tip servis motorsikal

Upload: azrin-putra

Post on 17-Jul-2015

340 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Tip Servis Motorsikal1) Servis Minyak Hitam Sebenarnya penjagaan Motorsikal Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan Scooter.. penyelenggaraannya mudah.. cuma tukar minyak hitamnya aje... Minyak pelincir bagi kebanyakan motorsikal pastikan ditukar puratanya setiap 5,000 - 6,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair). a) Kalau Honda 135LC, 125z, RXZ, EX-5 dan Honda Wave tukar minyak pelincir kebanyakkan nya purata setiap 5,000 km hingga 6,000 km. b)Kalau guna motor scooter penukaran minyak hitam mengikut Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km. 2) Penjagaan Minyak 4T Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang mahupun scooter sekali pun...Penjagaan minyak 4T itu penting tetapi jenis-jenis minyak pelincir terpulang atas individu berdasarkan bajet yang ada sebagai contoh Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL ..Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan. biasanya perbezaan 4t ni akan terasa bile kita buat penukaran gear, ride long distance (enjin panas), time enjin sejuk (start pagi), kelancaran bila ride dalam speed maintain samada laju @ slow (smoothing) dan pada pick up/top enjin korang.. -Sintetik contoh sae 10w-40, 5w-40 -Mineral base contoh 20w-50 dan 20w-40.. Minyak hitam syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ) elak guna minyak yg cair macam VSX atausebagainye jika nak buat long journey... 3) Servis Oil Filter Bagi Motorsikal yang ada oil filter contohnya Yamaha 135 LC .. Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali. senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch) ...

_______________________________ 4) Penjagaan Minyak 2T Bagi Motorsikal 2 lejang sahaja contohnya RXZ, 125z... Kalau boleh, guna 2T berkualiti tinggi biar senang bakar, dan throttle rasa ringan.kena jaga minyak 2t jangan sampai habis bagi memastikan ketahanan terhadap kepanasan enjin... perlu dipastikan bahawa saluran 2T tidak tersekat.. Cuba tengok asap kalau

keluar banyak mungkin 2t terlebih dan cuba elakkan memasukkan minyak 2T dlm tangki petrol kerana ini akan menyebabkan lebihan 2T semasa pembakaran nanti.

_______________________________ 5) Servis Spark Plug Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan scooter.. pula perlu ditukar setiap 10,000 km atau kalau mula miss fire meletup-letop motorsikal tu hidup mati .. Periksa warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak..check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna..lagi satu tolong periksa coil api atau coil magnet kadang start macam nak giler payah nak hidup....Kalau tak kuat api memang ler payah nak hidup motor tu sebabnya api tak kluar kat plug... Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK 'G' POWER, NGK'R', DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye.. Spark plug selalu orang guna NGK"R"... kalau nak power irridium spark plug ..

_______________________________ 6) Servis Carburator Bagi penguna Motorsikal.. setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk. Servis carburator Motor kalau kuat makan minyak ( tengok lah gaya ko bawak motor macam mana) silalah servis balik carburator motor korang tue.. mane tau tersumbat ..

_______________________________

7) Servis Air Filter Bagi Motorsikal jenis Scooter dan kebiasaannya Yamaha 135LC.. perkara penting adalah penjagaan air filter ( penapis Udara) Lakukan Servis mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara .. Air filter Standard punya klu kotor tembak dengan angin compressor je klu ada compressor klu takde pi kedai motor klu dh kenal taukenya pinjam jap air gun compressor tu tembak je sampai bersih,klu dh kotor sangat beli je baru ajerr senang....

_______________________________ 8) Servis Fuel Filter Pastu alang-alang Servis karburator tukar skali Fuel filter baru... fuel filter yang diguna sudah terlampau lama kekadang tersumbat atau flow dia tak berapa lancar.. Tukar Fuel Filter setiap 10,000 km...

_______________________________ 9) Servis Radiator Coolant Bagi penguna Motorsikal yang ada radiator coolant contohnya Yamaha 135LC .. Cara penjagaan 'coolant' motor disyor kan korang pakai yang warne merah dan gunakan air mineral, gasket ko akan rosak kalau pakai warne hijau. selalunya 6-7 bulan tukar air coolant baru . coolant cari yang long life kalau pure pati coolant tu kene tambah air nisbah 50:50. Pastikan juga sistem radiator tak tersumbat , tak ada kebocoran dan kipas radiator harus pastikan berfungsi, untuk pastikan samada berfungsi atau tidak,hidupkan enjin 5minit,kemudian pulas sedikit throtle keadaan statik dalam suatu tempoh masa.kemudian leh dgr sendiri bunyi kipas tu dan haba pon terasa keluar ikut lubang cover set

_______________________________ 10) Penjagaan Bateri Motorsikal Bagi penguna Motorsikal.. Berikan perhatian pada bateri motorsikal dan pastikan air bateri berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya. perlu diingat air bateri selalunya cepat kering tanpa kita sedari..

_______________________________ 11) Penggunaan CDi Racing Bagi motorsikal yang ada pasang CDi...Jika ada tukar CDi Racing seperti BRT, Rextor atau sebagainya,pastikan ada buat setting semula angin dan minyak . Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang..Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.

_______________________________

12) Penjagaan Sporket dan rantai Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Sporket dan rantai.. Kalau ikutkan Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita memandu ....Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Pastikan ianya tidak longgar atau terlalu ketat...Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam.. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan.. bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris..

_______________________________ 13) Penjagaan Belting Bagi penguna Motorsikal scooter tukar belting dalam lingkungan mencapai 1700km...lebih kurang dalam 2-3 bulan sekali .. Tanda belting macam nak putus, bunyi cam tikus dekat crankcase. cuba check belting dengan melipat tali belting tengok kalau ada crack walaupun sikit, bagus tukar terus sebelum putus. Roller weight mesti di cuci dan di greasing sekurang-kurangnya sebulan sekali

_______________________________ 14) Servis Minyak Gearbox Bagi penguna Motorsikal scooter tukar 1st kalau boleh time 500km pertame sebab time ni la banyak

geseran antara gigi-gigi gear. selepas itu terpulang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000km tapi max 10000km. ni pendapat aku ye,

_______________________________ 15) Penjagaan brake motorsikal Bagi penguna Motorsikal.. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yang baru bukan 2nd hand.Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak.. periksa kandungan minyak brake..kalau kurang tambah kan ajerr... kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru ajerr... Kalau brake ade problem brake tak berapa mencengkam... caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali ..

_______________________________

16) Servis Clucth Plate dan Clucth Tangan a) Bagi penguna Motorsikal... kalau motor korang tak ade pickup minyak makan banyak kenalah pulas minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus.. kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik..mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem... Gantilah Clucth plate.. b) Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Clutch Tangan..Periksa kabel Clutch, Kalau dah mula menunjukkan tanda haus, tukar kepada yang baru .Pastikan Kabel-kabel lain dalam keadaan sempurna.

_______________________________ 17) Tekanan Angin Tayar Bagi penguna Motorsikal... Periksa juga tekanan angin tayar tersebut. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).Jangan pam kurang.jangan pam lebih. kalau angin kurang tayar jadi lembik motorsikal jadi tak seimbangan dan makan permukaan sisi tepi tayar , terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar.

_______________________________ 18) Penggunaan Tayar Bagi penguna Motorsikal...Gunakan saiz tayar yang sesuai untuk motosikal anda. Saiz tayar standard

adalah disarankan bagi perjalan jauh. Kalau guna saiz tayar besar sedap layan corner..Jangan guna tayar sotong... brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.. Kalau guna saiz tayar kecik kan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.. Periksa tayar motorsikal anda. Jika ianya sudah terlalu haus, baik ditukar. Tolong jangan gunakan tayar yang sudah haus , botak nampak benang dalam, bengkak atau benjol dan tayar yang retak dan terkopek .... Tak selamat digunakan boleh pecah tayar tu.. sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya.. Ini menyebabkan motorsikal mudah terbabas di selekoh yang licin..

_______________________________ 19) Tayar tiub dan tubeless Kalau nak balik kampung atau nak rider perjalanan jauh.. Jika anda menggunakan tayar tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar, pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan. kalau bocor teruk tukar tiub baru ajer lagi senang. cuma kena ada lah spare tiub motor... Tapi kalau bocor kecil pada tiub tersebut korang boleh tampal kat tempat tempat bocor tersebut..Senang sikit kalau tayar pancit. Bagi saya tayar tubeless adalah terbaik untuk perjalanan jauh. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana.. just pakai tayar tiubless agak senang sikit kerjanya..Kalau tayar pancit tahap flat maximum, tapi boleh redah jugak bawak motor slow-slow ke kedai tayar berdekatan untuk tukar

_______________________________ 20) Penggunaan Rim Lidi atau Sport rim Kalau ikut Rim lidi atau sport rim biasa berukuran 17 inci ...pengubahsuaian saiz rim dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan.. Kalau ada rasa motorsikal korang ada bergegar tak kalau bawak slow dan hilang bila bawak laju sikit...Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok atau pun fork.Kalau penggunaan Rim Lidi ni tiub tayar kerap bocor.. klu ade lidi yg longgar akan bergesel..sikit-sikit lama-lama bocor tiubnyer.. kalau ade yang longgar lidi rim tu baik lah pergi buat string lidi tu...

_______________________________

21) Penggunaan Ekzos Kalau Motorsikal korang kurang power dan ada tanda-tanda ekzos tersumbat.. pergi kedai yang buat welding kereta, suruh potong dan bersihkan bahagian dalam ekzos tersebut.. Atau kalau korang jenis rajin boleh lerrr cuci ekzos tu... buang keladak yang menyumbat ekzos tu...

_______________________________ 22) Penjagaan lampu, signal dan lampu brake Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lame.. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup... Lampu signal kena menyala sempurna (takuttakut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)