tinjauan mengenai tahap pengetahuan pelajar … · handled in school’s science lab. this is an...

24
TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP KESELAMATAN MAKMAL SAINS SEKOLAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT EMILY WONG MEE LEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngohanh

Post on 10-Apr-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP KESELAMATAN

MAKMAL SAINS SEKOLAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

TINGKATAN EMPAT

EMILY WONG MEE LEE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya
Page 3: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya
Page 4: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

i

TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP KESELAMATAN MAKMAL

SAINS SEKOLAH DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR

TINGKATAN EMPAT

EMILY WONG MEE LEE

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Penulis : Emily Wong Mee Lee

Tarikh : 1 Mac 2004

Page 6: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

iii

DEDIKASI

Kepada ibu tersayang

(TIONG SIEW KIONG)

Serta

Ahli keluarga yang dikasihi yang memberi dorongan ke arah kejayaan ini

(WONG MEE LING, WONG SIE LUNG, WONG SIE YEW)

dan rakan seperjuangan yang menyokong selama ini.

Page 7: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada penyelia tesis, Tuan

Haji Meor Ibrahim Kamaruddin atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang

tempoh penyelidikan tesis ini.

Kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan

Negeri juga amatlah dihargai.

Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua, guru-guru sekolah dan

pelajar-pelajar di Daerah Sibu, Sarawak atas bantuan yang diberikan dalam menjayakan

projek ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

di Universiti Teknologi Malaysia atas sokongan, bantuan dan teguran yang bernas bagi

menyempurnakan projek sarjana muda ini.

Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek

penyelidikan ini.

Page 8: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap

keselamatan makmal sains sekolah di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat. Aspek

yang dikaji dalam kajian ini adalah aspek peraturan am, aspek teknik penggunaan

peralatan dan aspek cara pengendalian bahan kimia di dalam makmal sains sekolah.

Kajian ini berbentuk tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang

terdiri daripada 35 item. Sampel kajian terdiri daripada 173 orang pelajar-pelajar

tingkatan empat di Daerah Sibu, Sarawak. Data-data dianalisis secara manual untuk

mendapat min bagi setiap maklum balas responden terhadap item-item yang

dikemukakan. Kaedah analisis purata min digunakan untuk melihat tahap pengetahuan

responden menurut tiga aspek keselamatan makmal. Daripada analisis yang dijalankan,

tahap pengetahuan responden terhadap keselamatan makmal sains sekolah adalah tinggi.

Cadangan-cadangan yang mungkin boleh digunakan oleh pihak-pihak yang berkenaan

untuk meningkatkan tahap pengetahuan terhadap keselamatan makmal sains sekolah

ialah memberikan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makmal kepada pelajar

melalui bengkel, seminar, kursus dan sebagainya, mengadakan kursus pengurusan

makmal, mengadakan latihan pertolongan cemas secara kerap ataupun melakukan

pemeriksaaan terhadap makmal sebanyak dua kali setahun.

Page 9: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the level of knowledge of Form Four

students on safety in school’s science lab in Sibu District, Sarawak. This research

covers rules and regulation, technique utilization of equipments and how chemicals are

handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is

a questionnaire consists of 35 items. Research samples are 173 Form Four students in

Sibu District, Sarawak. All data are analyzed manually to obtain the means for every

responds given by the respondents on given items. Average mean analysis is applied to

see the level of the knowledge of respondents in accordance of the three aspects

mentioned. This research shows that the level of students’ knowledge on safety in

school’s science lab is high. Suggestions to improve safety awareness in school’s

science labs including organize workshop, seminars, courses and etc. Lab management

courses and first aid courses can be held frequently or having spot-checks at least twice a

year.

Page 10: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

Page 11: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

viii

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Istilah Kajian 9

1.9 Penutup 10

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Sikap Dan Tanggungjawab Terhadap 12

Peraturan Dan Keselamatan Makmal

2.3 Pengetahuan Mengenai Peraturan Dan 15

Keselamatan Makmal

2.3.1 Peraturan Am Dalam Sebuah 18

Makmal Sains

2.3.2 Sifat-sifat Bahan Kimia 20

2.3.3 Bahaya Bahan Beracun 21

2.3.4 Pertolongan Cemas Di Makmal 23

2.3.5 Peti pertolongan Cemas 24

2.3.6 Penggunaan Dan Pengendalian Radas Atau 25

Bahan Di Makmal

2.4 Penutup 30

Page 12: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 33

3.5.1 Bahagian A 34

3.5.2 Bahagian B 35

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Prosedur Kajian 36

3.8 Analisis Data 37

3.9 Penutup 39

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Taburan Responden Mengikut 41

Ciri-ciri Demografi

4.2.1 Analisis Taburan Responden Mengikut 42

Jantina

4.2.2 Analisis Taburan Responden Mengikut 42

Aliran Yang Sedang Diiukuti

4.2.3 Analisis Taburan Responden Mengikut 43

Keputusan Mata Pelajaran Sains Dalam PMR

4.3 Analisis Tahap Pengetahuan Responden 44

Page 13: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

x

Tentang Keselamatan Makmal Sains Sekolah

4.3.1 Analisis Aspek Peraturan Am Dalam 45

Makmal Sains

4.3.2 Analisis Aspek Teknik Penggunaan 47

Peralatan Di Dalam Makmal Sains Sekolah

4.3.3 Analisis Aspek Cara Pengendalian Bahan 49

Kimia Di Dalam Makmal Sains Sekolah

4.3.4 Analisis Perbandingan Tiga Aspek Yang 51

Dikaji Tentang Keselamatan Makmal Sains

Sekolah

4.5 Penutup 52

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan 54

5.2.1 Taburan Responden Mengikut Ciri-Ciri 54

Demografi

5.2.2 Tahap Pengetahuan Tiga Aspek Berkaitan 55

Dengan Keselamatan Makmal Sains

5.2.2.1 Peraturan Am Dalam Makmal Sains 55

5.2.2.2 Teknik Penggunaan Peralatan Makmal Sains 57

5.2.2.3 Cara Pengendalian Bahan Kimia Dalam 58

Makmal Sains

5.2.3 Perbandingan Tahap Pengetahuan Aspek-Aspek 60

Berkaitan Dengan Keselamatan Makmal Sains

5.3 Rumusan 61

Page 14: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

xi

5.4 Cadangan 62

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63

5.6 Penutup 64

RUJUKAN 65

LAMPIRAN 70

Page 15: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Simbol-simbol Bahan Kimia 20

3.1 Taburan Item Mengikut Aspek Yang Dikaji 35

3.2 Skor Bagi Setiap Pernyataan 38

3.3 Tahap-tahap Pengetahuan Min 38

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Yang Sedang Diikuti 43

4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan Mata 44

Pelajaran Sains Dalam PMR

4.4 Taburan Min Bagi Aspek Peraturan Am Dalam Makmal 45

Sains

4.5 Taburan Min Bagi Aspek Teknik Penggunaan Peralatan 47

4.6 Taburan Min Bagi Aspek Cara Pengendalian Bahan 49

Kimia

4.7 Perbandingan Tiga Aspek Yang Dikaji Tentang Keselamatan 51

Makmal

Page 16: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Memadam Api Pada Pakaian Dengan Cara Berguling 24

2.2 Cara Menuang Larutan Dari Satu Bekas Ke Bekas Lain 27

2.3 Cara Menuang Larutan Dari Botol Reagen Ke Bekas Lain 27

2.4 Cara Pencairan Asid/Akali 28

2.5 Cara Memegang Botol Dengan Betul 29

2.6 Jauhkan Tabung Uji Daripada Orang Semasa Pemanasan 30

Larutan

Page 17: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 70

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Bahagian 78

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada 81

Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Page 18: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan sains yang semakin pesat berlaku di seluruh dunia telah

mendorong rakyat beralih pandangan ke sektor yang berkaitan dengan penggunaan sains.

Mereka yang terlibat dalam sektor sains sudah tentu tidak dapat berpisah daripada

menjalankan kerja-kerja amali di dalam makmal. Ini kerana makmal merupakan satu

tempat segala teori mengenai sains dipratikkan, menguji, dan mencipta produk baru

berasaskan sains.

Tidak ada perkara yang lebih penting daripada keselamatan ataupun

pengelakkan-kemalangan di rumah, sekolah, kolej, universiti, kilang, lebuhraya dan

pusat-pusat rekreasi (Moazzem, 1985). Maka, keselamatan di makmal juga perlu

dititikberatkan kerana risiko kemalangan di dalam makmal adalah tinggi.

Page 19: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

2

Kemalangan akan mengakibatkan kehilangan harta dan nyawa atau setidaknya

kesakitan. Dengan itu, keselamatan di dalam makmal perlu diberi perhatian apabila

menjalankan kerja-kerja amali di makmal. Jika tidak, keadaan sebegini akan

menjejaskan keharmonian dan kualiti hidup.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 kita pernah menyuarakan

tentang keselamatan dan kesihatan semasa kerja. Beliau berkata keselamatan dan

kesihatan adalah elemen penting dalam membentuk masyarakat penyayang dan prihatin.

Oleh itu, dalam usaha untuk menjadi negara maju, masyarakat perlulah dididik supaya

peka dengan keperluan keselamatan dan kesihatan. Keadaan tempat kerja yang selamat

dan sihat akan menggalakkan para pekerja untuk meningkatkan pengeluaran dan mutu

hasil kerja (Buletin IKKP, bil.1, 1995). Jadi, keselamatan di dalam makmal yang

keadaan kerjanya boleh mendatangkan pelbagai bahaya juga tidak dapat dikecualikan.

Perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan terhadap keselamatan makmal bagi

menjamin keselamatan nyawa dan juga harta benda.

Satu buku panduan pengurusan dan peraturan makmal sekolah telah dikeluarkan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1977 untuk membantu pihak

pentadbir dan guru mata pelajaran sains bagi memastikan bahawa pelajar di bawah

jagaannya dapat mengikuti proses pembelajaran di makmal dalam keadaan yang selamat.

Sememangnya buku ini amat berguna kepada pelajar kerana segala panduan dan

keselamatan makmal terkandung di dalamnya.

Di Amerika Syarikat, terdapat undang-undang dan akta-akta mengenai

keselamatan seperti OSHA (Occupational Safety And Health Act, 1970) yang bertujuan

untuk menjamin keselamatan dan kesihatan para pekerja di tempat kerja. Akta NEPA

(National Environmental Policy Act of 1969) juga diperkenalkan di Amerika Syarikat

Page 20: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

3

untuk menentukan pekerja dapat bekerja secara harmoni tanpa rasa bimbang tentang

keselamatan.

Jadi, amalan dan kesedaran terhadap keselamatan makmal mesti dipupuk dalam

semua pengguna makmal. Keselamatan di dalam makmal hanya dapat dijamin jika

setiap kumpulan yang terlibat dalam pengurusan dan penggunaan makmal sedar dan

melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Dengan itu, setiap pengguna

makmal perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang kepentingan keselamatan

dan mengamalkan budaya kerja yang teratur, berdisiplin dan selamat. Kerjasama erat

antara satu dengan yang lain perlu wujud bagi menjamin keselamatan diri, orang lain

dan juga harta benda di dalam makmal.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Merle (1975), kemalangan adalah suatu peristiwa yang tidak dirancang

ataupun keadaan yang berlaku di luar kawalan yang boleh menyebabkan kerugian

kepada mana-mana pihak ataupun kecederaan dan lebih-lebih lagi boleh membawa maut.

Keadaan ini selalu dihadapi oleh manusia dalam aktiviti kehidupan harian, terutamanya

dalam kerja sains yang melibatkan alat radas berbahaya.

Terdapat banyak kejadian kemalangan dalam makmal telah dilaporkan sejak

tahun 1988 lagi. Antara kejadian-kejadian kemalangan makmal yang dilaporkan ialah

pemanasan merkuri oksida dan seterusnya mengakibatkan merkuri masuk ke dalam

badan pelajar oleh seorang guru di Connecticut High School (Morbidity and Mortality

Weekly Report, 1988), dua orang pelajar mengalami kecederaan yang serius kerana

Page 21: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

4

memasukkan potassium diklomat ke dalam satu bekas yang mengandungi soda

(Kingsley, 1999), kematian seorang ahli teknikal akibat terdedah kepada asid

hidrofluorik pada tahun 1995 (Murray, 2002) dan banyak lagi.

Dalam KBSM, mata pelajaran berasaskan sains wajib diambil oleh semua pelajar,

sama ada pelajar aliran sains atapun pelajar bukan aliran sains. Pelajar-pelajar ini

banyak terlibat dalam penggunaan makmal apabila menjalankan amali dan teori sains.

Ini kerana hampir 4/5 daripada proses pengajaran dan pembelajaran sains dilakukan di

dalam makmal sains. Ini bermaksud pelajar-pelajar dan juga guru akan terdedah secara

langsung kepada risiko-risiko kemalangan semasa mereka berada dalam makmal sains

sekolah. Risiko-risiko kemalangan ini melibatkan penggunaan bahan beracun, bahan

mudah terbakar, bahan kimia menghakis, pengendalian radas dan peralatan kaca dan

sebagainya.

Kemalangan seperti ini memang akan berlaku ke atas pelajar dan juga guru sains

itu sendiri jika tidak mengambil berat terhadap keselamatan di dalam makmal, seperti

mencampur aduk bahan kimia sesuka hati, mengubah kaedah eksperimen, cara

menggunakan bahan atau radas yang tidak betul dan lain-lain. Oleh itu, keselamatan

dalam makmal perlu dipandang serius oleh pihak sekolah dan juga para pelajar.

Menurut Fong (2000), langkah yang baik untuk mengurangkan kadar

kemalangan industri ialah pendedahan awal terhadap penuntut-penuntut di bangku

sekolah mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ini bermakna

pendidikan di sekolah merupakan langkah yang penting dan wajar dalam usaha untuk

mengurangkan kadar kemalangan di dalam makmal sains sekolah juga. Walau

bagaimanapun, masa dan usaha yang diperlukan untuk mewujudkan seorang yang

prihatin terhadap keselamatan bukanlah sedikit. Oleh itu, “kalau hendak melentur buluh,

biar dari rebungnya”, iaitu bermula semasa dia berada di sekolah (Merle, 1975).

Page 22: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

5

Peraturan dan langkah-langkah keselamatan harus diingatkan dari semasa ke

semasa dan dipastikan sentiasa dipatuhi. Selain itu, pelajar juga harus tahu serba sedikit

tentang pertolongan cemas dan diingatkan jangan sekali berasa cemas dan gugup apabila

berlaku kemalangan.

Dengan menguasai sepenuhnya pengetahuan peraturan dan langkah-langkah

keselamatan dalam makmal, para pelajar dapat mengelakkan diri dan juga orang lain

daripada mengalami kemalangan serta mampu mengendalikan pertolongan cemas jika

kemalangan kecil seperti kecederaan terkena kaca itu berlaku.

1.3 Pernyataan Masalah

Makmal sains merupakan satu kawasan berbahaya dan berisiko tinggi. Hal ini

demikian kerana terdapat pelbagai alatan dan radas yang boleh menyebabkan

kemalangan seperti bahan kimia beracun, bahan kimia menghakis dan bahan kimia

mudah terbakar. Jika kemalangan ini berlaku, ia akan mendatangkan kesan yang amat

buruk, misalnya merkuri yang dapat memberi kesan kerencatan otak dan kecacatan

anggota bagi generasi orang yang terkenanya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk

menentukan tahap pengetahuan pelajar terhadap peraturan am dalam makmal sains. Di

samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar

tentang teknik yang digunakan dalam penggunaan peralatan serta cara mengendalikan

bahan kimia yang juga merupakan satu aspek penting dalam menjaga keselamatan di

dalam makmal sains sekolah.

Page 23: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meninjau mengenai tahap pengetahuan pelajar

tentang keselamatan makmal sains sekolah di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat.

Tiga aspek yang ingin ditinjau dalam kajian ini ialah aspek peraturan am dalam makmal

sains sekolah, aspek teknik penggunaan peralatan dan aspek cara pengendalian bahan

kimia di dalam makmal sains sekolah. Maka, objektif bagi kajian ini adalah untuk:

i. Meninjau tahap pengetahuan para pelajar mengenai peraturan am dalam

makmal sains sekolah.

ii. Meninjau tahap pengetahuan para pelajar mengenai teknik penggunaan

peralatan di dalam makmal sains sekolah.

iii. Meninjau tahap pengetahuan para pelajar mengenai cara pengendalian bahan

kimia di dalam makmal sains sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif seperti di atas, kajian ini dijalankan untuk

memberikan jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah tahap pengetahuan para pelajar mengenai peraturan am dalam makmal

sains sekolah?

Page 24: TINJAUAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR … · handled in school’s science lab. This is an observation research. The instrument used is ... Keselamatan di dalam makmal hanya

7

ii. Apakah tahap pengetahuan para pelajar mengenai teknik penggunaan peralatan

di dalam makmal sains sekolah?

iii. Apakah tahap pengetahuan para pelajar mengenai cara pengendalian bahan kimia

di dalam makmal sains sekolah?