thesis guidelines latest from upsi

Upload: chong-mui-fong

Post on 14-Apr-2018

298 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Thesis Guidelines Latest from upsi

    1/10

    1

    INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAHUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISPANDUAN PENULISAN DISERTASI/TESIS

    1. PENDAHULUAN

    Panduan Penulisan Disertasi/Tesis ini disediakan oleh Institut Pengajian Siswazah

    (IPS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai panduan kepada calon dalam

    proses penyediaan disertasi/tesis bagi memenuhi keperluan untuk pengurniaan Ijazah

    Sarjana dan Kedoktoran.

    Tesis Ijazah Sarjana Mod Penyelidikan & Ijazah Doktor FalsafahDisertasiIjazah Sarjana Mod Penyelidikan & Kerja Kursus

    2. PENYERAHAN DISERTASI/TESIS

    Calon dikehendaki menyerahkan Disertasi/Tesis lengkap setelah diperiksa dan

    diperbaiki mengikut yang ditetapkan oleh Institut Pengajian Siswazah.

    2.1 Syarat penganugerahan ijazah

    Pelajar dikehendaki memenuhi syarat ini bagi membolehkan merekamenerima ijazah masing-masing. Universiti tidak menganugerahkan ijazah

    kepada calon yang gagal berbuat demikian.

    2.2 Simpanan naskhah Disertasi / Tesis

    Empat naskhah Disertasi/Tesis berjilid keras dan dua dalam bentuk

    CD (cakerapadat) format PDF perlu diserahkan oleh pelajar kepada pihak

    berikut:

    i. Satu CD (cakera padat) bersama satu naskhah berjilid kerasdisimpan di perpustakaan Universiti.

    ii. Satu CD (cakera padat) bersama satu naskhah berjilid keras

    disimpan di IPS.

    iii. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada Fakulti.

    iv. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada penyelia.

    2.3 Hak Milik Universiti

    Semua Disertasi/Tesis menjadi hak milik kekal Universiti Pendidikan Sultan

    Idris, iaitu hak cipta bentuk asal dipunyai oleh Universiti, bukan oleh penulis

    Disertasi/Tesis.

  • 7/30/2019 Thesis Guidelines Latest from upsi

    2/10

    2

    3. FORMAT LAPORAN

    3.1 Kertas

    Kertas putih saiz A4 (210mmx297mm) yang sekurang-kurangnya 80gsm.

    3.2 Penaipan

    Disertasi/Tesis mestilah ditaip dengan menggunakan komputer. Calon

    hendaklah menggunakan pencetak berkualiti.

    3.2.1 Huruf

    Calon mesti menggunakan fon TimesNew Roman dengan saiz 12

    poin.

    3.2.2 Langkauan

    Disertasi/Tesis mesti ditaip dengan menggunakan langkau sebaris

    (double spacing).

    Walau bagaimanapun perkara di bawah perlu ditaip tanpa langkauan

    (single spacing) dalam teks:

    i. Penghargaan.

    ii. Petikan asal.

    iii. Senarai rujukan (tetapi perlu double spacingdi antara rujukan).

    iv. Keterangan melebihi satu baris jadual dan rajah.

    v. Lampiran: seperti soal selidik, surat dan maklumat berkaitan.

    vi. Tajuk dan sub tajuk yang panjang.

    3.2.3 Penaipan tajuk

    Semua tajuk (kecil sub tajuk) perlu ditaip dalam HURUF BESAR tebal

    tengah-tengah di antara jidar kiri dengan kanan, 5.0 sm daripada jidar

    atas.

    3.3 Santak teks

    Teks perlu ditaip santak kiri kanan (justify).

    3.4 Perenggani. Ayat pertama dalam perenggan pertama bagi setiap tajuk hendaklah

    dimulakan santak kiri.

    ii. Ensotan (indent) bagi memulakan perenggan yang seterusnya ialah1.25sm dari birai kiri.

    iii. Antara perenggan satu baris (sekali enter).iv. Antara perenggan terakhir dengan sub tajuk baharu langkauan 3 baris(3 kali enter).

  • 7/30/2019 Thesis Guidelines Latest from upsi

    3/10

    3

    v. antara tajuk dan perenggan 1 baris (1 kali enter). Perenggan barupada bahagian bawah muka surat mestilah mengandungi sekurang-

    kurangnya dua baris yang lengkap ditaip. Jika tidak, ia perlu dimulakan

    pada muka surat baharu.

    3.5 Birai (Margin)

    Birai yang ditetapkan bagi teks seperti berikut:

    Tepi sebelah atas :3.0sm

    Tepi sebelah kanan :2.5sm

    Tepi sebelah kiri :3.8sm

    Tepi sebelah bawah :2.5sm

    Hanya nota kaki dibenarkan di birai bawah.

    3.6 Panjang penulisan Tesis/Disertasi/Kertas Projek

    3.6.1 Tesis

    Doktor Falsafah : tidak melebihi 100,000 patah perkataan. Mod Penyelidikan : tidak melebihi 60,000 patah perkataan.

    3.6.2 Disertasi Sarjana

    Mod B (Penyelidikan & Kerja Kursus): tidak melebihi 40,000patah perkataan.

    3.6.3 Kertas Projek

    Mod Kerja Kursus: tidak melebihi 20,000 patah perkataan.3.7 Penomboran muka surat

    3.7.1 Kedudukan nombor muka surat

    Semua nombor muka surat bermula pada bab 1 dicetak tanpa tanda

    bacaan 1.5 sm dari atas dan 2.5 sm dari jidar kanan, bagi digit terakhir

    nombor berkenaan.

    3.7.2 Jenis nombor

    Bagi muka surat di antara muka surat judul dan muka surat bab 1

    penomboran hendaklah digunakan huruf kecil Roman secara

    berturutan (i,ii,iii dan seterusnya) tanpa tanda bacaan.

    Muka surat judul hadapan disertasi/tesis dianggap 1, tetapi nombornya

    tidak ditaip.

    Nombor Roman ii diletakkan pada muka surat pertama selepas mukasurat kedua halaman judul.

  • 7/30/2019 Thesis Guidelines Latest from upsi

    4/10

    4

    Teks, rujukan dan lampiran diberi nombor Arab berturutan (2,3,4, dan

    seterusnya) bermula pada muka surat kedua teks.

    3.8 Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak menetapkan keperluan tertentu

    tentang susunan teks. Namun, susunan yang dipilih perlu konsisten pada

    keseluruhan disertasi/tesis..

    3.9 Nota kaki

    Terdapat banyak perbezaan tentang kandungan dan kedudukan nota-nota di

    dalam penerbitan sains, kemanusiaan dan sains sosial. Calon hendaklah

    meminta nasihat penyelia masing-masing.

    Dalam bidang sains, catatan nota kaki jarang digunakan. Saiz huruf yang

    digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah menggunakan saiz huruf 8 poin.

    3.10 Jadual

    3.10.1 Penomboran jadual

    Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor

    arab) dan keterangan. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor

    bab jadual.

    Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. Misalnya, jadual dalam

    Bab 3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan seterusnya.

    3.10.2 Kedudukan Jadual

    Jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk

    dalam birai yang ditetapkan. Perkataan Jadual, nombor dan

    keterangannya dicetak pada sebelah atas jadual tersebut. Jika jadual

    bersambungan pada muka surat berikutnya, baris atas muka surat

    hendaklah berbunyi (sebagai contoh) Jadual 5,sambungan).

    Keterangan tidak diulangi. Jika jadual petikan, rujukan mestilah

    dicatat.

    Sila rujuk buku Manual Penerbitan APA

    3.10.3 Bentuk Jadual

    Jadual mestilah disediakan dengan garis mengufuk yang jelas dilukis.

    Garis tegak tidak diperlukan sekiranya lajur mengandungi tajuk yang

    jelas perangkaan disusun menegak dengan betul.

    Sekiranya jadual meliputi satu muka surat calon boleh menyediakan

    jadual dalam bentuk landskap.

    Sila rujuk buku Manual Penerbitan APA

  • 7/30/2019 Thesis Guidelines Latest from upsi

    5/10

    5

    3.11 Rajah

    Rajah mungkin mengandungi gambar foto, ilustrasi, graf atau apa sahaja yang

    tidak menyerupai skrip atau jadual.

    3.11.1 Kedudukan Rajah

    Perkataan rajah, nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya

    diletakkan di bawah rajah tersebut. Jika rajah itu bersambung ke muka

    surat berikutnya, peraturan menulisnya sama seperti jadual,

    penomboran rajah juga berurutan.

    Sila rujuk buku Manual Penerbitan APA

    3.11.2 Gambar foto

    Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkandengan kemas.

    Sila rujuk buku Manual Penerbitan APA

    3.12 Cetakan

    Cetakan hanya pada sebelah muka surat. Semasa menjilid, muka surat

    bercetak hendaklah diletakkan di sebelah kanan.

    4. PENJILIDAN

    4.1 Naskhah untuk pemeriksaan

    Enam/Tujuh salinan Disertasi/Tesis terakhir (yang dijilid dengan kulit lembut)

    mestilah diserahkan pada Institut Pengajian Siswazah bersama borang

    penyerahan Disertasi/Tesis yang dilengkapkan.

    Selepas pemeriksaan, Disertasi/Tesis ini dikembalikan kepada calon. Calon

    dikehendaki membuat semua pembetulan berdasarkan komen pemeriksa dan

    diperakui oleh penyelia sebelum menjilid Disertasi/Tesis dengan kulit keras.

    4.2 Naskhah terakhir untuk Universiti

    Empat (4) naskhah yang dijilid dengan kulit keras bersama dua (2)salinan

    CD (cakera padat) dalam format PDF hendaklah diserahkan semula pada

    tarikh yang ditetapkan.

    4.3 Warna kulit

    Warna kulit untuk Tesis Kedoktoran berwarna hitam dan untuk Disertasi

    Ijazah Sarjana berwarna merah hati.

  • 7/30/2019 Thesis Guidelines Latest from upsi

    6/10

    6

    4.4 Keterangan pada kulit

    4.4.1 Muka Hadapan

    Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas

    yang bersaiz 18 poin Times New Roman atau Arial.

    Tajuk Disertasi/Tesis disusun dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm

    dari birai atas.

    Nama penulis mestilah lengkap seperti dalam kad pengenalan atau

    pasport antarabangsa, pada kedudukan tengah jidar.

    Nama Universiti dan tahun ditulis dalam 2 baris dengan jarak 6.0 sm

    dari jidar bawah.

    4.4.2 Tulang belakang

    Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas

    berukuran 18 poin mengikut susunan seperti berikut:

    i. Nama penulis : 3.0 sm dari birai atasii. Ijazah : Ph.D atau M.Ediii. UPSI : Singkatan nama universiti 3.0 sm dari jidar

    bawah

    iv. Tahun penyerahan Disertasi/Tesis. (tarikh pengesahan Senat)5. SUSUNAN KANDUNGAN

    Setiap Disertasi/Tesis mengandungi tiga bahagian; permulaan, teks dan rujukan.

    Setiap bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun atur menurut

    peraturan tertentu.

    Susunan dan kandungan Disertasi/Tesis perlu mengikut tertib seperti berikut:

    Halaman Judul

    Pengakuan

    PenghargaanAbstrak dalam Bahasa Melayu

    Abstrak dalam Bahasa Inggeris

    Kandungan

    Senarai jadual

    Senarai rajah

    Senarai singkatan/simbol/tatanama/istilah

    Teks Rujukan

    Lampiran (jika ada)

  • 7/30/2019 Thesis Guidelines Latest from upsi

    7/10

    7

    5.1 Halaman judul

    Halaman ini perlu mengandungi maklumat berikut:

    i. Judul Disertasi/Tesis

    (dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm dari jidar)(Rujuk Lampiran I)

    ii. Nama penuh penulis

    (seperti dalam kad pengenalan / pasport antarabangsa)

    iii. Disertasi/Tesis yang dikemukakan, contohnya

    TESIS YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI

    SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH DOKTOR

    FALSAFAH/SARJANA (BIDANG)

    atau

    DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI

    SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH

    SARJANA PENDIDIKAN/SARJANA (BIDANG)

    iv. Nama Fakulti

    v. Nama universiti

    (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)

    vi. Tahun Disertasi/Tesis itu diserahkan untuk pemeriksaan.

    (tarikh pengesahan Senat)

    5.2 Pengakuan / Declaration

    Pengakuan dimulakan pada muka surat baharu selepas muka surat judul ditaip

    di tengah-tengah muka surat tersebut. Calon dikehendaki menulis dan

    menandatangani pengakuan tersebut. Pengakuan boleh dalam Bahasa Inggeris

    bagi Disertasi/Tesis yang dikemukakan dalam bahasa berkenaan.

    5.3 Penghargaan

    Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan

    Disertasi/Tesis merakamkan penghargaan terhadap bantuan yang diberikan

    oleh orang perseorangan atau pertubuhan dalam penyelidikan Disertasi/Tesis

    calon.

    5.4 Abstrak dalam Bahasa Melayu dan terjemahan

    Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam BahasaInggeris mestilah disediakan pada muka surat baharu selepas penghargaan.

  • 7/30/2019 Thesis Guidelines Latest from upsi

    8/10

    8

    Abstrak berupa ringkasan Disertasi/Tesis yang memberi pendedahan tentang

    masalah yang diselidiki, objektif dan matlamat kajian, kaedah dan dapatan

    penyelidikan dalam konteks kajian yang dijalankan. Panjang setiap versi tidak

    melebihi 200 perkataan, single spacingdan tidak melebihi satu muka surat.

    5.5 Kandungan

    Kandungan perlu dimulakan pada muka surat baru. Ia mengandungi senarai

    kandungan yang terdapat dalam Disertasi/Tesis, iaitu Bab, tajuk dan sub tajuk

    yang berkenaan. Tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk berkenaan hendaklah selaras

    seperti yang terdapat dalam teks.)

    Bab hendaklah ditulis dengan huruf besar tebal.

    5.6 Senarai jadual

    Senarai jadual hendaklah dimulakan dengan muka surat baru. Senarai inimengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk mestilah

    seperti tajuk yang terdapat pada jadual berkenaan.

    5.7 Senarai rajah

    Senarai rajah hendaklah dimulakan pada muka surat baru. Ia mestilah

    mengandungi senarai tajuk gambar rajah, gambar foto, peta, graf dan

    sebagainya yang terdapat dalam penulisan.

    5.8 Senarai singkatan/ simbol/tatanama/istilah

    Senarai ini hendaklah ditulis pada muka surat baharu selepas senarai rajah.

    5.9 Teks

    Teks mengandungi beberapa bahagian contohnya, seperti berikut:

    BAB1 : Pendahuluan

    BAB 2: Tinjauan Literatur

    BAB 3: Metodologi

    BAB 4: Dapatan kajianBAB 5: Perbincangan dan Kesimpulan

    atau

    BAB1 : Pendahuluan

    BAB 2: Tinjauan Literatur

    BAB 3: Metodologi

    BAB 4: Dapatan dan Perbincangan

    BAB 5: Kesimpulan dan Cadangan

  • 7/30/2019 Thesis Guidelines Latest from upsi

    9/10

    9

    Secara amnya, kandungan dalam tesis/disertasi mengandungi perkara-perkara

    berikut :

    5.9.1 Bab 1 : Pengenalan

    - Latar belakang kajian- Pernyataan masalah- Persoalan kajian- Objektif kajian- Signifikan kajian- Skop dan batasan kajian

    5.9.2 Bab 2 : Sorotan Literatur/Tinjauan Literatur

    Sorotan literatur dan teori yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian

    yang dibuat. Sorotan literatur yang dipilih mesti berkaitan dengan

    kajian yang dibuat bagi membina kerangka kajian.

    5.9.3 Bab 3 : Metodologi

    - Kerangka kajian- Hipotesis- Reka bentuk kajian- Definisi operasional- Pengukuran pemboleh ubah / instrumentasi- Pengumpulan data- Pensampelan- Prosedur pengumpulan data- Teknik analisis data

    5.9.4 Bab 4 : Dapatan Kajian dan Perbincangan

    Analisis data dan penemuan kajian dibincangkan di dalam bab ini.

    Dapatan keseluruhan dan analisis kajian dibentangkan dalam bentuk

    jadual, rajah dan pernyataan bagi membolehkan penemuan penting

    ditonjolkan. Dapatan dan perbincangan ini boleh dibuat lebih daripada

    satu bab.

    5.9.5 Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan

    Penemuan kajian disimpulkan selari dengan persoalan kajian.

    Signifikan kajian dan implikasi terhadap bidang kajian perlu

    ditonjolkan. Cadangan kajian untuk masa hadapan juga perlu

    dimasukkan di dalam bab ini.

    Nota :

    Ini merupakan panduan asas yang perlu ada dalam tesis/disertasi. Calon walau

    bagaimanapun dibenarkan (dengan persetujuan penyelia dan Fakulti) untukmenambah atau mengubah isi kandungan bagi disesuaikan dengan kajian yang dibuat.

  • 7/30/2019 Thesis Guidelines Latest from upsi

    10/10

    10

    5.10 Rujukan

    Sila rujuk buku Manual Penerbitan APA

    5.11 Lampiran

    Disertasi/Tesis tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu,

    bolehlah dimasukkan data kajian, jadual, contoh soal selidik, carta alir dan

    sebagainya ke dalam teks, atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi

    menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks. Lampiran boleh disusun

    sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan seterusnya.