teori-teori pembelajaran

36
Teori merupakan satu prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan bagi sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan yang terdiri daripada pengetahuan sedia ada dalam diri seseorang untuk memberi panduan bagi menjalankan penyelidikan dan juga untuk mendapatkan sesuatu maklumat baru. Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematik. Jary dan Jary (1995) pula melihat teori sebagai satu set hipotesis atau prinsip yang berkait secara logic atau berdasarkan penerangan matematik yang menerangkan hakikat empirical sesuatu fenomena. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada lima iaitu behavioris, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanisme. Konsep pembelajaran pula merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku yang berlaku pada seseorang melalui pengalaman mereka dan juga merupakan bantuan yang diberikan oleh seseorang guru melalui proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukkan sikap dan kepercayaan seorang murid (Ormrod, 1995). Dalam konteks pendidikan pula guru-guru akan mengajar supaya seseorang murid dapat belajar dan menguasai isi-isi pelajaran sehingga mereka mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru tersebut. Dengan itu, pembelajaran begini berlaku sepanjang hayat dan berterusan sepanjang hayat dalam hidup seseorang murid. Proses pembelajaran juga berkait rapat dengan teori-teori pembelajaran yang menjelaskan bagaimana dan mengapa perubahan tingkah laku berlaku.

Upload: hoaysan-lim

Post on 12-Dec-2015

414 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Pembelajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Teori-Teori Pembelajaran

Teori merupakan satu prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan bagi sesuatu ilmu

pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan yang terdiri daripada pengetahuan

sedia ada dalam diri seseorang untuk memberi panduan bagi menjalankan penyelidikan

dan juga untuk mendapatkan sesuatu maklumat baru. Menurut Kerlinger (1986), teori

ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu

fenomena secara sistematik. Jary dan Jary (1995) pula melihat teori sebagai satu set

hipotesis atau prinsip yang berkait secara logic atau berdasarkan penerangan

matematik yang menerangkan hakikat empirical sesuatu fenomena. Teori-teori

pembelajaran terdiri daripada lima iaitu behavioris, sosial, kognitif, konstruktivisme dan

humanisme. 

Konsep pembelajaran pula merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran (kognitif),

emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah

laku yang berlaku pada seseorang melalui pengalaman mereka dan juga merupakan

bantuan yang diberikan oleh seseorang guru melalui proses pemerolehan ilmu dan

pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukkan sikap dan

kepercayaan seorang murid (Ormrod, 1995).

Dalam konteks pendidikan pula guru-guru akan mengajar supaya seseorang murid

dapat belajar dan menguasai isi-isi pelajaran sehingga mereka mencapai objektif yang

ditetapkan oleh guru tersebut. Dengan itu, pembelajaran begini berlaku sepanjang hayat

dan berterusan sepanjang hayat dalam hidup seseorang murid. Proses pembelajaran

juga berkait rapat dengan teori-teori pembelajaran yang menjelaskan bagaimana dan

mengapa perubahan tingkah laku berlaku.

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum

yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan sesuatu maklumat. Ia

bertujuan untuk mambahagi pelbagai pemerhatian yang dibuat dalam pembelajaran

serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Terdapat lima kategori teori pembelajaran

utamanya adalah teori behavioris, sosial, kognitif, humanistik dan juga konstruktivisme.

Pertama sekali, terdapat tokoh-tokoh bagi setiap teori yang dinyatakan di atas ini. Bagi

teori behavioris, tokoh-tokohnya adalah Pavlov, Watson,Thorndike dan Skinner. Tokoh-

tokoh bagi teori Kognitif pula ialah Kohler, Piaget, Gagne, Bruner dan Ausubel.

Teori Sosial pula adalah Banbura dan Vygotsky. Tokoh-tokoh bagi teori Humanis ialah

Page 2: Teori-Teori Pembelajaran

Carl Rogers, Abraham, Maslow dan Erikson dan yang terakhirnya Piaget, Vygotsky dan

Bruner pula merupakan tokoh-tokoh bagi teori yang terakhir iaitu Konstruktivisme.

Teori yang pertama merupakan Teori Pembelajaran Behavioris. Teori ini

merupakan teori belajar yang lebih menekankan pada perubahan tingkah laku

serta sebagai akibat dari interaksi antara stimulus dan respon. Tokoh-tokoh dari teori

behavioristik adalah Thorndike, Watson, Clark Hull, Edwin Guthrie dan Skinner. Teori

ini juga cenderung mengarahkan pelajar untuk berfikir linear, konvergen, tidak kreatif

dan tidak produktif. Kepentingan terhadap teori ini adalah dapat membiasakan guru

untuk bersikap peka terhadap situasi dan koordinasi murid. Selain itu, guru tidak

membiasakan memberi ceramah sehingga murid dibiasakan belajar sendiri. Dengan

melalui pengulangan dan latihan yang berkesenambungan, dapat optimalkan bakat

dan kecerdasan siswa yang sudah terbentuk sebelumnya. Jika murid mahir dalam

suatu bidang tertentu, akan lebih dapat dikuatkan lagi dengan pembiasaan dan

pengulangan yang berkesinambungan tersebut dan lebih optimal. Dengan itu, bahan-

bahan pelajaran yang telah disusun hierarkis dari yang sederhana kepada yang

kompleks dengan tujuan pembelajaran dibagi dalam bahagian-bahagian kecil yang

ditandai dengan pencapaian suatu ketrampilan tertentu mampu menghasilakan suatu

prilaku yang konsistan terhadap bidang tertentu. Implikasi-implikasi teori

behaviorisme terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah guru hendaklah

menetapkan matlamat yang spesifik. Seperti contohnya, matlamat akhir proses

pembelajaran hendaklah dinyata dengan jelas dan matlamat tersebut hendaklah

yang realistik dan boleh dicapai. Selain itu, guru juga hendaklah menetapkan objektif

bagi setiap langkah pengajaran dan membuat analisis tugasan dengan memecahkan

tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil. Guru perlu menyediakan

langkah pengajaran secara berperingkat seperti satu aktiviti khusus bagi satu

langkah pengajaran dan susunkan langkah hendaklah secara progresif dan ansur

maju. Kadang kala, guru memberi peneguhan selepas tingkah laku dikuasai dengan

berdasarkan masa seperti masa tetap dan masa berubah. Selain itu adalah

berdasarkan kandungan dengan nisbah tetap dan berubah. 

Teori pembelajaran yang seterusnya ialah Teori Kognitif.Teori pembelajaran

kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahan-perubahan yang

berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang. Teori ini

Page 3: Teori-Teori Pembelajaran

menerangkan bahawa pembelajaran berlaku akibat pemprosesan yang berlaku dalam

minda seseorang itu. Ahli-ahli kognitif membawa pandangan baru dalam tahun 1960-an

untuk mengantikan teori behaviourisme yang menumpu kepada rangsangan-

rangsangan luaran. Ahli-ahli itu juga mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan

proses-proses mental dalaman, iaitu fikiran, ingatan, pengetahuan dan penyelesaian

masalah yang berlaku dalam pembentukkan skema manusia. Teori-teori kognitif juga

melibatkan kajian-kajian proses mental yang digunakan untuk memahami, mengetahui

dan membina pengamatan. Proses-proses ini didorong oleh naluri ingin tahu dalam diri

seseorang individu. Manusia juga sering ingin tahu mengenai persekitaran mereka dan

menimba ilmu serta kefahaman mereka mengenainya. Ahli-ahli kognitif pula

berpendapat bahawa pengajaran merupakan satu proses dalaman yang berlaku dalam

minda manusia dan mereka tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana

pembelajaran telah berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah laku seseorang

individu. Proses dalaman ini merujuk kepada pemikiran, celik akal, pemprosesan

maklumat, ingatan dan pengamatan.

Terdapat beberapa jenis teori kognitif. Jenis teori yang pertamanya ialah teori Gestalt

Wolfgang Kohler (188-1967) di mana beliau menekankan struktur kognitif yang otak

yang akan menyusun maklumat-makluamat yang terasing sebagai satu organisasi,

individu menggunakan celik akal untuk menambahkan meklumat kepada pengalaman

dan input melalui anggota deria untuk menghasilkan gambaran baru. Seterusnya

ialah teori pembelajaran Jean Piaget (1849-1936) yang menyatakan tiga konsep utama

beliau iaitu skema, asimilasi dan akomodasi yang memperjelaskan perkembangan

mental manusia. Selain daripada itu, teori yang seterusnya ialah teori pemprosesan

maklumat Robert Gagne (1916-2002) di mana beliau memadankan perhubungan di

antara aras-aras pembelajaran dengan corak-corak pengajaran yang sesuai. Teori

pembentukan konsep Jerome s Bruner (1915-2009) pula menyatakan tentang individu-

individu menyusun idea-idea dengan melihat perkaitan di antara mereka. Teori yang

akhirnya ialah teori penemuan David Ausubel (1918-2008) di mana teori ini menekankan

pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku sekiranya maklumat dan bahan-bahan

pembelajaran disusun atur dalam bentuk yang lengkap dan sempurna. Beliau juga telah

memperkenalkan penyusunan awal iaitu advance organizer.

Ahli teori kognitif yang pertama ialah Gestalt Wolfgang kohler (188-1967). Beliau

merupakan seorang ahli psikologi Jerman yang telah menjalankna penyelidikan

Page 4: Teori-Teori Pembelajaran

bersama-sama dengan max Wertheimer dan kurt koffka dalam bidang teori

psikologi Gestalt. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jermann yang bermaksud

bentuk, organisasi pola atau pun konfigurasi dan menyatakan sesuatu pengalaman

bergantung kepada rangsangan dan susunan pengalaman. Pendekatan ini

memfokuskan kepada cara pemikiran manusia dan ia melibatkan pengamatan, proses

pembelajaran seseorang individu dan proses pemahaman. Proses pemahaman dapat

menentukan makna atau maksud sesuatu fenomena sekiranya individu mengkaji

elemen-elemen secara terkumpul bersama dan menjadikannya sebagai satu kofigurasi

atau organisasi yang menyeluruh. Ini juga dirujuk sebagai pembelajaran celik akal.

Beliau menyatakan proses celik akal tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan

tidak berlaku sebagai pemindahan pembelajaran dan melihat kebolehan individu untuk

mengamati atau memahami seusatu masalah secara tiba-tiba setelah berjaya

mengaitkan unsur-unsur yang relevan. Konsep celik akal ini juga perlu diaplikasikan oleh

para guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran dan mereka perlu mendorong

murid-murid untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis

dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang cemerlang juga

akan sentiasa memastikan murid-murid membina kebolehan untuk membuat

perbandingan antara konsep-konsep yang sukar dan pada masa yang sama, guru-guru

perlu menggalakkan murid-murid untuk membuat pengukuhan sendiri. Dalam hal ini,

murid-murid perlu menyelesaikan kerja rumah secara sendiri tanpa bantuan ibu bapa

mereka.

Pemerhatian dan peneguhan daripada guru-guru secara positif akan merangsangkan

murid untuk berusaha dengan gigih dan menyiapkan tugasan walaupun tugasan

tersebut sangat sukar. Guru-guru juga harus menyediakan alat dan bahan bantuan

mengajar yang sesuai untuk mendorong muird-murid untuk mencapai kejayaan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa ciri-ciri pembelajaran celik

akal seperti penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba, idea-idea

timbul semasa memikirkan mengenai sesuatu isu atau pun perkara. Seterusnya, soalan

dan rangsangan yang sesuai boleh mendorong dalam proses ini dan guru-guru harus

mengemukakan contoh-contoh bersesuaian yang mudah difahami oleh murid-

murid.Maklumat yang diterima oleh murid-murid juga harus bersistematik dan mengikuti

urutan kesinambungan yang bersepadu serta amalan mebuat refleksi dan meta-kognisi

dapat mencungkil fikiran dan celik akal para murid. Seterusnya guru-guru juga tidak

perlu memberi terlalu banyak penerangan tetapi berperanan menjadi sebagai seorang

Page 5: Teori-Teori Pembelajaran

fasilitator dan beliau perlu menggalakkan pemikiran kritikal an kreatif di dalam bilik

darjah. Murid-murid juga mesti didedahkan kepada pelbagai latihan untuk melihat unsur-

unsur ynag berkaitan dari persekitaran dan membuat keputusan yang

munasabah.  Murid-murid juga mesti digalakkan untuk membuat analisis alternative

sebelum membuat sesuatu keputusan dan guru-guru perlu mengurus murid-murid dari

segi emosi, tingkah laku dan disiplin bagi membolehkan setiap sesi pembelajaran bagi

berjalan dengan lancar. Hasil dari pengawasan ini, murid-murid yang bermotivasi dan

yang dapat memberi tumpuan dalam proses pembelajaran akan dilahirkan.

Kesimpulannya, proses kognitif perlu dititikberatkan oleh guru-guru dan perlu diterapkan

di sekolah bagi memudahkan murid-murid untuk mengingati perkara yang telah

dipelajarinya. Melalui cara ini juga mereka dapat mengaplikasikan pelajaran dengan

lebih baik dan berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif.

Terdapat beberapa aplikasi yang dicadangkan dalam prinsip piaget di dalam bilik

darjah. Di antara cara-cara utama guru-guru dapat mengaplikasikan teori ini dalam bilik

darjah ialah melalui susun atur kurikulum. Seseorang guru perlu mengaturkan isi

pelajaran secara berperingkat mengikut urutan mudah ke sukar dan dari konkrit ke

abstrak. Sukatan pelajaran sekolah rendah di Malaysia kini diatur dari peringkat pra

sekolah ke tahun enam berdasarkan peringkat-peringkat dalam teori piaget. Sebagai

contohnya, dalam mata pelajaran matematik, murid-murid belajar operasi mateamtik

daripada nombor satu digit kepada dua digit dan kemudian kepada tiga digit. Topik-topik

lain di dalam mata pelajaran matematik juga disusun dari konkrit ke abstrak seperti

dalam tajuk-tajuk waktu dan jam, jarak dan juga jisim yang diajar dalam tahun dua.

Selepas belajar konsep-konsep metematik asas, baru murid akan diperkenalkan kepada

konsep penyelesaian masalah. Seterusnya ialah guru-guru perlu menyediakan bahan

sokongan dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan boleh

digunakan dengan aras murid-murid. Guru-guru perlu sedar bahawa pada peringkat

awal persekolahan, kanak-kanak di kelas tadika perlu didedahkan kepada bahan-bahan

bantu pengajaran yang terdiri daripada objek-objek besar yang senang dilihat dan

dimanipulasikan oleh para murid. Di samping itu, pelbagai jenis alat bantu mengajar dan

rangsangan diperlukan untuk mengajar kanak-kanak di peringkat sekolah rendah

disebabkan oleh perkembangan kognitif mereka yang terhad. Bahan-bahan maujud

yang digunakan bersama-sama denagn pengajaran guru juga amat berkesan bagi

meningkatkan penaakulan kanak-kanak di sekolah rendah.

Page 6: Teori-Teori Pembelajaran

Selain daripada itu, guru-guru juga perlu menggunakan contoh-contoh yang konkrit

dalam pengajaran dalam bilik darjah. Murid-murid peda peringkat sekolah rendah masih

belum bersediamuntuk menyelesaikan masalah-masalah secara abstrak atau situasi

pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk hipotesis. Justeru itu, guru-guru perlu

mengamalkan banyak contoh-contoh konkrit dan menggunakan anologi-anologi serta

perbandingan untuk memudahkan pemahaman murid-murid pada tahap pembelajaran

ini. Seterusnya ialah guru-guru mesti memastikan isi pelajaran dan aktiviti-aktiviti

pelajaran yang disediakan oleh mereka adalah perlu selaras dengan peringkat

perkembangan kognitif para murid dan setiap isi tajuk pelajaran perlu disusun serta

diperingkatkan dalam aras kesukarannya. Guru-guru juga perlu menyampaikan tajuk

pengajaran yang berada dekat dengan pengetahuan dan pengalaman lepas murid-

murid kepada konteks pengetahuan dan konsep-konsep yang lebih kompleks serta

menyediakan peluang-peluang untuk menikmati pengalaman-pengalaman baru untuk

murid-murid mereka.

Di samping itu, murid-murid juga mesti didedahkan kepada rangsangan-rangsangan

yang kreatif seperti seni visual dan tayangan video kerana ia dapat mensimulasikan

perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum mesti dirancangkan

untuk dirangkaikan dengan perkembangan kognitif murid-murid. Sebagai contohnya,

muzik dan tarian dapat mempengaruhi personality murid-murid secara

positif. Terakhirnya ialah suasana sosial. Murid-murid mesti mendapat pengetahuan dan

mengembangkan skema kognitif dalam suasana social yang riang dan harmonis. Guru-

guru juga harus memastikan suasana bilik darjah sesaui dan sentiasa kondusif untuk

pembelajaran kanak-kanak sekolah rendah.

Guru-guru juga perlu menggalakkan suasana persekitaran bilik darjah hidup di mana

mereka akan menukar tema bilik darjah setiap minggu untuk memeaparkan sebuah

lautan atau kawasan perhutanan. Murid-murid akan menghiasi bilik darjah masing-

masing mengikut tema-tema yang telah ditetapkan oleh guru. Selain daripada itu, guru-

guru juga perlu menitikberatkan perkara-perkara seperti susunan kurikulum yang

terancang dan sistematik, pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tahap

umur –umur untuk meningkatkan pengajaran yang berkesan. Di samping itu, contoh-

contoh konkrit juga perlu digunakan supaya murid-murid mengamati sesautu konsep

dengan jelas dan pada masa yang sama perlu memastikan suasana yang selamat untuk

interaksi harmoni di dalam kelas. Guru-guru juga perlu menetapkan isi pelajaran dari

Page 7: Teori-Teori Pembelajaran

mudah ke sukar dan pelbagai mata pelajaran juga harus mengembangkan potensi

murid-murid secara menyeluruh. Kesemua perkara ini kan meningkatkan proses

pengajaran san pembelajaran dalam bilik darjah di sesebuah sekolah.

Teori yang ketiga adalah Teori Pembelajaran Sosial yang dikembangkan oleh Albert

Bandura (1986). Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip-prinsip teori-teori belajar

perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan pada kesan dari isyarat-isyarat pada

perilaku, dan pada proses-proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran sosial

kita akan menggunakan penjelasan-penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan-

penjelasan kognitif internal untuk memahami bagaimana kita belajar dari orang lain.

Dalam pandangan belajar sosial “manusia” itu tidak didorong oleh kekuatan-kekuatan

dari dalam dan juga tidak “dipukul” oleh stimulus-stimulus lingkungan.

Bersama Richard Wakters sebagai penulis kedua, Bandura menulis Adolescent

Aggression (1959) mengenai suatu laporan terinci tentang sebuah studi lapangan

dimana prinsip-prinsip pembelajaranan sosial digunakan untuk menganalisis

perkembangan kepribadian sekelompok remaja lelaki delinkuen dari kelas menengah,

disusuli dengan Sosial Learning and personality development (1963), sebuah buku

dimana beliau dan Walters memaparkan prinsip-prinsip pembelajaran sosial yang telah

mereka perkembangkan beserta dengan eviden atau bukti yang menjadi asas bagi teori

tersebut. Pada tahun 1969, Bandura menerbitkan Principles of behavior modification,

dimana ia menguraikan penerapan teknik-teknik behavioral berdasarkan prinsip-prinsip

pembelajaranan dalam memodifikasikan tingkah laku dan pada tahun 1973,”Aggression:

A sosial learning analysis”.

Teori belajar sosial menekankan, bahawa lingkungan-lingkungan yang dihadapkan pada

seseorang secera kebetulan; lingkungan-lingkungan itu kerap kali dipilih dan diubah oleh

orang itu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura, sebagaimana yang dikutip oleh

(Kardi, S., 1997: 14) bahawa “sebagian besar manusia belajar melalui pengamatan

secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain”. Inti dari teori pembelajaran sosial

adalah pemodelan (modelling), dan permodelan ini merupakan salah satu langkah

paling penting dalam pembelajaran terpadu.

Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan (observational learning). Pertama,

pembelajaran melalui pengamatan dapat terjadi melalui kondisi yang dialami orang lain

atau vicarious conditioning. Contohnya, seorang pelajar melihat temannya dipuji atau

Page 8: Teori-Teori Pembelajaran

ditegur oleh gurunya kerana perbuatannya, maka ia kemudian meniru melakukan

perbuatan lain yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian ini merupakan

contoh dari penguatan melalui pujian yang dialami orang lain atau vicarious

reinforcement. Kedua, pembelajaran melalui pengamatan meniru perilaku suatu model

meskipun model itu tidak mendapatkan penguatan atau pelemahan pada saat pengamat

itu sedang memperhatikan model itu mendemonstrasikan sesuatu yang ingin dipelajari

oleh pengamat tersebut dan mengharapkan mendapat pujian atau penguatan apabila

menguasai secara tuntas apa yang dipelajari itu. Model tidak harus diperagakan oleh

seseorang secara langsung, tetapi kita dapat juga menggunakan seseorang pemeran

atau visualisasi tiruan sebagai model.

Sama seperti pendekatan teori pembelajaranan terhadap kepribadian, teori

pembelajaran sosial berdasarkan pada hujah yang diutarakan beliau bahawa

sebahagian besar daripada tingkah laku manusia adalah sebahagian daripada hasil

pemerolehan, dan prinsip pembelajaranan sudah mencukupi untuk menjelaskan

bagaimana tingkah laku berkembang. Akan tetapi, teori-teori sebelumnya kurang

memberi perhatian pada konteks sosial dimana tingkah laku ini muncul dan kurang

memperihalkan fakta bahawa banyak peristiwa pembelajaranan terjadi dengan

perantaraan orang lain. Maksudnya, semasa melihat tingkah laku orang lain, individu

akan pembelajaran meniru tingkah laku tersebut atau dalam hal tertentu menjadikan

orang lain sebagai model bagi dirinya.

Di samping itu, dalam bukunya yang diterbitkan pada 1941, Sosial learning and

imitation, Miller dan Dollard telah mengakui tentang peranan penting mengenai proses

imitatif dalam perkembangan keperibadian dan seterusnya menjelaskan beberapa jenis

tingkah laku imitatif tertentu. Walaupun begitu, hanya sedikit pakar lain yang meneliti

keperibadian individu cuba memasukan gejala pembelajaranan melalui pemerhatian ke

dalam teori-teori pembelajaranan mereka. Bandura juga memperluaskan analisis beliau

terhadap pembelajaranan melalui pemerhatian.

Kepentingan untuk teori social ini adalah mengamati orang lain melakukan sesuatu tidak

mesti diakibatkan oleh pembelajaran, kerana pembelajaran melalui pemerhatian

memerlukan beberapa faktor.   Menurut Bandura, ada empat proses yang penting agar

pembelajaran melalui pemerhatian dapat terjadi, seperti Perhatian (attention process).

Sebelum meniru orang lain, perhatian harus dicurahkan ke orang itu. Perhatian ini

Page 9: Teori-Teori Pembelajaran

dipengaruhi oleh asosiasi pengamat dengan modelnya, sifat model yang menarik, dan

erti penting tingkah laku yang diamati bagi si pengamat.Kedua, representasi

(representation process). Tingkah laku yang akan ditiru, harus disimbolisasikan dalam

ingatan. Baik dalam bentuk verbal mahupun dalam bentuk gambaran/imaginasi.

Representasi verbal memungkinkan orang mengevaluasi secara verbal tingkah laku

yang diamati, dan menentukan mana yang dibuang dan mana yang akan cuba

dilakukan. Representasi imaginasi memungkinkan dapat dilakukannya latihan secara

simbolik dalam fikiran, tanpa benar–benar melakukannya secara fizik. Ketiga adalah

Peniruan tingkah laku model (behavior production process). Sesudah mengamati

dengan penuh perhatian, dan memasukkannya ke dalam ingatan. Pengubahan dari

gambaran fikiran menjadi tingkah laku menimbulkan keperluan evaluasi; “Bagaimana

melakukannya?” “Apa yang harus dikerjakan?” “Apakah sudah benar?” Berkaitan

dengan kebenaran, hasil pembelajaran melalui pemerhatian tidak dinilai berdasarkan

kemiripan respons dengan tingkah laku yang ditiru, tetapi lebih kepada tujuan

pembelajaran dan efikasi dari pembelajaranan. Keempat adalah Motivasi dan penguatan

(motivation and reinforcement process). Pembelajaran melalui pengamatan menjadi

efektif kalau pembelajaran memiliki motivasi yang tinggi untuk dapat melakukan tingkah

laku modelnya. Pemerhatian mungkin memudahkan orang untuk menguasai tingkah

laku tertentu, tetapi kalau motivasi untuk itu tidak ada, proses daripada tingkah laku

yang dihukum tidak akan berlaku. Imitasi tetap terjadi walaupun model tidak diberi

ganjaran, sepanjang pengamatan melihat model mendapat ciri-ciri positif yang menjadi

tanda dari gaya hidup yang berhasil, sehingga diyakini model umumnya akan diberi

ganjaran.

Motivasi banyak ditentukan oleh kesesuaian antara karakteristik peribadi pengamat

dengan karakteristik modelnya. Ciri-ciri model seperti usia, status sosial,

seks,keramahan, dan kemampuan, penting dalam menentukan tingkat imitasi. Kanak-

kanak lebih senang meniru model sesusianya daripada model dewasa. Kanak-kanak

juga cenderung meniru model yang sama prestasinya dalam jangkauannya. Kanak-

kanak yang sangat dependen cenderung melimitasi model yang dependennya lebih

ringan. Imitasi juga dipengaruhi oleh interaksi antara ciri model dengan observernya.

Teori yang keempat adalah Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Konstruktivisme

bermaksud pembinaan pengetahuan. Ia merupakan teori pembelajaran yang melihat

pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan.

Page 10: Teori-Teori Pembelajaran

Pelajar membina pengetahuan tentang topic yang dipelajari dengan cara mengaitkannya

dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima

bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. Salah satu teori atau pandangan yang

sangat terkenal berkaitan dengan teori belajar konstruktivisme adalah teori

perkembangan mental Piaget yang merupakan bagian dari teori kognitif juga. Piaget

menegaskan bahawa penekanan teori kontruktivisme pada proses untuk menemukan

teori atau pengetahuan yang dibangun dari realitasi lapangan. Peranan guru dalam

pembelajaran menurut teori kontruktivisme adalah sebagai fasilitator atau moderator.

Pandangan tentang anak dari kalangan konstruktivistik yang lebih mutakhir yang

dikembangkan dari teori belajar kognitif Piaget menyatakan bahwa ilmu pengetahuan

dibangun dalam pikiran seorang anak dengan kegiatan asimilasi dan akomodasi sesuai

dengan apa yang dimilikinya.

Berbeza dengan kontruktivisme kognitif Piaget, konstruktivisme sosial yang

dikembangkan oleh Vigotsky adalah bahwa belajar bagi anak dilakukan dalam interaksi

dengan lingkungan sosial maupun fisik. bahawa pembelajaran yang kepada teori belajar

konstruktivisme lebih menfokuskan pada siswa dalam mengorganisasikan pengalaman

mereka. Bukan kepatuhan siswa dalam refleksi atas apa yang telah diperintahkan dan

dilakukan oleh guru. Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan

konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan

apabila diperlukan.

Implikasi teori konstruktivisme kepada pengajaran adalah memandangkan pembelajaran

lebih berpusat kepada pelajar dan pelajar belajar memlalui proses membuat atau

beraktiviti, maka guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti

serta mengambil kira keupayaan pelajar. Selain itu, guru hendaklah mengenal pasti ZPD

pelajar melalui penyediaan beberapa aktiviti yang berkaitan. Guru memilih pelajar yang

lebih berkemahiran untuk mengajar pelajar yang belum menguasai. Dengan itu, guru

hendaklah mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar. Tugasan autentik yang

berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar, simulasi

dan sebagainya boleh dimanfaatkan. Perkara yang penting sekali adalah penerangan

guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa pelajar. Justeru,

sertakan contoh yang pelbagai dalam sesi perbincangan.

Page 11: Teori-Teori Pembelajaran

Teori yang kelima adalah Teori Pembelajaran Humanisme. Humanisme melihat

manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak serupa

dengan haiwan. Humanisme percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan,

motivasi, minat dan nilai. Humanisme juga percaya bahawa individu harus dilihat

sebagai satu entity. Terdapat beberapa tokoh terkenal yang mempelolpori teori

humanisme ini. Antara tokoh-tokoh humanistik termasuklah Carl Rogers, Abraham

Maslow, John Holt, Malcolm Knowles dan lain-lain. Tetapi di antara tokoh-tokoh

tersebut, dua orang tokoh utama bagi pendekatan humanisme iaitu Carl Rogers dan

Abraham Maslow.

Menurut Rogers, manusia mempunyai naluri untuk belajar.Hal ini terbukti dengan

tingginya rasa ingin tahu anak apabila diberi kesempatan untuk mengeksplorasi

persekitarannya. Dorongan ingin tahu untuk belajar ini merupakan persepsi dasar

pendidikan humanistik. Di antara ciri-ciri Teori Pembelajaran Carl Rogers adalah 

pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri. Selain itu,

setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai

kesempurnaankendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yg unik melalui sistem

nilai dan kepercayaan yg berbeza dgn org lain. Tingkah laku yg ditunjukkan adalah

selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya. Kefahaman tingkah laku individu

hanya diperoleh melalui proses komunikasi. Prinsip-prinsip pendekatan Teori

Pembelajaran Carl Rogers antara lainnya ialah mengutamakan pendidikan berpusatkan

pelajar dan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedon to learn). Di dalam

kelas berasaskan teori pembelajaran Carl Rogers, murid-murid diberi kesempatan dan

kebebasan untuk memenuhi perasaan ingin tahunya, untuk memenuhi minatnya dan

untuk mencari apa yang penting dan bererti tentang dunia di sekitarnya.

Antara prinsip-prinsp pembelajarannya yang lain. Pertama adalah pembelajaran

merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu. Kedua, pembelajaran hanya boleh berlaku

jika bahan pelajaran adalah bermakna serta seiras dengan objektif pelajaran pelajar.

Ketiga, keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dibawah situasi pendidikan

yang kurang berancam. Keempat, keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan

apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti

pembelajaran. Kelima, membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya,

demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya. Akhir sekali adalah

Page 12: Teori-Teori Pembelajaran

aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata untuk memupuk kemahiran hidup

pelajar. 

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan

keseluruhan. Seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu

tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini

ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan

dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya

sebahagian daripada individu. Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang

kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga

menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat

ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa

mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Personaliti yang

dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan

perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi

oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang

menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan

yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki. Menurut beliau

keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu

sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di

peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai

tahap kesempurnaan. Maslow memecahkan tahap keperluan manusia kepada 5 tahap

iaitu keperlian fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri, dan

kesempuurnaan kendiri. Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup.

Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak

pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi

tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan

mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang – undang

serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap

keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup. 

Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan

insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan

kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud

bersendirian. Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu

Page 13: Teori-Teori Pembelajaran

berkuasa, sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita

juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia

ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup. Akhir sekali usaha

manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap

kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan

kesempurnaan kendiri. 

Implikasi pendekatan Humanisme terhadap pengajaran dan pembelajaran dapat

membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti

pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan

selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain itu, guru hendaklah

memberikan focus kepada pelajar, bukannya subjek. Guru mengajar pelajar subjek

tertentu. Pelajar yang utama, mata pelajaran yang kedua. Seterusnya, Guru hendaklah

melayani pelajar sebagai insane terlebih dahulu sebelum melayani mereka pelajar dan

menerima setiap pelajar tanpa syarat, mengikut potensi dan keupayaan masing-masing

dengan layani perbezaan pelajar. Di samping itu, guru hendaklah melibatkan pelajar

dalam gerak kerja kumpulan, terutama pembelajaran koperatif. Hal ini akan dapat

membina hubungan social dan kemahiran emosi. Guru hendaklah menjadi role model

dan menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin

ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk

memenuhi keprluan kasih sayang. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran

dengan pelajar.

Page 14: Teori-Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran Behavioris

Teori ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan secara objektif ke atas pembelajaran

pada manusia dan juga haiwan dan teori bahavioris ini telah menghuraikan

pembelajaran sebagai satu penguasaan ilmu yang baru. Selain itu, teori ini

juga mementingkan pembolehubah yang boleh dilihat oleh seseorang, dinilai dan yang

boleh dimanipulasikan. Ahli-ahli teori behavioris ini tidak melibatkan diri dengan sesuatu

yang berlaku dari kesedaran dalaman seseorang iaitu proses mental. Asasnya teori ini

menyarankan kepercayaan adalah tingkah laku seseorang disebabkan dan dipengaruhi

oleh persekitarannya. Hal ini berdasarkan prinsip-prinsip bahawa rangsangan dari

persekitaran membawa tindak balas pada tingkah laku seseorang individu. Dengan itu,

teori ini juga menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan secara

berulang-ulang dilakukan ke atas sesuatu benda ataupun benda hidup sehingga ia

menjadi satu kebiasaan dan tingkah laku yang berulang ini dapat mengekalkan

peneguhan. Dalam bentuk pendekatan behavioral ini juga tingkah laku seseorang murid

dinilai sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan sesebuah pembelajaran itu

memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat

memberi respons dan guru-guru diberi pengukuhan. Tokoh-tokoh teori behavioris yang

terkenal ialah Ivan P Pavlov (1849 – 1963), John B. Watson (1878-1958), Thorndike

( 1874 – 1949) dan B.F. Skinner ( 1904-1990).

Ivan Petrovich Pavlov ( 1849-1936) merupakan seorang ahli fisiologi, psikologi dan juga

perubatan. Beliau berasal dari Negara Rusia dan sumbanganya dalam bidang psikologi

ialah pelaziman klasik, iaitu teori tentang bagaimana seseorang individu itu belajar dan

menguasai tingkah laku. Eksperimen yang dilaksanakan oleh beliau untuk membuktikan

teori ini ialah dengan anjing dan sumbangan beliau dalam bidang sains dan psikologi

telah berjaya menjadi pemenang Hadiah Nobel 1904. Teori beliau ialah berasaskan

tingkah laku eksplisit iaitu perlakuan di mana boleh melihat apa yang berlaku yang

ditunjukkan oleh seseorang individu. Hal ini kerana perlakuan yang dilihat tersebut,

boleh diukur dan juga di nilai dalam sesuatu kajian itu. Di samping itu, fikiran dan cara

minda seseorang beroperasi juga boleh diramal melalui perlakuan seseorang individu

itu. Beliau juga menyatakan tindak balas automatik berlaku disebabkan oleh sesuatu

rangsangan daripada persekitaran dan ia boleh diubah dengan memanipulasikan

ransangan dan ini disebut sebagai pelaziman. Tiga peringkat pada model pelaziman

Page 15: Teori-Teori Pembelajaran

adalah Peringkat Sebelum Pelaziman, Peringkat Semasa Pelaziman dan Peringkat

Selepas Pelaziman.

Peringkat sebelum pelaziman. Peringkat ini merujuk kepada satu keadaan semulajadi

di mana keadaan sesuatu organisma itu menunjukkan reaksi-reaksi yang berlaku secara

semulajadi dan dalam peringkat ini, eksperimen beliau melibatkan tiga

elemen iaitu anjing, makanan dan juga loceng. Model ini disebut sebagai “how dog

training works- behavior theory”. Dalam teori ini, anjing ditunjukkan makanan yang

dianggap sebagai satu jenis rangsangan baginya, air liur pula meleleh daripada mulut

anjing itu yang dianggap sebagai gerak balas tak terlazim, yang bermakna satu reaksi

semulajadi. Apabila Pavlov membunyikan loceng pada peringkat ini , dimana satu lagi

jenis rangsangan iaitu bunyi loceng, maka ia tidak membawa sebarang gerak balas iaitu

gerak balas tak terlazim iaitu tiada respon daripada anjing tersebut.

Peringkat semasa pelaziman. Dalam peringkat ini, Pavlov cuba menukar keadaan

semulajadi sebelum ini bagi melihat perubahan tingkah laku pada anjing tersebut

sebelum menghidangkan makanan kepada anjing itu, beliau membunyikan loceng dan

perbuatan ini dilakukan beberapa kali dan diulangi. Dengan ini, anjing tersebut belajar

untuk mengaitkan bunyi loceng yang dibunyikan oleh beliau dengan makanan yang

dihidangkannya iaitu rangsangan terlazim.

Peringkat selepas pelaziman. Dalam peringkat ini pula, anjing tersebut

memperolehi satu siri tingkah laku yang baru dalam tindakan membunyikan loceng dan

pemberian makanan selepas bunyi loceng oleh Pavlov yang diulangi beberapa kali ini

menyebabkan anjing tersebut belajar iaitu bunyi loceng berkait rapat dengan makanan

yang diberikan oleh tuannya. Selepas itu, air liur anjing tersebut terus mengalir keluar

iaitu dianggap sebagai gerak balas terlazim apabila mendengar bunyi loceng iaitu

rangsangan terlazim walaupun Pavlov tidak mengeluarkan sebarang makanan bagi

anjing tersebut. Mengikut teori beliau, setiap rangsangan ini menimbulkan gerak balas

daripada seseorang individu dan manusia akan memberi respon apabila sesuatu

rangsangan yang menarik minat mereka ditunjukkan atau pun diulangi. Terdapat

beberapa implikasi daripada teori Pavlov ini khususnya dalam bilik darjah iaitu reaksi

seperti ini akan membawa pembelajaran akibat perkaitan yang dibuat antara

rangsangan dan gerak balas. Sebagai contohnya, seorang guru yang mengendalikan

pengajarannya dalam teknik-teknik yang merangsangkan akan menarik minat dan

Page 16: Teori-Teori Pembelajaran

perhatian para murid. Oleh itu, murid-murid akan merasa ceria dan berminat apabila

guru tersebut masuk ke dalam kelas dan semestinya pengajaran guru tersebut akan

menjadi menarik serta menyeronokkan. Pengajaran berasaskan teori ini juga booleh

diperkukuhkan melalui latihan dan juga ulangan beberapa kali. Apabila bercakap

tentang perubahan pada perlakuan murid, prinsip rangsangan dan gerak balas juga

boleh diaplikasikan untuk membawa perubahan positif serta mengelakkan perlakuan

negatif di kalangan murid-murid.

Teori Pavlov juga mempunyai empat fasa yang dilalui oleh seseorang individu untuk

menguasai ataupun mengubah tingkah laku mereka. Empat fasa tersebut ialah fasa

perolehan, fasa penghapusan, fasa diskriminasi dan fasa generalisasi. Pertamanya

ialah fasa perolehan. Fasa perolehan merupakan fasa di mana fasa permulaan

pembelajaran sesuatu gerak balas kepada sesuatu rangsangan. Fasa perolehan

ini merupakan proses ulangan seusatu perlakuan yang mengaitkan gerak balas dengan

seusatu rangsangan. Sesuatu pembelajaran itu menjadi lebih kukuh lagi apbila teori

pelaziman ini dikuatkan dengan ulangan secara berulang kali. Sebagai contohnya,

dalam eksperimen Pavlov, anjing itu belajar untuk mengeluarkan air liur setelah

kedengaran bunyi loceng dan pembelajaran ini berlaku apabila anjing tersebut diajar

secara berulang kali untuk mendengar bunyi loceng sebelum menerima makanan

tersebut. Menurut Pavlov juga, beliau berasa amat sukar untuk meramalkan beberapa

kali sesuatu rangsangan dan gerak balas yang perlu diulangi sebelum ia menjadi

pembelajaran perlakuan yang kukuh. Dalam sesuatu situasi itu, pembelajaran boleh

berlaku dengan serta merta. Sebagai contohnya, anak yang tersentuh sebuah periuk

yang panas akan sentiasa takut mendekati periuk tersebut. Oleh itu, beliau merumuskan

bahawa pembelajaran berlaku melalui satu siri ulangan tingkah laku yang sama.Fasa

kedua ialah fasa penghapusan. Fasa ini berlaku apabila organisma yang telah

mempelajari sesuatu gerak balas melalui peneguhan, tidak lagi menerima rangsangan

yang meneguhkan dan jika sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti dengan

rangsanagn tak terlazim, maka perlakuan tersebut tidak akan diulangi lagi. Dalam fasa

penghapusan ini, anjing tidak menerima makanan iaitu rangsangan tak terlazim apbila

loceng dibunyikan dan lama kelamaan, anjing tidak akan mengeluarkan air liur, iaitu

tiada apa-apa gerak balas apabila anjing mendengar bunyi loceng iaitu rangsangan

terlazim.

Page 17: Teori-Teori Pembelajaran

Seterusnya ialah fasa pembezaan atau pun diskriminasi. Dalam fasa

diskriminasi, seseorang individu dapat mebezakan tidak balas untuk situasi atau

rangsangan yang berlainan. Hal ini kerana anjing dalam eksperimen Pavlov belajar

untuk membezakan bunyi loceng daripada bunyi yang lain melalui proses pelaziman.

Dalam fasa diskriminasi, anjing tidak menunjukkan sebarang gerak balas apabila

mendengar bunyi-bunyi yang lain seperti bunyi gendang. Dalam eksperimen ini, apabila

Pavlov membunyikan bunyi gendang, anjing tidak lagi mengeluarkan air liurnya dan ini

menunjukkan bahawa anjing tersebut sudah belajar untuk membezakan di antara bunyi

loceng dengan bunyi gendang. Fasa yang terakhirnya ialah fasa kesimpulan atau pun

generalisasi. Fasa generalisasi ini merupakan satu gerak balas terlazim yang dipelajari

daripada satu keadaan tetapi yang dapat diaplikasikan kepada semua situasi lain yang

sama atau hampir sama. Dengan itu, pembelajaran juga boleh menghasilkan dua jenis

tabiat atau perlakuan iaitu tabiat baik atau tabiat buruk. Sesuatu tabiat yang baik akan

dimurnikan pemahamannya melalui diskriminasi dan generalisasi untuk

mengembangkan penggunaannya di dalam situasi –situasi lain yang serupa. Manakala,

semua tabiat buruk dalam diri seseorang boleh dihapuskan melalui proses pelaziman.

Teori pelaziman klasik Pavlov masih lagi diaplikasikan dalam bilik darjah untuk

mengaitkan sesuatu rangsangan dengan aktiviti pembelajaran supaya murid-murid

menguasai sesuatu mata pelajaran. Teori ini juga amat berkesan dengan kanak-kanak

yang masih kecil yang perlu belajar sesuatu secara latih tubi atau pun secara ulangan.

Terdapat pelbagai cara untuk seseorang guru bagi mengaplikasikan teori ini di dalam

bilik darjah. Pertamanya ialah seseorang guru hendaklah menetapkan matlamat yang

spesifik supaya ada sesuatu tujuan untuk mengajar sesuatu. Selain itu, guru juga

hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran dan buat analisis

tugasan.

Teori behavior yang kedua dipelopori oleh Watson. Nama penuh beliau ialah John B

Watson (1878-1958) yang dilahirkan di Greenville, South Carolina, USA. Beliau telah

bekerja sebagai seorang professor psikologi dan telah melanjutkan penyelidikan Pavlov

denagnmenguji teori pelaziman dengan manusia. Watson telah memperkenalkan istialh

baru beliau iaitu ‘behavourisme’ yang merujuk kepada tingkah laku seseorang

manusia. Eksperimen beliau yang terkenal ialah yang melibatkan kontroversial

iaitu ‘Little Albert di mana ia melibatkan seorang bayi yang berumur 11 bulan. Dalam

eksperimen tersebut, Watson bertujuan untuk menunjukkan ataupun

Page 18: Teori-Teori Pembelajaran

menimbulkan gerak balas terlazim yang mengakibatkan bayi tersebut berasa takut

kepada seekor tikus yang berwarna putih. Selain itu, kajian beliau telah dijalankan

dengan menggunakan satu bunyi yang agak kuat untuk menakutkan bayi Albert semasa

bayi tersebut bermain dengan tikus yang berwarna putih itu. Pada mula-mulanya, Albert

tidak takut dengan tikus putih itu, tetapi apabila perbuatan ini dilakukan secara

berterusan dan berulang-ulang, maka bayi itu pun telah menangis secara teresak-esak.

Justeru itu, Albert telah belajar untuk mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang

menakutkan. Menurut teori Watson juga, tingkah laku merupakan satu siri urutan gerak

balas terlazim terhadap rangsangan daripada persekitaran. Rangsangan ini dapat dilihat

dan ditukar mengikut tujuan-tujuan yang spesifik.

Menurut Watson juga, pembentukkan tingkah laku adalah berbeza dengan proses

mental yang amat subjektif dan berlaku dalam keadaan yang agak abstrak. Ia boleh

dimanipulasikan dengan rangsangan-rangsangan yang berbeza. Berdasarkan

penyelidikan Watson, seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran dengan

menentukan pelbagai jenis rangsangan dalam pengajarannya. Melalui teori ini, guru-

guru juga boleh menentukan jenis gerak balas yang diingini oleh murid-murid dan

menyediakan rangsangan yang sejajar dengannya. Dengan menggabungkan

rangsangan dan gerak balas yang diinggini oleh para murid, guru-guru boleh mengajar

pelbagai topik pengajaran secara berkesan dan efektif.

Teori yang seterusnya ialah teori pelaziman cuba jaya thorndike. Nama penuh beliau

ialah Edward Lee Thorndike (1874-1949) yang merupakan seorang pakar psikologi yang

terkenal dalam bidang pendidikan dan psikologi. Beliau telah menyarankan konsep

bahawa segala tindakan manusia adalah bertujuan social denagn matlamat- matlamat

tertentu. Beliau juga berpendapat bahawapengajaran mesti bermatlamat social, iaitu

tujuan pembelajarannya mesti sentiasa memanfaatkan masyarakat di sekitarnya. Selain

daripada itu, Thorndike juga telah menjalankan beberapa kajian dan mengutarakan

‘pembelajaran cuba jaya’ iaitu ‘trial and error learning’.Bagi beliau, prinsip-prinsip asas

pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda. Sesuatu organisma akan membuat

sesuatu yang akan menyeronokkannya atau membawa keseronokkan. Sebaliknya,

organisma akan mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang membawa kesakitan

atau membahayakan diri. Menurut beliau juga pemberian ganjaran akan mendorong

sesuatu organosma mengulangi sesuatu gerak balas manakala dendaan pula akan

menyekatnya daripada melakukan sesuatu gerak balas. Beliau juga mengemukakan

Page 19: Teori-Teori Pembelajaran

istilah baru iaitu ‘stamping in’ yang membawa maksud saling berkaitan untuk

menerangkan proses pembelajaran yang berlaku pada seseorang individu yang

dihuraikan dalam eksperimen beliau denagn kotak ajaib dan seekor kucing. Beliau juga

berpendapat bahawa pembelajaran adalah merupakan satu proses pembentukkan

hubungan atau saling berkaitan antara sesuatu rangsangan dan juga tindak balas.

Di samping itu, dalam kajian beliau dengan kucing secara cuba jaya telah berjaya

menekan selak yang membuka pintu dalam sesebuah kotak itu. Kucing telah mencuba

beberapa kali sehingga mendapat rangsangan yang diinggini iaitu keluar daripada kotak

tersebut dan kucing itu akan mengaitkan aksi-aksi tekanan selak denagn membuka

pintu dalam sebuah kotak. Kucing tersebut telah mencuba sebanyak beberapa kali

sehingga mendapat rangsangan yang diinggini iaitu keluar daripada kotak tersebut.

Justeru, kucing tersebut akan dikaitkan dengan aksi tekanan selak dengan membuka

pintu, iaitu mengaitkan sesuatu rangsanagn dengan sesuatu gerak balas dan ia

menggunakan pelbagai akal untuk membuat sesuatu hubungan tersebut. Dalam kajian

ini juga beliau telah mengemukakan beberapa prinsip dan dapat mengaplikasikannya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip teori beliau boleh

dirumuskannya seperti proses pembelajaran memerlukan latihan berulangan serta

ganjaran yang berpatutan. Sebagai contohnya, hukum kesan dan hukum latihan dan

beliau menyatakan pembelajaran berlaku secara cuba jaya iaitu ‘trial and error’. Selain

daripada itu, beliau juga menyatakan jika beberapa tindakan berturutan itu adalah sama,

maka semua gerak balas berikutan dengannya boleh digabungkan iaitu

menerusi hukum kesediaan. Ganjaran atau pun peneguhan positif juga boleh

mendorong manusia untuk melakukan sesuatu gerak balas ataupun tindak balas

yang positif. Di samping itu, denda ataupun peneguhan negatif pula menghalang

manusia daripada melakukan sesuatu gerak balas atau pun tindak balas yang tidak

diingini dan organisma-organisma beroperasi atau bertindak dalam persekitaran untuk

menghasilkan sesuatu yang positif kerana mendapat peneguhan yang berunsur positif.

Selain daripada itu, organisma juga akan melakukan pengukuhan secara sukarela dan

pemindahan pembelajaran berlaku kerana pengalaman lalu yang ada pada seseorang

individu itu. Akhirnya ialah kepintaran seseorang individu itu bergantung kepada

perkaitan antara rangsangan dan gerak balas yang telah dipelajari sepanjang hayatnya.

Terdapat tiga hukuman yang ditetapkan oleh Thorndike dalam teorinya. Hukum yang

pertama ialah hukum kesan. Hukum kesan merupakan gerak balas kepada sesuatu

Page 20: Teori-Teori Pembelajaran

rangsangan memuaskan yang diikuti dengan ganjaran yang akan mengukuhkan gerak

balas tersebut dan lama-kelamaan ia akan menjadi sebagai satu tabiat kepada

rangsangan ini. Hubungan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh

jika terdapat kesan yang memuaskan ataupun menyeronokkkan selepas sahaja sesuatu

gerak balas itu dihasilkan. Sebagai contohnya, jika pujian diberi sebaik sahaja murid

memberi sesuatu jawapan itu dengan betul, ini akan menyebabkan dia berasa seronok

dan akan seterusnya murid tersebut akan berusaha untuk menjawab soalan-soalan

yang dikemukakan oleh guru pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama,

sesuatu tingkah laku itu diikuti dengan kesakitan ataupun kedukaan maka ia akan

lenyap begitu sahaja. Seseorang murid akan mengelakkan dirinya daripada menjawap

mahupun bercakap di dalam kelas dalam bahasa ibunda kerana takut didenda oleh

guru-guru yang mengajar bahasa-bahasa lain. Hukum yang kedua ialah hukum

kesediaan . Hukum kesediaan merupakanbeberapa gerak balas yang boleh

digabungkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Ketidakpuasan berlaku apabila

seseorang individu itu tidak mencapai matlamat tersebut. Hukum kesediaan juga

merujukkepada tahap kesediaan yang tetap dan pada seseorang individu sebelum dia

bertindak. Apabila murid-murid berada dalam keadaan bersedia mereka akan berasa

puas hati untuk bertindak dan murid-murid juga akan berasa kecewa sekiranya mereka

belum bersedia untuk bertindak. Oleh itu, apabila seseorang guru itu menyuruh anak

muridnya untuk melakukan sesuatu tugasan dan mereka tidak bersedia untuk

melakukannya, maka anak murid tersebut pasti akan berasa kecewa. Salah satu

implikasi yang penting bagi hukum ini ialah seseorang guru itu perlu melihat tahap

kesediaan seseorang murid sebelum melaksanakan sesuatu proses pengajaran dalam

bilik darjah.

Hukum yang ketiga ialah hukum latihan. Hukum latihan merujuk kepada pertalian antara

sesuatu rangsangan dan gerak balas yang dapat diperkukuhkan dengan peningkatan

aktiviti seperti latihan-latihan. Sebaliknya, perhubungan ini boleh diputuskan jika latihan-

latihan tersebut dikurangkan atau diberhentikan oleh seseorang guru itu.Perkaitan

antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh apabila murid-murid

melakukan sesuatu latihan secara berulang kali. Sebagai contohnya, guru-guru

memberikan banyak latihan untuk memperkukuhkan lagi sesuatu konsep yang diajar

ataupun sukar. Guru-guru juga harus memuji murid-murid mereka apabila mereka

membuat banyak latihan dan pada masa yang sama memarahi mereka sekiranya

mereka tidak membuat latihan-latihan tersebut. Justeru itu, kesan-kesan yang

Page 21: Teori-Teori Pembelajaran

menyakitkan akan melemahkan pertalian di antara rangsangan dan gerak balas. Kita

juga boleh merumuskan bahawa sesuatu tingkah laku yang diikuti dengan kepuasan

akan diulangi dan jika sesuatu tindakan itu diikuti dengan kesakitan, maka perbuatan itu

akan dihentikan. Implikasi teori ini dalam konteks bilik darjah ialah guru –guru perlu

mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang

menyeronokkan. Selain itu, guru-guru juga mesti memastikan bahawa murid-murid

bersedia sebelum mengajar sesuatu konsep baru dan guru-guru juga harus memberikan

pelbagai jenis ganjaran atau peneguhan yang positif kepada murid-murid yang

menyiapkan sebarang latihan dengan betul.

 Thorndike juga telah menyumbang kepada pelbagai aspek pendidikan. Di antara

pencapaian beliau ialah kaedah penilaian, teori perhubungan dan teori pemelajaran

terkenal beliau. Sejak 1903, Thorndike telah menggunakan penilaian objektif untuk

menilai kepintaran manusia. Beliau telah membangunkan beberapa kaedah penilaian

untuk mengukur kebolehan dan pencapaian seseorang individu. Dalam tahun 1920-an,

beliau telah membangunkan CAVD( completion, arithmetic,vocabulary and direction

intelligence test), sebuah alat yang mengukur pengiraan, bahasa dan pemberian

arahan.Beliau juga telah memperkenalkan teori perhubungan iaitu connectionism. Beliau

telah menemui teori perhubungan psikologi iaitu perkaitan yang berlaku pada peringkat

neural atau urat saraf yang disebabkan oleh pengalaman dan kebijaksanaan intelek

manusia. Minda juga mempunyai kebolehan untuk membina perhubungan di antara

rangsangan yang dijangkakan bagi sesuatu gerak balas. Seseorang individu itu

mempunyai intelek dan kebolehan yang tinggi mempunyai lebih banyak ‘perikatan

neural’ daripada individu-individu yang berkebolehan rendah. Mengikut thorndike,

pembentukan perikatan neural ini berdasarkan keturunan atau genetic seseorang

individu dan beliau juga berpendapat bahawa kualiti intelek diperoleh daripada

pendedahan dan pengalaman yang dilalui oleh seseorang individu. Beliau juga

mempercayai pengukuran kecerdasan tidak boleh diasingkan daripada latar belakang

kebudayaan seseorang dan beliau telah mengembangkan kefahaman dalam bidang

pendiidkan, khasnya matematik,ejaan dan membaca. Di samping itu, beliau juga telah

memperluaskan teori beliau untuk mengkaji pengukuran kecerdasan (IQ) dan gaya

pembelajaran orang dewasa.

Teori yang seterusnya ialah teori pelaziman operan skinner. Nama penuh beliau

ialah Burrhus F. Skinner (1904-1990). Beliau merupakan seorang ahli psilologi terkenal

Page 22: Teori-Teori Pembelajaran

di amerika dalam abad ke 20. Pemikiran beliau dipengaruhi oleh penyelidikan –

penyelidikan yang telah dijalankan oleh Pavlov, Watson, Thorndike dan beberapa ahli

psikologi lagi dan turut meluaskan kajian pelaziman dan memperkenalkan istilah’operan’

dalam bidang psikologi yang membawa maksud ‘bertindak ke atas’. Teori beliau juga

telah dihuraikan dalam buku pertamanya ‘the behavior of organisms’ dalam tahun 1938.

Beliau telah menjalankan beberapa eksperimen dengan binatang-binatang seperti tikus

dan burung merpati dan telah membuat satu generalisasi mengenai tingkah laku

manusia yang menjadi asas kepada teori pelaziman operan beliau. Beliau juga telah

menghasilkan sebuah kotak iaitu ‘skinner’s box’ yang digunakan untuk merekod

pemerhatiantingkah laku seekor tikus. Skinner juga berpendapat bahawa perubahan

pada perlakuan individu adalah ahsil daripada tindak balas kepada rangsangan-

rangsanagn daripada tindak balas daripada persekitarannya. Teori ini juga merujuk

kepada sesuatu organisma yang beroperasi dalam persekitaranya dengan pilihan untuk

bertindak balas kepada rangsangan ini kerana organisma akan melakukan tindakan

tersebut dan jika gerak balasnya membawa kesakitan, organisma tidak akan

melakukannya.

Skinner juga telah memerhatiakn bahawa sesuatu tingkah laku itu muncul daripada apa

yang berlaku selepas bertindak balas kepada sesuatu rangsangan iaitu sama ada

ganjaran atau denda yang didapati untuk tindak balas tersebut. Beliau juga menyatakan

bahawa sesuatu gerak balas boleh diperkukuhkan atau dihapuskan dengan peneguhan

positif atau negative. Peneguhan positif merupakan rangsangan yang diberikan oleh

guru yang menyebabkan murid untuk mengulangi atau mengurangi sesuatu tingkah

laku. Sebagai contohnya, apabila guru memuji seseorang murid itu maka murid tersebut

akan mengulanginya. Di samping itu,beliau juga mengutamakan prinsip-prinsip Premack

iaitu denda dan penghapusan. Prinsip ini merujuk kepada pemberian aktiviti yang

kurang meminati oleh murid-murid untuk mengukuhkan tingkah laku yang diinggini atau

positif. Mengikut skinner, sebarang aktiviti yang membawa ganjaran yang tinggi

digunakan untuk mengukuhkan aktiviti-aktiviti yang membawa ganjaran yang lebih

rendah. Sebagai contohnya, guru-guru menyedaikan aktiviti kuiz yang menyeronokkan

dengan syarat murid-muridnya menghabiskan semua kerja rumahnya pada waktu rehat

di sekolah. Selain daripada itu, seorang ibu juga boleh menggunakan pendekatan positif

apabila anaknya enggan mengemaskan bilik tidurnya dengan memberikan hadiah-

hadiah yang disukainya. Peneguhan negative pula merujuk kepada rangsanga ynag

Page 23: Teori-Teori Pembelajaran

digunakan oleh guru untuk mengelakkan pengulangan sesuatu tingkah laku di kalangan

murid yang terdiri daripada penghapusan atau denda.

Denda merupakan satu proses untuk melemahkan sesuatu tingkah laku yang tidak

diinggini. Denda boleh dilaksanakan dengan dua cara iaitu dengan memberi

rangsangan-rangsangan yang menyakirkan seperti merotan. Cara yang kedua ialah

dengan menarik balik sesautu yang digemari oleh murid-murid seperti tidak

membenarkan mereka keluar bermain atau tidak dibenarkan menonton

televisyen sepanjang hari. Satu lagi prinsip penting yang diutarakan oleh skinner

ialah penghapusan. Sesuatu tingkah laku yang tidak diberi peneguhan positif lama-

kelamaanakan hapus dengan tersendirinya dan tingkah laku yang kurang diinggini di

kalangan murid-murid boleh dihapuskan sekiranya guru-guru tidak memberi sebarang

peneguhan. Terdapat beberapa prinsip-prinsip yang diutarakan oleh teori pelaziman

operan skinner. Pertamanya ialah tingkah laku yang diperkukuhkan oleh guru secara

positif akan diulang dan pengukuhan secara bersela lebih berkesan daripada yang diberi

secara kerap. Di samping itu, ganjaran juga harus disampaikan sedikit demi sedikit oleh

seseorang guru agar gerak balas dan tingkah laku yang dikehendaki boleh

diperkukuhkan dan proses ini dinamakan sebagai ‘shapin’ iaitu pembentukan tingkah

laku secara beransur-ansur tehadap tingkah laku muktamad yang diinggini.

Menerut skinner, dalam proses pembelajaran guru-guru akan menghadapi

pelbagai jenis halangan dan guru-guru boleh mengatasi pelbagai masalah yang berlaku

dalam bilik darjah dengan mengaplikasikan teori pelaziman operan ini. Salah satu

halangan dalam proses pembelajaran adalah murid-murid menghadapi kegagalan

dalam menjalankan sesuatu tugasan dan guru-guru boleh mengatasi masalah ini

dengan memberikan maklum balas sebaik sahaja murid menyiapkan tugasan mereka

dan mereka juga harus menyemak latihan yang disiapkan oleh murid serta merta.

Halangan yang seterusnya ialah tugasan pembelajaran yang sukar menyebabkan murid

berasa tertekan. Cara mengatasi masalah ini adalah sesuatu tugas pembelajaran harus

dibahagikan kepada langkah-langkah yang kecil agar murid-murid dapat mudah

menyelesaikannya. Selain daripada itu, murid juga mengalami masalah apabila

menerima arahan guru yang kurang lengkap dan tepat untuk sesuatu tugasan dalam

kelas dan untuk menyelesaikan masalah ini, guru-guru harus mengulangi arahan-arahan

guru dengan jelas dan tepat beberapa kali di dalam kelas mereka. Di samping

itu, pengajaran guru yang kurang sistematik dan mengelirukan para murid merupakan

Page 24: Teori-Teori Pembelajaran

satu lagi masalah yang dihaddapi dalam proses pembelajaran dan penyelesaiannya

ialah guru-guru mesti menyusun isi pengajaran dari mudah kepada kompleks supaya

murid-murid dapat mengecapi pembelajaran secara berperingkat-peringkat. Akhir

sekali, pemberian peneguhan positif adalah amat kurang di dalan bilik darjah. Oleh itu,

guru-guru perlu mengamalkan lebih banyak peneguhan positif di dalam bilik dajah

masing-masing.

Pada masa kini, teori skinner telah banyak digunakan dalam bidang pendidikan untuk

mengatasi fobia dan penyakit jiwa. Selain daripada itu, bahan pengajaran dan

pembelajaran yang berbantu berasaskan computer berasaskan teori skinner digunakan

dengan meluas kerana ia memberikan maklum balas serta merta kepada para murid.

Pada masa yang sama, pengajaran bagi murid-murid yang kurang upaya dan murid-

murid autistic adalah berasaskan prinsip-prinsip teori skinner yang lebih berkesan dan

efektif. Bagi mengelakkan kemalangan berlaku di tempat kerja, khasnya di kawasan

industry, ganjaran dan denda digunakan sebagai prinsip-prinsip untuk

menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan. Walaupun terdapat beberapa

kekurangan dalam teori skinner, ia masih memainkan peranan penting dalam

pendekatan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.