sastera penggerak bahasa ppsb pemangkin sastera … · puisi tradisional dan moden se-perti pantun,...

1
P rogram Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) merupa- kan komponen dalam pro- gram Latihan Khidmat Negara (PLKN). PPSB dilaksanakan bu- at pertama kalinya pada bulan Februari 2005 di sebelas buah kem PLKN yang terpilih di selu- ruh negara terma-suk Sabah dan Sarawak. Kumpulan 2 Siri 4/2007 sedang menjalani program di 80 buah kem di seluruh Malaysia terma- suk Sabah dan Sarawak dari 18 Mac hingga 9 Jun 2007. Diikuti Kumpulan 3 Siri 4/2007 yang akan bermula pada 17 Jun hingga 8 September 2007. Pengisian Secara umumnya, pengisian PPSB terbahagi kepada sesi peng- hayatan puisi, gerak kerja ber- kumpulan dan persembahan Citra Puisi. Dalam bahagian pertama, peserta didedahkan dengan puisi- puisi tradisional dan moden se- perti pantun, syair, gurindam dan nazam. Setiap peserta diwajibkan me- ngambil bahagian dalam persem- bahan, sama ada sebagai pengge- rak utama atau pembantu. Peserta diberi peluang untuk mengambil bahagian mendeklamasikan sajak di bawah bimbingan fasilitator. Latihan kumpulan bermula setelah rangka dan konsep persem- bahan dibentangkan kepada fasili- tator kumpulan. Persembahan Citra Puisi yang merupakan bahagian ter-akhir dalam pengi- sian program ini akan dinilai oleh para juri supaya menepati modul dan konsep program. Bertepatan dengan puisi sebagai teras utama program, persem- bahan peserta adalah berdasar- kan puisi yang dipilih dari teks program iaitu Antologi Puisi “Tanah Airku” terbitan DBP. Selain dapat menerapkan sema- ngat patriotisme dalam kalangan generasi muda, program ini dapat memupuk minat dan bakat peser- ta dalam bidang sastera, khusus- nya puisi. Ong Yee Yii, salah seorang pelatih lelaki peringkat 2/siri 4 Kem Sentosa, Chenderiang, Perak, berkata “Program ini sa- ngat menyeronokkan dan banyak memberi pengalaman baru serta pendedahan tentang sastera dan budaya. Kini, saya mengetahui puisi tradisional yang lain seperti gurindam, nazam dan seloka.” “Program ini bukan sahaja menanamkan semangat cinta akan budaya dan sastera, bahkan dapat melahirkan bakat baharu dalam puisi dan seni,” ujar Nozailina Othman, yang juga pelatih pering- kat 2/siri 4, Kem Sentosa ketika ditemu ramah. Ternyata PPSB sebagai salah satu komponen dalam PLKN mampu melahirkan wira dan wirawati negara yang berwawas- an, di samping memupuk sema- ngat perpaduan sesama peserta pelbagai kaum. Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 16 Mei 2007 SASTERA PENGGERAK BAHASA PPSB Pemangkin Sastera Berkualiti BH PILIH L10 16 emel P ersonifikasi ialah perlam- bangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Perkataan personifikasi (personification) sebenarnya be- rasal daripada bahasa Greek, pro- sopopoeia. Sebagai perbincangan, berikut diturunkan petikan sajak ‘Sungai 3’ karya T. Alias Taib daripada kumpulan puisi Piramid (1990: 14) Tersentak sungai tua itu. Tak bergerak darah dalam tulang sungai tua itu sewaktu ia memerhati keanehan anaknya tadi pagi. anaknya merangkak menyong song arus. Ternganga rumputan, tergamam batuan dan terpegun tebing dengan keajaiban dan keberanian yang luar biasa itu. Lubuk timbul buat pertama kali, menyaksi sejarah mencipta dongeng. ‘Bagaimana lagi akan kuperolehi pengalaman?’ tanya anak sungai sambil terus menentang arus dengan payah tapi tabah. 1987 Pemberian sifat manusia kepada benda bukan hidup atau abstrak dalam sajak ini boleh dibahagikan kepada dua bahagi- an, iaitu satu sifat manusia seperti 'ternganga rumputan', 'tergamam batuan', dan 'terpegun tebing'. Sifat ternganga, tergamam dan terpegun itu ialah aksi manusia, namun di sini aksi manusia itu telah dipadankan dengan objek- objek yang bukan manusia, iaitu rumputan, batuan dan tebing. Kesannya kita merasai elemen- elemen alam tersebut hidup se- perti manusia. Contoh kedua pula ialah mem- beri anggota badan manusia se- perti tulang yang dipadankan dengan sungai, seperti 'tulang sungai tua'. Tulang ialah elemen yang ada pada manusia tetapi dalam sajaknya, penyair telah menggambarkan bahawa sungai mempunyai tulang dan ini secara tidak langsung telah memberikan sifat manusia kepada sungai. Melalui sajak di atas, secara umum penyair T. Alias Taib telah memanfaatkan gaya bahasa per- sonifikasi untuk menyampaikan mesej dalam sajaknya. Penyair telah memberikan tingkah laku manusia kepada sungai dan unsur alam seperti tebing, rumput dan lubuk untuk menimbulkan se- suatu kesan yang lain dalam puisi- nya sehingga dipersonifikasikan anak sungai sebagai berkata-kata melalui rangkap ter-akhir sajak tersebut. Melalui penerapan unsur per- sonifikasi ini, penyair dapat me- nyampaikan mesejnya secara ter- sirat kepada pembaca tanpa mera- sai mereka sebenarnya dikritik. (bersambung) Personifikasi Oleh Saifullizan Yahaya Oleh Shuhailey Mahamad PEDOMAN SASTERA P ernahkah anda membaca Hikayat Seri Kelantan, Sejarah Melayu, Hikayat Patani, Hikayat Seri Rama, atau pun Hikayat Hang Tuah? Bolehkah anda bayangkan ba- gaimana penglipur lara pada zaman dahulu, bercerita untuk menghiburkan penontonnya? Kreatif Yusnizamawar Binti Mohd Anuar, peserta dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berjaya memukau penonton de- ngan membuat persembahan yang menarik. Beliau dengan kreatifnya menggabungkan intonasi suara dengan mimik muka, dan dengan penuh peng- hayatan serta kelancaran, me- nyampaikan kisah Hikayat Seri Kelantan tanpa membosankan penonton. Beliau satu-satunya peserta dengan idea yang paling krea- tif membuat gimik lakonan seorang ‘nenek kebayan’ yang kemudiannya bertukar rupa menjadi wanita muda semasa menyampaikan ceritanya. Dengan kreativitinya, Yus- nizamawar telah muncul se- bagai Pembaca Naskhah Klasik Terbaik Tahun 2007 dalam Pertandingan Baca Naskhah Karya Klasik: Hikayat Seri Kelantan. Beliau berjaya me- newaskan 12 orang peserta lain yang mewakili Universiti Putra Malaysia, Akademi Pengajian Melayu, Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), dan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Acara Pertandingan Baca Naskhah Hikayat Seri Kelantan yang berlangsung di Galeri Ilmu Koperasi DBP, Menara DBP, Kuala Lumpur, dianjur- kan oleh Pusat Dokumentasi Melayu DBP dengan kerjasama Koperasi DBP Berhad sempe- na Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2007 pada 23 April yang lalu. Hikayat Seri Kelantan ialah naskhah klasik tentang sejarah pemerintahan negeri Kelantan yang tergolong dalam kategori manuskrip sejarah dan keta- tanegaraan. Hikayat ini bermula dengan kisah Cik Siti Wan Kembang sebagai raja yang asal meme- rintah negeri Kelantan Purba dan diikuti pula dengan kisah lagenda Tuan Puteri Sa’dong. Pemerintahan Kelantan Pur- ba bergolak selepas Puteri Sa’dong turun takhta dan menyerahkan pemerintahan- nya kepada suami baginda, Sultan Abdullah. Hikayat Seri Kelantan mengi- sahkan susur galur pemerin- tahan beraja kerajaan Islam Kelantan, meliputi sistem undang-undang, ekonomi, baha- sa, budaya dan agama. Program ini telah mendapat sambutan peserta daripada pelbagai latar belakang, terma- suk penyertaan bukan Melayu. Antara peserta bukan Melayu yang menunjukkan bakatnya ialah Uthaya Sankar daripada Kumpulan Sasterawan Kavyan. Acara ini berjaya men- dekatkan masyarakat dengan DBP sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab me- ngembangkan bahasa dan kesu- sasteraan Melayu. Pembaca Naskhah Klasik Terbaik Tahun 2007 Oleh Mardhiah Othman Persembahan pelatih PLKN di Kem Setia Ikhlas, Semenyih, 7 Mac 2007 pada Malam Citra Puisi (MCP). YUSNIZAMAWAR berjaya memukau penonton. MAKLUMAT SASTERA Sudut Pandangan Kamera: Kaedah penulisan ini meng- galurkan sebahagian daripada serpihan hidup tanpa pemi- lihan atau susunan tertentu, sebagaimana yang berlaku di hadapan medium rakaman. Ia mungkin dimulakan dengan wacana. “Aku adalah sebuah kamera... Di tepian sungai ada gadis mandi...” merupakan ka- edah Iama yang amat memen- tingkan teknik, seperti kame- ra yang merakamkan setiap peristiwa. Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain meng- garap novelnya yang berjudul Imam menggunakan kaedah ini berdasarkan pengalaman beliau dalam dunia perfileman sewaktu di Singapura dahulu. "Bingung", merupakan cerpen pertama karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Sepuluh tahun kemudian, novel pertama beliau, “Rentong” diterbitkan pada tahun 1965. Cerita Pendek menceritakan satu atau beberapa sahaja peristiwa dalam kehidupan manakala novel menceritakan semua peristiwa dalam satu kehidupan.

Upload: lydien

Post on 12-Mar-2019

269 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA PENGGERAK BAHASA PPSB Pemangkin Sastera … · puisi tradisional dan moden se-perti pantun, syair, gurindam dan nazam. Setiap peserta diwajibkan me- ... naskhah klasik tentang

Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) merupa-kan komponen dalam pro-

gram Latihan Khidmat Negara (PLKN). PPSB dilaksanakan bu-at pertama kalinya pada bulan Februari 2005 di sebelas buah kem PLKN yang terpilih di selu-ruh negara terma-suk Sabah dan Sarawak.

Kumpulan 2 Siri 4/2007 sedang menjalani program di 80 buah kem di seluruh Malaysia terma-suk Sabah dan Sarawak dari 18 Mac hingga 9 Jun 2007. Diikuti Kumpulan 3 Siri 4/2007 yang akan bermula pada 17 Jun hingga 8 September 2007.

Pengisian Secara umumnya, pengisian

PPSB terbahagi kepada sesi peng-hayatan puisi, gerak kerja ber-kumpulan dan persembahan Citra Puisi. Dalam bahagian pertama, peserta didedahkan dengan puisi-puisi tradisional dan moden se-perti pantun, syair, gurindam dan nazam.

Setiap peserta diwajibkan me-ngambil bahagian dalam persem-bahan, sama ada sebagai pengge-rak utama atau pembantu. Peserta diberi peluang untuk mengambil bahagian mendeklamasikan sajak di bawah bimbingan fasilitator.

Latihan kumpulan bermula setelah rangka dan konsep persem-bahan dibentangkan kepada fasili-tator kumpulan. Persembahan Citra Puisi yang merupakan bahagian ter-akhir dalam pengi-sian program ini akan dinilai oleh para juri supaya menepati modul dan konsep program.

Bertepatan dengan puisi sebagai teras utama program, persem-bahan peserta adalah berdasar-kan puisi yang dipilih dari teks program iaitu Antologi Puisi “Tanah Airku” terbitan DBP. Selain dapat menerapkan sema-ngat patriotisme dalam kalangan generasi muda, program ini dapat memupuk minat dan bakat peser-ta dalam bidang sastera, khusus-nya puisi.

Ong Yee Yii, salah seorang pelatih lelaki peringkat 2/siri 4 Kem Sentosa, Chenderiang,

Perak, berkata “Program ini sa-ngat menyeronokkan dan banyak memberi pengalaman baru serta pendedahan tentang sastera dan budaya. Kini, saya mengetahui puisi tradisional yang lain seperti gurindam, nazam dan seloka.”

“Program ini bukan sahaja menanamkan semangat cinta akan budaya dan sastera, bahkan dapat melahirkan bakat baharu dalam puisi dan seni,” ujar Nozailina Othman, yang juga pelatih pering-kat 2/siri 4, Kem Sentosa ketika ditemu ramah.

Ternyata PPSB sebagai salah satu komponen dalam PLKN mampu melahirkan wira dan wirawati negara yang berwawas-an, di samping memupuk sema-ngat perpaduan sesama peserta pelbagai kaum.

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 16 Mei 2007

SASTERA PENGGERAK BAHASA

PPSB Pemangkin Sastera Berkualiti

BH PILIH L10 16 emel

Personifikasi ialah perlam-bangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda

tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Perkataan personifikasi (personification) sebenarnya be-rasal daripada bahasa Greek, pro-sopopoeia. Sebagai perbincangan, berikut diturunkan petikan sajak ‘Sungai 3’ karya T. Alias Taib daripada kumpulan puisi Piramid (1990: 14)

Tersentak sungai tua itu. Tak bergerak darah dalam tulang sungai tua itu sewaktu ia memerhati keanehan anaknya tadi pagi. anaknya merangkak menyong song arus. Ternganga rumputan, tergamam batuan dan terpegun tebing dengan keajaiban dan keberanian yang luar biasa itu. Lubuk timbul buat pertama kali, menyaksi sejarah mencipta dongeng. ‘Bagaimana lagi akan kuperolehi pengalaman?’ tanya anak sungai sambil terus menentang arus dengan payah tapi tabah.

1987

Pemberian sifat manusia kepada benda bukan hidup atau abstrak dalam sajak ini boleh dibahagikan kepada dua bahagi-

an, iaitu satu sifat manusia seperti 'ternganga rumputan', 'tergamam batuan', dan 'terpegun tebing'. Sifat ternganga, tergamam dan terpegun itu ialah aksi manusia, namun di sini aksi manusia itu telah dipadankan dengan objek-objek yang bukan manusia, iaitu rumputan, batuan dan tebing. Kesannya kita merasai elemen-elemen alam tersebut hidup se-perti manusia.

Contoh kedua pula ialah mem-beri anggota badan manusia se-perti tulang yang dipadankan dengan sungai, seperti 'tulang sungai tua'. Tulang ialah elemen yang ada pada manusia tetapi dalam sajaknya, penyair telah menggambarkan bahawa sungai mempunyai tulang dan ini secara tidak langsung telah memberikan sifat manusia kepada sungai.

Melalui sajak di atas, secara umum penyair T. Alias Taib telah memanfaatkan gaya bahasa per-sonifikasi untuk menyampaikan mesej dalam sajaknya. Penyair telah memberikan tingkah laku manusia kepada sungai dan unsur alam seperti tebing, rumput dan lubuk untuk menimbulkan se-suatu kesan yang lain dalam puisi-nya sehingga dipersonifikasikan anak sungai sebagai berkata-kata melalui rangkap ter-akhir sajak tersebut.

Melalui penerapan unsur per-sonifikasi ini, penyair dapat me-nyampaikan mesejnya secara ter-sirat kepada pembaca tanpa mera-sai mereka sebenarnya dikritik.

(bersambung)

Personifikasi Oleh Saifullizan Yahaya

Oleh Shuhailey Mahamad

PEDOMAN SASTERA

Pernahkah anda membaca Hikayat Seri Kelantan, Sejarah Melayu, Hikayat

Patani, Hikayat Seri Rama, atau pun Hikayat Hang Tuah? Bolehkah anda bayangkan ba-gaimana penglipur lara pada zaman dahulu, bercerita untuk menghiburkan penontonnya?

KreatifYusnizamawar Binti Mohd

Anuar, peserta dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berjaya memukau penonton de-ngan membuat persembahan yang menarik. Beliau dengan kreatifnya menggabungkan intonasi suara dengan mimik muka, dan dengan penuh peng-hayatan serta kelancaran, me-nyampaikan kisah Hikayat Seri Kelantan tanpa membosankan penonton.

Beliau satu-satunya peserta dengan idea yang paling krea-tif membuat gimik lakonan seorang ‘nenek kebayan’ yang

kemudiannya bertukar rupa menjadi wanita muda semasa menyampaikan ceritanya.

Dengan kreativitinya, Yus-nizamawar telah muncul se-bagai Pembaca Naskhah Klasik Terbaik Tahun 2007 dalam Pertandingan Baca Naskhah Karya Klasik: Hikayat Seri Kelantan. Beliau berjaya me-newaskan 12 orang peserta lain yang mewakili Universiti Putra Malaysia, Akademi Pengajian Melayu, Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), dan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Acara Pertandingan Baca Naskhah Hikayat Seri Kelantan yang berlangsung di Galeri Ilmu Koperasi DBP, Menara DBP, Kuala Lumpur, dianjur-kan oleh Pusat Dokumentasi Melayu DBP dengan kerjasama Koperasi DBP Berhad sempe-na Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2007 pada 23 April yang lalu.

HikayatSeriKelantan ialah naskhah klasik tentang sejarah pemerintahan negeri Kelantan yang tergolong dalam kategori manuskrip sejarah dan keta-tanegaraan.

Hikayat ini bermula dengan kisah Cik Siti Wan Kembang sebagai raja yang asal meme-rintah negeri Kelantan Purba dan diikuti pula dengan kisah lagenda Tuan Puteri Sa’dong. Pemerintahan Kelantan Pur-ba bergolak selepas Puteri Sa’dong turun takhta dan menyerahkan pemerintahan-nya kepada suami baginda, Sultan Abdullah.

Hikayat Seri Kelantan mengi-sahkan susur galur pemerin-tahan beraja kerajaan Islam Kelantan, meliputi sistem

undang-undang, ekonomi, baha-sa, budaya dan agama.

Program ini telah mendapat sambutan peserta daripada pelbagai latar belakang, terma-suk penyertaan bukan Melayu. Antara peserta bukan Melayu yang menunjukkan bakatnya ialah Uthaya Sankar daripada Kumpulan Sasterawan Kavyan.

Acara ini berjaya men-dekatkan masyarakat dengan DBP sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab me-ngembangkan bahasa dan kesu-sasteraan Melayu.

Pembaca Naskhah Klasik Terbaik Tahun 2007

Oleh Mardhiah Othman

Persembahan pelatih PLKN di Kem Setia Ikhlas, Semenyih, 7 Mac 2007 pada Malam Citra Puisi (MCP).

YUSNIZAMAWAR berjaya memukau penonton.

MAKLUMAT SASTERA

Sudut Pandangan Kamera: Kaedah penulisan ini meng-galurkan sebahagian daripada serpihan hidup tanpa pemi-lihan atau susunan tertentu, sebagaimana yang berlaku di hadapan medium rakaman. Ia mungkin dimulakan dengan wacana. “Aku adalah sebuah kamera... Di tepian sungai ada gadis mandi...” merupakan ka-edah Iama yang amat memen-tingkan teknik, seperti kame-ra yang merakamkan setiap peristiwa. Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain meng-garap novelnya yang berjudul Imam menggunakan kaedah ini berdasarkan pengalaman beliau dalam dunia perfileman sewaktu di Singapura dahulu.

"Bingung", merupakan cerpen pertama karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Sepuluh tahun kemudian, novel pertama beliau, “Rentong” diterbitkan pada tahun 1965.

Cerita Pendek menceritakan satu atau beberapa sahaja peristiwa dalam kehidupan manakala novel menceritakan semua peristiwa dalam satu kehidupan.