teori perkembangan individu

4
TUGASAN 1 (A) Melalui pembacaan anda, huraikan lima aspek perbezaan individu di kalangan murid dan kaitkan ia dengan Teori Perkembangan Individu agar guru dapat merancang satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Setiap individu adalah berbeza dan unik. Perkara ini yang membuatkan setiap individu mempunyai ciri-ciri dan personaliti yang tersendiri. Perbezaan inidividu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (Henson & Eller, 2012). Perbezaan bermaksud kelainan atau ketidaksamaan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Manakala individu boleh ditakrifkan sebagai keindividuan atau sifat yg membezakan seseorang daripada yang lain (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perbezaan individu juga boleh didefinisikan sebagai kepelbagaian atau perbezaan dalam watak personaliti individu-individu daripada norma kumpulan atau dari aspek-aspek kognitif, emosi, fizikal, sosial, bakat dan sebagainya (Singh, 2012). Dalam konteks tugasan ini, perbezaan individu dapat didefinisikan sebagai perkara-perkara atau sifat-sifat yang terdapat pada seseorang murid yang membuatkan murid itu berlainan daripada rakan-rakannya yang lain. Setiap individu mempunyai perbezaan dari segi perasaan, tingkah laku dan pemikiran. Perbezaan-perbezaan tersebut dapat dilihat dari beberapa aspek. Antaranya ialah dari segi fizikal, kognitif, emosi, sosial, budaya dan rohani. Aspek pertama yang akan dibincangkan dalam tugasan ini adalah dari segi fizikal. Takrifan fizikal adalah berkaitan badan atau jasmani (Kamus Dewan Edisi Keempat). Setiap orang mempunyai perbezaan dari segi jantina, saiz badan, rupa dan juga tahap kemahiran jasmani. Ciri-

Upload: farhana-afiqah-adinan

Post on 13-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teori perkembangan individu

TRANSCRIPT

Page 1: teori perkembangan individu

TUGASAN 1

(A) Melalui pembacaan anda, huraikan lima aspek perbezaan individu di kalangan murid dan

kaitkan ia dengan Teori Perkembangan Individu agar guru dapat merancang satu proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Setiap individu adalah berbeza dan unik. Perkara ini yang membuatkan setiap individu

mempunyai ciri-ciri dan personaliti yang tersendiri. Perbezaan inidividu merujuk kepada ciri-ciri

atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang

atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (Henson &

Eller, 2012). Perbezaan bermaksud kelainan atau ketidaksamaan (Kamus Dewan Edisi

Keempat). Manakala individu boleh ditakrifkan sebagai keindividuan atau sifat yg membezakan

seseorang daripada yang lain (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perbezaan individu juga boleh

didefinisikan sebagai kepelbagaian atau perbezaan dalam watak personaliti individu-individu

daripada norma kumpulan atau dari aspek-aspek kognitif, emosi, fizikal, sosial, bakat dan

sebagainya (Singh, 2012). Dalam konteks tugasan ini, perbezaan individu dapat didefinisikan

sebagai perkara-perkara atau sifat-sifat yang terdapat pada seseorang murid yang membuatkan

murid itu berlainan daripada rakan-rakannya yang lain. Setiap individu mempunyai perbezaan

dari segi perasaan, tingkah laku dan pemikiran. Perbezaan-perbezaan tersebut dapat dilihat

dari beberapa aspek. Antaranya ialah dari segi fizikal, kognitif, emosi, sosial, budaya dan

rohani.

Aspek pertama yang akan dibincangkan dalam tugasan ini adalah dari segi fizikal. Takrifan

fizikal adalah berkaitan badan atau jasmani (Kamus Dewan Edisi Keempat). Setiap orang

mempunyai perbezaan dari segi jantina, saiz badan, rupa dan juga tahap kemahiran jasmani.

Ciri-ciri fizikal diwarisi daripada genetik keturunan dan dapat diperhatikan dari aspek luaran

seperti susuk tubuh badan, bentuk paras muka, ketinggian dan sebagainya. Aspek fizikal juga

merangkumi dari segi fizikal dalaman seperti jumlah neuron di dalam otak serta saiz tulang dan

sebagainya. Aspek ini juga melibatkan dari segi pertumbuhan fizikal seseorang murid dan

kematangan yang dimiliki murid tersebut. Secara amnya, murid lelaki mempunyai saiz tubuh

badan yang lebih besar daripada murid perempuan dan juga mereka mempunyai lebih

kekuatan fizikal. Dari segi kematangan pula, murid perempuan pada kebiasannya akan lebih

cepat matang berbanding murid lelaki. Aspek perbezaan fizikal ini dapat dikaitkan dengan Teori

Perkembangan Kanak-kanak Gesell. Dalam teori, beliau menyatakan bahawa kematangan

kanak-kanak adalah secara berperingkat-peringkat dan perkembangan tersebut telah

ditentukan terlebih dahulu dan akan diselaraskan dengan sendiri secara semulajadi. Mengikut

Page 2: teori perkembangan individu

Gesell, perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh kematangan yang berlaku secara

urutan tertentu tetapi ia berbeza dari segi kadar pekembangan untuk setiap individu (Singh,

2012). Gesell telah membahagikan tahap perkembangan tersebut kepada beberapa peringkat.

Peringkat yang menjadi tumpuan dalam tugasan ini adalah peringkat umur di mana individu

tersebut akan memulakan zaman persekolahan. Masa peralihan lancar iaitu dari umur 7 hingga

10 tahun melibatkan adaptasi, perubahan dan penggabungan ke arah kehidupan sekolah. Oleh

itu, para guru haruslah membuatkan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat santai dan

berunsurkan permainan bagi membolehkan murid melalui fasa ini dengan baik. Peringkat yang

seterusnya adalah masa peralihan iaitu dari umur 11 hingga 14 tahun di mana murid sedang

memasuki alam remaja dan mengalami kematangan dan konflik. Guru pada tahap ini haruslah

bijak mengawal serta mengambil hati murid supaya mereka tidak mengalami kejutan budaya.

Masa penggabungan adalah peringkat berikutnya bagi murid yang berumur 15 hingga 16 tahun

di mana mereka sedang bersedia menghadapi cabaran kedewasaan. Para guru haruslah

berusaha untuk memahami fasa peralihan yang sedang dialami oleh murid-murid.

Selain itu, aspek perbezaan yang lain adalah dari segi kognitif iaitu mental. Kognitif bermakna

perkara yang berkaitan dengan kognisi (Kamus Dewan Edisi Keempat). Kognitif juga dapat

dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti mental seperti penyelesaian masalah, penaakulan, pengiraan,

proses analisis dan lain-lain. Segala aktiviti atau kebolehan ini bergantung kepada rangsangan

yang diterima serta kadar penerimaan dan pemprosesan maklumat individu tersebut. Terdapat

murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang melibatkan keupayaan kognitif seperti

disleksia yang mengakibatkan murid tersebut sukar untuk membaca. Keadaan ini memerlukan

guru khas yang mempunyai pengalaman serta kemahiran untuk mengajar murid tersebut. Teori

yang dapat dikaitkan dengan aspek ini adalah Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Teori ini

adalah mengenai proses-proses kognitif dan keupayaan seseorang individu berdasarkan

tindakan-tindakan yang kemudian menjadi operasi mindanya (Singh, 2012). Terdapat 4 konsep

utama yang dikenal pasti oleh Piaget bagi menjelaskan bagaimana murid dapat memperoleh

perkembangan kognitif yang sempurna. Konsep tersebut adalah skema iaitu pengetahuan dan

ilmu kendiri, asimilasi iaitu proses menerima dan memasukkan pengetahuan baru kepada

pengetahuan sedia ada, akomodasi iaitu proses penyesuaian pengetahuan lama dengan

pengetahuan baru dan yang terakhir sekali adalah perseimbangan yang merujuk kepada

peringkat seimbang yang tercapai antara proses asimilasi dan akomodasi. Pengetahuan

terperinci tentang konsep-konsep ini akan membantu guru dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Page 3: teori perkembangan individu

Aspek perbezaan individu yang seterusnya adalah dari segi emosi. Emosi bermaksud

perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira dan takut (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Terdapat pelbagai tahap kestabilan emosi di kalangan murid. Hal ini adalah kerana murid

berasal dari latar belakang yang berbeza dan justeru itu, mempengaruhi emosi dan cara murid

mengawal emosi mereka. Emosi juga dipengaruhi oleh umur dan tahap kematangen murid.

Perbezaan emosi merangkumi emosi-emosi ketakutan, senditif, cepat marah, pemalu dan pasif

(Singh, 2012). Antara Teori Perkembangan Individu yang dapat dihubungkan dengan aspek

emosi adalah Teori Personaliti Erikson. Teori ini memperkatakan tentang tahap perkembangan

perwatakan di kalangan kanak-kanak, khususnya dalam krisis identiti remaja.