperkenalkan institusi pengajian tinggi dan mengalakkan

pembinaan sekolah di seluruh empayar, sistem pendidikan, dan teks klasik ajaran Confucious.

Peperiksaan terbuka kepada awam tetapi sebenarnya , diduduki golongan kaya sahaja. Sebuah

sekolah khas untuk melatih pegawai kerajaan telah ditubuhkan di wilayah Changan dan sekolah

biasa didirikan di seluruh negara. Peperiksaan awam dijalankan di peringkat daerah,wilayah,

dan negara. Hasilnya lahirlah ahli sejarah,penyajak, dan pelukis. Contoh Su Ma Chien yang

mendapat gelaran Bapa Sejarah Negara China.

3.0) PERANAN AKTIVITI PENTERJEMAHAN DALAM TAMADUN ISLAM KEPADA

EROPAH

Faktor yang paling penting ialah giatnya aktiviti penerjemahan buku-buku Islam ke bahasa-

bahasa Eropah terutama bahasa Latin. Semasa kerajaan Islam bertapak di Andalus, para Amir

dan Khalifah juga menggalakkan kegiatan penterjemahan untuk digunakan dalam negara.

Sokongan kewangan diberikan kepada usaha-usaha menerjemah buku-buku dari bahasa Latin,

Greek dan lain-lain ke bahasa Arab.

7

Page 8: titas

Setelah kawasan-kawasan Islam di Andalus ditawan oleh Kristian mereka pula menerjemahkan

karya-karya terutama karya asli orang Arab ke bahasa Latin raja-raja mereka menggalakkan

supaya membuat pengajian dan penelitian terhadap karya-karya Islam yang berjaya mereka

rampas. Mereka juga turut mengasaskan sekolah dan universiti khusus untuk menerjemahkan

karya-karya Arab ke bahasa Latin dan juga menyediakan pendidikan Arab Latin kepada

masyarakat Kristian, Sekolah Arab-Latin di Toledo dan Seville telah memainkan peranan

penting dalam pengaliran tamadun ilmu pengetahuan Islam ke Eropah. Toledo yang ditawan

oleh Alfonso VI dari Castile pada tahun 477 H/1085 M telah dijadikan sebagai pusat

penerjemahan hasil karya ;Islam ke bahasa-bahasa Eropah. Pada umumnya orang Yahudi di

Toledo fasih berbahasa Arab dan juga Latin atau Roman. Golongan inilah yang banyak

berperanan menerjemahkan buku-buku Arab ke bahasa Latin. Di samping itu Salomon ben

Gabriel dan Moses ben Maimon merupakan sarjana dan ahli falsafah mereka yang terkenal.

Orang Kristian di Andalus sendiri telah menyedari kelebihan orang Islam. Raja Kristian,

Alfonso the Great dan Alfonso the Wise telah banyak membuat sumbangan terhadap

perkembangan intelektual antara orang Kristian dengan Islam, Alfonso VII pula telah

menubuhkan sebuah institusi penerjemahan di Toledo pada tahun 523 H/1130 M. Institusi ini

telah mengikut contoh Bayt al-Hikrnah yang dibina di Baghdad beberapa ratus tahun

sebelumnya oleh orang Islam. Hasil usaha ahli penerjemah di pusat ini telah membolehkan

bahasa Latin dalam bidang astronomi, matematik, falsafah, kedoktoran, kimia dan botani

sehinggalah kurun ke 7 H/13 M. Antara para sarjana Kristian yang berrninat dalam proses

pemindahan ilmu ini ialah Dominicus Gondisalvi, Hugh dari Satella, Petrus Alfose, John Seville,

Savasonda dan Abrahan Ezra. Mereka telah menjejaki dan menerjemahkan karya para sarjana

Islam di Barcelona, Tarragona, Segovia, Leon, Pamplona dan di kawasan selatan Perancis

seperti Tolouse, Baziers, Harbone serta Marseiles. Tetapi pusat yang terpenting sekali masih

lagi di Toledo. Mereka telah mendapat sokongan, galakan dan bantuan dari golongan

intelektual agama khususnya Reymond Archbishop di Toledo dan Micheal Scot, bishop di

Tarragona.

Pada pertengahan kedua kurun ke 6 H/12 M, penemuan karya terjemahan daripada

bahasa Arab ke Latin yang paling banyak sekali diusahakan oleh Gerard dari Carmona m. ke 5

H/11 M). Beliau telah menerjemahkan lebih 70 buah buku Arab ke bahasa Latin. Buku-buku ini

meliputi bidang ilmu seperti matematik, astronomi, geografi, perubatan dan lain-lain. Boleh

dikatakan lebih banyak ilmu sarnpai ke Eropah melalui usaha Gerard dari yang lain. Antara

buku yang beliau terjemahkan ialah Almagest versi Arab karangan Ptolemy yang merupakan

8

Page 9: titas

karya penting mengenai atronorni. Beliau juga menerjemahkan Kitab al-Qanun fi al- Tib karya

Ibn Sina, Appolonius mengenai optalmologi, karya-karya perubatan Gallen dan Hippocrates,

Kitab al-Tasrifkarangan al-Zahrawi dan lain-lain. Semua kitab yang diterjemahkan ini berasal

daripada teks Arab. Perlu diingatkan bahawa Eropah tidak boleh memahami falsafah Yunani

kecuali menerusi ilmu pengetahuan Islam, ini kerana kitab-kitab falsafah seperti karangan Plato

dan Aristotle yang berbahasa Latin tidak pernah diterjemahkan terus ke bahasa Eropah yang

lain melainkan orang Eropah mengambilnya dari terjemahan orang Arab yang telah ditambah

oleh penulisan-penulisan ulama Islam. Sebagai contoh Michael Scot dari Scotland (m. 650

H/1253 M) telah banyak membuat ulasan mengenai hasil-hasil karya falsafah Aristotle yang

dibuat oleh sarjana-sarjana Islam dan hasil-hasil karya Abu Ishaq al-Bitruji telah beliau

terjemahkan ke bahasa Latin. Beliau juga menerjemah ulasan Ibn Rushd mengenai De Code et

Munde karya Aristotle dan lain-lain lagi. Beliau juga dikatakan seorang daripada pengasas

aliran falsafah Ibn Rushd di Barat.

Montpellier dan diikuti oleh Paris, muncul sebagai pusat pengajian ilmu pengetahuan

yang terkenal di Eropah. Bahasa Arab dijadikan mata pelajaran di beberapa buah universiti di

Eropah seperti Toledo, Narbonne, Neples, Bologne dan Paris. Hasil-hasil karya sarjana agung

Islam di pelbagai bidang telah diterjemahkan ke bahasa Latin dijadikan bahan teks utama

sehingga abad ke-16 M. Abad berikut barulah pengaruh bahasa Raab berkurangan setelah

sarjana-sarjana Barat seperti Copernicus, Vesalius, Micheal Servetus, Nocolaus Messa, Galileo

Galilei dan lain-lain lagi membawa arah baru. Kesan tamadun dan kebudayaan Islam ke atas

Barat telah banyak dibuktikan. Contohnya dalam abad ke-12 H/18 M, Jesuir Juan Andres dalam

bukunya bertajuk Origin, Progress and Present State of World Literature mengenengahkan

pelbagai elemen Arab-Islam yang terdapat dalam kesusasteraan Eropah. Dalam abad ke 19 M,

Sarton seorang sarjana Barat telah mendedahkan sumbangan tamadun Barat. Demikian juga

hasil-hasil karya Asin Palacias, Ribera, Gonzales Palencia, Farmer, Nykl dan lain-lain yang

telah membincangkan pelbagai aspek pengaruh kebudayaan Arab-Islam ke atas Eropah.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kristian Eropah banyak terhutang budi

kepada umat Islam, khususnya sarjana-sarjana Islam Andalus dalam bidang perkembangan

intelektual dan kebudayaan. Ini kerana Andalus menjadi pusat tumpuan mereka untuk mencari

dan mendalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

Kebangkitan Tamadun Eropah: Setelah kejayaan Islam di Andalus bermula dari 93 H/711 M

sehngga abad ke 6 H/11 M, Eropah mula belajar dari faktor-faktor kemajuan Islam untuk

9

Page 10: titas

membuat sebarang modernisasi dalam negara mereka sendiri. Apabila kerajaan Islam mula

mengalami zaman kemunduran dan kemerosotan, negara-negara Eropah mahu mengejar

pelbagai kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Setelah negara Islam jatuh

mereka mengambil segala ilmu-ilmu Islam dan seterusnya memindahkan ke Eropah. Di bawah

pemerintahan Bani Umayyah umat Islam telah membina institusi pengajian dan sistem

pelajaran yang terbaik di seluruh dunia dan ramai penuntut Eropah mengunjungi universiti-

universiti Islam di Andalus.

Henry Grady Weaver dalam bukunya The Mainspring of Human Progresssemasa

membincangkan tentang sumbangan umat Islam di Andalus (yang juga dikenali sebagai

Saracen di Eropah) kepada kebangkitan Eropah di bawah tajuk ‘Contributions of the Saracens’

berkata:

“Buku-buku teks sekolah menekankan kepada sejarah Eropah silam dan moden tetapi tidak

menegaskan sejarah semasa Eropah beku dalam zaman kegelapannya. Dunia sebenarnya

sudah bersinar dengan suatu tamadun yang lebih hampir kepada apa yang terdapat di Amerika

kini. Tiga puluh generasi manusia yang menaruh keyakinan kepada kebebasan individu telah

mewujudkan tamadun itu dan berterusan selama 800 tahun. Di padang pasir, gunung-gunung

dan di lembah sungai yang subur dari Ganges ke Atlantik, orang ini meliputi semua bangsa,

warna dan kelas yang dahulunya daripada pelbagai agama, budaya dan empayar kerajaan)

yang terdahulu. Golongan ini terdiri daripada orang yang menganut agama Buddha, Kristian,

Islam, Hindu, Yahudi dan berbangsa Mongol, Parsi, Medes, Arab, Yunani, Mesir, Phoenica,

Mitti, Afrika dan ratusan keturunan bangsa lagi yang wujud sebelum permulaan sejarah bertulis.

Tidak ada satu nama yang wajar diberi kepada golongan ini, Penduduk Eropah yang

bencikan mereka menamakan mereka sebagai Saracen. Rekod-rekod mengenai Saracen yang

dibenci ini banyak diputarbelitkan mereka mempunyai tamadun selama 800 tahun, institusi-

institusi, kaedah-kaedah, cara hidup mereka semuanya terpendam dalam bahasa perhubungan

mereka iaitu Arab. Oleh kerana sejarawan-sejarawan Amerika berfikiran sama seperti orang

Eropah, kita hanya mengetahui sedikit sahaja mengenai dunia Saracen yang dilihat melalui

fahaman Eropah yang salah dan kebencian yang bermula dari zaman Peperangan Salib.

Disebabkan pandangan prejudis yang mendalam ini maka untuk memberi keadilan adalah

wajar diubah gambaran ini dengan mengutarakannya melalui perspektif Saracen. Dunia kini

sangat terhutang kepada Saracen dalam bidang sains, matematik, astronomi, ilmu pelayaran,

perubatan moden, pembedahan, pertanian saintifik dan pengaruhnya yang menuju kepada

10

Page 11: titas

penemuan dan penjelajahan Amerika. Dalam dunia Saracen, tidak ada kuasa yang menekan

saintis-saintis, tidak ada polis mengacau mereka dan tidak ada kerajaan yang menjaga mereka.

Sekolah-sekolah yang dibuka dari Baghdad ke Granada banyak dikunjungi oleh penuntut-

penuntut. Ada di antara sekolah-sekolah tersebut menjadi universiti-universiti yang terkenal,

dan selama ratusan tahun mereka terus berkembang. Organisasi formal tidak wujud bagi

universiti-universiti Saracen. Muhammad berpendapat bahawa terlampau banyak organisasi

akan membawa kepada rasuah. Peraturan-peraturannya sedikit. Tidak ada program yang

standard, tidak ada kurikulum biasa, tidak ada peperiksaaan. Untuk menghindarkan idea

bahawa pendidikan akhir dengan penganugerahan ijazah, sekolah-sekolah Saracen tidak

memberi diploma atau ijazah. Ia bukannya institusi untuk mengajar tetapi belajar. Penuntut-

penuntut belajar untuk mendapat ilmu seperti mana penduduk Amerika pergi ke kedai runcit

untuk membeli makanan. Kelas-kelas diadakan secara terbuka. Sesiapa yang mahu mencari

ilmu boleh duduk dan mendengar. Jika dia memilih untuk belajar dia akan memilih guru dan

berbincang secara peribadi dengannya apa yang hendak dipelajari dan bayarannya

dipersetujui. Jjka sekiranya selepas masuk kelas, murid berasa dia tidak dapat ilmu yang

dicarinya, dia berhenti membayar guru itu dan pergi ke guru yang lain atau universiti yang lain.

Apabila selesai pelajaran yang diperlukan, dia berhenti sekolah dan menguji ilmu barunya

secara praktikal.

Selama 800 tahun, sekolah-sekolah Saracen dan universiti-unversitinya berjalan atas

prinsip kebebasan, berdasarkan perjanjian sukarela antara guru dan murid. Mereka

menawarkan semua ilmu pengetahuan yang lalu dengan penekanan khas kepada ilmu sains.

Satu daripada keistimewaan sifat-sifat Saracen ialah kebolehan mereka untuk memanfaatkan

pengalaman orang lain. Mereka mengkaji karya-karya Aristotle, Galen dan Euclid. Mereka

menumpukan perhatian kepada penemuan-penemuan silam dan teknik Yunani, China, Romawi

dan selalu berusaha mencari cara untuk memperbaikinya. Umpamanya mengenai angka-angka

bilangan. Angka-angka yang anda dapat dalam mesin kira atau angka-angka di barisan atasan

kunci-kunci mesin taip atau di muka surat buku dikenali sebagai angka Arab. Sungguhpun

disampaikan kepada kita oleh Arab Saracen yang sebenarnya angka-angka kita ini berasal dari

bahasa Hindu. Bangsa Yunani dan Roman telah melihat simbol-simbol Hindu di India tetapi

masih terus bergantung kepada angka-angka Romawi yang sukar untuk perkiraan campur,

tolak, dan darab dengan menggunakan bola-bola kecil di atas wayar seperti yang masih

dilakukan oleh orang China sedangkan orang Saracen telah mengambil angka Hindu yang

11

Page 12: titas

mudah tetapi kemudiannya membuat perubahan yang membina. Jelas, apabila manusia diberi

kebebasan mereka akan mencari cara-cara bagi memudahkan kerja.

Sumbangan Saracen yang tidak ;kurang nilainya kepada tamadun moden kita ialah daya

pemikiran yang bebas. Mereka yang pada pertama sekali memahami konsep matematik

bahawa tidak adanya bilangan-kosong adalah dengan sendirinya satu nombor. Mereka

mencipta sifar yang jika ia tidak ada maka sukar bagi sains untuk mewujudkan tamadun moden

kini sepertimana yang kita ketahui hari ini.”

Maka jelaslah dari petikan di atas bagaimana sumbangan tamadun Islam di Andalus

terhadap tamadun intelektual terutamanya di Eropah. Maka bermula dari abad ke-15 M

terutama selepas Peperangan Salib timbul zaman Renaisance di Eropah untuk lari dari zaman

kegelapannya ke zaman modennya. Perubahan dari zaman kegelapan telah mengambil masa

yang panjang. Sungguhpun demikian Renaisance telah memberi lebih peluang kebebasan

individu dari segi agama, penulisan, kebudayaan serta kesedaran dan pencapaian yang

cemerlang dalam sastera dan sains. Seterusnya jadilah negara-negara Eropah pada abad-abad

berikutnya sepertimana yang kita lihat hari ini. Kini, negara-negara Eropah dianggap lebih maju

daripada negara-negara Islam. Maka adakah pada masa ini adalah relevan untuk para intelek

negara Islam untuk menrjemahkan karya-karya Eropah ke bahasa umat Islam, atau

mempelajari bahasa itu sahaja sudah cukup untuk kita memahami ilmu yang disampaikan oleh

mereka. Telah ada usaha-usaha penerjemahan dilakukan tetapi tidaklah segiat usaha

penerjemahan orang Eropah dahulu.

4.0) BUDAYA ILMU DALAM KALANGAN PENDIDIK.

Menggalakkan budaya ilmu dalam kalangan pendidik merupakan satu perkara yang amat perlu

diberi keutamaan. Melalui Budaya Organisasi Pembelajaran, pencarian ilmu merupakan amalan

harian yang tidak ada penghujungnya. Budaya seumpama ini akan menjadikan seorang

pendidik itu sentiasa berasa miskin dengan ilmu, lantas terus berusaha mencarinya daripada

variasi sumber.

Usaha-usaha ini hanya akan terlaksana jika beberapa faktor pengupaya diberi

perhatian utama. Ini termasuklah infrastruktur dan infostruktur mantap, perkhidmatan berkualiti,

sumber manusia berkualiti dan yang paling penting ialah warga IPG memahami serta

mengamalkan nilai dan falsafah organisasi.

12

Page 13: titas

Jika segala usaha disatukan, tiga halatuju IPG iaitu Kecemerlangan Pengajaran dan

Pembelajaran, Kecemerlangan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi, dan Kecemerlangan

Pembangunan Profesional Guru dapat digapai. Kecemerlangan Pengajaran dan pembelajaran

mampu memperlihatkan para pendidik guru menguasai pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Manakala Kecemerlangan Penyelidikan,

Pembangunan dan Inovasi mempamerkan pendidik guru yang membudayakan penyelidikan

serta mencetuskan pelbagai idea melalui inovasi mereka. Kecemerlangan Pembangunan

Profesionalisme Guru pula akan memperkasakan peningkatan profesionalisme secara

berterusan. Ketiga-tiga halatuju ini merupakan tunggak kepada kecemerlangan IPG sebagai

Peneraju Pendidikan Guru di Malaysia.

Perkara ini dapat dilihat melalui realiti sebenar guru pelatih masa kini di IPG seluruh

Malaysia. Kita pastinya tidak mahu bakal-bakal guru dihanyutkan dengan budaya hedonisme,

menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat

perjuangan bakal guru sebagai penuntut ilmu dan penyebar ilmu apatah lagi guru merupakan

aset penting dan pemacu kepada barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti. guru

adalah model yang menjadi perhatian masyarakat. Malahan pelajar juga tidak menghormati

guru. lihat saja di dada-dada akhbar, semuanya salah guru.

Melihat realiti yang berlaku di IPGM sekarang, guru pelatih lebih banyak tertumpu

kepada program-program berbentuk hiburan, kebudayaan dan sukan semata-mata. Konsert,

pesta, festival, karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa

bahkan mendapat sokongan penuh dari pelbagai pihak. Malang bagi guru pelatih pencinta ilmu

yang tidak dapat merasai sambutan hangat guru pelatih dan pihak atasan dalam program-

program berbentuk akademik, intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan guru

pelatih. lebih menyedihkan aktiviti kerohanian dan moral dianaktirikan. Tiada tindakan yang

dikenakan. Sedangkan FPK yang menjadi santapan pembelajaran setiap semester tidak

dijalankan secara menyeluruh. masih ada lagi sahsiah guru pelatih yang perlu

diperkemaskinikan dalam menjana modal insan keguruan yang sebenar. Seteguh mana modul

Bina Insan Guru jika masih lagi ada guru pelatih yang tidak beretika di sekolah. Sejauh mana

pembinaan semangat profesion keguruan jika masih ada lagi guru pelatih yang mengeluh dan

ponteng kuliah.

Sejauhmana integriti guru, sama-sama kita nilai. Kebanyakan daripada guru pelatih tidak

mementingkan ilmu tetapi mementingkan elaun bulanan yang lewat masuk. Apabila hampir

13

Page 14: titas

peperiksaan barulah menelaah buku. Budaya peperiksaan menjadi amalan guru pelatih yang

hanya menunggu soalan spot & menghafal. Tidak memikirkan kefahaman dan kepentingan

sebenar ilmu. Guru adalah penyebar ilmu. Kadang-kadang isu semasa pun tidak sedar dan

tiada kesedaran untuk ambil tahu. Aspek pembinaan minda kelas pertama telah diketepikan

tetapi telah digantikan dengan pembinaan elaun kelas pertama. Oleh itu, sebuah buku telah

dikeluarkan, Budaya Ilmu dalam Kalangan Guru Pelatih, untuk guru pelatih agar dapat menjadi

panduan dalam mempuk budaya ilmu dalam diri guru pelatih.

14

Page 15: titas

5.0) KESIMPULAN

Kemajuan dalam tamadun India tidak dinafikan mempengaruhi perkembangan dan kemajuan

sains dan teknologi moden Perkembangan dan kemajuannya juga hasil pengaruh dari

Tamadun Islam, China dan Yunani Kemajuan dalam sains kini memperlihatkan India juga

adalah antara negara penting dunia yang memajukan sains angkasa, nuklear, persenjataan

teknologi maklumat dan sebagainya. Pendidikan rasmi di China berkembang melalui dikri

pemerintah. Tumpuan utama pendidikan ialah untuk memajukan sensitiviti moral dan rasa

tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Aktiviti penterjemahan dalam tamadun Islam banyak memaikan peranan terhadap

perkembangan ilmu di Eropah. Ilmuan-ilmuan Islam banyak mengeluarkan dan menghasilkan

buku-buku dalam segenap aspek. Hal yang demikian, ilmuan-ilmuan eropah telah mengambil

inisiatif untuk menterjemah buku-buku ilmuan Islam ke dalam bahasa mereka bagi

mengembangkan ilmu pengetahuan di eropah.

Sebagai seorang pendidik, perlulah kepada mereka untuk mempunyai ilmu. Namun,

kebelakangan ini, budaya ilmu kian hilang dalam kalangan pendidik. Mereka merasakan

mereka sudah menjadi pendidik maka tidak menjadi kewajipan bagi mereka untuk sentiasa

menuntut ilmu. Tanggapan ini amatlah silap. Oleh yang demikian, pelbagai usaha telah

dilaksanakan bagi memupuk budaya ilmu dalam kalangan pendidik.

15

Page 16: titas

6.0) BIBLIOGRAFI

A.Aziz Deraman.2000. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lum pur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Ramli. 2005. Tamadun Asia. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)

UiTM.

Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1990. Pemikiran Umat Islam di Nusantara: Sejarah dan

Perkembangannya Hingga Abad ke 19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Afifah Abu Yazid (penyusun). 2003. Pengajian Tamadun Asia. Bentong: PTS Publications dan

Distributor Sdn. Bhd.

Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba’iyah Mohd Noor dan Salina Hj. Zainol. 2000.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS I). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Azhar Hj.Mad Aros. 2004.Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2 (TITAS 2). Shah Alam: Penerbit

Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Balqis Haji Abu Bakar, Dr., Pengaruh Tamadun Islam terhadap Perkembangan Dunia, dlm

Seminar Dunia Melayu Dunia Islam, Maktab Perguruan Islam Melaka, Melaka, 24-25

November 1992.

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin. 2000. Siri Sejarah Fajar Bakti Sejarah Malaysia. Shah

Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Ismail Hamid. 1985. Peradaban Melayu dan Islam. Petaling

Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Mahyudin Haji Yahya .2001. Tamadun Islam dan Tamadun Asia..Kuala Lumpur: Universiti

Malaya

Mahyudin Haji Yahya. 2001. Islam Di Dalam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Syed Muhammad Naguib Al-Attas. 1984. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala

Lumpur: UKM.

16

Page 17: titas

7.0) LAMPIRAN

17