terangkan peranan golongan berpendidikan agama dalam ... · pdf file2 lidah benar dan suara...

2
1 Terangkan peranan golongan berpendidikan agama dalam mencetuskan kesedaran sosial di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. A. PENDAHULUAN Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendidikan agama dari Timur Tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh Syed.Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Kaum Muda bermatlamat untuk memajukan bangsa Melayu berasaskan perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ialah al- Imam. Antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Hj. Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd. Salim al-Kalali. Selain itu golongan berpendidikan pondok yang dikenali sebagai Kaum Tua juga berperanan dalam mencetuskan kesedaran sosial di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 B. ISI 1. Matamat perjuangan Kaum Muda ialah memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran Islam yang sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari amalan-amalan taklid buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu. 2. Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan bagi kemajuan orang Melayu. Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih liberal. Pendidikan dalam kalangan kaum perempuan juga dipentingkan. Selain menekankan kepentingan pendidikan agama, pendidikan bercorak moden seperti penekanan bahasa Inggeris juga dititikberatkan. 3. Di dalam aspek politik Kaum Muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu bekerjasama. Kaum Muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan pendidikan yang cukup dan seterusnya memajukan orang Melayu. 4. Kaum Muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti menubuhkan persatuan bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan ekonomi. Kaum Muda turut menuntut orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan, menubuhkan koperasi danmenggunakan sistem kemudahan di bank. 5. Kaum Muda menjadikan akhbar dan majalah sebagai saluran perjuangan mereka. Antaranya ialah Al- Imam. Al-Imam diterbitkan di Singapura bulan Julai 1906. Ia satu penerbitan bulanan dan dihentikan penerbitannya pada Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka (orang Melayu ). 6. Selain itu tedapat juga akhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan Kaum Muda, Neraca (Singapura, 1911-1915), AI-Ikhwan (Pulau Pinang, 1926-1931), Saudara (Pulau Pinang, 1928-1941), dan Edaran Zaman (Pulau Pinang, 1925-30). 7. Selain akhbar dan majalah Kaum Muda juga menjadikan masjid dan surau sebagai saluran perjuangan mereka. Antaranya ialah Madrasah Al-lkbal yang dibuka pada 21 November 1907. Melalui madrasah ini, mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama mata pelajaran bersifat keagamaan. 8. Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah AlHadi (Melaka 1917), Madrasah Muhammadiah (Kota Bahru 1917), dan Madrasah Al-Diniah (Kg Lalang Perak, 1924) 9. Idea perjuangan Kaum Muda mendapat tentangan daripada golongan yang berpendidikan pondok. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Tua. Kaum Tua kerap mengkritik Kaum Muda melalui akhbar

Upload: phamhanh

Post on 08-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terangkan peranan golongan berpendidikan agama dalam ... · PDF file2 Lidah Benar dan Suara Benar. Kaum Muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata susila. Kaum Tua menentang

1

Terangkan peranan golongan berpendidikan agama dalam mencetuskan kesedaran sosial di Tanah

Melayu pada awal abad ke-20.

A. PENDAHULUAN

Gerakan kesedaran yang pertama digerakkan oleh mereka yang berpendidikan agama dari Timur

Tengah. Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai oleh

Syed.Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Kaum Muda bermatlamat untuk memajukan

bangsa Melayu berasaskan perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ialah al-

Imam. Antara para pemimpin umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Hj.

Abbas bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd. Salim al-Kalali. Selain itu golongan berpendidikan pondok yang

dikenali sebagai Kaum Tua juga berperanan dalam mencetuskan kesedaran sosial di Tanah Melayu pada

awal abad ke-20

B. ISI

1. Matamat perjuangan Kaum Muda ialah memajukan kaum Melayu berasaskan ajaran Islam yang

sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan hadis. Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang

Melayu dari amalan-amalan taklid buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang

menghalang kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan

kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang Melayu.

2. Kaum Muda menekankan kepentingan sistem pendidikan bagi kemajuan orang Melayu. Pendidikan

adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih

liberal. Pendidikan dalam kalangan kaum perempuan juga dipentingkan. Selain menekankan

kepentingan pendidikan agama, pendidikan bercorak moden seperti penekanan bahasa Inggeris juga

dititikberatkan.

3. Di dalam aspek politik Kaum Muda bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu bekerjasama.

Kaum Muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal memberikan pendidikan yang cukup dan

seterusnya memajukan orang Melayu.

4. Kaum Muda juga bersifat anti birokrasi elit Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan

supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti

menubuhkan persatuan bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan ekonomi. Kaum Muda

turut menuntut orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan, menubuhkan koperasi

danmenggunakan sistem kemudahan di bank.

5. Kaum Muda menjadikan akhbar dan majalah sebagai saluran perjuangan mereka. Antaranya ialah Al-

Imam. Al-Imam diterbitkan di Singapura bulan Julai 1906. Ia satu penerbitan bulanan dan dihentikan

penerbitannya pada Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai dan

menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang

menyeru dengan kebajikan kepada mereka (orang Melayu ).

6. Selain itu tedapat juga akhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan penulisan Kaum

Muda, Neraca (Singapura, 1911-1915), AI-Ikhwan (Pulau Pinang, 1926-1931), Saudara (Pulau

Pinang, 1928-1941), dan Edaran Zaman (Pulau Pinang, 1925-30).

7. Selain akhbar dan majalah Kaum Muda juga menjadikan masjid dan surau sebagai saluran perjuangan

mereka. Antaranya ialah Madrasah Al-lkbal yang dibuka pada 21 November 1907. Melalui madrasah

ini, mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa Inggeris, bahasa Melayu,

Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan bersama mata pelajaran bersifat keagamaan.

8. Madrasah-madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah AlHadi

(Melaka 1917), Madrasah Muhammadiah (Kota Bahru 1917), dan Madrasah Al-Diniah (Kg Lalang

Perak, 1924)

9. Idea perjuangan Kaum Muda mendapat tentangan daripada golongan yang berpendidikan pondok.

Golongan ini dikenali sebagai Kaum Tua. Kaum Tua kerap mengkritik Kaum Muda melalui akhbar

Page 2: Terangkan peranan golongan berpendidikan agama dalam ... · PDF file2 Lidah Benar dan Suara Benar. Kaum Muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata susila. Kaum Tua menentang

2

Lidah Benar dan Suara Benar. Kaum Muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata

susila. Kaum Tua menentang Kaum Muda kerana kegiatan dan idea-idea Kaum Muda ini menggugat

kedudukan mereka sebagai elit agama di dalam masyarakat Melayu sama ada di peringkat negeri

mahupun di peringkat kampung-kampung.

10. Para mufti telah mengeluarkan fatwa yang mengutuk Kaum Muda sebagai kafir dan Qadiani. Kaum

muda telah dilarang untuk. berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat beberapa

penerbitan Kaum Muda yang diharamkan penyebarannya di beberapa negeri.

C. KESIMPULAN

Kesimpulannya, Kaum Muda memainkan peranan penting dalam mencetuskan kesedaran

sosial dalam kalangan orang Melayu. Biarpun idea dan seruan Kaum Muda kerap dikritik oleh Kaum Tua,

namun sumbangan kedua-dua golongan ini sebenarnya sangat bermakna.