tip peperiksaan

Upload: shah-bin-om

Post on 14-Apr-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    1/28

    1. Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh AnakBukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkinada diantara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat darisegi perubahan sikap dan tingkah laku mereka. Ada anak-anak yang rungsing lalu

    tidak berselera makan tetapi ada pula yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidakboleh tidur tetapi ada pula yang semakin kuat tidurnya. Ada yang murung, marah-marah, sensitif dan sebagainya. Sememangnya perasaan bimbang bolehmenyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini. Sebagai ibu bapa, kitamesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanantersebut dengan lebih memahami mereka. Katakan kepada mereka dengan jelasbahawa apa yang kita harapkan dari mereka hanyalah melakukan yang terbaikmengikut kemampuan diri mereka. Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademikbukan hanya satu-satunya syarat untuk mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.

    Apabila tinggal beberapa hari lagi untuk menghadapi peperiksaan, elakkan dari

    menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang mereka tidak ketahuipenyelesaiannya kerana ini akan membuatkan mereka rasa tidak bersedia. Keyakinandiri mereka akan tergugat dan ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam menjawabsoalan-soalan yang mereka sedia ketahui.

    Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapatiperasaan anak terlalu tertekan hingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkanperasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal. Perhatikan sahaja gelagat anaksebab biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar. Selepas itu, ajakanak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya,adakan masa untuk menonton cerita jenaka seketika. Berhibur dan bergelak ketawalahsekeluarga. Ini akan membuatkan perasaan tegang dalam diri anak mengendur dandia kini bersedia untuk kembali belajar semula. Ketika ini, tanamkan keyakinan dalamdiri mereka semula. Rancang bersama jadual ulangkaji mereka dan cuba mudah-mudahkan setiap langkah yang mahu diambil.

    2. Tingkatkan Keyakinan Diri AnakKeyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak. Ada diantaramereka yang memang telah membuat ulangkaji sejak awal lagi tetapi tetap rasa tidakyakin pada diri sendiri. Sebagai ibu bapa kita perlu tahu bahawa keyakinan itudatangnya dari persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlahmereka. Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakannota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) danmengeluarkan (output) maklumat.

    Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal,bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan. Proses mengeluarkanmaklumat pula ialah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dansimulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang telah diperolehi dalam prosesmendapat maklumat itu tadi. Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    2/28

    mendapat pengalaman. Lebihkan proses latih tubi untuk mana-mana topik yang agaklemah atau bentuk soalan yang kurang dikuasai. Seterusnya, perhebatkan simulasiiaitu menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut masayang telah ditetapkan. Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar beradadalam dewan peperiksaan yang sebenar.

    3. Dorong Anak Secara PositifIbu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkankata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif? Kata-kata positif adalah kata-katayang apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif.

    Misalnya:bukan "Jangan buang masa" .... tapi ucapkanlah "Manfaatkan masa",bukan "Jangan berputus asa"... tapi ucapkanlah "Berusahalah dengan lebih gigih lagi"atau "Mak percaya adik pasti BOLEH!",bukan "Jangan kelam kabut".. tapi ucapkanlah "Banyakkanlah bertenang",

    bukan "Elakkan kecuaian".. tapi ucapkanlah "Tingkatkan ketelitian dan lebih berhati-hati",

    Malah banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan.

    4. Kerjasama SepenuhnyaApabila seorang anak bakal menduduki peperiksaan penting maka keseluruhan ahlikeluarga yang ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya.

    Antaranya, hormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikanwaktu itu sebagai waktu belajar. Misalnya ibu bapa boleh manfaatkan waktu itu untukmembaca bahan-bahan yang berfaedah. Adik kecil pula diberikan kertas dan pensiluntuk menconteng. Datuk dan nenek, kalau tinggal dirumah yang sama, gunakanlahwaktu itu untuk membaca al-quran. Begitulah juga dengan yang lain-lain. Pastikantidak seorang pun daripada ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio,sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya sedangkan ada anak yangsedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya. Dengan cara ini anak akan dapatrasakan bahawa perjuangannya dihargai.

    5. Kurangkan Aktiviti LuarElakkanlah dari terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluarmembeli belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi saudara mara dansebagainya. Ingatlah setiap minit itu amat berharga untuk anak oleh itu pastikanlahsetiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya untuk menghadapipeperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal atau rohani anak-anak.Tambahan pula, kekerapan berada di luar rumah hanya mendedahkan merekaterhadap perkara yang tidak diingini sama ada dari segi kesihatan atau keselamatan.

    6. Elakkan Anak Dari Tidur LewatAda yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka.Jangan biarkan keadaan sebegini berlarutan. Pastikan anak anda masuk tidur awal

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    3/28

    dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulangkaji diwaktu awal pagiwalaupun hanya untuk dua puluh atau tiga puluh minit. Diwaktu ini fikiran merekatenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman. Banyak maklumat yangdibaca ketika ini akan diingat untuk tempoh masa yang lebih lama.

    7. Berikan Anak Pelepasan Tugas HarianBerikanlah anak anda layanan yang istimewa kerana menjelangnya peperiksaan.Berikan dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutinhariannya seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halamanrumah, mencuci pakaian dan sebagainya. Agihkan sementara tugas-tugas ini kepadaorang lain seperti kakak, abang, adik atau ibu bapa sendiri. Dengan cara ini anak yangakan menduduki peperiksaan dapat merasakan bahawa seluruh ahli keluarga memangbenar-benar mahu lihat dia cemerlang. Dia akan rasa bersalah kiranya waktu yangdiperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya sedangkan semuaorang telah memberikan kerjasama. Dia juga akan sentiasa mengharapkan suasanapeperiksaan sebegini datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas. Anak-

    anak yang lain tidak ada sebab untuk cemburu sebab apabila tiba masa mereka makamereka juga akan dilayan dengan cara yang serupa.

    8. Nyatakan Ganjaran Dengan JelasJangan biarkan anak anda berteka teki terhadap ganjaran yang bakal dia terimasekiranya dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakandengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya. Kalau ia berbentukkebendaan maka nyatakan dengan jelas. Tunjukkan gambar tentang apa yang mahuanda berikan padanya. Kalau ia suatu percutian, beritahu destinasi yang akan dilawati.Dapatkan juga risalah tentang destinasi tersebut dan tunjukkan padanya. Ganjaranyang kabur atau samar-samar tidak akan merangsang jiwa. Misalnya, elakkan dariberkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM maka emak akan bawa abangmelancong", sebaliknya hendaklah kita berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPMemak pasti bawa abang ke Langkawi, insyaAllah".

    Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan anda mampu menunaikannya. Kalautidak anak akan hilang kepercayaan terhadap kita sebagai ibu bapa dan lain kali janjikita tidak diambil kisah lagi.

    Ganjari juga usahanya bukan sekadar hasil atau pencapaiannya. kalau kita tahu anaktelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tetapi keputusanpeperiksaan tidak seperti yang dimahukan maka berikanlah dia sesuatu sebagaimenghargai penat lelahnya itu.

    9. Ambil CutiInilah masanya untuk ibu bapa berikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepadaanak yang bakal menduduki peperiksaan. Ambillah cuti beberapa hari dan usahakanuntuk hantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan tersebut. Sepanjangperjalanan terus berikan kata-kata perangsang dan nasihat kepadanya. Ingatkan anaksekali lagi bahawa kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia perolehi, yang

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    4/28

    penting dia telah pun memberikan usaha yang terbaik. Apa sahaja keputusannya kitaterima dan bersyukur.

    10. Banyakkan Berdoa dan Solat hajatTidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki

    peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Oleh itu, inilahmasanya untuk kita luangkan lebih banyak masa berdoa untuknya agar dipermudahkanurusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati.Berdoalah dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak dan biarlah dia aminkandoa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoauntuknya. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargainya.

    Semoga petua keibubapaan yang telah diberikan dapat membantu ibu bapa untukmenjadi lebih cemerlang. Ingatlah, anak-anak bukan kita maka terimalah merekaseadanya. Yang penting mereka lakukan yang terbaik mengikut kemampuan dirimereka sendiri.

    PELAJAR

    tampal jadual ulangkaji secara terperinci, tarikh, subjek yang diulangkaji, berapa topikuntuk di ulangkaji dalam jangkamasa sehari.Secara tidak langsung, anda telahmengumumkan pada orang sekeliling yang anda sedang fokus untuk mengulangkajipelajaran untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma;mulakan ulangkaji di awal pagi setiap hari, contohnya 9.00 pagi atau ketika dalamkenderaan menuju ke sekolah, atau sesudah solat subuh,supaya anda tidak terasaterkejar dengan masa yang berlalu di penghujung senja;bertanya soalan peperiksaan pada diri sendiri, dengan bertanya soalan seperti "BilakahParameswara mengasas Kesultanan Negeri Melaka?" . Jadi, bila dapat menjawabdengan tepat, kita rasa perasaan sudah bersedia mula wujud dalam diri kita;ciptakan ringkasan menggunakan teknik mnemonics. Sebagai contoh untuk mengingatiplanet mengikut susunan jarak dari matahari dengan menukarkan kepada ayatpenceritaan yang menarikseperti My V Emak Menjadi Jelita Selepas UndanganNyanyi Pentas (Mercury, Venus,Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto). Teknik ini amat berkesan untukingatan dalam jangkamasa yang lebih lama..cubalah!kekalkan stamina dengan meluangkan sedikit masa untuk berjogging bagimenghilangkan stress dan jangan sampai lupa mengambil makanan berkhasiat yangmembekalkan tenaga, bukan dengan cara minum kopi ya !!! Tetapi mengambilmakanan seperti pisang yang kaya dengan pottasium untuk meningkatkan tenaga andauntuk mengulangkaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan;ulangkaji secara berkumpulan dengan memanggil kawan-kawan anda mengulangkajibersama, setiap seorang perlu memahami 2-3 topik dan bertanggungjawabmenerangkan kepada kawan yang lain, bila tiba giliran anda, selepas penerangandiberikan pada kumpulan anda, anda juga perlu bersedia menjawab soalan-soalan darirakan lain tentang topik yang sedang anda ulaskan..secara tidak langsung anda sudah

    jimat masa untuk ulangkaji keseluruh topik..hebat bukan?

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    5/28

    IBUBAPA

    markah ujian atau keputusan peperiksaan percubaan sebagai kayu ukur untuk ibubapa

    memberi tumpuan kepada subjek serta topik apa yang perlu diberi bantuan serta merta;sentiasa mengigatkan kepada anak tentang arahan yang terdapat dalam kertas soalan,jika anak tidak faham, mereka hendaklah bertanya dan mendapat penjelasan daripegawai pemeriksa;menenangkan anak bagi mengelakkan rasa takut untuk menghadapipeperiksaan, ibubapa perlu menjelaskan bahawa peperiksaan utama seperti UPSR,PMR dan SPM yang bakal diduduki adalah cabaran bagi mencapai kejayaan, bukanmenimbulkan rasa takut kepada kegagalan dalam diri anak;memastikan anak dalam keadaan sihat dari segi fizikal, mental dan mengelak darisebarang gangguan & tumpuan ulangkaji;mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga, jika ada ketegangan menyebabkan

    tumpuan anak akan terganggu;berdoa dan mengadakan solat hajat (bagi muslim) untuk kebahagiaan dan kejayaananak kita di dunia dan di akhirat.Walaupun semua persiapan peperiksaan sudah dilakukan, perasaan tidakbersedia bagi pelajar sentiasa wujud dalam diri dan bagi ibubapa, perasaan tidak puashati tentang prestasi akademik anak-anak kadang-kadang menyebabkan ibubapa rasatertekan.

    Persediaan awal sebelum peperiksaan adalah penting dengan kaedah latihtubi yangteratur dan sistematik. Dengan adanya kemudahan terkini seperti buku latih tubi secaraelektronik, masalah pelajar dan ibubapa dapat diatasi.

    Rahsia pertama: Anak hebat punya matlamat yang jelas dan tidak sanggupberkompromi dalam merealisasikan matlamatnya itu. Apabila ditanya apa cita-citanyaapabila dewasa nanti, anak hebat boleh memberikan jawapan dengan pasti akan cita-citanya itu. Matlamatnya cukup jelas. Malah dia tahu kenapa dia mahu mencapai cita-citanya itu dan untuk apa. Dia cukup yakin bahawa hanya faktor masa sahaja yangmenghalangnya mencapai cita-citanya sekarang. Namun satu hari, ia pasti menjadikenyataan.

    Rahsia kedua: Anak hebat pentingkan pelajarannya. Dia tahu hanya pelajaran sahajayang membolehnya mencapai semua cita-citanya. Sebab itulah anak hebat sentiasamemberikan tumpuan dalam kelas, menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikandan mengulangkaji pelajarannya. Malah anak hebat menyertai program motivasi luarbagi mendorong dirinya dan memantapkan teknik dan kemahiran belajarnya.

    Rahsia ketiga: Anak hebat tidak malu mengakui kelemahannya dan meminta bantuanbagi mengatasi kekurangannya itu. Anak hebat sedar bahawa tidak semua orang tahusemua perkara. Dia juga sedar bahawa setiap orang memiliki kehebatan, bakat serta

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    6/28

    kebolehan yang berbeza-beza. Menyedari akan perkara ini maka anak hebat sentiasamencari bantuan bagi mengatasi setiap kelemahannya itu.

    . Lawatan lebih kerap ke asrama sebagai simbolik menyatakan sokongan ibu bapaterhadap mereka.

    2. Memberikan kata-kata dorongan yang berterusan samada semasa lawatan, dalamtelefon atau seumpamanya..3. Jangan dedahkan permasalahan yang berlaku di dalam keluarga kepada anak-anak.4. Bekalkan air mineral untuk minuman. Minum sebaik sahaja bangun tidur di awal pagidengan segelas air mineral dan jadikan sebagai amalan tetap harian untuk kesihatanberterusan tubuh dan minda.5. Bekalkan pemakanan tambahan yang baik untuk minda seperti kismis, kurma atauseumpamanya.6. Jangan memberi tekanan atau ancaman yang bertujuan supaya mereka belajar.Sebaliknya berikan kepercayaan kepada mereka di samping mengingatkan tentangcita-cita dan matlamat mereka.

    7. Ibu bapa perlu libatkan diri dalam program-program yang berkaitan dengankecemerlangan pelajar seperti program solat hajat, restu ilmu dan sebagainya yangdianjurkan pihak sekolah.8. Wujudkan hubungan baik dengan guru dan pihak sekolah. Dengan demikian, anakkita mendapat perhatian yang lebih daripada pihak sekolah selaku ibu bapa keduakepada anak-anak kita.9. Sediakan keperluan peperiksaan secukupnya seperti pen, pensil, pemadam dansebagainya selewat-lewatnya seminggu sebelum peperiksaan.10. Ingatkan anak-anak supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Ini adalah bagimengelakkan daripada apa-apa tindakan tatatertib atau seumpamanya dikenakanterhadap mereka pada saat-saat akhir menghadapi peperiksaan.11. Ingatkan anak-anak supaya menjauhi dosa. Dosa boleh menggelapkan hati. Olehitu perlulah sentiasa bertaubat daripada segala dosa samada dosa yang disedari atautidak.12. Perbanyakkan solat hajat. Doakan agar kesihatan anak-anak sentiasa dalamkeadaan baik serta doakan agar diberkati dalam pelajaran, mudah menerima ilmu,mudah menjawab sewaktu peperiksaan serta berjaya dengan cemerlang.

    1. Semak jadualMenyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar,khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertaspeperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan,calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruhdan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.2. Kunci peperiksaan

    Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyaklatihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupafakta ketika menjawab soalan.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    7/28

    Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakankertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakananda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal danberpanjangan.3. Tentukan keutamaan

    Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiranyang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjekyang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah,bukannya berdasarkan minat seseorang calon.4. Banyak mengingat dan membuat kaitanMengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapipeperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajarberulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

    Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantumengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

    5. Merancang persiapan peperiksaanAda tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlangdalam peperiksaan.a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuatdan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkanmasa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yangdisediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telahdipelajari.Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untukmenduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Inikerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuanterhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri dirumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan mendudukipeperiksaan.Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaatmasa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu bolehdilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup.Jangan lepaskan peluang keemasan itu.Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masabeberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan bolehmembantu mengembang dan mencergaskan minda anda.Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluanpeperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel.Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada haripeperiksaan.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    8/28

    Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supayaanda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpasebarang masalah.b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewanpeperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika

    anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa kesekolah.Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkananda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakankita dapat menjawab soalan dengan jayanya.Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dananggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jikamenggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantunganda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasagugup dan bimbang.

    Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran olehpengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan gunamasa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikansoalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan,tetapi dibuat kemudian.Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yangtepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama denganhuruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehinggahilang tanda hitam penselWalaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupunsubjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaanadalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu,peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masayang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktumenjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, andatidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlubagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawabkertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaanberakhir.Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak

    jawapan.6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaanMenjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnyasentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan.Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkanperasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.7. Berdoa dan bertawakal

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    9/28

    Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam halpeperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudahmembuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada

    Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membinakeyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

    Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persediandan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas,pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untukmenghadapi ujian itu nanti.Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benarbersedia ?? JommMai kongsi bersama cikgu..he he he

    Semua ibu bapa mahukan anak-anak berjaya dalam pelajaran mereka. Orangbiasanya tidak tanya berapa duit kita tetapi mereka akan tanya apa keputusan yangdiperolehi anak kita dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM. Setiapkali keputusan peperiksaan diumumkan ia menjadi tajuk perbualan dikalangan jiran

    tetangga, sanak saudara dan rakan sejawat. Tekanan inilah yang menyebabkan ramaiibu bapa cuba melakukan pelbagai usaha dalam membantu anak-anak merekacemerlang dalam pelajaran. Yang mampu, sanggup berbelanja besar menghantaranak-anak ke kelas tuisyen yang dikelolakan oleh guru-guru pakar. Tekanan yangditerima dari masyarakat ini membuatkan ibu bapa ada ketikanya memaksa anak -anaksupaya cemerlang.Sebelum kita menekan anak-anak cuba semak diri kita dahulu. Adakah kita telahmemainkan peranan kita sebaiknya dalam membantu mereka merealisasikankecemerlangan tersebut?Berikut adalah perkara yang perlu diteliti dan dipraktikkan:Menyediakan keperluan asas seperti buku, peralatan, tempat belajar dll.Kelengkapan yang cukup adalah penting dalam memastikan anak-anak dapat belajardengan selesa. Misalnya, pensil patah adalah suatu perkara yang remeh bagi kitatetapi ia besar bagi sesetengah anak terutamanya yang bersekolah rendah. Tiadaperalatan lengkap seperti alat geometri boleh membuatkan seorang anak malas untukke kelas dan hilang tumpuan serta minat belajar. Buku yang tidak mencukupi bolehmembuatkan anak memberi alasan untuk tidak belajar dan sesetengah merekaterpaksa berhadapan dengan kemarahan guru. Pakaian atau beg koyak bolehmembuatkan anak malu dengan rakan-rakan dan tidak gembira untuk ke sekolah. Olehitu sebagai ibu bapa, tengok-tengoklah keperluan asas untuk anak ke sekolah inisentiasa, bukan sekadar diawal tahun sahaja.Sediakan satu bilik atau satu ruangan untuk anak-anak belajar di rumah. Pastikanruangan ini selesa, tenang, nyaman dan jauh dari gangguan. Pastikan juga cahayamencukupi dan ubah suai tempat belajar ini dari masa ke semasa bagi mengekalkanmotivasi diri anak dan mood belajar mereka.Tidak ragu-ragu untuk disiplinkan anakPelajar cemerlang adalah pelajar yang berdisiplin. Sebagai ibu bapa kita mestilahmampu mendisiplinkan anak-anak dirumah dari segi kekemasan bilik, pengurusanmasa, pengurusan diri serta tingkah laku mereka. Galakkan anak-anak mengemasbiliknya sendiri meskipun ada pembantu rumah yang boleh melakukannya. Pupuk sifat

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    10/28

    bertanggung jawab dan berdikari dalam diri anak. Duduk dengan anak dan bicangkanjadual harian mereka. Terangkan pada anak-anak betapa pentingnya mempunyaimasa yang seimbang diantara belajar, beribadah, riadah, sosial, rehat, bersamakeluarga dan sebagainya. Jadual yang disediakan ini mestilah fleksibel sebab anak-anak bukannya robot yang boleh menepati waktu setiap hari. Anak cemerlang adalah

    mereka yang ada peraturan sama ada di rumah atau di luar. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendisiplinkan mereka.Mengawasi dan menemani anakIbu bapa boleh meningkatkan komitmen belajar anak dan merangsang minat merekadengan menemani anak ketika waktu belajar mereka. Untuk anak-anak peringkatsekolah rendah, ibu bapa bolehlah mengajar mereka dan apabila anak-anak mulameningkat ke sekolah menengah secara beransur-ansur ibu bapa biarkan anak-anakberdikari. Dengan cara ini tabiat belajar dalam masa yang ditetapkan menjadikebiasaan dan mudah untuk kita terus mendorong minat serta kemahuan mereka.Sabar dalam mengajarMengajar anak sendiri memerlukan kesabaran yang tinggi. Ramai ibu bapa yang

    mudah hilang sabar lalu marah-marah dan meninggikan suara apabila mengajar anak-anak dalam pelajaran mereka. Mereka geram kerana anak-anak mungkin tidakmemberikan perhatian, lambat faham, cepat lupa dan sebagainya. Perlu diingat, anak-anak bukan kita dan mereka tidak mungkin seperti kita. Lagi dimarah lagi tertutupminda dan buntu fikiran mereka. Mereka akan lebih takut untuk buat salah lalu tidakmahu mencuba. Kalau mampu, ajarlah anak-anak strategi belajar, teknik mengingat,prinsip memori dan sebagainya. Mudah-mudahkan pembelajaran mereka agarkeyakinan diri mereka terbina sedikit demi sedikit. Ingat, kesabaran adalah kuncisegalanya.Selalu berbincang dengan guru kelas dan rapatkan diri dengan aktiviti PIBG sertasekolahKenali siapa guru anak-anak kita dan sering berbincang dengan guru tentangperkembangan mereka. Dengan cara ini kita cepat tahu sama ada anak-anak beritumpuan dalam kelasnya, siap kerja sekolahnya, masuk kelas pada waktunya dansebagainya. Apabila berpeluang tawarkan diri untuk melibatkan diri dalam PIBG danaktiviti sekolah. Dengan cara ini guru-guru tahu siapa kita dan mereka juga akanberikan perhatian yang lebih baik kepada anak-anak kita. Malah kerapkali anak-anakkita, tanpa diminta, diberikan peluang untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti sekolah dan iniakan meningkatkan self-esteem mereka. Anak-anak juga akan lebih menjaga disiplinserta pelajaran mereka kerana mereka sedar bahawa perkembangan diri mereka cepatdimaklumkan oleh guru kepada ibu bapa. Komitmen anak-anak secara langsung akanmeningkat terhadap pelajaran mereka.Ikuti perkembangan dan kemajuan anak di sekolahJangan tunggu hingga anak bawa pulang Buku Laporan Kemajuan baru mahubertindak. Kerana ketika itu sudah agak terlambat untuk bertindak. Ibu bapahendaklah mengikuti perkembangan dan kemajuan anak-anak setiap masa. Pantauujian bulanan mereka dan kenalpasti kelemahan yang ada. Cari penyelesaian untukmengatasi kelemahan tersebut seawal mungkin. Kalau anak-anak perlu dituisyenkanmaka hantarlah mereka ke kelas-kelas tuisyen untuk subjek-subjek tertentu yangmereka perlu dibantu. Kalau anak-anak lemah dari segi sahsiah maka masukkanlah

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    11/28

    mereka ke program-program berbentuk motivasi. Lambat bertindak akanmengakibatkan anak-anak tertinggal dalam pelajaran mereka. Anak-anak mularasakan yang diri mereka tiada kebolehan dan masa depan. Pemikiran yang salahsebegini akan membuatkan mereka hilang minat dan malas untuk berusaha. Akhirnya,mereka fikir buat apa belajar kalau sudah tahu diri akan gagal. Mereka mulalah

    terpengaruh dengan rakan-rakan yang negatif dan terlibat dengan pelbagai gejalasosial.Kenali rakan-rakan anak dan ibu bapa merekaRakan-rakan adalah orang penting kepada anak-anak dan berpengaruh dalammenentukan identiti serta imej mereka. Sekiranya mereka berkawan dengan orangyang rajin maka rajinlah mereka. Sekiranya mereka salah memilih kawan makabermasalahlah nanti. Sebagai ibu bapa prihatin hendaklah kita ambil tahu dengansiapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, dari mana mereka dapatkan wanguntuk membeli sesuatu yang mungkin diluar kemampuan diri dan sebagainya. Simpannombor telefon kawan-kawan mereka dan rapatkan diri dengan ibu bapa mereka. Apasalahnya sesekali diadakan perjumpaan antara ibu bapa agar semuanya dapat ambil

    berat akan perkembangan anak-anak. Ia memudahkan kita menasihati bukan sahajaanak kita tetapi juga rakan-rakan mereka kelak. Begitu juga dengan ibu bapa yang lain,mereka juga tidak akan segan silu untuk menegur dan menasihati anak kita. Dengancara ini anak kita dan rakan-rakannya tidak sewenang-wenangnya mengabaikanpelajaran hanya kerana utamakan pergaulan.Sentiasa mengintai peluang yang boleh memajukan anakDalam kehidupan kita seharian terdapat pelbagai aktiviti, program, kursus serta peluanguntuk memajukan anak-anak dalam pelajaran dan sahsiah mereka. Ibu bapacemerlang tidak kedekut dan sanggup mengeluarkan pelaburan untuk kebaikan anak-anak. Kecemerlangan anak-anak dalam bidang yang tiada kaitan dalam pelajaranseperti aktiviti ko-kurikulum, sukan, persatuan dan sebagainya boleh menjadiperangsang untuk mereka cemerlang dalam bidang pelajaran.Disamping itu, program-program seperti kursus motivasi, kursus berkaitan dengankemahiran belajar, kelas teknik menjawab peperiksaan dan lain-lain boleh menjadifaktor yang meningkatkan lagi pelajaran mereka. Ini berdasarkan kepada pengalamanmereka yang telah megikuti program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan. Adadiantara anak-anak mendapat lonjakan markah yang cukup ketara setelah mendapatbimbingan dan motivasi.Jadikan budaya membaca sebagai suatu amalanMasyarakat Malaysia terkenal sebagai masyarakat yang malas membaca lebih-lebihlagi apabila bahan bacaan tersebut berbentuk ilmiah. Penyakit ini menular darigenerasi ke generasi dan akhirnya lahirlah masyarakat yang tidak mantap ilmunya.Sebagai ibu bapa, kita hendaklah menanam budaya membaca bermula di rumah.

    Adakan masa tertentu untuk membaca seisi keluarga. Bawa anak-anak keperpustakaan dan ke kedai-kedai buku. Minat membaca bermula dari ibu bapa sendiri.Kalau ibu bapa tidak memulakan tabiat membaca ini maka usah letakkan kesalahanmalas belajar itu atas anak semata-mata. Kita bertanggung jawab sepenuhnya dalamhal ini kerana ibu bapalah acuan yang membentuk sikap dan tingkah laku anak-anak.Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada anak dan hormati waktu belajar mereka

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    12/28

    Adalah tidak adil apabila anak yang bersekolah dan ada peperiksaan dipaksa belajarsedangkan anggota keluarga yang lain melakukan aktiviti yang boleh mengganggutumpuan dan emosi mereka. Misalnya, anak-anak yang bersekolah disuruh masuk bilikdan belajar sedangkan ibu bapa asyik menonton televisyen, abang berinternet, kakakbergayut di telefon, adik kecil bising dengan mainannya. Semua ini memberikan

    tekanan yang bukan sedikit kepada anak yang mahu belajar. Mereka tidak mendapatkerjasama sepenuhnya dari keluarga. Mulai hari ini adakan peraturan iaitu bila tibawaktu belajar maka tiada aktiviti lain selain daripada aktiviti keilmuan. Ahli keluargayang lain boleh gunakan waktu itu untuk membaca akhbar, majalah, buku dansebagainya. Kalau berinternet sekalipun, pastikan masa itu digunakan untuk mencarimaklumat bukan untuk berhibur. Adik kecil boleh gunakan masa tersebut untuk melukisdan mewarna. Malah, ibu bapa boleh gunakan masa belajar ini untuk mengajar anak-anak jika mampu. Dengan cara begini, anak-anak dapat rasakan bahawa semuakeluarga mahu lihat mereka berjaya dan bersemangat untuk membuktikannya.Meletakkan harapan berdasarkan kemampuan diri anakTidak ada ibu bapa yang tidak mahu lihat anak mereka berjaya dan begitu juga kita.

    Namun begitu, ibu bapa mestilah realistik dalam menentukan pencapaian anak-anakmereka. Sekiranya harapan yang diletakkan itu terlalu tinggi hingga anak-anak rasakanmustahil untuk mencapainya maka mereka mula rasa tertekan. Anak-anak mudahrasakan diri mereka tidak berguna apabila gagal mencapai impian ibu bapa lalu kecewadan murung. Keadaan bertambah parah apabila ibu bapa mula marah-marah setiapkali anak-anak gagal mendapat markah yang baik. Kata-kata kesat dan sindiran-sindiran tajam mula dilemparkan kepada anak-anak seperti sia-sia sahaja hantartuisyen, hidup hanya menghabiskan beras sahaja .. , Itulah memang dasar anakpemalas! dan macam-macam lagi. Cuba renungkan sejenak, apa baiknya kita luahkandan puaskan perasaan kita dengan cara begitu. Adakah ia menjadikan anak kita lebihbijak? Pastinya tidak. Adakah ia akan mengubah cara anak kita belajar? Mungkin jugatidak. Ia hanya akan melukakan lagi hati anak dan mencalar self esteem mereka.Oleh itu, bincanglah dengan anak-anak tentang sasaran dan matlamat mereka danbantu mereka untuk capai matlamat tersebut. Inilah yang terbaik sebab anak-anakmerasakan sasaran yang diletakkan itu adalah sasaran mereka bukan sasaran ibubapa.Tidak merendah-rendahkan kebolehan anak di hadapan orang lainManusia mudah percaya apa yang dikatakan tentangnya lebih-lebih lagi kalau yangberkata itu mempunyai pengaruh atas dirinya. Begitulah juga anak kita. Kerap kaliapabila ibu bapa bawa anak-anak mereka berjumpa saya tanpa berselindung lagimereka terus menceritakan keburukan-keburukan dan kelemahan-kelemahan anakkepada saya di depan anak-anak mereka. Misalnya, anak saya ni malaslah. Anaksaya ni kuat tengok TV dan tak boleh diharap, berkali-kali ditegur tapi macam tu juga,dan macam-macam lagi. Wajah anak tiba-tiba berubah. Mereka mungkin ketika iturasa malu, rendah diri, kecewa, marah dan sebagainya. Lebih buruk lagi merekapercaya itulah mereka dan tiada apa yang boleh dibuat sebab mereka telah dilahirkanbegitu. Akibatnya, anak tidak akan bersungguh-sungguh berusaha dan mereka akankekalkan sikap tersebut dan mengulangi tingkahlaku negatif kerana mereka percayaitulah diri mereka yang sebenar.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    13/28

    Kesilapan sebegini dilakukan oleh ramai ibu bapa tanpa mereka sedari. Jadi mulai hariini, kalau mahu bincangkan masalah anak maka bincanglah tanpa kehadiran mereka.Di depan mereka cuba suburkan kebaikan yang ada, fokus lebih kepada kelebihanmereka. Sekiranya ada kelemahan dan keburukan yang mahu ditegur maka tegurlahsecara berhikmah dan nasihatlah secara baik. Kalau kesilapan anak-anak menyentuh

    soal peribadi mereka, tegurlah secara individu tanpa kehadiran sesiapa termasuk adikberadik yang lain. Kalau kesilapan anak-anak menyentuh soal umum seperti masalahbilik tidak kemas, buang sampah merata-rata dan sebagainya maka tegurlah secaraterang-terangan untuk memberi pengajaran kepada yang lain. Tegur perbuatannyabukan orangnya.Tidak membanding-bandingkan kebolehanIbu bapa perlu ingat bahawa kemampuan anak-anak adalah berbeza. Tidak semuaboleh berjaya dalam bidang akademik. Ada yang dianugerahkan oleh Allah dengankebolehan dan kemahiran lain seperti petah berpidato, pandai melukis, bijak bermainalat muzik dan mencipta lagu, mahir bertukang, dan sebagainya. Oleh itu kenapa mestidibandingkan pencapaian mereka? Kalau adik dibandingkan dengan kakak dan abang,

    mereka rasakan seolah-olah ibu bapa tidak cukup sayangkan mereka. Kalauperbandingan dibuat dengan rakan-rakan, mereka akan rasa rendah diri pula. Oleh itu,membandingkan anak tidak membantu kecemerlangan mereka. Adakah ini bermaknakita tidak boleh ambil kejayaan orang lain untuk diceritakan kepada anak-anak? Tidak..bukan begitu yang dimaksudkan. Ibu bapa, lazimnya, menyebut kelebihan dankejayaan orang lain kepada anak-anak hanya apabila marah, geram dan kecewadengan tindakan dan tingkahlaku mereka. Lain pada masa itu, kita lupa dan tidak ambilkisah. Sebab itulah anak-anak menolak cara ibu bapa ini. Oleh itu, apabila menegurkesilapan dan kegagalan anak, jangan sama sekali dibandingkan dengan sesiapa.Cukup sekadar menegur dan menasihati perbuatan dan tingkah laku mereka. Waktulain, ketika tiada ketegangan emosi antara kita dan anak maka berceritalah tentangkejayaan orang lain serta bagaimana mereka capai kejayaan tersebut untuk anak

    jadikan panduan dan tauladan. Saat sebegini adalah lebih mudah untuk anakmenerimanya kerana mereka lebih terbuka.Ganjari bukan sahaja hasilnya tapi juga usahanyaManusia hanya berusaha tetapi Allahlah yang akan menentukan hasilnya. Sekiranyaibu bapa faham erti kata-kata ini maka mereka tidak akan merasa kecewa, putus asadan marah apabila anak-anak tidak mendapat 5A dalam UPSR atau 8A dalam PMR.Ibu bapa tidak perlu bimbang tentang apa keputusan yang bakal diperolehi sebab ituurusan tuhan. Yang perlu dibimbangkan adalah usaha anak. Dorong anak-anak untukmelakukan yang terbaik dalam apa juga keadaan. Nyatakan dengan jelas kepadamereka bahawa bagi kita keputusan bukan perkara utama tetapi yang penting kitamahu lihat mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Sebagai bukti, kita berikanganjaran terhadap usahanya dan bukan sekadar hasilnya. Misalnya, kita berjanji untukberikan ganjaran tertentu sekiranya anak dapat 8A dalam PMR mereka. Namun begitu,sekiranya kita lihat anak memang telah berusaha tetapi sekadar dapat 4A 4B sahajamaka berilah juga ganjaran dalam bentuk atau amaun yang berbeza. Sebagai contoh,kita berjanji dengan anak kalau dia dapat 8A dalam PMRnya maka setiap A kita berikanRM50 ringgit. Sebaliknya kalau dia tidak dapat 8A, kita tetap berikan ganjaran tetapikali ini setiap A Cuma dapat RM30 sahaja.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    14/28

    Sentiasa doakan kejayaan anakDoakanlah kejayaan anak-anak sepanjang masa dan bukan hanya diwaktu musimpeperiksaan sahaja. Doa ibu bapa, terutamanya doa ibu biasanya makbul. Elakkandari mengeluarkan perkataan yang buruk terhadap anak kerana kata-kata kita itumerupakan satu doa. Doakan anak kita setiap kali kita teringatkan mereka. Misalnya

    ketika kita sibuk dipejabat tiba-tiba terdetik di hati apa agaknya anak sedang buat dirumah? Ketika itu terus berdoa dalam hati dan insyaAllah sekiranya kerap dilakukanbegitu akan ada yang makbul nanti. Saya masih teringat waktu kecil dahulu bagaimanasaya terdengar doa ibu. Saya datang dari keluarga yang miskin dan dibesarkan olehseorang ibu tunggal. Ibu saya biasanya turun awal pagi untuk mencari nafkah danpulang lewat petang dan ada ketikanya malam. Satu ketika, sedang saya tidur-tidurayam terdengar ibu berdoa, Ya Allah ya tuhanku.. aku mempunyai tiga anak lelaki,kalau tidak ketiga-tiganya berjaya maka berilah aku salah seorang dari mereka yangakan jadi penyelamat keluarga ini. Mendengar doa ibu ini hati saya menyambut, Ya

    Allah ya tuhanku.. biarlah salah seorang dari penyelamat keluarga itu adalah aku.Kemana sahaja saya pergi dan apa sahaja saya lakukan selepas itu saya pasti

    terkenang doa ibu itu. Ia menjadi pendorong dan juga benteng diri yang cukupberkesan dalam hidup saya. Oleh itu, apabila berdoa untuk anak maka doalah dengansuara yang didengari dan difahami oleh mereka. Seelok-eloknya ketika berjemaahbersama agar anak-anak aminkan doa kita untuk mereka itu.Jaga Sumber MakananKita adalah apa yang kita makan. Oleh itu berikanlah makanan yang HALAL, lazat,berzat dan bersih untuk anak-anak kita. Makanan akan menjadi darah daging mereka.Sekiranya anak-anak diberi makan daripada sumber yang haram maka jangansalahkan mereka apabila mereka menjadi anak yang bermasalah, gelap hatinya, degil,malas dan sebagainya. Ibu bapa cemerlang tidak akan mengambil mudah perkarasepenting ini. Mulai hari semaklah sumber pendapatan kita dan pastikan ia diredhaidan diberkati Allah s.w.t.Tidak berputus asa dalam mengharap rahmat dan pertolongan Allah.

    Anak-anak adalah amanah Allah dan ujian untuk kita. Oleh itu tidak perlu kita berputusasa apabila anak-anak gagal setelah kita melakukan sesuatu usaha untuk melihatmereka cemerlang. Kalau satu usaha tidak berjaya carilah usaha yang lain. Kalau satupendekatan tidak berkesan maka ubahlah kepada pendekatan yang lain. Tidak adasatu cara yang tepat dalam membantu anak-anak ke arah kecemerlangan. Lain anaklain kemahuannya, lain penerimaanya dan lain kebolehannya. Oleh itu pelbagaikanpendekatan keibubapaan sehingga kita dapat kenalpasti cara paling berkesan untuksetiap anak-anak kita. Kalau rasa bantuan orang lain diperlukan maka jangan pulakedekut untuk keluarkan sedikit pelaburan memasukkan anak-anak ke program-program motivasi, khemah ibadah, kaunseling dan sebagainya. Selagi hayat dikandungbadan jangan sesekali berputus asa dalam mengharap rahmat Allah. Apa juga yangdatang ada hikmah dan kebaikan yang tersendiri serta ujian dari Allah untuk tingkatkankeimanan kita sebagai ibu bapa.Perlu diingat, anak-anak perlu seimbang perkembangannya dari segi akademik, emosi,siasah dan kerohanian. Pincang salah satu maka pincanglah masa depannya. Dalamkita berhabis-habisan memastikan anak-anak cemerlang dalam akademik jangan pulakita lupa untuk memperuntukan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membangunkan

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    15/28

    emosi, sahsiah dan rohani mereka. Kalau kita malu apabila anak-anak gagal dalampelajaran maka kita patut lebih malu kalau anak-anak tidak solat, kurang adab, tidakmenghormati orang lain dan sebagainya.SEKIAN.

    PENDAHULUANPeperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM danSTPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membacasemata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yangmendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Andatidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersediaatau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Olehitu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlangdalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membacadan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang

    tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujukkepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiapsoalan. Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelastentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan ruhani. Harapan saya,ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan........ "AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.Kepada Anak Didik MAP, iaitu mereka yang pernah bersama saya dalam kursusMotivasi Alihan Pelajar selama dua hari, saya ucapkan... "Selamat Berjaya danBuktikan Sememangnya Anda HEBAT".kembali ke atas

    PERSEDIAAN FIZIKALKESIHATANSebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuatpersedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yangburuk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak

    yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang.Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji danini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjagaperkara yang berikut:Tidur yang cukup. Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari.

    Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan bolehjatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.

    Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.Jaga pemakanan. Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah darimakanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkansebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya(enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu

    http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#top
  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    16/28

    bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal.Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.Riadah. Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermainhingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkajipelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kaliseminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saatakhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Andaboleh tangguhkan semua aktiviti yang anda minati ini setelah tamat peperiksaanpenting nanti.KESELAMATAN

    Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktivitilasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarangkecederaan. Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalamwad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidakberhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalammusim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

    kembali ke atas

    PERSEDIAAN MENTALPelbagai Gambaran Negatif.Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampirdengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun andatelah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkankegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yangmenekan diri pelajar ialah:Menyerah kalah sebelum berjuang. Ini disebabkan kerana mereka

    rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakanbuat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan.Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepadakeputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca tetapidengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingatisetiap fakta yang dibaca.Merasa belum bersedia. Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yangsememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Merekasentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadikalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yangkurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermaindifikiran.Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi. Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkankejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapanmereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapanyang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakanmengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anakberusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan

    http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#top
  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    17/28

    yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannyakelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.Berfikiran PositifBagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif.Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yanganda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapianda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masihada untuk berusaha sepenuhnya.Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangandan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan andameragui kebolehan diri anda.Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiadapencapaian langsung"."Something is better than nothing"Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.

    "If you can't see it, you can't have it".Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu makagambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum andamampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalampemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatuyang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang andanampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akanmenhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaandan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin

    jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda

    seperti dibawah.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan di atas peha. Badan tidakbersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf danpejamkan mata anda.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melaluimulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketikanafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar.Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkinberkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang palingbermakna kepada anda. Dimana ia berlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat

    lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruhketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu.Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang adadengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan andapernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu.Hadirkan perasaan itu kembali.

    Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    18/28

    anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali.Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan.Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakanketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dananda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu.Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuhkeyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untukSPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukandalam langkah 4 tadi.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan inisungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika beradadidewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatihdiri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.

    kembali ke atas

    PERSEDIAAN EMOSIDalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri darisebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perludielakkan:Pertengkaran dengan rakan-rakan;Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

    Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;Bersikap terlalu yakin - "overconfident";

    Berprasangka buruk terhadap orang lain;Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadapmereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaananda kalau rakan membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apaberlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggungdan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku denganpersediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untukmengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hatianda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya.Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkanbersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda.

    Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigmaandalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlakuterhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillahdari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan adahikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosianda.

    http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#top
  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    19/28

    kembali ke atas

    PERSEDIAAN ROHANI

    Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Andaperlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaikmungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa danfikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatuuntuk meraih ketenangan ini.

    Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allahcampakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Mintapada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Jadimintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

    Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akanmemperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 28, yang mafhumnya"Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yangbergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati

    Allah.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

    kembali ke atas

    MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN.Saya tidak tahu dimana patut bermula.Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-agihkantugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Tentukankeutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang masa untuk menyelesaikansetiap tugasan ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampirdengan peperiksaan. Anda mungkin tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yangdibincangkan oleh guru atau pensyarah. Gunakan masa-masa rehat yang ada untukmengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untukbelajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru,mulakan belajar anda dengan topik yang senang dahulu. Mulakan 30 minit 1 jam

    dahulu. Semakin lama, terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan,tingkatkan waktu belajar anda.Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik.Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik yanganda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus

    http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#top
  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    20/28

    hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantusekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa. Kalau anda masih sempatmembacanya, maka bacalah dengan terperinci.Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabilamembacanya.Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan.Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum memulakanulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selang-selikan diantara aktiviti membacadengan menulis nota, melakar peta minda (atau peta konsep), menghafal, menggariskata kunci dan menjawab soalan-soalan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin denganapa yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda. Belajarbersama rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan.

    Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya.Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda ketahui.Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti:Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat.

    Gunakan Teknik Ceraian.Gunakan Teknik Mnemonik.Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama anda kemana sahaja.Kerapkan buat imbasan terhadap kad-kad ini.

    Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya.Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan danpengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan tahun-tahunsebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan asas iaitu Apa? Siapa?Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana? Misalnya, kalau anda sedang membacasejarah Melaka diserang Portugis, tanaya kan soalan-soalan seperti:Bila Melaka diserang?

    Kenapa Melaka diserang?Siapa yang menyerang?Bagaimana Melaka diserang?Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.Penyusunan maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baiksekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik. Terdapatpelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk menyusun maklumat atau fakta ini,antaranya ialah:Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya. Perhatikanperkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam tajuk tersebut.Cuba kumpulkan maklumat kepada beberapa kategori berdasarkan persamaan yang

    ada. Cuba bahagikan kepada hieraki (sekiranya ini boleh dilakukan).Pemetaan maklumat. Cuba lakarkan peta konsep bagi menyusun bahan-bahan yangada perkaitan. Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah tentang perang duniakedua, anda mungkin boleh buatkan satu carta tentang semua negara yang terlibat.Kemudian senarai isu penting atau peristiwa penting disebelah carta tersebut. Andamungkin kaitkan kembali isu/perkara penting ini dengan negara-negara tersebutberdasarkan kepentingan dan kesan ke atas mereka.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    21/28

    Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa?Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal anda akanlupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu anda perlumerancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini.Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan. Jadikan fakta seringkasmungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu menceritakansemula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada ketikanya fakta yang panjangsekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau tiga patah perkataan. Selepas 24

    jam, cuba lihat nota ringkas anda ini. Cuba ceritakan semula apa yang anda fahami.Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu memanggilsemula maklumat tersebut. Sekiranya tidak, semak semula sekali imbas teks asal.Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan dengannya bagi mengukuhkan lagiingatan anda. Semak semula apa yang dibaca dari semasa ke semasa. Dengan caraini anda tidak perlu bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampirdengan peperiksaan.

    Anda suka belajar disaat-saat akhir.

    Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar disaat-saat akhir, sebab kalaubelajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar. Anda perlubelajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu bab. Denganbelajar awal juga anda punya banyak masa untuk bertanya pada guru dan rakan-rakan. Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itudiulangbaca maka lagi besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Olehitu, mulakan langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dahulu. Mulakan dengan yangmudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik, barulah lakukandengan lebih bersungguh-sungguh.

    kembali ke atas

    BELAJAR UNTUK PEPERIKSAANRamai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang setimpaldengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar denganpendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak merancang jadualbelajar dan masa mereka dengan betul. Artikel ini akan membincangkan apa yangperlu anda lakukan mulai sekarang hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikananda lakukan yang terbaik.Bersedia untuk belajarPeperiksaan semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi memastikananda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi sama ada di kolejataupun universiti.Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perludirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguhmengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM. Kepada pelajarSPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada matapelajaran penting. Iaitumatapelajaran yang membawa anda ke menara gading. Matapelajaran ini ialah BahasaMelayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia,

    http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#top
  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    22/28

    Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan,Kejuruteraan). Sekiranya anda mendapat markah yang baik dalam kelompok matapelajaran ini maka peluang anda untuk ke universiti adalah cerah.Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang terbaikbagi semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin sengit.Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua matapelajaran.Buatkan jadual belajar untuk peperiksaanJangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakanbanyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik. Sekiranya andapanik, anda akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. Tidakada masalah tanya penyelesaian.Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks, bukurujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanyalengkap dan dalam keadaan baik.Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua

    mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga bab-bab yang telah andakuasai dengan baik.Langkah kedua buatkan analisa soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-babyang sering keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang tidakboleh tidak mesti anda kuasai dengan baik.Buatkan jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalahseminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir sebelumpeperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan terakhirnanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu. Lagi awal andamengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda mengenalpasti dan seterusnya mengatasisetiap masalah. Sekiranya anda terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka

    habiskanlah. Anda mungkin terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkajisemua matapelajaran. Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungkibelajar 1 jam diwaktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jamdiwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.Mengingati TajukRamai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu mengingati apatajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran maka anda mempunyaigambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari.Buatkan Nota

    Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan dengan usahayang sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang mengulang baca

    sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara belajar begini bukan sahajamenjemukan malah merugikan masa anda, sedangkan peperiksaan semakin hampir.Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas. Yang terbaikialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan nota andadengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada fakta pentingyang tertinggal.Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda mengingatinya.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    23/28

    Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata kunci dan hafal.Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk dan kata kunci yangada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka anda mampu mengingatikeseluruhan fakta yang berkaitan dengannya.Latih diri anda untuk peperiksaan

    Anda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan anda tidak mungkindapat memberikan hasil yang terbaik. Minda anda juga seperti otot-otot fizikal andayang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai sesuatu hajat. Mereka yangmahu cemerlang dalam 'bowling' perlu melakukan latihan berterusan bagimeningkatkan kemahiran ber'bowling'. Begitu juga dengan peperiksaan. Anda perlumelatih diri anda bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan.Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan tepat.Latih dalam tempoh masa yang tertentu.

    Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang berkesan.

    1. Latih mengeluarkan maklumatMaklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda perlusentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari.Perbanyakkan latihan-latihan seperti:Menjawab soalan-soalan;Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;Mengadakan perbincangan dengan rakan;Menyediakan kad imbasan kecil.Mengambarcarakan apa yang telah dipelajari.Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei

    berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalambentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalampeperiksaan sebenar kelak.2. Hadkan masa menjawabPastikan anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan bukan sahajamemerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu anda perlu pantasdan kepantasan hanya boleh dibina melalui latihan yang berterusan.Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab soalan-soalandalam had masa seperti dalam peperiksaan.3. Anggap seperti peperiksaan sebenar

    Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggidan rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan dari menirusepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab soalan (lihat dibawah). Ingat masa berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran andamelayang. Sekiranya soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang terbaik. Andaperlu belajar mengenali gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalampeperiksaan yang sebenar nanti.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    24/28

    4. Strategi menjawab soalanUntuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, andamemerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.Langkah-langkah berikut dapat membantu:Baca arahan terlebih dahulu.Baca arahan terlebih dahulu.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.Jawab soalan mengikut turutan berikut:Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia mungkinsoalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan satukali cubaan.Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa yang panjangatau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan tandanyabetul.

    Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang. Ingat!soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan tujuan mencarikesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati dengan jawapan.Langkah terakhir barulah ulang jawab soalan-soalan susah. Itu pun sekiranya masamasih mengizinkan.Mencari sebab (post-mortem)

    Anda perlu menkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalan-soalan.Setelah anda selesai membuat latihan ujian. Semak setiap jawapan yang dibuat.Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencarisebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah utama yangperlu anda atasi. Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:

    Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri anda kurang. Maka berikanmasa membaca tajuk-tajuk tersebut.Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan pada guru atau rakan.Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.Cuai - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Soalan diatas.Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Mintapenjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidakdiulangi.Jangan buang masaDalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang

    terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai untuk andamembaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatihmengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri andasendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas. Aktiviti sebeginimengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketikadalam peperiksaan kelak.Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    25/28

    mengulangkaji.

    kembali ke atas

    Artikel sumbangan: Syafiq Hazmy, Pelajar MAP, e-mel:[email protected] masa menjelang peperiksaan, pelajar hendaklah menentukan ulangkajipelajaran telah dibuat dengan baik. Berikut adalah langkah-langkah yang perludiperhatikan:Persediaan malam sebelum peperiksaanBaca nota ringkas di kad-kad ulang kaji.Semak kotak pensil.Semak masa dan tempat peperiksaan daripada jadual peperiksaan.Cuba lakukan latihan rileks.Sediakan perkara-perkara seperti:

    - kad pengenalan- pakaian seragam sekolah- kasut sekolah- lencana sekolah.Berdoa agar tenang dan dapat menjawab soalan dengan baik.Teknik-teknik ketika di dalam dewan peperiksaan.Duduk dengan tenang.Berdoa.Baca keseluruhan kertas soalan.Rancangkan jawapan.Proses. Jawab mengikut kehendak soalan.

    Pastikan tulisan anda senang dibaca.Semak jawapan sekali lagi dalam masa 5-8 minit terakhir.

    Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapaikejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yangbersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untukmembantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.Pertama Tidak mensia-siakan biar pun seminitSeorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukarankelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh

    membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah merekabaca.Kedua Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi

    Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mestimembaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi iamemupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap inimembolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawabterhadap pelajaran.

    http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#tophttp://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#topmailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/peperiksaan.htm#top
  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    26/28

    Ketiga Gunakan masa awal pagiGunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang andalemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahumembaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran danmembolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

    Keempat Buat nota ringkasPelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untukmembolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjaminingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas,ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.Kelima Mengikut jadual sepenuhnya

    Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhijadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak sukabelajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyaidisiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawabbelajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari

    jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.Keenam Mencuba soalan tahun laluPelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Iniakan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaandan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akanlulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.Ketujuh Ulang sebanyak kali yang bolehSetiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada hadulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telahdibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak andamembaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.Kelapan Sentiasa menanya kalau tidak fahamDekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawabkemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akanmenguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abanganda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

    Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemahJika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebihuntuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan matapelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlupenumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting.Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhentiulangkaji.Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaanRapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dansemarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain.Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akanmengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    27/28

    Ke sebelas : Menjadi model dalam rumahJadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka Janganmembuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk

    menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalamhidup anda sendiri.Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademikJika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatianpada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika andamahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup dirumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jikamasa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangunpagi.Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiriJangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan.

    Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jikaanda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga padaminggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkantuisyen.

    Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkajiLelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yanganda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendakanda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayangdan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dannegara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dankeluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukansekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baikdan berkualiti.Ke lima belas : Elakkan gangguan emosiSemua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perludiketepikan. Beritahu diri anda , saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okryang remeh-temeh ini. Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan padakertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakanmusik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jikasesuai).

    Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tanggaJika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan mintaadik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkansikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang mendudukipeperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumahtangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masauntuk anda belajar.

  • 7/29/2019 Tip Peperiksaan

    28/28

    Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahunTetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan ,anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab.Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilanganhari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang

    ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membacamukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasuratyang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untukhari tersebut.Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaanBiar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalanguntuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengankekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujianketahanan diri anda. Beritahu diri anda , biar apa yang berlaku, saya tetap dapatmenjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda

    Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cubamempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkanmasa anda. Berani berkata tidak dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hatimereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuanJangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyatadalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus,anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaiansekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaanakhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat andaSambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidangyang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, bacamajalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakanbakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalambidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda jugaboleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikianmenjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar keranaanda mempunyai hala tujuan yang nyata.KesimpulanBelajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjayabiar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkanikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.