peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

43
Pringkat-Pringkat Perkembangan Kanak-Kanak Dan Teori-Teori Perkembangan Yang Berkaitan: Perkembangan Sosioemosi Kumpulan 1 Oleh: Mohd Syafie Asrul Hafiz Wan Mohd Ridzauddin Muhammad Shafiq

Upload: nor-azmi-sabri

Post on 03-Jul-2015

1.184 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Pringkat-Pringkat

Perkembangan Kanak-Kanak

Dan Teori-Teori

Perkembangan Yang

Berkaitan:

Perkembangan Sosioemosi

Kumpulan 1

Oleh: Mohd Syafie

Asrul Hafiz

Wan Mohd Ridzauddin

Muhammad Shafiq

Page 2: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Perkembangan Sosio-emosi

• Memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang.

• Penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.

• Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.

Page 3: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.

• Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain

• Membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.

[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]

Page 4: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang

• Sosio-emosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat

Page 5: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Sosio-emosi

• Terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi

• Kamus Pelajar Edisi Pertama-sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.

• Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan

Page 6: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya

• Terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri

“Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri” (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Page 7: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Emosi

• Emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”

• Satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya

• Ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi

Page 8: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat:

– emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi.

– datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain.

– Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain

Page 9: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Teori-teori Perkembangan Sosioemosi

• Bandura – Menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-

kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. – Berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku

emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu.

– Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

Page 10: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak

• personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini

• Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial

Page 11: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK DARI ASPEK MORAL

• TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean Piaget berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu :

– Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10 tahun )

– Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas )

Page 12: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus ( 6-10 tahun )

• Kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain.

• Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan pada tahap ini kanak-kanak hanya dapat melihat sesuatu peraturan dengan satu pandangan sahaja.

Page 13: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas )

• Tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah mula kurang egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah.

• Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain bergantung kepada kematangan kognitif dan pengalaman sosial terutama sekali pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku sesama kawan-kawan.

Page 14: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• TEORI KOHLBERG

– berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat

– membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu dilema yang dialaminya

Page 15: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Moraliti Prakonvensional ( 0 hingga 9 tahun )

• Berdasarkan kepada betul atau salah tingkah laku bergantung kepada tekanan luaran.

• Kanak-kanak akan mematuhi peraturan demi mengelak daripada dikenakan dendaan atau memperoleh ganjaran atau untuk kepentingan diri kanak-kanak tersebut

Page 16: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu:

– Peringkat 1 : Orientasi Dendaan dan Taat di mana motif utama tingkah laku untuk mengelak dendaan

– Peringkat 2 : Orientasi Egoistik yang membolehkan seseorang kanak-kanak mematuhi peraturan demi untuk menerima ganjaran untuk memuaskan kehendak diri mereka.

Page 17: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Moraliti Konvensional ( 9 hingga 15 tahun )

• Mesti akur pada norma yang dipegang oleh majoriti dan perlu dikekalkan oleh sosial menjadi cara utama penaakulan moral pada tahap ini

• boleh menerima pendapat dan motif orang lain.

• Mereka juga sudah bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Page 18: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Tahap ini mempunyai 2 peringkat iaitu :

– Peringkat 3 : Moraliti “Budak baik” yang mana apa yang betul ialah apa yang dipersetujui oleh autoriti.

– Peringkat 4 : Moraliti Mengekalkan Susunan Sosial dan Autoriti pula ialah apa yang betul sekarang ialah apa yang akur atau selaras dengan peraturan yang dilaksanakan oleh autoriti.

Page 19: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Imam Al-Ghazali– akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam

diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran.

– Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu

Page 20: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

– Anak-anak harus disediakan dengan aspek pengawasan, prinsip muraqabah bahawa Allah Maha Besar dan sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang mereka lakukan

Page 21: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Firman Allah:Luqman menasihati anaknya dengan berkata , ‘Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) seberat biji sawi sekalipun, serta ia tersembunyi di dalam batu besar ataupun di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalas-Nya) kerana sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi segala yang tersembunyi.’(surah Luqman ayat 16)

Page 22: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK DARI ASPEK EMOSI

• Secara amnya, emosi adalah perasaan atau kompenen efek dalam tingkah laku seseorang manusia (Lefrancois,2001)

• Santock ( 1998 ), mendefinasikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi ( physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum

Page 23: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif.

EMOSI

NEGATIF POSITIF

Page 24: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat.

• Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya.

• Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi ini serentak.

Page 25: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz berkata

“ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka”

Page 26: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosio emosi pula ia adalah untuk membolehkan mereka ( kanak-kanak ) dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untukmenghadapi cabaran dalam kehidupan harian

Page 27: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• kanak-kanak mengawal emosinya berasaskan pemikiran. Mereka menganggap satu cara untuk tidak sedih dengan cara memikirkan sesuatu yang akan lebih menggembirakannya

Page 28: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK

• Satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya

• melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial

Page 29: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya.

Page 30: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Proses Sosialisasi

• Kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka.

• Mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. – Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan

emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat

Page 31: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Ditentukan pula oleh konteks budaya.

• Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.

• Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Page 32: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Teori Perkembangan Sosial

• Erik Erikson

– Teori Perkembangan Psikososial Erikson

• Menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik

• Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini

Page 33: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

Page 34: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun)

• Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya.

• Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu kepada dirinya.

Page 35: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Inisiatif lawan rasa berasa bersalah(4 hingga 6 tahun)

• Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku.

• Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya.

Page 36: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

-Pembentukan kesedaran kendiri melalui

identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran

tentang tanggungjawab atas tindakan

sendiri.

-Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan

-Identifikasi

Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah

( 2 atau 3 tahun-6 tahun)

Page 37: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

- Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda.

- Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.

Page 38: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun)

-Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya.Sekolah dan guru-Pendidikan dan pembelajaran-GalakanPerkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir.

Page 39: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

KONSEP TEORI PERSAHABATAN

• Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaitu

– Tahap Pertama

– Tahap Kedua

– Tahap Ketiga

Page 40: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja.

• Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut.

• Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan

Page 41: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai “one way assistance”.

• Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun.

• Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa.

Page 42: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

• Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai “intimate and mutually shared relationship”.

• Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula difahami

Page 43: Peringkat perkembangan kanak-kanak dant teori-teori perkembangannya

SEKIAN,

TERIMA KASIH