titas presentation

33
Tokoh Tamadun Islam Dan Sumbangannya Kepada Perkembangan Tamadun Dunia

Upload: solehah-rodze

Post on 25-Jul-2015

70 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Titas Presentation

Tokoh Tamadun Islam Dan

Sumbangannya Kepada

Perkembangan Tamadun

Dunia

Page 2: Titas Presentation

JABIR BIN HAYYAN

TOKOH

SINANAL-QURTUBI

AL-FARABI AL-JAHIZ

IBNU SINA

Page 3: Titas Presentation

SAINS DAN TEKNOLOGI

SUMBANGAN

KEJURUTERAANASTRONOMI

SENI MUZIK ZOOLOGI

PERUBATAN

Page 4: Titas Presentation

PENGENALAN

Page 5: Titas Presentation

Tamadun

Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan

pada taraf kemajuan yang tinggi dari aspek kebendaan serta

perkembangan pemikiran sama ada dari segi sosial, budaya,

politik dan lain-lain.

al-Syirazi

Tamadun yang berkisar tentang kekuasaan, kehebatan,

kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan

pemerintahan.

Page 6: Titas Presentation

Tamadun Islam ialah suatu peradaban yang

berteraskan kepad ajaran Ilahi yang dibawa oleh

Nabi Muhammad s.a.w. segala bentuk spiritual dan

material perlulah berteraskan kehendak ajaran

agama.

Berpaksikan kepada empat perkara :

1) aqidah iaitu ketauhidan kepada allah.

2) ibadah iaitu ketaatan kepada Allah

3) syariah iaitu menjadikan islam sebagai cara

hidup

4) muamalah iaitu berurusan dengan manusia.

Page 7: Titas Presentation

SUMBANGAN TOKOH

TAMADUN ISLAM

Page 8: Titas Presentation

PERUBATAN

Page 9: Titas Presentation

Sains Perubatan Islam adalah hasil

sintesis at-Tib an-Nabawi atau perubatan

tradisi Nabi Muhammad s.a.w dengan

perubatan yang berasal dari budaya ilmu

Yunani, Parsi, Mesir, Babylon, Cina & India.

Tokoh-tokoh terawal perubatan terdiri dari

golongan Arab Nestorian yang beragama

Kristian seperti Hunayn Ibn Ishaq, Yahya al-

Masawayh & Jurjis bin Bakhtishu.

Page 10: Titas Presentation

Buku Zakaria Al-Razi (865-925M), Al-Hawi, Al-Mansur dan Al-Asrar telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia.

Kajian tentang penyakit dan pemulihan campak, cacar tulen dan campak biasa..

Page 11: Titas Presentation

Ibn Sina (980-1037M) yang dikenali sebagai ahli falsafah dan tokoh perubatan.

Menghasilkan 250 buku dalam berbagai bidang falsafah dan sains.

Karya agung beliau dalam bidang ini ialah Al-Qanun fi At-Tibb yang merupakan gabungan pengalaman perubatan Yunani, Islam & hasil cerapan beliau sendiri.

Page 12: Titas Presentation

Antara tokoh perubatan Islam yang lain :

Ibn Rusyd (1126-1198M) yang juga tersohor sebagai ahli falsafah Islam Sepanyol dengan karya utama ialah al-Kulliyat fi at-Tibb.

‘Ala’ Al-Din Ibn Nafis (1288M) dari Syria yang menghasilkan karya perubatan berjudul al-Syamil fi al-Sina’at al-Tibbiyah yamng memberi penjelasan tentang sistem peredaran darah melalui rongga jantung & paru-paru.

Page 13: Titas Presentation

MATEMATIK

Page 14: Titas Presentation

Bidang Matematik Islam berkembang hasil

dari aktiviti ahli matematik Islam yang

menggabungkan metodologi matematik

India, Yunani, Mesir & Mesopotamia.

Antara penemuan matematik Islam ialah

sistem nombor, sistem perpuluhan

aritmatik, algebra, trigonometri & geometri.

Page 15: Titas Presentation

Tokoh paling cemerlang dalam

matematik Islam ialah Muhammad bin

Musa al-Khawarizmi (780-863M)

Adelard dari Britain telah berguru

dengan orang Islam dan

menterjemahkan karya al-Khawarizmi

tentang geometri dalam matematik dan

statistik.

Page 16: Titas Presentation

ASTRONOMI

Page 17: Titas Presentation

Merupakan sains kajian bintang yang

melibatkan kedudukan, pergerakan &

perkiraan serta tafsiran yang berkaitan

dengan bintang.

Ahli-ahli astronomi generasi pertama Islam

muncul pada pertengahan abad ke 8M di

Baghdad.

Ibrahim Yahya al-Naqqasy al-Qurtubi,

terkenal dengan al-Zarqali. Hasil penulisan

beliau tentang pergerakan cakerawala

dianggap paling maju pada masa beliau

itu.

Page 18: Titas Presentation

Rekod terawal mengenai pencerapan astronomi

dalam dunia Islam pada 184H apabila Ahmad Al-

Nahawandi mencerapi pergerakan matahari di

Parsi.

Karya Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi telah

diterjemahkan kedalam bahasa Latin.

Umat Islam berjaya mencipta kompas,astrolab,

alat pengukur bulatan dunia dan alat

menimbulkan kapal yang tenggelam.

Page 19: Titas Presentation

Para astronomi Islam telah diarahkan oleh

Khalifah Al-Ma’mun untuk mengukur lilitan bumi.

Mereka mendapati nilainya sebanyak 40,253KM,

sedangkan nilai yang diukur pada hari ini hanyalah

40,063KM melalui Khatulistiwa & 40,000KM

melalui kutub, perbezaan kurang dari 0.5%.

Page 20: Titas Presentation

Astronomi yang bernama al-Faraghani yang hidup

sezaman dengan al-Khawarizmi telah menulis 2

karya yang penting dalam bidang ini :

1) Usul Al-Falk (Prinsip Astronomi)

2) Jawami’ ‘ilm al-nujum wa Usul al-Harakat al-

Samiya ( Sains Bintang & Prinsip Pergerakan

Cakerawala )

Page 21: Titas Presentation

BOTANI

Page 22: Titas Presentation

• Di kota besar seperti Cordova, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah.

• Ibn Arabi menulis buku tentang Botani.• Al-Ghafiqi menerbitkan buku tentang tumbuh-

tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan.• Ibn Baytar menyusun buku yang

menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang,tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.

• Nama Sebenar Al Jahiz ialah Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri. Al-Jahiz adalah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku The Book of Animals.

Page 23: Titas Presentation

Zoologi

Page 24: Titas Presentation

• Nama Sebenar Al Jahiz ialah Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri. Al-Jahiz adalah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku The Book of Animals.

• Dalam buku itu, Al-Jahiz membincangkan perkara mengenai peniruan haiwan iaitu sesetengah parasit menyesuaikan warnanya mengikut haiwan yang ditumpanginya.

• Beliau turut membincangkan mengenai komunikasi di antara haiwan, psikologi dan tahap intelek serangga dan beberapa spesies haiwan.

• Selain itu, beliau menyediakan turutan yang lengkap mengenai organisasi sosial serangga yang diperoleh daripada pemerhatiannya.

Page 25: Titas Presentation

KEJURUTERAAN

Page 26: Titas Presentation

• Masjid-masjid di seluruh dunia Islam merupakan

bukti umat Islam memiliki kemahiran dan estetika

tinggi dalam seni bina, seni halus, seni lukis dan

lain-lain.

• 2 Prinsip kejuruteraan Islam :

Kesertaan (mizan) : Prinsip yang membawa

maksud bahawa tiap-tiap sesuatu berada di dalam

kedudukan yang betul di dalam sistem

Keseimbangan (tawazun) : Sistem ini diperlukan

untuk mengekalkannya di dalam kedudukan

Page 27: Titas Presentation

• Mimar Sinan merupakan seorang arkitek yang

merekacipta 360 struktur bangunan termasuklah 84

buah masjid, 51 buah masjid-masjid kecil, 57 buah

sekolah, 7 buah madrasah untuk penghafal al-Quran

yang dikenali sebagai DarulKurra, 17 buah rumah api ,

3 buah hospital, 7 buah jambatan , 48 buah rumah

tumpangan, 35 tempat –tempat dan rumah

penginapan yang besar, 8 buah bumbung melengkung

dan 46 tempat takungan air / kolam mandi.

Page 28: Titas Presentation

SAINS dan TEKNOLOGI

Page 29: Titas Presentation

• Ahli kimia Islam seperti Jabir dan al-Razi

dalam penulisan mereka telah

mengetahui bahawa pembuatan bahan

kimia berlaku melalui proses-proses

kimia seperti penyulingan, penyejatan,

pengeringan, penurasan, penghabluran,

pemejalwapan dan sebagainya.

Page 30: Titas Presentation

• Al-Kindi dalam bukunya Kitab Kimiya al-'ltr wa al-

Tas'idat (Buku tentang Kimia Minyak Pati dan

Pemejalwapan (Penyulingan)) yang diterbitkan pada

abad kesembilan Masihi telah membincangkan

mengenai beberapa jenis proses penyulingan.

• Dalam Sanduq al Hikmah Jabir Bin Hayaan telah

memperihalkan proses menghasilkan asid nitrik dengan

menyuling campuran nitre (kalium nitrat), vitriol

Kubrus (kuprum sulfat) dan alum Yemen (aluminium

sulfat).

Page 31: Titas Presentation

RUJUKAN

Page 32: Titas Presentation

• Ahmad Zaki Abd. Latiff, A. H. (2009). Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

• Anon. (2009,). Sumbangan Islam Dalam Bidang Kesenian. Diambil pada Mac 3, 2012, daripada http://titas-haba.blogspot.com/2009/07/sumbangan-islam- dalam-bidang-kesenian.html.

• Khalid, E. Konsep Tamadun Islam Sains dan Teknologi. Universiti Teknologi Malaysia.

• Ros Aiza Mohd Mokhtar, A. H. (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS ). Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Page 33: Titas Presentation

Sekian terima kasih