slide titas

62
Kecemerlangan Tamadun Cina sebagai rujukan dunia melalui pengaruh Konfusianisme, Kesenian Serta Sains Dan Teknologi. Disediakan oleh: Mariati Binti Ahmad Ruzita Binti Mustaffa Fairul Wazib Bin Abdul Wahab PPG Sains Februari 2012

Upload: mariati-ahmad

Post on 31-Oct-2015

153 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Tamadun Islam

TRANSCRIPT

  • Disediakan oleh:Mariati Binti AhmadRuzita Binti MustaffaFairul Wazib Bin Abdul WahabPPG Sains Februari 2012

  • PENDAHULUAN

    Pengertian tamadun: Peradaban/maju/mencapai kemajuan

  • Pengertian oleh Para Sarjana Ilmu.Suatu tingkat pencapaian/kemajuan dari hidup nomad kepada hidup moden.Proses mencapai kemajuan/kebaikan di dalam kehidupanKombinasi kepada kemajuan aspek pemikiran, rohani dan jasmaniKemajuan manusia berasaskan ketinggian akhlak atau budi pekerti

  • Bermula semasa Dinasti Chou, dibawa oleh Confucius(551 S.M)Confucianisme tidak dianggap 1 agama tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik.Menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri (berbudi bahasa, murah hati, amanah, kerajinan dan sifat baik)Menyatakan raja harus melindungi rakyatMenegaskan raja adalah ketua keluarga dan rakyat ahli keluarga.

    Pengaruh Konfusianisme

  • Perubahan Ajaran KonfusianismeBerubah menjadi sebuah agama Menekankan konsep Jen iaitu perikemanusiaanAda 5 jenis hubungan baik iaitu:* pemerintah kepada rakyat* ibu bapa dan anak* suami dengan isteri* abang dengan adik* kawan dengan kawan

  • Perkara-perkara yang dititik beratkan dalam ajaran Konfusius

  • KesenianTamadun Cina telah mencapai kemajuan kemajuan penting dalam bidang keseniaan. Kemajuan itu dicapai semasa pemerintahan dinasti Han, dinasti Tang, dinasti Song dan dinasti Ming. Ini kerana pemimpin-pemimpin dinasti tersebut menjadi penaung bagi perkembangan kesenian. Secara umumnya, perkembangan dalam bidang kesenian boleh dibahagikan kepada bidang muzik, kaligrafi, seni lukis dan seni bina.

  • Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya.Muzik klasik,kaligrafi,seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina.Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan.Muzik bagi tamadun cina adakah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan diletakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius.

  • Seni MuzikSeni muzik juga merupakan salah satu bidang yang telah lama berkembang dalam tamadun Cina. Malah, Konfusius juga menyokong perkembangan muzik kerana menurut beliau, muzik merupakan suatu cara untuk manusia menunjukkan kegembiraannya. Perkembangan muzik boleh dikesan sejak zaman kuno tamadun Cina dengan penemuan buku tentang muzik iaitu Kuan Tzu yang ditulis pada abad ke-4 S.M. Semasa dinasti Tang, perkembangan muzik digiatkan lagi dengan penubuhan pejabat Muzik Kemaharajaan(Yueh Fu) yang telah menjadi tempat mengumpulkan bahan-bahan dan mengedit lagu-lagu rakyat.

  • Terdapat dua pembahagian muzik dalam perkembangan tamadun Cina iatu muzik rakyat dan muzik golongan atasanPada asasnya, muzik rakyat merupakan asas perkembangan muzik Cina. Ini kerana muzik mempunyai kaitan dengan kehidupan rakyatSelepas itu, muncul muzik untuk golongan atasan yang telah mengubahsuai muzik rakyat.

  • Orang China telah mencipta pelbagai instrumen muzik seperti Zheng,Xiao dan Erhu yang telah berkembang penggunaan mereka di sepanjang Asia Timur dan Tenggara khususnya di kawasan pengaruh China.Alat muzik sheng adalah asas bagi pelbagai alatan muzik free reed barat.

  • CONTOH INSTRUMEN MUZIK CINAErhuXioaZheng

  • TULISAN KALIGRAFIKaligrafi Cina merupakan salah satu seni halus yang unik di dunia. Seni amat dihormati oleh masyarakat Cina. Kaligrafi merupakan tulisan yang direka dalam bentuk lukisan yang indah. Kaligrafi Cina mempunyai unsur-unsur atau imej kekuatan, kecantikan ataupun keanggunan. Bentuk awal sekali kaligrafi terdapat pada kulit kura-kura dan tulang binatang yang dikenali sebagai Chiakuwen (Jia Gu Wen). Seterusnya, kaligrafi Cina berkembang kepada beberapa gaya lakaran seperti Zhuan-shu, Li-shu, Kai-shu, Xing-shu dan Cao-shu. Dalam kelima-lima jenis itu, gaya Kai-shu merupakan gaya penulisan yang popular dan sering mendapat perhatian masyarakat kerana gaya ini mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat Cina.Selain daripada nilai seninya, kaligrafinya memainkan peranan penting dalam tamadun Cina kerana ia melambangkan tahap pencapaian dan kehalusan peribadi seseorang sama ada maharaja sarjana.

  • Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat,berus,kertas dan kadang - kadang sutera.Perkembangan kaligrafi telah menghasilkan pelbagai bentuk tulisan cina.Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi.Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus).Kecemerlangan dari sudut kesenian dalam Tamadun Cina boleh dilihat melalui tulisan yang digunakan di mana walaupun pernah ditakluk oleh orang asing seprti Mongol (Dinasti Yuan -1279 1368) dan Orang Manchu (Dinasti Qing,1644 1911).Ini kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik.

  • Contoh Tulisan Kaligrafi CinaChiakuwenZhuan - ShuLi - ShuKai - ShuXing ShuCao Shu

  • Berus untuk menulis kaligrafi

  • Seni LukisSeni lukis merupakan salah satu bidang kesenian yang berkembang maju dalam tamadun Cina. Salah seorang maharaja Cina yang begitu berminat dalam bidang ini ialah Hui-Zong. Beliau telah menubuhkan akademi dan menggalakkan perkembangan seni lukis. Lukisan-lukisan Cina banyak bertemakan dewa-dewi, pemimpin bangsawan, gadis dan orang biasa. Selain itu terdapat juga lukisan tentang alam semula jadi seperti gunung-ganang, hutan rimba dan sungai. Gambar binatang dan tumbuhan juga menjadi tema utama pelukis CinaSeni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus).

  • Contoh Lukisan Xieyi

  • Terdapat juga pelbagai genre sastera cina klasik seperti puisi.prosa,drama dan fiksyen. Antalogi puisi cina yang terawal ialah Shin Jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil,nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11SM 771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770SM 476M).Analogi ini dikumpul pada masa konfusius (551SM 479SM) di kawasan Lembah Huanghe.Secara amnya,puisi cina berhubung rapat dengan muzk dan bersifat padat dan singkat.Puisinya juga lebih naratif atau diskriptif yang mempunyai fungsi social dan politik.

  • Drama Cina / OperaDrama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 1368).Walau bagaimanapun ,drama cina dari jenis zaju iaitu drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemangat pada Dinasti Yuan.Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama douer Yuan (ketidakadilan Yuan).

  • teknologi kejuruteraan hidraulik (kurun 15-11 SM) untuk mengawal banjir Sungai Kuning.

  • teknologi meleburdan menuang besi ke dalam acuan

  • pengeluaran porselinPeriuk tembikar yang dicat dengan pelepasan yang dibangkitkan naga dan burung phoenix, Western dinasti Han (202 SM - 9 Masihi)Kawah memasak tembikar hitam dari budaya Hemudu (sekitar 5000 - c 3000 SM)

  • pembuatan kertas dan loyangKertas fiber Cina terawal, yang digunakan untuk membungkus tidak bertulis, yang dipamerkan di muzium sejarah Shaanxi di Xi'An, China.

  • Dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3 SM), penyediaan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet

    Peta Dunhuang dari Dinasti Tang (wilayah Kutub Utara). Peta ini diketahui setakat ini daripada pemerintahan Maharaja Zhongzong Tang (705-710). Dijumpaidi Dunhuang, Gansu. Buruj tiga kumpulan bintang telah dibezakan dengan warna yang berlainan: putih, hitam dan kuning untuk bintang Wu Xian, Gan De Shi Shen masing-masing. Set seluruh peta bintang yang terkandung 1.300 bintang

  • Salah satu peta bintang tertua yang wujud dalam bentuk bercetak adalah daripada Su Song (1020-1101 Masihi)

  • penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusanSatu kaedah membuat instrumen pemerhatian astronomi pada masa Dinasti Qing.Gnomon digunakan bagi menentukan latitude matahari dengan mengukur kedudukan panjang bayang-bayang ketika waktu tengah hari.

    Clepsydra digunakan untuk mengukur masaGnomon (Gui Biao) adalah instrumen yang tertua dan mudah astronomi di China purba yang dicipta untuk memerhatikan panjang dan kedudukan bayang matahari untuk menentukan masa

  • Mekanisme berkuasa air menara jam astronomi Song Su, yang menampilkan sebuah tangki clepsydra, kinciran, pemacu mekanisme, dan rantaian memandu kuasa sfera armillary dan 113 jam bicu menarik untuk membunyikan jam dan memaparkan plak maklumatLou (jam air) adalah satu peribahasa yang digunakan oleh bersamaan purba Cina untuk "jam" hari ini. Dilou zhonghu juga dipanggil jam clepsydra atau air

  • Sistem kalendar Cina : kalendar lunar dan kalendar suria.Kalendar Cina pada zaman Dinasti Shang yang berusia 3000 tahunKalendar lunar untuk upacara keagamaanKalendar suria untuk melihat musim

  • Sempoa : oleh ahli matematik Xu Yue (kurun ke 2 SM)

    Buku Jiuzhang Suanshu (sembilan bab matematik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke 2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif,sistem pecahan dan perpuluhan,dan nilai pai.

    Aljabar (Algebra) pula bermula pada abad ke-13 oleh Chin Chiu Shao : persamaan berangka tinggi, persamaan tak tentu dan penggunaan Aljabar dalam Trigonomtri dalam bukunya Shu-Shu Chiu-Chang; angka positif (melambangkan keuntungan) dan negatif (melambangkan hutang).

  • 1. Teori Yin dan Yangkeseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku.Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional.

    Simbol Yin dan Yang

  • Teori Lima Elemenmenganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah.

  • 3.Teori Jing (saluran) dan Luo (kolateral)merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabila jing atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

  • AkupunturBerdasarkan teori Jing dan Luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit.Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan.Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan

  • Jarum yang dimasukkan ke dalam kulit pesakit.Carta perubatan Cina purba pada meridian akupunktur

  • Moxibustiondaun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

  • Buku perubatan dan farmokologi Cina tradisional(pemangkin kepada perkembangan perubatan moden oleh barat.)1. Huangdi Neijing (Perubatan Klasik Maharaja Kuning atau The Yellow Emperor's Manual of Corporeal Medicine) buku perubatan tertua di China dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475-221SM)dua peredaran; darah yang dialirkan oleh jantung dan chi yang dialirkan oleh paru-parumenjadi asas penggunaan akupuntur.mengesan 28 denyutan nadi yang muncul daripada jantung manusia. Idea peredaran darah

  • Buku perubatan dan farmokologi Cina tradisional Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.

  • Buku perubatan dan farmokologi Cina tradisional Systematic Treasury of Medicine yang dikarang oleh Chang Chi sekitar tahun 200M yang mengandungi maklumat tentang pencegahan penyakit dan beberapa diet pemakanan

    Han Yu menulis sebuah esei tentang penyakit beri-beri yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B1.

    Masyarakat Cina kuno juga mengenali penyakit kencing manis atau diabetis yang disebut hsiaoko yang bermakna kedahagaan.

    Penyakit beri-beri

  • Buku perubatan dan farmokologi Cina tradisional The Yellow Emperors Manual of Corporeal Medicine, juga menyatakan bahawa seseorang yang mengidap penyakit tersebut adalah kerana memakan makanan yang manis dan banyak lemak.

    masyarakat Cina kuno juga merupakan masyarakat pertama menggunakan kaedah suntikan untuk mencegah penyakit cacar

  • penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubang jarum (pin- hole camera) Kamera obscuraGambarajah kamera obscura pada abad ke 18

  • menghasilkan eliksir kehidupan, mencari formula agar manusia hidup selama-lamanya bahan-bahan: merkuri, plumbum dan arsenikUjikaji ahli kimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berfaedah.Ekspidisi pertama ahli kimia Taoist,Xu Fu pada zaman Dinasti Qin ke Gunung Abadi (Mount of the Immortals)

  • Tempat kediaman yang mudah istana yang indah taman diraja bandarContoh : Istana Musim panas di Peking (Beijing)Pelan bergambar istana Musim panas pada tahun 1888Istana Musim Panas sekarang.

  • Bandar kuno Cina: pembinaan tembok besar mengelilinginya. istana raja, pasar dan taman larangan raja akan ditempatkan dalam bandar itu.Bandar dinding Xi'an adalah bandar dinding yang terbaik dipelihara di China

  • Kaedah penanaman batas sejak abad ke 6SMmenggunakan alat semaian dan cangkul besi.Alat membajak menggunakan tenaga kerbau.abad ke-2 S.M.: alat menampi bijirin yang lebih canggih dicipta iaitu kipas penampi berputar yang membolehkan pengasingan habuk daripada bijirin dengan lebih cepat.

  • Layang-layang, dicipta pada abad ke 4SM,oleh ahli falsafah Mo Ti.Sebagai alat komunikasi semasa peperangan pada zaman dinasti Liang (502-557 M). peta bantuan yang mengandungi garis kontur yang menunjukkan ketinggian sesuatu kawasan.Peta bantuan yang pernah digunakan di China telah dikesan pada abad ke-3 S.M. direkodkan dalam Shih Chi, buku sejarah klasik Cina.

  • Membina terusan pengangkutan paling awal di dunia. Antara Contoh :Terusan Besar semasa dinasti Sui. Panjang terusan tersebut ialah 1100 batu, dalamnya antara 10 hingga 30 kaki dan lebarnya kira-kira 100 kaki.Terusan pengangkutan yang pertama dibina ialah Terusan Magik pada abad ke-3S.M. oleh jurutera Shih Lu atas arahan Shih Huang-ti. untuk mengangkut tentera China dalam usaha menawan kawasan Selatan China. Terusan Berkunci dibina pada tahun 984 oleh Penolong Pesuruhjaya Pengangkutan di Huainan, Chiao Wei-Yo untuk mengawal paras air bagai kegunaan kapal-kapal keluar dan memasuki terusan tersebut.

  • Terusan BesarCiptaan sistem Terusan Berkunci

  • menggunakan buluh untuk dijadikan papan kain layar supaya lebih senang diturunkan dan dinaikkan. semasa pemerintahan dinasti Liu Sung pada tahun 418, Komander Wang Chen-O pernah menggunakan kapal roda berdayung untuk digunakan dalam peperangan.Tong kang dari abad ke 13, Dinasti Song.

  • senjata kimia terutama gas beracun sejak abad ke-4 S.M.untuk menghapuskan serangga perosak sekitar abad ke-7 S.M. Kemudiannya, peperangan. Menurut Mo Ti, pam angin digunakan untuk menyembur gas beracun ke dalam kota-kota musuh yang dikepung. busur silang yang berasal daripada sejenis perangkap panah yang digunakan untuk memburu. Buku rekod sejarah cina yang ditulis oleh Ssu Ma-chien pernah mencatatkan tentang kilang pembuat dan pengeluar busur silang yang dikendalikan oleh Liang Hsiao Wang pada tahun 157. Oleh kerana senjata ini penting, dimonopoli oleh kerajaan

  • mancis yang terus digunakan pada hari ini.Bentuk pertama mancis dicipta pada tahun 577. Bahan yang digunakan untuk membuat mancis bentuk awal itu adalah daripada galian sulfur. Penggunaan mancis mula tersebar ke dunia Barat pada tahun 1270 oleh pedagang-pedagang Itali.

  • KERTASCai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105.Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

  • PERCETAKANmula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 906)buku Jingang Jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. pada tahun 105. diperkenalkan ke Eropah pada kurun ke-13. Pada abad ke-7, sebuah bongkah kayu yang diukir untuk dijadikan alat pencetakan.penciptaan alat pencetak mudah alih yang dihasilkan oleh Bi Sheng sekitar tahun 1041 hingga 1048.Perkembangan kertas dan alat cetak telah membawa kemajuan dalam bidang kesusateraan.

  • 3. BAHAN LETUPANPertama dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke 7 dengan saltpetre dengan sulfur dan karbon. serbuk peletup,senjata telah dicipta seperti panah berapi yang pernah digunakan dalam peperangan menawan Bandar Tzu-tung pada tahun 994.Pada abad ke-11 ,bom bunyi petir. Bom ini mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai saltpetre. Bahan ini dimasukkan ke dalam buluh atau kertas dan mempunyai fius sebelum dilontar ke pihak musuh.Pada tahun 1221, dicipta sejenis bom yang lebih hebat yang dikenali sebagai bom petir pecah. Bom ini lebih berbahaya dan boleh membawa maut kepada pihak musuh. Pada sekitar 1277, periuk nasi tanah telah dicipta. Selain penciptaan bom, tamadun Cina juga mencipta alat isyarat yang dikenali sebagai bom isyarat. Alat isyarat ini pernah digunakan pada tahun 1276 semasa Yangchow diserang dan orang Cina menggunakan alat ini untuk memberi isyarat untuk meminta bantuan.

  • 4. KOMPASPada pemerintahan Dinasti Han (206 220 SM)sifat-sifat magnet telah ditemui di cina.Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke 6.Pengherotan dan kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke 8 dan ke 9 telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.Sebuah dokumen Cina yang awal ada menyatakan masyarakat negeri Cheng yang pergi mencari batu jed, menggunakan satu alat penunjuk selatan untuk memandu mereka pulang. Kompas yang dicipta menggunakan bijih besi yang mempunyai magnet.

  • Sekian,terima kasih.Tamat

    *TAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan TeknologiTAMADUN CHINA || Sains dan Teknologi