tip bisnes

24

Upload: tranquynh

Post on 09-Dec-2016

320 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tip Bisnes
Page 3: Tip Bisnes

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan kepada para pembaca Majalah Niaga yang dirahmati Allah. Dalam seke-lip mata, sudah masuk suku pertama bagi tahun 2015

sudah berakhir. Bagaimana dengan perancangan anda daripada awal tahun? Kami mendoakan ia berjalan lancar seperti yang dirancang.

Alhamdulillah sambutan muat turun bagi edisi khas 2015 iaitu edisi bersama Prof Muhaya sangat memberangsangkan. Terima kasih kami ucapkan kepada anda yang terus menerus menyokong ezine (ma-jalah digital) Majalah Niaga.

Pada kali ini iaitu edisi ke 31, Tim Majalah Niaga membawakan Tuan Zafrul Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Tuan Jerry menghiasi muka depan Majalah Niaga. Tuan Zafrul mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang perakaunan.

Beliau berperanan sebagai Regional Director Richworks Group of Companies yang memastikan enjin syarikat ini berjalan lancar dan maju ke hadapan.

Perihal kewangan adalah antara perkara penting dalam pembangu-nan syarikat. Tuan Zafrul banyak membantu usahawan tempatan, untuk membina pemikiran pemilik bisnes dalam pembinaan syarikat dengan belajar kemahiran pengurusan wang syarikat.

Hasil bekerja di beberapa jenama besar dalam bidang perakaunan membuatkan beliau semakin mahir, tentang bagaimana jenama besar membelanjakan wang syarikat mereka.

Justeru, dalam Majalah Niaga pada kali ini, Tuan Zafrul akan berkong-si perihal pengurusan kewangan dan pengalaman beliau dalam bidang perakaunan yang insya-Allah akan membantu pemilik bisnes untuk meluaskan pengetahuan dalam menguruskan wang syarikat.

Selamat membaca.

SALAM SYUKUR,

INSYIRAH AZHAREDITOR MAJALAH NIAGA

NOTA EDITOREmail: [email protected]

Zafrul Rizal MatRegional Director Richworks Group of Companies

PENASIHAT

CEO

EDITOR

PENULIS

PEREKA GRAFIK

PENGURUS WEB

EKSEKUTIF PENGIKLANAN

EKSEKUTIF PEMASARAN

DITERBITKAN OLEH

Idris Husin, Hasbul ‘Ariff

Hasbul ‘Aqill Hasan Zaki

Insyirah Azhar

Aqif Azizan, Zulnaldi Yaacob,Faris Azaki, Hasryn Hamka,Insyirah Azhar

Marlia Muhamad

Hasbul ‘Aqill

Hasbul ‘Aqill

Hasbul ‘Aqill & Hasbul ‘Ariff

INOVATTIC SOLUTION16-3-2 Jalan Semarak Api 3,Dimond Square Business Centre,53000 Setapak Kuala Lumpur.Tel: +603-4021 3344Email: majalahniaga.com www.facebook.com/MajalahNiaga www.twitter.com/majalahniaga

Hak Cipta Terpelihara:Dilarang sama sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak Majalah Niaga.com. Namun begitu, anda dibenar bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.

1 Majalah Niaga Edisi 31

Insyirah

Page 4: Tip Bisnes

Tip PengurusanKewanganTeknik MarketingGaya Bajet

Tip PerniagaanCara Meningkatkan Motivasi Perniagaan

Tip PemasaranCara Berbisnes Dengan Modal Skala Semut

Berita BisnesIndividu TerkayaDi Malaysia Tahun 2015

Pembangunan Diri Antara HikmahDan Pengajaran

Status Pilihan Bagaimana Untuk Kaya Harta Walaupun Dengan Makan Gaji

Tip BisnesIstikharah Jodoh Bisnes- Bisnes Idamanku

10

13

12

15

16

18

19

ARTIKEL WAWANCARA

4EKSKLUSIF

ISI KANDUNGANEDISI 31

2 Majalah Niaga Edisi 31

Page 6: Tip Bisnes

4 Majalah Niaga Edisi 31

Your thoughts,feelings, words and

actions are all doa. So think, feel,

say and act likea millionaire

TEMUBUALEKSKLUSIF‘JERRY’ZAFRUL RIZAL MAT

Page 7: Tip Bisnes

5 Majalah Niaga Edisi 31

agaimana Tuan memu-lakan kerjaya sebagai seorang akauntan?

Sejak kecil, saya tidak suka mem-baca. Saya lebih suka mengira dan menyelesaikan masalah. Subjek kege-maran saya di sekolah adalah Matema-tik. Hatta ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengambil kertas tambahan untuk subjek Matematik kerana saya tidak suka membaca.

Ayah saya selalu mahukan salah seorang anak beliau untuk menjadi seorang guru. Ketika itu, abang saya mengambil jurusan perundangan. Kakak saya pula belajar dalam bidang sains politik. Manakala adik saya ketika itu, masih kecil lagi. Jadi, tekanan terle-tak pada bahu saya untuk merealisasi-kan impian ayah.

Setelah saya tamat sekolah menengah, saya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Matematik. Apabila difikirkan semula, antara peluang kerjaya jika melanjutkan pelajaran dalam bidang Matematik adalah guru, pensyarah atau aktuari.

Oleh sebab sejak kecil, saya mena-nam impian untuk menjadi kaya dan mempunyai duit yang banyak, saya menolak tawaran itu, kerana ker-jaya itu tidak menjamin saya menjadi kaya. Sebaliknya, saya memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di Australia.

Secara rasmi, saya mulakan kerjaya sebagai akauntan di British American Tobacco Malaysia. Ia adalah kerjaya selepas berkhidmat di Affin Bank se-lama setahun.

Sejak kecil, saya adalah seorang yang sukar fokus. Oleh sebab itu, selepas 3 tahun di BAT, saya beralih berkh-idmat di firma guaman. Selepas itu, saya memohon kerja di sebuah firma perakaunan di Malaysia.

Bagaimana Tuan Jerry mening-katkan Ilmu?

Antara saranan mentor saya iaitu bos saya di United Kingdom (UK) adalah, penting untuk setiap pagi kita mengasah minda. Bagi orang Islam, salah satu cara adalah dengan amalkan membaca Al Quran di pagi hari.

Selain itu boleh ambil Ginkgo Biloba sebagai pemakanan untuk mengasah minda. Kebanyakkan orang meman-dang remeh tentang kuasa minda. Se-bagai contoh, kami pernah menaja se-buah badan korporat. Selain daripada tajaan, kami juga menawarkan untuk selarikan setiap ahli kumpulan dengan latihan penguasaan minda.

Namun, pihak pengurusan tidak beri keizinan untuk buat kerana mereka sangka, kekuatan minda tidak penting.

Kedua, kita boleh tingkatkan ilmu dengan banyakkan membaca, kerana saya sendiri banyak membaca buku

pelbagai genre. Saya akan cuba un-tuk meluangkan masa yang ada untuk membaca hatta jika saya melancong ke luar negara, saya tetap akan membawa buku untuk dibaca.

Ketiga, melancong. Ia membantu kita melihat dunia dari dimensi yang lain dengan pelbagai perspektif. Contoh, apabila saya libatkan diri dengan seminar Richworks, saya akan bercakap mengikut psikologi rakyat setempat.

Jika saya pergi ke Johor Bharu, saya tidak boleh bercakap dengan mereka seperti saya cakap dengan orang Shah Alam. Kalau saya pergi ke Alor Setar, saya tidak bercakap seperti cara saya bercakap dengan orang Johor Bharu.

Setiap penduduk berbeza-beza melalui cara, budaya dan nilai artistik. Saya tidak boleh bercakap dengan orang Johor seperti mana saya cakap dengan orang Kota Bharu.

B

Page 8: Tip Bisnes

6 Majalah Niaga Edisi 31

Keempat, menghadiri kursus yang kita rasa kita perlukannya. Apabila saya menyertai Richworks, saya perlu kembali semula untuk mendidik dan menyesuaikan diri dengan generasi Y. Setelah sekian lama bekerja dan mencapai tahap profesional, urusan melatih pekerja menjadi satu cabaran untuk saya.

Bagi tujuan itu, Dr. Azizan menyarankan saya masuk ke Anger Management Class. Impak daripada masuk kelas itu, saya belajar bagaimana berkomunikasi dengan manusia. Saya tidak boleh ubah mereka, jadi apa yang saya boleh buat adalah menyesuaikan diri dengan cara mereka bekerja.

Di Richworks, kebanyakan pekerja adalah daripada generasi Y, mereka jauh lebih muda daripada saya. Corak dan cara pemikiran mereka berbeza. Sebagai majikan, kia perlu menyesuaikan diri dengan cara bekerja mereka. Contohnya, saya berikan mereka kebebasan bersyarat.

Mereka boleh melayari Facebook dalam waktu bekerja sebagai refreshment, jika mereka berasa bosan. Saya berikan kebebasan begitu kerana budak-budak zaman sekarang tidak boleh hidup tanpa Facebook.

Seandainya seseorang itu ingin menjadi akauntan yang profesional, apakah saranan Tuan kepada mereka?

Berkuli dengan cara bekerja di firma perakaunan dan jadi auditor dahulu. Sebab dalam bidang perakaunan terdiri daripada auditor, akauntan, dan juga percukaian.

Apa yang saya lihat sekarang, kebanyakan graduan tidak mahu bersusah-susah dahulu. Kalau kita lihat anak orang Cina, yang belajar di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), pelajar perakaunan mereka dieksport ke luar. Mereka bekerja di luar negara bukan di Malaysia. Kebanyakkannya akan bekerja di Hong Kong. Itu cara mereka cari pengalaman dahulu.

Apabila kita pandai dalam bidang audit, insya-Allah kita akan pandai melihat semua perkara, kerana kerja audit memerlu-kan fokus. Antara tugasan yang pernah saya buat sebagai

seorang auditor, saya perlu kira sebatang demi sebatang kepala sawit dalam sebuah ladang. Bagi setiap batang pokok kelapa sawit, saya perlu beri laporan audit berapa banyak syarikat boleh jana.

Selepas sudah pandai tentang audit, belajar pula ten-tang perakaunan. Belajar bagaimana untuk menguruskan sole-proprietorship (perniagaan pemilikan tunggal), private limited company (Sendirian Berhad, Sdn. Bhd.), public listed company ( syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia). Akhir sekali, belajar tentang percukaian.

Page 9: Tip Bisnes

7 Majalah Niaga Edisi 31

...Jangan jadi perompak kepada syarikat sendiri.Walaupun anda adalah bos, anda tidak boleh

gunakan duit syarikat sesuka hati...Selain daripada itu, untuk menjadi seorang akauntan profesional yang bagus, anda perlu peka dengan bajet ta-hunan. Sebagai contoh, ketika bajet 2015 dibentangkan, saya berada di Mekah. Walaupun begitu, saya akan menghantar pesanan kepada tiap pekerja untuk me-mahami apa kandungan bajet 2015 yang dibentangkan, dan apabila saya pulang, saya akan memilih salah seorang untuk beritahu saya apa yang mereka dapat daripada pembentangan bajet itu.

Bagi saya, Malaysia ibarat sebuah syari-kat. Penting untuk kita tahu bagaiman negara kita menjana wang. Malaysia jana pendapatan daripada penduduk, syarikat dan pelabur.

Seterusnya, bagaimana pula untuk mem-belanjakan duit yang telah dijana. Duit yang Malaysia peroleh akan dibelanjakan untuk kemudahan infrastruktur, pendidi-kan, dan kemudahan awam.

Dari situ, kita akan dapat belajar konsep membangunkan negara dan bisnes adalah hampir sama, iaitu kita tahu bagaimana syarikat memperoleh wang dan membelanjakan wang.

Dalam perjalanan tuan mendi-dik pemilik-pemilik bisnes baru, lama dan tentang perakaunan iaitu audit, perakaunan dan lain-lain, apakah kebanyakan isu yang didapati dalam kalangan pemilik bisnes dan apa saranan tuan kepada mereka?

Daripada pemerhatian saya, usaha-wan tidak mengendahkan kepentingan perakaunan yang betul. Konsep itu salah. Apabila kita membuat keputusan untuk memulakan bisnes, kita mesti ada sistem perakaunan yang baik.

Ini kerana, bagi usahawan yang ingin memulakan bisnes menggunakan other people’s money (OPM) seperti membuat

pinjaman, rekod bisnes amat penting. Pihak bank tidak kisah jika kita membuat banyak wang, apa yang penting bagi mereka adalah disiplin.

Salah satu caranya adalah apabila mereka melihat kita mempunyai rekod kewangan yang baik. Konsepnya sama seperti kita mahu minta kerja. Mesti ada resume yang cantik dan kemas supaya majikan suka dan mudah baca.

Ini pula untuk membuat pinjaman. Cabarannya adalah bagaimana kita boleh pastikan dokumen kita mendapat perhatian di meja pengurus untuk luluskan pinjaman. Mana mungkin akan dapat pinjaman, tanpa ada rekod kewangan yang baik.

Kedua, mereka tiada aliran tunai (cashflow) yang bagus. Gambaran yang mudah, bisnes jual biskut. Kereta penuh dengan 20 balang biskut. Selepas jual pada sesuatu hari, dapat tunai. Tiba-tiba tengah jalan, berbual dengan kawan, dan ajak pergi beli tudung. Terbeli 3 - 4 unit pakai duit jualan. Apabila ditanya tentang rekod, tiada. Sebagai orang bisnes, tiap perkara penting didokumentasikan.

Apakah saranan yang boleh tuan kongsikan tentang HR dan perakaunan kepada usahawan?

Pertama, jangan jadi perompak kepada syarikat sendiri. Seperti contoh bisnes jual biskut tadi. Walaupun anda adalah bos, anda tidak boleh gunakan duit syarikat sesuka hati. Hatta, Dr. Azizan Osman pun begitu juga.

Walaupun beliau adalah pemilik Richworks, beliau dibayar gaji. Pada akhir tahun, apabila ada keuntungan, baru saya selaku Regional Director Richworks Group Of Companies akan beri dividen.

Kedua, jaga aliran tunai. Setiap sen duit yang keluar masuk, perlu direkod-kan. Contoh paling mudah yang saya boleh kongsi, setiap minggu, keluarkan duit daripada bank. Katakan RM5,000. Sediakan sampul atau tabung yang berbeza bagi tiap pembayaran. Maksud-nya di sini, kita sudah sediakan kos tertentu untuk tiap perkara.

Andai kita buka kedai runcit, kita sudah sediakan kos tiap barang runcit dalam tiap sampul. Apabila orang datang hantar ikan, kita bayar dengan menggu-nakan duit dalam sampul yang telah kita sediakan dan minta mereka resit.

Begitu juga apabila orang hantar sayur dan barang runcit yang lain. Pada akhir bulan, beri resit itu kepada akauntan dan buat kunci kira-kira (balance sheet) untuk mengetahui jumlah untung rugi pada bulan itu.

Nasihat saya yang ketiga adalah menga-malkan 6 tabung yang diajar di Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Konsep tabung ini bukan sahaja berguna untuk individu tetapi juga untuk syarikat. Setiap syarikat perlukannya.

Setiap RM100, penting kita tahu ke mana kita nak agihkan. Andai konsep 6 tabung memerlukan kita untuk mem-buka akaun bank baru, teruskan. Apabila saya berkongsi tentang konsep 6 tabung, itu sebenarnya apa yang Richworks buat.

‘Jerry’ Zafrul Rizal Mat

Page 10: Tip Bisnes

8 Majalah Niaga Edisi 31

Bagaimana mungkin kami akan bertahan untuk menawar-kan seminar percuma andai tiada aliran tunai (cashflow) yang baik? Satu dewan di Berjaya Times Square bernilai RM40,000 andai disewa untuk satu hari. Itu tidak masuk peralatan audio dan visual, gaji pekerja pada hujung minggu kami terpaksa bayar sebanyak tiga kali ganda.

Daripada sudut sumber manusia (Human Resource), fahami akta pekerja dan undang-undang syarikat. Antaranya adalah Akta Pekerjaan 1995 dan Akta Syarikat 1965.

Sesiapa yang ingin terlibat dalam bisnes, kena ambil tahu mengenai kepentingan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana ia mengenai kebajikan pekerja. Di Malaysia, salah satu cara untuk bankrapkan syarikat adalah melalui Undang- undang Pekerja.

Selain itu, fahami tentang konsep pensyarikatan. Ketahui perbezaan antara Enterprise dan Sendirian Berhad. Sebagai contoh, Jika pemilik bisnes berhutang dengan pembekal dan mereka mahu saman, syarikat yang akan menanggung tinda-kan undang-undang. Pembekal hanya boleh mengambil aset-aset syarikat untuk melunaskan hutang. Pemilik bisnes bebas daripada menanggung hutang.

Memandangkan Goods and Services Tax (GST) akan diperkenalkan pada April 2015 ini, pemilik bisnes perlu tahu tentang GST dan bagaimana ia memberi kesan terhadap perniagaan mereka.

Keempat, jangan sesekali berniat untuk lari daripada kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Itu satu tindakan yang kurang bijak dan menjerat diri. Kalau orang yang bekerja pun kena bayar cukai, inikan pula orang yang buat bisnes. You want to have business, you need to pay tax.

Boleh Tuan Jerry kongsikan antara cabaran yang pernah dialami sendiri dalam menguruskan akaun syarikat Richworks.

Cabaran terbesar ialah mengstruktur semula syarikat agar ia lebih teratur. Sebelum saya berkhidmat di Richworks, syari-kat ini merupakan sebuah syarikat enterprise. Akaun syarikat mempunyai banyak duit, sehingga penyata akaun syarikat berpuluh-puluh mukasurat.

Beliau mempunyai kad ATM yang mana apabila mahu mem-bayar gaji pekerja, beliau akan mengeluarkan duit syarikat daripada ATM. Apabila saya tanya tentang rekod pengeluaran untuk gaji, beliau tidak mempunyai rekod itu. Impaknya, kami perlu tutup syarikat dan mulakan syarikat baru.

Allah SWT tidak pernahmenjanjikan bahawa langititu selalu biru, bunga selalumekar dan mentari selalu bersinar tapi ketahuilah

bahawa Allah SWT selalu memberi pelangi di setiap badai senyuman di setiaptitisan air mata berkat di

setiap cubaan dan jawapandi setiap doa.

Page 11: Tip Bisnes

Bagaimana menjadi kaya walau-pun dengan makan gaji?

Insya-Allah anda boleh jadi jutawan dengan hanya bekerja makan gaji. Ada caranya. Pertama, mulakan tabiat menyimpan dari rumah. Ayah saya melatih saya, 30% pendapatan yang saya terima, saya wajib simpan. Jangan sesekali gunakan simpanan itu. Saya sangat berdisiplin menyimpan 30% dari-pada duit gaji yang saya dapat. Akaun simpanan khas dibuka semata-mata untuk simpanan sahaja. Kad ATM itu kemudian saya potong bagi mengelak-kan saya mengeluarkan wang tersebut.

Bagi mereka yang menghadiri Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), kami sarankan peserta untuk membina satu tabung yang dinamakan Financial Freedom Account (FFA). Mereka perlu menyimpan 30% daripada pendapatan mereka dalam tabung itu setiap bulan.

30% adalah daripada pendapatan kasar. Contoh, gaji kita adalah RM1,000, tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tinggal RM700. Jangan fikir 30% daripada RM700, tak. Sebaliknya 30% daripada RM1,000.

Setelah berjaya mendisiplinkan diri untuk menyimpan, fokus kepada mem-bina pendapatan pasif pula. Pendapa-tan pasif bermaksud, pendapatan yang kita dapat dengan melakukan sesuatu kerja sekali, namun kita tetap jana duit berulang kali.

Cara saya membina pendapatan pasif adalah melalui hartanah. Alhamdulillah, saya kini mempunyai hartanah dalam dan luar negara. Saya juga mempunyai beberapa portfolio saham. Saya boleh gunakan pendapatan pasif saya untuk melancong dan membeli-belah.

Tip yang ketiga adalah berhemah dalam berbelanja. Elakkan daripada membeli barang yang tidak perlu, dan kalau boleh, tangguhkan kepuasan. Contoh, ketika saya mula bekerja dahulu, saya akan naik bas. Kalau saya perlukan kenderaan, saya akan gunakan Volvo lama ayah saya. Saya mula ada kenderaan sendiri pada umur lewat 30-an.

Bagaimana Richworks memilih pekerja?

Attitude first, skill later. Secara peribadi, saya tidak kisah tentang kelayakan. Saya tidak kisah kalau mereka hanya ada kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Apa yang saya tengok adalah attitude.

Ketika saya mendapat projek untuk membawa masuk jenama pasaraya antarabangsa di Malaysia, saya menyewa pejabat di Plaza Mont Kiara. Di situ, saya berjumpa dengan seorang penjual bunga. Yang sebelum ini, datang dari Penang dan bekerja di kilang.

Beliau hanya mempunyai sijil SPM. Oleh sebab saya melihat kualiti pada dirinya, saya menawarkan beliau peluang untuk bekerja dengan saya. Beliau bermula sebagai penyambut tetamu.

Dari situ, saya melatih beliau untuk membantu saya dalam memulakan jenama pasa-raya antarabangsa itu di Malaysia. Saya juga melatih beliau dalam hal-hal perundan-gan. Alhamdulillah, sekarang, beliau adalah Legal Manager di pasaraya itu.

Bagaimana Tuan Jerry dan Dr. Azizan Osman bersama dalam mem-bangunkan Richworks?

Sejak daripada awal, kami telah menetapkan tugasan masing-masing. Jika anda men-jalankan bisnes bersama rakan kongsi, pastikan mereka tahu peranan mereka sendiri. Saya sebagai Pengarah Serantau Richworks Group of Companies mempunyai tugas-an saya yang tersendiri, manakala Dr. Azizan Osman selaku Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd. pula mempunyai tugas beliau yang tersendiri.

Saya ibaratkan kolaborasi dalam bisnes seperti perkahwinan. Marriage is about having two individual into one institution right? Saya perlu menerima pasangan saya seadanya. Pasangan saya juga perlu mencintai saya dan menerima baik buruk saya. Kita tidak boleh mengharapkan seseorang untuk berubah dan menjadi orang lain. We need to accept each other.

Ia bukan tentang dapat rakan kongsi yang tepat, tetapi menerima rakan kongsi kita seadanya. Orang mungkin nampak saya sebagai seseorang yang happy go lucky, tetapi sebenarnya di pejabat, saya seorang yang tegas.

Saya ada prinsip. Apabila saya tahu ia salah, saya akan cakap ia salah. Andai nak buat juga, seseorang itu kena jelaskan kepada saya, kenapa sesuatu perkara itu perlu buat. Ia adalah kerana semua orang dalam organisasi ini adalah pekerja. Walaupun Dr. Azizan Osman adalah pengasas syarikat, beliau juga dibayar gaji. Syarikat bayar saya gaji, jadi saya kena bertanggungjawab dengan syarikat ini, antaranya untuk memasti-kan beliau mengikut peraturan.

Apakah nasihat Tuan kepada graduan di luar sana yang bersaing untuk mendapatkan kerja? Bolehkah tuan kongsikan apa yang mereka perlu ada supaya dapat menambat hati bakal majikan.

Belajar berkuli. Roll your sleeve and get your hand dirty. Walaupun anda ada degree, jangan mengharapkan bayaran gaji yang tinggi. Apabila majikan meminta kita berbuat sesuatu, jangan sesekali beritahu anda tidak tahu buat, sebelum anda mencuba dan usahakan untuk buat sebaik mungkin.

Sentiasa ada niat untuk belajar. Andai sudah belajar pun, rendahkan ego dan jadi seperti gelas kosong supaya dapat menyerap ilmu baru. Act like a sponge. Serap sebanyak mungkin.

9 Majalah Niaga Edisi 31

Page 12: Tip Bisnes

TIp pengurusan KEWANGANAqif Azizan CIA (Central Intelligence Agency) Write to Wealth

10 Majalah Niaga Edisi 31

TEKNIK MARKETINGGAYA BAJET

BERHATI-HATI DAN BERWASPADASebagai contoh, kita memulakan bisnes menjual baju kurung. Kita tidak mempun-yai bajet marketing langsung. Pada bulan pertama, kita fokus 100% menggunakan kaedah percuma. Katakan pada bulan itu kita berjaya memperoleh RM500 untung bersih. Jangan anggap RM500 itu duit peribadi kita. Ia duit bisnes.

Langkah seterusnya adalah mengambil 10% minimum daripada untung bersih bulan pertama, untuk kita jadikan bajet marketing. Maksudnya di sini, kita ambil RM50 (RM500 x 10%) untuk dijadikan sebagai bajet marketing berbayar.

Setiap bulan, konsisten buat macam ini. Lama kelamaan, kita akan mempunyai bajet marketing yang besar. Dalam kes bisnes baju kurung ini, katakan untung bersih kita setiap bulan selama 12 bulan berturut-turut adalah RM500.

+ RM500 x 10% = RM50 sebagai bajet marketing.+ RM50 x 12 bulan = RM600 setahun.

Walaupun angka itu nampak kecil, namun hanya 10% pemilik bisnes di Malaysia yang mempunyai perancangan seperti ini.

Kami di Write to Wealth sudah membantu banyak syarikat di Malaysia untuk memantapkan strategi marketing. Secara online atau offline. Ada klien kami yang mempunyai peruntukan bajet untuk marketing lebih 7 angka setahun. Ada juga yang mempu-nyai bajet marketing yang sangat ciput. Malah, ada juga yang tidak ada bajet langsung (baru bermula berniaga dari bawah).

Jika kita berada dalam kategori ketiga iaitu kekurangan bajet marketing untuk membangunk-an bisnes pada tahun pertama, terdapat beberapa teknik market-ing yang boleh kita gunakan.

Sebelum kita cerita tentang teknik marketing, faham terlebih dahulu asas menguruskan bajet market-ing setiap bulan bagi syarikat kecil di Malaysia.

Page 13: Tip Bisnes

Sekarang, baru belajar 3 teknik marketing untuk bajet terhad.Ilmu marketing untuk bajet kecil yang akan saya kongsikan ini, adalah berdasarkan ilmu yang saya belajar daripada salah seorang mentor saya di luar negara.

Namanya Noah Kagan. Pekerja Facebook yang ke 30, pengasas App Sumo, Gambit dan beberapa lagi startup yang lain.

Ilmu marketing yang beliau kongsi-kan ini sangat sesuai dan mesra usa-hawan di Malaysia. Lebih-lebih lagi yang terikat dengan bajet marketing yang tertentu.

1 Promosi syarikat VS promosi diri sendiri

Mana satu kos marketing yang lebih murah, berkredibiliti, dan yang paling penting, mempunyai nilai emosi yang sangat tinggi di mata pelanggan? Mempromosikan syarikat atau diri sendiri? Jawapannya adalah mempromosikan diri sendiri.

Manusia suka berinteraksi dengan manusia. Noah Kagan sendiri berkongsi hasil daripada pengiklanan menggunakan jenama syarikat dan pengiklanan menggunakan nama perib-adi. Kos mempromosikan jenama peribadi jauh lebih murah dan berkesan. Justeru itu, ilmu marketing yang kita boleh serap adalah: Bangunkan bisnes dengan mempunyai entiti peribadi (nama orang). Sebagai contoh, apabila sebut Mark Zuckerberg, orang akan kenal beliau sebagai pengasas Facebook. Kalau orang sebut nama XYZ, mereka akan kenal bisnes kita. Tidak semestinya perlu letak nama kita sendiri. Kita boleh \ gunakan nama samaran.

2 Pengaruh orang yang berpengaruh Salah satu strategi marketing yang saya suka adalah, “Influ-ence the influencers so that the influencers will influence their followers.” Ringkasannya begini: Cari individu atau jenama berpengaruh yang sudah ada pelanggan yang kita mahu. Sponsor atau taja mereka. Bagi produk kita secara 100% percuma untuk mereka guna secara konsisten. Biar mereka yang berpengaruh ini menjadi jurucakap produk kita. Biar mereka yang beritahu kepada pengikut- pengikutnya betapa bagusnya produk kita. Kos untuk teknik marketing ini hanya melibatkan kos produk kita sahaja.Strategi mempengaruhi orang yang berpengaruh supaya mer-eka mempengaruhi pengikut mereka, untuk membeli produk kita ini adalah strategi marketing yang jimat kos, tetapi impak-nya besar.

2 1 produk, 3 segmen pelanggan berbeza 1 produk, pelbagaikan segmen pelanggan. Berikut adalah contoh implimentasi satu daripada kempen marketing untuk klien saya yang menjual produk GripGo (pelekat handphone dalam kenderaan).

1 produk sahaja, tetapi mesejnya untuk 3 pelanggan yang ber-beza iaitu: GripGo untuk pengguna kereta Myvi. GripGo untuk pengguna kereta BMW. GripGo untuk pengguna kereta Wira.

Selepas cuba ketiga-tiga mesej yang berbeza ini, kami dapati mesej kepada pengguna kereta Myvi lebih cenderung mem-beli produk GripGo. Jadi, kami letakkan 100% bajet marketing kepada segmen pelanggan ini.

11 Majalah Niaga Edisi 31

Page 14: Tip Bisnes

12 Majalah Niaga Edisi 31

TIp PEMASARANZulnaidi Yaacob Lecturer School of Distance Education

3 CARA BERBISNESDENGAN MODALSKALA SEMUTUNTUK USAHAWAN BARU Ramai bercita-cita bergelar usahawan, namun tidak semua menjadi realiti. Modal antara sebab cita-cita itu terbantut. Tanpa modal yang besar, wajarkah cita-cita perniagaan berkubur begitu sahaja? Jawapannya tentu tidak. Malangnya, terdapat ramai usahawan gagal menilai keperluan modal yang sebenar untuk perniagaan. Semuanya berlaku kerana pandangan mereka yang konvensional dan kurang kreatif. Antara modal dan rupa perniagaan, mana yang harus ditentukan dahulu? Tidak guna membayangkan perniagaan yang besar dan gah tapi tidak sepadan dengan modal yang ada. Maka sebaiknya ialah tentukan modal terlebih dahulu. Dalam kata mudah, fikir, rancang dan bertindak mengikut kemampuan yang ada. Artikel ini mengulas tiga bentuk perniagaan modal ciput untuk membantu anda mula ber-niaga tanpa perlu berhutang besar demi modal.

PERNIAGAAN TANPA STOK Sebahagian besar kegunaan modal ialah untuk mendapatkan stok. Jika anda boleh berniaga tanpa stok, ber-makna modal yang diperlukan dapat di-minimakan. Apa yang boleh diniagakan? Perniagaan perkhidmatan adalah salah satu daripadanya.

Nilai diri sendiri, kenali kemahiran, bakat, kepakaran atau kelebihan yang ada yang boleh dijadikan perniagaan. Jika anda berbakat dalam fotografi, anda boleh pertimbangkan perkhidmatan fotografi bergerak.

Jika anda berkemahiran membaiki peralatan elektrik, anda boleh menawar-kan perkhidmatan itu. Setiap kelebihan yang anda miliki berpotensi menjadi sumber perniagaan yang menguntung-kan.

Bagaimana jika anda tidak mempunyai kemahiran, bakat atau kepakaran? Anda masih boleh berniaga runcit dengan me-minimakan kos untuk stok. Pertimbang-kan perniagaan yang memberikan anda konsignmen iaitu ambil stok dahulu dan bayar kemudian selepas stok terjual.

PERNIAGAAN TANPA PREMIS Kos sewaan premis ada kalanya sangat besar terutamanya untuk lokasi strate-gik. Selain sewa, premis fizikal memer-lukan kos ubahsuai, penyelenggaraan, pelesenan, dan pengawasan. Tidak semua perniagaan memerlukan premis fizikal, malah premis perniagaan pada hari ini tidak lagi semestinya dalam bentuk bangunan.

Alam maya di internet menawarkan definisi baharu untuk premis perni-agaan. Anda hanya perlu membangunk-an laman sendiri untuk mempamerkan semua barangniaga atau perkhidmatan anda. Pintunya dibuka 24 jam dan premis itu boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja dari seluruh dunia.

PERNIAGAAN TANPA PEKERJA Tambah kemahiran diri agar anda dapat menjalankan banyak tugas tanpa ber-gantung kepada ramai pekerja. Jika membayar imbuhan kepada pekerja, tetapkan ganjaran berasaskan output dan bukannya satu gaji tetap. Misalnya pekerja jualan di bayar berdasarkan komisyen jualan.

Jika pekerja mahukan pendapa-tan lebih tinggi dari gaji asas, maka mereka perlu bekerja lebih keras. Mere-ka bukan sahaja mendapat pendapatan lebih tinggi, perniagaan turut mendapat untung yang lebih tinggi. Sebelum melantik pekerja, nilaikan juga adakah kerja itu bersifat rutin.

Jika kerja itu tidak bersifat rutin, tidak perlu melantik pekerja sebaliknya gunakan sahaja khidmat pihak luar. Sebagai contoh, tidak semua kontrak-tor pembinaan perlu melantik juruukur bahan dan pelukis pelan. Dalam banyak hal, khidmat pihak ketiga lebih ekonomik dan berkesan. Bukan sahaja pekerja boleh dikurangkan, malah masa pekerja dapat ditumpukan pada kerja yang lebih produktif.

Page 15: Tip Bisnes

TIP PERNIAGAANFaris Azaki Penulis dan Pengasas Quantum Online Venture

13 Majalah Niaga Edisi 31

3 CARAMENINGKATKAN

MOTIVASIPERNIAGAAN

Masalah kekurangan motivasi dan mudah berputus asa seringkali berlaku di kalangan ramai usahawan di luar sana. Masalah ini boleh mencetuskan kemerosotan dari segi produktiviti kerja seterusnya boleh menyebabkan perniagaan yang dijalankan tidak berkembang dan mungkin boleh menurunkan graf jualan perniagaan kita.

Page 16: Tip Bisnes

NETWORKING DENGAN MEREKA YANG SAMA

ALIRAN BIDANG DENGAN KITA

Apabila kita menemui jalan buntu atau seringkali gagal, berhenti seke-tika berehat sekejap. Berjumpa mere-ka yang pakar atau sama aliran dalam industri yang kita ceburi. Minta pandangan dan nasihat dari-pada mereka supaya mereka dapat bedah siasat dimana kesilapan yang kita lakukan. Jika kita mempunyai mentor, tanya apa lagi yang perlu kita perlu buat. Minta nasihat daripada mereka. Dengan cara ini, percayalah kita akan dapat idea dan kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan kita dalam perniagaaan yang kita ceburi.

LIHAT DAN BACA KISAH MOTIVASI KEJAYAAN ORANG

LAINCara seterusnya untuk tingkatkan motivasi dalam perniagaan adalah dengan menonton video motivasi atau membaca buku motivasi. Sekarang, terlalu banyak video movitasi yang anda boleh cari di laman youtube.com . Jika kita seorang yang suka membaca anda juga boleh mencari artikel yang berkaitan syarikat yang termuka dunia yang mana mencapai kejayaan yang mem-berangsangkan pada hari ini. Percayalah, tiada perniagaan pun yang tidak pernah gagal. Gagal itu hanya sementara untuk orang yang tidak pernah menyerah kalah. Gagal itu akan selamanya sekiranya kita berhenti daripada mencuba.

LIHAT ORANG YANG LEBIH SUSAH DARIPADA KITA

Cara ini sangat berkesan bagi saya, saya yakin ia juga dapat di laksanakan oleh mana-mana usahawan. Kadang kala, apabila kita rasa susah sikit dan sukar dalam menyelesaikan tugasan kita adalah kerana kita tidak melihat orang yang lebih susah daripada kita. Apabila kita melihat mereka yang lagi susah dari kita sebagai contoh mereka yang kurang bernasib baik seperti OKU atau mereka yang mem-punyai pendidikan yang rendah (seperti SPM) Selepas kita melihat dan memband-ingkan mereka yang lebih susah dari kita, kita akan tersedar bahawa alangkah banyaknya nikmat yang kita sudah perolehi jika nak dibanding-kan dengan mereka yang lebih susah daripada kita ini. Jadi dengan ini, tiada alasan lagi untuk kita menyalahkan tuhan den-gan takdir kita yang masih lagi belum mencapai kejayaan. Dengan cara ini juga, ia sebenarnya adalah terapi yang terbaik untuk kita muhasabah diri kita menjadi lebih baik dan ber-syukur dengan apa yang ada. Ingat, bersyukur bukan bermak-na berhenti daripada berusaha. Mereka yang bersyukur dengan nikmat yang diperolehi akan lebih menghargai nikmat tersebut. Sebagai contoh, kita masih lagi mempunyai salah satu anggota badan yang paling penting dalam melakukan tugasan harian kita seperti Tangan. Cuba bandingkan diri kita dengan OKU yang tidak mempunyai tangan. Pasti kita akan lebih menghargai tangan yang masih ada dalam diri kita dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

TUKAR SKRIP KEGAGALANKEPADA

SKRIP KEJAYAAN DALAM DIRIManusia seringkali membandingkan pencapaian mereka dengan penca-paian orang lain yang lebih berjaya daripada mereka. Ini satu perkara normal. Kita boleh buat perbandingan tersebut, tetapi kita tidak boleh main-kan skrip membunuh dan mensabo-tajkan diri kita sendiri seperti :

“Dia Otai. Ada duit banyak boleh la berjaya. Aku ini siapa? Mana boleh berjaya macam dia..” Skrip ini bo-leh membunuh impian kita dalam perniagaan kita sendiri. Sekaligus boleh menyebabkan motivasi kita menurun. Sepatutnya skrip yang kita mainkan dalam diri kita adalah seperti berikut: “Dia boleh berjaya. Aku pun mesti bo-leh berjaya. Aku tak boleh mengalah sekarang. Aku nak jadi berjaya seperti dia” Dengan amalkan skrip positif ini, kita akan lebih bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah sekiranya berdepan dengan kegagalan dan buntu dalam mencari penyelesaian.

LIHAT KEMBALI IMPIAN YANG KITA MAHU CAPAI

Dengan melihat kembali impian yang kita rancang pada awal tahun. Adakah kita sudah memulakan lang-kah pertama? atau masih lagi belum melaksanakan apa yang dirancang? Jika belum. Tanya diri kenapa masih belum laksanakan impian tersebut? Bedah siasat apa yang berlaku? Lihat impian anda dengan penuh emosi yang anda benar-benar mahu capai matlamat tersebut dengan bersungguh-sunguh.Insya-Allah anda akan kembali bersemangat dan bermotivasi untuk menjalankan perniagaan yang anda usahakan.

14 Majalah Niaga Edisi 31

Page 17: Tip Bisnes

15 Majalah Niaga Edisi 31

BERITA BISNESTim Majalah Niaga

INDIVIDUTERKAYA

DI MALAYSIATAHUN 2015

Pada 26 Februari 2015, The Star telah melaporkan Senarai Orang Terkaya Di Malaysia Tahun 2015. Ia didahului oleh Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah berterusan mendahului carta terkini orang terkaya di Malaysia oleh Forbes selama 10 tahun.

“Keluarkanlah harta. Bersedekahlah…” – ForbesTan Sri Robert Kuok Hock Nien adalah pengasas Hotel Shangri-la dan kekayaan terbesar beliau adalah daripada kelapa sawit, perkapalan dan hartanah.

$11.3 billion (RM40.8 billion)Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Kuok Group / Kerry GroupKelapa sawit, perkapalan dan hartanah

$1.5 billion (RM5.4 billion)Tan Sri Lee Oi Hian & Dato Lee Hau Hian

Kuala Lumpur Kepong BerhadKelapa sawit, bahan kimia, hartanah

$9.7 billion(RM35 billion)Tan Sri T. Ananda KrishnanUsaha Tegas, Astro, MaxisTelekomunikasi

$5.6 billion(RM20.2 billion)Tan Sri Quek Leng ChanUsaha Tegas, Astro, MaxisTelekomunikasi

$5.5 billion(RM19.9 billion)Tan Sri Lim Kok Thay& FamilyGenting BerhadKasino

$5.4 billion(RM19.5 billion)Tan Sri Teh Hong PiowPublic BankPerbankan

$4.6 billion(RM16.6 billion)

Tan Sri Lee Shin ChengIOI Corporation Berhad

Kelapa sawit, hartanah

$2.9 billion(RM10.5 billion)

Tan Sri Syed MokhtarAlbukhary

AlBukhary Corporation Sdn BhdPengangkutan dan logistik,

perladangan, pembangunanhartanah, pertahanan dan gudang

senjata serta kejuruteraandan penjanaan kuasa

$3 billion(RM10.8 billion)

Tan Sri Dato’ Seri Dr. YeohTiong Lay

YTL CorporationPembinaan, hartanah

$1.6 billion(RM5.8 billion)

Goh Peng OoiSilverlake Axis Ltd

Software

2

3

4

56

7

9

10

8

1

Page 18: Tip Bisnes

PEMBANGUNAN DIRIHasryn Hamka Pengarah Urusan syarikat AMAN Intelligent Resources

ANTARAHIKMAH& PENGAJARAN10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan AllahSahabat yang dikasihi Allah S.W.T,Doa adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya dari langit.” (Hadis riwayat Hakim)

Seorang hamba yang merendahkan dirinya dan bersifat tawaduk akan sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Orang yang sombong dan merasakan dirinya serba cukup tidak mahu berdoa kepada Allah SWT dan dia hanya bergantung kepada hartanya, ilmunya, pangkatnya dan kekuasaannya yang dia miliki. Manusia seperti ini satu hari akan kecewa dan mengalami kegagalan kerana pergantungannya adalah suatu yang rapuh kerana menjauh-kan dirinya daripada Allah SWT.

8 KELEBIHAN BERDOA KEPADA KEPADA ALLAH SWT Doa merupakan pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

Allah SWT amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hamba-Nya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

Dengan berdoa ketakwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin akan meningkat.

Dengan berdoa jiwa kita akan berasa tenteram, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, ‘Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.’ (Surah ar-Ra’du ayat 28)

Dengan berdoa, Allah SWT akan menimbulkan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Doa itu adalah anak kunci kepada pintu Rahmat.” (Hadis riwaya Ad-Dailami)

Doa merupakan penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh ini amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di alam kubur. Sabda Rasulullah SAW yang ber maksud : “Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang (sentiasa) mendoakan nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

Doa adalah penghubung dan pengikat tali per- saudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya : “Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam- diam, pasti diperkenankan oleh Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

16 Majalah Niaga Edisi 31

Page 19: Tip Bisnes

Namun begitu, walaupun doa mempunyai banyak kele-bihan, apakah sebabnya doa-doa kita masih tidak dimak-bulkan oleh Allah SWT dan apakah yang perlu kita per-baiki agar doa-doa kita diterima dan dimakbulkan oleh Allah SWT?

Terdapat satu kisah yang berlaku pada zaman tabiin , seorang ulama sufi yang terkenal, Ibrahim Adham pernah di tanya mengapakah doa-doa mereka langsung tidak di-makbulkan oleh Allah SWT.

Beliau menjawab,

“Terdapat 10 perkara kenapa doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT, antaranya ialah:

Dengan itu maka taatlah akan Allah SWT,beramallah dengan Al-Quran, hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah SAW, perangilah syaitan dengan penuh kesungguhan, berjalanlah di atas jalan menuju ke syurga, hindarilah dirimu dari masuk ke jalan ahli neraka.

Bersedialah untuk menghadapi maut, perbaikilah keaiban dirimu. Banyakkanlah meminta ampun (istighfar) dan bersyukur. Ingatlah kamu bahawa setiap diri di ikat oleh maut. Insya Allah, jika eng-kau demikian, maka doamu sentiasa di terima Allah SWT.”

Sahabat yang dirahmati Allah,

Marilah kita beramal dengan 10 amalan yang dinyatakan oleh Ahli Sufi Ibrahim Adham kerana kesemua perkara tersebut adalah ajaran Islam yang sepatutnya kita beramal dan melaksanakannya dalam kehidupan kita.

Jika kita istiqamah dengan Islam, melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan mematuhi sunah Rasulullah SAW dan men-jaga hubungan kita sesama manusia maka yakinlah insya Allah doa-doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

• Kamu kata kenal Allah SWT tetapi kamu tidak menun-aikan hak-Nya (tanggung jawab kamu kepadaNya)

• Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya.

• Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah SAW, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya.

• Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamu-lah karibnya dan patuh padanya.

• Kamu berdoa untuk masuk ke syurga Allah SWT, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang membawa kamu ke syurga.

• Kamu berdoa minta di jauhkan dari api neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencamp-akkan kamu ke neraka.

• Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

• Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri.

• Kamu memakan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.

• Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

10 SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN

17 Majalah Niaga Edisi 31

Page 20: Tip Bisnes

18 Majalah Niaga Edisi 31

STATUS PILIHANIzwan Robotys Pemilik Blog Robotys.net

BAGAIMANA UNTUK KAYA HARTA WALAUPUN

DENGAN MAKAN GAJIJika Tetuan berniat nak jadi kaya dengan berbisnes, lalu memutuskan untuk berhenti kerja, maka ketahuilah, makan gaji pun boleh jadi kaya harta juga. Maka, apa yang membezakan orang yang makan gaji tetapi kaya harta dengan kita yang makan gaji tetapi cukup-cukup makan sahaja? (Ya, saya belum kaya harta lagi, dan saya masih makan gaji.) Jom, ikuti 6 Kriteria Mereka Yang Makan Gaji Tapi Kaya Harta.

1 Menyimpan Dengan KonsistenKita boleh lihat, orang yang kaya harta, tidak kira melalui jalan berniaga dan juga jalan makan gaji, konsisten dalam menyim-pan. Cara mereka konsisten menyimpan juga mudah. Dapat sahaja duit untuk kegunaan isi rumah, terus disimpan 10% atau lebih daripada jumlah tersebut mengikut keselesaan mereka. Ada yang menerima gaji melalui bank, sudah ada sistem yang akan transfer wang gaji dalam dalam bank terus ke akaun Tabung Haji secara automatik. Maka, selebihnya boleh dihabiskan untuk belanja isi rumah. Mereka tidak risau lagi tidak menyimpan.

2 Konsisten Berhubung Dengan PemiutangIni pun sama juga. Mereka tidak takut dengan bank. Mereka tahu hak-hak mereka sebagai peminjam. Contohnya, ada ketika mereka tidak mampu membayar ansuran bulan-an kereta. Apa yang mereka lakukan? BUKAN sorok kereta. BUKAN buat tidak tahu. Tetapi mereka telefon bank dan mohon tangguh. Kemudian mengikut segala prosedur. Mereka ada mindset yang “Semua perkara boleh dibawa berbincang”. Lebih-lebih lagi dengan pihak yang berurusan secara rasmi dengan mereka seperti Bank, Tuan Rumah, Bos di tempat kerja dan lain-lain.

3 Menjaga Hubungan BaikKita boleh lihat, fokus utama mereka yang kaya harta jarang sekali berkisar tentang harta, tetapi hubungan baik dengan semua pihak yang sepatutnya, semua orang yang tidak ber-niat jahat kepada mereka. Antara pihak yang penting untuk dijaga hubungan baik adalah Allah (ya, itu paling penting ya… jaga solat <– pesan untuk diri sendiri juga), Ibu bapa, Suami/Isteri/Anak, Adik-beradik, saudara-mara dan sahabat handai. Kemudian turun kepada sahabat niaga, supplier, vendor dan sebagainya.

4 Tegas Dalam HubunganJika terbukti ada yang berniat jahat mereka akan bertegas dan ‘point out’ yang pihak tersebut berniat jahat. Mereka cakap-

cakap belakang dan juga tidak menuduh secara terbuka. Mereka tegas kerana hasrat utama mereka adalah untuk men-jaga hubungan baik dengan semua orang. Bertegas dengan mereka yang cuba menganiaya kita adalah salah satu jalan mengukuhkan hubungan baik. Ini kerana mungkin sahaja pihak satu lagi tidak sedar mereka sedang menganiayai kita. Lalu mereka akan membetulkan kesalahan.

5 Menunaikan JanjiIni adalah jalan paling mudah membina kredibiliti dan integ-riti. Mereka yang kaya harta adalah mereka yang berintegriti, tidak kira makan gaji atau berniaga. Pekerja yang berintegriti lebih mudah naik pangkat dan naik gaji. Peniaga yang ber-integriti lebih disayangi pembeli dan pembekal. Suami/isteri yang berintegriti lebih dipercayai dan lebih bebas berurusan. Apabila sudah berjanji, berusahalah untuk deliver. Maka kita perlu berhati-hati apabila berjanji. Kecil atau besar, ia tetap perlu ditunaikan. Dan ya, janji kepada anak isteri kita sama pentingnya dengan janji kepada pembeli dan pembekal kita, jika tidak lebih penting.

6 Belajar dan BuatMereka yang makan gaji tetapi kaya harta lebih banyak di-beri peluang oleh ketua mereka. Mengapa? Kerana mereka sentiasa laparkan ilmu dan dahagakan kemahiran baru. Mer-eka belajar benda baru dan sedia mengaplikasi skill terse-but. Ketua yang bagus amat suka ahli tim seperti ini kerana memudahkan kerja mereka. Perkara ini juga penting apabila kita mula berniaga. Setiap perkara dalam berniaga pastinya benda baru kepada kita yang makan gaji. Maka kita perlu ada aptitud yang tinggi untuk terus belajar dan buat perkara yang kita belajar. Mana lagi penting, belajar atau buat? Dua-dua penting! Lepas belajar terus buat! Jangan belajar-bela-jar dan terus belajar tetapi tidak buat. Nanti tidak ke mana. Paling kurang pun buat terus. Kerana jika tersalah, kita boleh betulkan. Pastikan ada cara untuk kita tahu kita tersalah buat. Mungkin sasaran khusus ataupun mentor yang boleh mem-beritahu kita kesalahan kita.

Page 21: Tip Bisnes

MENGAPA PENTING BER-TANYA ALLAH DAHULU?Pernahkah selama ini kita mem-buat keputusan, sampai satu saat, kita menyesal dengan kepu-tusan yang kita buat? Soalan saya, adakah sebelum itu kita ada ber-tanya Allah? Adakah kita meminta petunjuk daripada Allah sebelum membuat keputusan?

Kebanyakan daripada kita akan jawab, ‘Tak’. Faktor penting bertanya Allah dahulu adalah,

“Dunia ini siapa yang cipta? Ada-kah kita atau Allah?”

“Allah.”

“Antara kita dengan Allah, siapakah yang lebih mengetahui ten-tang setiap zarah di mukabumi ini?”

“Allah.”

APA ITU ISTIKHARAH?Bahasa mudah bagi perkataan istikharah, adalah kita meminta petunjuk daripada Allah saat kita perlu memilih, ragu-ragu atau perlu membuat sesuatu keputusan. “Doa adalah penyerahan, bukan tuntutan.” – Prof. Dr. Madya Wan Maseri, penulis buku. Saat kita beristikharah, ia adalah refleksi kita menyerahkan kepada Allah, untuk memberikan kita petunjuk pilihan yang tepat mengikut kebijaksanaan-Nya. Seperti dalam petikan doa solat Istikharah,

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku

memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.”

Istikharah bukan sahaja penting dipraktikkan untuk memilih jodoh, namun sebaiknya apa sahaja yang memerlukan kita buat keputusan, kita bertanya kepada Allah.

19 Majalah Niaga Edisi 31

TIP BISNESInsyirah Azhar Pengasas Writethrough

ISTIKHARAHJODOH BISNES-BISNESIDAMANKUSesuai bagi yang baru ingin mencari perniagaan yang mahu diceburi. Hatta bagi yang sudah bermula, boleh mulakan juga untuk memantapkan keyakinan adakah ini bisnes yang sesuai. Kebiasaannya, perkataan istikharah sering dikaitakan dengan jodoh. Andai kita mahu mengahwini seseorang, pasti kita ada ciri-cirinya. Mana mungkin kita sekadar mempunyai hajat berkahwin dengan seseorang tanpa kita tetapkan ciri-cirinya. Begitu juga dengan bisnes. Tahukah kita apakah bisnes atau bakat kita? Apakah bisnes yang sesuai dengan kita? Insya-Allah artikel ini berkongsi bagaimana menemukan jodoh daripada aspek bisnes dan bakat yang sesuai dengan kita.

Page 22: Tip Bisnes

Selari dengan firman Allah,

“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha

Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”(Surah Al Hadid: 3)

Nah! Ia bermaksud, Allah lebih tahu apa yang terbaik dari-pada kita berbanding kita sendiri. Jadi, hanya kepada Allah kita sembah dan hanya kepada Allah, kita mohon pertolongan, ia petikan yang disebut dalam surah Al Fatihah.

CARA MENGENALI POTENSI PERNIAGAAN DAN BAKAT SAYASelama 3 tahun, saya tercari-cari hala tuju dalam perniagaan. Saya tidak tahu apa perniagaan yang sesuai dengan saya. Saya tidak tahu apa bakat saya dan bagaimana saya boleh gunakan bakat saya untuk berniaga (mendapatkan duit dengan bakat).

Oleh sebab, andai kita ada bakat, kita boleh tambah baik dengan kemahiran untuk capai hasil yang maksima. Tamba-han lagi, apabila kita gunakan bakat untuk memulakan bisnes dengan konsep menyediakan servis, kita tidak perlukan modal yang banyak. Hatta tanpa modal pun boleh menjual servis kita (buat duit dengan bakat).

Dalam 3 tahun itu, selepas saya bermonolog sendirian tentang apa bisnes dan bakat saya, saya mendapat jawapan dengan cara ada seorang sifu berpesan, “Tunaikan solat Istikharah, tidur atas sejadah.”

Saya ikut apa kata beliau. Alhamdulillah, selama beberapa minggu, saya dapat jawapan tentang saya sedar apa yang saya suka buat iaitu menulis lebih kepada genre Islamik. Dari-pada situ, saya mula didorongkan untuk menemui guru-guru penulisan yang boleh membantu saya dalam penulisan.

IMPAK BERTANYA ALLAH DAHULUSuka untuk saya berkongsi kata-kata Ustaz Yusuf Mansur yang membuat saya suka praktikkan bertanya Allah dahulu,

“Kemampuan seseorang (atau lembaga) disiplin di konsep ‘mencari Allah dulu’, atau

bahkan‘mencari Allah saja’ akan membuat dia mandiri dan mulia. Bahkan tingkat

keberhasilannya lebihaccurate, dan lebih cepat

berbanding ikhtiar mencari bantuan orang lain.”

Alhamdulillah setelah 2 tahun, bertanya Allah dengan cara menunaikan solat Istikharah, saya dapat melihat pencapaian pendapatan saya. Selama 3 tahun saya menjalankan bisnes, secara online, sukar sekali saya mencapai RM2,000.

Namun, alhamdulillah, dengan menunaikan solat Istikharah dahulu, saya dapat capai RM5 angka dalam masa 7 bulan sahaja. Kini, masih dalam proses untuk jana pendapatan minima RM4 angka. Insya-Allah.

20 Majalah Niaga Edisi 31

Page 23: Tip Bisnes

Boleh

Bagus!nampak

Bermakna iklan di sini berkesan!Untuk tempah iklan, hubungi eksekutif pemasaran,

Hasbul Aqill di 016 2025437 atau layari www.MajalahNiaga.com

saya ke?

Page 24: Tip Bisnes

NIAGA

312015Edisi

E-MAJALAH

INI DIBER

IKAN PERCUMA

HAK CIPTA TE

RPELIHARA OLE

H MAJA

LAHNIAGA.COM.

DILARANG SAMA SEK

ALI MEN

ERBIT

SEMULA

DALAM LA

IN-LAIN BEN

TUK ATA

U

MEMPER

GUNAKAN E-MAJA

LAH IN

I UNTU

K TUJU

AN KEUNTU

NGAN

KECUALI

DENGAN KEB

ENARAN BER

TULIS

DARI PIHAK M

AJALA

H NIAGA.

NAMUN BEGITU

ANDA DIBENARKAN, B

AHKAN DIGALAKKAN

MENYEB

AR E-MAJA

LAH IN

I UNTU

K TUJU

AN KEBAIKAN,

TETA

PI HARUSLA

H DIKEKALK

AN SIFATN

YA

TANPA SABARANG UBAHAN.

MAJALAH