titas ess

Upload: angku-anazmy

Post on 02-Jun-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    1/19

    1.0 PENGENALAN

    Mengimbau kembali satu peristiwa keruntuhan menara Pusat Perdagangan Dunia di

    New York pada 11 September 2001 yang telah menjadi penyebab utama prejudis baratmelemparkan pandangan negatif kepada islam. Peristiwa ini telah membuka

    kesempatan yang meluas kepada ramai pihak terutamanya musuh Islam untuk terus

    mendatangkan tanggapan buruk terhadap Islam. Malah turut ditubuhkan satu gerakan

    yang teratur dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk menyebarkan

    propaganda mengenai Islamofobia kepada masyarakat dunia.

    Secara tidak di sedari, masih terdapat banyak lagi gerakan yang mempelopori

    keganasan. Terutamanya pihak zionis Israel dan sebagainya. kumpulan-kumpulan initidak pula dianggap sebagai pejuang yang mewakili agama mereka dan tidak pula

    timbul istilah Kristianofobia, Judaismofobia dan sebagainya yang dikaitkan dengan

    mereka. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa fenomena Islamofobia yang berlaku

    di dunia ini bukanlah disebabkan oleh jenayah keganasan umat Islam sahaja. Malah, ia

    turut berkaitan dengan faktor-faktor lain yang perlu diberikan perhatian secara serius

    oleh umat Islam.

    Seiring dengan pandangan sinis yang dilemparkan oleh prejudis barat ini, kami

    merasakan bahawa kefahaman dan kesedaran yang secukupnya perlu di jelaskan

    kepada dunia tentang perkara ini. Maklumat dan informasi yang betul berdasarkan

    fakta dan bukti-bukti sahih mengenai Islamofobia akan memberikan kefahaman yang

    sebaiknya dan sedikit sebanyak membetulkan salah tanggap masyarakat dunia

    terhadap Islam. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini secara peribadinya akan

    membicarakan tajuk pandangan prejudis barat terhadap islam yang lebih dikenali

    sebagai Islamofobia dengan membincangkan isu-isu berkaitan dalam membetulkan

    persepsi masyarakat dunia terhadap Islam.

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    2/19

    2.0 KONSEP ISLAMOFOBIA

    2.1 Definisi islamofobia

    Istilah islamofobia merupakan perkataan yang boleh membawa kepada suatu bentuk

    pemahaman yang serong terhadap agama islam sekiranya disalah ertikan mengikut

    pemahaman individu yang tidak bersandarkan kepada sesuatu sumber yang sahih.

    Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa

    maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan

    kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taatdan patuh kepada perintah Allah S.W.T. seperti yang disampaikan oleh Nabi

    Muhammad S.A.W. Islam merupakan sebuah agama dalam Tradisi Bani Ibrahim dan

    pengikut agama Islam pula dipanggil sebagai muslim. Muslim perlu mengikut lima

    rukun Islam yang di tetapkan. Tonggak kepercayaan islam berasaskan al-Quran dan

    as-Sunnah. Manakala perkataan fobia pula menurut kamus dewan bahasa dan pustaka

    edisi ke-9 membawa maksud ketakutan yg amat sangat akan sesuatu. (Diana Kendall,

    2011:8)

    Istilah Islamofobia ini mula digunakan di Perancis oleh Slima Ben Ibrahim dan

    Etienne Dinet pada 1925 di dalam bukunya Acces De Delire Islamophobe . Istilah

    Islamofobia yang digunakan sebelum ini tidaklah popular dan ianya langsung tidak

    menjadi isu pada waktu itu. Di Amerika, istilah Islamofobia ini mula digunakan pada

    tahun 1991 melalui satu artikel di dalam majalah Insight , namun masyarakat pada

    masa itu tidak ambil kisah dan tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap fenomena

    Islamofobia ini. Akhirnya istilah Islamofobia ini semakin mendapat tempat dan

    mencapai kemuncak penggunaannya selepas 11 September 2001 diikuti dengan

    pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 dan pengeboman di London pada 7 Julai

    2005. (Gabriel Greenberg, Peter Gottschalk, 2008: 20)

    Secara amnya, istilah Islamofobia ini merujuk kepada rasa fobia atau

    kebimbangan terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan

    apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Menurut Pelapor Khas PBB, Islamofobia

    bermakna suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    3/19

    ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka.

    Pentakrifan yang hampir sama diberikan oleh Laporan Commission on British

    Muslims and Islamofobia yang menyatakan bahawa ianya merujuk kepada dread or

    hatred of Islam and, therefore, to fear or dislike all or most Muslimsatau irrational

    fear of Islam or anti-Muslim racism and continuation of anti-Asian and anti-Arab

    racism . Melalui pentakrifan ini, dapatlah disimpulkan bahawa Islamofobia ini

    merujuk kepada persepsi negatif terhadap Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai

    yang dimotivasikan oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam.

    (Zulkifli Hassan, 2013:3)

    Persepsi negatif yang terbina akibat fobia terhadap Islam ini dapat dilihat

    dalam pelbagai aspek dan ini merangkumi pandangan serong terhadap undang-

    undang, nilainilai dan budaya yang dibawa oleh Islam. Sehubungan dengan itu,

    persepsi yang salah ini perlu diperbetulkan segera bagi memastikan Islam yang

    menjadi rahmat sekalian alam ini difahami atau tidak disalahtanggapi. Sesungguhnya,

    tanggungjawab ini mestilah dipikul oleh setiap individu Muslim termasuk institusi-

    institusi, badan-badan dan pertubuhan Islam. (Ibid :4)

    2.2 Jenis Islamofobia

    Hasil daripada pandangan negatif yang di lemparkan kepada islam, diikuti pula

    dengan kebimbangan yang tida masuk akal, Islamofobia ini telah diterjemahkan ke

    dalam pelbagai bentuk diskriminasi dan ketidakadilan. Islamofobia boleh dibahagikan

    kepada beberapa bentuk. Antaranya ialah institutional Islamophobia dan non-

    Institutional Islamophobia , Islamophobia of the State , dominant Islamophobia

    dan non-dominant Islamophobia dan unconscious Islamophobia .

    a) Institutional Islamophobia

    Institutional Islamophobia dapat dilihat kepada mana-mana pertubuhan atau

    organisasi yang membuat dikriminasi berdasarkan identiti agama. Non-

    Institutional Islamophobia terjadi apabila individu yang terlibat dengan

    islamofobia ini. Islamofobia diperingkat institusi seperti syarikat tertentu,

    organisasi dan badan korporat lebih mendatangkan impak berbanding individu.

    Islamofobia di peringkat institusi ini kebiasaannya menunjukkan dikriminasinyasama ada dalam bentuk pilih kasih dalam peluang pekerjaan, kenaikan pangkat,

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    4/19

    kebebasan untuk beragama sewaktu bekerja dan sebagainya. (Bunzl, Matti, 2007

    :46)

    b)

    Islamophobia of the State

    Islamophobia of the State atau Islamofobia yang melibatkan polisi negara adalah

    sesuatu perkara yang tidak boleh diambil mudah. Melalui Islamofobia ini,

    tindakan teratur yang membuat dikriminasi berdasarkan identiti agama boleh

    berlaku terutamanya di jabatan atau kementerian sesebuah kerajaan. Perkara ini

    akan mengakibatkan orang islam atau institusi dimiliki Muslim yang mempunyai

    apa-apa perhubungan dengan kerajaan sebegini akan mengalami pelbagai masalah

    dan memberikan pelbagai impak negatif. (Ibid)

    c) Dominant Islamophobia

    Dominant Islamophobia dapat dilihat kepada Islamofobia yang terjadi di negara

    yang majority penduduknya bukan Islam dan non -dominant Islamophobia

    apabila ianya berlaku di negara majoriti Muslim. Islamofobia yang berlaku di

    negara majoriti penduduknya islam adalah berbeza dengan negara yang penduduk

    Muslimnya adalah minoriti. Dominant Islamophobia adalah sangatmembimbangkan kerana orang islam yang majoriti ini akan di anaktirikan dan

    dilayan dengan kasar. (Ibid)

    d) Unconscious Islamophobia

    Unconscious Islamophobia pula merujuk kepada Islamofobia yang berlaku tanpa

    disedari. Ianya acapkali berlaku dalam kalangan non-muslim dan ianya boleh juga

    berlaku kepada Muslim itu sendiri. Kenyataan yang mempertikan dan menghina

    undang-undang Islam dan hak-hak asasi manusia dalam Islam oleh golongan

    tertentu misalnya boleh dianggap sebagai fenomena Islamofobia yang tidak

    disedari. (Ibid :47)

    Bentuk-bentuk Islamofobia ini menunjukkan bahawa fenomena Islamofobia

    mendatangkan implikasi negatif kepada persepsi masyarakat dan ianya boleh berlaku

    dalam bentuk ekspresi intstitusi dan individu termasuk melalui dasar dan polisi sebuah

    Negara. (Zulkifli Hassan, 2013:5)

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    5/19

    3.0 SIKAP PREJUDIS BARAT TERHADAP ISLAM

    Kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada Islam bukanlah perkara baru yang

    direka-reka. Malah ianya telah diingatkan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia.Peringatan ini telah termaktub di dalam Al Quran. Sebagaimana firman Allah S.W.T:

    Maksudnya:

    "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu

    mengikut jalan-jalan hidup mereka." (al-Quran 2 :120)

    Rasa permusuhan para prejudis Barat dan azam mereka untuk menjahanamkan

    Islam janganlah dipandang ringan dan kecil. Memang Islam tidak mengajar kita

    mencari musuh. tetapi Allah melalui al-Quran dan Hadis telah memberitahu kita siapa

    musuh umat Islam yang berupa Nafsu, Syaitan, Orang munafiq, Yahudi dan Nasraniserta orang kafir lainnya dan Orang Islam yang hasad dengki terhadap musuh.

    Antara perkara yang menyedihkan pada hari ini adalah sikap prejudis Barat

    dan media mereka yang mengeluarkan pelbagai berita yang berkaitan dengan

    keganasan. Hal ini lebih Nampak ketidak adilannya apabila mereka cuba membela dan

    menyembunyikan keganasan golongan militan, komunis dan penceroboh.

    Sebagaimana kezaliman regim Yahudi di Israel. Namun, isu yang diperbesarkan

    adalah berkaitan umat islam. Media mereka seringkali menggambarkan bahawa

    golongan yahudi yang melakukan keganasan di Palestin sebagai puak yang ditindas

    dan dianiaya oleh rakyat Palestin ketika mempertahankan apa yang mereka dakwa

    kononnya tanah air mereka. (Khairul Azhar Idris, 2013:5)

    Sikap lampau golongan Prejudis Barat juga terserlah apabila terdapat beberapa

    negara Islam yang enggan patuh kepada arahan mereka. Negara yang enggan patuh ini

    akan dilabel sebagai negara pengganas. Sebenarnya keganasan bukan saja boleh

    dinilai dalam bentuk serangan bersenjata, perampasan kuasa dan harta benda, namun

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    6/19

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    7/19

    b) Menifestasi Intelektual Terhadap Islamophobia.

    Menurut laporan khas dari PBB, tren politik dan ideologi semasa kuat

    dipengaruhi oleh legitimasi intelektual dan saintifik terhadap elemen perkaumandan sikap tidak bertoleransi. Tren ini jelas kelihatan dalam sejumlah buku yang

    diterbitkan oleh beberapa penulis dengan tujuan untuk memanfaatkan peluang

    dalam meningkatkan Islamofobia dan mengubah imej Islam dan ummah Islam.

    Contohnya, Andrew Bostom dalam bukunya The Legacy of Jihad menerangkan

    bahawa Jihad Islam bersifat pemusnah. (Ibid :15)

    c) Manifestasi Politik dan Perundangan Terhadap Islamofobia.

    Pengharaman ke atas pembinaan menara-menara masjid di Switzerland

    menjelaskan bahawa Islamophobia telah pun wujud dalam bentuk institusi dan

    perundangan. Ia melanggar hak asasi ummah Islam di Switzerland bahkan

    dikecam oleh pelbagai kerajaan, NGO dan badan-badan hak asasi, termasuk

    Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB dan Amnesty International. Terdapat

    banyak insiden Islamofobia dalam bidang politik yang ditunjukkan khasnya

    dalam kempen ahli politik kanan, termasuk Geert Wilders dan sebagainya.

    (Ibid :18)

    d) Islamofobia Dalam Kartun.

    Hal ini jelas kelihatan dengan dua percubaan membunuh didakwa berlaku kepada

    kartunis Denmark dan Sweden pada Januari dan Mac 2010 telah mendorong

    beberapa akhbar Nordic untuk mencetak semula kartun sebagai memihak kepada

    kebebasan bersuara. Sementara itu pada Februari 2010, akhbar Norway

    Dagbladet telah menerbitkan sebuah karikatur Nabi Muhammad dengan

    mengaitkan kartun kontroversi di halaman Facebooknya. Dari sudut

    perkembangan positif, pada 26 Februari 2010, akbar Denmark Politiken dan

    Pengarah bagi 8 pertubuhan daripada Negara Anggota OIC iaitu seramai 94 923

    ahli daripada keturunan Nabi Muhammad S.A.W yang diwakili oleh peguam

    mereka mencapai penyelesaian terhadap pertikaian yang timbul daripada cetakan

    semula kartun Nabi Muhamad S.A.W dalam Politiken. Penyelesaiannya Politiken

    wajib mengeluarkan pernyataan maaf kerana mencetak kartun tersebut. (Ibid :19)

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    8/19

    e) Manifestasi Struktur Terhadap Islamophobia.

    Ummah Islam terus menghadapi masalah dalam mendapat keperluan asas seperti

    pekerjaan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan pendidikan akibat daripada stereotype tersebut. Pelbagai insiden menunjukkan situasi ini semakin

    meningkat. Antaranya ialah pertimbangan BBC terhadap perlantikan seorang

    Muslim sebagai ketua agama dan etika merupakan satu penghinaan bagi orang

    Kristian. Mereka juga menganggap wanita muslim yang bekerja sebagai pencuci

    di Itali sebagai ancaman keselamatan. Perkara ini lebih jelas terpancar apabila

    keengganan doktor Jerman untuk merawat seorang remaja yang bernama Jihad

    iaitu perkataan Arab yang bermaksud perjuangan suci atau perang dan

    pengusiran pelajar muslim daripada persekolahan di Kanada hanya kerana tidak

    mahu menanggalkan tudung. (Ibid :20)

    5.0 FAKTOR ISLAMOFOBIA

    Berdasarkan kajian yang dilakukan di Belanda, dianggarkan lebih 50 peratus daripada

    responden mempunyai tanggapan negatif tentang Islam dan Muslim. Terdapat duafaktor yang menjadi penyebab kepada fenomena ini. Iaitu faktor luaran dan faktor

    dalaman yang membina persepsi negatif bukan Islam dan seterusnya menyuburkan

    rasa bimbang atau benci mereka terhadap Islam atau umat Islam.

    5.1 Faktor Luaran

    5.1.1 Penghijrahan

    Islamofobia terjadi akibat daripada penghijrahan orang islam ke negara bukan islam.

    Hal ini disebabkan daripada kemunduran ekonomi dan kesempitan hidup yang di lalui

    oleh umat Islam yang berhijrah ke negara maju. Situasi ini menyebabkan berlakunya

    persaingan peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu dan turut mengganggu gugat

    taraf ekonomi mereka. Di samping itu, terdapat segelintir umat Islam yang berhijrah

    ini mengambil kesempatan dengan melakukan pelbagai jenayah disamping tidak

    menghormati budaya negara itu. (Zaki, Yacub 2011:10)

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    9/19

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    10/19

    Di samping itu, isu ini ditambah pula dengan gerakan Islamofobia yang

    mendapat sokongan dan sumbangan yang lumayan oleh organisasi-organisasi tertentu.

    Laporan yang disampaikan oleh The Center for American Progress telah

    mengatakan bahawa terdapat tujuh yayasan yang telah membayar sebanyak USD 42

    juta untuk menanamkan rasa takut dan bimbang masyarakat kepada golongan Muslim

    di Amerika. Di antara badan yang membiayai gerakan Islamofobia ini ialah Donors

    Capital Fund, Richard Mellon Scaife Foundations, Lynde and Harry Bradley

    Foundation, Newton D. dan Rochelle F. Becker Foundations and Charitable

    Trust , Russell Berrie Foundation, Anchorage Charitable Fund, William

    Rosenwald Family Fund and Fairbrook Foundation. Dilaporkan juga bahawa

    Salman Rushdie telah dibayar sejumlah 850 ribu pound sterling untuk menghasilkan

    buku Satanic Verses yang diterbitkan oleh penerbitan Viking kepunyaan pihak

    yahudi. (Zulkifli Hassan 2013:15)

    5.2 Faktor Dalaman

    Selain daripada faktor luaran, Islamofobia juga dapat dikesan oleh faktor dalaman.

    Faktor dalaman merujuk kepada Islamofobia yang datang daripada sikap, amalan,

    budaya dan perlakuan umat Islam itu sendiri. Kelemahan dan kesilapan serta

    keganasan yang dilakukan segelintir umat Islam juga telah mebuahkan persepsi yang

    serong oleh masyrakat terhadap Islam.

    5.2.1 Kelemahan Penyebaran Maklumat

    Di antara punca berlakunya Islamofobia ialah kelemahan dan kurang penyebaran

    maklumat mengenai Islam. Hal ini kerana, kebanyakkan media bukanlah dimiliki oleh

    umat Islam. Media juga tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai keganasan

    oleh gerakan agama yang lain malah tidak mempunyai data yang lengkap Negara

    Islam yang menjadi mangsa keganasan akibat daripada Islamofobia. Media yang

    dimiliki institusi Islam pula pada hakikatnya adalah kurang efisyen dan kurang

    berjaya menampilkan program-program yang mampu memperbetulkan persepsi

    negatif masyarakat terhadap Islam. (OIC Observatory 2007 -2008: 9)

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    11/19

    5.2.2 Isu Siapa Mewakili Islam

    Isu ini telah disebut oleh Esposito dan Mogahed di dalam bukunya Who Speaks for

    Islam? : What a Billion Muslims Think telah menimbulkan persoalan mengenai siapasebenarnya yang mewakili Islam. Terdapat dalam kalangan masyarakat melihat

    bahawa beberapa tokoh seperti Osama bin Laden, Ayman Al Zawahiri, Muammar

    Gaddafi, Husni Mubarak, Saddam Hussein dan lain-lain adalah mewakili umat Islam.

    Hal ini telah mendatangkan gambaran negatif terhadap Islam. Dalam perkara ini,

    umat Islam perlu meyakinkan masyarakat dunia bahawa mereka-mereka ini sama

    sekali tidak mewakili Islam bahkan telah menyeleweng dengan ajaran Islam yang

    sebenarnya. (Ibid)

    5.2.3 Kebangkitan Negara Islam

    Kebangkitan kuasa politik Islam termasuk kemajuan teknologi seperti Iran dan Turki.

    Kemajuan yang dicapai ini juga telah menimbulkan kerisauan pihak tertentu terhadap

    pengaruh Islam di dunia ini. Kebangkitan ini juga berlaku pada kekuatan ekonomi

    negara-negara Islam seperti negara pengeluar minyak yang mula melabur dan

    membeli asset strategik di negara-negara lain. Fenomena ini menimbulkan keraguan

    dan kebimbangan ramai terhadap Islam. Umpamanya Iran sering kali dilihat sebagai

    ancaman kepada kestabilan di Timur Tengah sedangkan pada hakikatnya Israel yang

    tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia lah punca

    sebenar dan utama ketidakstabilan di rantau Timur Tengah. (Ibid :10)

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    12/19

    6.0 ISLAMOFOBIA DI MALAYSIA

    6.1 Manifestasi Islamofobia di Malaysia

    Manifestasi Islamofobia bukan sahaja berlaku di mata dunia. Malah di Malaysia turut

    berlaku dalam pelbagai bentuk. Hal ini dapat dilihat dengan usaha sesetengah pihak

    yang ingin menjalankan hukum islam terutamanya perlaksanaan hukum hudud.

    Perkara ini dapat dilihat dengan tindakan parti DAP yang langsung membantah dan

    ditambah pula dengan kenyataan keras Dato Seri Chua Soi Lek, Presiden Parti MCA

    yang jelas kelihatan telah menghina undang-undang Islam. Dimaklumkan juga

    bahawa terdapat segelintir pihak termasuk pimpinan agama lain yang menghina Islam

    dengan menganggap undang-undang Islam terlampau bodoh, kuno dan sebagainya.

    Kenyataan ini turut dijelaskan di dalam beberapa akhbar harian yang

    menerbitkan gambar sensitif kepada umat Islam seperti masakan babi dalam

    Ramadhan Delights di dalam akhbar the Star . Terdapat juga kes-kes yang

    melibatkan penghinaan terhadap Islam lebih-lebih lagi melalui laman sosial seperti

    Facebook dan Twitter yang semakin menjadi-jadi. Manifestasi Islamofobia diMalaysia ini juga dijelaskan dalam bentuk yang lain iaitu dengan menafikan hak

    berpakaian muslim dalam pertandingan renang di sebuah kompleks sukan di Selangor.

    (Utusan Malaysia :2008)

    6.2 Faktor Islamofobia di Malaysia

    6.2.1 Media

    Di Barat, media telah menjadi faktor utama dalam menyeberkan propaganda

    Islamofobia. Di Malaysia juga, peranan media sudah tentu menjadi salah satu punca

    kesuburan fenomena Islamofobia. Gambaran buruk dan negatif terhadap Islam seperti

    tegahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki majid, bantahan membaca ayat al-

    Quran kepada orang bukan Islam di dalam perucapan umum, kes memijak kepala

    lembu dan sebagainya telah menyuburkan lagi Islamofobia di Malaysia. Media juga

    seringkali memaparkan insiden-insiden keganasan yang dilakukan orang Islam tanpa

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    13/19

    membandingkan dengan jenayah yang dilakukan oleh bukan Islam. Media secara

    umumnya masih tidak dapat memainkan peranannya yang sebenar dalam

    membetulkan persepsi Islamofobia ini. Malah, kerap kali media ini memaparkan

    program-program termasuk filem dan drama yang menimbulkan kekeliruan terhadap

    Islam. (Ibid)

    6.2.2 Kurang Keberkesanan Institusi Agama

    Sebagaimana dimaklumkan bahawa Malaysia telah menikmati kelebihan untuk

    menegakkan syiar Islam memandangkan banyaknya institusi agama yang ada untuk

    menjalankan dakwah ini. Bukan itu sahaja, institusi agama di negeri-negeri dan

    kerajaan persekutuan juga mempunyai kuasa dan bajet yang amat besar untuk dakwahIslam. Berdasarkan fakta ini, sudah sepatutnya fenomena Islamofobia tidak akan

    berkembang dan mendapat tempat di Negara ini sekiranya institusi Islam ini telah

    memainkan peranannya dengan betul. Namun begitu, apa yang berlaku ialah

    sebaliknya. Dalam keadaan ruang lingkup undang-undang dan peruntukan yang tinggi

    untuk Islam, fenomena Islamofobia ini masih berleluasa dan makin mendapat tempat

    di negara ini.

    Kelemahan Institusi keagamaan di Malaysia telah membuatkan kenyataan

    menghina undang-undang Islam, mempersoalkan institusi fatwa, memperleceh amalan

    ibadah umat Islam dan sebagainya. Oleh itu, institusi Islam ini perlu membuat

    tindakan segera dengan melakukan transformasi untuk memastikan peranan dan

    tanggungjawab terhadap Islam dapat dilaksanakan dengan berhikmah dan berkesan.

    6.2.3 Kemahuan Politik

    Di Malaysia, majoriti penduduknya adalah beragama Islam, maka usaha dalam

    menangani isu Islamofobia kurang diberikan perhatian. Hal ini ditambah pula dengan

    kurangnya kemahuan politik dan komitmen yang telah menafikan keperluan

    menangani isu Islamofobia. Sekiranya kemahuan politik itu ada dan mempunyai

    momentum yang kuat, sudah pasti pelbagai program ke arah membetulkan persepsi

    negatif terhadap Islam dalam konteks Islamofobia ini akan diadakan di seluruh negara.

    Sebagai contoh, diskusi dan dialog ilmiah dalam menangani isu Islamofobia termasuk

    aspek toleransi agama adalah sangat kurang di Malaysia. Sekiranya ada, forum dan

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    14/19

    dialog ini hanya dipelopori golongan tertentu dan isu yang diperbincangkan adalah

    tidak sampai ke akar umbi.

    Memandangkan Islamofobia ini tidak menjadi isu utama. kebanyakan ahli politik hanya memainkan peranan mereka terhadap umat Islam ibarat melepaskan

    batuk ditangga dan langsung tidak ada usaha untuk mengatasinya, fenomena

    Islamofobia ini dijangka akan terus berkembang dan seterusnya mampu

    mendatangkan implikasi yang agak signifikan kepada umat Islam. (Halaqah. Net

    :2010)

    6.2.4 Salah Faham Syariah

    Secara amnya, masyarakat di Malaysia ini masih belum mempunyai kefahaman yang

    baik tentang Islam. Hal ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang bukan Islam

    bahkan yang menyedihkan lagi apabila ianya berlaku pada Muslim juga. Perkara yang

    sering disalahertikan tentang Islam di Negara kita ialah aspek yang berkaitan tentang

    undang-undang hudud, pewarisan dan hak-hak wanita. Salah anggap terhadap

    beberapa prinsip Shariah seperti faraid atau pewarisan menyebabkan ramai yang

    bimbang dan cuba mempertikai ajaran Islam. Perkara ini juga boleh membina persepsi

    negatif orang bukan Islam terhadap kepercayaan dan amalan fiqh yang terima dan

    diamalkan oleh umat Islam. Di samping itu, isu kedudukan wanita dalam Islam yang

    dilihat oleh orang bukan Islam sebagai menindas juga menjadi faktor Islamofobia di

    Malaysia.

    6.2.5 Pengaruh Golongan Fundamentalis

    Pengaruh golongan Fundamentalis dapat dilihat dengan mengimbau kembali satu

    peristiwa jenayah al Maunah di Bukit Pelandok yang dilakukan oleh golongan berlatar

    belakangkan agama. Tindakan ini merupakan salah satu punca terbinanya persepsi

    negative masyarakat terhadap Islam di Malaysia khususnya mengaitkan Islam dengan

    keganasan. Kemunculan golongan fundamentalist yang militan bahkan mendokong

    satu matlamat iaitu menghapuskan orang bukan Islam seperti Kumpulan Mujahidin

    Malaysia telah menyuburkan lagi fenomena Islamofobia. Melalui peristiwa dan

    perkembangan pengaruh golongan fundamentalis ini, Islam dilihat sebagai sesuatu

    yang sangat sinonim dengan keganasan dan menjadi punca ketidaktenteraman awam.(Utusan Malaysia :2008)

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    15/19

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    16/19

    denda sehingga 25,000 Euro. Senat Negara Republic Czech dan Britain telah

    mengharamkan kemunculan ahli politik Belanda iaitu Geert Wilders yang menjadi

    dalang dan pelopor Islamofobia. Mahkamah di Denmark telah mengenakan bayaran

    kepada seorang lelaki yang menggantung poster anti Islam. Hukuman juga dijatuhkan

    oleh pihak mahkamah di Belanda kerana menghina umat Islam. Mahkamah di

    Perancis juga telah mengharamkan risalah-risalah anti Islam dan apa-apa yang

    bertujuan menghasut masyarakat membenci Islam. (Ibid)

    7.3 Pertubuhan Negara Islam

    Setelah ditinjau bahawa terdapat keseriusan fenomena Islamofobia ini kepada umat

    Islam dan Negara Islam, Pertubuhan Negara-Negara Islam telah sebulat suara untuk

    menubuhkan badan khas bagi memantau dan menangani isu ini. Semua negara-negara

    Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC Islamofobia Observatory secara

    rasmi pada 2007. Melalui penubuhan OIC Islamophobia Observatory. sebanyak

    empat laporan yang komprehensif telah dikeluarkan iaitu the First Annual Report on

    Islamophobia by the OIC Ob servatory May 2007 to May 2008. The Second Annual

    Report on Islamophobia by the OIC Observatory June 2008 to April 2009. The

    Third Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2009 to April

    2010. Dan T he Fourth Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory

    June 2008 to April 2009 May 2010 to April 2011. Kesemua laporan ini telah

    menyediakan fakta dan maklumat yang terperinci mengenai kes-kes Islamofobia yang

    berlaku di seluruh dunia. Laporan ini juga memaparkan segala aktiviti dan program

    yang telah dilaksanakan bagi menangani Islamofobia. (Ibid, 2010-2011)

    7.4 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

    Tindakan susulan PBB dalam isu diskriminasi ke atas agama telah bermula sejak

    tahun 2001 lagi. Atas faktor lobi Pertubuhan Negara-Negara Islam melalui OIC

    Islamophobia Observatory , United Nation Human Rights Council. PBB akhirnya

    telah membuat resolusi menyokong usaha-usaha menangani isu Islamofobia ini.

    Contohnya, the Ministerial meeting at the 62nd Session of the UN General Assembly

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    17/19

    pada tahun 2007 di New York yang telah membincangkan beberapa topik berkaitan

    isu ini. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga telah melantik Special Rapporteur on

    contemporary forms of racism, racial discrimination, xenophobia dan related

    intolerance yang bertanggungjawab secara khusus menangani isu diskriminasi etnik

    termasuk Islamofobia. (Ibid, 2009-2010)

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    18/19

    8.0 KESIMPULAN

    Kesimpulannya, fenomena Islamofobia bukanlah satu fenomena yang masih segar di

    abad ini. Bahkan isu ini telah lama berbangkit sejak zaman awal perkembangan Islamdi mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai sesuatu ajaran yang asing bagi

    penduduk Mekah. Hal ini telah digambarkan oleh Rasullulah S.A.W melalui sepotong

    hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: Islam bermula sebagai

    sesuatu yang asing dan akan kembali menjadi sesuatu yang asing seperti awalnya.

    Maka berbahagialah orang- orang yang asing itu. (riwayat Muslim)

    Secara jelasnya, hadith ini membuktikan bahawa Islam juga akan digambarkan

    dengan pelbagai perkara yang negatif sepertimana terjadi ketika awal dakwahRasulullah. Pelbagai tanggapan negative yang melihat Islam sebagai ajaran yang asing

    dan tidak sesuai dengan budaya, hak asasi manusia dan nilai-nilai murni adalah

    perkara yang telah dijangkakan oleh Rasulullah. Hadis ini mendatangan satu

    tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini dan

    seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami oleh

    masyarakat. Bagi memastikan setiap usaha menaikkan imej Islam di mata msyarakat

    dunia ini mencapai matlamatnya. Sifat istiqamah, iltizam perlu ditanam kedalam diri.

  • 8/10/2019 TITAS ESS

    19/19

    9.0 RUJUKAN

    Al-Quran

    Gabriel Greenberg, Peter Gottshalk, (2008) Islamophobia: Making Muslims the

    Enemy. United States of Amerika: The Rowman and Littlefield Publishing

    Group.Inc

    Mohamed Nimer, 1 st edition (2007), Islamophobia and Anti-Americanism: Causes

    and Remedie , Amana publications.

    Diana Kendall, (2011) sociology in Our Times 9 th Edition , Wadsworth Publishing: 8

    edition.

    Zulifli Hassan, (2013) Memahami Isu Islamofobia: Antara Perspepsi dan Realiti

    The First Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2007 to May

    2008.

    The Second Annual Report on Islamophfobia by the OIC Observatory June 2008 to

    April 2009.

    The Third Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2009 to April

    2010.

    The Fourth Annual Report on Islamophobia by the OIC Observatory May 2010 to

    April 2011.

    The Runnymede Trust . (2011) Islamophobia: A Challenge For All of Us. London:

    Runnymede.