tip spm karangan 2011.pdf

31
1 Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 Kata- kata menarik Masalah – pancaroba Syarat – entiti – elemen Kantung pendapatan Sukma- sanubari – jiwa – benak Mengawetkan survival Hubungan simbiosis Rekayasa- pembentukan Kebaikan – signifikan Bangunan pencakar langit yang utuh lagi kukuh dating daripada sekepal pasir. Pokok yang tinggi melampai tumbuh dan bercambah daripada biji benih yang kecil Beraja di mata, bersultan di hati , dek bertatahkan nafsu dan alpa yang secara diam mampu bertahtakan si petualang pembangunan pertiwi Kata2 pemimpin Ahli falsafah China ~ Confucius: Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Maka apakah langkah pertama… ~ Bei Tju : Rakyat itu akar bangsa. Kalau sihat akarnya, nescaya pokoknya hidup subur ~ Fei Tzu : Hanya undang2 yang tegas mampu mengawal tingkah laku manusia ~ Sun Zi : Kemenangan sesuatu pasukan bukan terletak pada bilangan anggotanya tetapi strategi pasukan tersebut. Negarawan/ Mantan Presiden / Mantan PM ~ Tun Dr. Mahathir Mohammad – rakyat M’sia mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga ~ Soekarno – Berikan aku sepuluh orang remaja. Nesaya aku akan gegarkan dunia ~ JF. Kennedy (Amerika) – Jangan Tanya apakah sumbangan negara terhadap kamu tetapi Tanya apakah sumbangan kamu kepada negara.

Upload: hafizarazak

Post on 18-Jan-2016

181 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

1                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Kata- kata menarik

Masalah – pancaroba Syarat – entiti – elemen Kantung pendapatan Sukma- sanubari – jiwa – benak Mengawetkan survival Hubungan simbiosis Rekayasa- pembentukan Kebaikan – signifikan

Bangunan pencakar langit yang utuh lagi kukuh dating daripada sekepal pasir. Pokok yang tinggi melampai tumbuh dan bercambah daripada biji benih yang kecil

Beraja di mata, bersultan di hati , dek bertatahkan nafsu dan alpa yang secara diam mampu bertahtakan si petualang pembangunan pertiwi

Kata2 pemimpin

Ahli falsafah China

~ Confucius: Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Maka apakah langkah pertama…

~ Bei Tju : Rakyat itu akar bangsa. Kalau sihat akarnya, nescaya pokoknya hidup subur

~ Fei Tzu : Hanya undang2 yang tegas mampu mengawal tingkah laku manusia

~ Sun Zi : Kemenangan sesuatu pasukan bukan terletak pada bilangan anggotanya tetapi strategi pasukan tersebut.

Negarawan/ Mantan Presiden / Mantan PM

~ Tun Dr. Mahathir Mohammad – rakyat M’sia mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga

~ Soekarno – Berikan aku sepuluh orang remaja. Nesaya aku akan gegarkan dunia

~ JF. Kennedy (Amerika) – Jangan Tanya apakah sumbangan negara terhadap kamu tetapi Tanya apakah sumbangan kamu kepada negara.

Page 2: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

2                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Arab

~ Ar- rumi – Manusia diciptakan dengan kemampuan untuk terbang. Mengapakah mereka memilih untuk merangkak sepanjang hidup??

~ Imam Syafie – ( Bila ditanya bagaimana beliau menuntut ilmu , jawabnya) Bagai seorang ibu tunggal yang kehilangan anak perempuannya

~ Imam Ghazali – Rajin itu penawar paling mujarab tetapi mala situ racun paling berbisa

Page 3: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

3                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

TIPS

PENULISAN KARANGAN

SPM/PMR (BM)

Oleh:

Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin

5SN/TunMutahir

2011

Page 4: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

4                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

~>Untuk karangan SPM bahagian A, isi selalunya telah diberikan dalam bentuk grafik atau bahan ransangan.

Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.

Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180. 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah

kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting.

Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.

Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.

Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.

Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah perkataan.

~>Untuk bahagian B pula isi boleh dihafal sebelum peperiksaan.

~> Beberapa tajuk yang perlu diberi perhatian ( TAJUK SELALUNYA DARIPADA BUKU TEKS):

~Isu pendidikan

~Pelancongan ( Inap Desa)

~Pemeliharaan bangunan bersejarah

~Pelaburan dan tabungan

~Kenaikan harga barang-barang

~Pendatang tanpa izin

~Penggunaan bahasa Inggeris

~Masalah sosial dalam kalangan remaja

~Pencemaran alam

~Keselamatan kanak-kanak

~Memartabatkan Bahasa Melayu

~Kemalangan jalan raya

~Perkembangan perhubungan dan

komunikasi

~Bioteknologi

~Semangat kejiranan

~Gaya hidup sihat

~Hubungan kasih sayang ( Keluarga)

~Membaca

Page 5: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

5                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Aspek-aspek Yang Dinilai

a. Karangan menepati tema bahan rangsangan. b. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi

dikembangkan. c. Ejaan dan struktur ayat.

d. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat. e. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.

f. Pendahuluan atau pengenalan. g. Penutup atau kesimpulan karangan.

h. Tulisan yang jelas. i. Pemerengganan.

j. Kesantunan bahasa.

Kelemahan Calon

a. Pengenalan tidak menarik. b. Isi tidak menepati tema.

c. Isi tidak dihuraikan. d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.

e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna. f. Banyak kesalahan ejaan.

g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca. h. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.

i. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad. j. Isi yang diulang-ulang.

k. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja. l. Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.

Page 6: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

6                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI

PANDUAN:

Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah

A. PERENGGAN EMPAT UNSUR iaitu

� Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur:

1. Unsur 1 (ayat utama)

2. Unsur 2 (ayat huraian)

3. Unsur 3 (ayat contoh)

4. Unsur 4 (ayat penegas)

B. AKSESORI KARANGAN

1. Kosa Kata Menarik

2. Penanda Wacana Menarik

3. Ungkapan Menarik

4. Frasa Menari

PERENGGAN 4 UNSUR:

1. Ayat Utama:

Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.

Gunakan ayat mudah.

2. Ayat Huraian:

Pengembangan isi berdasarkan isi utama.

Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana)

Menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik

3. Ayat Contoh:

Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:

Data statistik

Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati

Penemuan atau kajian sains.

Contoh langsung

4. Ayat Penegas:

Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan

Penutup kepada perenggan

Menegaskan semula isi utama

CONTOH:

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK). Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya, ketua keluarga harus mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama (AYAT HURAIAN). Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan

Page 7: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

7                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS).

~> Frasa2 menarik yang boleh dihafal:

PERIBAHASA DALAM KARANGAN 1. menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang

terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

2. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

3. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”.

4. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat.

5. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak.

6. Maka, di mana ada gula, di situ ada semut.

7. Cendekiawan berpendapat bahawa, konsep “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis” gagal diaplikasikan dalam kalangan

8. Oleh itu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

9. Dengan itu, tepuk dada, tanya selera.

10. Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

11. Jika dipandang enteng, nyawa modal insan negara bagai telur di hujung tanduk.

11. Oleh hal yang demikian, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

12. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.

13. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

14. Maka, ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi. Janganlah diikut resmi lalang makin tinggi makin tiada berisi

15. Oleh itu, anak-anak yang mulia akhlaknya ibarat benih yang baik, kalau dibaling ke laut menjadi pulau, dilontar ke langit menjadi bintang jatuh ke bumi menjadi lembah.

Page 8: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

8                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

1. . kita perlu mengorak langkah 2. . kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini 3. .. komitmen menyeluruh agensi yang terlibat 4. .. kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu 5. Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik 6. .. makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan 7. .. mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu 8. ..manifestasi kesanggupan bangsa 9. ..manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa 10. ..masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan 11. ..masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi 12. ..masalah sosial dan susila yang meruncing 13. ..masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit 14. ..masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan 15. ..melangkah dengan seribu kekuatan 16. ..melontarkan soalan yang cukup penting 17. ..melupakan cita-cita yang lebih luhur 18. ..membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu 19. ..membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan 20. ..membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah 21. ..membetulkan ketidaktepatan fakta 22. ..membimbing mereka memenuhi impian 23. ..membina impian masa depan yang lebih gemilang 24. ..membongkar kepincangan 25. ..membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka 26. ..mempengaruhi minda generasi muda 27. ..mempertahankan perasaan saling bersefahaman 28. ..mempertingkat dan memperteguh kefahaman 29. ..mempraktikkan elemen tolak ansur 30. ..memudaratkan kesejahteraan rakyat 32. ..menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung 33. ..menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama 34. ..menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak 35. ..menampilkan wajah baru yang disulami tekad 36. ..menangkis tuduhan yang tidak berasas 37. ..mencapai tahap yang mencemaskan 38. ..mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini 39. ..mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya 40. ..mendapat perhatian dan liputan media massa 41. ..mendepani masa depan yang tidak menentu 42. ..mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang 43. ..mendukung kebenaran yang kita sepakati 44. ..mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni 45. ..mengambil langkah sederap 46. ..menghirup udara hasil kemerdekaan 47. ..mengikut acuan sendiri 48. ..mengundang kontroversi 49. ..menjadi cerucuk utama pembangunan 50. ..menjulang negara ke puncak jagat 51. ..menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi 52. ..menyambut gamitan menara impian

Page 9: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

9                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

53. ..menyebabkan imej negara tercalar 54. ..menyediakan kursus dan latihan yang relevan 55. ..menyembunyikan masalah utama masyarakat 56. ..mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran 57. ..mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan 58. ..milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi 59. ..muafakat merupakan inti kepada perpaduan 60. ..negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat 61. ..nilai keinsanan yang syumul 62. ..nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat 63. ..pandangan pro dan kontra yang dipaparkan kita sering tersentak oleh pelbagai polemik

yang beronal yang dicetus oleh rakyat kita sendiri 64. ..pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis 65. ..dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi 66. ..pelbagai cabaran yang bakal menghambat 67. ..pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat 68. ..pembentukan masyarakat sakinah 69. ..pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini 70. ..pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini 71. ..perlu dibaja kembali 72. ..perubahan yang diharap masih belum menjelma 73. ..petanda kehancuran generasi 74. ..seakan- akan yang sinar itu yakni makin sirna 75. ..didiklah anak- anak semulia Ali B. Abi Talib serta Fatimah az- Zahra Kata-kata Pujangga: “Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna.” Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?” Kata-kata Pujangga: “Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain.” Kata-kata Pujangga: “Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh.” Kata-kata Pujangga: “Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh kerja hari ini untuk esok hari!” Kata-kata Pujangga: “Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan itu tidak bergelora.” Kata-kata Pujangga: “Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang berfaedah.” Kata-kata Pujangga: “Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?”

Page 10: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

10                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Kata-kata Pujangga: “Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan.” Kata-kata Pujangga: “Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat” Kata-kata Pujangga: “Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana.” Kata-kata Pujangga: “Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki.” Kata-kata Pujangga: “Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna.” Kata-kata Pujangga: “Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya.” Imam al-Ghazali berkata: “RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa.” “

Kata-kata Pujangga: ” Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?”

Berkata Ar-Rumi: “Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat.”

Kata-kata Pujangga: “Kemenangan bermula dari dalam diri.” Ibnu Mu’taz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ia telah mati.

Kata-kata Pujangga: “Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita.”

Kata-kata Pujangga: “Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa terjadi.”

Page 11: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

11                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Page 12: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

12                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Page 13: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

13                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Page 14: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

14                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

CONTOH PENDAHULUAN YANG MENARIK. Soalan Contoh 1 Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Perenggan Pendahuluan Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. Soalan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut. Perenggan Pendahuluan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing ke negara kita. Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik balik. Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal pasti meningkatkan imej negara. Soalan Contoh 3 Bincangkan usaha- usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. ( Bahagian A) Perenggan Pendahuluan Contoh 3 Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran alam sekitar makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini temasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula . Persoalan yang menjadi

Page 15: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

15                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia ? CONTOH PENUTUP YANG MENARIK. ( Gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kalam, Kesimpulannya, Tuntasnya, Intihanya dan Konklusinya ) Perenggan Penutup Contoh 1 Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan) Perenggan Penutup Contoh 2 Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi sesebuah negara. (Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat untuk menarik pelaburan asing agar hal ini akan menambahkan pelaburan ke dalam negara kita. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara sudah pastinya ekonomi negara tersebut sukar untuk berkembang. (Huraian – Apa kesannya) Hal ini demikian kerana, negara-negara tersebut mengalami masalah kekurangan modal untuk membangunkan negara mereka. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan (Peribahasa) bagi menarik lebih banyak pelabur asing untuk membuat pelaburan. (Kepentingan) Soalan Contoh 3 Bincangkan usaha- usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. ( Bahagian A) Perenggan Penutup Contoh 3 Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat . Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain.

Page 16: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

16                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

PENDAHULUAN DAN PENUTUP YANG MENARIK ISU: SEJARAH TANAH AIR Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, warga watan makin hari makin menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim kehidupan mereka. Seandainya ditanya remaja remaja masa kini mengenai cita- citanya, jawapan yang lazim sudah terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke arah bidang sains dan teknologi seolah- olah dunia ini didirikan hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau ditanya sekali lagi ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang menjadi pilihan perdana. ‘ Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan Sejarawan kita yang dikatakan ketandusan tulang empat kerat belia muda yang berperanan menjadi pelapis buat persediaan mendepani cabaran masa hadapan. Persoalannya, apakah manfaat- manfaat memahami sejarah tanah air? Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam konteks pembentukan generasi madani yang besahsiah murni. ISU: GEJALA SOSIAL Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan mendepani kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat . Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari manakah akar umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah yang ruwet ini memberi pelbagai impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ; apakah strategi-strategi bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat serta dilaksanakan ? Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4 bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas, semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha memerangi gejala sosial yang semakin parah dan barah serta duri dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain mampu digamit dan direalisasi.

Page 17: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

17                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

CONTOH KARANGAN PERBINCANGAN

PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat menjadi

bicara semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Walaupun berbagai-bagai

prakarsa telah dimainkan oleh para ibu bapa untuk mengekalkan keharmonian keluarga, namun

hal ini seolah-olah tiada nokhtah pengakhiran. Adakah peranan yang dimainkan oleh

Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup bersepadu untuk membawa

paradigma baru ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan yang digerakkan oleh

institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah payung keharmonian gagal. Hal ini

mungkin berpunca daripada prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak yang tidak cukup mapan

untuk membantu menyelesaikan masalah yang menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah

menjadi amanah yang perlu dipikul anak-anak dalam merangka uslub terbaik untuk sama-sama

memikul amanah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya usaha membentuk

keluarga yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan berjaya. Jadi, hendak seribu daya

tak hendak seribu dalih dan oleh itu prakarsa ini hendaklah dimulakan dari sekarang kerana kita

Isi yang sinonim bagi (Faktor/ Usaha/ Kesan) 

Diri  

~ Jati diri/ Kesedaran 

Keluarga 

 ~Didikan kepada anak 

~Ibu bapa cakna akan tindak‐ tanduk anak‐ anak 

Masyarakat 

~–Sikap jaga tepi kain orang 

~Sahut seruan kempen kesedaran yang dijalankan 

Sekolah 

~Melalui pendidikan 

~ Kempen/ Minggu…/ Bulan 

Negara / Media massa / NGO  

~Kolaberasi dengan pihak (Negara / Media massa / 

NGO) mengadakan  kempen 

~ Tindakan undang‐undang 

~ Insentif 

~ RUJUK MUKA SURAT YANG TERAKHIR

BAGI PENJELASAN YANG LEBIH IZHAR

Page 18: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

18                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

perlu menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak hendaklah menggerakkan kembali

jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan ibu bapa dan sekali gus membentuk

keluarga yang bahagia.

Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk

membahagiakan ibu bapa mereka antaranya adalah dengan memberikan kejayaan dan

kecemerlangan kepada mereka. Tidakkah semua orang melihat, saban tahun apabila

keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira. Tetapi

tidakkah mereka menyedari bahawa seorang insan yang bergelar ibu bapa pasti akan

mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang yang diraih oleh anak-

anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu bapa kerana keperitan

dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak-anak telah terbalas dengan kejayaan anak-

anak mereka. Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan membesar

mengikut acuan yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Orang tua-tua ada menyatakan

bahawa usaha tangga kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa akan

membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi. Kegigihan anak-anak semata-mata untuk

mencapai kejayaan bagi dihadiahkan kepada ibu bapa mereka akan dapat direalisasikan

sekiranya mereka berjaya menangkis segala ancaman yang masuk ke tingkap globalisasi

kehidupan mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam

pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Sedasarwasa ini, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia juga

merupakan salah satu elemen utama dalam memberikan kebahagiaan kepada orang tua

mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan kata-kata hikmat yang

acap kali ditujukan khas kepada generasi muda tetapi tidak melampaukah jika semua orang

mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama keluarga, jantung hati, permata

bernilai buat ibu bapa? Bagi segelintir pihak, anggapan ini dipandang sinis tetapi itulah realiti

sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama keluarga dalam memacu ke arah

kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak-anak dididik dengan kebanyakan ibu bapa

yang mengamalkan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya dan hasilnya, anak-anak

telah berjaya menjadi insan yang berguna dan mampu menangkis segala hedonisme serta

panji-panji kejahatan yang berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana yang tidak sejuk melihat anak

yang dipelihara mereka mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya

berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di mana-mana mereka berada

Page 19: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

19                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

kerana imej dan maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka malah itulah juga yang

menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa mereka.

Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka menghormati

mereka. Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi, intelektual dan sosial yang termaktub

dalam Falsafah Pendidikan negara sebenarnya mampu menjadi platform utama untuk anak-

anak membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini, aspek jasmani yang boleh

dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang tua mereka sama ada dalam bentuk

perbuatan mahupun perkataan. Sebagai contoh terdekat yang sangat ketara dengan semua

pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman dengan ibu bapa mereka sebelum pergi ke

mana-mana dan mereka hendaklah menundukkan badan sedikit apabila berjalan di hadapan

orang tua. Dalam aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga perasaan ibu bapa mereka

dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka. Dalam menghayati

peribahasa yang berbunyi kerana mulut santan binasa dan sudah terhantuk baru nak tengadah,

anak-anak hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka supaya perkataan yang

diucapkan tidak menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam memperincikan aspek

intelektual pula, anak-anak hendaklah mendengar nasihat yang diberikan ibu bapa bagi

membolehkan mereka memperoleh keberkatan ketika mereka belajar. Hal ini sekali gus

membolehkan segala ilmu yang dipelajari mampu diserap dengan mudah tidak seperti masuk

telinga kiri, keluar telinga kanan. Eksplisitnya, memang benarlah bahawa sifat hormat

seseorang anak terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu membahagiakan mereka.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang sering

berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi, dalam

mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan tulang dengan

membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja memudahkan

urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah kekeluargaan yang

tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat membawa berkat boleh diamalkan

oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling membantu mengemaskan rumah. Bertitik tolak

daripada aktiviti melakukan kerja-kerja rumah, rumah bukan sahaja cantik malah dapat

menghindari diri daripada segala wabak penyakit akibat tidak mengutamakan kebersihan

persekitaran. Lanjutan daripada hal ini, beban yang digalas oleh ibu bapa akan menjadi ringan

malah mampu melestarikan warna-warni kebahagiaan dan keharmonian keluarga tersebut.

Senario ini sekali gus mengurangkan jurang perpecahan sesebuah institusi keluarga seperti

Page 20: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

20                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

statistik sahih yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada tahun 2007

hingga 2008 yang menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh pasangan di Malaysia bercerai

setiap hari. Tuntasnya, memang benarlah bahawa peranan anak-anak dalam membantu

meringankan beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja rumah amat signifikan untuk

mewujudkan kebahagiaan buat mereka.

Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa adalah

mendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini, semua orang dapat menyaksikan

bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang membabitkan ibu bapa dan anak-anak

menghiasi muka-muka depan akhbar di Malaysia sama ada kes pembuangan ibu bapa atau

pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Cuba kita renungkan kembali

peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di akhbar Harian Metro bertajuk, ‘Trajedi pilu 9

anak membuang ibu mereka yang sudah tua’. Wajarkah 9 orang anak bertindak sedemikian

rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi hitam ini tidak akan berlaku jika seorang anak tidak

mengamalkan peribahasa seperti kacang lupakan kulit dan mendengar nasihat. Anak-anak

yang mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka terutama ketika

umur senja mereka. Janganlah anak-anak membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama

mencurah air ke daun keladi kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk kebahagiaan anak-anak

itu juga. Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak mendengar nasihat ibu

bapa maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada ibu bapa mereka.

Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa yang

boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal ini, boleh dilihat dari

dua perspektif yang berbeza. Perspektif pertama, mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika

mereka masih hidup dan yang keduanya, mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka

meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak hendaklah menjadikan doa sebagai

budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa

kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin selepas solat kerana alah bisa tegal

biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan

seharian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak hendaklah

mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa

mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak

malah akan membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai kehidupan selepas mati, ibu

bapa pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa seorang

Page 21: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

21                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa merupakan senjata

yag penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh

anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak hendaklah selalu berusaha

membahagiakan ibu bapa mereka secara istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam

mahupun bersikap melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga mampu membawa

kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur falah anak-anak dalam meniti

kehidupan yang serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya, anak-anak akan menjadi insan

yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-sama berganding bahu, selangkah sederap

dengan pihak kerajaan dalam menjalankan tranformasi besar-besaran untuk memastikan

keluarga sakinah dapat dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna

dalam institusi kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mencapai

visi kudsi Wawasan 2020. Jadi, kejayaan seseorang anak membahagiakan ibu bapa mereka

sebenarnya mampu menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa dan bangsa.

Page 22: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

22                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama

Darsawarsa, sama ada secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan sains dan

teknologi persada kita telah dilanda kemelut kemalangan jalan raya yang meniti hari makin

ruwet tatkala watan melayari bahtera di arus modenisasi dan globalisasi yang menerpa tanpa

diduga. Berdasarkan Rang Undang- Undang Pengangkutan Jalan (PINDAAN) 2010, negara

kita telah merangkul kedudukan ke-46 daripada 172 buah negara dari indeks kematian bagi

setiap 10 000 kenderaan yang berdaftar. Seyogia, tidak hairanlah masyarakat Malaysia

mendepani 18 kematian akibat kemalangan jalan raya bagi sehari. Menjelang musim perayaan

pula, graf kemalangan jalan raya pasti akan memaparkan peningkatan apatah lagi jumlah

kematian. Persoalannya, apakah mangkin-mangkin yang menjurus ke arah kemalangan?

Justeru, apakah strategi-strategi yang perlu digarap bagi membendung kepincangan ini?

Jawapannya, tepuk dada tanyalah selera.

Akar umbi berlakunya kemalangan jalan raya sebenarnya ialah sikap individu atau

pengguna jalan raya itu sendiri. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pemandu yang suka

memandu melebihi daripada had yang telah ditetapkan kerajaan. Had laju yang ditetapkan di

lebuh raya ialah 110km sejam, tetapi pemandu memandu melebihi 110km sejam seolah-olah

jalan raya itu litar lumba bagi mereka menonjolkan kehandalan masing-masing. Bagi jalan-jalan

persekutuan pula pula, had laju yang ditetapkan ialah 90km sejam. Adakah pemandu-pemandu

di negara kita mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Jawapannya tentulah

tidak kerana jumlah kemalangan maut di jalan raya di negara kita meningkat setiap tahun.

Paparan di dada akhbar pada musim-musim perayaan amat menyayat hati. Sebagai contoh,

dalam perayaan Aidil Fitri yang lalu, orang ramai terpaksa menyaksikan seorang penumpang

yang kemalangan tersepit dalam kenderaan tidak dapat dikeluarkan dan mati kerana kenderaan

tersebut meletup tiba-tiba selepas terbabas. Apakah perasaan kita, jika kita sendiri yang

mengalami keadaan seperti itu? Pendek kata, ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing, mereka sememangnya mementingkan diri sendiri kononya mereka berada

dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mengambil kira situasi pemandu-pemandu lain dan

seterusnya menyebabkan kemalangan.

Selain itu, faktor persekitaran luaran turut mengundang bahana kemalangan.

Sesetengah tempat pula dihantui dengan infrastruktur perhubungan dan pengangkutan yang

tidak diselenggara dengan baik. Ada jalan yang berlubang- lubang. Ada yang berliku-liku

macam ular kena palu. Kendatipun begitu, ada juga yang dibaik pulih. Namun, sesetengah

Page 23: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

23                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

projek tersebut seperti di Jalan Pasir Panjang ke Port Dickson memperlihatkan suatu gajah

putih yang terbengkalai dan memakan masa bagi menyiapkannya ibarat menunggu kucing

bertanduk. Elemen- elemen seperti ini jika digembleng sememangya mampu menyebabkan

hilang kawalan ke atas kenderaan dan “ Boom!!!”, kemalangan jalan raya. Sudah tentu rawan

kita rasakan sekiranya berita-berita yang hangat dipaparkan di dada-dada akhbar dan skrin

televisyen serta polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat berkait rapat dengan sikap

pihak peneraju kemajuan jalan raya yang tidak bertanggungjawab bagai melepaskan batuk di

tangga yang hanya menunggu disuapkan laba bagai orang lain yang makan nangka, orang lain

yang terkena getahnya. Justeru, keadaan jalan raya yang hambar mampu mencetuskan

kemalangan.

Madah pujangga Arab ada menyebut setiap penyakit ada penawarnya. Petikan hadis

daripada riwayat Imam al- Hakim dan al- Baihaqi dari Ibnu Abbas RA , sabda Rasulullah ;

“…manfaatkankah lima masa sebelum datang lima masa; masa hidup sebelum datang saat

mati kamu, masa sihat sebelum masa sakit kamu, masa lapang sebelum masa sibuk kamu,

masa muda sebelum datang masa tua kamu”, jelas menggambarkan bahawa kita perlu

bersedia untuk sebarang kemungkinan ibarat sediakan payung sebelum hujan.

Antara resepi atau langkah yang perlu diorak bagi meminimumkan masalah ini adalah

melalui peranan individu . Marcapada kini, setiap pengguna perlu ada kesedaran agar lebih

cakna akan persekitaran. Sikap merancang jadual perjalanan tidak dapat disangkal perlu dibaja

apatah lagi bagi perjalanan jarak jauh. Begitulah saranan Ketua Program Pengurusan

Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor. Ingat sebelum kena jimat sebelum habis, dengan adanya suatu

atur masa yang efisien, masalah mengantuk dan penat ketika memandu dapat dielakkan.

Seterusnya, jumlah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Maka, jelaslah seorang insan

mampu mengubah nasib negara.

Di samping itu, kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen termasuklah kempen

‘Ingatlah Orang Tersayang’ serta baru- baru ini ‘ Tunggang Jangan Tunggang Langgang’ bagi

membendung masalah samseng jalanan yang selalu dikaitkan dengan kepincangan

kemalangan jaln raya yang makin obes, parah dan menjadi barah serta duri dalam daging

watan. Dengan pelancaran kempen-kempen tersebut, masyarakat akan didedahkan dengan

impak kemelut tersebut serta peranan masyarakat. Media massa melalui media elektronik serta

media cetak yang berpengaruh luas mampu menyebarkan informasi dengan efektif kerana

Page 24: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

24                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

setiap hari 23 juta penduduk Malaysia menonton televisyen tiap-tiap hari. Penguatkuasaan

undang-undang seperti Penubuhan SPAD, pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Secara

Automatik serta Pengemaskinian peruntukan-peruntukan tertentu Akta 333 turut memainkan

peranan. Lantas, sekiranya pihak kerajaan berganding bahu dan menggembleng tenaga

dengan pihak media massa ibarat aur dan tebing, suatu fenomena dalam menjamin

keselamatan jalan raya dapat diwujudkan.

Intihanya, kemalangan jalan raya boleh dielakkan seandainya semua pihak

bekerjasama kerana bulat air kerana pembentung bulat masyarakat kerana muafakat serta

sesungguhnya keselamatan jalanraya tanggungjawab bersama. Kecuaian dan kelalaian sikap

manusia ialah kunci utama berlakunya kemalangan jalan raya. Mantan Perdana Menteri

keempat pernah berkata, “rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama

tetapi memiliki minda kelas ketiga.”. Fahamilah kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana

nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah melainkan kaum tersebut berusaha mengubahnya.

Malang tidak berbau, maka dengan adanya keringat bagi membendung kemelut pelapis

masyarakat madani yang yang memiliki nilai-nilai syumul dapat direalisasikan sejajar dengan

hasrat dan aspirasi negara untuk diri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara

maju..

(783 patah perkataan)

Page 25: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

25                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

CONTOH KARANGAN BERFORMAT- PIDATO

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,

Tinggi bangsa kerana bahasa.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wh.wb.

Terima kasih buat peraju majlis nan budiman. Yang dihormati panel juri penjunjung

kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik-detik perjalanan dan kulasentana dewan yang

ceria di hati, lagi tinggi budi pekerti.

Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia , Salam Pidato.

Kulasentana dewan yang saya muliakan serangkap pantun yang saya perdengarkan

pada awal perkenalan kita jelas menggambarkan tajuk pidato saya pada kali ini. Arena Pidato

Piala Diraja ini saya warnai dengan berpaksikan mauduk “ Budi Bahasa Budaya Kita.”

Sebelum jauh kita melangkah, izinkan saya mengungkaikan tajuk pidato saya pada hari

ini. Berdasarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang telah dilancarkan oleh mantan

Perdana Menteri kita yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi di Istana Budaya pada

tahun 2008 dengan jelas menakrifkan budi bahasa merupakan budi pekerti yang luhur, memiliki

etika yang unggul serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Manakala budaya itu

dikatakan cara hidup yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Warga dewan yang saya hormati, akan saya jana dan kupas hujah-hujah berdasarkan

atas 3 gagasan utama bagi mengulas pidato saya pada hari ini. Pertama atas tonggak budi itu

sebagai wadah perpaduan apatah lagi dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Keduanya, budi bahasa itu menjadi tonggak dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing

dan akhir sekali, budi bahasa itu amat dititikberatkan dalam melestarikan keamanan serantau.

Pertama, budi bahasa itu dikatakan sebagai wadah menyemai perpaduan. Keluarga

menjadi tonggak utama dalam nilai-nilai kesopanan dan kesantunan dalam jiwa anak-anak.

Page 26: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

26                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Apatah lagi kita sebagai masyarakat timur, amalan budi bahasa sudah menjadi sinonim dalam

kehidupan. Institusi keluarga bertanggungjawab mendidik setiap ahli keluarga mengenai cara

bertutur yang sopan, jujur, amanah, bersyukur dan seumpamanya lagi. Secara tidak langsung

amalan-amalan murni ini menjadi darah daging masyarakat kita. Lantas, masyarakat majmuk di

negara ini sememangnya menuntut penyuburan dan amalan nilai-nilai murni bagi menjamin

keharmonian dan perpaduan rakyat akan terus utuh dan kukuh kerana sendi bahasa itu ialah

budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.

Kulawarga dewan penggerak wawasan,

Saya tarik perhatian kulasentana dewan kepada idea kedua kepentingan budi bahasa,

iaitu berpegangkan kepada budi bahasa itu dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing.

Malaysia hari ini, semakin maju dan membangun dengan kepesatan dalam pelbagai bidang.

Namun di sebalik pembangunan fizikal, kita perlu ingat masyarakat kita perlu ada agenda

tersendiri agar tidak semata-mata hanya mempunyai infrastruktur kelas pertama bahkan juga

memiliki mentaliti kelas pertama juga. Sehubungan itu, nilai-nilai murni dan aspek budi bahasa

yang kukuh dan mantap mampu melahirkan modal insan cemerlang buat negara. Tun Abdullah

Ahmad Badawi juga pernah menggambarkan bahawa budaya dan sistem nilai itulah menjadi

kayu ukur sebuah negara maju. Peranan budi bahasa dan nilai-nilai murni menjadi amat penting

dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berdaya saing mengikut acuan kita sendiri .

Budi bahasa itu menjadi nadi melestarikan keamanan serantau menjadi sentuhan saya

yang ketiga. Nilai diplomasi, hormat-menghormati, dan saling bertolak-ansur menjadi antara

intipati utama dalam melestarikan hubungan negara kita dengan negara-negara serantau.

Adanya nilai-nilai tersebut menjadi tunjang kepada negara kita mengekalkan hubungan baik

dengan negara-negara jiran dan seterusnya kemajuan serantau terus dijana. Kita lihat kembali

lipatan sejarah hamper 5 dekad yang lalu, tanggal 20 Januari 1963 Konfrantasi antara Malaysia

dengan Indonesia, melihat dua buah negara ini duduk di meja bulat mengamalkan nilai

diplomasi menolak sekali-kali penggunaan senjata telah mencapai kesepakatan berdamai demi

kepentingan bersama. Sehingga sekarang, Malaysia sering mengamalkan sikap berhemah

dalam menjalinkan dan menjaga hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran terutamanya

Indonesia. Ibarat kata pepatah, Menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung

tidak berselerak, .

Page 27: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

27                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Konklusinya, mauduk “ Budi Bahasa Budaya Kita.” Sewajarnya kita hayati dan menjadi amalan

kita semua.

Yang kurik itu kundi

Yang merah itu saga

Yang baik itu budi

Yang indah itu bahasa.

Sekian, pemidato bestari mohon undur diri.

Assalamualaikum wh.wb.

Page 28: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

28                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Bunga melati tepian perigi,

Wanginya hilang di waktu petang,

Andainya tinggi nilai pekerti,

Masyarakat cemerlang, negara terbilang.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wh.wb.

Terima kasih buat teraju perdana majlis nan budiman. Yang dihormati panel juri penjunjung

kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik-detik perjalanan dan kulasentana dewan yang

ceria di hati, lagi tinggi budi pekerti.

Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia , Salam Pidato.

Kulasentana dewan yang saya muliakan serangkap pantun yang saya perdengarkan

pada awal perkenalan kita, jelas menggambarkan tajuk pidato saya pada kali ini. Arena Pidato

Piala Ketua Menteri ini saya warnai dengan berpaksikan mauduk “ Nilai- nilai Murni

Pemangkin Budaya Masyarakat Cemerlang.”

Sebelum jauh kita melangkah, izinkan saya mengungkaikan tajuk pidato saya pada hari

ini. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke- 4; Nilai murni dapat didefinisikan

sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya

sesama manusia, alam dan tuhan. Pemangkin pula bermaksud faktor yang mempercepat se-

suatu perubahan manakala budaya memberi makna tamadun, dan peradapan cara

berkelakuan. Masyarakat pula memberi konteks kumpulan manusia yang hidup bersama serta

cemerlang bermaksud bersinar dengan terang sekali, berkilauan, dan gilang- gemilang.

Warga dewan sekalian, akan saya jana dan kupas hujah- hujah saya berdasarkan atas

tiga gagasan perdana. Pertama, peranan ibu bapa dalam membentuk generasi penyayang.

Kedua penerapan nilai- nilai murni melalui pendidikan di sekolah dan akhir sekali kolaborasi

antara pihak media massa dan pihak kerajaan.

Page 29: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

29                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Modus operandi utama bagi memangkin masyarakat cemerlang adalah melalui peranan

ibu bapa menyemai dan menyuburkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa

ialah individu-individu yang paling rapat dan penting dalam pendidikan anak-anak. Hubungan

yang rapat ini memberi ruang untuk anak-anak ini sentiasa diasuh dan diterapkan dengan

sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Mereka dididik supaya sentiasa hormat-

menghormati, bertutur dengan sopan, bantu- membantu, merendah diri, jujur dan amanah dan

berbagai lagi Justeru itulah, bak kata bijak pujangga “ anak-anak diibaratkan kain putih, ibu

bapalah yang mencorakkannya”. Naluri mereka yang suka memberontak dapat dikawal melalui

nilai-nilai murni yang mementingkan disiplin. Didikan diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-

anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya... Pepatah Melayu seperti

bapak borek anak rintik dan manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi menekankan bahawa

ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Secara tidak langsung,

amalan-amalan murni ini menjadi darah daging masyarakat kita dan menjamin keharmonian

serta perpaduan rakyat.

Saya tarik perhatian kulasentana dewan kepada idea kedua pembentukan mayarakat

cemerlang iaitu penerapan nilai- nilai murni melalui pendidikan di sekolah. Sekolah merupakan

institusi pendidikan yang tidak dinafikan amat penting dalam membina diri generasi muda minda

kelas pertama. Falsafah Pendidikan Negara yang disuratkan pada 1987 dengan izhar

menegaskan betapa sistem pendidikan negara amat menitikberatkan penyemaian nilai-nilai

murni seperti percaya dan patuh kepada Tuhan serta memiliki sahsiah yang seimbang.

Pengajaran mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

serta Pendidikan Moral menerapkan nilai- nilai murni ke dalam minda pemuda harapan bangsa

pemudi tiang negara ini. Lantas, dengan adanya jati diri yang teguh, para remaja sukar dibolosi

anasir- anasir yang mampu menjurus ke kancah kepincangan sosial. Pendek kata, peranan

budi nilai-nilai murni menjadi amat penting dalam pembentukan masyarakat yang maju dan

berdaya saing mengikut acuan kita sendiri.

Kulawarga dewan penggerak wawasan,

Koleberasi antara pihak media massa dan pihak kerajaan memangkin masyarakat

cemerlang menjadi titik sentuhan saya yang terakhir. Setiap hari sebanyak 23 juta rakyat

Malaysia menonton televisyen. Justeru, media massa mampu menjadi platform yang efektif

bagi menyebarkan maklumat dan mempengaruhi audiens. Belakangan ini, pihak kerajaan

Page 30: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

30                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

sering mengadakan pelbagai kempen seperti Kempen Tunggang Jangan Tunggang Langgang,

Skim Rondaan Sukarela serta Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai murni bagi membendung

kepincangan sosial yang makin parah dan menjadi barah serta duri dalam daging watan.

Selain itu, kempen-kempen yang dilancarkan bertujuan untuk menerap serta menanam

keperibadian yang luhur ke dalam fikiran, hati budi serta perlakuan rakyat Malaysia di semua

peringkat dan lapisan masyarakat. Usaha ini mampu mewujudkan masyarakat yang berdisiplin,

hormat-menghormati, saling membantu, di samping mengeratkan siratulrahim serta

menyemarakkan lagi semangat muhibah dalam kalangan rakyat. Masyarakat cemerlang,

negara makmur!

Intihanya, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang,

gemilang dan terbilang bukannya bangsa yang kecundang, pincang dan terbuang. Jangan

biarkan padi di tangan menjadi lalang. Ayam di reban disambar helang. Marilah ke bukit kita

daki, ke lurah kita turuni sama- sama kita bangkit dan berjuang, ke arah negara yang semakin

gemilang menerusi penerapan nilai-nilai murni selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain.

Sekian, wabillahitaufiqwalhidayah. Assalamualaikum wbrkth.

RUJUKAN:

1.Laman sesawang:

http://www.bmspm.net

http://bmpmrspm.blogspot.com

http://cikguanda.blogspot.com

http://zaizak69.blogspot.com

http://khirkassim.blogspot.com

2. Guru2 dan pelajar cemerlang SMK Tun Mutahir

Page 31: TIP SPM KARANGAN 2011.pdf

31                                                                                   Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 

 

Terima kasih diucapkan……

*jika ada sebarang kesalahan dari segi pembikinan hasil ini atau yang menyinggung sebarang pihak harap dapat dimaafkan~~~

TUNTAS KARANGAN

Imbas semua soalan karangan 

dan SENARAIKAN UNGKAPAN 

MENARIK DAN PERIBAHASA 

dahulu sebelum mula menulis  

1. Individu

2. Keluarga 

Contoh isu: 

~ Gejala sosial 

~Amalan gaya hidup sihat 

1. Masyarakat 

2. Sekolah 

3. Negara ( dan media massa) 

Contoh isu: (selalunya soalan pada 

aras tinggi dan sering di nombor 4 

Bahagian B kertas 1 ) 

~ Bioteknologi 

~ Bahasa dan komsas

1.Biasakanpenggunaanteknik

DiKeMaSeNbagimenjanaisi:

Faktor/Usaha/Peranan/Impak

Di–Diri

Ke–Keluarga

Ma–Masyarakat

Se–Sekolah

N–Negara

2.Gunakanteknik“ItikMakBedahKenaKebas“bagimengembangkanisi

Itik–Isi

Mak–Mengapa(isuberlaku/usahaatauperanantersebutmenyumbang)

Bedah–Bagaimana(isuberlaku/usahaatauperanantersebutmenyumbang)

Kena–Kesan(terhadapterhadappihakdalamisi)

Kebas–Kesimpulan(gunakanperkataanseperti;Kesimpulannya,Pendekkata,Eksplisitnya(secaralangsung),Implisitnya(secaratidaklangsung))