teori pengkaedahan melayu
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Dunia kesusasteraan melayu telah banyak berubah dari semasa ke
semasa. Tetapi dalam perkembangan teori sastera, kita masih lagi bergantung
dengan teori-teori kesusasteraan dari barat. Para pengkaji sastera tanah air
masih lagi menggunakan teori-teori barat seperti teori ekspresif, teori mimetik,
teori pragmatik, teori objektif, dan sebagainya dalam mengkaji dan menjalankan
penjelidikan sastera. Kemudian pengkaji sastera juga didedahkan dengan teori-
teori moden dan pascamoden barat seperti teori Psikologi, teori Resepsi, teori
Intertekstualiti, teori Marxisme dan sebagainya.
Pada akhir tahun 80-an, sarjana tempatan telah menghasilkan teori
tempatan atas kesedaran akan kelemahan, kekurangan dan ketidaksesuaian
teori barat dalam mengkaji karya-karya sastera tempatan. Ini kerana banyak
teori-teori barat tidak sesuai untuk digarapkan dengan karya tempatan dan tidak
sesuai dengan budaya dan cara hidup masyarakat melayu itu sendiri. Oleh itu,
sarja-sarja tempatan telah menghasilkan teori tempatan yang sesuai digunakan
dalam sastera tempatan. Antara teori yang dihasilkan oleh sarjana tempatan
ialah Teori Puitika Sastera Melayu yang diperkenalkan oleh Muhammad Haji
Salleh, Teori Teksdealisme oleh Mana Sikana, Teori Takmilah, Teori Persuratan
Baru oleh Mohd. Affendi Hassan, teori Konseptual Kata Kunci oleh Mohamad
Mokhtar Hassan dan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Dengan
adanya teori-teori tempatan, pengkaji-pengkaji sastera tempatan dan para
1
pelajar terutama mahasiswa dapat menggunakan teori tempatan dalam
menjalani kajian mereka. Mereka juga dapat membandingkan antara teori
tempatan dengan teori barat supaya dapat memperbaiki lagi teori yang sedia ada
serta mencipta teori tempatan yang baru.
Dalam kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji, kami telah memilih
Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang. Hashim
Awang telah menghasilkan teori ini dengan berdasarkan pendekatan melayu dan
islam.
2
2.0 LATAR BELAKANG HASHIM AWANG
hashim Awang sememangnya tokoh yang tidak asing dalam
perkembangan dan kemajuan sesusasteraan di Malaysia terutama dalam bidang
kritikan sastera, malahan beliau sering saja dikaitkan dengan gejala psikologi @
psikoanalisis dalam kesusasteraan.
Hashim Awang kini sebagai Profesor di Universiti Brunei Darussalam dan
beliau pernah berkhidmat di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Dilahirkan di Kuala Terengganu, beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama
10 tahun setelah tamat pendidikan di Sultan Idris Training College, Tanjung
Malim dan di maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kemudian memperoleh
ijazah B.A (Hons) pada tahun 1970, M.A (Sastera) pada tahun 1973, Ph.D pada
tahun 1986 dan semuanya dari Universiti Malaya. Disamping itu, beliau sempat
membuat M.A dalam bidang Kesusasteraan Bandingan di Universiti Wisconsin
Madison, Amerika Syarikat pada tahun 1975.
Beliau aktif dalam menulis esei kritikan sastera dan menghasilkan buku.
Antaranya ialah Cerpen-Cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua,
Kesusasteraan Melayu dalam Sejarah dan Kritikan, Kritikan Kesusasteraan:
Teori dan Penulisan, dan Novel Hikayat: Struktur Penceritaan Melayu.
3
3.0 KONSEP TEORI
Teori sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani iaitu Therio yang
membawa erti pemandangan. Pada kurun ke 16 perkataan teori telah disebarkan
ke Latin dengan membawa maksud “contemplation, speculation and mental
view”. Maksud teori Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat(2005:1659) ialah 1.
pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya)
yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain. 2. prisip-
prinsip am atau asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan
(perkembangan) sesuatu pengetahuan. 3. asas, dasar (bukan amalan atau apa
yang biasanya berlaku). Teori dalam konteks kesusasteraan merupakan
gugusan epistemologI yang bersifet empiris, saintifik, dan objektif, dibahagikan
kepada teori sastera, teori kritikan sastera, dan teori penulisan. Justeru itu, teori
sastera ialah suatu dunia yang terdekat dengan pertumbuhan dan
perkembangan budaya sastera yang dianggap induk dan pengarah kepada
diamika, estetika dan puitika.
Teori merupakan gagasan tentang definisi, konsep, prinsip, Kriteria dan
saranan yang menjelaskan sesuatu subjek. Terdapat tiga sifat umum teori iaitu
mengandungi sekumpulan saranan, penjelasan tentang subjek dan objek, dan
deskripsi secara sistematis akan fenomena dan perubahannya. manakala fungsi
teori-teori sastera adalah:
4
i. menjadi prisip mengenai penciptaan hasil sastera dan melihat
penimbangan berjaya tidaknya hasil;
ii. perhubungan diantara penulis, hasil cipta masyarakat dan budaya
(kaitan luaran).
iii. Melihat unsur-unsur yang sama pada bentuk, bahagian-bahagian dan
isi dan sifat perhubungan di antara bahagian-bahagian dan isi.
iv. Kemungkinan mencari perhubungan unsur-unsur luaran dan dalaman.
Teori merupakan panduan, atau penunjuk arah pemikiran, pengkajian dan
analisis. Ia suatu “kebenaran”,”kebenaran” yang ditegak atas premis dan mutlak.
Teori-teori dari barat banyak menekankan objektiviti, kemunasabahan dan
kesahihan dari sudut kewarasan hujahan, walaupun diberikan juga ruang untuk
meletakkan nilai-nilai.
Kita lihat pula apa yang dikatakan teori sastera islam sesuai dengan
pendekatan keagamaan. Dasar teori sastera Islam dapat digariskan kepada
beberapa asas penting. Dasar pertama, ia harus merupakan karya sastera yang
mengandung amanat keislaman, dilahirkan oleh penulis Muslim yang ingin
berbakti kepada Allah melalui karyanya yang diciptakan kerana Allah. Karya yang
diketengahkan berperanan menanam rasa keimanan dan ketakwaan di dalam
diri pembaca. Penulis menjadikan media seni sebagai saluran berdakwah dan
memperhamba diri kepada Allah. Dengan dasar ini, sastera Islam berslogan
"sastera kerana Allah untuk manusia".
5
Dasar kedua, menunjukkan sifat keagamaan, iaitu Islam. Untuk melahirkan
sebuah karya itu bercorak keagamaan ia memerlukan pengarangnya tidak sahaja
menghayati nilai-nilai Islam yang diperkatakan dalam karyanya, malahan
memerlukan juga segala kata yang diluahkan lahir dari hati nurani pengarang
yang berkeyakinan penuh terhadap sumber nilai tersebut, iaitu islam.
Dasar teori ketiga, sebuah karya sastera islam harus dibina atas asas
estetika. Pada asasnya, sastera islam itu mengandungi segala unsur keindahan
yang diperlukan dalam sebuah karya islam. Unsur estetika itu seharusnya sesuai
dengan dasar estetika yang akurkan oleh islam yang berteraskan nilai-nilai yang
terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.
Dasar keempat, sebuah karya sastera boleh tergolong dalam kategori
sastera islam., jika karya itu menggambarkan keindahan dan kewujudan alam
semesta sebagai hasil ciptaan Allah. Gambaran yang diolah oleh pegarang
bertujuan menilai penciptaan Allah bagi memuja keagungan-Nya.
Dasar yang terakhir hasil rakumman semua karya sastera yang dihasilkan
oleh pengarang muslim yang boleh membawa kesan positif kepada pembaca.
Karya islam juga berperanan dalam mempertingkatkan ilmu yang digalakkan
oleh islam untuk membina nilai-nilai yang mulia demi membentuk budi perkerti
yang tinggi dianjurkan oleh islam. Teori islam berasaskan amanat pengajaran
6
yang berteraskan nilai-nilai islam. Karya sastera islam lebih cenderung dikategori
dalam kumpulan karya sastera yang bercorak didaktik keagamaan dan sesuai
dikaitkan dengan pendekatan keagamaan dalam teori pengkaedahan melayu.
7
4.0 TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU.
4.1 PENGENALAN
Hashim Awng telah membina teori Pengkaedahan Melayu berdasarkan
kehidupan dan kebudayaan melayu. Masyarakat melayu mempunyai daya cipta
dan kreatif. Ini terbukti daripada kreativiti mereka dalam pelbagai bidang seperti
kraftangan dan pemikiran. Dalam bidang kraftangan, banyak hasil kerja tangan
yang mempunyai nilai seni yang halus seperti pertukangan perak, tembaga dan
tembikar, dan pekerjaan-pekerjaan membatik, menenun, menyulam dan
menganyam. Tetapi seni tidak hanya terlaksana melalui bentuk-bentuk artifak
yang sedemikian rupa, malah juga tersalur menerusi pemikiran yang terungkap
dalam karya-karya sastera. Masyarakat melayu menjadikan alam sebagai
sumber dan ilham mereka dalam melahirkan karya-karyanya. Menurut Prof.
hashim Awang semasa Wacana Teori Pengkaedahan Melayu dan Islam pada 20
September 1997 menegaskan bahawa kita sewajarnya membentuk atau
membina satu perkaedahan sastera yang berlandaskan alam dan masyarakat
kita yang melambangkan jati diri bangsa melayu sebagai wadah dan warisan
budaya bangsa. Kedua-dua unsur ini saling berkaitan. Malah unsur tersebut
mempengaruhi sebahagian besar dunia kesusasteraan melayu. Melalui
penulisan dalam pelbagai genre orang melayu menggambarkan budaya fikiran
dan akal budi mereka untuk disampaikan di kalangan khlayak. Objek-objek alam
inilah dijadikan sumber penulisan mereka.
8
Oleh itu, Teori Pengkaedahan Melayu yang dihasilkan oleh Prof. Hashim
Awang dikemukakan dengan berdasarkan cara dan sikap hidup, kepercayaan,
dan kebudayaan masyarakat melayu yang melahirkan karya sasteranya sendiri.
Hashim Awang membahagikan teori pengkaedahan melayu kepada dua iaitu
pengkaedahan alamiah dan pengkaedahan keagamaan. Kedua-duanya tidak
dapat dianggap sebagai pengkaedahan yang sama sekali berlainan atau
berpisah. Ini kerana kedua-duanya itu sesungguhnya saling berkaitan atau
berhubungan antara satu dengan lainnya.
4.2 PENGKAEDAHAN ALAMIAH
Kaedah pertama langsung berteraskan kepada cara atau sikap hidup
masyarakat Melayu itu sendiri, iaitu corak hidup yang menjadikan alam sebagai
sebahagian daripada dirinya. Alam itu dijadikan faktor utama untuk memberikan
mereka pekerjaan atau pencarian, pengalaman, pengajaran dan kebajikan.
Sikap masyarakat Melayu yang demikian sebagai terserlah jelas dalam kitab
Tajulmuluk, sebuah kitab panduan hidup yang popular dikalangan masyarakat,
terutamanya dalam golongan generasi tua, Kitab tersebut membicarakan enam
perkara pokok, iaitu mengenai manusia, kesihatan (perubatan) manusia, sifat
dan gerak laku manusia, mimpi dan tirasat cakeravvala, dan perumahan. Di
samping keenam-enam persoalan besar tadi, kitab ini juga turut memperkatakan
tentang kejadian alam daripada kaca mata islam, iaitu kejadian tujuh petala
langit dan bumi yang menjadi sebagai persoalan tambahan. Daripada pokok-
9
pokok persoalan yang dibicarakan ini kita dapat merumuskan bahawa yang
menjadi tumpuan pengarangnya adalah tidak lain daripada unsur-unsur alam.
Dalam pokok persoalan tentang Kesihatan atau perubatan, misalnya yang
dititikberatkan ialah kepentingan dan keistimewaan tumbuhan serta haiwan
sebagai sumber perubatan yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.
Atau dalam porsoalan cakerawali pula, yang menjadi perhatian ialah bulan,
bintang dan bumi. Semuanya ini dilihat dalam aspek keperluan dan
kemanfaatan unsur-unsur alam tersebut pada kehidupan manusia.
Dengan berpandukan kepada pokok-pokok persoalan dan corak
pembicaraan kitab tadi, yang secara kasar dan dasar dapat mencerminkan cara
dan sikap hidup masyarakat Melayu itu, kita boleh pula memandangkannya untuk
digunakan sebagai pendekatan dalam kajian sastera. Seperti semua unsur-unsur
alam yang wujud, yang tiap satunya memiliki fungsi dari manfaat yang khusus
terhadap manusia, maka sastera pun dilihat sebagai suatu unsur alam yang
kejadian penciptanNya adalah juga mengarahkan ke dalam perspektif yang
serupa. Dalam pengkaedahan alamiah terdapat tiga pendekatan iaitu pendekatan
gunaan, pendekatan moral, dan pendekatan firasat.
10
4.2.1 PENDEKATAN GUNAAN.
Pendekatan ini adalah didasarkan kepada anggapan bahawa sastera
merupakan salah satu daripada objek alam, iaitu objek daripada hasil ciptaan
objek-objek alam lainnya diciptakan tuhan, manakala sastera ciptaan
manusia. Dengan berdasarkan pegangan begini, maka sastera dapat dilihat
sebagai suatu objek alam, yang kejadiannya mempunyai sebab, hikmat dan
fungsinya tertentu. Disamping itu, kejadiannya itu paling utama boleh
dimanfaatkan oleh manusia, sama seperti kejadian objek-objek alam yang lain.
Demikianlah, maka buat pendekatan gunaan, sewajarnya sastera itu dilihat dan
dikaji dalam konteks perkara-perkara ini.
4.2.2 PENDEKATAN MORAL.
Pendekatan berikutnya dapat disebutkan sebagai pendekatan moral.
Pendekatan moral timbul daripada ekoran tanggapan dasar yang dipegang
dalam pendekatan pertama di atas tadi, iaitu sastera di samping dianggap
sebagai objek alam merupakan suatu kejadian alam. Tetapi kejadian alam di
sini bukan lagi berupa suatu kewujudan berbentuk alat atau benda, melainkan
bersifat pengalaman hidup. Bersesuaian dengan sifatnya yang demikian itu,
sastera dalam konteks ini dapat memberikan kemanfaatannya yang lebih
jauh dan lebih besar daripada fungsinya sebagai suatu benda maksudnya,
11
sastera kini menyingkapkan dan memberikan pengalaman. Dan pengalaman-
pengalaman yang disingkapkan dan diberikan itu biasanya terdiri daripada
dua hal utama, iaitu tentang peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh manusia
tertentu, dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan manusia tadi serta
suasana persekitarannya. Daripada hal pertama terserlah pelbagai ragam dan
perlakuan manusia yang dapat dialami untuk dinilai aspek-aspek positif dan
negatifnya bagi maksud dijadikan cermin perbandingan atau contoh teladan
yang terbaik. Manakala, daripada hal kedua, ianya ternyata bahawa sastera
mampu untuk menyediakan dirinya dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan
pula. Dilihat daripada tanggapan begini, maka sastera jelas dapat menepati
konsep pustaka atau perpustakaan yang di dalamnya boleh ditimba
sebanyak-banyaknya pengajaran dan pengetahuan Untuk tujuan
menemukan perkara-perkara semacam inilah maka sastera itu boleh didekati
atau dikaji dalam maksud pendekatan moral ini.
4.2.3 PENDEKATAN FIRASAT.
Akhirnya, dari pendekatan alamiah ini, diperlengkapkan dengan
pendekatan yang dikira sebagai sesuai untuk dipanggil pendekatan firasat.
Sama seperti pendekatan moral, pendekatan ini juga ditunjangi dengan
tanggapan bahawa sastera adalah suatu kejadian alam yang menghasilkan
pengalaman hidup dan di sini, kejadian tersebut adalah dikaitkan dengan mimpi,
iaitu suatu pengalaman hidup yang oleh masyarakat Melayu sering dianggap
12
sebagai bermakna kepada kehidupan. Oleh Kerana itu, amat diberikan perhatian
untuk ditemukan pengertian atau maknanya, pencarian makna mimpi ini dikenali
sebagai takbir, iaitu proses menemukan makna menerusi tafsiran lambang atau
alamat tertentu yang wujud di dalamnya. Bertepatan dengan sifat kelahirannya,
sastera juga menyerupai suatu mimpi, iaitu suatu kejadian alam yang mempunyai
makna atau pengertian, yang penemuannya dapat dilakukan menerusi proses
tafsiran. Tuntutan melaksanakan tafsiran untuk menemukan makna ini
memberikan implikasi bahawa sastera memiliki sifat-sifat zahir dan batin, iaitu sering
diistilahkan sebagai yang "tersurat" dan yang "tersirat". Sifat zahir atau yang
"tersurat" menjadi sebagai penanda (alamat) untuk memperolehi yang "tersirat".
Proses itu menyamai juga dengan apa yang berlaku dalam amalan masyarakat
Melayu apabila hendak mengenali kelakuan atau tabiat sifat batin manusia, iaitu
melalui keadaan sifaf zahir atau sifat fiziknya. Demikianlah maksud inti pati yang
perlu tercapai apabila pendekatan firasat digunakan dalam kajian sastera:
maknanya perlu dianalisis dan ditemukan melalui penafsiran sifat-sifat zahir, atau
sistem tanda dan lambang yang dimilikinya.
4.3 PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN.
Kaedah Keagamaan bermaksud sebagai pendekatan yang berdasarkan
kepada keimanan yang bersendikan akidah agama Islam. Sumber paling besar
dan utama yang menjadi rujukan ialah al-Quran dan hadis. Pembentukannya pula
adalah bersandarkan kepada tujuan-tujuan menonjolkan sifat keagungan Allah
13
dan mempertingkatkan ketakwaan terhadap-Nya. Dengan ciri-ciri Itulah maka,
daripada kaedah suci ini, ditimbulkan juga tiga pendekatan yang masing-masing
disebutkan sebagai pendekatan dakwah, pendekatan kemasyarakatan, dan
pendekatan seni. Ketiga-tiganya adalah saling berhubungan antara satu sama
lain.
4.3.1 PENDEKATAN DAKWAH.
Pendekatan dakwah melihat sastera sebagai suatu wadah untuk
mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah. Sastera dalam
maksud tanggapan kudus begini, sewajarnya mengandungi persoalan-persoalan
yang memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah. Sastera di
sini dapat dijadikan semacam "kitab" yang daripadanya para insan dapat
mengenali dengan lebih dekat dan khusyuk sifat dan diri Tuhan, sehingga timbul
rasa kecintaan dan kehormatan insan yang lebih besar dan murni terhadap-Nya.
Di samping itu, sastera harus juga mempersoalkan tentang kemurnian dan
kelebihan agama Islam, yang daripadanya akan dapat menimbulkan daya tarikan
yang lebih mendalam terhadap kesucian agama Islam, baik daripada kalangan
insan muslim mahupun bukan muslim. Apabila pendekatan sebegini digunakan,
maka kajian lebih banyak tertumpu kepada aspek - aspek tema dan amanat yang
mengarah kepada penyerlahan permasalahan tersebut. Aspek watak dan perlakuan
serta peribadinya juga menjadi menarik untuk dikaji dalam kaitannya dengan sifat-
14
sifat mulia seorang insan muslim seperti yang terpancar di dalam sastera menjadi
bahan penelitian.
4.3.2 PENDEKATAN KEMASYARAKATAN
pendekatan kemasyarakatan lebih menekankan tanggapan kedua yang melihat
unsur kebaikan dalam kesusasteraan ini. Dalam konteks begini, sastera dianggap
sebagai penciptaan yang berfungsi khusus dengan membawakan perutusan atau (mis-
sion) besar untuk mensejahterakan dan membahagiakan umat manusia. Di sini, unsur
amanat diletakkan pada tempat teratas di samping unsur-unsur lain seperti bentuk,
teknik penceritaan, dan gaya bahasa, tanpa sama sekali mengabaikan kehadiran
keindahan.
Dengan tanggapan sedemikian, sastera Islam dikatakan sebagai lumrah untuk
mendedahkan rupa bentuk kehidupan manusia yang baik dan sempurna, yang diredai
Allah. Karya itu dipandang sebagai bertujuan untuk menegakkan ajaran-Nya supaya
membina kehidupan yang demikian dan membuat kebajikan kepada semua manusia
dengan penonjolan watak-watak yang beriman dan beramal soleh, mengerjakan segala
suruhan Tuhan seperti bersolat, berpuasa, berzakat, atau membuat amal jariah tanpa
berbuat mungkar dalam sebarang bentuk.
Dalam pada itu, karya itu juga turut memaparkan kehidupan yang penuh dengan
kemungkaran seperti ketidakadilan, kemunafikan, keresahan, kekejaman, korupsi
15
penipuan, penindasan, dan pernbunuhan iaitu segala permasalahan yang mejadi
punca kepincangan masyarakat yang kegoyahan iman. Segala-galanya ini dilihat
daripada kaca mata Islam untuk membezakannya secara jelas daripada apa yang
menjadi tanggapan Barat. Persoalan kemasyarakatan sedemikian, yang tergarap
dalam sastera, sama sekali tidak digunakan sebagai bahan propaganda yang
membohongi kenyataan seperti yang biasa berlaku dalam karya beraliran barat,
melainkan untuk menjadi contoh teladan atau kias ibarat dalam usaha mencari
kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kekuatan iman serta takwa. Dengan
pegangan dasar sebegitu rupa, penilaian dapat ditumpukan sepenuhnya kepada soal-
soal isi dan tema untuk melihat segala permasalahan kemasyarakatan tadi.
4.3.3 PENDEKATAN SENI.
Pendekatan seni ialah pendekatan yang menjadikan unsure keindahan
dalam karya saster sebagai persoalan pokok. Keindahan yang dimaksudkan
ialah keindahan yang membataskan dirinya kepada nilai-nilai estika dan etika
islam serta tidak bertentangan dengan akidah, ajaran dan fahaman islam. Dalam
bentuknya yang lebih tegas dapat disebutkan bahawa keindahan itu berteraskan
tauhid. Keindahan yang demikian sifatnya dan tuntutannya menjadi objek
penelitian untuk ditemukan dalam sastera menerusi pelbagai aspek atau unsur
pembinaanya seperti bentuk hanafiah dan dalamanya, gaya penceritaan, kaedah
pendedahan tema dan watak, atau pemakaian sudut pandangan dan gaya
bahasa. Pendekatan seni dari sudut penelitian sastera ialah menemukan segala-
16
galanya untuk, kemudianya menghasilkan kembali kepada memperkukuhkan
tapak-tapak asas yang murni lagi suci, iaitu keimanan, ketakwaan dan kecintaan
kepada Allah. Selain itu, hasil dari penelitian dan penilaian itu akan dapat
dirumuskan suatu bentuk keindahan yang khusus bagi sesebuah karya
kesusasteraan tertentu yang dikaji, disamping kewujudan suatu dasar keindahan
atau estetika islam yang umum.
4.0 CONTOH KARYA
4.1 NOVEL HIDAYAH.
novel Hidayah hasil karya Harun HAji Salleh memiliki sifat yang dapat
memenuhi keperluan Pendekatan Dakwah. Pendekatan Dakwah dapat dilihat
dalam aspek persoalan.
1. Dakwah bukan paksaan.
Novel Hidayah menampilkan persoalan keindahan agama islam.
Watak yang menjadi penggerak utama penceritaan terdiri daripada
keluarga islam, yang menjalani kehidupan berteraskan keunggulan dan
keluhuran islam yang semurninya, baik pada perbuatan mahupun pada
perkataan. Ustaz Mazlan adalah watak utama, memperlihatkan teladan
perlakuan orang muslim yang mempunyai fikiran terbuka dan kefahaman
mendalam terhadap islam untuk rela berdebat, atau berbincang dengan
masyarakat bukan muslim. Perdebatan yang berlaku antara Ustaz Mazlan
dengan Cikgu Mary Munang dan Cikgu Francis Unggai untuk menunjukan
kebenaran agama islam. Kemudianya Cikgu Mary Munang menjadi
17
tertarik dengan islam dan memeluk islam setelah memahami secara
mendalam selepas melalui perbahasan panjang yang disertai pula dengan
penyaksian lama terhadap amalan praktis yang amat islamiah daripada
kehidupan Ustaz Mazlan. Dia malah berkahwin dengan Ustaz Mazlan
tanpa ada paksaan tetapi kerana kecintaan dan kefahaman yang
mendalam terhadap islam itu sendiri. Penganutan dan perkahwinan Cikgu
Mary Munang ini membuktikan wujudnya kebebasan dalam amalan
dakwah islam.
2. Dakwah bukan magis.
Cikgu Mary Munang terpengaruh dengan keindahan islam bukan
kerana terlalu cinta dan tergoda dengan ketampanan wajah Ustaz yang
memang digambarkan sebagai sungguh anggun atau bukan kerana
terpukau oleh keirasan wajah ustaz tadi dengan wajah bekas kekesihnya.
Sebaliknya dia begitu tertarik dengan kemurnian isl;am oleh adanya
pengamatan dan pertimbangan dengan fikiran yang sepenuhnya waras
dan sedar daripada dalam dirinya sendiri. Dia mendalami islam melalalui
penbacaan yang luas terhadap kitab-kitab agama dan karya-karya kajian
yang autonomus seperti Injil Bernabas, Antologi Perjanjian Baru, dan
Whither Isllam dan setelah melakukan semuanya itu barulah dia
memperaku kebenaran serta kemurnian islam.
18
4.2 MUNAJAT DI PERKEBUNAN.
Novel ini adalah hasil karya Othman Puteh yang memiliki sifat Pendekatan
Alamiah. Novel Munajat di Perkebunan jelas dapat dianggap suatu objek alam.
Di dalamnya terdapat sifat-sifat alam yang ketara, antara lain ialah:
1. Manusia atau watak didalamnya dilihat sebagai objek alam yang murni,
tidak mempunyai nama yang khusus.
2. Manusia mengalami kehidupan yang berkaitan rapat dengan alam.
Mereka bergantung hidup sepenuhnya kepada alam iaitu pada manusia
lain, binatang, pada tumbuhan dan pada persekitaran.
3. Manusia menjadikan alam di sekeliling ebagai penduan dan pengibaratan
hidup. Watak utamanya mengenali sifat keagungan tuhan untuk lebih
memantapkan nilai cinta terhadapNya adalah keseluruhan melalui alam.
Setiap gerak atau langkah berlandaskan waktu dan suasana alam dan
memperolehi sesuatu maklumat pun adalah sepenuhnya memerusi
perantaraan alam seperti bunyi kuda, cahaya persekitaran alam atau
gerak- geri manusia lainya.
4. Manusia atau watak menemui atau mengalami kebanyakan insiden
secara tiba-tiba perencanaan alam rangkaian sebab akibat, seperti yang
lazimnya berlaku dalam alam reality kehidupan.
5. Paling penting watak manusai bergerak dala satu lingkungan alam semula
jadi yang khusus iaitu Perkebunan Teh. Pola-pola tindakan dan fikiran
menbentuk oleh pengaruh alam tersebut.
19
5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN.
5.1 KEKUATAN.
Terdapat beberapa kekuatan yang terdapat dalam Teori Pengkaedahan
Melayu. Antaranya :
1. Hashim Awang menghasilkan Teori Pengkaedahan Melayu berasaskan sikap
hidup, kepercayaan dan keagamaan orang melayu dan berteraskan
pegangan hidup islam.
2. Teori Pengkaedahan Melayu mencakupi banyak dimensi dan aspek serta
mendekati kajiannya melalui bidang yang luas dan juga memperlihatkan
perspektif kritikal yang besar.
3. Hashim Awang membentuk fikiran sasteranya berlandaskan kesenian
masyarakat melayu dan memperlihatkan suatu pembinaan teori yang
berakarkan peribadi dan batin melayu.
4. konsep asas teori ini mudah ditanggapi dan dapat menyediakan kaedah
kritikan atau kajian yang berimbang.
5. Hashim Awang memanfaatkan dan menukilkan falsafah kesenian dan
kebudayaan melayu bererti beliau kembali ke akar melayunya dan sesuailah
pengkaedahan ini dinamakan Pengkaedahan Melayu.
6. Hashim Awang membahagikan kepada Pendekatan Kealaman dan
Pendekatan Keagamaan sangat sesuai dengan keperluan saster dan kedua-
dua aspek ini sememangnya menjadi budaya hidup kepada setiap bangsa.
20
5.2 KELEMAHAN
Dalam Teori Pengkaedahan Melayu, tidak terlalu banyak kelemahan yang
dapat kami temui. Ini kerana teori ini cukup berpegang dengan cara hidup,
budaya dan kepercayaan masyarakat melayu. Antara kelemahan yang kami
dapat:
1. tidak sesuai untuk diaplikasi kepada karya-karya barat. Ini kerana Teori ini
lebih kepada saster tempatan.
2. hanya sesuai untuk karya sastera yang terdapat unsur-unsur alamiah dan
bersifat keagamaan.
21
6.0 PENILAIAN.
Apa yang dapat kami simpulkan melalui kajian kami tentang Teori
Pengkaedahan Melayu ialah
1. sastera melayu dalam sifatnya yang tersendiri adalah wajar diteliti daripada
kaedah pendekatan tersendiri pula.
2. kaedah pendekatan yang berasaskan kepada sikap hidup, kepercayaan dan
keagamaan adalah sebagai paling layak dan berkesan untuk digarapkan
dalam kajian dan kritikan sastera.
3. penggunaan dan pendekatan yang demikian sifatnya dikira dapat menonjolkan
dengan lebih benar dan jelas cirri-ciri sastera melayu disamping dapat pula
memperkaya dan memperkukuhkan metode-metode pengkajian.
22
7.0 BIBILIOGRAFI
A. Rahman Yusof, 1988. “Teori dan Metode Penyelidikan” dlm. Hamzah
Hamdani ( peny). Konsep Dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
A. Rahman Yusof, 1999. “Adakah Kita Memerlukan Teori Sastera Tempatan?”,
Dewan Sastera, November.
Harun Haji Salleh, 1984.”Hidayah”. kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hashim Awang,1994.”Metodologi Kesusasteraan Islam:Kaedah Penilaian”.
Dewan Sastera, Februari.
Hashim Awang, 1993.”Pengkaedahan Melayu Dalam Kajian dan Kritikan
Kesusasteraan Tanah Air”. Dewan Sastera, Januari.
Ismail Hamid, 1993.”Konsep, Teori dan Prinsip Sastera Islam”, Dewan Sastera,
Ogos.
Mohamad Mokhtar Hassan,2005.” Teori Konseptual Kata Kunci”. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Othman Puteh, 1990.”Munajat Di Perkebunan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
23