terapi gestalt (prof malek)

Upload: sanjay-vengatravana

Post on 10-Feb-2018

308 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    1/51

    TEORI KAUNSELING

    LANJUTAN KKT 6013DIBENTANGKAN KEPADA:

    CR.PROF DR ABDUL MALEKBINABDUL RAHMAN

    OLEH:

    SANJAY VENGATRAVANA

    NAGESWARY SHANMUGHAM

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    2/51

    LATAR BELAKANG DANTOKOH

    Mengikut Corey (1996), terapi Gestalt

    telah menggunakan pendekatan

    Eksistensial / Fenomenologikal yang

    diasaskan kepada premis bahawa

    manusia mesti mencari jalan dalam

    hidupnya dan bertanggungjawab

    terhadap dirinya sendiri jika ia mahumencapai kematangan.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    3/51

    Perkataan Gestalt dalam bahasa Jermanbermaksud bentuk atau lambang. Dalam

    erti lain, Gestalt lebih condong kepadakonsep pembentukan maknanya dalambudaya Malaysia.

    Pembentukan ini menegaskan kefahamansecara keseluruhan pada sesuatupengalaman.

    Prinsip utama Gestalt berpegang kuatbahawa keseluruhan sesuatu itu adalahlebih besar dari jumlah bahagiannya.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    4/51

    Gestalt juga berpegang bahawa individumemilih cara dirinya bergerak balas

    terhadap ransangan luaran dan dalaman. Individu bertanggungjawab ke atas

    tindakannya.

    Lazimnya manusia mempunyai keupayaanmenyedari kesemua kederiaan,pemikiran, emosi dan persepsi.

    Gestalt tidak mementingkan individu

    mengalami perkara yang lampau danyang akan datang. Pengalaman semasapenting mengalami keadaan dirinya.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    5/51

    Perls telah memperkembangkan terapiGestalt berpandukan psikologi Gestalt

    yang telah diasaskan oleh MayWertheimer , Wolfgang Kohler, KurtKoffka.

    Semua tokoh ini berpendapat bahawamanusia seharusnya dilihat secarakeseluruhan (holistic) dan tidakberasingan. Perkataan Gestaltbermaksud dalam bahasa Jerman ialahkeseluruhan as a whole.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    6/51

    Mengikut Amir Awang(1987),seseorang individu dikatakan mengalami

    masalah disebabkan dia belum berjayamelengkapkan persepsinya. Kesedaranyang ada padanya tidak mencukupi untukmembolehkannya mengalami atau merasai

    sepenuhnya sesuatu pengalaman itu.Oleh itu terapi Gestalt telah

    menekankan aspek melengkapkan Gestalt

    agar seseorang individu dapat merasaiatau menyedari sesuatu pengalaman itusecara menyeluruh.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    7/51

    Perls dikatakan telah meneruskan usahamemperkembangkan terapi Gestalt bagi

    mengisi ruang-ruang kosong terapipsikoanalisis.

    Perls melihat bahawa manusia secara

    keseluruhan mempunyai bahagian-bahagian seperti pengalaman, perasaan,kegembiraan, ketakutan , kesedihan dan

    sebagainya.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    8/51

    Semua fenomena ini menjadikan manusia itu

    suatu yang unik. Manusia pada mulanya adalahsatu tetapi kemudian dia telah berkembangdan mengalami pelbagai peristiwa, perasaantakut, gembira, sedih dan lain-lain sehingga

    menyebabkan manusia telah kehilanganbahagian-bahagian tersebut.

    Kemudian manusia cuba berusahamemperlengkapkan semula gestaltnya denganmenyatukan kembali bahagian-bahagian yangterpisah itu ke satu unit yang menyeluruh.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    9/51

    Secara umumnya, terapi gestalt telahmempersepsikan manusia adalah

    bertanggungjawab terhadap tindakan-tindakan yang dibuatnya.

    Terapi ini memberi fokus kepada masa

    sekarang here andnow.Perls telah mengatakan bahawa, sekira

    seseorang itu selalu memikirkan masa

    depan maka ia akan mengalami anxiety.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    10/51

    Oleh itu Perls telah menekankankewujudan di duniasekarang( being in-

    the worlddan berfokus kepada dirisendiri serta bersedia untuk merasaikewujudan pada masa sekarang.

    Konsep gestalt lebih menekankan aspektingkah laku manusia pada masa sekarang

    dan diakui oleh banyak cendikiawandalam pelbagai bidang.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    11/51

    TOKOH

    http://www.google.com.my/url?sa=i&source=images&cd=&cad=rja&docid=hMjVEJFt4iwjmM&tbnid=dnYXz0XKd91SrM:&ved=0CAgQjRwwAA&url=http%3A%2F%2Fwww.gestalt.org%2Ffritz.htm&ei=ssw-Ufj7EcLprAfQq4HABg&psig=AFQjCNEjhynWB9QPZnE8nKAAEO6FqgMoVg&ust=1363156530384127
  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    12/51

    Frederick Salomon Perlsmerupakantokoh utama dalam memperkembangkanterapi Gestalt. Beliau dilahirkan di Berlin,Jerman pada tahun 1893.

    Beliau berbangsa Yahudi dan dari keluargakelas pertengahan bawah (lower-middle-class family).

    Perls merupakan seorang kanak-kanakyang selalu tidak menyenangkan hati orangtuanya dan dianggap pencetus danpenyebab pelbagai masalah kepada

    keluarganya (Corey, 1996).

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    13/51

    Perls pernah dibuang sekolah kerana masalahdisiplin. Dia juga gagal dua kali dalam

    peperiksaan Gred Tujuhnya.Walaupun begitu dengan usaha gigihnya beliau

    berjaya meneruskan pengajiannya sehinggamendapat ijazah doktor perubatan dalambidang psikiatri pada tahun 1921.

    Pada tahun 1916, Perls telah menyertaiAngkatan Tentera Jerman dan bertugas

    sebagai pelajar doktor perubatan pada waktuPerang Dunia Pertama.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    14/51

    Selepas Perang Dunia Pertama, Perlstelah bekerja dengan Kurt Goldstein diGoldstein Institute for Brain DamagedSoldiersdi Frankfurt.

    Ketika di Institut ini beliau telahmenyedari bahawa betapa pentingnya

    manusia dilihat secara keseluruhan danbukannya bahagian-bahagian yangterpisah-pisah.

    Perls kemudian telah berpindah keVienna dan memulakan latihannya dalambidang Psikoanalisis.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    15/51

    Di sini Perls dianalisis oleh WilhelmReich, iaitu seorang pakar psikoanalisis

    yang memulakan kaedah pemahaman diridan perubatan personaliti denganmenganalisis tubuh manusia yang dirawat.

    Perls juga telah diselia oleh beberapaorang tokoh pengamal terapipsikoanalitik termasuklah Karen Horney.

    Pada tahun 1946, Perls telah berpindahke Amerika Syarikat dan telahmeninggalkan amalan dan tradisiPsikoanalitik.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    16/51

    Pada tahun 1952, Perls telah menubuhkanNew York Institute for GestaltTherapy.

    Kemudian beliau telah menetap di BigSur, California dan menganjurkanbeberapa seminar dan bengkel di EsalenInstitute.

    Di sini beliau telah mengukir namasebagai innovator(penambahbaik) dalambidang psikoterapi.

    Beliau juga telah dikagumi bukan sahajakerana tulisan-tulisan profesionalnyatetapi hubungan peribadinya denganpeserta-peserta dalam bengkel dan

    seminar yang dianjurkannya.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    17/51

    Perls merupakan seorang yang mementingkankeperluan hidup dan mempunyai sifat-sifatyang membingungkan vital andperplexing.

    Beliau sering dilihat sebagai manusia yangmengkagumkan , menggerunkan dan yangditakuti, kasar serta mengutamakan kehendak

    sendiri dalam penampilannya.Perls dilihat oleh kebanyakan orang pada masa

    itu sebagai orang mempunyai celik akal yangtinggi insightful, bijak witty, cerdas bright,

    provokatif, manipulatif, memusuhi, mendesakdemanding dan berinspirasi inspirational.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    18/51

    PANDANGAN TERHADAPMANUSIA

    Terapi Gestalt telah memberikan penekananterhadap isu-isu yang berkaitan denganmanusia secara holistik.

    Manusia dilihat mempunyai satu kompasisiyang terdiri dari bahagian-bahagian yangsaling berhubungkait di antara satu sama lainseperti perasaan, fikiran, dan tingkah laku

    yang saling berinteraksi dan bergerak balassecara aktif dan bukan berasingan.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    19/51

    Pada asasnya terapi ini telah melihatmanusia itu mempunyai sifat tabii

    berdasarkan falsafahkewujudan(existentialism) danfenomenologi.

    Menurut Gladding(1988), pandanganterapi terhadap manusia dilihat berakarumbi dalam falsafah kewujudan dan

    fenomenologi. Ketulenan pengetahuanadalah hasil daripada bukti serta mertadi dalam pengalaman setiap individu.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    20/51

    Sasaran terapi bukan untuk menganalisatetapi melihat hubungkait konflik yang ada di

    dalam diri individu. Proses dipunyai semula adalah sebahagian

    daripada diri sendiri dan pelbagai proses ataulangkah demi langkah sehingga klien cukup

    kuat membawa dirinya atau menghadapipertumbuhan diri.

    Dengan menyedari mereka boleh membuatpilihan yang tepat dan oleh itu mampumenjalani kehidupan yang lebih bermakna.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    21/51

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    22/51

    ANTARAPANDANGAN-PANDANGANTERAPIGESTALTTERHADAPMANUSIA IALAH:

    Manusia adalah satu organisma yangbersepadu atau saling berhubung kait di

    antara satu sama lain yang terdiri daripadafizikal, mental , spiritual dan emosi. Semuakompenan ini berfungsi secara keseluruhanatau berada dalam satu kesatuan.

    Pada hakikatnya manusia yang sihat akanberperasaan , mempunyai fikiran danbertingkah laku secara sihat, jelas danbersepadu.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    23/51

    Manusia juga dilihat mempunyaitanggungjawab , berkebolehan,

    mempunyai bakat dan keupayaan untukmenguruskan diri, merasai danberupaya menyatukan segala perasaan

    dan pengalaman dalam keadaan diriyang bersepadu.

    Namun ketika proses pembesaran,

    pertumbuhan dan perkembangannyamaka berlaku masalah yangmenyebabkan wujudnya kebuntuan dansukar ditangani.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    24/51

    Manusia dilihat sebagai sebahagian daripersekitaran yang saling berinteraksi antarasatu sama lain.

    Objek atau orang dalam persekitaran yangmemuaskan keperluannya akan memperolehkatarsis positif manakala yang menghalangkepuasan itu akan memperoleh katarsis

    negatif. Sekiranya individu itu dapat atau berusaha

    mendampingi katarsis positif dan mengelakkatarsis negatif, maka gestalt individu itu

    akan menjadi sempurna. Kejayaan ini membolehkan individu tersebut

    menumpukan perhatiannya kepada perkaralain yang akan menjelma dalam interaksi atau

    konfigurasi baru.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    25/51

    Manusia dipercayai mempunyai naluriseks dan naluri lapar bagi meneruskan

    zuriatnya. Naluri lapar akanberkembang mengikut tahap-tahapyang tertentu dan setiap tahapmempunyai ciri-ciri personaliti danperkembangan diri yang berbeza.

    Setiap individu mempunyai realitimereka tersendiri yang dipetik dan

    dipilih daripada realiti objektif yangwujud di dalam dunia nyata. Pilihan iniakan dijadikan pula sebagai realitisubjek hidup masing-masing.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    26/51

    Manusia dapat menumpukan perhatiankepada aspek yang berkaitan dengan minatdan keperluan masing-masing pada suatu

    ketika tertentu sahaja dan ia tidak dapatbertindak kepada keseluruhanpersekitarannya.

    Manusia juga mempunyai kecenderungan bagi

    mencapai perimbangan atau homeostasis.Dalam ertikata yang lain sekiranya berlakugangguan kepada perimbangan akibatmunculnya keperluan maka akan wujudlah

    mekanisma-mekanisma yang akan berusahamencapai perimbangan.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    27/51

    Teori ini juga berpendapat bahawa manusiasebenarnya lengkap dan berkemampuanuntuk menyesuaikan diri dengan apa yangberlaku pada mereka. Apa yang merekaalami adalah akibat daripada matlamat dantujuan diri sendiri.

    Dengan itu manusia boleh mengendalikantanggungjawab peribadinya sebagai manusiayang berguna, personaliti yang sihat yanglahir daripada pengalaman hidup yang

    bermakna. Pendekatan ini telah menekankankepada situasi semasa dan menikmatisepenuhnya apa yang ada.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    28/51

    Manusia juga boleh mengendalikan dirisendiri dengan berkesan sekiranya

    mereka menyedari apa yang berlakudisekitarnya.

    Terapi ini memberi halangan dan

    cabaran untuk mendapatkanpengetahuan dan kesedaran supayamendapat kehidupan yang lebihbermakna.

    Individu dijangka mempunyaikebolehan bagi membantu diri sertamengambil peluang menjalankanterapinya sendiri.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    29/51

    Pada dasarnya teori gestaltmengandaikan bahawa manusia boleh

    menghadapi persoalan hidupnya terutamajika mereka mengetahui apa yang berlakudipersekitarannya.

    Oleh itu untuk mencapai perkembangandiri individu , terapi ini telahmenyediakan persekitaran yangsepatutnya dan cabaran-cabaran untukmenolongnya ke arah kewujudan dansebenar atau lebih penting danmencabar.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    30/51

    Corey (1996), telah mengatakan bahawa terapiGestalt menggunakan pendekatan Eksistensialatau Fenomenologi yang diasaskan kepada

    premis bahawa manusia bebas mencari jalanhidupnya dan bertanggungjawab terhadapdirinya sendiri sekiranya dia mahu mencarikematangan.

    Oleh itu Teori Gestalt telah menekankankepada kesedaran individu kepada prinsip disini dan sekarang.

    Ia memberi perhatian khusus kepada jenis-

    jenis tingkah laku yang tersekatperkembangannya dan bagaimana tingkah lakuitu menjadi sedemikian sehingga organismatidak boleh berfungsi dengan berkesan pada

    masa sekarang.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    31/51

    PRINSIPGESTALT

    KeseluruhanMengikut Latner (1986), holistik merupakan

    satu prinsip asas dalam Teori Gestalt.

    Semua keadaan dilihat disatukan dan berkait

    secara menyeluruh dan kesemuanya adalahberbeza daripada jumlah bahagian-bahagiantertentu.

    Kita akan dapat memahami dan dilihat dalampelbagai diminsi pertimbangan kefungsianmanusia.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    32/51

    Kerana terapi Gsetalt melihat manusiasecara keseluruhan, tidak kepada nilai

    keunggulan semata-mata pada seseorangindividu.Dalam latihan Gestalt, ianya hadir dalam

    percakapan, perasaan, tingkah laku,

    badan dan mimpi klien.Ia menitikberatkan integrasi, bagaimana

    sesetengah bahagian melengkapi

    bersama dan bagaimana seseorangindividu melakukan hubungan denganpersekitaran.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    33/51

    Field TheoryTerapi Gestalt asasnya berdasarkan teori

    lapangan, yang mana secara prinsipnya dilihatorganisma itu mesti berkait denganpersekitarannya, keadaan, sentiasa mengubahlapangan.

    Terapi Gestalt dalam keadaan tertentu, padaprinsipnya sesuatu itu berhubung, perubahanberterusan, berkait dan dalam proses.

    Terapi Gestalt memberi perhatian danmeneroka dengan jelas tentang sempadanantara seseorang dan persekitarannya.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    34/51

    Proses Bentuk MaklumatPemerolehan daripada lapangan tentang

    persepsi visual daripada kumpulan PsikologiGestalt, proses bentuk maklumat dihuraikanialah bagaimana individu menguruspersekitaran daripada masa ke semasa.

    Dalam terapi Gestalt lapangan yang tidakberbeza dipanggil latar belakang dan fokusperhatian dipanggil figure/bentuk (Latner,

    1986).

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    35/51

    Proses bentuk maklumat memberi kesanbagaimana sesetengah aspek lapanganpersekitaran timbul daripada latar

    belakang dan menjadi fokus utamaperhatian individu.

    Keperluan yang dominan bagi individu ialahmemberi masa mempengaruhi dalam

    proses tersebut.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    36/51

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    37/51

    Organismic self-Regulation/ PeraturanDiri Organisma

    Proses bentuk maklumat akan berbelit-belit dengan prinsip Peraturan diriorganisma.

    Proses keseimbangan akan diganggu olehkemunculan keperluan, sensasi, atauinterest.

    Organisma akan melakukan dengan

    terbaik mengawal diri orang lain,memberi sesuatu berdasarkan kebolehanmereka dan sumber kepada persekitaran

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    38/51

    Seseorang individu akan bertingkah laku danmembuat hubungan secara seimbang atau

    menyumbang kepada perubahan danpertumbuhan dirinya.

    Dalam hubungan kerja teraputik, klien akanbekerjasama dengan minatnya atau apa

    keperluan yang boleh mendapat kembalipemikiran secara seimbang.

    Terapi Gestalt secara langsung akan

    menyedarkan klien gambaran tentang latarbelakang dengan menggunakan proses bentukmaklumat dan fokus kepada kerja teraputik

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    39/51

    KONSEP-KONSEPUTAMATERAPIThe Now /Saat-saat Sekarang; Pendekatan Teori Gestalt telah memberikan

    penekanan kepada isu-isu yang berkaitandengan kemanusiaan secara keseluruhan.Pada asasnya teori ini melihat sifat tabii

    manusia berdasarkan kepada falsafahkewujudan dan fenomenologi.

    Pendekatan ini memfokuskan kepada

    kesedaran individu dalam menerimatanggungjawab peribadi dan perseorangan.Jika seseorang itu boleh membuat pilihanmaka kehidupannya menjadi lebih bermakna.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    40/51

    Andaian asas teori ini ialah individu bolehmengendalikan masalah dirinya sendiri denganberkesan sekiranya mereka sedar apa yangberlaku disekelilingnya.

    Kaunselor terapi Gestalt berpendapat manusiasebenarnya lengkap dan berkemampuan

    menyesuaikan diri dengan apa yang berlakupadanya.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    41/51

    DISINIDANKINIHEREANDNOW

    Pendekatan ini memberikan penekanan kepadaapa yang dirasai pada masa kini dan padaketika ini. Perbincangan di sini dan kinibertumpu kepada isu bagaimana dansekarang, bukannya isu-isu yang berkaitan

    dengan mengapa, bila, masa lepas ,ataumasa akan datang .

    Mengikut terapi Gestalt, adalah merugikanatau tidak berguna sekiranya kita asyik

    bercakap atau berbincang mengenai perkarayang sudah lepas atau pada masa lampau.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    42/51

    Masa yang lampau merupakan perkara-perkarayang telah pun berlaku dan tidak dapat diubah

    lagi dan hanya menjadi milik individu yangberpenyakit yang suka merintih nasib yanglalu.

    Masa akan datang merupakan suatu yang belum

    pasti dan tidak perlu diberi perhatian keranabimbangkan masa yang akan datang hanya akanmerugikan potensi diri manusia itu sendiri.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    43/51

    Namun, pengalaman masa lampau yangsignifikan boleh dikaitkan dengan apa yangdirasai dan dialami masa kini. Dalam erti katayang lain, individu itu perlu diajakpengalamannya yang lampau kepada situasimasa kini dan cuba melahirkan perasaan yang

    dirasai pada masa itu.Namun, perbincangan pengalaman masa lampau

    tidak dibenarkan kerana itu akan menjadialasan bagi mengelakkan dirinya daripada

    berhadapan dengan perasaan dan peranan yangdipertanggungjawabkan.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    44/51

    Dalam teori ini, kaunselor atau pembantukepada klien perlu menggunakan soalan-soalan

    apadan bagaimanasahaja untuk mendorongklien menumpukan perhatian mereka kepadapemikiran perasaan dan pengalaman masa kinidan di sini.

    Bagi terapis Gestalt, pengalaman masa kinidan perasaan masa kini amat penting keranaialah yang menyebabkan masalah bagiseseorang individu itu wujud

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    45/51

    Soalan-soalan seperti kenapaatau mengapaadalah hendaklah dielakkan kerana soalan-soalan ini akan menggalakkan klienmenggunakan helah bela diri defensemechanismseperti intelektualisasi dan huraiankognitif.

    Selain itu, untuk mendorong klien menumpukanperhatian kepada masa kini, terapis juga tidakakan membenarkan klien bercakap mengenaipengalaman-pengalamannya.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    46/51

    Bercakap mengenai sesuatu merupakan prosesintelektualisasi yang gagal bagi mendorong

    seseorang untuk menyatakan apa yangsebenarnya yang dirasai dan dialaminya masakini.

    Terapi ini yakin bahawa, melalui curahan

    perasaan sahajalah akan dapat membantu danmendorong seseorang itu merasai ataumengalami ketidaklengkapan perasaan danpengalamannya.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    47/51

    PERKARAYANGBELUM ATAUTIDAKSELESAI(UNFINISHEDBUSINESS)

    Konsep ini mempunyai kaitan rapatdengan hukum perlindungan atau

    persembunyian diri Closuresebagaisuatu situasi yang akan memberikanpengertian kepada bahagian-

    bahagian yang dipersepsikan olehindividu tersebut.

    T li d d b i i i d

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    48/51

    Tanpa perlindungan dan persembunyian ini danditambah pula dengan penyempurnaan closure,kadang-kadang sesuatu tanggapan itu tidak ada

    pengertian dan akan tinggal tergantung atauterbengkalai dalam diri individu tersebut.

    Perkara ini turut berlaku pada sistem

    pemikiran dan perasaan manusia.

    Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    49/51

    Walau bagaimanapun , dalam keadaan tertentuperasaan seperti marah, benci, sedih,bersalah, dan sebagainya tidak dapatdilepaskan lantaran sesuatu sebab.

    Implikasinya, perasaan-perasaan akan sentiasaterbuku di dalam sistem diri atau tubuh badanmanusia.

    Seterusnya perasaan ini akan mengganggu kita

    dalam menjalani kehidupan sehari-harian tanpadisedari selagi ia tidak dilepaskan dandisempurnakan.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    50/51

    PENUTUP

    Dengan itu, teori Gestalt telahmenggalakkan kliennya supayamelepaskan apa-apa perasaan yang

    terpendam di dalam hati supaya iatidak lagi mengganggu caraseseorang berfungsi masa kini.

  • 7/22/2019 Terapi Gestalt (Prof Malek)

    51/51

    Sekian dan terima Kasih