terapi gestalt oum

7
TERAPI GESTALT DISEDIAKAN OLEH : JIGATISUARI A/P NATHAN

Upload: njiga

Post on 28-May-2015

736 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

Page 1: Terapi gestalt oum

TERAPI GESTALTDISEDIAKAN OLEH :

JIGATISUARI A/P NATHAN

Page 2: Terapi gestalt oum

FREDERIK S (“FRITZ”) PERLS (1893-1970) Lahir di Berlin dari keluarga yahudi kelas menengah

bawah. LAURA POSNER PERLS (1905-1990) lahir di

Pforzhein, German ( ISTERINYA )

PENGASAS TERAPI GESTALT

Page 3: Terapi gestalt oum

Gestalt pada asanya merujuk kepada satu pola, bentuk atau kontigurasi yang diteliti atau diamati oleh seseorang secara keseluruhan.

Teori ini memberi penekanan kepada makna individu itu sendiri dan bagaimana individu itu melakukan pengamatan dan persepsi serta kemahiran dan pengetahuan mereka terhadap pengalaman sendiri.

Menurut Gestalt seseorang individu itu akan mengalami masalah sekiranya ia masih belum berjaya melengkapkan persepsinya atau gagal mempunyai kesedaran yang kurang untuk membolehkannya mengalami atau merasai sesuatu pengalaman.

Manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, mereka tidak menumpukan kepada isu “kenapa” atau “mengapa” tetapi lebih memberi penekanan kepada isu atau persoalan “bagaimana” atau proses.

Terapi Gestalt ini berbeza dengan teori psikoanalisis yang mengatakan bahawa tingkahlaku dan personaliti manusia adalah ditentukan (deterministik) dan dikawal oleh faktor – faktor dalaman dan luaran.

TEORI GESTALT

Page 4: Terapi gestalt oum

Memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga membuat individu akan lebih berdikari, tidak akan bergantung kepada orang lain.

Perl’s turut berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak potensi, tetapi terhalang kerana sekatan – sekatan dalam hidupnya.

Membantu individu agar lebih mengenali diri sendiri dengan mendalam tanpa berusaha untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya.

Membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan pengalaman mereka masing – masing.

Memberi perhatian kepada pola bahasa klien dan struktur ayat yang digunakan.

MATLAMAT TERAPI GESTALT

Page 5: Terapi gestalt oum

Memberi tumpuan kepada aspek yang bercorak eksperimen atau cubaan oleh klien itu sendiri.

Untuk mengelakkan kesan negatif, klien diterangkan terlebih dahulu apa akan berlaku di dalam terapi Gestalt.

Perkara – perkara yang dilakukan dalam terapi Gestalt :

1. Segala cadangan tidak berbentuk arahan atau perintah kepada individu.

2. Klien sendiri harus meneliti dan menilai cadangan kaunselor serta bebas membuat keputusan samada menerima atau menolak.

3. Jika klien membuat keputusan menolak, kaunselor sebaliknya meninjau dan meneroka sebab dan punca kenapa klien berkeputusan untuk menolak.

4. Jika klien menerima , maka beliau boleh meneruskan sebarang aktiviti atau menghentikannya pada bila – bila masa sahaja.

5. Kaunselor perlu mempunyai pengalaman , pengetahuan dan kemahiran mengenai semua teknik – teknik terapi Gestalt.

TEKNIK – TEKNIK DLM TERAPI GESTALT

Page 6: Terapi gestalt oum

Teknik , aktiviti atau treatment oleh kaunselor berpendekatan Gestalt seperti berikut :

1. Aktiviti Berdialog

2. “ Making The Round”

3. Lafaz Ikrar

4. Satu Rahsia

5. Permainan Projeksi

6. Teknik Simetrikal

7. Permainan Raptai

8. Mengenal Perasaan

9. Mentafsir Mimpi, dan lain.

AKTIVITI TERAPI GESTALT

Page 7: Terapi gestalt oum

Teori yang menekankan kepada kesedaran individu kepada prinsip disini dan

sekarang.

Memberi perhatian khusus kepada jenis – jenis tingkahlaku yang tersekat

perkembangannya dan bagaimana tingkahlaku ini menjadi sedemikian sehingga

organisma tidak boleh berfungsi dengan berkesan pada masa sekarang.

Oleh yang demikian, matlamat yang ingin dicapai oleh pendekatan ini adalah ke

rah seseorang individu itu menerima tanggungjawab ke atasnya dirinya sendiri,

hidup untuk masa sekarang dan mengalami hidup secara bebas dan merdeka

serta arah jelas dengan sepenuhnya terutama sekali dari segi perasaan.

KESIMPULAN