teori kedatangan islam ke alam melayu januari 2010.ppt

55
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU/NUSANTARA June 8, 2022 CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU 1

Upload: zaki

Post on 05-Nov-2015

347 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU/NUSANTARA

    *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Alam Melayu atau Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago adalah merujuk kepada wilayah yang di kenal juga sebagai Nusantara. Perkataan Nusantara terdiri dari kata nusa (pulau) dan antara (lain).

    Ini sesuai dengan bentuk fizikal Kepulauan Melayu atau Nusantara yang merangkumi daerahdaerah atau kepulauan-kepulauan Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Filipina , Vietnam dan Taiwan hingga ke Madagaskar.

    Mengikut UNESCO Kepulauan Melayu ialah seluruh rumpun Melayu-Polinisia dari Pulau Malagasi di sebelah barat dan Pulau Paskah di Timur, Pulau Formosa, Hawaii di Utara serta New Zealand di Selatan*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Kepulauan Melayu turut terkenal kerana kedudukannya yang strategik dari sudut geografi iaitu sebagai pengawal lalu lintas antara barat dan timur khususnya antara India Cina dan Timur jauh.Dari sudut keilmuan Kepulauan Melayu turut menjadi terkenal sebagai tempat pertapakan falsafah dan aliran pemikiran pelbagai agama termasuk agama Islam *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Zaman Pra Sejarah 2000 tahun sebelum Masehi di mana berlaku perpindahan secara besar-besaran bangsa Austronesia ke Nusantara.Zaman Pra kolonial dibahagikan kepada dua peringkat iaitu zaman Kerajaan Hindu/Buddha dan Kerajaan IslamZaman kolonial Zaman di mana Nusantara dijajah oleh kuasa-kuasa imperialis barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Kepercayaan-AnimismeMenurut Syed Hussein Al Attas dalam bukunya Mitos Peribumi Malas Orang Melayu tergolong dalam puak Malayo-Polinesia dan dipercayai sudahpun menghuni kepulauan ini sejak 50,000 tahun sebelum Masehi. Rata-rata mereka beragama animisme. Animisma berasal dari perkataan latin Anima bermaksud roh.

    *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Animisma berasal dari perkataan latin Anima bermaksud roh. Maka Animisme ialah percaya kepada adanya kuasa roh. Ini kerana mereka percaya bahawa roh wujud dalam setiap benda hidup. Justeru itu Animisme ialah kepercayaan adanya jiwa atau roh yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia.

    Selain itu masyarakat juga percaya kepada Dinamisme iaitu kepercayaan adanya kuasa yang tidak berperibadi atau tidak berjisim yang lahir dari diri manusia, haiwan, tumbuhan atau benda-benda tertentu. (Ghazali Darusalam, 2001:102)

    *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Kepercayaan ini membentuk satu keyakinan bahawa setiap yang ada dikeliling mereka hidup dan mempunyai roh atau semangat yang boleh mendatangkan kesan baik atau kesan buruk kepada hidup mereka. Hasilnya lahirlah bentuk-bentuk pemujaan kepada kepada sesuatu yang dianggap berpuaka atau berpenunggu.

    Setelah dijajah oleh kerajaan Hindu/buddha seperti Majapahit, Mataram, Srivijaya dan lain-lain penduduk Alam Melayu mengikut faham sinkritisme iaitu asimilasi antara kepercayaan hindu/buddha dengan kepercayaan animisme yang bersifat tempatan.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Kepercayaan kepada puaka atau penunggu melahirkan taboo atau pantang larang dalam masyarakat di mana mereka percaya jika pantang larang itu dilanggar oleh seseorang maka individu tersebut akan ditimpa kecelakaan. Amalan ini begitu menebal dalam masyarakat melayu lama dan ia diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Malah amalan ini masih wujud dalam sesetengah masyarakat moden hari ini.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Menurut R.O. Winstedt orang-orang di Alam Melayu mempercayaai semangat. Mereka percaya semangat ini datangnya dari uri, anggota badan, nama seseorang, tumbuhan, besi, tanah, gunong ganang dan sebagainya.

    Untuk menjaga semangat mereka mengadakan upacara-upacara tertentu kerana mereka percaya semangat boleh menyembuhkan penyakit dan menambah jumlah hasil tanaman. Contohnya upacara memuja semangat padi apabila padi masak supaya dapat menghasilkan padi yang lebih pada tahun hadapan.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Terpengaruh dengan kepercayaan hindu-buddha warisan dari Kerajaan Sriwijaya maka masyarakat Melayu ketika itu dibahagikan kepada dua kelas atau kasta iaitu kelas pemerintah dan kelas yang diperintah. Kelas pemerintah terdiri dari golongan diraja dan orang bangsawan sementara kelas yang diperintah pula ialah golongan rakyat jelata yang menjadi hamba abdi yang kepada kedua-dua golongan tersebut. *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Golongan diraja mempunyai status dan dan keistimewaan yang tersendiri. Implikasi dari amalan kasta ini menimbulkan pula kesan yang berbeza dari sudut perundangan dan adat istiadat . Wujud diskriminasi yang ketara dalam undang-undang jenayah maupun awam. Golongan bangsawan akan menerima hukuman yang lebih ringan daripada hukuman ke atas hamba abdi walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama. Dalam adat istiadat pula terdapat pakaian dan warna-warna tertentu yang tidak boleh di pakai oleh rakyat jelata atau orang kebanyakkan misalnya warna kuning kerana ia khusus menjadi warna golongan diraja.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Rata-rata masyarakat kurang memahami pentingnya ilmu. Bentuk ilmu yang tersebar pula ketika itu lebih kepada kesusasteraan yang disampaikan secara lisan. Ceritanya berkisar tentang golongan raja-raja yang mempunyai berbagai keistimewaan kerana dianggap dari keturunan dewa kayangan. Pengarauh India turut mewarnai aspek bahasa di mana bahasa Sanskrit dan tamil telah diasimilasikan dengan bahasa Melayu Kuno dan Jawa Kuno. Warga Alam Melayu turut diperkenalkan dengan dua buah epik Hindu iaitu Ramayana dan Mahabharata. Dari sinilah lahirnya hikayat Sri Rama, Rama Kling dan Hikayat (kekawin) Ramayana yang kemudiannya disebarkan dalam bentuk wayang kulit dan cerita-cerita rakyat.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Pengaruh India juga dikesan pada bangunan agama (religious monuments) terutama pada penggunaan batu bata kerana ia dianggap bahan yang sesuai dan mempunyai ketahanan untuk dibina rumah dewa-dewa. Lukisan-lukisan pada bangunan tersebut juga banyak memaparkan ukiran dewa-dewa seperti Siva, Visnu dan Brahma dalam pelbagai bentuk dan gaya di samping ukiran tumbuh-tumbuhan seperti bunga teratai-bunga suci dalam kepercayaan hindu/buddha.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Walaupun terpengaruh dengan budaya India tetapi menurut Abdul Rahman Haji Abdullah(1990), ianya tidak secara total malah candi-candi yang dibina lebih merupakan tempat pertemuan untuk memuja roh nenek moyang. Ini bererti proses sinkritisme berlaku dalam kehidupan mereka di mana budaya penjajah dan lokal diasimilasi mewujudkan suatu bentuk kehidupan yang berbeza antara penduduk Alam Melayu dengan golongan penjajah atau pemerintah yang mengamalkan agama hindu-buddha.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Dalam aspek sosio-ekonomi Masyarakat Melayu tradisional memperolehi sumber ekonomi dari kegiatan harian seperti bercucuk tanam,menangkap ikan dan memungut hasil hutan seperti rotan, damar dan getah jelutung *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Sudah ada aktiviti menanam padi dan membuat dusun seperti pisang, tebu, keladi dan nenas yang diusahakan oleh masyarakat melayu di Melaka. Masyarakat juga memperolehi hasil sagu dari pokok enau, membuat atap dan mendapatkan nira dari daun dan tandan nipah.

    Kegiatan ekonomi sara diri lain ialah menangkap ikan dan memburu binatang. Justeru itu kegiatan perdagangan turut dilakukan secara kecil-kecilan dan secara tidak langsung Melaka sudah menjadi pelabuhan persinggahan antara kapal-kapal dagang dari timur dan barat pada waktu itu.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Jelaslah kegiatan ekonomi sara diri memainkan peranan penting dalam masyarakat melayu tradisi ketika itu. Kehidupaan mereka amat dipengaruhi oleh persekitaran menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada sungai, laut, hutan dan tanah pertanian. *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Sebelum kedatangan Islam Alam Melayu telah dijajah oleh beberapa kerajaan hindu buddha seperti kerajaan Kutai, Majapahit, Mataram, Melayu Tua- Jambi, Sunda, Sriwijaya dan kerajaan Tarumnaga. Secara tidak langsung ia turut mempengaruhi pandangan hidup masyarakat melayu ketika itu terhadap pemerintah sehingga timbul konsep dewaraja di mana raja dianggap suci dan mulia kerana berasal dari keturunan dewa Siva atau Visnu atau dewa Buddha-Mahayana.

    Hasilnya wujudlah sistem feudalisme yang melahirkan pula taat setia yang membuta tuli. Raja bukan saja perlu dipatuhi tetapi perlu disembah. Raja juga pemutus kepada segala bentuk hukuman dan raja sendiri mengatasi undang-undang yang ada ketika itu. Tugas rakyat adalah taat dan patuh tanpa diberi hak untuk bersuara walaupun mereka tahu keputusan raja adalah tidak betul. Sesiapa yang menentang akan ditimpa daulatnya Daulat inilah yang memberikan keistimewaan yang cukup besar kepada raja sehingga ia tidak boleh ditegur atau dinasihati oleh sesiapapun. *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Tidak ada satu tarikh yang tepat mengenai kedatangan dan proses Islamisasi di alam Melayu atau Nusantara. Pelbagai andaian dari mana, bila dan bagaimana Islam datang ke Alam Melayu.

    Terdapat sejarawan yang mengatakan bahawa Islam dibawa ke alam Melayu seawal abad pertama hijrah ia itu kira-kira abad ke 7 dan ke 8 Masehi dan ke Tanah Melayu pada seawal abad ke 9 dan 10 Masehi dan selewatnya pada abad ke 12 Masehi. Zaman ini dikaitkan dengan pemerintahan khalifah Uthman bin Affan.

    *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Ada pendapat yang mengatakan Islam hanya bertapak di alam Melayu pada abad ke 10 Masehi.

    Pendapat lain pula mengatakan Islam dibawa oleh pedagang-pedagang dari India, Arab-Parsi dan Cina hanya sekitar abad ke 14 Masehi ( 8 Hijrah). Pendapat ini didokong oleh sebahagian besar pengkaji-pengkaji dari barat. Apa yang jelas dari kajian ilmiah yang dibuat terdapat tiga teori utama mengenai kedatangan Islam ke alam Melayu iaitu dari India, China/Champa dan Arab/Parsi.

    *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Pengkaji-pengkaji barat seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson, Thomas Arnold , Morquette dan R.O. Winstedt sepakat mengatakan bahawa Islam di Nusantara datangnya dari India menerusi aktiviti perdagangan cuma berbeza pendapat dari daerah mana samada Gujerat, Cambay, Bengal atau Malabar.

    Pijnappel dikatakan orang pertama membuat andaian bahawa Islam datang dari India iaitu dari kawasan Gujerat dan Malabar tetapi di bawa oleh pedagang berbangsa arab bukan pedagang bangsa India. Beliau menggunakan bukti bahawa nama Gujerat dan Malabar banyak disebut dalam sejarah awal Kepulauan Melayu. Teori ini di sokong oleh Snouk Haugronje dan Harry Hazzard memandangkan pedagang-pedangang Islam bergiat aktif sebagai orang tengah dalam perdagangan di Kepulauan Melayu ketika itu. Bukti lain ialah penemuan batu nesan oleh seorang arkeologi bernama Morquette di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik bertarikh 1419M yang menyamai batu nesan yang terdapat di Gujerat.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • S.Q Fatimi pula berpendapat bahawa Islam di Nusantara datangnya dari daerah Bengal, India hasil dari aktiviti perdagangan oleh para saudagar Bengal yang telah memeluk Islam. Pendapat ini disokong oleh Snouk Hugronje yang mengatakan Islam telah dibawa oleh pedagang India Muslim dari Bengal atau Malabar berdasarkan persamaan mazhab yang di anuti iaitu mazhab Shafie sedangkan di Gujerat penduduknya bermazhab Hanafi. *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Walaupun demikian hujah ini dikatakan tidak tepat kerana Sejarah mencatatkan kesultanan Pasai telah menerima Islam pada tahun 1042 Masehi lagi

    Sultan Malik al Salih bukanlah raja pertama Pasai sebaliknya Pasai sudah pun diperintah oleh se orang raja sebelumnya iaitu Meurah Giri atau Mahmud Shah.

    Batu nesan Malik Salih juga menunjukkan beliau telah meninggal dunia pada 1297 Masehi. Maka sudah pastilah baginda telah memeluk Islam lebih awal dari itu sedangkan Gujerat hanya menerima Islam pada 1301 Masehi apabila ia dikuasai oleh kerajaan Islam di bawah pemerintahan kesultanan Delhi. *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Teori yang kedua ialah Islam di Alam Melayu dibawa dari China dan Champa. Ini berdasarkan catatan oleh Marco Polo seorang pengembara dari Venice yang telah menjelajah China.Dalam masa pelayaran pulang beliau telah singgah di Sumatera Utara iaitu di Perlak pada akhir kurun ke 13 Masehi. Di sana beliau telah mendapati kebanyakan penduduknya telah pun memeluk Islam *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Kenyataan ini dipersetujui oleh P.E. De Josselin De Jong yang telah menjumpai batu nesan di negara jirannya iaitu Pasai.

    Di atasnya tertulis nama sultan Pasai iaitu sultan Malik al Salih yang telah meninggal dunia pada 1297Masehi. Jong mengatakan jika itu tarikh matinya maka sudah tentulah baginda memeluk Islam lebih awal lagi dari tarikh tersebut.

    De Jong turut mengatakan pada kurun ke 13 Masehi telah wujud hubungan dagang antara Pasai dan China sehingga membawa kepada pengutusan dua orang diplomat Pasai bernama Hasan dan Sulaiman ke negara tersebut. Ini berlaku pada 1282 Masehi .*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Gardener dan Emmanuel berpendapat Islam tiba melalui jalan darat dari China pada zaman khalifah Uthman bin Affan, kemudian zaman Umayyah dan zaman AbbasiyahTelah berlaku penghijrahan orang arab ke China dalam jumlah yang ramai. Mereka ialah golongan syiah. Catatan sejarah China juga telah menyebut tentang kewujudan pedagang-pedagang arab di Canton dan mereka telah mempunyai kawasan-kawasan penempatan serta Jabatan Kira-kira pada abad ke 8 Masehi lagi.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Pada tahun 878-879 Masehi iaitu masa pemerintahan Hsi Tsung peristiwa berdarah pertama berlaku apabila tercetus satu pemberontakan dan kebakaran besar di Canton yang dikaitkan dengan rasa tidak senang masyarakat tempatan dengan kemajuan ekonomi yang dicapai oleh pedagang-pedagang arab Islam di China. Akibatnya kira-kira 100,000 orang asing terbunuh dan sebahagian besarnya adalah orang-orang arab. Mereka melarikan diri ke Kedah dan Palembang *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Peristiwa kedua berlaku antara (618-906 M) ketika pemerintahan dinasti Tang di mana seramai 5000 orang asing dibunuh di wilayah Yang Chow .

    Situasi ini mendorong mereka yang terselamat berhijrah ke tempat lain untuk mencari perlindungan.

    Antara kawasan yang dituju ialah Champa di Nusantara. Dari sini mereka mula bertebaran dikawasan-kawasan lain di Alam Melayu seperti di Perlak, Sumatera dan Melaka untuk melakukan aktiviti perdagangan mereka.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Bukti awal lain yang mengaitkan Islam datang dari China atau Champa ialah penemuan batu nesan seorang wali Allah keturunan arab di Pekan, Pahang pada 1028 Masehi. Di atasnya tertulis ayat-ayat al Quran. Pada 1082 atau 1102 Masehi ditemui batu nesan yang berunsur keislaman di Leran berdekatan dengan Surabaya di Jawa Timur. Beberapa buah batu nesan lain yang hampir sama ditemui di daerah Phan-rang Kemboja (Champa) yang tercatat di atasnya tentang undang-undang cukai, cara membayar cukai dan lain-lain. *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Selain itu Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang Terengganu bertarikh 1303 Masehi turut mencatatkan peraturan atau kewajiban mematuhi hukum Allah S.W.T seperti hukum berzina. Di Langgar, Kedah turut dijumpai batu nesan diukir nama Syeikh Abd al Qadir ibn Husain Syah Alam bertarikh 903 Masehi. Maka hasil dari bukti-bukti arkeologi berupa penemuan batu nesan, batu bersurat dan monumen-monumen yang berunsurkan Islam inilah menyebabkan sebahagian sarjana barat begitu yakin bahawa Islam di Nusantara dibawa dari China ataupun Champa.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Selain India dan Cina teori kedatangan Islam ke Nusantara adalah terus dari arab Parsi. Antara tokoh yang menyokong teori ini ialah John Crawford dan Cesar Ajib Majul. Mereka mengatakan pengaruh yang paling kuat dalam perkembangan Islam di Nusantara ialah datang dari orang-orang arab sendiri berdasarkan fakta bahawa pedagang-pedagang arab sudah lama menguasai jalan perdagangan laut dan darat dari barat ke timur seawal tahun 300 Masehi lagi. Malah kedatangan orang arab dikesan wujud di Asia Tenggara sejak zaman Jahiliyah. Teori ini mendapat sokongan kuat oleh sarjana tempatan seperti Prof.Syed Muhammad Naquib al Attas dan Prof. Dr.Hamka. *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Untuk memudahkan perbincangan Abdul Rahman Haji Abdullah (1990) membahagikan tahap kedatangan Islam dari arab parsi ke Nusantara kepada tiga (3) iaitu:i) Tahap persinggahanii) Tahap pertapakaniii) Tahap penyebaran Islam secara meluas.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Tahap persinggahan berlaku ekoran hubungan awal yang wujud antara Asia Barat dengan Nusantara iaitu sejak zaman pra Islam di Semenanjung Tanah Arab lagi. Hubungan dengan generasi pertama Islam iaitu pada zaman Rasulullah S.A.W berlaku *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • berdasarkan satu hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah dari Ibn Atiyah bermaksud: Rasulullah S.A.W masuk menemui kami ketika meninggalkan puterinya, maka sabdanya: Mandikanlah ia tiga atau lima kali, atau kamu anggap jika ia perlu lebih banyak lagi dengan air dan bidara dan terakhir campurlah dengan kapur barus atau sedikit daripada kapur barus. Jika telah selesai, beritahukanlah kepadaku, Setelah selesai kami sampaikanlah kepada Nabi maka diserahkannya kepada kami kain sarungnya serta bersabda: Lilitkanlah ke badannya.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Anjuran nabi tentang penggunaan kapur barus dalam memandikan mayat menimbulkan pandangan bahawa antara faktor kedatangan pedagang arab ke Nusantara ialah kerana mendapatkan kapur barus, lada, rempah, bunga cengkih, kemenyan dan buah pala yang kemudiannya dibawa pula ke Asia Barat dan Mediterranean. Kesempatan ini diambil oleh para pedagang muslim untuk mneyebarkan agama Islam di Nusantara.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Amul Wufud atau tahun perutusan pada tahun 630 Masehi menyebabkan masyarakat arab dari segenap pelusuk datang untuk menyatakan pengislaman mereka kepada Rasulullah S.A.W termasuk masyarakat Yaman. Sejarah mencatatkan pengislaman Yaman memberi ruang untuk Islam terus berkembang ke Nusantara memandangkan Yaman ketika itu merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang termasuk dari Nusantara. Malah Rasulullah S.A.W sendiri telah mengutus Muaz bin Jabal untuk mengajar Islam dan menjadi wakil di sana.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Bukti lain ialah dikatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah mengutus seorang pendakwah bernama Wahab Abi Kabsyah ke China dan beliau meninggal di Canton. Kejayaan Khalifah Umar al Khattab menakluki Parsi dan Rom turut mempengaruhi pedagang Parsi di Perlak dan Pasai untuk memeluk agama Islam.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Pendapat lain pula mengatakan Islam tiba di Nusantara pada zaman saidina Uthman bin Affan (644-656 Masehi). Saidina Uthman dikatakan telah menghantar utusan ke negara China bernama Saad bin Abi Waqas. Beliau kemudiannya telah mengasaskan sebuah masjid di Canton yang diberi nama Wan Shin-zi atau Masjid Kenangan Nabi .Oleh kerana perjalanan ke China mengambil masa yang lama kira-kira empat tahun maka khalifah Uthman turut mengirimkan utusan ke pulau Jawa dan pulau-pulau di sekitarnya di Alam Melayu . *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Dari keterangan di atas dapat dinyatakan perhubungan antara negara-negara Asia Barat dan Cina telah memberi manfaat kepada rantau Alam Melayu. Ini kerana mereka bukan singgah sebagai pedagang semata-mata tetapi turut berperanan sebagai daie dengan memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan .*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Tahap pertapakan ini berlaku sekitar tahun 674 Masehi. Dikesan sudah ada penempatan orang-orang arab Islam di Kepulauan Melayu iaitu di pantai barat Sumatera dan orang-orang Ta-Shih di Jawa. Ketika ini kerajaan Islam di Damsyik diperintah oleh Muawiyah bin Abi Sufian(661-680 Masehi). Khalifah Muawiyah dikatakan pernah cuba menyerang Pulau Jawa di bawah pemerintahan Ratu Sima tetapi apabila mendapat tahu Ratu Sima seorang yang adil maka Khalifah Muawiyah menarik balik hasratnya itu.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Khalifah Muawiyah juga telah mengajak raja Srivijaya ketika itu iaitu Lokitavarman memeluk Islam dan menjalin hubungan perdagangan dengan Damsyik. Hubungan ini berterusan sehingga zaman Sulaiman ibn Abd malik (715-717 Masehi).*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz (717-720 Masehi), Raja Srindravarman adik kepada Raja Lokitavarman telah memeluk agama Islam dan menamakan kerajaannya sebagai Sribuza Islam di Jambi. Peristiwa ini berlaku pada tahun 718 Masehi

    Pada 726 Masehi Raja Jay Sima anak kepada Ratu Sima juga telah memeluk Islam dan ini memberi peluang kepada pedagang-pedagang arab untuk terus menetap di Nuantara. Ada antara mereka telah berkahwin dengan orang tempatan.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Peristiwa lain ialah kehadiran golongan syiah yang tertekan di bawah pemerintahan kerajaan Umayyah. Mereka telah melarikan diri ke Nusantara dan mendirikan penempatan di Pulau Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Manakala di zaman pemerintahan al Makmun dari Kerajaan Abasiyah, hukuman kepada golongan syiah Alawiah supayakeluar dari Tanah Arab dan berdakwah ke tempat-tempat lain.Bersama angkatan dakwah yang terdiri dari 100 orang para daie mereka ke Perlak pada tahun 800 Masehi. Secara tidak langsung golongan ini membentuk satu komuniti dan mula bertapak di Nusantara.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Penyebaran Islam di Alam melayu berlaku secara meluas selepas abad ke 13 apabila banyak negara-negara di Alam melayu mula memeluk agama Islam hasil dari proses dakwah dan asimilasi antara para pedagang yang merupakan para daie dengan masyarakat tempatan.

    *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Masyarakat Islam juga ketika itu menghadapi perubahan dan cabaran yang amat menakutkan samada dari dalam maupun dari luar. Bermula dari abad ke 11 Masehi hingga ke abad 13 Masehi umat Islam diancam oleh gerakan Salibiyyah dari barat yang menyebarkan semangat fanatik Kristian dan ingin membebaskan Baitul Maqdis dari kerajaan Islam. Umat Islam turut menghadapi serangan dari tentera Monggol yang berjaya meruntuhkan Khalifah Islam di Baghdad pada tahun 1258 Masehi.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Cabaran dari dalam pula ialah permusuhan antara sesama Islam. Puak syiah yang tidak puas hati dengan layanan terhadap mereka selama ini telah bertindak bergabung dengan tentara Salib dari Eropah untuk menghancurkan kerajaan Fatimiyah di Mesir. Mereka bekerjasama dengan tentera Hulagu Khan untuk menyerang Baghdad. Kejatuhan kerajaan Islam di Baghdad telah digantikan dengan kerajaan-kerajaan Islam yang lain seperti kerajaan Ayubiyah(1171M) , kerajaan Mameluk(1260-1517M), kerajaan Turki Uthmaniah di Asia Kecil , kerajaan Moghul dan Delhi di India tetapi semuanya tidak dapat bertahan sehinggalah era penjajahan barat yang meranapkan terus kerajaan Islam sehingga kini. *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Masyarakat Islam juga turut dibelenggu dengan semangat taqlid buta dan fanatik kemazhaban. Hamka (1990) mengatakan Islam di Alam Melayu berkembang dalam suasana di mana pengaruh tariqat dan tasauf yang diselewengkan oleh golongan syiah begitu kuat di kalangan masyarakat Alam Melayu samaada ke atas golongan pemerintah mahupun rakyat jelata. *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Dengan peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di atas maka para sarjana tempatan amat yakin bahawa Islam di Alam Melayu atau Nusantara datangnya dari Tanah Arab tanpa menolak pengaruh yang disumbangkan oleh India dan China. Antara hujah yang dikemukakan ialah:*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Pengaruh Asia Barat dalam tulisan Jawi di mana tulisan Jawi merupakan penggunaan huruf-huruf yang sama dengan huruf arab. Cuma berlaku beberapa penambahan untuk disesuaikan dengan lidah masyarakat tempatan iaitu huruf Ga, Ca, Nya dan lain-lain. Ada pendapat mengatakan huruf tersebut adalah dari pengaruh Parsi.Cara bacaan dan sebutan al Quran di Nusantara sama dengan bacaan dan sebutan di Asia Barat.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Catatan sejarah jelas menunjukkan pengislaman golongan raja-raja Melayu dari Melaka sampailah ke Brunei dilakukan oleh pendakwah dari Arab. Malah menurut C.A.Majul perkembangan Islam di Nusantara pada peringkat awal walaupun datangnya dari India tetapi dimainkan oleh golongan arab malah tidak ada catatan yang menyebut pendakwah dari keturunan India atau Cina .Bukti lain ialah pengaruh arab ke atas perbendaharaan bahasa melayu seperti perkataan fakir, syukur, sahabat, khalifah, soleh dan banyak lagi yang sudah sinonim dengan bahasa melayu.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Para Sarjana tidak sepakat tentang teori kedatangan Islam ke Alam Melayu samada dari India, China dan Champa atau Arab Parsi. Golongan Orientalis lebih suka mengatakan bahawa Islam yang berkembang di Nusantara adalah dari India ataupun China. Walaubagaimana pun bukti-bukti yang mereka bawa hanya berkisar dari sudut luaran iaitu bukti arkeologi seperti penemuan batu bersurat, monumen atau tugu-tugu peringatan. Tidak ada kesan yang bersifat dalaman sebagai bukti. Berbeza dengan catatan atau pendapat sarjana-sarjana tempatan yang lebih menekankan bahawa Islam di Nusantara asalnya dari Arab Parsi.*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • Secara logikya pun kita tidak pernah mendengar masyarakat Islam di Nusantara dalam mana-mana catatan sejarah terutama masyarakat Melayu menggunakan nama-nama berunsunrkan hindu-buddha atau India-Cina. Dr Shafie Bakar dengan tegas mengatakan bahawa masyarakat Melayu sememangnya tidak pernah terpengaruh dengan agama hindu-buddha justeru kemasukan mereka kepada Islam adalah perubahan dari Melayu tradisi kepada melayu Islam hasil dari dakwah yang dikukan oleh orang arab. *CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU

  • SEKIAN, TERIMA KASIH WASSALAM*CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU*

    CTU 151 - TAJUK 3 : ISLAM DI ALAM MELAYU