titas buddhajhgjh

10
Apakah itu Buddha? Agama Buddha terdiri daripada tiga aliran utama iaitu Theravada,Mahayana dan Vairayana.Agama Buddha merupakan agama dan falsafah yang berpaksikan ajaran Buddha Sakyamuni (Siddharta autama!.Agama Buddha mas"k ke benua #ndia selepas kurun ke$% Baginda meninggal dunia.Selepas dua ribu tahun, agama Buddha telah tersebar ke tenggara,tengah dan timur Asia.Sekarang terdapat hampir &%' juta penganut Buddha dan agama ini merupakan salah satu agama yang terbesar di dunia. )* Se"rang Buddha ialah se"rang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui pelajarannya yang bertahun$tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan +enemuannya dikenali sebagai B"dhi (+emahaman!. Sesiapa yang bangun dari -etiduran -ejahilan se ara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha .[1,2] ) PENGARUH AGAMA BUDDHA KE SELURUH PELOSOK DUNIA

Upload: nurtasha-atikah

Post on 04-Nov-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kjkjlkjl

TRANSCRIPT

Apakah itu Buddha? Agama Buddha terdiri daripada tiga aliran utama iaitu Theravada,Mahayana dan Vairayana.Agama Buddha merupakan agama dan falsafah yang berpaksikan ajaran Buddha Sakyamuni (Siddharta Gautama).Agama Buddha masok ke benua India selepas kurun ke-5 Baginda meninggal dunia.Selepas dua ribu tahun, agama Buddha telah tersebar ke tenggara,tengah dan timur Asia.Sekarang terdapat hampir 350 juta penganut Buddha dan agama ini merupakan salah satu agama yang terbesar di dunia.[1]PENGARUH AGAMA BUDDHA KE SELURUH PELOSOK DUNIA

Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan Penemuannya dikenali sebagai Bodhi (Pemahaman). Sesiapa yang bangun dari "Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha.[1,2]

KEPERCAYAAN BUDDHISME

Sakyamuni dikatakan sebagai Buddha yang terkini daripada banyak-banyak Buddha.Terdapat banyak Buddha yang akan dilahirkan selepas Sakyamuni.Menurut agama ini, jika seseorang itu memahami alam semula jadi nyata yang sebenar mereka akan digelar sebagai Dharma. Buddha harus membersihkan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat", atau "Jalan Tengah" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvana(Pali Nibbana).[4]

Buddhisme di malaysia Agama buddha merupakah salah satu agama utama yang paling banyak dianuti oleh rakyat Malaysia.Buddhisme Cina yang bertradisi Mahayana dipercayai telah dibawa masuk oleh saudagar-saudagar Cina yang bermaustautin di negara ini kira-kira pada kurun ke-17 lagi.Orang Cina hari ini sebenarnya tidak tahu untuk membezakan Buddhisme daripada aliran kepercayaan Cina yang lain seperti Taoisme dan Konfucianisme kerana Buddhisme Cina telah di campur adukkan dengan kepercayaan tradisional Cina.Bagi mereka dewa-dewi termasok Buddha sama sahaja dan ia disembah hanyalah untuk memenuhi keperluan rohani mereka.Keperluan rohani yang dimaksudkan di sini berhubung rapat dengan kebendaan seperti kekayaan, kesihatan yang baik serta keluarga yang bahagia.[2] Seterusnya,terdapat juga orang Thai,Singhala dan Burma beragama Buddha di Malaysia selain kaum Cina.Kelompok-kelompok ini membina rumah ibadah yang dipenuhi berhala bagi memenuhi keperluan rohani masing-masing.Daripada ketiga kelompok ini, orang Singhala paling berjaya dalam mengembangkan ajaran Buddha kepada Buddhis.Mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan berasaskan tradisi Theravada.Pada masa kini, mazhab Vajrayana (Adamantine Way) juga disukai dan diikuti oleh Buddhis di Malaysia Dari sudut pertubuhan dan organisasi, orang Buddhis di Malaysia boleh dikatakan masih kekurangan satu majlis tertinggi bagi mewakili dan menjaga hak-hak mereka.Terdapat dua persatuan nasionalis Buddha di negara kita iaitu Persatuan Belia Buddhis Malaysia dan Persatuan Buddhis Malaysia.Persatuan Buddhis Malaysia merupakan gabungan rumah berhala Buddhis Cina yang menjalankan kegiatan mereka dalam bahasa Cina manakala Persatuan Belia Buddhis pula Malaysia pula merupakan gabungan 180 buah persatuan belia Buddhis yang terdiri daripada semua aliran.Persatuan ini banyak memberi pengaruh kepada golongan tua dan muda.Mereka acap kali mengadakan seminar,ceramah,kampen-kampen,kem latihan belia di pelbagai peringkat pertandingan dan amalan agama lain.Buku-buku penerbitan diberikan secara percuma diedarkan kepada penganut muda bagi membetulkan salah paham.Namun, terdapat kekangan yang timbul iaitu kekurangan dari segi kewangan dan terdapat sedikit tenaga pelatih yang menjalankan kegiatannya.[3] KITAB SUCI AGAMA BUDDHA

Seterusnya, Hari Wesak adalah suatu perayaan yang paling penting bagi penganut agama Buddha . Ia dianggap sebagai hari yang paling mulia sekali . Ia disambut pada hari kelima belas waktu bulan naik , bulan keenam mengikut kiraan bulan Thai bersamaan dengan bulan Mei . Hari Wesak menandakan tiga hari terpenting dalam riwayat hidup 'Lord Buddha' . Pertama , pada hari itu , Buddha dilahirkan di Kebun Lumbini dalam negara purba Kapilavastu (dekat sempadan Nepal sekarang ). Kedua, pada hari yang sama , tiga puluh lima tahun kemudian , Buddha mencapai kemantapan fikiran , 'satsaru'. Ini adalah hasil usaha beliau bertapa untuk mencari jalan mengatasi kesusahan di dunia . Ketiga , pada Hari Wesak juga beliau menempuh 'Nirwana' atau kemangkatannya dan dia 'diangkatkan' ke syurga . Ketika itu beliau berumur 80 tahun.[5] .

PESTA TANGLUNG YANG DISAMBUT ORANG BUDDHA PADA PERAYAAN WESAK

Agama Buddha dan Islam di Afghanistan Menurut catatan-catatan Hinayana mengenai hikayat Buddha, seperti naskah Sarvastivada The Sutra of Extensive Play ( Sutra Lelakon Panjang, Skt. Lalitavistara Sutra ), Tapassu dan Bhallika, dua pedagang bersaudara dari Baktria, menjadi murid pertama yang menerima sumpah orang awam. Ini terjadi lapan minggu setelah pencerahan Shakyamuni, yang secara turun-temurun dianggap terjadi pada tahun 537 SM. Bhallika kemudian menjadi seorang biksu dan membangun sebuah wihara di kota tempat tinggalnya, Balkh, yang bertempat di dekat Mazar-i-Sharif sekarang. Ia membawa lapan belas helai rambut sang Buddha sebagai pusaka, untuk mendirikan sebuah tugu stupa . Pada masa ini, Baktria menjadi bagian dari Kekaisaran Iran Akhaemeniyyah. [3,4]TUGU STUPA DI BOROBUDUR, INDONESIA

Pada tahun 349 SM, beberapa tahun setelah Sidang Dewan Buddha Kedua, aliran Mahasanghika memisahkan diri dari Theravada. Banyak dari kaum Mahasanghika pindah ke Gandhara. Di Hadda, kota utama di Afghanistan, yang bertempat di dekat Jalalabad sekarang, mereka akhirnya mendirikan Wihara Nagara dan mereka membawa bersama tengkorak dari jasad sang Buddha sebagai pusaka. Tidak lama kemudian, pengikut aliran Theravada yang tertua di situ, Sambhuta Sanavasi, berhijrah serta membangun alirannya di Kapisha. Ia tidak berhasil, dan Mahasanghika menolak Buddha sebagai aliran utama di Afghanistan. Pada akhirnya, kaum Mahasanghika terbahagi menjadi lima cabang-aliran. Salah satu yang besar di Afghanistan adalah Lokottaravada, yang kemudian membangun di Lembah Bamiyan di Penggunungan Kush Hindu. Di sana, pada waktu antara abad ke-3 dan ke-5 M, para pengikutnya membangunkan patung Buddha berdiri terbesar bertujuan menjaga keyakinan mereka bahawa Buddha adalah sosok lintas-fana dan adimanusia. Taliban telah menghancurkan karya raksasa ini pada tahun 2001 M. Pada 330 SM, Alexander dari Macedonia menakluk sebahagian besar Kekaisaran Akhaemeniyyah, termasuk Baktria dan Gandhara. Para pewarisnya membangun bangsa Seleukia. Akan tetapi, pada tahun 317 SM, bangsa Maurya India merebut Gandhara dari Seleukia dan oleh karena itu wilayah tersebut hanya ter-Helenisasi secara permukaan saja selama kurun yang singkat ini. [2] Kaisar Maurya Ashoka (memerintah 273 232 SM) menyukai ajaran Buddha Theravada. Pada masa pemerintahannya kelak, ia mengirimkan utusan Theravada ke Gandhara, yang dipimpin oleh Maharakkhita. Ke selatan sampai sejauh Kandahar, utusan ini mendirikan sakaguru Ashoka dengan maklumat yang didasarkan pada asas-asas Buddha. Lewat utusan-utusan ini, Theravada menapakkan jejak kecil kehadirannya di Afghanistan.[2,3]

Pelaksanaan Agama Buddha Dalam Kehidupan Seharian Buddha Dhamma sebagai suatu agama atau sebagai suatu cara hidup yang benar-benar dihargai oleh orang-orang berintelek tinggi di seluruh dunia. Alasan yang sederhana ialah bahawa Sang Buddha, pendiri agama ini, adalah guru yang telah mencapai penerangan sempurna dan berpandangan luas. Cara hidup menurut agama Buddha sangatlah sederhana, bebas daripada kepercayaan membuta. Sayang sekali banyak orang yang belum memahami bagaimana menempuh cara hidup yang benar menurut agama Buddha. [1] Dewasa ini, banyak masyarakat beragama Buddha sendiri mempunyai berbagai kepercayaan. Banyak diantara mereka mengamalkan agama buddha ini terpesong daripada ajaran asli Sang Buddha. Sebenarnya banyak orang telah mengabaikan dan melupakan cara hidup yang benar menurut agama Buddha. Banyak pula yang mempunyai pengertian yang keliru mengenai segi-segi panting tertentu dari agama ini. Dengan harapan untuk menghilangkan pandangan salah dan memberikan penerangan kepada masyarakat, maka buku kecil iaitu Tipitaka telah diterbitkan oleh pengikut kuat ajaran Buddha sebagai panduan buat meraka. Dengan memahami ajaran Buddha,seharusnya penganutnya perlu mengamalkan ajaran tersebut dengan sebaik-baiknya.Mereka seharusnya menghargai kehidupan ini agar hidup mereka aman dan damai. KAUM INTELEKTUAL

Orang-orang tertentu yang disebut kaum intelektual menggunakan Buddhisme hanya sebagai suatu dasar bagi membahas segi-segi metafisika dan filsafat agama ini. Mereka mencemohkan kebudayaan umat Buddha yang telah lama diamalkan. Ini bukanlah sikap yang benar dan sihat dalam beragama. Suatu agama tanpa pengertian dan agama yang tidak meresap ke dalam kebudayaannya tak akan dapat bertahan, agama itu hanya akan menjadi filsafat kering dan menghilangkan beberapa detik kemudian. Toleransi merupakan hal utama dalam ajaran-ajaran Sang Buddha. Jika seseorang tidak dapat menerima pelaksanaan-pelaksanaan budaya tertentu, ia setidak-tidaknya harus membiarkan pelaksanaan-pelaksanaan tersebut. PENGHORMATAN KAUM MUDA TERHADAP KAUM TUA

Dalam pada itu, seseorang harus meneliti makna dan erti berdasarkan pelaksanaan tersebut daripada ia mengeluarkan kata-kata yang tidak kena pada tempatnya.[1,4]

PENUTUP Kebudayaan Buddhis telah meresap ke dalam setiap segi kehidupan masyarakat Buddha. Mereka seharusnya mengetahui bahawa Buddhisme adalah suatu agama yang membimbing menuju kehidupan yang lebih baik di alam ini dan selanjutnya. Adalah tugas masyarakat Buddha untuk menyelidiki, mempelajari, memahami dan melaksanakan hal-hal yang dituntut oleh agama. Mereka memerlukan bimbingan agama kita untuk kehidupan seharian . Upacara-upacara dan adat istiadat, meskipun diterima sebagai suatu bahagian pelengkap bagi agama, tidaklah dengan sendirinya mengandungi unsur agama. Perkembangan batin adalah aspek terpenting dalam agama. Untuk mencapai perkembangan batin tersebut, mereka seharusnya memulai dengan menanam dasar moral yang kuat sehingga mereka mempunyai pegangan yang teguh, dan dengan mengerti ajaran-ajaran Sang Buddha agar mereka dapat memperoleh keperluan rohani yang mantap. Pencapaian perkembangan batin dan penghormatan pada Sang Tiratana adalah jalan yang dapat membawa mereka kepada kehidupan yang benar menuju kedamaian, kebahagiaan dan keselamatan akhir. Inilah tujuan setiap umat Buddha.

NUKILAN : )NURTASHA ATIKAH BINTI JAAFAR)FAKULTI : KEJURUTERAAN KIMIA,UiTM SHAH ALAM KELAS : EH2202B

RUJUKAN1. Macmillan Encyclopedia of Buddhism (2004), hlm. 1602. Davids, T.W. Rhys (ed.) (1878), "Buddhism", Encyclopdia Britannica,hlm 5-243. Houlden, J. L. (2006), Jesus: The Complete Guide, hlm.1401444. Numrich, Paul D. (2008), The Boundaries of Knowledge in Buddhism, Christianity, and Science, hlm.105. "Discovering the Buddha's date", in Perera, Lakshman S, Buddhism for the New Millennium, London: World Buddhist Foundation,hlm 9256. Damien Keown. Dictionary of Buddhism, Oxford University Press, 2003,hlm 6-324

31