tip peperiksaan upsr

Upload: adle-fahsha

Post on 03-Apr-2018

287 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan UPSR

    1/5

    Tip Peperiksaan UPSR - BM Penulisan

    Tip Peperiksaan UPSR: Calon perlu tenang bagi mudahkan menjawab soalan

    Bahasa Melayu Penulisan

    BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calondinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting keranauntuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang

    bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.

    Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkanpembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan

    membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.

    BAHAGIAN AUntuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10

    markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan

    empat langkah, iaitu:

    Langkah pertama

    Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian Aada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam

    gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan

    Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalanyang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan

    subjek (watak).

    Langkah kedua

    Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara

    caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan.

    Cikgu cadangkan calon membuat lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikanseberapa banyak kata kerja yang berkaitan.

    Langkah ketiga

    Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina

    ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengansubjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat

    (di mana, bagaimana dan mengapa).

    Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam

    dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan.

    (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan didalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan UPSR

    2/5

    Langkah keempat

    Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada

    membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang

    calon tidak pasti ejaannya.

    Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan

    kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan

    "membelah" dengan "mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.

    Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang

    berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini

    membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.

    Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula

    dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calonmenggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama

    khas.

    Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atasterdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu

    mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan

    sebagai pengulangan ayat.

    Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan

    tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan

    kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas danteratur.

    BAHAGIAN B

    Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karanganyang baik.

    Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. Petua untuk Bahagian B,

    calon mesti menggunakan FMK(Formula Menulis Karangan), iaitu kaedah menulis karanganberdasarkan perenggan 233332. ( 344443 ) CEMERLANG

    Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 233332 bermaksud perenggan pertama dan

    keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tigaayat.

    Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkankelihatan lebih kemas.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan UPSR

    3/5

    Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.

    Langkah pertama - Pilih soalan

    Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendakdijawab. Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menuliskarangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya.

    Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya:Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda

    terdengar jeritan orang meminta tolong.

    Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. Kunci soalan ini ialah "Ceritakantindakan". Kehendak soalan ialah "menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan",

    manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat. Langkah

    dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.

    Langkah kedua - Merangka karangan

    Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada "Peta Minda", "Melakar Isi"atau "Teknik Penyoalan".

    Langkah ketiga - Menulis karangan

    Pastikan ada enam perenggan. Pastikan juga tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan

    kerana ada calon yang masukkan isi dalam perenggan pengenalan itu. Contohnya:

    1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah

    kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

    2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh

    melancong di dalam atau luar negara.

    Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. Untuk karangan fakta, calon boleh

    menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC (isi,

    kesan dan contoh).

    Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti dalam bentuk

    rumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.

    Langkah keempat - Semak karangan

    Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih

    untuk menjawab Bahagian C.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan UPSR

    4/5

    BAHAGIAN C

    Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu,calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.

    Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikandiberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murniatau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu.

    Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran.Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang

    dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi ayat ini ialah "menghargai", manakala perbuatan yang

    menunjukkan adanya pengajaran ialah "Abang mengucapkan terima kasih".

    Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas

    pengajaran yang sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah

    dicadangkan iaitu:

    Langkah pertama

    Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dangariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. Contohnya:

    Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada

    pengajaran ialah "mengulang kaji". Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calondinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.

    Langkah kedua

    Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:

    a) Pengajaran - Rajinb) Perbuatan - mengulang kaji pelajaran

    c) Mengapa - lulus periksa

    Langkah ketiga

    Membina ulasan lengkap, contohnya: Kita mestilah rajin dengan mengulang kaji pelajaran agar

    lulus dalam peperiksaan. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penandawacana agar ayat yang dibina lebih menarik.

    Langkah keempat

    Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang

    digunakan betul.

    Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat,

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan UPSR

    5/5

    iaitu 1 jam 15 minit, calon perlu bijak menguruskannya. Masa yang dicadangkan untuk Bahagian

    A ialah tiga minit untuk memahami gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk

    menyemak. Untuk Bahagian B (10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minithasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan).

    Untuk Bahagian C (lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulisulasan lengkap dan lima minit lagi menyemak). Lima minit terakhir, gunakan untuk semaksemua jawapan Bahagian A, B dan C