tip menduduki pem upsr 2012

20
TIP MENDUDUKI UPSR 2012 SJKC CHUNG HUA SIMANGGANG PANITIA BAHASA MELAYU

Upload: david-adoh

Post on 18-Feb-2017

1.692 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tip menduduki pem upsr 2012

TIP MENDUDUKI UPSR 2012

SJKC CHUNG HUA SIMANGGANG

PANITIA BAHASA MELAYU

Page 2: Tip menduduki pem upsr 2012

Bahasa Melayu Pemahaman

• BAGI membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik. Seperti yang diketahui, kertas 1 mempunyai dua bahagian iaitu tatabahasa dan pemahaman. Kedua-dua bahagian ini mempunyai teknik menjawab yang berbeza.

Page 3: Tip menduduki pem upsr 2012

1.1 Tatabahasa

• Pastikan anda sudah menguasai kesemua bahagian tatabahasa. Ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami terlebih dahulu sebelum anda menjawab soalan. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh calon sewaktu hendak menjawab soalan bahagian tatabahasa.

Page 4: Tip menduduki pem upsr 2012

1.1.1 Faham• Calon perlulah memahami kesemua pilihan

jawapan yang disediakan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan yang diberikan. Calon hanya cuba mengagak maksud jawapan berkenaan. Kebiasaannya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan. Catatlah secara ringkas maksud pilihan jawapan berkenaan. Contoh:

Page 5: Tip menduduki pem upsr 2012

• A memberi menyampaikan sesuatu• B mengirim menghantar menerusi sesuatu• C membalas menjawab surat• D menerima mendapat sesuatu

Page 6: Tip menduduki pem upsr 2012

1.1.2 Baca

• Bacalah ayat yang disediakan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Kadang-kadang ada pilihan jawapan yang seolah-olah boleh dipilih sebagai jawapan. Pilihan jawapan yang sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap utama.

• Contoh:Ayah ._____ sepucuk telegram dari kampung.

Page 7: Tip menduduki pem upsr 2012

1.1.3 Kesan• Anda perlu mengesan klu yang terdapat

dalam ayat atau gambar. Bulat atau gariskan klu berkenaan. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan anda memilih jawapan yang tepat.

• (Bulatkan perkataan ‘dari’ sebagai klu jawapan yang menunjukkan ayah menerima)

• Ayah _____ sepucuk telegram dari kampung.

Page 8: Tip menduduki pem upsr 2012

1.1.4 Pilih

• Peringkat ini adalah peringkat paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan. Pengganggu yang diberikan sudah pasti akan mengelirukan murid-murid. Oleh itu, fahamilah betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.

• Ayah _____ sepucuk telegram dari kampung.

Page 9: Tip menduduki pem upsr 2012

• A memberi menyampaikan sesuatu• B mengirim menghantar menerusi sesuatu

<-- Pengganggu yang hampir tepat• C membalas menjawab surat• D menerima mendapat sesuatu <-- Jawapan

yang paling tepat

Page 10: Tip menduduki pem upsr 2012

Calon-calon, pastikan:• 1 soalan hanya ada 1 - 1 1/2 minit sahaja.• Jangan membuang masa dengan cuba menjawab

soalan yang susah.• Jawab soalan Bahagian Tatabahasa (Soalan 1

hingga Soalan 30) terlebih dahulu.• Peruntukan masa antara 15 hingga 20 minit untuk

Bahagian Tatabahasa.• Jawab soalan yang lebih mudah dahulu.• Segera jawab soalan Bahagian Petikan.• Peruntukan masa 10 minit untuk setiap petikan.• Baki masa untuk tujuan menyemak semula

jawapan.

Page 11: Tip menduduki pem upsr 2012

1.2 Pemahaman

• Calon-calon hanya perlu menjawab 10 soalan sahaja dalam bahagian pemahaman. Namun begitu setiap soalan amat berkait rapat dengan petikan yang disediakan. Untuk menjawab soalan pemahaman, calon perlulah mengikuti langkah-langkah seperti yang berikut sewaktu hendak menjawab soalan petikan :

Page 12: Tip menduduki pem upsr 2012

1.2.1 Baca dan faham

• Calon-calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dahulu. Selepas itu, barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan sesekali menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dahulu.

Page 13: Tip menduduki pem upsr 2012

1.2.2 Cari pembayang jawapan

• Kebiasaannya klu atau pembayang jawapan berada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut. Pastikan klu berkenaan berkait rapat dengan soalan.

• …Lawatan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid proses membuat kerepek di kilang.

Page 14: Tip menduduki pem upsr 2012

1.2.3 Penyesuaian• Sesuaikan pembayang yang anda garis dengan

pilihan jawapan yang diberikan. Teliti dan fahami betul-betul sebelum memilih jawapan.

• Apakah tujuan utama program lawatan diadakan? (soalan)

• … bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid proses membuat kerepek... (pembayang jawapan)

Page 15: Tip menduduki pem upsr 2012

1.2.4 Memilih

• Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang yang digaris, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih pilihan jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam petikan.

Page 16: Tip menduduki pem upsr 2012

Berdasarkan catatan di atas, apakah tujuan utama program lawatan diadakan?

• A Menyedarkan murid-murid betapa susahnya mencari rezeki.

• B Meraikan sambutan dan hari terbuka yang diadakan oleh pihak kilang.

• C Menggalakkan murid-murid agar menyertai industri membuat kerepek.

• D Menambahkan pengetahuan murid berkenaan proses membuat kerepek.

Page 17: Tip menduduki pem upsr 2012

• Langkah-langkah diatas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu, beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon-calon tidak melakukan kesilapan. Antara kelemahan-kelemahan tersebut ialah:

Page 18: Tip menduduki pem upsr 2012

• Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.• Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.• Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada

setiap soalan.• Membuang masa dengan soalan yang susah.• Keliru dengan pengganggu yang hampir sama

ejaannya atau maknanya.• Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada

kertas jawapan.• Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.• Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih

pada kertas OMR.

Page 19: Tip menduduki pem upsr 2012

Ingat!

• Kira jumlah tanda hitam adalah cukup 40. Jika kurang, ini bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dengan dua jawapan.

Page 20: Tip menduduki pem upsr 2012

Selamat menghadapi UPSR 2012.

Semoga berjaya!